118
BAHASA SAPAAN Sapaan "Engkau" dan "Aku" dalam Neka Bahasa Melayu Oleh Hasan Baseri Budiman PENGGUNAAN kata ganti nama pertama "ku" atau "aku" dan kata ganti nama kedua "engkau" atau "kau" biasanya dikaitkan dengan penggunaan neka bahasa kasar. Dalam suasana biasa penggunaan kata ganti nama tersebut biasanya digunakan ketika seseorang penutur itu beremosi negatif atau mungkin akan bertukar dalam suasana mesra. Tetapi mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kata ganti nama "engkau" dan "aku" dalam penggunaannya boleh sahaja dipelbagaikan mengikut konteks sosiolinguistiknya. "engkau" dan "aku" mempunyai sinonimnya yang banyak. Setiap penggunaan sinonim itu biasanya terikat kepada taraf sosial pengguna bahasa yang terlibat dalam peristiwa bahasa, darjat dan status serta jadual yang dipercakapkan mengikut neka-nekanya tersendiri. Antara contoh sinonim "engkau" dan "aku" termasuklah: Engkau - tuanku, tun, datuk, tuan, puan, encik, cik, kamu, anda, mu, hang, hangpa, engkau orang, saudari, saudara, tuan hamba, tuan patik (Brunei), awang, dayang, anta, lu, you. Aku - beta, patik, saya, hamba, pacal, teman, hambo, ana, sahaya, cek, eden, fakir, gua, kita orang, hamba tuan, hamba habib, I. Sinonim ini wujud kerana kesesuaian konteks sosiolinguistiknya. Dalam pemakaian biasa, penggunaan kata ganti nama kerap kali dipengaruhi oleh rumus-rumus sosial yang telah sedia wujud. Prof. Dr. Asmah Haji Omar membahagikan rumus sosial itu kepada dua

BAHASA SAPAAN

  • Upload
    lc13509

  • View
    5.608

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

for everyone

Citation preview

Page 1: BAHASA SAPAAN

BAHASA SAPAAN

Sapaan "Engkau" dan "Aku" dalam Neka Bahasa Melayu

Oleh Hasan Baseri Budiman

PENGGUNAAN kata ganti nama pertama "ku" atau "aku" dan kata ganti nama kedua "engkau" atau "kau" biasanya dikaitkan dengan penggunaan neka bahasa kasar. Dalam suasana biasa penggunaan kata ganti nama tersebut biasanya digunakan ketika seseorang penutur itu beremosi negatif atau mungkin akan bertukar dalam suasana mesra.

Tetapi mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kata ganti nama "engkau" dan "aku" dalam penggunaannya boleh sahaja dipelbagaikan mengikut konteks sosiolinguistiknya. "engkau" dan "aku" mempunyai sinonimnya yang banyak. Setiap penggunaan sinonim itu biasanya terikat kepada taraf sosial pengguna bahasa yang terlibat dalam peristiwa bahasa, darjat dan status serta jadual yang dipercakapkan mengikut neka-nekanya tersendiri. Antara contoh sinonim "engkau" dan "aku" termasuklah:

Engkau - tuanku, tun, datuk, tuan, puan, encik, cik, kamu, anda, mu, hang, hangpa, engkau orang, saudari, saudara, tuan hamba, tuan patik (Brunei), awang, dayang, anta, lu, you.    

Aku - beta, patik, saya, hamba, pacal, teman, hambo, ana, sahaya, cek, eden, fakir, gua, kita orang, hamba tuan, hamba habib, I.    

Sinonim ini wujud kerana kesesuaian konteks sosiolinguistiknya. Dalam pemakaian biasa, penggunaan kata ganti nama kerap kali dipengaruhi oleh rumus-rumus sosial yang telah sedia wujud. Prof. Dr. Asmah Haji Omar membahagikan rumus sosial itu kepada dua pemakaian iaitu ganti nama bahasa diraja dan ganti nama bahasa biasa.

Kalau berdasarkan keadaan, biasanya semakin tinggi taraf orang yang bercakap, semakin rendah pulalah taraf orang yang diajak bercakap. Begitu jugalah sebaliknya. Dalam suasana begini tentunya neka bahasa yang digunakan ialah neka sopan yang lebih kepada ciri-ciri untuk menghormati seseorang.

Dalam keadaan yang lain pula, pengaruh emosi turut menentukan bentuk pemakaian kata ganti nama ini. Orang yang sedang marah mungkin boleh menukarkan kata panggilan itu dengan tanpa merujuk kepada status yang telah diperuntukkan. Dan yang terhasil ialah neka kasar. Misalnya:

Suasana biasa : Tuan tidak patut menuduh saya begitu.

Page 2: BAHASA SAPAAN

Waktu marah : Engkau tidak patut menuduh aku begitu

Penggunaan kata ganti nama ini juga kadang kala boleh berlaku secara disengajakan biarpun kemungkinan si penutur tidak menduduki taraf sebagai si pengucap yang sepatutnya. Perkara ini berkemungkinan berlaku kerana rumus pemakaian itu tidak berlaku secara formal, seperti ketika sedang berlakon. Dalam pengucapan ketika berlakon, pelakon yang bertaraf rakyat jelata boleh menggunakan kata ganti nama bahasa diraja bagi tujuan menguatkan mesej lakonannya. Ini tidak dikira bersalahan dari segi sosiolinguistiknya kerana orang yang mungkin dilawan bercakap juga statusnya sudah berubah.

Dalam kalangan rakan sejawat yang mesra, sapaan pada kata ganti nama pertama "aku" dan kata ganti nama kedua "engkau" atau "kamu" tentunya tidak dianggap kasar, kerana sifat neka mesra itu sendiri menggambarkan ikatan yang rapat di antara dua penutur yang barangkali sudah saling kenal mengenali hati budi masing-masing. Ini tentu membezakannya dengan sapaan pada neka sopan yang lebih mementingkan sifat menjaga hati dan perasaan orang lain supaya tidak membuat tanggapan salah terhadap si penutur.

Sapaan pada neka remaja dan neka mesra mungkin agak berlainan. Hal ini demikian, kerana remaja biasanya mencipta kata-kata sapaan mereka sendiri. "Saya" atau "aku" biasanya mereka gantikan dengan "gua" ataupun "wa", dan "engkau" atau "kamu" sudah menjadi "lu". Semua ini sebenarnya dipengaruhi oleh sifat bahasa slanga yang lebih mementingkan kelainan berbahasa di kalangan mereka daripada bahasa biasa.

Keadaan yang sama juga terjadi kepada penutur neka manja. Kelainan yang nyata pada sapaan kata ganti nama pertama dan kedua dalam neka ini sudah berubah menjadi nama diri sebenar. Misalnya:

Suasana biasa : boleh tak saya bertanyakan awak satu perkara?

Neka manja : bang Mat, boleh tak Imah bertanya satu perkara?

Page 3: BAHASA SAPAAN

   

Seperkara lagi yang nyata dalam neka manja ini ialah intonasi dan lenggok percakapan yang digunakan oleh si penutur. Rata-rata kalau diteliti, intonasi tersebut lebih bercirikan sifat mengada-ngada si penutur.

Pada zaman dahulu, penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kedua ini lebih dipengaruhi oleh unsur istana. Ketika itu "neka istana" menjadi contoh berbahasa kepada seluruh rakyat jelata. Kata ganti nama pertama "hamba" yang pernah digunakan pada hari ini sebenarnya wujud selepas berlaku beberapa penyesuaian mengikut etimologi masyarakat penggunanya. Kata tersebut dipercayai berasal daripada panggilan yang lebih panjang iaitu "yang diperhamba" dan kemudian kata itu berubah-ubah mengikut keadaannya sehingga sekarang.

yang diperhamba

diperhamba

perhamba

peramba

hamba (ambo) amo        

Kata "hamba" itu pula kemudiannya dipergunakan dalam panggilan masyarakat mengikut rumus-rumusnya yang tersendiri, seperti:    

Hamba engkau : bagi tempat-tempat yang menggunakan gelaran "engkau" seperti di Pahang.

Hamba habib : digunakan di dalam masyarakat khususnya bagi membahasakan diri apabila

Page 4: BAHASA SAPAAN

bercakap dengan orang yang bergelaran "syed".

Hamba datuk : digunakan bagi bahasaan diri ketika berbual dengan orang yang bergelaran "datuk".    

Bagi masyarakat Brunei, penggunaan kata "hamba" banyak merujuk kepada nilai kata tersebut. Kalau di Malaysia, kata "tuanku" diletakkan sebagai kata ganti nama "engkau" yang paling tinggi darjatnya, tetapi di Brunei kata "ku" di hujung kata "tuan" dianggap tidak bersesuaian dengan tarafnya yang tertinggi. Jadi "ku" digantikan dengan "hamba" atau "patik" bagi menjadi "tuan hamba" atau "tuan patik" yang kepada orang-orang Melayu kata itu sudah termasuk di dalam kata ganti nama bahasa biasa dan sekali gus menurun taraf penggunaannya.    

Selain terikat dengan sejarah lama, permodenan dan pengaruh bahasa Inggeris juga telah meninggalkan kesan kepada penggunaan kata ganti nama bahasa Malaysia. Kata "you" dan "I" telah digunakan dengan cukup meluas di kalangan masyarakat setempat memandangkan statusnya sebagai kata ganti nama yang bercirikan "berpelajaran". Ini biasanya digunakan melalui pengucapan neka mesra dan neka sopan.    

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang cuba menterjemahkan kata ganti nama "you" menjadi "anda" bagi menyesuaikan suasananya yang lebih sopan. Kata "anda" sebenarnya sudah lama wujud. Tetapi tidak ramai yang mahu menggunakannya kerana pada peringkat awal dulu, ia sukar diterapkan. Pada hal kata "ayahanda" (ayah + anda) dan "kekanda" (kakak + anda) sudah pun digunakan dengan begitu meluas. Mungkin kerana kata ganti nama ketika itu sudah banyak dalam kosa kata bahasa Melayu maka kata itu terpaksa diketepikan.    

Selain penggunaan kata ganti nama yang biasa, terdapat kekeliruan pemakaiannya apabila kata ganti itu berpindah ke sesetengah bahasa sukuan dan daerah. Kata "kita" misalnya ialah kata ganti nama pertama berbentuk jamak, tetapi ada juga orang yang memakainya sebagai kata ganti nama pertama mufrad. Hal ini tentu sahaja mengelirukan orang yang dilawan bertutur. Cuba perhatikan contoh yang di bawah:    

Page 5: BAHASA SAPAAN

"Kita hendak awak sampai di tempat ini sebelum jam sepuluh pagi nanti. Kalau awak lambat akan meranalah kita nanti."    

Yang dilawan bertutur mungkin keliru dengan ungkapan ayat tersebut kerana kemungkinannya boleh memberikan dua makna, iaitu sama ada seorang sahajakah yang akan merana atau kedua-duanya sekali akan merana.    

Walau apa pun keadaannya, penggunaan kata ganti nama ini tetap memenuhi ciri-ciri kesesuaian kumpulan si penuturnya kerana penciptaan setiap kata itu sudah sedia wujud dalam masyarakat tersebut sebagai penciptanya. Cuma si pelawan tutur yang asing sahaja yang harus mengikut kesesuaian perbualan itu bagi memenuhi rumus dialog yang sempurna.

Page 6: BAHASA SAPAAN

 KINI DALAM PASARAN!

DAPATKAN NASKHAH ANDADI KEDAI BUKU YANG BERHAMPIRAN!

KONTAK REDAKSI

PR CETAK TERBARU

TOPIK » LAPORAN UTAMA

» KESEHA

Diberi Keleluasaan Tapi bukan Semaunya

Kepala SD & TK Islamic International Al Azhar Syifa Budi Parahyangan, ibu satu anak, tinggal di Padalarang.

MENURUT saya, pendidikan etika penting dilakukan pada anak. Di

Page 7: BAHASA SAPAAN

TAN IBU & ANAK

» KONSULTASI.  KESEHATAN JIWA

» MANAJEMEN KEUANGAN

.  KELUARGA

» DA

, nilai-nilai keislaman menjadi acuan utama dalam pembelajaran etika. Karena universal, tidak ada benturan sistem nilainya. Salah satu contoh dalam bahasa sapaan

assalamualaikuminternasional lain mungkin "Hai" atau "Hello". Tentunya bahasa ini bila digunakan di sekolah biasa mungkin dianggap kurang pantas

Saya merasa anak-anak sekarang lebih aktif, untuk itu diperlukan paradigma baru dalam mendidik dan mengajarnya. Ada perbedaan pendidikan etika dulu --ketika saya sekolah, dengan saat ini. Baik dalam metode maupun cara penerapannya.

Di zaman saya dulu, guru lebih mendominasi dan berjalan satu arah, sementara sekarang menjadi dua arah dimana anak secara aktif dilibatkan. Saya ambil contoh, ketika terjadi pelanggaran dan bagaimana hukumannya, saat itu anak dilibatkan untuk mengambil keputusan apa yang pantas dilakukan baginya. Namun, walaupun peran anak sangat diperhatikan, bukan berarti anak juga boleh semaunya. Nanti malah dia tidak beretika.

Di sekolah yang saya pimpin saat ini, etika diajarkan sebagai aturan-aturan yang dibentuk untuk membiasakan anak dalam berperilaku sehari-hari sesuai dengan apa yang tertuang dalam kurikulum. Untuk membentuk akhlakul karimah dimulai dengan pemberian

, kemudian baru bisa diaplikasikan dan akhirnya membentuk kebiasaan dan

Memang ada kelemahan, dengan sistem pendidikan etika saat ini, karena membuat anak menjadi kurang mandiri dalam mengendalikan serta mengontrol diri. Dalam segala hal keterlibatan guru dan orang tua sangat besar mengontrol perilakunya.

Bila dulu, sebelum berbuat kesalahan, kita sendiri sudah merasa bersalah sehingga kontrol pada diri sendiri cukup kuat. Namun saat ini, anak-anak lebih berani berbuat tanpa rasa takut. Mungkin dalam

kalau apa yang diperbuat itu salah akan ada yang menegur dan membetulkannya. Jadi nilai-nilai etika ini belum terinternalisasi dalam dirinya secara langsung.

Bagaimana dengan di keluarga? Saya sangat menekankan bahwa pendidikan anak tidak bisa hanya bergantung pada sekolah, maka metode pendidikan dan pengajaranpun harus selaras dengan di keluarga, agar tidak terjadi benturan nilai pada anak. Makanya, di

Page 8: BAHASA SAPAAN

PUR

» GAYA

» GRIYA

» KREATIF

» SELAYANG PANDANG

» LAINNYA

ARSIP

» EDISI 2004-2005

awal tahun ajaran kita suka menyosialisasikan kurikulum kepada orang tua murid. Setiap akhir semester untuk SD dan Triwulan

Merupakan Bentuk Kekecewaan Anak

Artis, Pengusaha Properti, Ayah Dua Anak.

MENYIKAPI pergaulan dan santun tidaknya anak-anak kita zaman sekarang, baik di dalam keluarga maupun pergaulan di luar rumah, saya kira, tidak bisa disamakan dengan pergaulan kita zaman masih remaja. Jelas sangat jauh berbeda. Apa yang kelihatan sekarang ini, adalah sebuah respons yang diberikan secara langsung dan terbuka. Bisa saya maknai sebagai bentuk kekecewaan anak yang diterima dari kita orang tuanya. Kenapa saya bilang kekecewaan, karena bisa saja, anak-anak kita itu tidak lagi memperoleh hak-haknya sebagai anak. Sehingga mereka berontak dengan caranya sendiri. Mau tidak mau, kita harus pandai-pandai menbacanya.

Karena sesungguhnya untuk memperoleh dampak yang baik dari anak, seharusnya, kita juga memberikan pembelajaran yang baik secara langsung dan bisa mereka terima. Apa berikan kepada anak? Kita kaji lagi, apa mereka sudah merasa dipenuhi kebutuhannya? Kita di sini tidak berbicara fasilitas berupa materi, tetapi hati, kasih sayang, dan perhatian penuh. Bukankah saat mereka merasa membutuhkan kita, kitanya justru sibuk. Kecewakah mereka dengan kesibukan kita orang tuanya? Mereka tidak akan bicara. Karena takut mengecewakan.

Jadi, kita harus bisa memberikan apa yang mereka butuhkan. Mari yang sudah kita berikan pada mereka?

Sesungguhnya anak itu sangat beradab, mereka punya aturan yang sangat bisa saling isi mengisi dengan lingkungannya, dengan orang tuanya. Tetapi karena kita memberi contoh juga tidak maksimal, ya mereka menangkapnya juga tidak utuh. Jadinya kita jangan terheran-heran melihat tingkah laku anak kita, mengapa sampai demikian. Karena yang salah itu bukan saja hanya anak, tetapi kita

Oleh sebab itu, kalau saya menerapkan pendidikan moral atau apalah namanya, saya justru menempatkan diri lebih rendah dari mereka anak-anak saya. Karena kalau kita memosisikan mereka lebih di atas kita, saya pikir, mereka akan merasa dihargai.

Page 9: BAHASA SAPAAN

W

E

B

M

A

I

L

boleh sewenang-wenang menerapkan sesuai dengan kehendak kita. Dalam teknik penyampaian pesan, saya selalu memosisikan diri bahwa saya sangat membutuhkan anak-anak. Kebetulan saya dekat dengan mereka. Jadi kita juga harus sabar, tidak boleh sombong meski yang kita ajak bicara itu anak kita. Karena kebetulan anak saya yang pertama, Bella (16), sudah bisa mengambil sikap. Misalnya, kalau saya terlalu banyak pesan, HP-nya langsung dimatikan. Berarti dia tidak suka dengan teknik penyampaian yang bertele-tele. Jadi menurut saya, kita "win-win aja" dengan anak, demi kepentingan bersama .(Ratna DJ/"PR")***

SUPLEMEN

IKLAN

HALAMAN DEPAN HIKMAHKE ATAS PR CYBER MEDIA

-Hak Cipta © 2002 - Pikiran Rakyat Cyber Media

-

Kesantunan Berbahasa

 

Page 10: BAHASA SAPAAN

1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2.Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

3.Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

5.  Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

7.  Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

8.  Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

9, Lihat contoh berikut:

PakDigunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.

MakDigunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri

Tok

Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.

AbangDigunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.

Kakak

Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.

AdikDigunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

 

10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik

11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:

Page 11: BAHASA SAPAAN

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan

Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

12. Gelaran Pergaulan Bebas

Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

 13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.

Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.

Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.

Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.

Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.

Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

 14.  Gelaran Warisan

Page 12: BAHASA SAPAAN

Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

 15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri,

Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

16. Gabungan Gelaran

(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji

(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji

(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.

(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik

(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

 17. Rujukan Hormat

Orang Yang Disapa Rujukan Hormat

Page 13: BAHASA SAPAAN

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri

Duli Yang Maha Mulia

Balu Raja Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia

Bergelar warisan Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri

Yang Amat Berhormat

Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)

Yang Berhormat

Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja

Yang Berhormat Mulia

Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal

Yang Berbahagia

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif

Ketua Polis Negara Yang Amat Setia

Hakim, Kadi Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah

Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

(kembali ke laman utama)

 

   MENU SEMINAR ZA'BA MENGENAI ALAM MELAYU II 2005 

       :: SINOPSIS ABSTRAK         Sistem Panggilan Kekerabatan Bahasa Bajau, Bahasa  

Page 14: BAHASA SAPAAN

Iranun dan Bahasa Melayu: Satu Perbandingan Awal

Saidatul Nornis Mahali

Pusat Penataran Ilmu & BahasaUniversiti Malaysia Sabah

Sistem Kerabat adalah hubungan kekeluargaan yang masih utuh di kalangan masyarakat Asia. Hubungan ini mempersatukan individu-individu yang berada di luar sistem

 KURSUS KEPENYAIRAN e-sastera:

GARIS PANDUAN DAN TIPS UNTUK PENYAIR DAN PEMINAT PUISI ©Irwan Abu Bakar, 2003

Tarikh mula tulis: 5.10.2002 Tarikh siap: 9.4.2003. Tarikh pengeditan terbaru: 26.6.2003.

PERHATIAN Kandungan kursus ini telah diterbitkan dalam bentuk buku konvensional. Sila dapatkan daripada kAPAS Enterprise (emel: [email protected])

Terus Ke Senarai Kandungan Terus Ke Indeks Terus Ke Lampiran

A: Preliminari

Objektif Kursus: Untuk memberi penerangan dan petunjuk ringkas tentang hal-hal tertentu berkaitan puisi.

Apabila tamat mengikuti kursus ini, anda akan memahami perkara-perkara yang berikut: 1. asas-asas penting puisi tradisional 2. sejarah terawal penulisan sajak. 3. asas-asas sajak yang baik dan yang lemah. 4. konsep-konsep bahasa, teknik dan tema yang berkaitan dengan penulisan sajak.

Peserta Sasaran: Kursus ini diolah supaya sesuai untuk: 1. Orang awam yang berminat menulis dan menghayati puisi. 2. Pelajar kolej dan universiti. 3. Pelajar sekolah menengah, Tingkatan 3 ke atas.

  Halaman Utama   Pendahuluan

 Abstrak & Kertas Kerja

  Pembentangan  Yuran Persidangan   Penginapan  Borang Penyertaan  Hubungi Kami

Page 15: BAHASA SAPAAN

Sijil Kepenyairan k-APAS: Setelah tamat mengerjakan semua modul dalam kursus ini, peserta boleh mengambil peperiksaan yang akan diadakan dari semasa ke semasa. Peserta yang lulus peperiksaan itu akan dianugerahkan Sijil Kepenyairan k-APAS. Peperiksaan pertama dijangka akan diadakan pada Disember 2002. (Butir-butir akan diumumkan kelak).

Franchise Kursus: Hak franchise kursus ini boleh diperoleh dengan menghubungi: [email protected].

