Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    1/29

    masa dan depan

    W E D N E S D AY, D E C E M B E R 1 6 , 2 0 0 9

    BANGSA 'MIM' tak hilang di dunia (siri akhir)

    salam. sebelum mulakan patah kata, saya memohon maaf kerana lewat'update' artikel untuk siri akhir ini. Saya tahu ada di antara anda sudahtidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya. Apapun, izinkan sayauntuk mengucapkan selamat tahun baru 1431 hijrah yang akan menjelmatidak lama lagi.

    Mari kita imbas kembali apa yang sudah berlaku pada siri-siri yang lepas.Kepada yang baru mengikuti kisah ini, saya cadangkan anda untukmembaca siri-siri lalu kerana mungkin ianya dapat membantu anda dalamperihal yang sedikit sukar untuk di cerna oleh akal dan minda. Siri di

    http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri.htmlhttp://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri.htmlhttp://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri.htmlhttp://farm1.static.flickr.com/126/420529240_1d7a176d50.jpghttp://nusanaga.blogspot.com/http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri.html
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    2/29

    dalam nusanaga kebanyakannya adalah dari kajian, pendapat, cerita danpengalaman peribadi penulis. Oleh yang demikian, segala 'kunci-kunci'yang telah dan akan di berikan ini hanya 'tools' untuk 'explorasi' andademi merealisasikan sebuah kebangkitan yang sering di ungkapkan olehmuslim di seluruh dunia. Apa yang pasti, sebagai orang timur, kitamempunyai amanah dan tanggungjawab yang cukup besar dalammerealisasikan kebangkitan itu kerana itu adalah datangnya dari mulutbaginda rasullullah sendiri.

    Kisah bermula apabila penciptaan ADAM di dengki oleh AZAZIL di alam'syurga'. Dek kerana ilmu nama-nama serta 'kesempurnaan' ADAM, makaAZAZIL bertukar menjadi IBLIS

    demi menyesatkan anak cucu ADAM sehingga tempoh maut merekatamat bila tiba hari kiamat. Maka turunlah ADAM dan isteri ke bumi yangketika itu telah di huni oleh pelbagai jenis makhluk tapi masih terumbangambing tiada khalifah untuk menerajui langit dan bumi. KedatanganADAM dan isteri telah membawa kepada satu penyatuan besar-besaranyang di kenali sebagai 'satu umat'.

    Nabi ADAM juga telah di bantu oleh anak-anaknya yang bertaraf dewa-

    dewa. Dewa-dewi ini adalah anak ADAM yang di beri ilmu segala samaseperti ADAM. Dek kerana ilmu itulahmereka dapat menjadi khalifah langit dan bumi. Tapi, kesesatan telahberlaku di mana ada segolongan manusia mengidolakan mereka sehinggamereka membuat patung-patung untuk di sembah. Terdapat jugapenguasaan Nephilim gergasi waris AZAZIL+fallen angle yang mana telahmerosakkan segala kesucian 'satu umat'. Terdapat juga Dewa-dewi yangtelah belot dalam penyatupaduan umat ini. Meskipun mereka belot tapimereka tidaklah belot terhadap tuhan dan rasulnya. Mereka iniberperanan untuk menjadikan ERA ADAM menuju ke ERA BARU.

    Era baru itu adalah era 'dark and light' yang mana perang telah berluasadan kebatilan mula menguasai. Pada tika inilah Lemuria dan Atlantismencapai 'Golden Age'. Akhirnya, mereka semua telah di musnahkan olehbanjir besar NUH. Hanya golongan yang beriman saja yang terselamat.Tidak semua golongan beriman itu menaiki bahtera NUH. Adaantara mereka berada di tempat tinggi atau di gua-gua. Mereka

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    3/29

    yang terselamat di dalam bahtera itu di asimilasikan lantas menjadi satugolongan yang di namakan MIM atau quraisy kuno . Anak-anak NUHtelah di turunkan di suatu tempat yang berasingan bersama pengikut-pengikut mereka. Raja peguasa hanya boleh di lantik dari kalangankeluarga waris NUH sahaja, manakala yang lainnya yakni pengikutharuslah menjalani kehidupan seperti biasa. Waris-waris NUH tahubahawa tempat yang mereka turun itu bukanlah kampung halamanmereka yang telah musnah. Jadi, di atas wasiat NUH, mereka harussentiasa bergerak menuju ke tempat asal mereka yakni PENTASSUNDA.

    Di sepanjang perjalanan mereka, ada saja ketamadunan yang hebat di

    buka. Bersama mereka adalah ilmu mengenai teknologi, sains,matematik, astronomi. pertanian dan maritim. Paling penting bersamamereka ialah 'kisah golongan beriman' untuk di jadikan 'guideline' sertaperikatan. Oleh kerana itulah kalau di kaji, ketamadunan dulu kalaseakan-akan mempunyai kisah penciptaan, raja-raja dan keagamaanyang hampir sama. Hanya masa merubah sedikit demi sedikit. Bila masasudah berlalu, waris golongan ini tadi mulai mengamalkan kebatilan dankesesatan sehinggalah di turunkan para nabi dan rasul.

    "Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dankeluarga 'Imran melebihi segala umat"ayat 33, surah ali-imran

    Tapi, terdapat nabi yang mana menjadi 'topik utama' di dalam Quran.Antaranya adalah Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Keluarga AliImran dan Baginda rasul Muhammad s.a.w. Mereka ini di 'utama'kanbila terdapat surah-surah mengenai mereka untuk kita kaji salasilahmereka. Meskipun terdapat ramai lagi nabi, tapi untuk kaji ini, saya cumamengambil sedikit sahaja dan semuanya telah terangkum sekaligus.

    Era Ibrahim dan tiga isterinya yakni SARAH, HAJAR dan QETURAH atau JAWIYAH ini telah melahirkan pelbagai bangsa di dunia ini. SARAHmelahirkan bangsa bani israel dan eropah. HAJAR melahirkan bangsaarab dari keturunan ismael. QETURAH atau JAWIYAH ini pula melahirkanbangsa perkasa seperti cheldea, akkadian, madyan dan sebagainya. Tapi,

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    4/29

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    5/29

    APA ITU MELAYU?

