Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    1/27

    A

    masa dan depan

    S U N D A Y , D E C E M B E R 6 , 2 0 0 9

    BANGSA 'MIM' tak hilang di dunia (siri 4)

    salam...

    Imbasan artikel lalu,

    ADAM di turunkan selepas bumi di 'bersihkan' dari makhluk-makhluk yang

    suka membuat 'perang' yakni di gelar JAN. Azazil yang berasal dari

    bangsa JAN ini di naikkan ke langit dan menjadi IBLIS bila dia enggan

    untuk 'sujud' pada ADAM. Maka, turunlah IBLIS dan kuncunya lalu

    membentuk pelbagai makhluk di muka bumi yang ketika itu terumbang-

    ambing tiada pegangan. Lantas ADAM turun untuk menjadi khalifah dan

    membawa semua makhluk itu menuju 'satu umat' lantas dapat membina

    http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.htmlhttp://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.htmlhttp://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.htmlhttp://g8.no/images/20070710201833_journey.jpghttp://nusanaga.blogspot.com/http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.html
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    2/27

    ketamadunan yang amat hebat. Takkala itu, manusia dari benih ADAM

    yang di beri ilmu 'pengurusan' di naikkan'pangkat' menjadi raja. Para

    raja-raja ini mampu naik turun di mana sahaja yang menjadi 'matrix'

    dunia manusia. Kenapa sampai begitu sekali? sudah tentu mereka

    mampu kerana mereka itu khalifah di langit dan di bumi.

    Para raja inilah yang di gelar sebagai dewa-dewi yang mampu melakukan

    perkara di luar adat manusia. Seandainya, kita mendengar ketamadunan

    di mana-mana planet sekali pun, itulah sisa-sisa 'pemerintahan' waris

    ADAM yang di gelar raja@dewa.

    Apapun, misteri dewa-dewi dan mengenai adam-adam ini memberi impak

    yang besar kepada pengunjung Nusanaga. Sejak siri 1 hingga 3, ramai

    yang bertanyakan mengenai ADAM, dewa-dewa dan tentang ILMU nama-

    nama atau di kenali sebagai ILMU SEGALA ini. Insyallah,

    saya akan terangkan setiap satu darinya selepas misteri Bangsa MIM ini

    di bongkar sepenuh pada awal tahun 2010 ini.

    Untuk artikel kali ini dan selajutnya adalah amat berat untuk di tulis

    kerana ianya memerlukan fakta yang benar-benar kukuh. Artikel pada

    sebelumnya lebih pada cerita, mitos, teori dan fakta yang bukti secarafizikalnya sukar untuk di buktikan. Biar bagaimanapun, artikel akan

    datang akan membongkar 'puzzle-puzzle' yang telah saya berikan pada

    anda. Siri bangsa MIM- tak hilang di dunia ini bukanlah satu artikel

    panjang yang di pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, akan tetapi

    lebih pada kelompok data yang harus saya kronologikan agar kita semua

    dapat melihat siapakah 'melayu' itu sebenarnya.

    .....................................................................

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    3/27

    BANJIR BESAR YANG PALING BESAR

    Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu

    banjir yang di anggap telah memusnahakan hampir separuh

    ketamadunan manusia di muka bumi ini. Bukan saja Islam, akan tetapi

    dalam agam lain juga menyebut perkara yang sama tentang banjir yanghebat ini. Hampir keseluruhan bangsa-bangsa di muka bumi ALLAH ini di

    'implan'kan memori mengenai banjir besar ini melalui cerita-cerita orang

    tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya.

    Tapi, saya hendak menanyakan kepada anda, kenapa hampir semua

    bangsa dan agama mengatakan tentang BANJIR BESAR... persoalannya,

    kenapa BANJIR? kenapa tidak tsunami, ombak besar, ribut petir atau apa

    saja yang melibatkan air dan kemusnahan?Jika kita fikir secara mendalam, jika banjir, kita akan teringat tentang

    hujan lebat seperti musim tengkujuh di pantai timur. Seperti di dalam

    filem 2012, apa yang kita lihat itu adalah simulasi kepada tsunami dan

    peristiwa gempa bumi yang dasyat yang membawa kepada

    banjir 'super'.

    Seperi di dalam wikipedia, Banjir bermaksud:

    "Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi

    sesuatu kawasan atau tempat yang luas"

    http://www.ufodigest.com/news/1108/images/2012.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    4/27

    Limpahan yang tidak dapat di bendung akan menyebabkan sesuatu

    kawasan itu di naiki air. Arus yang sedang meningkat naik itu akan

    menyebabkan pergerakan di atas dan di bawah air yang besarkemungkinan akan menyebabkan ombak besar dan tusnami. Banjir yang

    paling menakutkan ialah banjir yang berpunca dari laut. Seperti yang kita

    tahu hampir 14 buah pulau dan negara yang akan hilang di sebabkan

    arus laut yang semakin mendadak ini. Ini juga di sebabkan limpahan air

    yang semakin tinggi yang berpunca dari ais di kutub utara yang semakin

    mencair. Di antara yang di khuatiri hilang adalah Sychelles, Tuvalu,

    Kiribati, dan Palau, serta Maladewa di Samudra Hindia. (klik sini)

    Persoalannya, adakah banjir yang datang dari laut inikah yang

    menyebabkan banjir besar pada zaman nabi Nuh a.s dulu? mari kita kaji

    tentang ini.