Rujukan: Kandungan dalam tulisan ini dibuat dengan menggunakan rujukan-rujukan yang berikut:-

Rujukan Utama 1. Rahman Shaari. "Persediaan Menulis Sajak", Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990. 2. Muhammad Haji Salleh. "Pengalaman Puisi", Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.

Rujukan Tambahan 1. Rahman Shaari. "Lukisan Zaman", Marwillis Publisher and Distributor, 1991. 2. Rahman Shaari. "Penilian dan Penghayataan Sastera", Marwillis Publisher, 1987. 3. Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad (Penyelenggara). "Orang Bertiga", Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.

Rujukan Untuk Lampiran 4: Amran Ahmad. "STPM: Menghadapi Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 Aneka Pilihan", Fajar Bakti, 1993.

Rujukan Untuk Lampiran 6: Hakim Iskandar dan Zairiah Mansor. "Tatabahasa Bahasa Melayu KBSM", SNP Eastview Publication, 2002.

Deklarasi Penulis: (a) Sebarang silap faham, silap baca, dan silap tulis oleh penulis adalah tanggungjawab penulis sendiri dan tidak boleh sama sekali dipertanggungjawabkan kepada penulis buku-buku rujukan yang tersebut. (b) Sebarang perkara yang ditulis di sini tetapi tidak terdapat dalam bahan-bahan rujukan adalah juga tanggungjawab penulis sepenuhnya.

 

B: Indeks (Indeks ini merujuk kepada nombor modul, submodul, atau subsubmodul bagi artikel ini. Anda boleh "melompat" ke bahagian yang berkenaan dengan mengklik hiperlink yang disediakan.) abstrak: 6(d); agama Islam: Modul 25; aliran: 6(a); aliterasi: 11(2)(1); alusi: 11(3)(1); ambiguiti: 10(2)(1); anafora: 11(2)(2); antagonis: 13(3); anugerah: 24; APAS: 24(2)(3); asonansi: (11)(2)(1); ayat: 11(2)(5); Lampiran 6; bahasa: Modul 10; bait: 9(1)(4); balada: 13(2)(4); baris: Lampiran 1; bebas: 3(3); belati: 14(1)(1); bentuk: 6(b); Modul 9; bentuk dalaman: 9(2); bentuk luaran: 9(1); bertiga (orang): 16(2); bombastik: 8(2)(4); budaya bahasa: 12(4); Lampiran 4; corak puisi: 13(2); cyber cafe: 19(2)(3); definisi puisi: Modul 1; deklamasi: Modul 23; denotatif: 10(2)(3)(1); diksi: 11(1);

Page 16: BAHASA SAPAAN

distikhon: Lampiran 1; edit: 18(1); elegi: 13(2)(1); enjambemen: 12(1); epifora: 11(2)(2); epigram: 13(2)(2); gaya: 8(1)(2); 15(2); gaya bahasa: Modul 11; gurindam: 4(4); Hadiah Sastera Perdana (HSPM): 24(2)(1); hafaz: 23(3); hibrid: 11(1)(2); hiperbola: 11(1)(1); imajan: 11(4)(1); imbuhan bidah: 8(2)(5)(1); imej: 11(4)(1); imej bercampur: 8(2)(1); intelektual: Modul 17; Internet: Modul 19; inversi: 11(1)(3); irama: 10(1); 11(2)(4); ironi: 11(1)(4); isi: 8(1)(1); Islam: Modul 25; jampi: 4(6); jenaka: 13(2)(6); jenis sajak: Modul 6; kabur: 16(1); keindahan: 15; 15(2); kelemahan umum: 14(2); kesalahan umum: 14(1); kesimpulan: 9(2)(1); ketepatan makna: 10(2)(3); khutbah: 12(4)(1); kiasan: 11(3); klise: 8(2)(2); komputer: Modul 18; komuniti: 24(2)(3); konkretisasi: 6(1); 8(1)(1); konkrit: 6(d); konotatif: 10(2)(3)(2); kritikan: Modul 26; kuatren: Lampiran 1; lagu puisi: 23(4); lambang: 11(4)(2); lesen puitis: Modul 27; lewah: 14(2)(1); licentia poetica: Modul 27; lisan: 23(1); makna: 10(2); makna tersembunyi: 10(2)(2); mantera: 4(6); melankolik: 7(1); 8(2)(3); melodi: 23(4); metafora: 11(3)(2); muzik: 23(3); nada: Modul 7; ode: 13(2)(3); oktaf: Lampiran 1; padat: 14(2)(1); pantun: 4(2); paradoks: 11(1)(5); paralelisme: 12(3); parodi: 11(1)(5)(1); patriotik: 7(2); pejabat: 19(2)(2); pengucapan bersahaja: 8(2)(6); 12(1); pengaruh: 21(2); pengulangan: 11(2); penyair: Lampiran 2; Penyair: 24(2)(3); perbandingan: 11(3); peribadi: 8(1)(1)(1); personifikasi: 11(4)(3); plagiarisme: Modul 21; plagiat: 21(1); polos: 6(c); primitif: 20(2); prismatis: 6(1); prosaik: 8(2)(6); protagonis: 13(3); protes: 7(3); puisi moden: 3(2); puisi siber: 20(1); puisi tradisional: 3(1); puitis: 1(2); Pulitzer: 24(1); quintain: Lampiran 1; rangkap: 9(1)(4); rapih: 14(2)(1); redundancy: 14(2)(1); retorik: 12(5); L4(4); rima: 11(2)(3); romantik: 7(4); sajak kabur: Modul 16; sajak simbolik: 11(4)(2); sajak terawal: Modul 5; satira: 11(2)(3); seloka: 4(5); septet: Lampiran 1; sextet: Lampiran 1; siber: 19(2)(3); 20(1); silat: 23(6); simile: 11(3)(3); sinis: 7(5); soalan retorik: 12(5); soneta: Lampiran 1; struktur: Modul 9; struktur dalaman pantun:4(2)(6); syair: 4(3); taksa: 6(c); 10(2)(1); teater: 23(6); tema: Modul 13; teknik: Modul 12; terjemahan: Modul 22; terzina: Lampiran 1; ulas: Modul 26; warung siber: 19(2)(3); watak: 13(3); wayang kulit: 23(6);

 

 

C: Kandungan (Anda boleh "melompat" dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain dengan mengklik hiperlink yang disediakan. Namun, bagi pembacaan pertama, anda digalakkan membacanya mengikut urutan):

Modul 1. Definisi Puisi Modul 2. Aspek Utama Puisi Modul 3. Sajak dan Puisi Tradisional Modul 4. Puisi Tradisional: Suatu Kursus Ringkas (pantun; syair, gurindam; seloka; jampi mantera) Modul 5. Sajak Terawal Modul 6. Jenis Sajak Modul 7. Nada Modul 8. Ciri Sajak Yang Bermutu/Lemah Modul 9. Bentuk (atau Struktur) Sajak Modul 10. Bahasa (Irama, Makna, dan Klise) Modul 11. Gaya Bahasa Modul 12. Teknik Modul 13. Tema

Page 17: BAHASA SAPAAN

Modul 14. Kesalahan Umum dan Kelemahan Umum Modul 15. Keindahan Puisi Modul 16. Sajak Kabur Modul 17. Sajak Intelektual Modul 18. Puisi dan Komputer Modul 19. Puisi dan Internet Modul 20. Puisi Siber Modul 21. Plagiarisme dan Pengaruh Modul 22. Penterjemahan Puisi Modul 23. Deklamasi Puisi Modul 24. Anugerah Modul 25. Puisi dan Agama Islam Modul 26. Kegiatan Kritikan dan Pengulasan Modul 27. Licentia Poetica Lampiran Lampiran 1. Nama Bentuk Puisi Dari Segi Bilangan Baris Lampiran 2. Penyair Bahasa Melayu Lampiran 3. Beberapa Buah Sajak Pilihan Omar Mustaffa: Angan-angan Dengan Gurindam Punggok: Di Tengah Senggara Noor S.I. Sayup M. Ghazali: Embun Muhammad Haji Salleh: Kefanaan T. Alias Taib Pengemis Rahman Shaari: Kebebasan Lampiran 4. Budaya Bahasa: Suatu Kursus Ringkas Lampiran 5. Menyemak Semula Tulisan Anda Lampiran 6. Ayat: Suatu Kursus Asas

 

D: Garis Panduan dan Tips

 

1. Definisi Puisi Antara definisi paling popular dari Barat ialah definisi oleh S.T. Coleridge. Puisi didefinisikan oleh Coleridge sebagai "Kata-kata terbaik dalam susunan terbaik": The best words in the best order.

 

1(1). Ada dua definisi utama yang telah dibuat orang di Malaysia, seperti yang berikut:

(a) Definisi Za'ba. (Za'ba menggunakan istilah "karangan berangkap" untuk puisi.): Karangan yang digunakan untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.

Page 18: BAHASA SAPAAN

(b) Definisi Muhammad Hj. Salleh. (Definisi ini diasaskan kepada aspek bentuk, bahasa dan tema.): Karya yang dicirikan oleh perkara-perkara yang berikut: - bentuk yang kental, berentak, banyak berunsur muzik bahasa; - bahasa yang lebih padat, teliti, dan kadang-kadang mendekati lagu; - temanya diolah dari hidup harian tetapi dipersembahkan kepada pembaca atau pendengar dengan sudut pandangan yang agak luar biasa, dan dengan itu dapat membijaksanakan pembaca atau pendengarnya; dan - mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

 

 

1(2). Kata 'puitis' ialah kata sifat yang merujuk kepada sesuatu (karya) yang memiliki ciri-ciri puisi.

 

1(3). Ada pengkaji-pengkaji yang membezakan makna "sajak" dengan "puisi". Misalnya, Muhammad Haji Salleh menafsirkan "puisi" sebagai karya yang mencapai taraf yang agak tinggi di dalam penggarapan bahasa, tema, dan tekniknya manakala "sajak" ialah karya ringan dan belum sampai pada tahap hasil sastera yang tinggi.

1(3)(1). Penulis sendiri menganggap pembezaan yang sedemikian sebagai remeh dan menyusahkan khalayak. Siapa pula yang akan menentukan setiap karya yang diterbitkan itu "sudah sampai pada tahap hasil sastera yang tinggi"? Maka dalam bahan pengajaran ini, penulis akan menggunakan "sajak" dan "puisi moden" secara bersinonim.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

2. Aspek Utama Puisi Dua aspek utama yang dimiliki puisi ialah (a) isi (atau tema), lihat Modul 13; dan (b) bentuk (atau struktur), lihat Modul 9.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

3. Sajak Dan Puisi TradisionalSajak ialah puisi moden. Sajak berbeza daripada puisi tradisional.

Page 19: BAHASA SAPAAN

 

3(1). Puisi Tradisional Puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, jampi dan mantera, teromba, dan lain-lain.

 

3(2). Sajak dikatakan "puisi moden". Apanya yang moden?Sajak berbeza daripada puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam, mantera, dsb. berdasarkan dua ciri, iaitu (a) bentuknya yang bebas dan (b) suasana moden yang dibayangkan melalui kata-kata yang digunakan.

 

3(3). Semestinyakah sajak berbentuk bebas dan puisi tradisional tidak?Memang ada sajak yang mempunyai bentuk yang terikat dan sengaja ditulis mengikut pola bunyi puisi lama tetapi suasana yang dibayangkan ialah suasana moden. Ada juga puisi tradisional yang bebas bentuknya, iaitu seloka, jampi mantera, teromba, dan lain-lain tetapi kandungannya dan kata-katanya tidak mewakili idea moden, sikap moden, falsafah moden, dsb.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

4. PUISI TRADISIONAL: SUATU KURSUS RINGKAS Ada pihak yang berpendapat bahawa, untuk menjadi penulis sajak yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai pengetahuna tentang puisi tradisional (dinamai juga puisi lama). Maka di sini diturunkan pengajaran ringkas tentang puisi tradisional.

 

4(1). Ada beberapa jenis puisi tradisional. Dua yang terpenting dan masih amat popular pada masa ini ialah pantun dan syair. Jenis-jenis lain yang masih mendapat perhatian ialah gurindam, seloka, dan jampi mantera. Dalam kursus ini, hanya lima puisi tradisional ini akan diperkatakan.

4(1)(1). Menarik juga diperhatikan bahawa kata "sepantun" dalam bahasa Melayu bermaksud seperti, macam, atau seumpama. Kata "gurindam" bermaksud umpama dalam bahasa Tamil. Kata "seloka" bermaksud umpama dalam bahasa Sanskrit.

 

4(2). Pantun Pantun ialah satu-satunya puisi lama yang masih digunakan orang secara praktikal.

Page 20: BAHASA SAPAAN

Puisi ini merupakan puisi lama yang paling popular. Malah pantun masih terus dicipta orang pada hari ini. Pada zaman moden ini pun, pantun lebih popular daripada sajak.

 

4(2)(1). Di sini diturunkan contoh sebuah pantun lama yang akan dirujuk sebagai analisis nanti:

Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut pecah batang; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datang.

 

4(2)(2). Perhatikan perkara-perkara yang berikut berkaitan dengan bentuk luaran pantun: (a) Pantun ini terdiri daripada empat baris. (b) Hujung dua baris pertama mempunyai rima dengan hujung dua baris kedua melalui rima a-b-a-b ("dilurut" berima dengan "diturut"; "batang" berima dengan "datang"). [Kadangkala rima dibentuk juga pada dalam baris -biasanya kata yang kedua- untuk menambahkan sedap bunyi]. (c) Setiap baris terdiri daripada empat perkataan. (Dibenarkan ditambah lagi dengan satu atau dua perkataan satu suku kata).

 

4(2)(3). Perhatikan perkara yang berikut yang amat penting dan amat asas tentang satu bentuk dalaman pantun:

(a) Empat baris pantun itu terbahagi kepada dua bahagian: bahagian "pembayang" (dibentuk oleh dua baris pertama dan bahagian "maksud" yang dibentuk oleh dua baris terakhir).

(b) Isi, atau tema, pantun itu terkandung dalam bahagian "maksud" (dua baris terakhir).

(c) Pada amnya, bahagian "pambayang" (dua baris pertama) digunakan untuk membayangkan apa yang hendak disampaikan oleh dua baris terakhir. (Dalam penciptaan pantun yang kurang bermutu, bahagian pembayang hanya bertindak sebagai starters ("penghidang" atau "pembuka kata") dan digunakan untuk membina struktur dan menimbulkan rima semata-mata).

4(2)(4). Pantun yang terdiri daripada empat baris seperti yang ditunjukkan di atas adalah yang paling popular. Pantun ini dinamai "pantun empat kerat". Pantun boleh juga dibentuk daripada dua baris (pantun dua kerat), enam baris (pantun enam kerat), lapan baris (pantun lapan kerat), dsb. Namun baris-baris itu sentiasa dibahagikan kepada dua bahagian, dengan bahagian pertama membentuk bahgian pembayang dan bahagian kedua membentuk bahagian maksud. Jelasnya, pantun perlu dibentuk oleh bilangan baris yang genap.

Page 21: BAHASA SAPAAN

(a) Contoh pantun dua kerat yang popular:

Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata.

(b) Contoh pantun enam kerat yang popular:

Apa diharap padi seberang, Entah berderai entahkan tidak, Entak dimakan pipit melayang; Apa diharap kekasih orang, Entah bercerai entahkan tidak, Entah semakin bertambah sayang.

 

4(2)(5). Pantun Berkait Pantun berkait ialah pantun empat kerat yang berhubungan antara rangkap dengan rangkap. Perhubungan bentuk luar diperoleh melalui pengulangan baris kedua rangkap untuk dijadikan sebagai baris pertama bagi rangkap selepasnya; kemudian, baris ketiga rangakp pertama dijadikan sebagai baris keempat dalam rangkap selepasnya. Rangkap-rangkap dalam pantun berkait membentuk kesatuan daripada segi isi atau temanya. Contoh:

Bunga melur cempaka biru, Bunga rampai di dalam puan; Hendak tidur merasa rindu, Belum sampai padamu tuan.

Bunga rampai di dalam puan, Ruku-ruku dari Peringit; Belum sampai padamu tuan, Rindu saya bukan sedikit.

 

4(2)(6). Struktur Dalaman Pantun Struktur dalaman pantun dimanifestasikan oleh hubungan antara pembayang dengan maksud. Pada amnya, pembayang memberi gambaran akan kandungan isi yang dibawa oleh bahagian maksud.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

4(3). Syair Di sini diturunkan dahulu tiga rangkap daripada syair lama "Syair Yatim Nestapa" sebagai rujukan untuk ulasan nanti:

Page 22: BAHASA SAPAAN

SYAIR YATIM NESTAPA

Berjalanlah ia ke dalam negeri, Ke dalam kota raja yang bahari, Lalulah masuk ke balairung seri, Disembahkan kepada Perdana Menteri.

Menteri pun masuk ke dalam istana, Menghadap baginda raja yang ghana, Ditegur baginda dengan sempurna, Adakah dapat dukun di sana?

Baginda betitiah dengan air mata, Adakah dapat bagai dicita, Orang yang mengubat puteri kita, Jikalau ada bawalah serta.

 

4(3)(1). Perhatikan perkara-perkara yang berikut berkaitan dengan bentuk luaran syair: (a) Setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris. (b) Hujung keempat-empat baris setiap rangkap mempunyai rima a-a-a-a. (c) Setiap baris terdiri daripada empat perkataan. (Dibenarkan ditambah lagi dengan satu atau dua perkataan satu suku kata). Hal ini sama seperti pantun.

 

4(3)(2). Perhatikan perkara yang berikut tentang bentuk dalaman syair: (a) Keempat-empat baris dalam rangkap syair membentuk isi atau maksud yang hendak disampaikan. Tidak ada bahagian "pembayang" seperti dalam pantun. (b) Sesuatu karya syair biasanya dibentuk daripada lebih daripada satu rangkap. Rangkap-rangkap itu membentuk satu kesatuan isi atau tema. (c) Tema syair lazimnya ialah cerita atau kata-kata nasihat. (c) Syair diucapkan dengan lagu (melodi) yang standard yang telah pun dikenali ramai. Ada hanya dua variasi melodi yang digunakan secara popular.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

4(4). Gurindam Gurindam ialah puisi tradisional yang khusus. Di sini diturunkan dua sebuah gurindam lama:

(i) Fasal Ketujuh, Gurindam Dua Belas

Apabila banyak berkata-kata, di situlah jalan masuk dusta.

Page 23: BAHASA SAPAAN

Apabila banyak berlebih suka, itulah tanda hampirkan duka.

Apabila kita kurang siasat, itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih, jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang, itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur, sia-sia sahajalah umur.

(ii) ALAMAT HARI NAK SIANG

Tengah malam sudah terlampau Dinihari belum lagi tampak Budak-budak dua kali jaga Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur Embun jantan rintik-rintik Berbunyi kuang jauh ke tengah Sering lanting riang di rimba Melenguh lembu di kandang Sambut menguak kerbau di kandang Berkokok mendung merak mengigal Fajar sidik menyingsing naik Kicak kicau bunyi murai Tabtibau melambung tinggi Berkuku balam di hujung bendul Terdenyut puyuh panjang bunyi Puntung sejengkal tinggal sejari Itulah alamat hari nak siang.

4(4)(1). Gurindam memiliki ciri-ciri yang berikut: (a) temanya mengemukakan "nasihat", "pandangan", atau "gambaran sesuatu keadaan". Misalnya, gurindam "Alamat Hari Nak Siang" (yang amat popular itu) menggambarkan keadaan alam semasa menuju cerah. (b) Lazimnya, gurindam dibina dengan rangkap-rangkap yang masing-masing mempunyai dua baris yang ada rima di hujungnya. (Namun ada juga pengkaji yang berpendapat bahawa gurindam tidak terikat dengan struktur khas. Gurindam "Alamat Hari Nak Siang", misalnya, tidak mematuhi keperluan rangkap-rangkap dua baris yang berima).

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

4(5). Seloka

Page 24: BAHASA SAPAAN

Seloka juga ialah puisi tradisional yang khusus. Di sini diturunkan sebuah seloka lama:

PAK KADUK

Aduhai malang Pak kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk.

4(5)(1). Perkara-perkara yang berikut ialah asas tentang seloka: (a) Menyerupai gurindam dari segi tema. (b) Lazimnya, mengandungi sindiran atau kiasan yang tajam. (c). Bentuknya tidak terikat pada peraturan tertentu. (Namun ada juga seloka yang dibuat berbentuk seperti syair).

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

4(6). Mantera Jampi mantera ialah puisi tradisional yang mempunyai kegunaan khusus dalam masyarakat Melayu tradisional. Di sini diturunkan sebuah mantera lama:

MANTERA PEMUJA PENGASIH

Uratku lipat lendan tujuh Darah mengelegak dalam tubuh Kena doaku hampir panas Hai malaikat empat puluh empat Aku serulah engkau Suruhlah engkau pergi mengambil hati Rentak rentang bawa hantar kasih sayang padaku Siang dan malam tiada lupa padaku Lupa makan nasi lupa akan aku Dengan berkat doa la ilaha illallah Muhammad rasulullah.

4(6)(1). Perkara-perkara yang berikut ialah asas bagi mantera: (a) Kata-kata penawar atau kata-kata pemujaan yang digunakan oleh pawang dan dukun. (b) Berbentuk bebas. (c) Dikaitkan dengan unsur doa keagamaan. (d) Ada cara tertentu untuk menyampaikannya secara lisan.

Page 25: BAHASA SAPAAN

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

5. Sajak Terawal Dua buah sajak yang dipercayai paling awal ditulis di Malaysia adalah seperti yang berikut:- (a) "Angan-angan Dengan Gurindam" oleh Omar Mustaffa; tersiar dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913; dan (b) "Di Tengah Senggara" oleh Punggok (nama sebenar Mohamad Yasin Maamor); tersiar dalam Majalah Guru, Th.x, Disember 1933.