    Untuk mengetahui adakah melayu itu adalah bangsa MIM, kita harusmengetahui 'status' MELAYU itu. Di dalam perlembagaan MALAYSIA , disebut istilah melayu itu adalah; "Orang Melayu yang tinggal di tanahMELAYU, bertutur dalam bahasa MELAYU, Mengamalkan istiadatMELAYU dan beragama islam ". Jadi, apakah definisi MELAYU inisebenarnya. DI dalam perlembagaan di sebut MELAYU itu sebagaiORANG, BAHASA, ADAT dan ISLAM . Jadi, inilah "key point" yang diberikan oleh mereka di era kemerdekaan MALAYSIA. Kalau kita menyebutbangsa cina, kita akan menyatakan seperti ini "Orang cina yang memilikikulit kuning langsat, mata sedikit sepet, dan berasal dari tanah besarCina."

    Jadi, benarkah orang Melayu itu hanya ada di NUSANTARA sahaja? Didalam buku teks sejarah pun, kita di dedahkan dengan frasa "MALAY

    WORLD ". Apakah maksud MALAY WORLD itu? JIka di kaji dalam pelbagaibuku yang telah di tulis oleh para pengkaji era british dahulu. Duniamelayu di bahagikan kepada 3 kelompok terbesar:-

    - Mala Aborigin (berambut kerinting, berkulit gelap, bertubuh pendek)- Etnik Kejawaan (Sawo matang, tegap, bermata kecil)- Mali palinesian (Kuning cerah, peramah, kaum tanah tinggi)

    Di dalam karya Alfred Russel Wallace, Malay Archipelago, dunia melayu initerbahagi kepada:-

    http://asiancorrespondent.com/jeffooi-images/2008H2/600_Merdeka1438_Beauty.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    6/29

    -Semenanjung tanah melayu-tenasserim

    -nicobar island dan keatas-kepulauan Filipina-Kepulauan Solomon dan ketimur

    dan jumlah secara keseluruhnnya 'ex-pentas sunda' ini adalah lebih besardari tanah eropah (britian). Stanford Riffles adalah orang pertamamemperkenalkan konsep 'the malayan nation, the malay race'berdasarkan falsafah 'romantik', teori sosial dan biologi eropah. Pada saatinilah konsep 'divide and rule' menjadi 'rasmi'. Takkala itu, tiada lagiempayar nusantara yang di geruni tika dahulu dan sudah tiada laginegara-negara kota yang berdiri teguh dalam mempertahankan setiaptanah jajahan.

    Jadi, dunia melayu adalah dunia nusantara yang besar termasuk sedikit diAustralia. Di dalam nusantara itu, wujudnya pelbagai kaum dan bangsaserta ras akibat asimilasi itu tadi. Mereka bertutur dalam pelbagai bahasadan cara tapi takkala mereka mahu bertutur di antara kaum yang lain,

    mereka akan gunakan BAHASA MELAYU . Jadi, dari mana puladatangnya bahasa melayu ini sedangkan tiap kaum dan bangsa dinusantara bertutur serta pertahankan bahasa 'kebangsaan' mereka?

    Bahasa melayu ini berasal dari bahasa sanskrit yang berasal dari bahasaVEDIC ARYAN. Seperti saya katakan sebelum ini, ARYAN adalah asimilasibangsa MADYAN dan PARSI. ARYAN bergerak ke tibet danmemperluaskan ilmu ke-IBRAHIM-an yang juga di kenali sebagai AGAMA

    HANIF. Dek kerana itulah di tanah nusantara ini penuh dengan candi-candi lama dan candi ini bermaksud kota-kota. AGAMA HANIF tidakmenyembah berhala seperti sekarang. patung-patung berhala itu adalahhasil idola mereka kepada dewa-dewi anak cucu nabi ADAM. Sekali lagikesesatan telah berlaku. Tapi, di tanah nusantara, para ilmuan mereka disanjung tinggi dan nusantara di jadikan sebagai 'universiti' dalampengajian AGAMA HANIF ini. Mereka tidak menyembah selain DIA, tuhanIBRAHIM. Kalau anda seorang yang tahu dalam pembacaan peta, sila

    selidik bearing candi-candi ini dan anda akan dapati candi-candi inimengarah ke BAITULMUQADIS, kiblat pertama umat 'islam'.

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    7/29

    Bahasa melayu ini di jadikan bahasa pengantar dan kerana itulah didalam buku teks sekolah, anda akan dapati bahasa melayu pernahmenjadi lingua franca pada ketika dulu. Apa itu lingua franca ? Ia adalahbahasa dunia! Bayangkan bahasa inggeris yang ada banggakan itu diganti oleh bahasa melayu ibunda anda. Tidak dapat bayangkan?Memanglah anda tidak dapat bayangkan kerana anda malu denganbahasa dan bangsa sendiri.

    Jadi, definisi Melayu ialah "Bahasa penyatuan yang menyatukanrumpun melayu yang tinggal di sekitar dunia melayu"

    .....................................................................

    MELAYU ITU BANGSA MIM?

    Untuk meringkaskan cerita, bangsa MIM adlah bangsa asimilsi yangsentiasa 'update' waris keturunannya yang telah bermula sejak zamannabi NUH a.s. Bangsa MIM sememangnya tidak hilang di dunia kerana ia

    sentiasa 'ke hadapan dalam pencampuran bangsa-bangsa dunia. Boleh dikatakan Bangsa MIM adalah bangsa UNIVERSAL atau bangsa dunia

    http://1.bp.blogspot.com/_DOTN-KMh0-E/SylfMt8_VrI/AAAAAAAAAGY/5x3JwOZrvV4/s1600-h/tahyat+1.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    8/29

    secara umumnya. Tapi terdapat syarat-syarat tertentu untuk melayakkandiri menjadi bangsa MIM yang tidak hilang di dunia (sunnatullah - tiapumat ada umur/matinya)