    .....................................................................

    BANJIR DI SELURUH DUNIA

    "Dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya denganmenyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya."

    http://kang-adek.blogspot.com/2009/02/14-negara-pulau-dikhawatirkan-akan_17.htmlhttp://www.ohgizmo.com/wp-content/uploads/2007/10/levitron_globe.jpghttp://kang-adek.blogspot.com/2009/02/14-negara-pulau-dikhawatirkan-akan_17.html
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    5/27

    Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha

    Penyayang."

    "Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana

    gunung. Dan Nuh memanggil anaknya - sedang anak itu berada di

    tempat

    yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah bersama kami dan janganlah

    kamu berada bersama orang-orang yang kafir."

    "Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang

    dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang

    melindungi

    hari ini dari azab Allah selain Allah Yang Maha Penyayang". Dan

    gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu

    termasuk orang-orang yang ditenggelamkan."

    "Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit berhentilah,"

    dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun

    berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang

    zalim ."

    Ayat 41-44 surah Huud

    Inilah persoalan yang sering di ajukan pada saya. Adakah banjir besar ini

    meliputi seluruh dunia atau hanya merangkumi beberapa tempat sahaja.Untuk mendapatkan jawapan itu, mari kita sama-sama mengali data yang

    ada dan membuat konklusi bersama. Saya tidak mahu anda hanya pandai

    menadah ilmu dan taklid padanya. Saya mahu kita sama-sama bangun

    dan saling berkongsi tanpa ada rasa ego di hati. Insyaallah.

    Baiklah, di antara klue-klue yang di perolehi adalah:-

    1- Hampir seluruh kebudayaan dan agama menceritakan tentang banjir

    besar yang pernah terjadi di zaman dahulu (klik sini)

    2- Peta pada zaman dahulu bukanlah seperti sekarang. Tambahan pula,

    Era Nuh adalah era di mana kerajaan 'satu umat' masih berkuasa.

    Terdapat juga beberapa ketamadunan di tempat lain dan persoalannya,

    ketamadunan itu turut musnah atau masih kekal dan berevolusi?

    3- Di dalam buku stephen oppenheinmer, Model 'Dryas Flood' di katakan

    yang terbaik untuk menerangkan kejadian banjir-banjir besar yang

    http://en.wikipedia.org/wiki/Deluge_mythhttp://en.wikipedia.org/wiki/Deluge_myth
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    6/27

    pernah terjadi pada zaman dahulu.

    Dryas adalah Model yang menerangkan keadaan bumi yang super sejuk

    yang mana menyebabkan pencairan yang mengejut lantas

    memnyebabkan bumi

    mengalami limpahan banjir. Terdapat 3 zaman di mana peristiwa ini

    pernah berlaku, yakni:

    - oldest dryas yang berlaku sekitar 15,000 tahun lalu dan tidak

    membawa banjir

    - older dryas yang berlaku sekitar 14,000 tahun lalu dan berlaku banjir

    pertama

    - young dryas yang berlaku sekitar 13,000 tahun lalu dan berlaku banjir

    kedua

    Di antara tiga fasa ini, yang ketiga itulah yang paling dasyhat. Kejadian

    suhu menurun di katakan secara mendadak dan paling sekejap berlaku.

    Ia berakhir pada 11,150 tahun lalu dan juga berlaku secara mengejut.

    Young dryas adalah model penyejukan yang paling mengejut dan

    membawa bencana.

    Bayangkan kutub utara kita tiba-tiba saja menyejuk sehingga dapat'membina' bongkah-bongkah ais raksasa dan kemudiannya mencair

    dengan begitu pantas sekali. Kenaikan aras air itu akan menyebabkan

    aras garam di lautan menjadi tidak stabil lantas menyebabkan perubahan

    cuaca yang mendadak. Besar kemungkinan, akan berlaku ribut petir yang

    dasyat kemudian di susuli dengan gempa bumi akibat ketidakstabilan di

    bawah tanah akibat mendapan air laut yang super berat. Tekanan demi

    tekanan kepada bumi akan menyebabkan ia berlaku secara total binasa.

    Ia bukanlah sekadar peristiwa yang boleh di permain-mainkan. Bila ia

    berlaku, ia akan menberi impak pada seluruh dunia. Tiada maaf bagimu!!!

    4- Sebagai muslim, kita perlu melihat Al-quran dalam pengkajian ini.

    Siapa kata ilmu sains dan ilmu agama tidak boleh disekalikan. Dek kerana

    itulah banyak pembinaan teknologi memberi kesan negatif pada bumi.

    Jadi, surah Noh menceritakan segalanya.

    "Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya : "Berilah

    kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih",

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    7/27

    ayat 1, Surah noh

    "niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,"

    ayat 11, surah noh

    "Nuh berkata: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di

    antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi."

    ayat 26, surah noh

    Bukan hanya surah nuh yang memberi kata kunci mengenai apa yang

    sedang berlaku pada zaman dahulu, akan tetapi banyak lagi yang

    menceritakan perkara yang sama, cuma anda harus mengkaji ilmu lain

    supaya apa yang anda baca itu anda akan faham. Kebanyakkan yang

    saya lihat pada zaman kini, ramai yang mengatakan supaya kita harus

    kembali pada Al-quran, akan tetapi pada hakikatnya mereka tidak

    melakukan apa-apa. Mereka hanya memandang remeh pada orang yang

    membuat kajian berdasarkan Al-quran dan cuba menghalang mereka

    yang cuba menaikkan islam memlalui keilmuan. Jika anda baca Al-quran

    dan memahaminya, anda akan lihat banyak persamaan kaum-kaum kafir

    dan musyrik pada manusia di zaman kita ini. Apakah kita tergolong darikalangan itu? Sedaya upayalah kalian menjauhinya.