 

5(1). Punggok ialah penulis sajak yang paling penting dalam tahun 1930-an.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

6. Jenis SajakSajak dibahagikan kepada jenis tertentu berasaskan beberapa aspek, seperti yang berikut:

 

(a) Dari aspek aliran, sajak dikatakan romantisme, realisme, eksistensialisme, dan lain-lain;  

(b) dari aspek bentuk (luaran), sajak dikatakan kuatren, terzina, soneta, dll; Lihat [Lampiran 1]  

(c) dari aspek kebolehfahaman, sajak dikatakan polos (diaphan), taksa (ambiguous), prismatik, atau kabur; dan  

(d) dari aspek ciri kandungan, sajak dikatakan abstrak atau konkrit.

Page 26: BAHASA SAPAAN

Perhatian: Ada banyak aspek lain lagi yang digunakan orang apabila memperkatakan jenis sajak.

 

6(1). Prismatis Sajak yang bersifat prismatik mempunyai makna yang berlapis. Makna pada permukaan (lapis pertama) adalah jelas. Namun sajak itu dapat dikonkretisasi (diberi makna oleh pembaca) pada lapis keduanya. Makna lapis kedua adalah lebih mendalam. Contoh:

Apabila kusunting mawar kusunting wanginya bersama durinya

(dari sajak "Kusunting Mawar" oleh Irwan Abu Bakar).

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

7. Nada Nada ialah tinggi rendah tekanan suara. Nada berhubung dengan perasaan penyair ketika menulis. Nada yang utama dalam penulisan sajak ialah (a) nada melankolik, (b) nada patriotik, (c) nada protes, (d) nada romantik, dan (e) nada sinis.

 

7(1). Nada Melankolik Nada mendayu-dayu atau berhiba-hiba yang menggambarkan kesedihan. Kegunaan: untuk mengemukakan tema penderitaan atau kehampaan.

Lara yang terus berarak memenuhi rongga hati

Yang tinggal hanya pedih, parah, dan pilu

(Dua contoh ini ialah ungkapan dari puisi Hasimah harun, "Yang Aku Mahu" dan "Kukunci Duka.)

 

7(2). Nada Patriotik Nada yang menggambarkan keadaan hati penyair yang besemangat. Kegunaan: untuk mengemukakan tema perjuangan penuh keberanian atau cita-cita yang tinggi:

Page 27: BAHASA SAPAAN

seinci tanah Inderapura dijajah selaut darah penjajah kan tumpah

(Contoh dari sajak "Setitik Darah Semantan" oleh Ami Masra.)

...mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza. Siapa di sini adalah warganya, kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah. Darahnya tetap merah

(Contoh dari sajak "Negeri Ini, Anak", oleh Marsli N.O.)

 

7(3). Nada Protes Nada yang menggambarkan perasaan yang memberontak atau menentang. Kegunaan: Untuk mengemukakan tema ketidakadilan atau kekejaman yang menyebabkan rasa marah atau benci. Contoh:

Mengapa di sini prinsip terbalik? dan mengapa di sini mangsa yang mengadu tidak dilakukan pemeriksaan doktor ke atasnya?

terbanglah terbanglah kembali ke udara dan segera jadi abu

hanya berdoa untuk dirinya, dan keluarganya saja dan tiada sekelumit pun doanya untuk menobatkan ilmu kepada anak bangsanya

(Petikan dari puisi Dinsman, "Keputusan Hakim Itu Salah -- Kata Christopher Fernando", puisi Latif Mohidin, "Terbanglah", dan puisi Arisel BA, "Universiti 2".)

 

7(4). Nada Romantik Nada yang menggambarkan ketenangan dan kedamaian. Kegunaan: Untuk mengemukakan tema kasih sayang, harapan, dan impian bahagia.

Terima kasih, sayang kerana merenungku dengan sabar cinta waktu aku menghirup perlahan segelas teh Ahad

(dari puisi Irwan Abu Bakar, "Cinta Pagi Minggu".)

 

Page 28: BAHASA SAPAAN

7(5). Nada Sinis Nada yang menggambarkan rasa kurang senang. Kegunaan: Untuk mengemukakan perkara yang tidak disukai atau dipersetujui secara sindiran.

kalau mahu buat kerja sampingan (seperti merompak dan merogol) buatlah di luar waktu kerja supaya terjaga profesionalisme

mencari ilmu itu tidak lagi berpergian jauh sekadar melayari internet dari komputerku di bilik tidur.

(dari sajak "Profesionalisme" oleh Irwan Abu Bakar dan sajak "Universiti 2" oleh Arisel BA).

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

8. Ciri Sajak Yang Bermutu/Lemah Berikut disenaraikan apa yang lazimnya dikatakan sebagai ciri sajak yang bermutu dan ciri sajak yang lemah:

 

 

8(1) Sajak bermutu Sajak yang baik dan bermutu dicirikan oleh (a) isi yang baik dan (b) gaya bahasa (serta teknik berkaitan) yang baik.

 

8(1)(1). Isi Yang Baik Perkara yang penting tentang isi sajak ialah (a) adanya makna tambahan bagi isi permukaan yang dapat dikonkretisasi (bersifat prismatis: lihat 6(1)); (b) tidak bersifat terlalu peribadi; dan (c) ditimbulkan melalui teknik yang sesuai.

 

8(1)(1)(1). Sifat Terlalu Peribadi Isi sajak menjadi terlalu peribadi apabila (a) membicarakan perasaan terhadap seseorang secara tidak kena-mengena dengan pembaca, atau (b) menggunakan

Page 29: BAHASA SAPAAN

simbol peribadi sehingga tidak dapat ditafsirkan oleh pembaca. Menurut Rahman Shaari, sajak yang isinya sedemikian elok disimpan dalam fail peribadi sahaja. [Kembali ke 16(1)]

 

8(1)(2). Gaya Yang Baik Gaya ialah cara penyair menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan puitis. Gaya puisi berbeza daripada gaya bidang-bidang lain kerana penekanan yang tinggi kepada nilai estetika untuk setiap kata dan baris. Lihat juga [Modul 11].

 

 

8(2) Sajak yang lemah Sajak yang lemah dicirikan oleh (a) imej bercampur, (b) klise, (c) gaya melankolik, (d) kata-kata bombastik, (e) imbuhan yang tidak terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu, dan (f) sifat prosaik.

 

8(2)(1). Imej Becampur: Masalah imej sering kali dikatakan sebagai masalah utama dalam penciptaan sajak. Sering kali sajak menjadi tidak menarik kerana kekurangan imej. Namun ada pula berlaku masalah apabila imej-imej bercampur aduk sehingga keseluruhan isi sajak itu tidak dapat diikuti dengan lancar. Imej yang digunakan harus dipelihara supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Contoh 1 (ciptaan sahaja):

gelora laut menghempas lantai waktu hati pilunya terbakar hangus terbang lepaslah merpati di rimba

Gerakan imej dari "laut" ke "api" (terbakar) dan ke "unggas di rimba" dianggap gaya yang lemah kerana imej yang pelbagai ini akan menimbulkan gangguan kepada penumpuan pembaca.

Contoh 2 (dari sajak "Tentang Nafas" oleh Dahiri Saini):

pelihara saja kumpulan biri-biri sabar ... untuk menguji tembok kesabaran setiap insani ... aku mula menggilap lampu takwaku ... mencari sarang ketenangan

Page 30: BAHASA SAPAAN

Kata-kata yang digunakan sebagai metafora (di sini dipapar dengan warna merah) amat sukar untuk diasosiasikan dan sangat jauh hubungannya antara satu dengan lain.

 

8(2)(2). Klise: Klise ialah kata, ungkapan, atau perbandingan yang telah digunakan orang dengan agak kerap. Kata, ungkapan, dan perbandingan sedemikian tidak lagi segar dan tidak berupaya memberikan tenaga kepada puisi dan lazimnya gagal menarik minat pembaca. Klise bolehlah didefinisikan sebagai ungkapan basi.

(a) Antara kata/ungkapan yang telah menjadi klise pada hari ini termasuklah yang berikut:

- (burung) camar - (pokok) cemara - menggapai (bintang) - (pisau) belati (dengan konotatif negatif) - mentari - senja (tempoh menuju kegelapan) - penggandaan separa, "pepohon", "beburung", dll - kekuatan waja (dan perbandingan yang seumpamanya) - dihempas/dibuai gelombang - di dada waktu - di dada kota

(b) Bentuk judul puisi yang berikut juga telah menjadi klise: Kata ... Kepada ... Misalnya: "Kata Burung Kepada Kepaknya".

 

8(2)(3). Gaya Melankolik: Gaya melankolik ialah gaya yang "dipenuhi dengan emosi sedih pilu". Lihat [submodul 7(1)]. Petua: Perasaan sedih perlu diringankan sedikit ketika menulis sajak tentang kesedihan peribadi supaya pembaca dapat berkongsi sedih dengan penulis.

 

8(2)(4). Kata Bombastik Kata-kata bombastik ialah kata-kata yang terlalu 'besar' sehingga tidak sepadan dengan maksud yang hendak disampaikan. Kelemahan dari aspek ini termasuklah penggunaan metafora yang terlalu 'besar' untuk memerihalkan perkara yang kecil.

Sosok karismatis ini menghunjat simpatisannya

Page 31: BAHASA SAPAAN

Kata "sosok", "karisamtis", "hunjat" dan "simpatisan" dapat dianggap berlebihan besarnya.

(Dari puisi "Tahi Lalat" karya Nora, Dewan Sastera, Julai 1999)

 

8(2)(5). Salah satu cara gaya menjadi lemah ialah kelemahan tatabahasa: Lihat [14(1)(1)].

 

8(2)(5)(1). Imbuhan Bidah Hal ini merujuk kepada kecenderungan menulis kata-kata ganda seperti "bebunga", rerumput", " gegunung", dsb.

 

8(2)(6). Sifat Prosaik Memang wujud karya yang dinamai puisi prosaan (prose poems). Namun, pada amnya, sajak menjadi lemah apabila bersifat prosa. Sifat ini ditimbulkan melalui penggunaan kata-kata yang lebih serasi dengan karya prosa, misalnya "tetapi", "dan", "atau", "dari segi", dsb. Perlu diperhatikan bahawa hal ini berbeza dengan "pengucapan bersahaja", submodul 12(1), yang dapat mencirikan sajak yang baik.

Contoh 1 (Dari sajak "Cinta" karya Zarinah Hassan, memperlihatkan penggunaan kata hubung 'kerana' dan 'dan' yang membuat bait puisi menjadi ayat prosa):

Namun aku masih termanggu kerana kejernihan paling sukar diwarna dan cinta tidak boleh dipaksa

(Ayat prosa: Namun aku masih termanggu kerana kejernihan paling sukar diwarna dan cinta tidak boleh dipaksa.)

Conoth 2 (dari sajak "Masa Tempoh" karya Ahmad Nabel Hj Abu Bakar):

Di sini tidak wujud kejadian-kejadian yang mesti dan pasti. Yang wujud hanya peribadi yang bebas dan berubah tanpa putus-putus dengan tiap-tiap satu rangkaian menjelaskan rangkaian yang sebelumnya dan yang sesudahnya.

(Dalam kes ini, penyair sengaja menggunakan ungkapan prosaik sebagai gayanya.)

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

Page 32: BAHASA SAPAAN

9. Bentuk (atau Struktur) Sajak Sama seperti puisi tradisional, sajak mempunyai (a) bentuk luaran dan (b) bentuk dalaman.

 

9(1). Bentuk Luaran Bentuk luaran bagi puisi ialah cara fizikal perkataan (atau suku kata) dan baris diatur untuk membina jasad puisi itu. Bentuk luaran merupakan sesuatu yang dapat dilihat.

 

9(1)(1). Bentuk luaran lazimnya merujuk kepada (a) bilangan kata (atau suku kata) dalam baris, (b) jumlah baris dalam bait (atau rangkap), dan (c) susunan bunyi di hujung baris-barisnya.

 

9(1)(2). Satu ciri bentuk luaran puisi diasaskan kepada rentak. Rentak diperoleh melalui susunan kata-kata. Rentak berkaitan dengan cara pembacaan. Dalam puisi tradisional, rentak biasanya teratur dan berulang-ulang dalam setiap baris. Misalnya, pada pantun dan syair, tempat hentian pembacaan telah ditentukan. Rentak puisi moden pula berbeza antara sebuah sajak dengan sebuah sajak yang lain. Rentak puisi moden "lebih berdasarkan tekanan makna dan perkataan di setiap baris serta susunan perkataan di setiap baris dan bukan kepada struktur rangkapan". Rentaklah yang membezakan puisi dengan prosa. Kebanyakan puisi moden mempunyai rentak yang jelas walaupun tidak mengikut pola-pola tertentu yang ketat dari baris ke baris, atau bait ke bait. Elok diperhatikan perbezaan rentak antara pantun empat kerat "Pulau Pandan" dengan bait ketiga (bait 4 baris) sajak "Penjual Bunga" oleh Muhammad Haji Salleh:

Pulau Pandan Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga.

Penjual Bunga menziarah tempat itu kembali aku kehilangan, kaki lima serasa kosong di mana dia meninggal

 

9(1)(3). Sajak lazimnya berbentuk bebas. Tidak ada pola-pola tertentu pada bentuk luarannya.

Page 33: BAHASA SAPAAN

 

9(1)(4). Sejumlah baris puisi yang membentuk satu kesatuan idea dan emosi dinamai bait. Dinamai juga rangkap. Bait tidak terikat kepada bunyi, hanya kepada kesatuan idea dan emosi. Bait merupakan ciri jelas yang membezakan puisi dengan prosa.

 

9(1)(5). Ada juga puisi moden yang bentuk luarnya direka bentuk untuk menggambarkan isinya. Hal ini dicapai melalui penyusunan aksara dan baris kepada rupa bentuk tertentu. Contoh: Sajak "Penjual Bunga" oleh T. Alias Taib mempunyai dua rangkap, dengan aksara bagi setiap rangkap disusun untuk membentuk rupa sekuntum bunga. Maka sajak ini mempunyai bentuk visual seperti dua kuntum bunga yang sedang mekar.

 

9(2). Bentuk Dalaman Bentuk dalaman puisi merujuk kepada bentuk daripada segi pengutaraan isi. Perkara ini dimanifestasikan oleh cara tema diolah: dimulai dengan 'pengenalan', diikuti 'perkembangan', dan diakhiri dengan 'kesimpulan'.

 

9(2)(1). Kesimpulan dapat dibentuk oleh (a) keputusan atau (b) soalan.

(a) Contoh kesimpulan yang dibentuk oleh keputusan:

dan kalau aku dipinta pandangan aku akan mengesyorkan “eloklah saudara diam!”

Unggul ini ialah kesegalaanku Tak ada tawar-menawar pada sifat atau dirinya kerana ia adalah kemurnianku yang kuawasi supaya selalu kudus

Sengsara ini menjadi wahana muhasabah meneropong diri meneliti peribadi

(Tiga contoh di atas masing-masing adalah dari sajak “Diam” oleh Rahman Shaari, sajak “Unggulku” oleh Muhammad Haji Salleh, dan sajak "Kukunci Duka" oleh Hasimah Harun.)

Page 34: BAHASA SAPAAN

(b) Dua contoh kesimpulan yang dibentuk oleh soalan:

apakah yang semestinya ditulis oleh seorang penyair sewaktu merayakan ulang tahun kemerdekaan tanah airnya selain menyatakan pendiriannya dengan merdeka?

(Sutung Umar RS, “Penyair dan Hari Kemerdekaan)

Bagaimana nanti jika kamu terluka dan tak berupaya lagi melawan angin? akan ke manakah aku?

(Zaen Kasturi, “Burung Kepada Sayapnya”.)

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

10. Bahasa (Irama, Makna, dan Klise) Kepadatan dan kepersisan pemilihan kata ialah kunci kepada puisi yang baik. Tiga aspek penting yang perlu diperhatikan dari segi bahasa sajak ialah (a) irama, (b) makna, dan (c) klise.

 

10(1). Irama Irama ialah sifat bunyi kata (malah suku kata) yang diucapkan. Antara sifat kata (atau suku kata) itu ialah lembut, kasar, tajam, bising, keras, panjang, pendek, dan sebagainya. Irama sering ditakrifkan sebagai "alunan yang timbul dari pengulangan panjang pendek bunyi, keras lembut tekanan, dan tinggi rendah nada". (Takrif dalam tanda "... " dipetik dari Rujukan Tambahan 1.)

 

10(2). Makna Ada tiga perkara penting yang perlu diberikan perhatian dalam memperkatakan makna kata-kata yang digunakan dalam sajak. Perkara-perkara itu ialah ketaksaan (atau ambiguiti), makna tersembunyi, dan ketepatan makna.

 

10(2)(1). Ketaksaan (Ambiguiti) Ada tiga perkara penting yang dapat diperkatakan tentang ambiguiti:

Page 35: BAHASA SAPAAN

(a)"Menyatakan sesuatu dengan tidak menyebutnya secara terus terang ialah suatu kemahiran yang disanjung tinggi dalam tradisi kesusasteraan Melayu" (Rujukan Utama 2, hlm 42).

(b) Pada amnya, ketaksaan atau ambiguiti dianggap bernilai tinggi dalam sastera dan digunakan oleh penyair-penyair ternama seantero dunia.

(c) Ketaksaan atau ambiguiti dihasilkan daripada sifat kata yang mempunyai makna yang berbilang dan berlapis.

 

10(2)(2). Makna Tersembunyi Semua kata berperanan menyampaikan sesuatu makna dasar. Di samping itu, ada kata-kata yang dapat menyampaikan makna yang tersembunyi.

 

10(2)(2)(1). Dalam penulisan puisi, perhatian khusus harus diberi kepada kata yang mempunyai konotasi emosi.

 

10(2)(3). Ketepatan Makna Perkara paling asas dalam penulisan sajak ialah pemilihan kata. Penulis hendaklah memilih kata yang terbaik daripada perbendaharaan kata yang besar. Hal ini perlu dilakukan dengan bersusah payah. Kata yang dipilih mestilah dapat melakarkan pengalaman penyair secara konkrit, terperinci, halus, dan kaya dengan makna emosi. Penggunaan kata yang kurang tepat akan menyebabkan gambaran dan makna jadi samar-samar dan kurang jelas.

 

10(2)(3)(1). Makna Denotatif Makna yang langsung atau khusus seperti yang diberi dalam kamus. Jelasnya, makna yang tersurat.

 

10(2)(3)(2). Makna Konotatif Makna yang lebih luas daripada makna yang tersurat (seperti yang diberi dalam kamus). Jelasnya, makna tambahan, atau tersirat, yang menimbulkan kesan emosi.

 

Page 36: BAHASA SAPAAN

10(3) Klise Lihat submodul [8(2)(2)].

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

11. Gaya Bahasa Gaya ialah "cara penyair menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu". Gaya digunakan untuk melahirkan keindahan. Ada beberapa gaya bahasa yang sering digunakan untuk mendapatkan keindahan, seperti yang berikut:

 

11(1) Diksi Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata dalam puisi. (Ada penulis yang menggunakan istilah "diksi" untuk merujuk kepada pemilihan kata semata-mata sementara cara kata disusun menjadi baris dinamai "sintaks".) Perkara yang diutamakan dalam pemilihan dan penyusunan itu ialah ketepatan, tekanan, dan keistimewaan. Perhatian istimewa diberi terhadap sifat-sifat kata seperti denotatif, konotatif, bahasa kiasan, dsb.

 

11(1)(1). Hiperbola Gaya yang dilambangi kata-kata yang membawa pernyataan yang berlebih-lebihan. Tujuannya ialah untuk menegas atau menekan pandangan, perasaan, dan pemikiran.

Dendam kesumatku ingin memanah jantung Si Bota ini dengan jemparing sakti, biar mati Si Bota

(dari sajak "Bota mata Tiga" oleh Irwan Abu Bakar)

 

11(1)(2). Hibrid Penyusunan perkataan yang melibatkan dua perkataan digabungkan menjadi sepatah kata. Tujuan: Untuk menimbulkan kesan kepadatan pengucapan. Contoh: "kotateguh" = kota+teguh (dari sajak "Susila" oleh Kemala) "budaktua" = budak+tua (dari sajak "Budaktua" oleh A. Ghafar Ibrahim) "ampusana" = ampu+sana (dari sajak Hashim Yaacob, "Ampusana Ampusini")

 

11(1)(3). Inversi Penterbalikan kedudukan kata-kata yang bersebelahan berbanding dengan

Page 37: BAHASA SAPAAN

kelaziman dalam bahasa biasa. Hal ini dilakukan lazimnya untuk menarik perhatian pembaca atau pendengar kepada aspek yang dirasakan oleh penyair sebagai lebih penting:

di sini ada kolam dengan nilai maju di dalamnya bermandian perempuan dengan kecil baju.

Bila kita lihat manusia terbiar larat hingga mesti merempat ke biru laut dan ke kuning darat

Tamu kuyup semalam yang datang di lebat hujan.

(petikan dari puisi "Coral Beach" oleh Rahman Shaari, puisi "Kita Ini Tetamu Senja" oleh A. Samad Said, dan puisi "Tamu Semalam" oleh Hashim Yaacob).).

 

11(1)(4). Ironi Kata biasa yang digunakan untuk membawa makna yang bertentangan dengan kenyataan, atau ketaksesuaian antara harapan dengan kenyataan.

Orang yang tidak membaca sentiasa pandai

Kita orang terpandai yang dungu Menjaja kebodohan kita di pentas dunia

(dari puisi Rahman Shaari, "Beza" dan puisi A. Wahab Ali, "Menuju Kepupusan").

 

11(1)(5). Paradoks Gaya bahasa yang memperlihatkan pertentangan isi dengan kenyataan, tetapi sebenarnya betul. Gaya ini hampir sama dengan ironi. Contoh:

Bunga kita, kita yang punya Agama kita, kita menganutinya. ... Kita hulurkan tangan Sama-sama menjahit robeknya.