    Kita ketahui bahasa sebelum british membawa masuk CINA dan INDIA,melayu pada masa itu adalah melayu yang tidak lagi berevolusi. Merekatetap pada campuran yang sama yang bermula sejak zaman melaka lagi.Biarpun begitu, kemasukkan cina dan india oleh british membawa kepadaevolusi ini. Meskipun begitu, evolusi kali ini kelihatan sedikit tegangkerana "yang datang tidak di jemput", "yang datang tidak di sambut".Tiada proses 'give and take' di lakukan. Oleh kerana itulah masing-masing membawa perkauman masing-masing. Mereka saling survival

    untuk menguasai tanah melayu ini. Para rahib india dan cina tahumengenai rahsia di bumi melayu ini. Saya pernah terbaca satu artikelsecara rahsia mengenai satu saudagar cina yang mana keluarga merekadatang untuk takluki 'chi' pada bangsa yang tidur ini dan seterusnyamenjadikan mereka kaya dan terus kaya. Tidak terfikirkah anda kenapakaum cina terus kaya dan kaya? India pula hanya di ladang-ladang tapikini telah ramai jadi lawyer dan menguasai aktiviti pengangkutan dankeewangan serta perundangan?

    Tidak lain tidak bukan mereka di bantu oleh mereka yang 'tahu;kerahsiaan' di bumi bertuah ini. Tapi, ini tidka bermakna melayu ituketinggalan kerana masih terdapat kerahsiaan yang tetap tersembunyidan akan bangkit bila tiba masanya. insyallah. Berbalik pada MIM tadi,asimilasi terbaru ini juga menghasilkan ras baru yang di gelar sebagaiCHINDA yakni INDIA+CINA tapi masih belum masuk islam. Jika sekaliimbas, mereka seperti wajah kemelayuan akan tetapi mereka bukanislam. Dek kerana itulah pihak JAWI kadang-kala tersilap menangkaporang di taman-taman gelap. Bila cheak I.C, rupanya bukan muslim.

    Jadi, inilah satu lagi asimilasi tapi masih belum lengkap syaratnya.Tambah pula di awal millenium, asimilasi terbaru bermula di manabangsa-bangsa seperti Bangladesh, NEPAL, VIETNAM, AFRIKA dan lain-lain mulai bercampur di sini. Akibatnya, bertaburanlah nusa kemelayuandi seluruh dunia. Proses ini berjalan dan terus berjalan. Tapi, merekakahMIM?!

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    9/29

    "Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah.Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepadasegenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak adaTuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu

    pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada

    junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad . Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dankeluarga Ibrahim . Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad.Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi." Bacaan Tahyat akhir dalam solat

    Itulah kod tersembunyi di dalam solat seharian. Takkala kitamembacanya, jari telunjuk kita akan di naikkan dan tahukah anda, ia

    membentuk apa? Jari telunjuk dan gengaman itu telah membentuk huruf MIM. Ini bermaksud, ahli rumah (ahlul bait) itu harus bersatu denganwaris dari IBRAHIM. Syaratnya KOD RAHSIA INI HARUS DI PEGANG sebagai kad identiti anda. Ianya bukan mainan atau ritual solat, tapi ia di

    jadikan dengan tidak sia-sia.

    .....................................................................

    http://3.bp.blogspot.com/_DOTN-KMh0-E/SylhR-MkfUI/AAAAAAAAAGg/ncuL4ETpLlA/s1600-h/1.JPG
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    10/29

    BUKTI - BUKTI LAIN

    Bukti penerimaan agama islam di masa dulu amat jelas di mana, jikasesuatu kawasan itu akan di ambil alih oleh sesuatu yang tidak disukainya, maka peperangan akan berlaku. Tapi, tidak di sini kerana islamtelah datang dengan aman. Bagaimana ini boleh berlaku? Seperti sayakatakan tadi, para rahib agama hanif di nusantara adalah yang tertinggipangkat darjatnya. Maka, sudah tentu mereka tahu kedatangan kalkiavatar, atau mahamad atau apa saja nama yang telah tertulis di dalamrig VEDA atau kitab lainnya tentang kedatangan nabi akhir ini. Takkala ituberlaku, bangsa beriman berdarah raja ini akan patuh menerima keranamereka tahu sesuatu di hadapan akan berlaku. Kedatangan islam jugamelahirkan wali-wali hebat di tanah melayu seperti wali 9 pertama, wali

    songo jawa, wali 7 dan sebagainya. Ilmuan mereka tidak dapat disanggah lagi kerana jelas lagi bersuluh bahawa merekalah bangsawandan 'sultan' dalam bidang agama dan kepakaran masing-masing. Tapihairannya, kenapa ulama kini menidakkan wali-wali dahulu serta ajaranmereka. Biar apapun, ini juga berlaku dek kerana sejarah. Kedatangan'kaum muda' pada lewat 1800-an dulu telah membenamkan para 'kaumtua' dengan bantuan kolonial dan sultan. Apapun, saya tidak mahumengulas lanjut mengenai itu.

    http://www.godallah.com/images/background_goodies.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    11/29

    http://fkia.files.wordpress.com/2009/04/peta_saudi_arabia_.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_DOTN-KMh0-E/Sylj25isBQI/AAAAAAAAAGw/DLKSuX97Yww/s1600-h/sundaland.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    12/29

    Bukti lain adalah bentuk 'zakar' yang setiasa wujud di muka bumi ini. Jikadi lihat peta pentas sunda, kita akan dapat melihat bentuk 'zakar' atau

    'tanduk' ini. Selain itu juga,bentuk yang sama ada di semenanjung arab. Akhirnya, ia jelas kelihatandan bercantum dengan 'tubuh badan' dan terjadilah tanah melayu. Jadi,apa maksudnya ini? Anda sendiri cari, tapi yang pasti di dalam Al-quranada menyebut banyak kali tentang 'berfikir' dan melihat tanda-tanda disekitar kamu. Jadi, fahamilah ia.

    Lidah paling universal juga adalah gelaran untuk melayu. Meskipun di

    dalam melayu terdapat rumpun-rumpun yang berbeza dialek, tapi merekaini dapat bertutur bahasa lainnya dengan cukup fasih. Cuba bandingkanpertuturan bahasa inggeris antara cina, india dan melayu. Siapa lagifasih. Pada mulanya saya ingatkan cina tapi, bila di teliti balik, cina tidakdapat bertutur elok tapi mereka bijak lantas terjadilah 'sleng' inggerissingapore seperti di dalam sitkom phua chu kang. Anda perasan ia?!