    Jadi, daripada sedikit klue-klue yang saya dedahkan ini, apa yang anda

    semua dapat simpulkan. Adakah banjir besar ini terjadi hanya pada

    sesuatu kawasan

    atau hampir seluruh dunia?

    Jawapan saya...di seluruh dunia.

    .....................................................................

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    8/27

    PELAYARAN DI BAHTERA PALING BESAR

    "Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk kerumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan

    perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang

    zalim itu selain kebinasaan".

    ayat 28, surah nuh

    Seperti yanh saya terangkan pada aritkel dahlu, bahtera ini menyimpan

    pelbagai spesis haiwan dan golongan manusia beriman kepadaNYA demi

    penerusan kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu

    (owh..sudah tentu anda akan melatah dan berkata 'kenapa nak ikut kitab

    dulu?!) ada mengatakan tentang makhluk gergasi yang di namakan

    Nephilim. Di katakan mereka ini telah pun mendominasi bumi pada ketika

    itu dan perangai mereka pun boleh tahan jahat. Di katakan Nephilim ini

    adalah kombinasi genetik Fallen angle dan manusia.

    Di dalam blog dan forum di barat, mereka menceritakan tentang kajian

    mereka tentang Nephilim ini. Nephilim ini telah pun mendominasi dunia

    pada ketika itu dan perang terjadi di mana-mana. Ternyata Nephilim ini

    http://dvice.com/pics/solarboat.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    9/27

    adalah golongan perosak sebelum banjir besar itu berlaku.

    Bila kita melihat balik pada Surah Nuh, ayat 7:-

    "Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau

    mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam

    telinganya dan menutupkan bajunya dan mereka tetap dan

    menyombongkan diri dengan sangat."

    dan surah nuh, ayat 23

    Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan tuhan-

    tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan wadd, dan

    jangan pula suwwa', yaghuts, ya'uq dan nasr ".

    Kita dapat Nephilim bukanlah sedar raksasa, akan tetapi mungkin sebagai

    sesuatu yang dapat menguasai semua yang berada di bawah penguasaan

    'satu umat' pada ketika itu. JIka saya kata Nephilim ini adalah para elite

    pada masa itu, anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di

    zaman Nuh dan kita ini.

    Kita di kuasai oleh Hidden Hand dan di katakan berupa 'serpent atau

    lizard men'. Pada era nuh pula, mereka di kuasai Nephilim dan beruparaksasa yang mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Di

    tambah pula, pada ketika itu, umat manusia mulai menyembah berhala

    yang mereka idolakan dari kalangan para raja-raja agung yang terdiri dari

    waris nabi ADAM yang juga di gelar dewa-dewi. Kemudiannya, dengan

    teknologi serta perkara di luar adat yang dapat mereka lakukan,

    kesombongan mereka makin terserlah. Demikianlah para kafir pada

    ketika itu terjadi. Di dominasi, di manipulasi dan di exploitasi.Jadi,

    samakah kita dengan era nabi nuh itu?!

    Berbalik pada pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata

    baginda nuh a.s, para manusia yang bersamanya di gelar 'ahli rumah'.

    Pada ayat 28, surah nuh, jelas di katakan sesiapa yang masuki 'rumah'

    Nuh itu, akan di ampuni dosanya. Dan demikianlah 'dosa-dosa' itu

    di ampunkan yakni dengan memulakan kehidupan baru di rumah baru

    dan daratan baru.

    Di artikel yang lalu, saya ada menerangkan tentang campuran manusia di

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    10/27

    dalam bahtera NUh menghasilakn bangsa pertama di dunia yakni bangsa

    MIM. Sebenarnya, tidak di ketahui nama sebenar bangsa ini. Ada yang

    mengatakan merekalah Quraisy kuno yang membawa kepada qurasiy

    baru yang melahirkan nabi muhammad dan seterusnya.

    Pelayaran yang mungkin memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana

    pula dapat melahirkan 'suatu bangsa' dalam tempoh 10 tahun sahaja.

    Sudah tentu ia memakan masa paling cepat 100 tahun perkiraan kini.

    Jika kita amati secara mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal

    seperti kini, agaknya, mampukah ia bertahan lama meredah ombak dan

    memberi makan secukupnya pada ahli-ahli rumah itu?

    Di katakan, Nabi Nuh adalah seorang yang di perlekehkan kerana telah

    mencipta bahtera di kala bumi sedang nyaman. Sedangkan pada ketika

    itu, ALLAH telah pun 'menghantar' pentanda-petanda kedatangan azab

    akibat banjir kepada mereka. Jika di ambil model Dryas dan mana-mana

    teori penyebab kemusnahan alam, sedikit perubahan bumi adalah

    petanda bagi mereka yang berfikir.