Biar berlalu menjadi sesalan Detik hitam dipadamkan Jangan biar ia menjalar Nanti kita bersama Mengusung keranda ke kuburan.

(cuplikan sajak "Dari Mulut Ayah" oleh Borhan Md. Zain.)

Page 38: BAHASA SAPAAN

 

11(1)(5)(1). (Sajak) parodi ialah sajak yang mengandungi unsur imitasi atau mimik (yang lucu atau diperbesarkan; mengejek atau mempersenda) terhadap seorang pengarang, karya, stail, dsb. Sajak Irwan Abu Bakar "Lima Orang Melayu Yang Dilupai" (Dewan Sastera, Mei 2001) ialah sebuah parodi.

 

11(2). Pengulangan Penulisan kata (atau bahagian kata), ungkapan, baris (atau bahagian baris), atau rangkap secara lebih daripada sekali. Tujuan: Untuk (a) menegaskan maksud atau (b) menimbulkan pengucapan yang berirama dan indah.

 

11(2)(1). Pengulangan Bunyi

11(2)(1)(1). Aliterasi dan Asonansi (a) Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam sesuatu baris, biasanya pada awal perkataan yang berurutan:

bara berang mengunyah alamnya dengan debar dosa kan kusedarkan keruntuhan mereka karena kami kebanjiran segar sebelum sebak

Contoh-contoh tersebut masing-masing adalah dari sajak A. Samad Said (Anak-Anak Palestina), Rahman Shaari (Senja), A. Samad Said (Cinta Hang Kasturi), R. S. Rendra (Sajak Orang Kepuasan), dan Rahman Shaari (Masalah).

(b) Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan berturutan dalam sesuatu baris:

hari lahirnya jumaat lalu segala-galanya telah menungguku kita masih pemain sandiwara pintar diolek leloghat dunia kudengar manusia hiruk pikuk  

Contoh-contoh ini masing-masing dari sajak A. Samad Said ("Janda Setinggan"), T. Alias Taib ("Fragmen Kampung" dan "Malam Bercabang"), dan Irwan Abu Bakar ( "Untuk Kau Yang Indah" dan "Mangsa").

Page 39: BAHASA SAPAAN

11(2)(1)(2). Pengulangan bunyi dapat juga berlaku kepada suku kata (atau bahagian suku kata):  

kecil dan terpencil dingin dan sakit menggigit perit  

 

Contoh pertama ialah baris dari sajak T. Alias Taib, "Sebatang Kara", sementara contoh kedua ialah dari sajak Irwan Abu Bakar ("Mangsa").

 

11(2)(2). Pengulangan Kata

11(2)(2)(1). Anafora dan Epifora (a) Anafora ialah pengulangan kata pada awal baris puisi:

dengan nafas tasik lembah dengan bisikan berbahang dengan debar dosa

segar aku menatapmu segar sejenak segar sebelum sebak

pada hutan menimbun daun pada daun tumbuh cakerawala pada cakerawala ada hutan pada hutan ada daun  

Tiga contoh di atas masing-masing diambil dari sajak Rahman Shaari "Senja" dan "Masalah", dan dari sajak Muhammad Haji Salleh "Wayang I".

(b) Epifora ialah pengulangan kata pada akhir baris puisi:

dia telah masuk ke dalam faham kita ke dalam kemajuan kita dia telah masuk ke dalam kesopanan kita  

gerombolan lelaki pergi

Page 40: BAHASA SAPAAN

putera kecilmu turut pergi  

Contoh ini adalah dari sajak Rahman Shaari "Dalam Kesopanan Kita" dan sajak Siti Zainon Ismail "Ribut Pasir Taufan Takdir".

(c) Ungkapan dari sajak T. Alias Taib "Pandangan Dari Sebuah Cafe" yang berikut mengandungi kedua-dua anafora dan epifora:

dengan sut jelaga dengan tali leher jelaga dengan Bally jelaga  

11(2)(2)(2). Pengulangan kata dapat juga berlaku pada tengah baris:

tika murai berhenti berkicau kerbau di kandang berhenti menguak

Contoh ini dipetik dari puisi Irwan Abu Bakar, "Komentar".

11(2)(2)(3). Pengulangan kata akhir sesuatu baris sebagai kata pertama baris berikutnya dapat menimbulkan kesan tertentu:

terus bertikam dua pahlawan pahlawan Melayu pembela Melaka

tempat banyak turunnya harga harga diri wanita sendiri

akal diletak pada kehendak kehendak terletak di puncak nafsu

Contoh-contoh ini adalah dari puisi Irwan Abu Bakar, "Sesal Orang Melaka" dan "Sale Di Bahagian Pakaian Wanita", dan puisi Ami Masra, "Wasiat Kepada Bangsa".

 

11(2)(3). Rima Pengulangan bunyi (lazimnya suku kata) yang sama di dalam atau di akhir baris yang berhampiran, biasanya baris yang berurutan atau berselang sebaris. Susunan rima lazimnya ditulis abab (berselang sebaris), aaaa (berurutan empat baris), aabb (berurutan dua baris demi dua baris), dan sebagainya.

di taman ini seorang pemetik sunyi senja dari segala senja menyanyi  

Page 41: BAHASA SAPAAN

Contoh ini ialah contoh rima aa di akhir baris. Dipetik dari puisi Suhaimi Haji Muhammad, "Kesendirian". Berikut ialah contoh rima aabb di akhir baris yang dipetik dari puisi "Menggamit Bintang" karya Hashim Yaacob:

Lalu menyinar mentari pada siang hari Bulan ikut mengambang bila malam jelang.

 

11(2)(4). Irama Alunan yang timbul hasil pengulangan bunyi (panjang pendek), tekanan (keras lembut), dan nada (tinggi rendah).

 

11(2)(5). Pengulangan baris (a) Pengulangan baris (atau bahagian baris, biasanya seluruh subjek atau predikat ayat) dapat berlaku sama ada secara berturutan (pada ayat yang berikutnya) atau secara tertangguh (misalnya, pada kedudukan relatif yang sama bagi rangkap berikutnya). (b) Secara berturutan, biasanya untuk penegasan idea atau mesej. Contoh (dari puisi Irwan Abu Bakar "Sesal Orang Melaka", puisi Kemala "Karang", dan puisi Marsli N.O., "Negeri Ini, Anak"):

Tuah menghunus keris setia Jebat menghunus keris setia  

yang ada hanya mata dan dada yang ada hanya bibir dan lidah  

...mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza. Siapa di sini adalah warganya, kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah. Darahnya tetap merah.

(c) secara tertangguh, biasanya untuk keindahan. Contoh pengulangan seluruh ayat (dari "Fragmen Kampung - Telaga" karya T. Alias Taib dan "Telah" karya Lim Swee Tin):

Telaga

hanya inilah satu-satunya meja perundingan kami tempat ibu kami mengelilinginya dan berkongsi rahsia setiap kali pagi terjaga

Page 42: BAHASA SAPAAN

hanya inilah satu-satunya meja di kampung kami tempat kekasih menimba cinta di dasarnya yang dalam sementara menunggu malam terlelap

hanya inilah satu-satunya meja kesayangan kami tempat kami bergaduh dan membesar

Contoh puisi "Telah":

telah kenal aku pada pohon-pohon tempat datang daun-daun telah kenal aku pada lurah dan gunung tempat mulanya sungai telah kenal aku pada cemara dan padang di mana angin melayang telah kenal aku pada siang dan malam pengumpul rahsia alam

Contoh pengulangan tertangguh separa ayat (dari "Ghaib" karya T. Alias Taib):

aku telah melihat tetesan air kering di lidah matahari

aku telah melihat jaluran asap tersembunyi di perut udara

aku telah melihat segenggam garam cair dipulas air

aku telah melihat kepulan fikirmu terapung di meja kehilangan kata-kata

 

11(2)(6). Pengulangan rangkap lazimnya untuk penegasan idea atau mesej. Contoh (dari puisi Irwan Abu Bakar, "Tamu dari Dalam"):

lantas aku protes:

Hai kebosanan kemarahan kesepian

Page 43: BAHASA SAPAAN

kesibukan! Jangan kauketuk-ketuk pintu rumahku kerana di sini tiada tempat bagimu.

Tuk, tuk tuk, tuk, tuk!

Hai kebosanan kemarahan kesepian kesibukan! Jangan kauketuk-ketuk pintu rumahku kerana di sini tiada tempat bagimu.

 

11(3) Perbandingan Ada beberapa jenis perbandingan (atau kiasan) yang lazimnya digunakan dalam puisi.

 

11(3)(1). Alusi Perbandingan menggunakan watak yang terdapat dalam mitos, legenda, karya sastera, dan sejarah.

Contoh yang berikut dipetik dari puisi "Jebat Yang Setia" karya Hashim Yaacob dan puisi "Jebat Oh Jebat" karya Dinsman:

Biarkan Jebat yang berkawal pada segenap pintu menaramu

hari ini kaulihatlah Jebat ada menteri demokrasi tetapi lagaknya dahsyat

 

11(3)(2). Metafora Perbandingan atau kiasan yang menghubungkan sesuatu objek dengan objek lain atau dengan sesuatu konsep (dengan satu kata bersifat konkrit sementara yang satu lagi bersifat abstrak). Contoh (dari puisi A. Samad Said, "Desa Jengking"): rimba buas kota ganas pesan syahdu sabar dinding derita

 

Page 44: BAHASA SAPAAN

11(3)(3). Simile Perbandingan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain, yang dibuat secara langsung melalui penggunaan kata-kata tertentu, misalnya bak, bagai, laksana, ibarat, seperti, umpama, serupa, dan semacam.

Ombaknya seperti deru bas

Laksana hujan yang turun pada bumi gersang kau datang ke dalam hidupku.

dari tubuhnya merangkak kehidupan bagai seekor siput mencari sehelai daun.

Tiga contoh ini ialah ungkapan A. Samad Said dalam puisinya "Nafas Semantan", ungkapan Hashim Yaacob dalam puisinya "Selamat Beristirehat Sahabatku", dan ungkapan T. Alias Taib dalam puisinya "Pengemis".

 

11(4). Imej, Lambang, dan Personifikasi

 

11(4)(1). Imej Kata atau ungkapan yang menimbulkan gambaran dan memberi kesan terhadap perasaan, pemikiran, atau imaginasi pembaca. (Gambaran yang terhasil daripada penggunaan perkataan atau ungkapan itu dinamai imejan). Ambil ungkapan ini sebagai contoh: "menggerakkan gegunung di jiwa" Ungkapan ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada jiwa pembaca. Imejan yang terhasil ialah perasaan penyair yang amat tinggi keamatan dan magnitudnya.

 

11(4)(2). Lambang Kata yang membawa makna yang lain daripada yang lazim (yang tersurat). Sajak yang berciri sedemikian dinamai sajak simbolik.

Contoh 1:

Embun hatinya berkaca kejauhan paginya embun hatinya berkata ia diliputi senja.

Page 45: BAHASA SAPAAN

Contoh ini ialah bait pertama sajak M. Ghazali "Embun". Dalam sajak ini, embun digunakan untuk melambangi suatu perkara yang lain. (Menurut analisis Shahnon Ahmad, embun di sini merujuk kepada kemerdekaan negara kita. Namun ada penganalisis, misalnya Muhammad Haji Salleh, yang menganggap sajak ini sebagai sajak kabur kerana lambang embun itu tidak dapat dikaitkan dengan sesuatu perkara yang lain dengan mudah.)

Contoh 2:

AKU DAN SALJU DI KUALA LUMPUR

Salju nan lebat tidak membasahi bajuku kerana tidak kurelakan aku terus tegak di salju nan lebat dan aku tidak lari lembap salju gagal membasahi bajuku tanpa relaku lembut salju gagal mengelus bajuku basah tanpa relaku dan salju tentu reda akhirnya.

Akhirnya salju pun reda bajuku tidak basah dan aku tidak rebah.

Aku terus berdiri gagah.

Sajak Irwan Abu Bakar ini yang tersiar dalam majalah Dewan Sastera (DS) Januari 2002 telah diulas oleh A. Rahim Abdullah dalam DS Februari 2002. Menurut A. Rahim, kata "salju" (dalam sajak ini) merujuk kepada budaya luar.

 

11(4)(3). Personifikasi Memberi sifat manusia kepada sesuatu yang bukan manusia (binatang, objek, konsep, dan sebagainya). Contoh: (a) senja letih disambut salak (b) langit dan laut bersetubuh (c) ikan itu menyepi dan menjadi bingung (b) hanya pelita yang masih menjala Contoh-contoh itu ialah ungkapan T. Alias Taib, masing-masing dari puisi "Bunyi", "Pandangan Dari Sebuah Daratan", "Lukah", dan "Still Life".

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

12. Teknik Teknik puisi ialah cara penyair menghasilkan puisi secara keseluruhannya. Ringkasnya, cara isi puisi disampaikan. Kebanyakannya timbul daripada gaya bahasa seperti metafora, perumpamaan, dan sebagainya. Maka gaya ialah subset bagi teknik. Teknik juga melibatkan sudut pandangan. Cara puisi dipersembahkan secara visual juga merupakan teknik: Lihat 12(2).

Page 46: BAHASA SAPAAN

 

12(1). Pengucapan Bersahaja Teknik penulisan puisi yang hasilnya seakan-akan prosa tetapi "kaitan wacana antara satu bahagian dengan bahagian seterusnya agak renggang". Puisi sedemikian masih perlu diberikan penanda wacana tertentu untuk menjadikannya ungkapan prosa.

Contoh (dua baris pertama dari puisi A. Wahab Ali, "Dering Sen"):

Tadi aku berbual dengan pekedai kecil ia yakin datang ke mari

Bentuk prosa: Tadi aku berbual dengan pekedai kecil. Dalam perbualan itu aku mendapati bahawa ia sangat yakin datang ke mari.

(Kredit: Contoh ini diambil terus dari Rujukan Utama 1).

 

12(2). Enjambemen Teknik penulisan puisi yang melibatkan pematahan baris-baris dan disambung pada baris berikutnya. Lazimnya terdapat tanda noktah di tengah baris. Contoh:

Memang begitu banyak diperlukan kekuatan. Ke pangkalan batin rakit ditambatkan.

ada suara terbit dari bibir bunga yang sempat kutangkap

(Contoh pertama dipetik dari puisi A. Samad Said, "Menambat Rakit" dan contoh kedua dari puisi "Di Kedai Bunga" karya T. Alias Taib).

 

12(3). Paralelisme Paralelisme ialah teknik menyenaraikan susunan frasa yang hampir sama sintaksnya.

Contoh (dari puisi "Selagi" karya Ehsan Jamily): seorang ke laut seorang ke darat seorang ke timur seorang ke barat seorang ke sini seorang ke situ seorang begini seorang begitu

 

Page 47: BAHASA SAPAAN

12(4) Kefahaman terhadap "budaya bahasa" akan membantu penulis menghasilkan karya yang baik: Lihat Lampiran 4.

 

12(4)(1). Dalam konteks ini, penggunaan retorik khutbah yang amat digemari penyair-penyair baru lazimnya dianggap suatu teknik yang lemah. Retroik khutbah ditandai oleh kata-kata seperti "ayuh", "marilah", "bangunlah", "wahai...", dan seumpamanya. Contoh:

Anak-anak yang sedang lena bangkitlah ...

Bangkitlah jangan sesal nanti ...

(Contoh di atas adalah dari sajak "Bangkitlah" oleh Rejab F.I.)  

12(5). Soalan Retorik

12(5)(1). Soalan retorik ialah soalan yang mengandungi jawapan baginya. Jelasnya, soalan retorik tidak memerlukan jawapan kerana jawapan sudah tersedia dalam soalan itu sendiri.

12(5)(2). Soalan retorik digunakan apabila penyair berhajat membuat pembaca segera berfikir tentang perkara yang diutarakan. Contoh:

Di mana dapat mencari negeri yang sekaya negeri kita?

(Dari sajak "Angan-Angan Dengan Gurindam" oleh Omar Mustaffa.)

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

13. Tema Persoalan utama yang diutarakan oleh penyair.

 

13(1). Tema dapat menyentuh berbagai isu, misalnya nilai-nilai hidup bermasyarakat, nilai kesetiaan, nilai keagamaan, dan sebagainya.

Page 48: BAHASA SAPAAN

 

13(2). Nama Corak Puisi Tema puisi boleh dikategorikan kepada beberapa corak. Corak puisi diberikan nama-nama tertentu, seperti yang beriktu:

 

13(2)(1). Elegi = puisi tentang kenangan terhadap peristiwa kematian.

 

13(2)(2). Epigram = puisi yang berupa pengajaran atau nasihat.

 

13(2)(3). Ode = puisi yang berupa sanjungan, pujian, atau pemujaan, terutama terhadap tokoh atau objek tertentu yang disukai, dihormati, atau dikagumi.

 

13(2)(4). Balada = puisi yang memberikan penekanan kepada pernyataan perasaan, terutama perasaan sedih berhubungan dengan peristiwa yang dialam. Biasanya merupakan cerita.

 

13(2)(5). Satira = puisi yang berupa kecaman, cemuhan, atau sindiran tetapi disampaikan melalui sindiran (yang halus tetapi tajam). Sindiran ini dilakukan dengan gaya yang bersifat olok-olok dan menggelikan hati.

 

13(2)(6). Puisi moden yang bertemakan jenaka atau kelucuan telah diberi fokus dalam laman web "http:// www. communityzero.com/ sajen".

 

13(3). Watak Kerap kali "watak" digunakan untuk membawakan atau mempersembahkan tema. 13(3)(1). Watak utama dalam sesebuah karya dinamai protagonis. 13(3)(2). Watak "jahat" (atau watak yang menjadi penentang kuat kepada watak utama) dinamai antagonis.

Page 49: BAHASA SAPAAN

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

14. Kesalahan dan Kelemahan Umum Puisi yang baik bebas daripada kesalahan umum dan kelemahan umum.

 

14(1). Kesalahan Umum Kesalahan umum ialah kesalahan pada karya yang dapat dibuktikan, sama ada (a) dari segi peraturan bahasa atau (b) dari segi lojik.

 

14(1)(1). Kesalahan Dari Segi Peraturan Bahasa Perkara-perkara yang berikut wajar diberikan perhatian:

(a). Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Singkat 'ku' dan 'kau': Perhatikan bahawa kata ganti nama diri 'ku' dan 'kau' digunakan secara gramatis hanya sebagai awalan penanda pasif. Kedua-duanya tidak boleh digunakan sebagai subjek ayat. Dalam bentuknya yang gramatis, kedua-duanya ditulis serangkai dengan kata kerja yang mengikutinya. Kata kerja itu tidak mempunyai imbuhan, misalnya kucari, kauberi. Pada hari ini, penggunaan kata ganti nama diri 'ku' dan 'kau' sebagai subjek ayat nampaknya diterima umum dalam puisi:

dan kau hari itu, Indahku tertimpa oleh perlanggaran

kau kini berada di rumah dengan tanda kemalangan di wajah

Syukur pada Yang Esa kau kembali bermanja di tengah keluarga

(Ketiga-tiga contoh ini adalah dari puisi Rahman Shaari, "Kemalangan Tiba, Indah").

Dalam versi terdahulu (yang diberi judul "Kemalangan Tiba"), Rahman telah mengelakkan penyimpangan-penyimpangan ini kecuali yang kedua. Nyatalah penyimpangan itu diperkenalkanya untuk menambah nilai puitis sajak ini.)

(b). Kata sendi nama untuk menunjukkan 'waktu' ialah 'pada', bukannya 'di'. Dari puisi "Disforia Alam Bahasaku" karya Irwan Abu Bakar ditemui penyimpangan yang berikut:

Muncul kilang pencemar alam di zaman moden

Page 50: BAHASA SAPAAN

(c) Kata sendi nama "dari" digunakan untuk merujuk kepada "tempat" dan "waktu" sahaja. Kata sendi nama untuk menunjukkan perbandingan ialah "daripada", bukannya "dari". Perhatikan penyimpangan yang dilakukan oleh Firdaus Abdullah dalam sajaknya "Patricia Takemoto":

bagai wajah anak kecil yang manis dan montel menakjubkan dalam khayalan tetapi Patricia Takemoto lebih dari itu

(d). Kata pemeri: (i) Kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama; (ii) kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama; (iii) pada amnya, kedua-dua kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi. Contoh penyimpangan: Perhatikan kesilapan penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat yang berikut (dari puisi Usman Awang, "Anak Jiran Tionghoa", puisi A. Samad Said, "Obor Hemah", dan puisi Rahman Shaari, "Bahasa"). Penyimpangan seumpama ini sering kali diterima sebagai "gaya" dalam puisi:

jantung mereka adalah langitmu, darah mereka adalah sungaimu, nafas mereka adalah udaramu.

Guru adalah awan indah terbang rendah Guru adalah penelaah yang tekun Guru adalah batin suci hati nurani

Bahasa adalah pengatur pucuk fikiran yang bertabur bahasa adalah pelentur ranting perasaan yang bersinar

Perhatikan bagaimana Muhammad Haji Salleh menggunakan kata pemeri dengan betul (warna hijau) dan dengan penyimpangan (warna merah) pada bait yang sama dalam puisinya "Unggulku":

Unggul ini ialah kesegalaanku Tak ada tawar-menawar pada sifat atau dirinya. kerana ia adalah kemurnianku

(e) Penggunaan kata ganti nama "ia" untuk bukan manusia adalah juga kesalahan tatabahasa yang ditemui dalam puisi (mungkin dapat diwajarkan sebagai personifikasi):

Kemalangan sering lalu dan menjeling penuh nafsu ia kenal betul akan kelalaian ia kenal betul akan kealpaan

Page 51: BAHASA SAPAAN

(Dari puisi Rahman Shaari, "Kemalangan Tiba, Indah").

