Upload
azan90
View
227
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 1/11
BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri 1)
Pengenalan
Bangsa di raja. Itulah ungkapan yang terungkap kali pertama bila saya
melihat gambaran sepenuhnya tentang apa yang berlaku sejak dulu
hingga kini. Ungkapan itu terhasil bila saya membuat kajian mengenai ‘asalnya Melayu’. Pada mulanya, saya tidak berminat mengenai
sejarah lebih-lebih lagi kalau melibatkan sejarah tempatan atau asiatenggara. Ia langsung tidak terlintas untuk saya mengetahui mengenai
sejarah sendiri. Apa yang saya suka ialah sejarah mesir kuno, Babylon
dan seumpamanya. Selain itu, saya juga suka dengan sejarah-sejarah
eropah. Lantas saya berfikir, kenapa perlu saya menyukai sejarahnegara dan bangsa orang lain? Pada mulanya, saya ingatkan saya
seorang yang mempunyai tabiat begitu, tapi rupanya ramai rakan saya
yang berminat pada skop sejarah yang sama. Sejarah orang di kaji,
sejarah sendiri di biar pergi.Mungkin agak awal untuk saya mengeluarkan teori perihal bangsa
‘Melayu’ ini, tapi sedikit sebanyak, karya ini adalah sebagai ‘pit stop’ untuk saya mendedahkan apa yang terbuku di fikiran saya. Di
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 2/11
samping itu juga, di harap karya ini akan menyedarkan ‘melayu’ yangsebenarnya sedang tidur nyeyak sedangkan musuh-musuh sedang
mencucuk luka.
Bukan senang untuk mengeluarkan teori ‘Bangsa Diraja’ ini. Ia terhasil
selepas beberapa teori-teori saya yang lain seperti ‘returning tomotherland’ dan ‘bangsa jurai kenabian’. Saya tidak pasti bukti yang
saya ada atau bahan baca saya sudah cukup atau belum untukmembuktikan teori terbaru saya ini.
Walaubagaimanapun, manusia tetap manusia. Walaupun di beri buktisebesar gunung sekalipun, mereka tetap meragui dan mahukan bukti
seterusnya. Manusia nafsunya tidak puas dan meragui apa yang tidaksealiran dengan mereka. Hanya dengan ‘open-minded’, ‘bersederhana’
dan bersifat ‘universal’, barulah kita dapat menerima pelbagai teori
dan menyerap masuk dalam idealogi kita sendiri.Jadi, karya ini mungkin dapat membantu kita semua dalam mengenali
bangsa yang kompleks serta misteri ini. Inilah kajian saya dan inilahluahan hati saya. Jangan bimbang, saya tidak mahu mengumpul
pengikut atau musuh mahupun harta kekayaan. Saya lakukan keranasaya ‘dipaksa’ oleh diri sendiri. Jika tidak berkongsi, saya berasa
‘sengsara’. Jadi, dengan berkongsi, mereka yang mempercayai dan
berfikir serta mengambil langkah seterusnya itulah ‘syurgakesenangan’ saya. Moga kita dapat mereka-cipta dunia yang lebih baik
dengan keizinanNYA.
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 3/11
Permulaan kepada kajian
Segala-galanya bermula bila saya menyertai beberapa forum di
internet. Pada mulanya, kami lebih membincangkan tentang sejarah
mesir lama, tamadunan sumeria, dan beberapa misteri keagamaanseperti tabut as-sakinah, huyun hayat, spear of destiny, annunaki, lost
word of god dan lain-lain. Kami berbincang berasaskan sumber-sumber internet dan buku-buku yang kebanyakkannya dari barat.
Kami berbincang sehinggalah kami berada di titik penghabisan. Kami
tidak tahu apa lagi yang harus di bincangkan. Kemudiannya, datang
seorang hamba ALLAH yang membuat ‘onar’ di forum itu denganmembuka ‘thread’ yang berbaur kesufian. Ia membuka minda kami ke
arah yang cukup berbeza. Pada ketika itu, kami tinggalkan semua
perkara yang berkaitan dengan sejarah. Setelah terpesona denganSufism yang sepatutunya menjadi ‘basic’ dari diri seseorang muslim
itu, saya mula mencari guru tarikat dan berjumpa dengan guru-guru
tidak formal untuk bertanyakan apa yang bermain di benak sayaketika itu. Kebanyakkannya adalah mengenai sufi dan hakikat dunia.
Kemudian, pada tahun 2009, saya harus siapkan thesis untuk subjek
wajib di peringkat ijazah di sebuah university tempatan. Dari situ, sayabuntu kerana tidak mengetahui apa yang harus saya selidik dan kaji.Pada tika itu juga, saya suka membaca siri ‘Alter Melayu’ dari
mistisfiles.blogspot.com. Dari situ, saya mula teringat tentangperbincangan kami di awal pembabitan saya dalam dunia forum
internet.