    Bukti yang paling kukuh adalah kepelbagaian warna kulit dan wajah didalam 'melayu'. Jika anda ke satu tempat, rupa wajahnya seperti orangarab, tapi bila ke tempat yang lain, seolah-olah cina. Jadi, yang mana

    http://travelmalaysiaguide.com/images/Maps/peninsular-malaysia-map.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    13/29

    satu melayu sebenar? Ada juga Mamak yang mengaku 'melayu' tapiberang pula melayu yang lainnya. Jika nada fahami apa maksud melayu,anda akan dapat membentuk prinsip 'menerima dan memberi' di dalampersekutuan melayu ini.

    Pergaduhan dalam mengiktiraf melayu mula terjadi-jadi takkala 'divideand rule' berlaku. Ini di tambah pula dengan kepartian politik yang manafrasa bangsa melayu mula di aplikasikan. Sedangkan bangsa Melayu tidakwujud. Yang ada hanyalah melayu. Cukup sekadar melayu kerana melayuitu bahasa dan melayu itu perlembagaan persekutuan kaum dan rumpunetnikdalam dunia melayu. Dek kerana itu jugalah Indonesia dan Malaysia tidak

    reda-reda lagi permasalahannya. Ini belum di tambah dengan masalahsingapore dan selatan thailand. Jadi, di manakah silapnya?! Jika seluruhnusantara mengetahu apa itu melayu sudah tentu semangat kemelayuanini akan bangkit kembali.

    .....................................................................

    KAITAN DENGAN MASA DEPAN

    "Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk kerumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki danperempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang

    http://ceria.my/proquransunnah/files/images/islam%20is%20a%20future.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    14/29

    zalim itu selain kebinasaan".ayat 28, surah nuh

    Pada era banjir besar dulu, NUH dan anak-anaknya menaiki banteralantas di gelar 'ahli rumah'. Asimilasi bangsa-bangsa yang sempat diselamatkan dan di bawa ke atas bahtera itu menghasilkan satu bangsayang satu yang di gelar MIM. Di kalangan mereka adalah waris dari NUHa.s yang harus menjadi raja kerana haqnya. Hal ini seterusnya di bawahinggalah ke hari ini. \Walaubagaimanapun, ia telah dirampas olehmereka yang tiada haq. Dek kerana itulah bangsa ini sudah 'tiada daulat'dan islam umpama 'buih-buih di lautan'.

    Pernah dengarkah frasa 'masuk jawi'? Frasa ini adalah perlambagaantentang seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah dan di saksikanoleh beberapa orang sambil jari telunjuknya mengangkat lantasmembentuk MIM. Jadi, orang dulu telah berpegang pada frasa "masukislam, masuk melayu". Dek kerana itulah islam utuh di zaman dulu dantiada permasalah yang terjadi. Tapi kini tidak, semuanya mahu di ikutakal yang boleh mati dan terhad itu. Semuanya harus mengikut logikakal. Semuanya harus menuju permodenan dan barat. kalau nak jadi

    ulama harus ikut Arab sebab mereka adalah pilihan tuhan. Kegilaanapakah ini? Anda sendiri yang jawab.

    Sabda Nabi: Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka diatermasuk dalam kaum itu

    Allah telah menjadikan pelbagai bangsa untuk saling kenal mengenali.Tiap bangsa ada ketamadunan dan adat istiadat masing-masing. Islam itupula bersifat universal. Jadi, tidak harus islam itu menjadi sebuah ritualkeagamaan berdasarkan pak-pak arab kerana adat di sana dan di sinicukup lain. Yang penting adalah islam itu meresap masuk ke dalamkemelayuan lalu menjadi adat resam kemelayuanislam.

    Berbalik pada ilmu segala yang telah di punyai oleh waris ADAM, ia tidaklah hilang tapi ia tetap di warisi sehingga kini. Meskipun begitu, hanyabeberapa segolongan sahaja yang berhak memdapatkannya keranaamanah yang cukup berat dalam menjadi khalifah. Menjadi khalifahbukan perkara yang senang untuk di cakap-cakap. Anda harus tahu

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    15/29

    khalifah itu apa? Khalifah itu wakil ALLAH di bumi dalammemakmurkan langit dan bumi. Untuk menjadi khalifah anda harusmempunyai ilmu yang cukup untuk 'menguasai' yang lainya seperti jin,malaikat dan sebagainya. Jika tidak, anda hanyalah seorang raja semata-mata. Tahukah anda Khalifah itu 'title' yang sangat besar. KhalifahSULAIMAN merupakan antara raja yang dapat menguasai segalanya.

    Kita di hujung akhir zaman ini memerlukan seorang khalifah yang tidakterkalah. Ini ada di sebut dalam hadis-hadis nabi yang menyebutmengenai kebangkitan islam nanti. Pemuda bani tamim itu tidakterkalah langsung bahkan hebatnya mereka ini mampu untukmengoncang dan mendebuhanguskan gunung ganang. Nah, siapakah

    pemuda bani tamim ini. Biar saya beritahu anda satu rahsia. Meskipun iarahsia, ia sudah tidak rahsia lagi kerana tinggal beberapa hari saja lagikita akan melangkah ke akhir fasa kurun hijrah yang mana harus'seorang pembela islam' akan muncul. Jadi, siapakah pemuda bani taminitu?

    .....................................................................