(f) Kata "belati", menurut Kamus Dewan, ialah kata sastera lama yang bermaksud "datang dari (atau di buat di) negara asing". Misalnya, pisau belati = sejenis pisau buatan Eropah; tali belati = tali buatan Eropah. Kata ini lazim (dan kerap kali secara klise), digunakan dalam puisi untuk membawa pengertian pisau (lazimnya dengan konotasi negatif). Misalnya, dari puisi Hashim Yaacob, "Tamu Semalam" dan puisi Irwan Abu Bakar, "Pisau Belati Runcing Tajam":

Ditinggalkannya padaku sebilah belati tercacak pada hati.

lalu belati pun menghiris luka hati pasangannya, menghiris luka hati anak-anaknya, dan menghiris luka hati semua yang disayanginya

Malah, seawal tahun 1958, Noor S.I., dalam salah sebuah sajaknya yang paling berjaya "Senja", telah menulis:

... ombak menempa di pantai. Dan hatinya di pasir terbenam sebilah belati di dada berdarahlah setahun.

(g) Kata "durja" bermaksud muka atau air muka, seperti dalam ungkapan "bermuram durja" yang bermaksud bermasam muka atau bermuram. Kata ini tidak dapat digunakan sebagai sinonim kepada kata "durjana" yang bermaksud jahat atau derhaka.

(h) Kadang-kadang penyimpangan dilakukan dengan sengaja dan penuh sedar oleh penulis demi menghasilkan ungkapan yang baru dan segar. Penyimpangan disengajakan yang dilakukan oleh penulis (yang memang memahami peraturan tatabahasa yang betul) adalah diterima dalam puisi jika membawa pembaharuan pengucapan. Sebagai contoh, perhatikan penggunaan akhiran -lah, -kah, dan -kan dalam ungkapan puisi Wan Ahmad Tajuddin, "Tanah Syahdu", "Nurjannah.3", dan "Diakan Lebih Uban?", seperti yang berikut:

Yang basah itu -lah semalam.

... dewasa. Dewasa -kah atau yang perlu belajar dari mereka tiada pagar dari satu ke yang satu.

Dunia stabilkah kaufikir, tanyanya aku cuma ternganga cuba mengata -kan sesuatu yang berintelek

[Kembali ke 8(2)(5)]

 

Page 52: BAHASA SAPAAN

14(1)(2). Kesilapan dari segi lojik merujuk kepada kesilapan fakta. Contoh:

ia (ayam betina) bertelur sebiji sebulan dan tetap bertelur walaupun tiada jantan

Ungkapan (dari "Kintalo dengan Telur Emas" oleh Rahman Shaari) ini memberi gambaran seolah-olah ayam betina tidak akan bertelur jika tiada jantan; padahal ayam betina memang tidak memerlukan jantan untuk bertelur.

 

14(2). Kelemahan Umum Kelemahan umum ialah kelemahan pada karya kerana penggunaan dan penyusunan kata-kata secara tidak kemas lantas menghasilkan pengucapan yang tidak berkesan.

 

14(2)(1). Pengucapan yang tidak padat Salah satu ciri utama puisi yang membezakannya dengan karya prosa ialah kepadatan pengucapannya. Puisi mengelakkan penggunaan perkataan yang berlebihan dan yang tidak perlu. Maka semasa kerja pengeditan, proses "trimming" (merapih) merupakan suatu kegiatan yang penting dalam menghasilkan puisi yang bermutu. Contoh:

(a) penggunaan ungkapan "burung camar" dan "pokok cemara" tidak dianggap stail yang baik kerana kata-kata "camar" dan "cemara" sudah membawa makna yang sempurna.

(b) penggunaan kata-kata yang sama makna pada suatu ungkapan, misalnya "harum wangi" dianggap pengucapan yang lemah; gaya bahasa ini disebut kelewahan atau "redundancy".

(c) penambahan maklumat yang telah sedia jelas juga dapat dianggap lewah (dan lemah):

Aku terima sepucuk surat daripadamu yang kauhantar seminggu berlalu baru tiba dikirim kemas-kemas oleh lelaki posmen

Ungkapan "oleh lelaki posmen" dianggap lewah kerana telah jelas surat harus dihantar oleh posmen. (Contoh dari sajak Faisal Tehrani, "Sepucuk Surat Berisi Revolusi").

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

Page 53: BAHASA SAPAAN

 

15. Keindahan Puisi Puisi dicirikan terutama oleh nilai estetika. Maka ciri utama yang ada pada puisi yang baik ialah keindahannya.

 

15(1). Puisi menjadi indah apabila wujud keseimbangan isi dengan bentuk. (a) Bahasa yang terlalu berbunga-bunga sedangkan isinya remeh-temeh tidak menghasilkan keindahan. (b) Bahasa yang kering untuk isi yang penting juga tidak menghasilkan keindahan.

 

15(2). Melahirkan Keindahan dalam Puisi Gaya digunakan untuk melahirkan keindahan. Antara gaya bahasa yang sering digunakan untuk mendapatkan keindahan termasuklah (a) diksi (hiperbola, hibrid, inversi, ironi, paradoks), (b) pengulangan (aliterasi, asonansi, anafora, epifora, irama, rima), (c) perbandingan (alusi, kiasan, metafora, simile), (d) imej, (e) lambang, dan (f) personifikasi: Lihat Modul 11.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

16. Sajak Kabur Pada amnya, sajak dikatakan kabur apabila isi kandungannya amat sukar untuk dikonkretisasi oleh pembaca. Penulisnya "membawakan bentuk pengucapan yang sukar dimengerti, yang mendorong pembaca ke arah berfikir yang teliti dan serius, dan sekali gus mencabar daya keintelektualan mereka". (Ungkapan dalam tanda "..." dipetik daripada Rujukan Tambahan 3.)

 

16(1). Kenapa sajak menjadi kabur? Sebab utama sajak menjadi kabur ialah penggunaan lambang yang bersifat terlalu peribadi, lihat submodul [8(1)(1)(1)].

 

16(2). Orang Bertiga dengan Puisi Kabur Sajak kabur biasanya dikaitkan dengan tiga orang penyair yang berikut: Noor S.I., A.S. Amin, dan M. Ghazali. Penyair Noor S.I. (nama sebenar Ismail bin Haji Omar, lahir 1933) yang memulakan penulisan sajak kabur pada tahun 1955 dianggap pelopornya.

Page 54: BAHASA SAPAAN

 

16(2)(1). Karya tiga orang penyair ini ada dikompilasikan dalam buku yang berikut: Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad (Penyelenggara). Orang Bertiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980. Contoh: Noor S.I. ("Sayup"), M. Ghazali ("Embun").

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

17. Sajak Intelektual Sajak intelektual ialah sajak yang mengandungi pemikiran yang mendalam dan tinggi (mungkin bertaraf falsafah).

 

17(1). Penyair tempatan yang sering dikaitkan dengan sajak intelektual ialah SN Muhammad Haji Salleh. Namun label ini yang diberikan kepada penyair itu dipertikaikan oleh sesetengah pengkaji.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

18. Puisi dan Komputer Kemudahan komputer dapat membantu penyair dari aspek-aspek (a) pengeditan dan (b) menyertai kegiatan di Internet.

 

18(1). Pengeditan Draf pertama puisi dapat dipindahkan ke komputer mahupun ditaip terus ke dalam komputer. Selepas itu, pengeditan berulang-ulang kali dapat dilakukan dengan amat mudah. (Butiran lanjutan tentang proses pengeditan puisi dibincang dalam Lampiran 5.)

 

18(2). Kegiatan di Internet Komputer dapat disambungkan ke Internet melalui talian telefon. Penyambungan itu dapat dilakukan dengan menghubungi salah satu pembekal perkhidmatan Internet, misalnya Mimos (Jaring) dan Telekom Malaysia (TMNet). Setelah komputer tersambung ke Internet, penulis boleh melibatkan diri dengan aktiviti berpuisi di alam siber: Lihat Modul 19.

Page 55: BAHASA SAPAAN

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

19. Puisi dan Internet Kemudahan Internet telah memungkinkan puisi disebarkan secara meluas (ke seluruh dunia) dan diterbitkan secara serta-merta.

 

19(1). Ciri-ciri Utama Puisi di Internet Puisi di Internet, pada amnya, dicirikan oleh perkara-perkara yang berikut: (a) penerbitan tanpa penilian atau tapisan oleh pihak kedua (yang pakar) terlebih dahulu. (b) Kerapkali bersifat dinamik, iaitu sentiasa diedit oleh penulisnya.

 

19(2). Kegiatan berpuisi di Internet dapat dilakukan dari beberapa tempat, misalnya dari rumah, dari pejabat (dengan restu majikan), dan dari warung-warung siber (cyber cafe).

 

19(2)(1). Berpuisi di Internet dari Rumah Sendiri Hal ini dapat dilakukan hanya jika anda memiliki sebuah komputer, dan telah menyediakan infrastruktur untuk menyambungkan komputer itu ke talian Internet.

 

19(2)(2). Berpuisi di Internet dari Pejabat Pejabat lazimnya mempunyai sambungan Internet. Namun menggunakan kemudahan fizikal dan waktu kerja di pejabat untuk kegiatan berpuisi tidak beretika. Pastikan anda mendapat kebenaran/restu majikan terlebih dahulu. Namun sekiranya tugas anda memang secara langsung berkenaan dengan bidang ini, maka kegiatan berpuisi dapat dilakukan dari pejabat.

 

19(2)(3). Berpuisi di Internet dari Cyber Cafe Kaedah paling murah dan praktikal untuk bergiat dengan puisi di Internet ialah dengan menggunakan kemudahan di warung-warung siber. Anda tidak perlu memiliki sebuah komputer dan tidak perlu melanggan sambungan Internet sendiri. Anda hanya perlu tahu menggunakan komputer dan mengakses Internet. Kos yang terlibat adalah murah, biasanya antara RM2 dengan RM3 sejam. (Jika masa yang digunakan kurang daripada satu jam, maka bayaran akan dikurangkan secara berkadaran).

Page 56: BAHASA SAPAAN

Namun anda perlu menyusun waktu yang sesuai untuk anda dan anda hanya boleh bergiat semasa warung siber beropersi. Dari segi kekerapan, dicadangkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali (sesi satu jam setiap lawatan). Seminggu sekali boleh dianggap cukup baik.

 

19(3). Laman-laman web puisi Melayu dapat dicari di Internet melalui kemudahan "search" yang tersedia.

19(3)(2). Pencarian dapat dilakukan pada laman http://www.yahoo.com. Pada hari ini, pencarian di laman itu dengan menggunakan kata kunci "puisi" akan membawa kepada enam sukses (penemuan). Pencarian dengan menggunakan kata kunci "sajak" akan membawa kepada 21,800 penemuan (walaupun bukan semuanya relevan dengan puisi Melayu).

19(3)(3). Pencarian boleh juga dilakukan dari laman http://www.communityzero.com untuk laman yang berbentuk "komuniti" (banyak interaksi antara pelawat).

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

20. Puisi Siber "Puisi siber" amat relevan dengan era ICT (teknologi maklumat dan komputer) sekarang ini.  

20(1). Apakah puisi siber? Pada amnya, dua perkara dapat ditegaskan di sini: (a) Puisi siber yang sebenar berbeza dengan "puisi biasa", walaupun puisi biasa itu disiarkan di alam siber; dan (b) Puisi siber ialah puisi yang 'direka bentuk' (bukan semata-mata 'ditulis') dengan menggunakan kemudahan ICT; maka puisi siber harus bersifat multimedia (mengandungi teks, animasi, dan bunyi) dan interaktif (menyediakan kemudahan untuk pembaca memberi rangsangan dan puisi itu pula memberi sambutan aktif terhadap rangsangan pembaca itu).

 

20(2). Puisi Siber Primitif Pada hari ini ramai penyair yang menerbitkan puisi mereka di Internet. Namun puisi itu lazimnya ialah puisi biasa, dan tidak langsung mempunyai ciri-ciri dokumen alam siber seperti beranimasi, multimedia (audio, video, grafik, dsb), dan interaktif. Malah kebanyakannya tidak pun berwarna-warni, tetap dengan cetakan hitam atas latar belakang putih. Cuma medium penerbitannya sahaja yang moden dan canggih. Oleh sebab diterbitkan di alam siber, puisi-puisi ini dapatlah dinamai "puisi siber primitif".

Page 57: BAHASA SAPAAN

 

20(3). Puisi dengan animasi, warna-warni, dan audio (puisi AWA) ada diterbitkan di Internet. Misalnya, di e-majlah "e-sastera" ditermui uisi-puisi AWA yang berikut: "Selamat Pagi, Malam" oleh Irwan Abu Bakar, "Tikus dan PoliTIKUS" oleh Erwin Khairul Ahmad, dan "Mantera Bush dan Saddam" oleh Gravesdigger (atau Hata Gazali).

20(4). Kita tidak akan memperkatakan puisi siber dengan lebih lanjut dalam kursus ini kerana perkara ini ialah perkembangan baru yang belum meluas pengaruhnya.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

21. Plagiarisme dan Pengaruh 'Plagiarisme' dan 'pengaruh' merupakan dua konsep yang melibatkan keserupaan antara karya penulis dengan karya orang lain yang terdahulu.

 

21(1). Memplagiat = meniru karya orang lain dan mengaku sebagai karya asli sendiri. (Peniruan yang disertakan pengubahsuaian yang sedikit dan tidak signifikan juga dikira sebagai plagiarisme.)

 

21(1)(1). Plagiarisme ialah suatu kesalahan yang berat dalam sastera. Malah plagiarisme sering dikatakan sebagai jenayah sastera.

 

21(1)(2). Jangan lakukan plagiarisme, atas alasan apa sekalipun.

 

21(2). 'Pengaruh' merujuk kepada peniruan gaya penulisan atau peniruan bentuk karya. Hal ini kadang-kadang disengajakan dan kadang-kadang berlaku secara kebetulan (akibat banyak membaca atau merujuk kepada sesuatu kumpulan karya yang terdahulu). Tidaklah menjadi masalah sastera jika karya seseorang penulis dipengaruhi oleh karya penulis terdahulu.

 

Page 58: BAHASA SAPAAN

21(3). Masalah 'plagiarisme' dan 'pengaruh' kadang kala menghantui penyair mapan juga. Sajak popular penyair mapan Masuri S.N., "Ini Nasi Yang Kusuap", dianggap sesetengah pengkaji sebagai bermasalah apabila dibandingkan dengan sajak Inggeris "This Bread I Break" oleh Dyland Thomas.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

22. Penterjemahan Puisi Puisi ditulis dalam bahasa tertentu. Pemikiran dan kreativiti penyair dapat disampaikan kepada masyarakat yang tidak memahami bahasa itu dengan melakukan penterjemahan. Karya terjemahan yang dihasilkan sendiri oleh penulis asal puisi itu dianggap karya aslinya dalam bahasa yang kedua itu.

22(1). Laman web yang berikut menyiarkan puisi Melayu yang telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris: http://www.communityzero.com/poets. Laman web ini ialah sebahagian daripada majalah "e-sastera".

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

23. Deklamasi Puisi

 

23(1). Deklamasi ialah penyampaian puisi secara pengucapan (lisan).

23(2). Bukan semua puisi sesuai dideklamasikan. Puisi yang sesuai dideklamasi dikatakan bersifat 'deklamatori'.

 

23(3). Pada hari ini, kadangkala muzik digunakan untuk mengiringi deklamasi, sama ada secara permainan muzik "minus one" atau secara permainan "live" alat-alat muzik tradisional dan/atau moden. Kadangkala persembahan juga diiringi tayangan multimedia.

 

23(4). Lagu puisi ialah lagu yang menggunakan puisi tertentu sebagai liriknya.

Page 59: BAHASA SAPAAN

(Definisi alternatif: Puisi yang dinyanyikan dengan melodi yang dicipta khas untuknya).

 

23(5). Deklamasi puisi memerlukan kebolehan dan latihan serius. Menghafaz puisi yang akan dideklamasi ialah amalan yang baik.

 

23(6). Pada hari ini, deklamasi puisi kadang-kadang dibuat secara persembahan teater (termasuk silat dan wayang kulit yang dipelopori oleh Hashim Yaacob).

 

23(7). Pada hari ini, satu-satunya penyair Malaysia yang mengkaji dan menulis tentang deklamasi ialah Rahman Shaari.

23(7)(1) Artikel yang berikut mewakili pemikiran Rahman Shaari tentang deklamasi puisi dan eloklah dibaca:

Rahman Shaari. "Deklamasi yang Baik dan Berkesan", Dewan Sastera, Mac 1996.

Sepuluh pemikiran utama Rahman tentang hal ini adalah seperti yang berikut:

(a) Deklamasi janganlah dipenuhi tempikan yang tidak beralasan. Mendeklamasi sajak bukan perlawanan untuk mencari juara tempikan.

(b) Gerakan yang berlebih-lebih di atas pentas bukanlah cara deklamasi yang elok.

(c) Penggunaan suara tinggi hendaklah sesuai dengan tema. Pendeklamasi hendaklah pandai menerbitkan suara dalam perut, dan membina suara serak yang bertolak dari dalam perut. Suara dalam perut amat berharga, dan suara dalam dada hanya berupaya menerbitkan kesan permukaan.

(d) Perlakuan aneh yang ditonjolkan semasa mendeklamasi bukanlah sesuatu yang dikehendaki.

(e) Pendeklamasi mesti berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun deklamasi bukan untuk sayembara. Kebanyakan orang memerlukan latihan sekurang-kurangnya seminggu.

(f) Pendeklamasi perlu mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap bidang ini.

(g) Deklamasi perlu berpusat kepada teknik, gaya, nada, dan suara.

(h) Pendeklamsi perlu mempunyai sikap menghormati penonton demi mengakrabkan pendeklamasi dengan penonton.

Page 60: BAHASA SAPAAN

(i) Pendeklamasi perlu mempunyai keyakinan diri demi menghasilkan persembahan yang bergaya. Pendeklamasi yang berbuat perkara yang pelik-pelik semata-mata untuk menimbulkan gimik murahan di atas pentas, bukanlah orang yang yakin terhadap keupayaannya.

(j) Persembahan mesti menepati makna sajak yang dideklamasi demi mengemukakan persembahan deklamasi yang baik dan berkesan.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

 

24. Anugerah Beberapa anugerah ada ditawarkan untuk puisi yang diterbitkan.

 

24(1). Pada peringkat antarabangsa (puisi bahasa Inggeris), ada beberapa anugerah disediakan orang. (a) anugerah Pulitzer ialah anugerah paling berprestij. (b) The International Society of Poets yang berpusat di USA, menawarkan anugerah "Poet of the Year" untuk penyair amateur yang menerbitkan puisi di laman web poetry.com.

 

24(2). Di Malaysia, ada beberapa anugerah ditawarkan untuk puisi yang diterbitkan dalam bahasa Melayu.

 

24(2)(1). Anugerah tempatan paling berprestij ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia setiap dua tahun kepada antologi dan karya eceran. Anugerah ini mulanya dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera (1971-1976) dan ditukar kepada Hadiah Sastera Malaysia (1981-1995). Hadiah diperkenalkan dengan tujuan memberi pengiktirafan kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu serta menggalakkan penerbitan karya sastera bermutu dalam bahasa Melayu.

 

24(2)(2). Satu lagi anugerah tempatan ialah anugerah Utusan untuk karya yang diterbitkan dalam penerbitan Utusan Melayu.

 

Page 61: BAHASA SAPAAN

24(2)(3). Komuniti-Pada-Talian "Penyair" (a) Komuniti "Penyair" Alam Siber (http:// www. communityzero.com/ penyair) menawarkan hadiah Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) pada tahun 2002. Anugerah ini dipercayai pengiktirafan tempatan yang pertama diberi kepada karya yang diterbitkan di Internet. (b) Komuniti ini juga menawarkan hadiah Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2002 (ASJAS 2002) melalui laman web http:// www. communityzero.com/ sajen.

[Kembali ke Permulaan Artikel] [Kembali ke Indeks] [Kembali ke Senarai Kandungan] [Kembali ke permulaan "D: Garis Panduan dan Tips"]

 

25. Puisi dan Agama Islam Penganut agama Islam sentiasa merujuk semua kegiatannya kepada ayat-ayat suci al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad saw. Hal yang sama perlu dilakukan dalam melakukan kegiatan berpuisi.

 

25(1). Ayat al-Quran yang berikut adalah relevan dengan kegiatan puisi: "Dan penyair-penyair itu dituruti oleh golongan yang sesat... Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri setelah mereka dianiaya..." (Surah asy-Syu'ara 224-7).

 

25(2). Hadith yang berikut adalah relevan dengan kegiatan berpuisi: "Seorang mukmin berjuang dengan pedang atau lisannya. Demi Allah, apa-apa syair yang kamu lemparkan kepada mereka (pihak musuh) sebenarnya seperti hujung tombak yang sangat tajam." (Hadith riwayat Ahmad).

[Kembali ke Permulaan Artikel] [Kembali ke Indeks] [Kembali ke Senarai Kandungan] [Kembali ke permulaan "D: Garis Panduan dan Tips"]

 

26. Kegiatan Kritikan dan Pengulasan 26.1 Kegiatan kritikan karya ialah suatu kegiatan produktif bernilai seni. Kritikan bukannya kegiatan negatif “menghentam” karya orang lain.

Page 62: BAHASA SAPAAN

26.2 Membuat kritikan mendalam terhadap puisi (dinamai kritikan imiah) memerlukan ilmu kritikan yang cukup. Sebaik-baiknya, biarlah seseorang itu mendapat pendedahan ilmu dari pakar sebelum melibatkan diri dalam bidang ini.

26.2.1 Sebagai pendedahan permulaan, sila baca artikel yang berikut: Othman Puteh. "Menelusuri Ciri-Ciri Kritikan Sastera", Dewan Sastera, April/Mei 1999.