    Nabi Nuh adalah seorang designer dan seorang ahli engineering serta

    arkitek yang hebat pada ketika itu. DIa tidak mengendahkan ejekankaum-kaumnya yang tidak mahu berfikir itu. Bila tiba bencana, kaum-

    kaum yang beriman menaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya

    menerusi 'gerak-geriNYA' dalam menyelamatkan kaum-kaum yang

    beriman di tempat yang lain seperti yang terkandung dalam mitos-mitos

    bangsa lain.

    Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-

    anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa

    mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa

    berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan

    bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di

    katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh tika bencana).

    Ketiga-tiga waris Nuh ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia

    yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, akkadian, mayan dan lain-lain.

    Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu

    kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    11/27

    bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja inilah bangsa MIM di setiap

    ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan

    beriman yang menaiki

    bahtera nuh itu tadi.

    Bagaimana ini boleh terjadi?

    Di dalam bahtera nuh itu anak-anak Nuh melahirkan waris mereka

    masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-

    anak Nuh itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di

    tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat NOh. Apakah itu wasiat NOh?

    Wasiat noh adalah kata-kata kepada warisnya supaya kembali semula ke

    tanah asal mereka yakni pentas sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi

    memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh ini,

    akan terdirinya ketamadunan yang hebat.

    .....................................................................

    PERGERAKKAN WARIS NUH YANG HEBAT

    "Sesungguhnya Allah telah memilihAdam, Nuh, keluargaIbrahim dan

    keluarga 'Imran melebihisegala umat"

    ayat 33, surah ali-imran

    http://giveattentiontoreading.files.wordpress.com/2008/08/foot-steps-on-rippled-sand.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    12/27

    Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat

    di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di

    atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah

    sebenarnya 'ahli rumah' atau 'ahlul bait' ini. Ahlul bait bukanlah syarif

    atau syarifah dari golongan arab semata-mata. Kita harus membongkar

    agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan.

    Kita telah mengetahi tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja

    (khalifah) agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala

    itu di wariskan pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan

    ketamadunan yang sukar di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi,

    marilah kita selesaikan puzzle ini sebelum kita beralih arah ke waris

    Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih pemahaman, saya ajurkan anda

    untuk pergi ke Mistis Files

    dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan

    tentang pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan

    tentang lokasi dan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa

    MIM yang melahirkan rumpun melayu kian terbongkar.

    Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali didalam Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-

    quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar.

    Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik

    dan 'family tree' para nabi ini. Untuk mempermudahkan pemahaman

    anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud 'tinggi' atau 'atap'

    ini.

    Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu

    dari tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan

    bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang

    saya mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir

    besar menetap di tanah yang cukup tinggi.

    Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak

    tanah tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita

    diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai

    surut. Jika di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah,

    http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    13/27

    sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda

    hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja

    yang tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi

    saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat.

    Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali

    kepada apa penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang

    mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara ketamadunan

    (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang

    mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi yang

    telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu

    di gelar "3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai

    gegelang ais seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh

    kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa

    (tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh

    ayat 1)

    Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya

    perjanjian 'ahli rumah' di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu

    akan di pimpin oleh waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka.

    Bila banjir surut, anak-anak nabi nuh di turunkan di tempat yang

    berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka membinaketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan mereka menuju ke

    pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jaga kembali.

    "Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-

    orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka

    itupemegang kekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang

    mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana

    kesesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu."

    Ayat 73, surah yunus

    Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga

    menerbitkan raja-raja agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi,

    semakin lama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan

    yang 'ingat' sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju 'the

    promised land'. Hal ini di tambah pula dengan penyembahan berhala

    akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja agung pada zaman dulu

    kala. Dek kerana itulah turunnya para rasul dan nabi untuk memberi

    http://en.wikipedia.org/wiki/3753_Cruithnehttp://en.wikipedia.org/wiki/3753_Cruithnehttp://en.wikipedia.org/wiki/3753_Cruithne
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    14/27

    peringatan dan amaran tentang kesalahan mereka yang berat itu.

    Dari surah Al-araf, di terangkan secara baik tentang susur galur kenabian

    ini bermula dari ADAM, NUH dan seterusnya. Daripada klue yang kita

    dapat pada surah Al-Imran ayat 33, empat keluarga inilah yang

    membentuk sesuatu di kemudian hari. Jadi untuk itu, marilah kita

    menelusuri zaman-zaman selepas banjir Nuh.

    .....................................................................

    ERA PARA RASUL DAN NABI

    "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang

    waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan

    tidak dapat memajukannya"

    ayat 34 surah al-araf

    "Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasulmereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka

    http://www.noao.edu/image_gallery/images/d3/FullMoon.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    15/27

    tidak dianiaya."

    ayat 47 surah yunus

    Kedua-dua ayat di atas sudah cukup bagi menerangkan tentang apa yang

    sebenarnya sedang terjadi pada era selepas banjir besar nuh. Memanglah

    pada awal permulaan ketamadunan, manusia ketika itu sudah pasti cukup

    beriman kerana golongan yang di selamatkan dari banjir besar itu adalah

    golongan yang beriman. Tapi, anak cucu mereka yang mengidolakan atau

    menyembah raja atau dewa-dewa pada ketika itu. Golongan inilah yang

    akhirnya membentuk agama penyembah berhala yang di terangkan di

    dalam Al-quran. Hampir setiap pelusuk dunia menyembah berhala ini.