    TA MIM

    Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dansurah pertama berbunyi iqra'.."bacalah" Bacalah di sini membawa maksud

    'break the code'. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu

    http://darulislam.info/modules/gallery/albums/Domain-of-Islam-Wallpaper/Madyan.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    16/29

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    17/29

    dalam buku the Austronesian :-

    -berdasarkan rantaian makanan-berdasarkan pengangkutan (perkapalan adalah teknologi paling'advance' di tanah melayu)-berdasarkan daya mengelak dari suhu sejuk (bila banjir surut, suhu jadisejuk)-berdasarkan explorasi peta sekitar-berdasarkan pembiakan waris-berdasarkan material kegunaan

    Berdasarkan teori ini, orang asli ini membuka penempatan di seluruh

    dunia kerana mereka pada masa itu cukup 'advance; tapi kenapa kini kitamelihat mereka bercawat dan ketinggalan zaman. Ini kerana merekatidak mahu lagi keberadaan kerana keberadaan atau kekayaan nenekmoyang mereka dululah menyebabkan mereka hampir lupus di mukabumi.MEREKALAH SATU-SATU BANGSA YANG MASIH 'HIDUP' BERSAMABANGSA MIM. Walaubagaimanapun, proses asimilasi juga berlaku dikalangan mereka dan 'pendatang' dari waris NUH. Maka terlahirlah Mala-

    aborigin, Austranesian dan sebagainya. Apa yang penting adalah, merekaini cukup taat pada sultan yang di pilih setelah anak raja itu mengalamiproses pembelajaran 3,5,7 dan 9.

    Apakah proses itu 3,5, 7, 9? Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat yang di pegang oleh kewalian 3 , seterusnya belajar silat dari kewalian5 , seterusnya belajar agama dari kewalian 7 dan akhirnya belajartentang kehidupan dari kewalian 9 . Mereka di dedahkan demimecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulahmereka apakah itu ILMU SEGALA.

    Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenaisiapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-namailmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya, dialah warisADAM, NUH, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusiaberjiwa dewa .

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    18/29

    Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haqmelayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan

    masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapatmenyatupadukan umat di seluruh dunia. Tapi, sedihnya saya tidak dapatmelihat itu di zaman ini kerana masing-masing mahu menunjukkan siapalebih islam. Bagaimana mereka nyatakan mereka islam sedangkan hatimereka tidak pun islam/selamat = tenang. Mereka melihat tubuh badanorang lain sedangkan ALLAH lebih dekat pada urat leher pada diri sendiri.Ini adalah kegilaan apa? Ini adalah bahana penyakit cinta dunia takutmati yang sudah merasuk kedalam tubuh badan umat islam itu.

    Akhir kata, ISLAM itu UNIVERSAL,bertemu MELAYU bersifatUNIVERSAL, di tanah bekas UNIVERSAL.

    Ajaibnya, inilah metafora syariat+hakikat+makrifat. Syariat=islam ,Hakikat=kerahsian melayu universal, Makrifat=bekas pentas sunda

    syurga dunia. Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa anda harus fahamapa itu melayu dan buangkan kebangsaan melayu buatan politik. Jikatidak anda tidak mampu untuk menafsir apa yang sedang dan akanberlaku. Jika sesuatu berlaku, mereka yang tidak ketahui tadi akansengsara dan merana lantas datanglah dajjal cuba menipu sedaya upayadengan hakikat makrifat yang menipu yang bersandarkan pada firaun.Meskipun benar, tapi ia bukanlah kebenaran sebenar.

    Dek kerana itulah takkala munculnya pak Dajjal ini, segala tok-tok imamakan masuk geng dia. Ini kerana Dajjal mengetahui kerahsiaan hakikat

    http://3.bp.blogspot.com/_DOTN-KMh0-E/Sylha36gXOI/AAAAAAAAAGo/mMVsYioqeTA/s1600-h/lemuria-atlantis-worldmap.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    19/29

    dan makrifat. Melalui itulah juga dia akan membelit kita semua. Mula-mula mengaku sebagai penyelamat, kemudiannya sebagai nabi danseterusnya menjadi tuhan, sama seperti firaun lakukan. Pada era firaundulu, para firaun ini mengetahu hakikat yang cukup tinggi yang manasebarang kata mereka pasti jadi. Dari situ timbul bongkak dan akhirnyadia bertemu seteru yang sama taraf dengannya yakni MUSA dan HARUN.Dua orang nabi di hantar untuk menumpaskan firaun tapi akhirnya firauntumpas di 'makan' lautan. Apatah lagi tika dajjal ini keluar. Anda mampumenanganinya?! Apapun, saya hanyalah seorang murid dan sedangbelajar dari anda juga.

    Takkala ini, saya melihat ramai yang cuba untuk meng-arab-kan adat

    serta jalan dakwah. Dek kerana itulah terjadinya 'perang' di antara umatislam di seluruh dunia. Dakwah harus kreatif dan berdasarkan kesuaianadat dan istiadat sesuatu kaum itu. Sekarang ini masih ramai yangmelihat serban dan janggut berbanding kain pelikat serta orang tuabertongkat. Kita jarang melihat keilmuan di dalam diri seseorang itu. Kitasering saja menyerang seseorang tanpa sebab lalu berdabik dadamengatakan 'ilmu aku cukup kerana aku pernah belajar di al-azhar atautelah mendapat PHD dalam sekian-sekian jurusan". Persoalannya, adakah

    golongan ini yang akan membangkitkan sesuatu dari timur.

    Apa yang saya lihat, golongan ini semakin menyemarakkan apiperselisihan dan pertelingkahan lastas membunuh saudara seislamdengan label-label tertentu. Belum lagi di tambah dengan frasa politik danpolimek. Islam dan melayu kelihatannya seperti sarkas. Alif waumim..sarkas.

    .....................................................................

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    20/29

    PENGAKHIRANNYA

    Apa yang saya beritahu ini hanyalah kajian, pendapat dan soal selidiksaya selama ini dalam membongkar rahsia kemelayuan yang sering sajadi salah ertikan. Ini ditambah pula dengan mainan para pembelot bangsaserta musuh-musuh di sekeliling kita tanpa kita sedari.Tidaklah saya menyuburkan perkauman di sini tapi cukup sekadar saya

    memberitahu apa makna MELAYU sebenarnya.

    Ada pemimpin tahu akan rahsia MIM ini tapi mereka masukkan pula unsurpolitik, terus jadi rojak. Jika anda ke UiTM Shah Alam, anda akan dapatlihat dari jauh di bangunan chanselori, satu replika MIM yang berbentukkeris di letakkan atas bukit. APA MAKNANYA INI? Di tambah pula dengansentimen politik pada tahun lepas di mana UiTM menyiarkan slogan "UiTMbenteng melayu terakhir". Fahamkah mereka apa yang mereka war-

    warkan itu? Replika di atas bukit itu bermaksud bahawa bangsa melayuini datangnya dari bangsa-bangsa gunung (Pentas sunda yang tenggelam,Tibetan, Aryan dan lain-lain).