26.2.2 Dalam artikel yang dinyatakan dalam submodul 26.2.1, Othman Puteh mencirikan kritikan sastera di Malaysia kepada enam ciri: (a) Kritikan Sanjungan (b) kritikan Teguran (c) Kritikan Saranan (d) Kritikan Pendekatan: (Menghuraikan enam daripada pelbagai pendekatan kritikan kesusasteraan yang berkembang di Malaysia, iaitu pendekatan intrinsik, pendekatan ekstrinsik, pendekatan moral, pendekatan psikologi, pendekatan sosiologi, dan pendekatan arkitaip.) (e) Kritikan Penganalisisan (f) Kritikan Penilian.

26.3 Kegiatan “mengulas” puisi dapatlah dianggap kegiatan yang lebih ringan dan dapat dilakukan dengan lebih mudah. Tulisan kritikan yang merupakan reaksi sepintas lalu ini sering dinamai kritikan impresionistik, kritikan jurnalistik, atau resensi.

26.4 Kegiatan mengulas puisi, pada amnya, dapat dibahagikan kepada dua komponen yang berikut: (a) Menghurai; dan (b) Menilai

26.4.1 Perhatikan bahawa puisi berkomunikasi dengan pembaca berdasarkan apa yang dapat difahami pembaca daripada sajak itu, bukannya apa yang ada dalam pemikiran penulisnya sewaktu menulis sajak itu.

26.4.2 Menghurai puisi melibatkan: (a) penghuraian makna yang dapat ditafsirkan OLEH PENGULAS daripada teks, dan (b) penjelasan tentang ilmu yang dapat ditimba daripadanya

26.4.3 Kegiatan menghurai makna puisi bukanlah kegiatan “meneka” apa yang dimaksudkan oleh penulisnya melalui puisinya. Malah ada beberapa banyak sajak yang bersifat polos, dan kegiatan “meneka” dan menghurai apa yang dimaksudkan oleh penulisnya ialah kegiatan sia-sia dan membuang masa.

26.4.4 Menilai puisi melibatkan: (a) mengenal pasti kekuatannya; (b) mengenal pasti kelemahannya; dan (c) mencadangkan pembaikan yang dapat dilakukan.

26.5 Pada amnya, ulasan terhadap sesebuah puisi dibuat berasaskan aspek-aspek yang berikut: (a) tema dan isu (b) huraian maknanya (secara ringkas jika sajak sedia polos) (c) bentuk (d) rima

Page 63: BAHASA SAPAAN

(e) bahasa (f) nada (g) makna perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu. (Penanganan ini lebih merujuk kepada makna konotatif dan nilai emosinya).

26.5.1 Contoh penghuraian (sajak hanya khayalan) adalah seperti yang berikut: (a) Tema dan isu: “Isu yang diutarakan oleh sajak ini ialah tentang kasih sayang seorang guru terhadap muridnya”. (b) Huraian makna: “(1) Guru itu telah berkorban untuk anak-anak muridnya. Maka anak-anak muridnya menganggap guru itu manusia paling berjasa kepada mereka. (2) Guru itu telah berkorban secara tidak terhad sehingga hidup peribadinya sendiri terjejas. (3) Anak-anak muridnya memberikan penghormatan yang amat tinggi sehingga nilai diri guru melonjak naik dan mendapat ganjaran positif daripadanya”. (c) Bentuk: “Sajak ini terbina daripada tiga rangkap. Rangkap-rangkap itu berlainan bentuk. Rangkap pertama menyerupai syair sementara dua rangkap lagi berbentuk benar-benar bebas. Maka bolehlah dikatakan bahawa bentuk sajak ini separa bebas.”

(d) Rima: “Rima akhir rangkap pertama ialah aaaa. Rima akhir rangkap kedua dan ketiga masing-masing ialah abacda dan acbb”. (e) Bahasa: “Bahasa sajak ini mudah tetapi amat estatik. Ada perulangan kata yang menarik seperti “pengorbanan” dan “penghargaan”. Ungkapan seperti “tidaklah air tercurah ke daun keladi” benar-benar memberi tenaga kepada sajak ini dan seterusnya meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.” (f) Nada: “Sajak ini bernada sentimental dan romantis. Ada unsur ketegasan dan berterus terang.” (g) Makna ungkapan: “Ungkapan ‘berdiri selari’ dalam sajak ini bermaksud samanya matlamat antara guru dengan murid.”

26.5.2 Ulasan yang dibuat secara teratur seperti disenaraikan dalam subsubmodul 26.5.1 itu akan menghasilkan tulisan yang berstruktur dan kemas. Namun banyak juga ulasan yang dibuat secara tidak berstruktur tetapi tetap merangkumi aspek-aspek yang disenaraikan itu.

26.6 Ada kalanya, ulasan perlu dibuat terhadap sebilangan puisi dan bukannya sebuah puisi tertentu. Dalam hal yang sedemikian, kerap kali pengulas memilih sesuatu aspek tertentu lalu menganalisis kesemua puisi itu dari aspek yang tersebut. Misalnya: (a) T. Alias Taib, apabila mengulas 10 buah puisi yang tersiar dalam majalah Dewan Sastera keluaran November 2002, telah memilih aspek “suara asli penyair” sebagai tema lalu mengulas kesemua 10 puisi yang berkenaan berasaskan tema itu; dan (b) Rahman Shaari, puisi-puisi Dewan Sastera Ogos 2002, memberi tumpuan kepada “mencari yang cemerlang” demi mengenal pasti puisi yang terbaik antara puisi-puisi yang ditanganinya itu.

26.7 Sajak lazimnya dapat ditafsirkan dengan cara yang pelbagai oleh pembaca. Hal inilah yang menjadikan sajak itu item seni. Maka, pada amnya, penyair tidak wajar menghurai dan menilai karyanya sendiri. Perbuatan ini akan "membekukan" makna sajaknya sehingga tidak dapat lagi diulas secara sembarangan oleh orang lain. Apabila pembaca tidak dapat lagi mengaplikasikan kreativitinya untuk menghuraikan makna sesebuah sajak, hilanglah nilai seni karya itu.

26.8 Contoh Praktikal Sebagai contoh praktikal ulasan sajak, sila lihat Lampiran 7. Lampiran ini memberikan tiga ulasan daripada tiga orang penulis yang berlainan terhadap sajak

Page 64: BAHASA SAPAAN

"Menolak Rezeki" karya Irwan Abu Bakar. Sajak itu telah tersiar dalam majalah Dewan Sastera, April 2003. Ulasan itu telah disiarkan di komuniti "Penyair" majalah e-sastera.

[Kembali ke Permulaan Artikel] [Kembali ke Indeks] [Kembali ke Senarai Kandungan] [Kembali ke permulaan "D: Garis Panduan dan Tips"]

 

27. Licentia Poetica 27.1 (Inggeris: "poetic licence"). "Lesen puitis" merujuk kepada kebebasan yang "dimiliki" penyair untuk melakukan penyimpangan terhadap peraturan-peraturan bahasa yang mapan demi memperoleh kesan puitis dalam karyanya. 27.2 Penyair diingatkan bahawa penyimpangan daripada tatabahasa tidak harus dilakukan tanpa alasan estetika. Menurut Rahman Shaari, "penyimpangan diizinkan hanya setelah nilai estetika terjamin hasil penyimpangan itu". 27.3 Lesen puitis ini tidak boleh digunakan untuk mewajarkan kesilapan tatabahasa yang rutin.

[Kembali ke Permulaan Artikel] [Kembali ke Indeks] [Kembali ke Senarai Kandungan] [Kembali ke permulaan "D: Garis Panduan dan Tips"]

 

Lampiran

Lampiran 1. Nama Bentuk Puisi Dari Segi Bilangan Baris Lampiran 2. Penyair Bahasa Melayu Lampiran 3. Beberapa Buah Sajak Pilihan Lampiran 4. Budaya Bahasa: Suatu Kursus Ringkas Lampiran 5. Menyemak Semula Tulisan Anda Lampiran 6. Ayat: Suatu Kursus Asas Lampiran 7. Ulasan Sajak "Menolak Rezeki" karya Irwan Abu Bakar

 

Lampiran 1. Nama Bentuk Puisi Dari Segi Bilangan Baris Nama bentuk puisi dari segi bilangan baris (pada setiap rangkapnya) adalah seperti yang berikut: Distikhon = 2 baris Terzina = 3 baris. Kuatren = 4 baris. Quintain = 5 baris. Sextet = 6 baris. Septet = 7 baris. Oktaf = 8 baris.

Page 65: BAHASA SAPAAN

Soneta = 14 baris (terdiri daripada 4 rangkap, dengan bilangan baris dalam rangkap-angkapnya ialah 4, 4, 3, dan 3).

[Kembali ke Permulaan Lampiran]

[Kembali ke Permulaan Artikel] [Kembali ke Indeks] [Kembali ke Senarai Kandungan] [Kembali ke permulaan "D: Garis Panduan dan Tips"]

 

Lampiran 2. Penyair Bahasa Melayu Antara penyair mapan Malaysia yang menulis dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: Affrini Adham (lahir: 1927), Usman Awang (Allahyarham, l: 1929), Suhaimi Haji Muhammad (l: 1934), A. Samad Said (l. 1935), Dharmawijaya (l. 1937), Jihaty Abadi (Allahyarham, l. 1938), Nahmar Jamil (l. 1938), Baha Zain (l. 1939), A. Wahab Ali (l. 1941), Kemala (l. 1941), Latif Mohidin (l. 1941), Muhammad Haji Salleh (l. 1942), Ahmad Sarju (l. 1942), A. Ghafar Ibrahim (l. 1943), T. Alias Taib (l. 1943), Rahman Shaari (l. 1949), Siti Zainon Ismail (l. 1949), Zurinah Hassan (l. 1949), Lim Swee Tin (l. 1952), Moechtar Awang (l. 1956).

[Kembali ke Permulaan Lampiran]

[Kembali ke Permulaan Artikel] [Kembali ke Indeks] [Kembali ke Senarai Kandungan] [Kembali ke permulaan "D: Garis Panduan dan Tips"]

 

Lampiran 3. Beberapa Buah Sajak Pilihan Di sini diperturunkan beberapa buah sajak pilihan untuk panduan dan renungan.

 

L3(1) "Angan-angan Dengan Gurindam" oleh Omar Mustaffa

Bangkitlah bangkit! Mengapa tidur lama sangat? Di mana dapat mencari negeri yang sekaya negeri kita? Timah dimasak sudahlah hangat. ... (ini bait pertama sahaja; ada sambungannya).

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

Page 66: BAHASA SAPAAN

 

L3(2) "Di Tengah Senggara" oleh Punggok

Di dalam gelombang hambur-menghambur Kudengar seru sayup bahasa Hatiku lebur bagaikan hancur Hendak kurenang beta tak bisa

Tuan mengeluh menanggung nestapa Kudengar turut sama bersedih Meski kurenang takkan berjumpa Segara berpuaka - teluk beralih

Dengar sahaja doa kupohonkan Kepada Allah Yang Maha Kaya Allah menolong jiwa telapakkan Sampai ke tepi selamat bahagia.

Majalah Guru, Th.x, Disember 1933

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

L3(3) "Sayup" oleh Noor S.I.

Cermin bintang dara sentuhan kembara lalu terkena.

Manis bulan basah penghidupan karat pisau di pinggang hidup nan luang.

Kawan menyentuh dara hamillah dunia noda.

1958-59 Rakaman Roh, 1963.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

L3(4). "Embun" oleh M. Ghazali

Page 67: BAHASA SAPAAN

Embun hatinya berkaca kejauhan paginya embun hatinya berkata ia diliputi senja.

Dadanya ada embun tapi bukan untuknya.

Embun hatinya berkaca dingin embun dinoda.

Kuala Lumpur, 5 Mac 1959. Bunga Merah, 1977.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

L3(5). "Kefanaan" oleh Muhammad Haji Salleh

sepanjang pantai esphanol portugal berbau kesepian disenyapkan oleh kabut yang enggan pergi tengah hari.

aku duduk di longgok batu, jauh dari pantai tenggelam dalam kapas kabus. suara laut taram dan bau kejauhan menolaknya ke air.

inilah kefanaan.

esphanol

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

L3(6) "Pengemis" oleh T. Alias Taib

dari tubuhnya merangkak kehidupan bagai seekor siput mencari sehelai daun.

Page 68: BAHASA SAPAAN

dari peluhnya terpercik harapan bagai sekelopak bunga menanti fajar pagi.

dari keluhnya terkumpul debaran bagai gemuruh jeram menangisi kabut hutan.

dalam matanya berkocak keharuan bagai perahu tua kematian angin.

dalam suaranya mengalir kesedihan bagai anak sungai kehilangan muara.

dalam dadanya menetes kesalan bagai mendung hitam ketibaan hujan.

[Kembali ke Senarai Kandungan] Kembali Ke Indeks

 

L3(6) "Kebebasan" oleh Rahman Shaari

Kebebasan memilih telah kauajukan aku ke sini meyakinkan akalku mengerti makna diri.

tapi bagaimana perjalanan panjang lorong-lorong bersilang sedang pergikah aku atau pulang?

Jalan ini katamu jalan semalam tapi likunya berganti dan sungai beralih haluan aku jugalah kurang sedia memahami perubahan.

biarlah aku di sini berteduh mengeluh di bayang kebosanan sambil menghitung waktu lepasku oleh kebebasan.

Page 69: BAHASA SAPAAN

Selangor, 25 Januari 1976.

[Kembali ke Permulaan Lampiran]

[Kembali ke Permulaan Artikel] [Kembali ke Indeks] [Kembali ke Senarai Kandungan] [Kembali ke permulaan "D: Garis Panduan dan Tips"]

 

Lampiran 4. Budaya Bahasa: Suatu Kursus Ringkas Pengetahuan tentang budaya bahasa Melayu dapat membantu dalam penulisan puisi yang berkesan.  

L4(1). Budaya bahasa lazimnya dilihat daripada lima aspek, iaitu (a) neka bahasa, (b) laras bahasa, (c) retorik, (d) ragam bahasa, dan (e) kesantunan bahasa.

 

L4(2). Neka Bahasa Neka bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa mengikut konteksnya, iaitu (a) bahasa formal, (b) bahasa tak formal, (c) bahasa halus, dan (d) bahasa istana.

 

L4(3). Laras Laras bahasa merujuk kepada penggunaannya dalam bidang ilmu atau dalam perhubungan moden.

L4(3)(1). Laras biasa ialah penggunaan bahasa yang tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus.

L4(3)(2). Contoh laras bahasa ialah laras perniagaan, laras akademik (sains dan teknikal), laras undang-undang, laras media massa, dan laras sastera.

 

L4(4). Retorik Retorik ialah seni penggunaan bahasa. Hal ini melibatkan penyampaian atau pengungkapan fakta dan idea dengan bahasa yang berkesan dan menarik. Teknik pengungkapan ini dibahagikan kepada tujuh jenis, iaitu: (a) pemerian (penjelasan, penakrifan, panduan atau huraian sesuatu perkara); (b) cerita (peristiwa yang dikisahkan dengan gaya tertentu; esei bercorak naratif); (c) hujah (bukti, alasan, atau keterangan); (d) khutbah (nasihat keagamaan yang mementingkan dalil-dalil sahih); (e) nasihat (memujuk orang untuk melakukan perkara baik);

Page 70: BAHASA SAPAAN

(f) penerangan (penjelasan tentang perkara yang diterangkan); dan (g) pujukan (rayuan dengan matlamat menyerahkan kuasa si pembujuk kepada orang yang dipujukinya).

 

L4(5). Ragam Bahasa Ragam bahasa merujuk cara pengungkapan diolah untuk menyesuaikannya dengan tujuan sesuatu fakta atau keterangan hendak disampaikan.

L(4)(5)(1). Ada 16 ragam utama yang telah dikenal pasti bagi bahasa Melayu, iaitu (a) bahasa sindiran, (b) bahasa giat, (c) bahasa ejek, (d) bahasa terbalik, (e) bahasa merajuk, (f) bahasa tempelak, (g) bahasa herdik, (h) bahasa melampau, (i) bahasa naik, (j) bahasa turun, (k) bahasa ingkar, (l) bahasa seruan, (m) bahasa ulang, (n) bahasa bertimbal, (o) bahasa nafi, dan (p) bahasa jenaka.

L(4)(5)(2). Dalam istilah puisi moden, ragam bahasa dinamai "gaya". Istilah-istilah moden yang dikaitkan dengannya diberikan dalam Modul 11.

 

L4(6). Kesantunan Berbahasa Kesantuan merujuk kepada strategi penggunaan gelaran, sapaan, dan ganti nama untuk menunjukkan hormat.

L4(6)(1). Penggunaan kesantunan ada beberapa peringkat: (a) biasa (aku, awak, makcik, saudara), (b) hormat (Encik, Puan, Yang Berusaha, Yang Berhormat), (c) diraja (Tuanku, baginda, patik), (d) halus (jenazah, allahyarham, arwah), dan (e) mesra (nama timangan: Man, Sal, Ayu; nama sendiri: Ramli, Normah; ganti nama: adik, abang, uda, along).

[Kembali ke Permulaan Lampiran]

 

Lampiran 5. Menyemak Semula Tulisan Anda

Inspirasi ialah sesuatu yang melintas lalu: mana-mana penulis mengetahuinya. Untuk memastikan bahawa perasaan, idea, atau kata yang "sempurna" itu tidak menghilang selama-lamanya, biasanya kita akan menyambar sehelai kertas paling hampir dengan kita dan menuliskan pemikiran kita. Ya, pada ketika itu, kita telah menulis sebuah puisi. Namun tidak semestinya kita telah menulis sebuah puisi yang baik.

Kita cenderung untuk berkata, "Ah, inilah yang aku rasai, maka inilah yang aku tuliskan. Aku tidak boleh menyemak kembali perasaanku." Memanglah, perasaan tidak dapat disemak kembali, tetapi kata-kata yang kita pilih untuk menyatakan pemikiran dan emosi peribadi itu dapat disemak semula. Apabila inspirasi datang, anda bukan sahaja menyambar sehelai kertas yang tedekat dengan anda, namun anda juga menyambar perkataan-perkataan yang paling mudah, perkataan-

Page 71: BAHASA SAPAAN

perkataan yang dapat difikirkan dengan paling cepat. Amatlah merosakkan jika anda berfikir bahawa penulisan mula anda yang kasar itu adalah suci/keramat, kerana biasanya tidak persis atau tidak menggambarkan sepenuhnya makna yang anda rasai atau hajati.

Penyemakan kata-kata yang mula anda tulis semasa mendapat inspirasi mungkin perlu supaya karya anda dapat diberikan gilapan, kedalaman, dan bunyi yang profesional. Perasaan dan niat anda yang sebenar dapat diterangkan dengan menggunakan bahasa yang lebih jelas dan tepat. Imejan (imagery), yang telah dinamai "roh puisi", dapat diterapkan ke dalam karya anda setelah mengambil masa memikirkannya secara lebih mendalam dan melakukan refleksi. Dan oleh sebab ritma dan lirikisme (lyricism) puisi adalah aspek penting seni, bunyi puisi anda dapat diperiksa dan dibaiki dengan memadankan dan menyusun kata-kata yang mewujudkan sesuatu perasaan melalui bunyi khusus (timbre) suku-suku katanya.

Belajar Melalui Contoh

Barangkali cara terbaik untuk menunjukkan "kuasa" penyemakan adalah dengan menunjukkan cara ia dilakukan. Perhatikan baris puisi ini:

"Nyanyian dari burung-burung pada waktu pagi membuat aku mahu terbang bersama-samanya."

Baris puisi ini tentu sekali berusaha untauk menyampaikan idea yang dramatik. Namun kekuatan yang dihajati dilemahkan oleh kata-kata yang tidak dapat mencerminkan keriangan dan inspirasi yang dirasai penulisnya. Pertama, oleh sebab kepadatan dan kepersisan pemilihan kata ialah kunci kepada puisi yang baik, baris ini barangkali terlalu panjang. Penggunaan frasa-frasa "dari burung-burung" dan "pada waktu pagi" dapat dibuang atau ditukar kepada "Nyanyian pagi burung-burung".

Kedua, "bersama-samanya" boleh dibuang kerana kita dapat andaikan bahawa penulis memang hendak terbang dengan siapa lagi kalau bukan burung-burung itu?

Maka inilah penyemakan kita yang pertama, membuang frasa-frasa yang tidak perlu:

"Nyanyian pagi burung-burung membuat aku mahu terbang."

Pertimbangkan pula frasa "membuat aku mahu terbang". Sebenarnya, kata-kata ini ialah intipati puisi ini. Kata-kata inilah yang sepatutnya mengungkapkan dalamnya perasaan yang dirasai penulis daripada nyanyian burung-burung. Kata-kata ini, walau bagaimanapun, tidak dapat menangkap emosi yang begitu mendalam. Barangkali frasa seperti "menggerakkan gunung-gunung di dalam" dapat menggambarkan dengan lebih baik akan perasaan yang mengusik penulis. Imejan yang digunakan di sini dapat membantu menyampaikan keamatan dan magnitud perasaan si penulis. Kata-kata ini juga sedap bunyinya dengan pengulangan volal "u" pada kata "burung" dan "gunung". Semakan seterusnya adalah seperti yang berikut:

"Nyanyian pagi burung-burung menggerakkan gunung-gunung di dalam."

Kini penyemakan hampir lengkap. Buat masa ini, baris ini tidak sebenarnya mengungkapkan hasrat penulis mahu terbang bersama burung-burung. Penyemakan kita sebelum ini membantu menjelaskan emosi penulis yang mendalam tetapi

Page 72: BAHASA SAPAAN

meninggalkan hasrat untuk terbang bersama burung-burung. Oleh sebab waktu yang terlibat ialah pagi, barangkali penulis baharu terjaga kepada nyanyian burung-burung itu, maka frasa "aku bangkit untuk terbang" mungkin sesuai. Kata-kata ini dipenuhi dengan aksi yang melebihi hasrat untuk terbang tinggi bersama burung-burung. Ia mengandaikan penulis boleh terbang walaupun mungkin pada semangat dan bukannya pada realiti. Maka inilah hasil penyemakan ketiga:

"Nyanyian pagi burung-burung menggerakkan gunung-gunung di dalam dan aku bangkit untuk terbang."