    Terdapat beberapa fasa pergerakan yang dapat di kesan melalui surah Al-

    araf ini. Surah ini telah menyusun kronologi kenabian mengikut zaman

    dan genetik. Jadi, marilah kita mengikuti sirah kenabian melalui surah

    ini:-

    1- Nabi HUD dan Kaum Aad

    Ayat 65-72: 7

    Di dalam ayat 69, "Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allahmenjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti sesudah lenyapnya kaum

    Nuh"

    jelas menunjukkan bahawa Nabi Hud adalah antara generasi selepas Nabi

    Nuh yang mewarisi keilmuan dan teknologi dari ERA ADAM.

    2- Nabi Salleh dan Kaum Tsamud

    Ayat 73-89: 7

    3- Nabi Luth dan kaumnya

    Ayat 80-84: 7

    4- Nabi Syuib dan kaum Madyan

    Ayat 85-93: 7

    Kaum Madyan ini di kaitkan dengan anak Qeturah, isteri ketiga Nabi

    Ibrahim a.s.

    5- Nabi Musa dan Bani Isreal serta Firaun

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    16/27

    Ayat 103-169: 7

    Kisah nabi musa dan bani israel ini amat menarik untuk di kaji. Berikut

    adalah ayat yang mempunyai 'key point' dalam pengkajian ini:-

    -105:7

    mengenai bani isreal minta di lepaskan (bani israel pada tika ini adalah

    status hamba pada para firaun)

    -133:7

    berlakunya taufan belalang, kutu dan katak sebagai tanda

    -136:7

    firaun mengejar Nabi Musa dan bani israel dan di tenggelamkan

    -137:7

    "Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri

    bahagian timur bumi dan baratnya yang telah berkah padanya"

    -142-148:7

    kisah nabi Musa berjumpa tuhan dan pada ketika itu juga samiri dan bani

    israel menyembah patung anak lembu

    -155:7

    Nabi musa memilih 70 dari pengikutnya untuk meneruskan perjalanan

    -160:7

    12 suku kaum bani israel di pecahkan mengikut 'bahagian' masing-masing (Nabi musa dan 70 yang terpilih meneruskan perjalanan)

    -163-166: 7

    Kisah kaum di suatu negeri di tepi laut yang di sumpah menjadi monyet

    (dari mana perkataan 'orang hutan' bermula?)

    -169: 7

    Generasi sesudah kaum nabi Musa yang akan mewarisi taurat dan

    mengambil dunia dan tidak puas dengan itu (masonic dan sekutunya)

    Daripada klue-klue di atas, apa yang anda semua dapat? Rasanya,

    banyak yang akan terlintas di fikiran anda. Tapi, benda utama yang saya

    ingin ceritakan kepada anda ialah, TIAP UMAT MEMPUNYAI BATAS

    WAKTU. Lihatlah bangsa atau umat yang mempunyai genetik marker

    yang sama seperti kaum Aad, Tsamud, Madyan dan lain-lain mempunyai

    batas waktu atau senang kata - di binasakan.

    Inilah perjanjian atau alastubirabbikum. Tiap sesuatu mempunyai ajal.

    Baik manusia, haiwan, jin, setan, dajjal, angin, air, bumi dan lain-lain.

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    17/27

    Begitu juga dengan umur umat dan masa itu sendiri. Inilah perjanjian

    terbesar di dalam perbinaan 'dunia'. Tiap sesuatu mempunyai batas

    waktu.

    Jadi, apa perkaitan Bangsa MIM- takkan hilang di dunia, sedangkan setiap

    umat atau bangsa itu akan musnah atau di hapuskan, baik cina, india,

    yahudi, orang putih dan sebagainya. Mari kita meneruskan perjalanan

    kita ini ke bab seterusnya.

    .....................................................................

    ERA IBRAHIM

    Nabi ibrahim adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal

    -uzair. Nabi Ibrahim datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah

    apabila dia mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini.

    Akhirnya dia mendapat tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang

    ayahnya dan kerajaannya. Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.

    Pada zaman ini, ada suatu golongan di gelar "patriarchs" ataupun

    golongan "bangsawan' yang membina keluarga dan mempunyai

    negarakota sendiri.Nabi Ibrahim adalah salah seorang daripada golongan

    itu. Di pendekkan cerita, Nabi Ibrahim memasuki ketamadunan awal

    http://www.mazzaroth.com/ChapterFour/AbramsTransformationToAbraham.htmhttp://saskatoonsrilanka.files.wordpress.com/2009/01/helping-hand.jpghttp://www.mazzaroth.com/ChapterFour/AbramsTransformationToAbraham.htm
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    18/27

    mesir dan di tahan olehFiraun. Firaun cuba mengoda isteri baginda, Sarah

    akan tetapi dengan kebijaksanaan SARAH, Firaun melepaskan Sarah dan

    menghadiahkan 'puterinya'

    sendiri untuk di nikahi. Wanita itu adalah HAJAR.Ada pendapat juga

    mengatakan, baginda mempunyai seorang lagi isteri yang bernama

    QETURAH.Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan kewujudan

    QETURAH ini. Ada juga yang mengatakan HAJAR dan QETURAH adalah

    orang yang sama.