Pada awal pembabitan dalam dunia forum intenet, perbincangan kami
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 4/11
mengenai sejarah dunia ibarat ‘tuang air ke daun keladi’. Ia kerana itusemua setakat di dalam internet dan kami langsung tidak mengambil
iktibar tentangnya. Ia ibarat berbincang di kedai kopi. Kosong dantiada isi. Apabila memasuki dunia sufi, saya mulai nampak tentang
hakikat setiap perkara yang berlaku dan barulah saya tahu, setiap apa
yang berlaku itu tidak sia-sia.
Dengan nekad, saya memilih tajuk kajian mengenai melayu ke dalamThesis saya biarpun ia agak kelihatan janggal. Pada waktu yang sama
juga, seorang hamba ALLAH yang tinggal di Eropah telah memasukkan
duit kedalam akuan Pay Pal saya. Dari situ saya membeli buku ‘Edenin the East’ serta ‘Polynesian Research’. Saya cukup berterima kasih
kepada hamba ALLAH itu dan mudah-mudahan hidupnya disempurnakan. Dari situ, pengembaraan saya dalam kajian mengenai
‘Melayu’ bermula. Biarpun kadang-kala di sindir dan di pandang ‘pelik’
dalam kajian ini, tapi saya tidak berputus asa kerana seolah-olah,itulah misi saya. Hidup tanpa misi adalah ibarat robot. Hidup dengan
rutin yang sama dan tiada kesempurnaan sebagai ‘insan’. Jadi, diharap kajian saya ini dapat memberi kebaikan kepada ‘melayu’ yang
lainnya dan semua yang berada di dunia ini hendaknya.
Umat Yang Satu
“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih . Kalau tidaklahkarena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu , pastilah telah diberi
keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.”
Surah Yunus, ayat 19
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 5/11
Itulah permulaan kepada kini dan permulaan kepada pentas duniayang kita lihat kini. Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan
awalnya, itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa sertabeberapa orang anaknya. Jika kita melihat sepintas lalu, itulah yang
kita akan dapati. Jika di kaji terma ‘umat’ itu, ia bererti ‘segolongan
manusia yang berkelompok yang mempunyai kesamaan’. Terma ‘segolongan’ itu pula bukannya bermaksud 10-100 orang, bahkan ia
adalah melibat ribuan orang. Ia adalah mengenai Umat, bukannyakaum atau kumpulan manusia.
Setahu saya, nabi Adam mempunyai umur yang cukup panjang dan dikatakan umurnya melebihi 1000 tahun. Kemudiannya, legasinya di
teruskan oleh anak cucunya. Dalam usia 1000 tahun dan di sambungoleh anak cucunya yang mungkin melangkaui umur ratusan tahun itu,
pelbagai usaha dapat di buat.
Apa yang saya maksudkan ialah, perkembangan manusia bermula dariAdam itu cukup produktif. Jarak Adam sehinggalah cucunya Nabi Idris
adalah cukup lama. Tapi, saya rasa kita akan berfikir bahawa orangzaman dulu hidupnya di gua-gua serta memburu bintang dengan
tombak dan sebagainya, meskipun usia mereka melampaui ratusan
tahun.
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudianmengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama
benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
Surah Al-Baqarah, ayat 31
Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’. Di dalam duniasufi (hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang
kerahsiaan. Dunia di cipta kerana adanya ‘nama’. ZatNYA yang di
‘maujud’kan harus mempunyai nama. Dari ‘nama’ itu, terbitlah ‘sifat’ dan dari ‘sifat’ terbitlah ‘kelakuan’.
ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG
DUNIA DAN AKHIRAT.
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 6/11
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 7/11
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 8/11
Jika Adam yang ‘bijaksana’ itu tinggal di gua-gua dan membur
binatang dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah d
beritahu di dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunaka ‘kebijaksanaan’ itu hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia aka
di ‘wasiat’kan kepada anak cucunya yang terpilih.
Kenapa terpilih
Ini kerana peristiwa Habil dan Qabil itu memulakan peristiwa bar
yang belum pernah terjadi sebelum ini di era ADAM. Ia adalah lambin
kepada jahat dan baik, ego dan ikhlas, patuh dan engkar da
sebagainya. Jadi, wasiat ‘nama-nama’ ini di serahkan kepada siapaItulah persoalannya, tapi jika di amati, wasiat itu kita akan dapat liha
pada perilaku Nabi Idris a.s.