    Pergabungan ini akhirnya menjadikan Malaysia seolah-olah satu-satunyanegara yang mempertahankan kemelayuan?! Apakah indonesia tidakbegitu? Apakah Thailand lebih-lebih lagi selatan thai tidakmempertahankan kemelayuan? Apa yang pasti mereka semuamempertahankannya tapi tidak langsung bergabung atau bersatu akibatpolitik, ketenteraan, keselamatan dan perbezaan pendapat serta

    http://www.webdesignerwall.com/wp-content/uploads/2009/01/photo-strip-final.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    21/29

    kepentingan sosio-ekonomi. Ternyata ketidaksatupaduan ini telahmeremuk secara halus kemelayuan sedikit demi sedikit. Mungkin lagi 10tahun, kita tidak lagi akan di gelar melayu tapi sebagai satu negarabangsa. Negara bangsa Malaysia, negara bangsa indonesia, filipina,Thailanda dan sebagainya. Manakala sisa-sisa kota-kota lama akan diubah mengikut siapa yang memegang tampuk penguasaan itu. Jika di situbudhaa yang pegang, maka candi tadi akan di nyatakan sebagai candibudhaa 1000 tahun lalu!!! Kalau hindu pula, mereka nyatakan candi itumilik hindu dan sebagainya. Akibatnya anak cucu tidak lagi dapat melihatasal usul bangsa ini. Jadi, jika ini terjadi, selamat tinggal bangsa Melayu,kerana kalian telah pun membangsakan MIM itu dan kalian termaktubdalam sunnatullah tentang penghapusan bangsa-bangsa seperti di dalam

    Al-quran. Maka, tunggulah bencana yang bakal menimpa.

    "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datangwaktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dantidak dapat memajukannya"ayat 34 surah al-araf

    Pilihan di tangan anda. Anda mahu memilih untuk menjadi negara bangsaatau menjadi nusabangsa berNUSA-Antara (bermaksud;international/universal). Itu adalah pilihan anda. Saya hanya memberisedikit bukti yang saya ketahui dan saya yakin terdapat banyak lagi buktidi luar sana. Ini belum lagi di tambah dengan kenapa gempa bumiberlaku di janda baik dan sekitar pahang serta baru-baru di negerisembilan. Kepada mereka yang telah membaca dan menganalisa teoriFUTURE PHENOMENON dari saya, sudah pastinya kalian akan dapatmelihat kenapa ianya berlaku dan kenapa di timur.

    Ini ada sedikit lagi klue yang harus saya berikan. Antaranya ialah:-

    -Waris Ibrahim adalah tanda pemegang ekonomi. Pada zaman dulu, warisHajar yakni bangsa arab memegang ekonomi dunia (tika empayarkhalifah bermula). Kemudian, di susuli dengan ekonomi para yahudi dancampurannya (yakni zaman sekarang). Maka, masa depan adalah hak

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    22/29

    milik waris dari Qeturah/Jawiyah ini pula. Tapi bagaimana pula ianyabangkit. Itu anda sendiri yang jawab.

    -Bunian adalah sebangsa dengan puteri Balqis yang berkahwin denganNabi Sulaiman. Maka, dari situ lahirlah suatu bangsa 'jin tak jin, manusiatak manusia'...Hanya alam melayu banyak perkara perihal bunian selaluterjadi. Anda percaya?!

    -Ketua Pemuda Bani Ta MIM ini adalah Syuib Salleh. Untuk mengetahuikuncinya, carilah mengenai nabi Syuib (kaum Madyan) dan Nabi Salleh(kisah unta)

    -1435 Hijrah adalah tarikh 'akhir' seorang reformer atau mujaddid harus'muncul. Sekarang menghampiri 1431, jadi di mana beliau?

    -Melayu hebat kerana keilmuannya bukan kerana sifat badannya yangberketul-ketul seperti puak-puak rom sana. Jika seorang melayu yangberbadan kecil berlawan dengan seorang 'fighter' berbadan tegap dariu.s, saya rasa fighter tadi akan kalah dulu. Ini kerana akalnya melayu ituligat dan cepat. Tapi kenapa sekarang sudah tidak ligat dan cepat? Anda

    jawab!!!

    -Orang sekarang sudah tidak menganggap melayu itu islam. Kerana islamitu adalah islam, kenapa pula harus melayu. Memang benar pernyataantersebut. Tapi, jika anda seorang 'melayu', tidakkah anda juga seorangislam. Zaman sekarang ini saja baru muncul Melayu kristian atau Melayuhindu. Ini semua akibat 'kebebasan beragama'. Maka taniah sayaucapkan. Lagi cepat bencana yang akan turun.

    -Bencana yang selalu berlaku sering kali di anggap kebetulan ataubencana akibat alam. Tapi bila di herdik mengenai islam, terus melatahdan keluarkan hujah Al-quran dan hadis, tapi bila sebut bencana-bencanaini tidak pula mereka kata itu adalah 'amaran' dari ALLAH. Tidakkahmereka berfikir?!

    -Kebangkitan adalah dengan perang? tak de benda lain ke? atau muslimdah buntu mencari jalan demi kebangkitan islamiyah?!

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    23/29

    Apa yang pasti, seorang 'melayu' itu tidak harus tinggalkan keilmuankemelayuannya, juga tidak harus tinggalkan spiritualnya kerana nenekmoyang kita adalah orang baik-baik. Seorang Melayu itu juga harushidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikanIHSAN kedalam diri .

    IHSAN adalah 'engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akanengkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, makaketahuilah bahwa Dia melihatmu.". Senang kata IHSAN itulah TARIQATyang membawa kepada HAKIKAT dan menuju ke MAKRIFAT. Bila iniberlaku, syariat tadi menjadi cukup utuh sehinggakan jika datang musuhuntuk memusnahkan kita, seorang 'melayu islam' itu akan dapat

    menghapuskan 1000 daripadanya. Inilah IKHWAN YANG TIDAKTERKALAH ITU. Walaubagaimanapun, seorang melayu itu haruslahbersopan santun kerana moyang kita adalah seorang penyantun sertatidak terpegaruh dengan pemakaian untuk di tonjolkan. Hal ini berlakusehinggakan kita tidak akan tahu siapa mereka-mereka ini tapi jikamusibah berlaku, ramai yang akan datang tampil sebagai pendekar,bukannya pesilat.