Dengan sempurnanya penyemakan, maka mari kita bandingkan dua baris puisi yang tersebut:

"Nyanyian dari burung-burung pada waktu pagi membuat aku mahu terbang bersama-samanya."

"Nyanyian pagi burung-burung menggerakkan gunung-gunung di dalam dan aku bangkit untuk terbang."

Baris asal puisi itu berbunyi seperti suatu pernyataan fakta, sedangkan baris kedua yang telah disemak berbunyi lebih seperti suatu pernyataan perasaan.

Barang kali baris terakhir itu juga dapat ditulis semula jika anda (a) menggunakan konsep cantasan ("nyanyian" kepada "nyanyi"), (b) tidak keberatan menggunakan sedikit klise (beburung dan gegunung), dan (c) memperkenalkan inversi pada ungkapan "aku bangkit" demi menegaskan perbuatan "bangkit" itu:

"Nyanyi pagi beburung menggerakkan gegunung di dalam dan bangkit aku untuk terbang."

Dan dengan enjambemen:

"Nyanyi pagi beburung menggerakkan gegunung di dalam dan bangkit aku untuk terbang."

(Diterjemah dan diadaptasi dari artikel "Poetic Metamorphosis: Revising Your Work" oleh Kathy Hoeck, dalam poetry.com).

[Kembali ke Permulaan Lampiran]

[Kembali ke Permulaan Artikel] [Kembali ke Indeks] [Kembali ke Senarai Kandungan] [Kembali ke permulaan "D: Garis Panduan dan Tips"]

 

Lampiran 6. Ayat: Suatu Kursus Asas

Page 73: BAHASA SAPAAN

L6.1 Definisi Ayat Ayat = sekumpulan perkataan yang disusun dengan cara tertentu dan membawa makna yang lengkap.

L6.2 Semua ayat paling mudah yang sempurna (dinamai "ayat dasar") dalam apa-apa bahasa sekalipun dapat dibahagikan kepada dua bahagian: - subjek (S), dan - predikat (P) Maka diperoleh formula yang berikut: Ayat Dasar = S + P dengan S = bahagian yang diterangkan P = bahagian yang menerangkan

L6.3 Komponen Ayat Dari segi hiraki, analisis tentang "ayat" dapat disenaraikan seperti yang berikut: -bermula dengan "kata" (atau "perkataan") -kata membentuk "frasa" -frasa membentuk "klausa" -klausa membentuk "ayat"

L6.3.1 Frasa ialah sekumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Frasa boleh juga dibentuk oleh satu perkataan sahaja. Frasa tidak mempunyai subjek dan predikat. Ada empat jenis frasa, seperti yang berikut: -Frasa nama (FN) -Frasa kerja (FK) -Frasa adjektif (FA) -Fasa sendi nama (FS)

L6.4 Dalam ayat bahasa Melayu, "subjek" dibentuk oleh frasa nama (FN) sementara P dibentuk oleh salah satu daripada yang berikut: (a) Frasa nama (FN) (b) Frasa kerja (FK) (c) Frasa adjektif (FA) (d) Frasa sendi nama (FS) Maka ayat dasar dalam bahasa Melayu mengambil salah satu daripada bentuk yang berikut: (a) FN + FN (b) FN + FK (c) FN + FA (d) FN + FS

L6.5 Bentuk-Bentuk Ayat Ayat dapat mengambil salah satu daripada bentuk yang berikut: (a) Ayat tunggal (mengandungi satu subjek dan satu predikat) Ayat Tunggal = 1S + 1P (b) Ayat majmuk (mengandungi dua atau lebih ayat tunggal yang digabungkan dengan menggunakan kaedah tertentu) Ayat Majmuk = Ayat Tunggal 1 + Ayat Tunggal 2 + ...

L6.6 Ayat-ayat yang membentuk puisi dapat terdiri daripada ayat tunggal atau ayat majmuk. L6.6.1 Contoh ayat tunggal (ayat pertama bagi puisi "Lelaki dengan Tembikai Masak" oleh Irwan Abu Bakar):

Page 74: BAHASA SAPAAN

Dia lelaki.

L6.6.2 Contoh ayat majmuk (ayat pertama bagi puisi "Marah Lelaki" oleh Irwan Abu Bakar):

Dia lelaki sabar yang lama tidak marah tetapi petang itu menghunus pedang (yang selama ini bersemadi di sarungnya dan dilupakannya) kerana kelelakiannya tercabar oleh emosi wanita yang tidak munasabah, yang menelan semua episod sejarah ria bersama.

(Dia lelaki. Dia sabar. Dia lama tidak marah. Petang itu dia menghunus pedang. Pedang itu selama ini bersemadi di sarungnya. Pedang itu selama ini dilupakannya. Kelelakiannya tercabar oleh emosi wanita. Emosi wanita itu tidak munasabah. Emosi wanita itu menelan semua episod sejarah ria bersama.)

L6.6 Baris-baris puisi tidak semestinya terdiri daripada ayat yang sempurna. Kerap kali ayat yang sempurna dipatahkan untuk membentuk sesuatu baris puisi. Teknik penulisan puisi ini dinamai "enjambemen":

ada suara terbit dari bibir bunga yang sempat kutangkap

(dari puisi "Di Kedai Bunga" karya T. Alias Taib).

[Kembali ke Permulaan Lampiran]

[Kembali ke Permulaan Artikel] [Kembali ke Indeks] [Kembali ke Senarai Kandungan] [Kembali ke permulaan "D: Garis Panduan dan Tips"]

 

Lampiran 7. Ulasan Sajak "Menolak Rezeki" Di sini diperturunkan tiga ulasan yang dibuat oleh tiga penulis yang berlainan terhadap sajak "Menolak Rezeki" karya Irwan Abu Bakar (Dewan Sastera, April 2003). Sajak itu disiarkan di sini sebagai rujukan.

Menolak Rezeki

Tong sampah besar sebiji dikunjungi setiap hari mencari rezeki sehari dia cuti terbuang selori rezeki, dimakan api atau bumi pernah di berjumpa sebuah beg plastik berisi wang selaksa milik si cuai yang kaya tapi hingga kini peristiwa ini masih lagi baginya suatu babak mimpi siang hari.

Hari ini dalam kesibukan kerja biasa terjumpa dia bungkusan berisi bayi yang tersengih sumbing melihat matanya.

Page 75: BAHASA SAPAAN

"Ah, yang ini susah nak jual," kuis tangan kirinya lalu ia terusi tugas sehari-hari mengais isi tong mencari rezeki.

7.1 Ulasan Oleh Nakhoda

Prakata Pertama: saya mengucapkan tahniah kerana puisi Prof. Drirwan (penyair) berjudul 'Menolak Rezeki' tersiar di majalah Dewan Sastera, April 03. Kedua: ribuan terima kasih kerana memberikan keizinan kepada saya untuk membuat ulasan secara sederhana. Dan ini suatu penghormatan tertinggi buat saya.

Ulasan Telah saya baca berulangkali puisi 'Menolak Rezeki' ini; 2 kali demi menghayati dan 3 kali untuk memahami. Selepas itu, barulah saya berupaya mendapat semangat untuk memulakan tugasan.

Secara rambang puisi ini menceritakan watak utama seorang 'dia' yang kerjanya saban hari adalah berada di tempat pembuangan sampah. Tidak lain hanya menyelongkar timbunan sampah-sarap; demi mencari benda-benda atau barang-barang buangan yang masih boleh digunapakai, kemudian untuk dijualkan kepada peraih(karung guni). Pernah sekali 'dia' menjumpai sebungkus wang terbungkus dalam beg plastik yang berkemungkinan telah tercicir atau terbuang oleh seseorang(dikenali sebagai 'si cuai yang kaya). Kemudian, seperti hari-hari biasa juga, 'dia' kembali mencari sesuatu benda yang berharga di tempat pembuangan sampah tersebut. Lalu secara tidak senghaja, 'dia' terjumpa seorang bayi(dalam bungkusan dan bayi itu tersenyum kepada 'dia') tetapi tidak diendahkannya. Kerana 'dia' menganggap bayi itu sukar untuk diniagakan(susah untuk dijual). 'Dia' kemudian kembali meneruskan pencarian(rezekinya) tanpa peduli atau menghiraukan hal-hal yang lain.

Puisi ini apabila telah kita hayati dan mengerti setiap susuk mahupun teluk, tidak mungkin kita berasa kekok ataupun teruk. Segala-galanya menjadi mudah dan lurus terarah, kerana penyair ini tidak langsung terkesan menggunakan/menyelitkan sebarang metafora, personifikasi, simile ataupun alusi; kecuali gaya 'Inversi' dan 'Hiperbola' yang mungkin wujud/diwujudkan secara senghaja/tidak senghaja oleh penyair sewaktu garapan dilakukan.

Bukti-bukti kedapatan gaya 'Inversi'(gaya penegasan) adalah melalui petikan-petikan berikut:

1.~Tong sampah besar sebiji.... Kelaziman tatabahasa dibaca-tulis begini; 'Sebiji tong sampah besar....' 2.~sehari dia cuti.... Kelaziman tatabahasa dibaca-tulis begini; 'dia cuti sehari....' 3.~pernah dia berjumpa Kelaziman tatabahasa dibaca-tulis begini; 'dia pernah berjumpa....' 4.~terjumpa dia bungkusan Kelaziman tatabahasa dibaca-tulis begini; 'dia terjumpa bungkusan....'

Page 76: BAHASA SAPAAN

Alasan terjadinya 'kejadian pembalikan kata-kata' ini boleh diterima-pakai kerana penyair menyenangi 'gaya' sedemikian (mungkin juga hasil pengalaman yang lama dan luas) dan memungkinkan juga timbul situasi 'kepuitisan' bahasanya tatakala dibacakan. Keempat-empat situasi penggunaan gaya "Inversi' itu semata-mata mahu menegaskan/menekankan sesuatu babak peristiwa(termasuk menimbulkan suasana dan latarnya) yang telah terjadi dengan mendahulukan beberapa kata-kata seperti; ~Tong / ~sehari / ~pernah / ~terjumpa. Tentu ini menimbulkan implikasi yang lebih realisitik kepada kesan bacaan tentunya.

Manakala gaya perbandingan 'Hiperbola'(gantian perkataan asal kepada lain perkataan-menimbulkan gambaran perbandingan yang berlebih-lebihan daripada biasa) adalah seperti petikan-petikan berikut:

~Tong sampah besar sebiji (dikunjungi).... ~....(terbuang) selori rezeki.... ~"Ah, yang ini susah nak jual,"(kuis).... ~lalu ia terusi tugas sehari-hari (mengais)....

Hasrat penyair menggunakan perkataan-perkataan; ~dikunjungi / ~terbuang / ~kuis / ~mengais itu jelas menggambarkan beliau mahu membuat secara senghaja suatu 'penekanan' untuk menimbulkan kesan kejadian yang berlaku dalam babak tersebut (menguasai perasaan dan pandangan) dan mahu pembaca turut 'merasa' bersama watak 'dia' yang melakukan setiap aksi(kesan 'virtual reality' juga boleh ditakrifkan di sini) lantas menimbulkan kesan 'kejiwaan' yang mendalam (mungkin hingga menimbulkan rasa jijik/mual/kasihan/simpati/dll) kepada diri pembaca. Hasrat penyair yang semamangnya membawa berkat.

Hasil penggunaan kedua-dua gaya (Inversi dan Hiperbola) tadi, penyair telah dengan senghaja memanipulasikan 'langgam bahasa' secara bijak lagi kreatif (dialog bercampur naratif) sehinggakan tidak terasa oleh kita bahawa susunan baris-baris puisi ini sebenarnya menyerupai sebuah puisi prosa yang sederhana panjang dan kalau disusun-aturkan semula akan menjadi sebuah bentuk yang lain (tidak saya bercadang melakukan sebarang perubahan di sini) dan memungkinkan ulasan yang bercorak lain pula. Penyair peka kepada apa yang beliau karangi dan bentuk itulah yang beliau senangi. Saya akur hal ini.

Ulasan II Menyentuh pula soal 'bunyi' iaitu mencari keindahan (seni bunyi) yang berupa 'irama dan rima' yang semacam memberikan 'nafas dan nyawa' kepada 'hayat dan usia' sesebuah karya itu agar sentiasa 'segar dan hidup' setiap kali dibaca. Ternyata puisi 'Menolak Rezeki' ini bernada 'sinis' yang jelas menyangkuti tema 'kemanusiaan' yang mendalam (secara psikologi). Saya menurunkan beberapa petikan rima yang kedapatan pada puisi ini (lebih merupakan 'aksesori' wajib/penting) seperti di bawah:

1.~....sebij(i) dikunjung(i)....hari(i) mencar(i) rezek(i) Pengulangan vokal "i" sebanyak 5 kali 2.~sehar(i)....cut(i)....selor(i) rezek(i)....ap(i) atau bum(i) Pengulangan vokal "i" sebanyak 5 kali 3.~tapi(i)....kin(i)....in(i)....lag(i)....mimp(i)....har(i) Pengulangan vokal "i" sebanyak 6 kali

Page 77: BAHASA SAPAAN

4.~Har(i) in(i).... Pengulangan bunyi vokal "i" sebanyak 2 kali 5.~....beris(i) bay(i).... Pengulangan vokal "i" sebanyak 2 kali 6.~....terus(i) sehari(i)-har(i)....is(i)....rezek(i) Pengulangan vokal "i" sebanyak 5 kali

Memang puisi ini teramat 'mewah' dengan keindahan bunyi-bunyian rima 'asonansinya' dan kemungkinan rasa jemu membaca dan menghayati puisi ini berulang-kali amat tipis (puisi ini tidak tawar dan hambar malahan segar). Penyair, saya anggap telah melalui suatu proses 'pencernaan' termasuk 'pemeraman') yang cukup teliti dan rapi serta yakin dengan penghasilan beliau ini. Siratan rima yang sebegini adalah bagaikan anyaman tikar (pandan atau mengkuang) yang diselang-selikan dengan warna-warni di permukaannya; tentu tampak lebih menarik dan cantik dan terasa selesa pula kalau disinggahi punggung.

Kemudian, saya mencari-cari pula kalau-kalau kedapatan rima 'aliterasi' yang turut mengongsi situasi ini, dan saya terjumpa 'satu'; mungkinkah ini benar atau samar-samar, tapi saya yakin dan membuat petikannya seperti berikut:

~....bungkusan berisi bayi....

Awalan (bu) / (be) / (ba) itu kalau dibaca akan dapat menimbulkan kesan 'kesedapan' pada rongga mulut(bacaan) dan cuping telinga (pendengaran). Adakah ini suatu kebetulan atau sememangnya usaha gigih dan kerja keras telah dilakukan oleh penyair dalam menggali 'teras' yang sememangnya memerlukan keperihatinan yang mendalam. Kelebihan penyair tergambar dari ketelitian beliau memilih dan menyesuaikan 'kata-kata' kepada puisi beliau yang berbentuk begini. Dengan bantuan kreativiti diri yang terbiasa bermain-main dengan gelombang 'bahasa' segalanya memungkinkan menjadi nyata.

Saya juga membuat beberapa petikan rangkaikata yang saya anggap sebagai rasuk dan sendi kepada keseluruhan binaan puisi ini. Juga ia boleh dianggap sebagai menarik dan melambangkan ayat-ayat yang cukup matang dan melambangkan kebijaksanaan penyairnya:

~selori rezeki / ~wang selaksa / ~si cuai yang kaya / ~mimpi siang hari / ~kesibukan kerja biasa / ~tersengih sumbing / ~terusi tugas / ~mengais isi tong

Manakala saya dapati perkataan 'selaksa' digunakan. Mengapa tidak digunakan perkataan yang lain seperti 'seuncang/sebuntil/sekarung/seguni/dll. Mungkin ini lebih tepat mengikut Kamus Dewan-Ke 3 yang menyatakan 'berpuluh-puluh ribu wang' yang saya rasa lebih menepati pilihan tersebut dan sesuai digunapakai.

Sebegitu perkataan 'terusi' saya mencari dalam Kamus Dewan-Ke 3 tetapi gagal menemukan perkataan 'terusi' yang membawa maksud bersesuaian dalam konteks puisi ini. Perkataan 'terusi' yang saya temui adalah membawa maksud 'benda asal daripada tembaga dan berwarna kebiru-biruan. Bagaimanapun, saya rasa/fikir penyair menganggap perkataan 'terusi' pilihan beliau itu membawa maksud 'meneruskan' tugas (terusi tugas).

Page 78: BAHASA SAPAAN

Dimana penyair mahu menyesuaikan bunyi ("i") disepanjang-panjang ayat yang beliau gunakan agar timbul rima bunyi yang setara dan merdu pula jadinya rangkaikata tersebut. Alasan-alasan ini diperbolehkan mengikut situasi tertentu dan kekecualian diberikan. Dan ini memang sewajarnya diperbolehkan dalam kedudukan/kebenaran 'poetic licence'.

Ulasan III Tiba pula kepada sesuatu yang saya anggap sebagai 'hadiah istimewa' kepada para pembaca, iaitu puisi berbentuk naratif ini menghidangkan kita dengan sebuah dialog, yang begitu ketara dan menonjol sekali. Soalnya, kenapa dan untuk apa diwujudkan 'dialog' ini dan apakah kepentingannya dalam puisi yang sebegini? Bolehkah kalau ditiadakan atau bagaimana kalau digantikan pula pengkisahan secara naratif, akan adakah penyesuaiannya?

Mari kita menelusuri semula puisi ini dengan memberikan penumpuan utama kepada keupayaan penghayatan kita (mengikut tahap ilmu masing-masing) dengan lebih peka dan teliti (rangkap demi rangkap-baris demi baris) dan cari jawapannya satu persatu. Lihat perkaitan diantara rangkap satu dengan rangkap dua dengan rangkap tiga; juga setiap baris perkataan itu juga dikaitkan (bagai gerabak keretapi) disusunatur mengikut kepentingan masing-masing dan memudahkan pula pemahaman kita (tidak sekali-kali menglirukan).

Kemudian cuba baca sekali lagi (rangkap pertama dan kedua....dan terus berhenti) dan rasakan apa yang berlaku? Tentunya kita merasakan sesuatu 'kekurangan' atau bagaikan ada yang tidak beres atau ceteranya seolah-olah 'tergantung' bukan? Iya!, kerana puisi ini secara sulit tetapi jelas mempunyai struktur binaan yang menyerupai anyaman 'Cross Stitch' yang kait-mengait antara satu sama lain kemudian terserlahlah keindahan dan kemurniaannya setelah dianyam secara keseluruhan. Sudah tentu puisi ini terbahagi kepada 3 bahagian utama yang terpenting:

1.Rangkap pertama - pembuka cetera (pemula dakian dan isi cetera) 2.Rangkap kedua - klimaks cetera (puncak penceritaan) 3.Rangkap ketiga - anti-klimaks (penurunan menutup penceritaan).

Nah! sudah nyata buktinya, penyair telah membuat 'ikatan-ikatan' sulit tertentu yang dikenali sebagai 'invisible string' yang tidak sekali- kali memungkinkan struktur puisi ini diasing-asing atau dipecah-pecah lagi demi dikompreskan untuk mendapatkan 'penyejatan' selanjutnya. Pasti suatu rombakan yang 'menyukarkan' pencernaan semula akan terjadi kalau perkara tadi berlaku. Dan 'dialog'(di rangkap ketiga) itu memang perlu/wajar/wajib kita baca untuk mendapatkan 'kepuasan' terakhir kepada kesimpulan cetera di rangkap pertama dan kedua. Tetapi 'dialog' itu sendiri diwujudkan oleh penyair bukan semata-mata secara 'tersurat' malah ada makna tertentu yang 'tersirat' juga, yang perlu kita cari makna dan gali maksudnya yang asli.

Dialog yang berbunyi....

"Ah, yang ini susah nak jual,"....

Page 79: BAHASA SAPAAN

Apa yang susah mahu dijual itu? Tentulah cukup menarik perhatian kita adalah perkataan 'yang ini' yang secara harfiahnya dimaksudkan kepada 'bayi' yang dijumpai oleh 'dia' itu. Memang pun (kalau kita) memang tidak kita jual, malah kita ambil dan serahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat(lapur polis dulu) dan tidak kita tergamak untuk melakukan kerja 'berjual-beli manusia' itu(secara normal dan logik akal). Tetapi berlainan pula kepada watak 'dia' yang lebih mementingkan 'perut'nya dan kerjanya biar mudah dan tidak menyusahkan (kemudian hari) dan tidak tergendala, kerana kerja pantas demi tidak mahu segala rezekinya yang lain itu....'dimakan api atau bumi'. Watak 'dia' lebih menyenangi jumpaannya....'sebuah beg plastik berisi wang selaksa' dan tidak sudah-sudah 'dia' terkenang akan peristiwa itu bagai digambarkan...'peristiwa ini masih lagi baginya suatu babak mimpi siang hari'. Jelaslah kepada kita bahawa kuasa 'wang' lebih kuat kesannya keatas manusia jika dibandingkan dengan 'seorang bayi' yang belum tentu lagi mendatangkan keuntungan secara material, terutama kepada watak 'dia' ini.

Terfikir oleh kita betapa bodoh, dungu, baghalnya watak 'dia' ini atau mungkin kita menuduh pula 'dia' sebagai manusia yang zalim, tidak berperikemanusiaan, mementingkan kebendaan dan ternyata 'dia' itu telah 'Menolak Rezeki'(judul tepat bagi puisi ini). Dan kalau kita, belainan pula 'sequel' cetera puisi ini. Tetapi itulah, kesan yang sememangnya ingin ditimbulkan secara senghaja oleh penyair; semoga terpercik rasa kemanusiaan dan ehsan dari dalam lubuk jiwa kita, apabila kita membaca keseluruhan puisi ini dengan jiwa dan akal yang terkawal secara normal. Kalau kesan 'rasa' itu cukup kuat, maka itu petanda kita masih berjiwa manusia dan kita msih beriman dengan Tuhan.