Harus di ingat formula ini
ZATNYA – NAMA – SIFAT PADA NAMA – KELAKUAN PADA SIFA
Contoh : ALLAH mencipta sesuatu benda yang bercahaya dan menjadpenyuluh di malam hari. Nama kepada benda itu ialah Bulan. Bulan d
panggil oleh rumpun Melayu. Moon di panggil oleh barat dan Qamar dpanggil oleh Arab. Nama ialah isyarat untuk berkomunikasi. Sifa
kepada nama ‘Bulan’ tadi itu adalah seperti bercahaya dan cantikKelakuan pada sifat itu pula, bulan hanya muncul di waktu malam
Dek kerana itulah di kelihatan cantik kerana tiada benda lain yan
lebih terang di langit selain bulan
Formula inilah yang menyebabkan wali-wali ALLAH mampu melakuka
perkara di luar adat. Apa yang pasti, kita harus tahu di mana henda
‘dijatuh’kan iktikad itu dan setakat mana keyakinan kita pada atura
itu. Dari mana saya tahu tentang ini? Tidak lain tidak bukan, darpengembaraan saya di dalam dunia ‘sufi’ dan kedegilan saya untu
membantu ‘melayu’
Formula inilah yang mampun untuk ADAM dan anak cucunya membin
sesuatu di dunia ini. ADAM adalah khalifah pertama. Khalifa
bermaksud ‘wakil tuhan untuk mengurus dunia’. Dari situ, dengakemampuan luar biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepad
hambaNYA, Adam, maka terciptalah satu legasi
Dalam tempoh 1000 tahun dan dengan berbekalkan kebijaksanaa
‘nama-nama sekaliannya’ itu, Adam mampu mengolah fizikal da
spiritual atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui. Tidak mustahil
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 9/11
dalam tempoh 1000 tahun itu, Adam tidak ‘mencipta’ syurga untukisteri dan anak-anaknya. Memori syurga di dalam diri Adam itu tidak
mustahil tidak di aplikasikan di dunia ini. Syurga dunia tidak akansama dengan Syurga di ‘sana’, walaubagaimanapun, syurga dunia
adalah nyata pada fizikalnya.
Dari situ, bermulalah ketamadunan era ADAM. Legasi itu berterusan
sehinggalah muncul bandar-bandar para ‘dewa’. Dewa di sini bukanlahbermaksud ‘tuhan’ selain DIA. Hanya kita saja yang mengunakan
terma dewa untuk mendewa-dewakan manusia berkebolehan luar
biasa ini. Saya di beritahu oleh seorang tua, bahawa ‘para dewa-dewa’ ini tidak suka bila manusia bertuhankan mereka. Bahkan mereka
menyembah tuhan yang satu.
Ketamadunan ADAM itulah di gelar sebagai ‘umat yang satu’. Hidup
dalam kebahagian. Walaubagaimanapun, ada perselisihan terjadi pada
suatu zaman. Ia ibarat takdir yang harus di lalui oleh manusia padaera itu. Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada
segolongan yang tidak mempunyai ‘keluarbiasaan’ membuat onar. Ada
pendapat mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang.
Mereka ini hebat dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan digelar Atlantis di bina.
Pada era ADAM, manusia terdiri dari keluarga diraja, para pedagang,
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 10/11
pekerja dan penyelidik. Tapi, ada di antara golongan-golongan initidak menyukai ‘para dewa’ yang mengurus bumi sebagai khalifah.
Dek kerana itulah mereka berdendam dan cuba menjadi ‘tuhan’.Perselisihan ini kemudiannya menyebabkan perang yang amat besar
dan ia ada di nyatakan dalam hikayat Ramayana dan Mahabrata.
AKhirnya perang ini menyebabkan kedua-dua golongan ini rugi lantas
berpecah. inilah perang antara Atlantis dan Lemuria. Banjir besar nohitulah yang menengelamkan segala-galanya. Tidak pula di ketahui
jarak masa ADAM sehingga tempoh peristiwa banjir Nabi Nuh yangmana di simpan elok dalam memori setiap insan sejak dulu hinggalah
kini. Apapun, itulah permulaan dari pengakhiran era ADAM.
Apakah yang terjadi sehinggakan berlakunya perang besar yang hebat
itu? Masih wujudkah ‘wasiat Adam’ dan ‘Ilmu segala’ itu? Apakahperanan dewa-dewa itu dan bagaimana mengenalinya? Apa pula
kaitan Melayu dan umat yang satu ini? Nantikan siri seterusnya di
nusanaga.blogspot.com.
p/s: maaf kalau ada salah silap. Jika ada komen atau pendapat serta pembetulan,
sila kemukan di blog ini atau emailkan kepada [email protected]. Sekian,terima kasih
……………………………………Rujukan:-
- Al-quran dan Hadis- Eden in the east, the drowned continent of Southeast Asia, Stephen Oppenheimer, 1998
- Walking with Abraham, Danial Koplan,1999- Malay Archipelago, Alfred russel Wallace, 1869, London
- Atlantis, the lost continent finally found, Prof. Arysio Santos, 1997
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 1)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-1 11/11
- Finger print of God, Graham hancock, 1999- A Malay site for a book of Mormon Event, Ralph Austin Olsen, 2007
- Encyclopedia of World Mythology, Arthor Cotterell, 2008- Sulalat Sulatin (Malay annals)- Hikayat Merong Mahawangsa
- Hikayat indraputra
- Golden Khersonese, Paul Wheatley, 1966- A history of Southeast Asia, D.G.E Hall, 1953- The quarterly review- Polynesian researches, William Ellis, 1830
- Mistisfiles.blogspot.com- Forum.cari.com.my (Sejarah,legenda dan mitos)
- Forum atasbawah.com