    "Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagipenghiba dan suka kembali kepada Allah."Surah Hud ayat 75

    .....................................................................

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    24/29

    AKHIR KATA

    Syukur Alhamdulilah akhirnya telah selesai amanah yang harus sayasampaikan. Ia cukup-cukup membebankan dan selagi saya tidakmenyampaikan, ia akan memberatkan saya.

    Definisi yang harus anda faham adalah:-

    Bangsa MIM adalah asimilasi kepelbagaian bangsa lantas menjadi satu

    identiti tapi masih mengekalkan ada istiadat sesuatu kaum yang asal.

    Melayu pula adalah bahasa penyatuan yang menyatupadukan rumpun-rumpun kemelayuan di dunia melayu.

    Dunia melayu adalah geografik tempat tinggalnya rumpun-rumpunmelayu yang mana adalah bekas pentas sunda yang tenggelam dan iamerangkumi semenanjung tanah melayu, kepulauan jawa, sumatra,

    borneo, sulawesi, filipina, kepulauan polynesia, utara australia dan indo-china.

    http://1.bp.blogspot.com/_364-L6jkf-s/StvkSmBRmgI/AAAAAAAAAFA/QfCDt8syb9c/s1600/islamic-wallpaper-1023.jpg
  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    25/29

    Keilmuan Melayu adalah ilmu yang berasal dari nenek moyang(mungkin dari jurai kenabian) yang mana merangkumi spiritual, fizikal,

    sains, kimia kuno dan astronomi serta maritim. Ia juga merangkumi ilmukeagamaan islam serta sedikit dari agama hanif Ibrahim.

    MIM adalah huruf hijayiah/arab/jawi yang bermaksud Muhammadrasullulah serta bersimbolkan anak kunci kepada sesuatu pintu.

    Definisi yang saya ingin berikan mengenai bangsa mim+melayu islam dinusantara ini adalah seperti berikut:-

    "Bangsa asimilasi berjuraikan kenabian, berdarah para dewa danraja agung, dari tanah-tanah tinggi yang berasal dari tanah sundatertinggi yang mengamalkan syariat islamiyah serta hidupberserumpun bersandarkan bahasa melayu sebagai bahasapenantara"

    Sekali lagi kita imbas untuk kali terakhir:-

    "Nabi ADAM di beri ilmu segala dan di wariskan kepada anak cucunyauntuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Kerana hebatnya ilmu itu, skalakekhalifahan itu merangkumi langit dan bumi. Akibat dari kehebatanmereka itu, para manusia ini mengidolakan mereka sehingga membuatpatung-patung lalu di sembah. Dek kerana itulah ada para dewa inimenetap terus di 'langit-langit' dan tidak lagi mahu turun sehinggalahpintu kayangan itu di tutup sepenuhnya tika kelahiran Nabi Muhammad

    s.a.w. Pintu itu tidak akan terbuka lagi tapi hanya yang berhaq atau diberi ilmu warisan ini saja yang dapat berhubung dengan para kayangan di'atas' sana. Di muka bumi pula, kekufuran telah berlaku dan berluasasehinggalah banjir besar terjadi. Banjir besar itu telah menenggelamkanPENTAS SUNDA si tanah paling tinggi bergelar syurga dunia itu sehinggahanya puncak-puncak paling tinggi yang kelihatan. Di puncak inilah kitadiami sekarang.

    Bahtera NUH itu di penuhi dengan pelbagai ras kaum dan bangsa.Besarnya Bahtera itu tidak di jangkau akal sehinggakan di gelar 'rumah'

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    26/29

    pada tika itu. Proses asimilasi berlaku di dalam 'rumah' itu danmenwujudkan bangsa MIM atau Quraisy kuno. Dari susur galur NUH initerbitnya bangsa-bangsa kini. Tapi, ada juga bangsa di musnahkankerana kesesatan yang nyata mereka bawa akibar dari penyembahansesama makhluk.Waris yang di beri ilmu segala ini seterusnya harusmengajar dan mendidik kaum dan bangsa mereka. Ada yang dimusnahkan dan orang yang beriman dari kalangan bangsa musnah itulahyang seterusnya menerbitkan bangsa baru sehinggalah membawa kepadagenerasi kita.

    Era Ibrahim adalah era di mana ketentuan di 'takdirkan demi masadepan'. Hajar menerbitkan arab. Sarah menerbitkan Bani israel dan

    Qeturah atau jawiyah ini menerbitkan madyan dan lain-lain yang manamenerbitkan bangsa aryan lalu di bawa kemari waris itu oleh parapelarian kemboja asli. Lalu di asimilasikan dengan penduduk asal di tanahbekas pentas sunda yang tenggelam ini yakni orang asli yang telahterselamat dan tinggal di gua-gua. Seterusnya hasil dari pedaganganchina dan arab membawa kembali salasilah Ibrahim dari susur galurHAJAR. Salasilah SARAH pula di bawa secara rahsia oleh NABI MUSAlantas di kenali sebagai the lost tribe. Kerana 'lost'nya tribe ini, maka ia

    tidak dapat di jumpai sehinggalah kini ia di buka sendiri oleh parapengkaji eropah serta cendikiawan dari sini.

    Ketamadunan dari jurai kenabian ini telah di pegang oleh raja yang harusmengetahui ilmu dunia dan akhirat. Jika tidak, atas nama saja sultan ituberkuasa dan daulat itu tiada. Daulat itu adalah tanda adanya haq padamereka dan takkala daulat itu di sanggah, terimalah dikau akan balasankerana yang di pilih bukan kerana makhluk tapi keranaNYA. Jika tiadahaq, pasti bala akan terima dan akibatnya Melaka jatuh ketangan portugisdan seterusnya pergaduhan sesama kesultanan terjadi. Maka, lahirlahnegara bangsa seperti sekarang ini. Tapi sudah pasti mereka yang amatlogikal akalnya akan berkata 'ahh..itu cuma kebetulan'. Kebetulan kepalahotakkau berjambul kata P.ramlee. Apakah dunia ini juga di cipta keranakebetulan dan kebetulan pula kita sebagai manusia?! Anda yang jawab.