    Sebagaimana kita ketahui, SARAH melahirkan ISHAQ. Daripada ISHAQ,

    lahirnya YAAKUB yang mempunyai 11 orang anak termasuklah Nabi

    YUSUF a.s. Nabi Yaakub inilah di gelar sebagai ISREAL. Bani israel

    bermaksud anak-anak yaakub kerana dari yaakub inilah lahirnya ramai

    lagi nabi-nabi lain. Antara anak-anak Yaakub adalah Reuben/Rehaven,

    Simeon/Shiman, judah/Yahudah, Issachar/yissachar, Zebulun, Dan,

    naphtahi, Gad, asher, Levi, Bunyamin dan Joseph/Yusuf.Daripada

    mereka-mereka inilah lahirnya sukuan dalam Bani israel. Bunyamin dan

    Yusuf adalah bersaudara di bawah satu ibu. Manakala lainnya dari ibu

    yang lain dan cukup dengki pada Yusuf. Akibat dari itu, yusuf di bawa ke

    mesir dan pelbagai ujian di temphinya

    termasuklah di penjara. Akhirnya, dia di lepaskan dan menjadi gabenor diketamadunan mesir ketika itu. Saudara-saudaranya meminta ampun dan

    mereka semua hidup bahagia. Tapi, ada satu ayat yang cukup menarik

    untuk di kaji. Bunyamin dan Yusuf ini mempunyai sesuatu tanda di badan

    mereka atau genetik yang membawa kepada generasi selepas mereka.

    Cuba perhatikan ayat 12 surah Yusuf. Yahudi yang ada sekarang adalah

    hasil asimilasi daripada bani Judah dan Benjamin. Nabi Musa yang

    membawa dan menyelamatkan bani Israel dari penghambaan itu adalah

    dari sukuan LEVI.Kita telah ketahui bahawa Nabi Musa membawa 70

    pengikutnya yang beriman menuju sesuatu tempat. Di katakan, 70 orang

    inilah di kenali sebagai 'the lost tribe' oleh para yahudi. 'The lost tribe' ini

    di katakan dari bani Manaseh dan Ephrahim, dari darah keturunan Nabi

    Yusuf a.s.

    Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita

    ketahui kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa

    yang pasti Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang

    menceritakan pada saya tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    19/27

    bercampur dengan waris HAJAR yang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini

    saya tidak dapat pastikan lagi dan kepada sesiapa yang mempunyai

    maklumat, silalah berkongsi. Daripada Nabi Muhammad, lahirlah Fatimah

    dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya melahirkan HASSAN dan

    HUSSIN. Daripada mereka inilah 'ahli rumah' mula kedengaran semula.

    Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY KUNO yang mungkin

    dari kalangan BAHTERA NUH itu. Ahlul bait kemudiannya di buru oleh

    para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab

    mempunyai banyak kaum dan keturunan dan

    mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun

    negara arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu

    membantu saudara mereka di atas nama 'ARAB', bahkan membenarkan

    musuh melalui ruang udara lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari

    oleh orang arab tambahan lagi ianya dari keturunan QURAISY yang

    terang lagi nyata turun dari kalangan 'ahli rumah' Bahtera Nuh.

    Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada

    yang kata lima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak

    QETURAH ini melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-

    nama mereka ialah; Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan.

    Peristiwa kaum Madyan dan nabi Syuib itulah yang berasal dari QETURAHini. Nabi Syuib adalah golongan bangsawan yang berasal dari darah

    keturunan MADYAN dari QETURAN + IBRAHIM. Dek kerana itulah

    keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi Nabi syuib di benci

    kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada menipu dalam

    perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka berniaga.

    Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA adalah

    antara dari susur galur QETURAH ini.

    Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai

    ARYAN. Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki

    MADYAN dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi

    ini berjaya dan ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS

    THE GREAT ini pula di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI

    dalam HIKAYAT SEJARAH MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan

    Iskandar zulkarnain. Makanya, raja melayu dari keturunan cyrus the

    great dan ARYAN. Bagaimana ini boleh terjadi?

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    20/27

    ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN

    TIBETAN dan golongan ARYAN INDIA KUNO. Golongan ARYAN INDIA

    KUNO inilah yang melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana

    mendapat penentangan dan melarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA.

    Golongan ARYAN TIBETAN pula melalui tibet dan menetap di sana lalu

    menjadi ketua agama Hanif pada ketika itu. Seterusnya mereka

    meneruskan perjalanan menuju YUNNAN dan menuju ke Indo-China juga.

    Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat yakni di NUSANTARA.

    .....................................................................

    ERA KELUARGA AL-IMRAN

    "Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang

    diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadaIbrahim, Ismail,

    Ishaq, Ya'qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada

    Musa, 'Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-

    bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami

    menyerahkan diri."

    ayat 84, surah ali-imran

    frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran.

    Daripada keluarga ini lahirlah Musa dan Harun yang mana menentang

    kejahatan firaun yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan.Penentangan demi penentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan.

    http://www.laconicsoftware.com/fire-wallpapers/family-of-hearts-of-flame-wallpaper/family-of-hearts-of-flame-wallpaper-1920x1200.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    21/27

    Daripada keturunan Ali Imran ini juga lahirlah wanita yang mana

    melahirkan NABi ISa a.s. Nabi Isa a.s yang telah di khianati oleh

    bangsanya sendiri di naikkan ke langit dan akan turun semula ketika saat

    kebangkitan akhir zaman akan bermula.

    Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah saling

    bersaudara dan menumpaskan Firaun yang mana telah

    memperhambakan Bani Israel. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t,

    mereka berjaya melarikan diri dan firaun tenggelam di laut merah. Nabi

    Musa dan kaumnya itu melalui laut yang terbelah dan sampai ke satu

    daratan yang mana kaum di situ menyembah berhala. Ternyata jarak

    yang di lalui oleh mereka bukanlah

    jarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya

    amat luas ketika itu. Pada pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah

    pun

    tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha mengetahui.

    Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya

    kerana tiada bukti kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa "the lost tribe

    of jews"? Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia maklum bahawa

    terdapat 12 bani israel yang bertebaran di muka bumi dan akhirnya

    membentuk yahudi. Kemudiannya dari yahudi, membentuk zionis yangberkitabkan TALMUD sesat itu.

    Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba

    masa DIA mahu mengangkatnya kembali. Bani yang hilang ini adalah

    pengikut Nabi musa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka

    tidak mengikuti bani israel yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah

    yang terjadi pada saat ini di mana ZIonis cuba merampas PALESTINE

    meskipun dulu mereka lari dari berperang dengan bangsa asal Palestine.

    Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani

    israel dan di angkat ke langit. Kluenya di sini adalah, baginda 'di larikan'

    dari bangsa yang di khabarkan akan 'musnah' pada akhir zaman di

    tangan baginda sendiri. Ayat quran sudah cukup memberitahu kita

    bahawa terdapat kod-kod yang harus di kaji demi kebangkitan masa

    hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk lakukan demikian kerana

    risau 'tercalar iman'?!

    Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan

    hilang? Bukankah jika di kaji, maka lagi banyak akan menyakinkan kita

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    22/27

    pada ISLAM. ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.

    Jadi, nampakkah anda tentang kesenimbungan antara 'dahulu', 'kini' dan

    'masa depan'?

    .....................................................................

    PEMBINAAN BANGSA MIM - takkan hilang di dunia

    Kita semakin menghampiri kepada kemuncak tajuk. Segala puzzle hampirselesai. Cuma tinggal sedikit saja lagi mengenai misteri bangsa MIM ini.

    Apakah itu MIM dan apa kaitannya dengan MELAYU pula. Mari kita

    selesaikan misteri ini dengan secepat mungkin dan dengan padat.

    Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa

    MIM dan anak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini

    kerana, Pentas sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU

    TANAH. Tiap perkara mempunyai 'center' atau tempat kelahiran. Begitujuga dengan tanah. Tanah telah berkembang dari daratan pentas sunda

    http://www.masternewmedia.org/images/passionate-design_id820440_size400.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    23/27

    yang ketika itu hanya ada satu benua semata-mata. Pentas sunda tetap

    di situ akan tetapi seperti yang saya beritahu tadi, tiap perkara harus ada

    batasnya. Jadi, pentas sunda harus 'mati'. Tapi, penciptaan dunia dan

    akhirat mempunyai 'LAW' dia tersendiri. Tiap yang 'mati' akan 'bangkit'

    kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di alam barzah

    dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu

    hanyalah 'pit stop' atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua

    perkara. Sebelum di bangkitkan semula, akan ada 'hentian seketika'

    sebelum kebangkitan sepenuhnya berlaku.

    "Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyakgenerasi yang

    telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan

    kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum

    pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat

    atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka,

    kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan

    Kami ciptakansesudah mereka generasi yang lain."

    Ayat 6 surah al-anaam

    Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum

    dari kaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalahgenerasi dari kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah

    sunnahtullah. Tapi, kita harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik

    yang ada sekarang tetap akan mengalami proses yang serupa andai kata

    mereka tidak kembali ke jalan ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak

    akan musnah selama-lamanya.

    Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat

    sangatkah?!

    Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah 'perintah' pada

    ADAM dan warisnya sehinggalah dunia di kiamatkan. Boleh di katakan

    bangsa yang terakhir akan 'mati' adalah bangsa MIM. Jadi, apakah

    sebenarnya bangsa MIM ini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang

    terakhir ini.

    Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalanan

    seterusnya.

    Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    24/27

    memimpin manusia di kala itu. Di dalam bahtera itu, terdapat suatu

    bangsa yang sudah asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di

    namai Bangsa MIM atau Quraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas

    beberapa ribu dan ratusan tahun, kucar kacir mulai berlaku.

    Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Ia seolah-olah

    mengulangi kejadian pada ERA ADAM dahulu yang mana terdapat mereka

    yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMU

    SEGALA ini.

    Darah keturunan yang sepatutnya menjadi raja di buru dan di bunuh.

    Bangsa MIM mulai berpuak-puak dan membentuk suku kaum masing-

    masing. Akhirnya pelbagai bangsa wujud akan tetapi ia di khianati dengan

    penyembahan sesama makhluk yang sepatutnya tidak berlaku. Dari

    situlah bencana mulai berlaku. Bangsa-bangsa ini di hapuskan dan di

    ganti dengan bangsa yang lebih baik. Maka, kitalah generasi di zaman ini

    menunggu-nunggu detik

    'mati' bangsa-bangsa seperti yang di beritahu dalam Al-quran.