    Kerahsiaan bangsa MIM baru atau di gelar MELAYU ini akhirnya di bukadengan kerahsiaan demi kebangkitan kali kedua ISLAM. Jika bukankerana ISLAM, melayu takkan bangkit kerana ISLAM adalah penyebab

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    27/29

    Melayu harus bangkit. Jika tidak, selamanyalah melayu itu me-layu dantidur di tendang-tendang oleh musuh-musuh di sekeliling. SANG NAGSEDANG TIDUR, MARI KITA BUNUH DIA. Tapi, sekali naga bangkit, bukansaja musuh malah bumi pun gentar. Ini termaktub dalam hadis nabi yangmana kebangkitan adalah dari timur. Tapi, ramai orang beranggapantimur itu di Asia tengah timur sikit, akibatnya perang tak sudah dinyalakan di sana. Tak puas dengan itu, nusantara pun terkena biasnya.Ekonomi meruntuh tapi nak runtuhkan bagaimana jika 'giliranperekonomian IBRAHIM' itu sedang berlangsung.

    Kita lihat saja dalam masa terdekat, mungkin 1-2 tahun ini, sistemkapitalis atau ekonomi yang di pegang oleh yahudi dan para

    campurannya akan mendesup jatuh tanpa di selamatkan lagi. Tiba-tiba,muncul pula ramai orang kaya di sekitar nusantara. Nanti andasaksikanlah ia."

    Demi 1431 hijrah yang jatuh pada hari jumaat serta tahun 2010 yang juga jatuh pada hari jumaat dan bertajul mulukkan 'air', maka kita akanlihat bangsa 'air' akan mengambil alih bintang 'ikan' kepada 'balang berisiair' ini. Jika mahu berjaya, sistem maritim adalah kekuatan nusantara

    ketika dulu. Pelabuhan dunia adalah gelaran kita. Selain itu, wujudkan juga keilmuan lama yang di beri nafas segar seiring dengan masa sertaberalaskan syariat islamiyah yang benar agar ia tidak lagi terpesong dantiada lagi 'jin belaan' akan di gendong. Wujudkanlah juga sains islamyang tidak langsung memandang barat yang hanya percaya pada tuhanfizikal. Kita berspiritual dan berfizikal dan kita adalah sempurna keranakita memiliki kedua-dua elemetn. Jika ini berjaya, nanti lihatlahkenyataan "cacat seorang lelaki itu jika tidak dapat berjalan atas air danterbang" akan menjadi kenyataan.

    Realiti ini amat jelas jika kita melihat di sana sini orang mulai mencarispiritual dan kekuatan tenaga alam semesta. Realiti itu sehinggakan dipawagam ada saja Hollywood menayangkan cerita-cerita 'superpower'seperti x-man dan sebagainya agar bila orang menceritakan perkara itu,lantas mereka akan memotong lalu berkata "kau banyak tengok movieni". Apakah ALLAH itu lemah dalam memberikan sesuatu yang di luaradat manusia. Adat manusia kini saja yang tidak mempercayai kekuatanspiritual sedangkan ianya adalah kebiasaan pada zaman dulu kala. Maka,

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    28/29

    fikirkanlah. Apapun, sekali lagi saya katakan bahawa siri-siri bangsa MIMini adalah kajian, pendapat, hasil pengumpulan data dan cerita oranglama. Maka, ianya hanyalah 'tool' untuk anda untuk mempercayai bahawakisah kebangkitan akhir zaman bukanlah satu dogengan atau ceritabertaraf 'Harry Potter'.

    Oleh itu, di tangan andalah ianya akan di luaskan. Jika anda sayangkanIslam dan Melayu, maka sebarkanlah ia dengan kreativiti anda sendiri.Jangan pula taklid pada ilmu saya kerana ilmu saya masih cetek. Kaji dananalisalah klue dan 'tools' yang saya berikan ini agar kebangkitan islamkedua akan menjadi realiti. Insyallah ianya akan menjadi realiti. Akhirkata dari saya, ampun maaf jika ada salah silap dalam karya ini dan

    semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian.Dunia adalah permaian dan gurauan tapi AKU tidak bermain dengannya.

    Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah AkanMemberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahu i. (HR Imam Ahmad)

    Apabila jiwa manusia benar -benar berjanji akan meninggalkan semuadosa, nescaya akan terbang dia ke alam malakut (di langit), kemudiankembali membawa berbagai ilmu hikmah tanpa berhajat pada guru. (HRImam Ahmad)

    Allah berfirma n kepada Isa: Aku akan mengirimkan satu umat setelahmu(ummat Muhammad Saw.), yang jika Aku murah hati pada mereka,

    mereka bersyukur dan bertahmid, dan jika Aku menahan diri, merekasabar dan tawakal tanpa [harus] mempunyai hilm (kemurahan hati) dan

    ilm [ilmu]. Isa bertanya: Bagaimana mereka bisa seperti itu ya Allah,tanpa hilm dan ilm? Allah menjawab: Aku memberikan merekasebagian dari hilmKu dan ilmKu.(Hadis Qudsi; Futuh Mishr waAkhbaruha)

  • 8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 5

    29/29

    "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" Hang Tuah

    Anda fahaminya sekarang?!

    .....................................................................

    rujukan:-

    -Al-QURAN dan hadis-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos-Hikayat Inderapura

    -Hikayat Merongmahwangsa-Hikayat Sejarah Melayu-cerita-cerita orang tua

    artikel oleh future phenomenon at 2:08 PM

    http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri.htmlhttp://www.blogger.com/email-post.g?blogID=3372787713909813688&postID=7158202354364314464http://2.bp.blogspot.com/_DOTN-KMh0-E/SyllQbF1SUI/AAAAAAAAAG4/-tGsA17N-HQ/s1600-h/buku+buku.jpghttp://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri.html