    Seperkara lagi, meskipun banyak bangsa di hapuskan, akan tetapi akan

    terdapat mereka yang di selamatkan. Golongan yang di selamatkan inilah

    golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi yang juga mempunyaiILMU SEGALA ini. Tapi tidak semua bangsa pada zaman dahulu yang di

    hapuskan. Ada juga yang berevolusi dan menjadi bangsa pada zaman ini

    seperti bangsa eropah yang bermula dari golongan Babarian.

    Kemudiannya, pada ERA IBRAHIM, isteri-isteri baginda yang datang dari

    darah keturunan yang mulia banyak melahirkan bangsa yang menjadi

    induk pada masa kini. Seperti yang kita ketahui, Hajar melahirkan ARAB,

    Sarah melahirkan Bani isreal dan eropah dan QETURAH melahirkan

    bangsa pahlawan seperti Babylon, Akkadian, Cheldea dan ARYAN.

    .....................................................................

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    25/27

    DI SINI BERMULA, DI SINI BERTEMU, DI SINI BERAKHIR

    "Takkan MELAYU hilang di DUNIA"

    hang tuah

    Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di

    paku pada memori setiap 'melayu' yang melayu pada zaman kini. Hang

    Tuah adalah seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang

    tinggi dari guru-guru beliau yang amat hebat dalam hal agama dan

    kebatinan. Biasanya, suatu perkataan itu akan terus di lupakan dan terus

    berkubur dek masa. Akan tetapi, frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu

    wasiat yang harus kita 'tepati'. Maka, dek kerana itulah tiap kali musuh

    dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua kebangkitan akan di rasai.

    Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan

    bongkah klue yang terakhir ini. Seperti yang saya katakan tadi, tiap

    bangsa ada 'matinya' dan di ganti dengan yang lebih baik. Yangmengantikan itu pula adalah golongan beriman yang di pimpin oleh para

    http://www.buy-sell-bulgaria.com/newsletter/uploaded/start-button.png
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    26/27

    nabi

    dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di

    mana percambahan bangsa berlaku selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM

    lahirlah bangsa ARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang

    patutlah baginda di gelar sebagai BAPA BANGSA.

    Bangsa Aryan dari keturunan QETURAH telah bertemu di Indo-China,

    Nusantara.Manakala, bangsa arab pula di temukan dengan aktiviti

    perdagangan dan perkahwinan campur sejak era kesultanan melayu lagi.

    Bangsa Israel yang terpilih pula di bawa oleh Nabi Musa dan ianya tidak di

    ketahui kerana terang dan jelas golongan mereka ini di gelar sebagai 'the

    lost tribe'. Kalau sudah 'lost' bagaimana pula dapat di bongkar. Jika, tak

    dapat di bongkar, kenapa pula ramai bercerita mengenai ini.

    HAHAHA...jangan bimbang, inilah di katakan 'MASA SUDAH TIBA'. Jika

    anda mengkaji hadis nabi mengenai kebangkitan bermula dari timur di

    akhir zaman, ada hadis menyebut mengenai 'apa saja yang di

    sembunyikan akan jelas sejelasnya'.

    Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu

    kala lagi. Bangsa India juga begitu. Bangsa Eropah pula telah datang

    selepas era kolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagaicontoh, ACEH adalah frasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu

    (India). Maka, bercampurlah segala bangsa dari jurai IBRAHIM dan

    MUHAMMAD di NUSANTARA ini.

    Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening

    kerana ada yang berwajah cina, orang putih, arab dan sebagainya di

    nusantara ini. Jadi, siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu

    dapat mengagak jawapannya. Bangsa MIM itu adalah

    "Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari jurai

    kenabian"...Bagaimana harus 'mati' sedangkan asimilasi bangsa MIM ini

    sentiasa 'updated' sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita

    boleh katakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam

    BAHTERA NUH itu? Anda sendiri yang jawab. Saya sudah memberi

    pelbagai data dan kini, andalah yang mempromosikannya agar wasiat

    NABI MUHAMMAD tentang kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar

    terjadi.

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 4

    27/27

    .....................................................................

    Artikel hadapan akan membincangkan kod-kod yang terdapat di sekitar

    kita mengenai bangsa MIM ini. Selain itu, apakah kaitannya bangsa MIM

    terbaru ini dengan masa depan. Apakah pula cabaran yang terpaksa di

    hadapi oleh bangsa MIM terbaru ini. Bangsa MIM adalah bangsa 'ahli

    rumah' dari bahtera nabi noh, maka apa kod yang membuktikan kita

    inilah bangsa MIM yang sebenar sedangkan yahudi dan amerika juga

    bangsa asimilasi?! Apa pula maksud Melayu itu dan kaitannya dengan

    MIM ini. Apakah peranan kita demi kebangkitan timur seperti di wasiatkan

    oleh NABI MUHAMMAD seperti mana wasiat ADAM dan NUH sebelum ini?

    Saksikan segalanya di dalam artikel BANGSA 'MIM' tak hilang di dunia

    (siri akhir) pada masa akan datang. Sekian wassalam

    ...................

    rujukan:-

    -Al-QURAN dan hadis

    -EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER

    -ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos-Hikayat Inderapura

    -Hikayat Merongmahwangsa

    -Hikayat Sejarah Melayu

    -cerita-cerita orang tua

    artikel oleh future phenomenon at 3:01 PM

    http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.htmlhttp://www.blogger.com/email-post.g?blogID=3372787713909813688&postID=1253299538709758144http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.html