Apakah 'moral cetera' puisi ini atau mungkinkah ada terselit sekelumit apa yang digelarkan 'flasafah hidup' yang diterapkan oleh penyair secara bijaksana di dalam siratan perkataan-perkataan yang mempunyai kesan perasaan yang tersendiri? Itu saya rasa ada kewajarannya dicari jawapannya oleh para pembaca sendiri (sebagai suatu latihan minda). Agar dapat kita elakkan budaya 'spoon feeding' atau lebih wajar kalau belajar menghadapi kesukaran 'mencari jarum dalam jerami padi'.

Kesimpulan Mungkin ada para pengulas dan pengkritik (yang bertauliah) di luar sana atau di komuniti ini tentunya; sdr Has1mah, Zainallasim, Abdullatip atau Gravesdigger dan lain-lainnya yang mempunyai sesuatu 'penemuan' atau 'pandangan' lain yang mahu dikongsisama dijadikan 'ilmu tambahan' maka saya cukup mengalu-alukan.

Kepada penyair (Prof Drirwan) memang saya cukup memahami corak dan gaya garapan, kerana kedudukan penyair sebagai seorang ilmuwan (juga wibawa pengalaman-pengalaman belaiau) itu telah memberikan jaminan bahawa puisi ini dapat dipertanggungjawabkan sepenuhnya dari sebarang sudut; ekstrinsik mahupun intrinsiknya. Kalau pun ada 'ruang lompang' yang kurang atau kekhilafan ditemui, anggaplah saya masih 'mentah' dan masih dalam peringkat pembelajaran meningkatkan tahap ilmu diri. Bagai ada perumpamaan menyebut, "kalau daging yang kita makan, tulangnya pun memadai kita sedekahkan kepada jiran"....maaf!

Page 80: BAHASA SAPAAN

Pemarkahan: 5*****

7.2 Ulasan Oleh Abdul Latip

Saya belum dapat memiliki majalah Dewan Sastera April 2003 tapi saya ingin mengucapkan tahniah kepada drirwan kerana puisi berjudul “Menolak Rezeki” hasil karya beliau tersiar di majalah tersebut.

Mungkin ramai yang telah membaca ulasan oleh sdr nakhoda pada sajak tersebut di komuniti ini dan saya rasa ulasan itu amat menarik kerana itu bukanlah maksud saya hendak menyainginya. Cuma apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah terdapat kelainan pada tafsiran makna disebalik apa yang tersurat dari yang tersirat.

E.D HIRSCH mengatakan bahawa makna karya ialah makna penghasilnya. Pembaca memperoleh signifikan karya setelah akal fikiran melakukan kerja mentafsirkannya.

A BAKAR HAMID pula mengatakan bahawa seseorang pengulas atau pengkritik mentafsirkan karya “saudaranya” dengan apa yang ada dalam karya. Oleh itu pernah berlaku penyair atau sasterawan mengagumi tafsiran yang dibuat oleh pengkritik atau pengulas kerana makna yang dikemukakan tidak terfikir oleh penyair ketika karya itu dihasilkan. Dalam keadaan ini pengulas atau pengkritik sebenarnya melakukan dua kerja serentak iaitu mengeluarkan makna yang ada dalam karya dan juga memberikan makna kepada karya tersebut.

Kali pertama membaca puisi “Menolak Rezeki” dari ulasan Nakhoda, saya nampak hanya yang lahir sahaja. Tetapi setelah membacanya berulang-kali barulah kita dapat merasakan ada sesuatu “kelainan” kerana itulah saya ingin berkongsi pendapat.

Dalam puisi “ Menolak Rezeki” ada tiga perlambangan yang perlu kita fikirkan maknanya; pertama “Tong Sampah Besar Sebiji” kedua “Dia” pencari rezeki dan ketiga “Bayi Yang Tersengeh Sumbing”

Secara zahirnya puisi ini mengisahkan seorang pengutip sampah (dia) mencari rezeki dengan menyelongkar barang-barang terbuang yang terdapat dalam tong sampah. Kerja seperti ini biasa kita lihat dimana-mana, cuma kebiasaanya orang kurang siuman sahaja yang menyelongkar tong sampah tetapi orang yang agak waras lebih suka mencari rezeki di tempat pembuangan sampah. (tempat terbuka)

Saban hari “dia pencari rezeki” akan menyelongkar tong sampah untuk mencari sesuatu yang boleh dijual. Walaupun kerja itu agak menjijikkan namun tidak menyalahi undang-undang dan tidak siapa boleh menghalang. Kabarnya ada yang bernasib baik mendapat barang berharga yang dibuang oleh orang kaya yang cuai. Tetapi “dia” dikatakan menolak rezeki kerana tidak menghiraukan bayi yang dijumpainya dalam tong sampah kerana menganggap bayi itu “susah nak dijual.”

Maka disinilah timbulnya istilah menolak rezeki kerana kalau bayi itu dibawa pulang ke rumah, dibuat lapuran polis dan dibuat permohonan sebagai anak angkat, atau dijual kepada mereka yang memerlukan maka akan timbuil pula istilah “mendapat rezeki.”. . Persoalannya, kalau tin buruk, botol kosong, besi buruk dan surat kabar lama boleh dijual oleh pengutip sampah, kenapa tidak dengan bayi?. Kecuali kalau bayi itu sudah

Page 81: BAHASA SAPAAN

mati, tetapi bayi dalam puisi ini masih hidup kerana tersengeh sumbing semasa dijumpai. Maka di sinilah kita berpendapat ada makna yang tersurat di sebalik yang tersirat.

Cuba kita perhatikan kata-kata dipermulaan puisi tersebut;

Tong sampah besar sebiji dikunjungi setiap hari mencari rezeki

Makna “Tong sampah besar sebiji” itu bukanlah tong sampah dalam arti kata yang sebenar kerana kalau tong sampah sebenar, ayatnya “Sebiji Tong Sampah Yang Besar”. Tetapi bila disebut “Tong Sampah Besar Sebiji” boleh membawa maksud sebuah parti politik yang berpengaruh di negara kita. (maaf kerana saya tak sebut nama)

Mungkin ada yang mengatakan itu sekadar permainan kata-kata penyair, tapi bagi saya ayat itu boleh diartikan sebagai ada makna disebaliknya. Mungkin juga nanti drirwan akan kata maksud sebenarnya memang ‘Tong Sampah’ dan puisi ini tidak ada kaitan dengan politik. Tetapi sebagai pembaca yang ingin memahami makna disebalik kata-kata itu tidak salah kan kalau saya mentafsirkannya begitu. Mungkin juga nanti akan ada yang menuduh saya sengaja mempolitikkan sajak “ Menolak Rezeki”. Walau apapun saya akan terima kerana itulah perspektif saya dalam usaha mencari kelainannya.

Pencari rezeki (dia) yang dimaksudkan dalam puisi ini pula ialah seorang ahli politik yang berjuang hanya untuk kepentingan diri sendiri. Manakala bayi yang dijumpai itu ialah anak bangsa sendiri yang naif terbiar mengharapkan pembelaan namun tidak dipedulikan kerana sang politik sentiasa sebuk dan lebih mengutamakan kepentingan sendiri.

Seperti mana yang kita maklum, sekarang ini ramai yang masuk politik dengan berbagai tujuan atau matlamat. Ada yang menceburkan diri di gelanggang politik untuk mendapatkan kuasa dan harta. Ada pula masuk politik kerana marahkan seseorang atau membela “heronya” yang dirasakan dizalimi. Malah ada juga yang menjadikan agama sebagai cara untuk meraih sokongan. Tetapi di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, perkara ini jarang berlaku. Ahli politik berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Contohnya, ketika orang-orang Melayu tidak mempunyai tanah maka dibuka tanah rancangan FELDA, FELCRA dan sebagainya. Ketika orang-orang Melayu tidak mendapat pendidikan tinggi maka di wujudkan Universiti-Universiti dan anak-anak Melayu diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Ketika orang-orang Melayu lemah di bidang ekonomi maka di wujudkan DASAR EKONOMI BARU, ditubuhkan MARA dan sebagainya..

Tetapi apabila masa berubah maka perjuangan politik juga turut berubah. Kalau dulu mereka berjuang semata-mata untuk bangsa, agama dan tanah air tetapi sekarang ada diantara mereka hanya memperjuangkan nasib sendiri. Ibarat pengutip sampah seperti yang digambarkan dalam puisi itu, lebih mementingkan duit dari nyawa seorang bayi.. Jika pengutip sampah menjadian tong sampah sebagai sumber rezekinya maka ahli politik menjadikan partinya sebagai landasan untuk mengubah taraf hidupnya. Namun kita akui tidak semua ahli politik begitu kerana masih ada yang ikhlas berjuang demi untuk bangsa agama dan tanah air. Ahli politik seperti itu akan disanjung semasa hidupnya dan akan dikenang budinya setelah kematiannya. .

Page 82: BAHASA SAPAAN

Sehari dia cuti terbuang selori rezeki, dimakan api atau bumi

Bagi ahli politik yang tamakkan harta dan kuasa, tidak ada istilah cuti dalam kerjayanya. Dia sanggup bekerja siang dan malam. Setiap saat baginya amat berharga dan tidak mahu rezeki terlepas ke tangan orang lain ketika dia bercuti. Yang dimaksudkan dengan dimakan api atau bumi itu ialah dia takut rezekinya akan dirampas oleh pihak lawan atau saingannya dalam parti semasa dia bercuti. Atau boleh juga dikatakan, kalau dia melepaskan peluang nescaya orang lain akan merebutnya.

pernah dia berjumpa sebuah beg plastik berisi wang selaksa milik si cuai yang kaya

Mengikut apa yang tertulis ialah “ berjumpa” bukan “terjumpa”. Ayat berjumpa dengan terjumpa ada kelainan maknanya. Dalam puisi tersebut, dia (pencari rezeki) berjumpa sebuah “beg plastik berisi wang”. Ini bermakna beg plastik berisi wang itu bukanlah beg plastik dalam arti kata yang sebenarnya. Ia boleh diistilahkan sebagai “orang kaya” yang dijumpainya setelah mendapat tempat dalam parti. Dia tertarik berjuang dalam politik bila melihat kawan-kawannya menjadi kaya raya setelah aktiv dalam politik kerana mendapat “tongkat” dari mereka yang berkuasa. Dia juga berharap akan beroleh laba seperti kawannya..

tapi hingga kini peristiwa ini masih lagi baginya suatu babak mimpi siang hari.

Namun impian itu hanya tinggal impian ibarat mimpi di siang hari kerana harapannya untuk mendapat yang bulat datang menggolek atau yang pipih datang melayang, masih belum menjadi kenyataan. Namun dia masih tidak putus ada dan terus berusaha.

Hari ini dalam kesibukan kerja biasa terjumpa dia bungkusan berisi bayi yang tersengih sumbing melihat matanya.

Politikus yang berjuang hanya untuk kepentingan diri sendiri sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan yang pastinya mendatangkan “laba”. Dia lupa diri dan mabuk dengan kuasa dan kekayaannya. Akibatnya dia tidak menghiraukan nasib anak bangsanya yang mengharaapkan bantuan dan pembelaan. Paling malang bila ada rakyat marhain yang ingin meminta pertolongan dianggap hanya membuang masa dan tidak membawa keuntungan kepada dirinya.

Terjumpa dia bungkusan berisi bayi yang tersengeh sumbing

Dalam ayat ini perkataan yang digunakan ialah “Terjumpa” berbanding dipermulaan tadi “Berjumpa”. Bungkusan berisi bayi yang tersengeh sumbing itu boleh membawa makna, anak bangsanya yang terbuang, terbiar, tidak dipedulikan. “Dia” dimaklumkan perkara itu namun hatinya merasa meluat melihat muka anak bangsanya yang serba kekurangan.

Page 83: BAHASA SAPAAN

Pada kebiasaannya, wajah seorang bayi amat menawan. Mukanya jernih matanya bercahaya tanpa sedikit pun dosa. Tetapi apa yang dilihat oleh pencari sampah itu ialah muka bayi yang “Tersengeh Sumbing” menyakitkan mata memandang.

Kalau diibaratkan seorang pemimpin atau ahli politik, dia pasti merasa belas kasihan jika melihat anak bangsanya dalam keadaan lemah, miskin, mundur dan tidak berilmu pengetahuan. Sepatutnya dia membela anak bangsanya, bukan mencaci dan menghina ….opss.

"Ah, yang ini susah nak jual," kuis tangan kirinya lalu ia terusi tugas sehari-hari mengais isi tong mencari rezeki.

Di sinilah letaknya keindahan puisi ini. Sesuai dengan tajuknya “Menolak Rezeki”, rezeki yang berharga itu hanya dikuisnya degan tangan kiri. Tangan kiri mempunyai perlambangan tertentu kerana tugasnya juga hanya untuk yang tertentu pula. Sebab itulah dikatakan kurang sopan kalau bersalam atau mengambil barang pemberian menggunakan tangan kiri.

Kalau seorang pemimpin mengambil berat nasib anak bangsanya, maka keuntungannya bukan sahaja oleh anak bangsanya tetapi juga terhadap dirinya juga kerana dia akan terus disanjung sehingga ke akhir hayat. Sebaliknya jika dia hanya asyik mementingkan perut sendiri akhirnya dia akan ditolak.. Maka di sini letaknya kewajaran istilah “Menolak Rezeki”.

Persoalannya, adakah wajar parti politik yang pernah berjasa suatu ketika dulu kini hanya diibaratkan sebagai “Tong Sampah?”. Adakah wajar semua ahli politik dianggap seperti pengutip sampah di tong sampah?.

Walaupun begitu saya harap ulasan ini tidak menyinggung mana-mana pihak terutama keluarga ahli politik. Anggaaplah ini cuma tanggapan seorang pembaca setelah meneliti puisi karya Drirwan yang berjudul “ “Menolak Rezeki”. .

Saya tidak akan menyentuh seni bunyi (pengulangan vokal), Inversi dan Hiperbola kerana telah disentuh dengan jelas oleh saudara nakhoda dalam ulasannya. Saya rasa dia lebih arif lagi dalam hal ini.

Kesimpulan

Puisi “Menolak Rezeki” memang menarik untuk diperkatakan dan tafsirannya terpulang kepada kita sendiri. Mungkin benarlah seperti kata tokoh saterawan tanah air kita yang mengatakan “ kekadang makna yang dikemukakan oleh pengulas tidak terfikir ketika karya berkenaan dihasilkan.” Akhir kata yang baik itu datangnya dari Allah SWT tapi yang silap itu daripada diri saya sendiri. Wassalam.

Pemarkahan: 5 *****

7.3 Ulasan Oleh Gravesdigger (Hata Ghazali)

SAJAK ini menggambarkan pemerhatian seorang pengkritik sosial yang hebat . Sememangnya seorang ahli sains biologi mempunyai taraf pemerhatian yang jitu. Sesungguhnya seorang jurutera sentiasa mempunyai citarasa rekacipta / rekabentuk yang mengkagumkan (saudara mshukrinasiar mesti setuju dengan pernyataan ini).

Page 84: BAHASA SAPAAN

Perlambangan tong sampah adalah satu perlambangan yang jijik dan meloyakan tekak dan biasanya dengan pemandangan yang amat menyakitkan mata .

Pandangan “visual” sangat penting untuk melihat keindahan sajak ini. TONG SAMPAH BESAR itu mewakili sebuah komplek pelacuran , kawasan pelacuran ataupun komplek perjudian ataupun untuk nilai “ universal “ atau “world view” nya mungkin seluruh penghuni dunia ini dan isi-isinya sekarang yang banyak yang bobrok kucar-kacir dan berkiblatkan harta-benda ( kalau di Kuala Lumpur semua orang tahu dimana terletaknya kawasan “ sampah “ tersebut ) . Tong sampah yang besar itu mengumpulkan pelbagai jenis kelas masyarakat. Ada yang menjadi pelacur = sampah ; ada yang menjadi penagih dadah = sampah ; ada yang menjadi gangster = sampah ; penipu = sampah ; pemeras ugut = sampah ; pondan / bapok / bohjan / bohsia untuk mencari kepuasan seks = sampah; penjudi = sampah masyarakat dan pelbagai lapisan sampah lagi golongan masyarakat sampah.

Ada golongan yang kononnya tinggi tarafnya dalam masyarakat mengunjungi kawasan ini kononnya untuk membuang / membersihkan sampah atau terus lekat menjadi sebahagian sampah. Kalau seseorang yang berjawatan tinggi dalam masyarakat kerap mengunjungi tempat yang memang terkenal dengan sampah itu , maka kesimpulan mudah dapat dibuat iaitu untuk membeli dadah atau di situ ada sumber rezekinya yang lain – memperolehi rezeki melalui duit lendir atau lain-lain kegiatan haram.

Mungkin tafsiran sampah mesti dihalusi lagi. Sampah bagi “A” , mungkin barang berharga bagi ” B” ; sampah bagi “C” mungkin sebuah syurga bagi “D”. Sukar juga hendak memberi tafsiran yang tepat untuk makna sampah ini.

Sajak ini terdedah kepada tafsiran makro dan mikro. Saya tumpukan kepada tafsiran mikro untuk mengeluarkan maknanya mengikut perspektif saya.

Asal usul insan dalam sajak ini adalah seorang pelacur “ High Class “ . Ini di gambarkan oleh bait-bait berikut : Pernah dia berjumpa sebuah beg plastik berisi wang selaksa milik si cuai yang kaya tapi hingga kini peristiwa ini masih lagi baginya suatu babak mimpi siang hari.

Tapi mungkin dia seorang yang bodoh , maka beliau tidak mengambil peluang mengikis harta si kaya tersebut dan apabila madunya / manisnya hilang dan sudah basi , beliau telah menjadi insan terbuang ke kawasan pelacuran bertaraf rendah yang terpaksa melakukan pekerjaan jijik tersebut kerana apabila cuti atau berehat maka banyak wang akan terlepas begitu saja. Melacur sajalah sumber rezekinya. Dimakan api atau bumi mungkin perlambangan masa atau waktu( mungkin waktu datang kotor / sakit tak mampu melacur ).

Sebagai makhluk sosial , maka pelacur juga mempunyai kawan yang senasib dengan mereka. Mungkin ada di antara mereka telah melahirkan anak haram hasil kegiatan mereka yang mencari rezeki secara haram tersebut. Anak bermakna rezeki tambah-tambah lagi kalau comel dan cantik tapi kawannya melahirkan anak haram yang sumbing , maka siapakah yang sudi mengambil bayi itu sebagai anak angkat ? Apakah nasib bayi ( rezeki ) tersebut mungkin dapat dibayangkan oleh para pembaca sendiri. Nasib baik di tinggalkan di surau , di gereja , di tokong atau mana-mana tempat dan dibela oleh manusia yang budiman. Jika tidak nasib bayi tersebut akan berada dalam TONG SAMPAH YANG SEBENAR.

Page 85: BAHASA SAPAAN

Seandainya bayi itu sempurna dan comel , pengulas pasti itu memang menjadi rezeki kerana bayi itu pasti akan dijual kepada pihak tertentu untuk memperolehi wang yang banyak tapi sayang insan tersebut terpaksa “ menolak rezeki “ kerana cacat dan tidak berharga di pasaran. Kalau bayi itu hasil dari perkahwinan yang sah , tiada manusia yang tergamak menolak rezeki tersebut walaupun cacat , buta , sumbing , bisu , lahir tidak cukup bulan ,pekak , down sindrom , hidung kemek dan sebagainya.

Kesimpulannya : Puisi membawa tema kehidupan / pengalaman peribadi dan juga universal. Sifat puisi khasnya dan kesusasteraan amnya adalah begitu peribadi dan universal. Sesebuah puisi akan dianggap berjaya jika masalah peribadi dan universal itu dijalin dengan teknik bahasa yang berseni ( Panel Hakim – Lelaki Dan Sebilah Pedang Tajam – Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000)

Itulah makna – MENOLAK REZEKI tersebut. Mungkin sajak ini akan termasuk dalam senarai pendek dan ada harapan menang Hadiah Utama Sastera Perdana Malaysia. Insya-Allah.

Markah : 4.9

[Kembali ke Permulaan Lampiran]

[Kembali ke Permulaan Artikel] [Kembali ke Indeks] [Kembali ke Senarai Kandungan] [Kembali ke permulaan "D: Garis Panduan dan Tips"]

 

TAMAT

wab/05102002.  

 Utama | Alkitab | Referensi | Publikasi | Komunitas | Pendidikan

 

 PUBLIKASI

Utama > Publikasi > e-Penulis > Motivasi untuk Menulis

Page 86: BAHASA SAPAAN

  Edisi Terbaru Edisi 9Teknis Penulisan Renungan

  Arsip Total 9 edisi (2004- 2005)

  Cari

  Keanggotaan Milis BerlanggananBerhentiGanti alamat email

  Tampilan cetak   edisi berikut

e-Penulis edisi 1 (26-10-2004)

Motivasi untuk Menulis<><=============================><>*<><============================><> ><><>< e-Penulis ><><>< (Menulis untuk Melayani) Edisi 001/Nopember/2004<><================================================================><> MOTIVASI UNTUK MENULIS<><=============================><>*<><============================><>=#= DAFTAR ISI =#= * Dari Redaksi : Salam Kenal * Artikel : Motivasi untuk Menulis * Kesaksian : Menulis Menyelamatkan Hidup Saya * Pojok Bahasa : Penggunaan Huruf Kapital * Info dari "Christian Writer´s Club"<><=============================><>*<><============================><>=#= DARI REDAKSI =#=

Salam Perkenalan!

Puji syukur kepada Tuhan Yesus, oleh karena pertolongan-Nya, maka publikasi elektronik "e-Penulis" ini bisa terbit untuk memperlengkapi orang-orang Kristen yang gemar menulis.

Kerinduan untuk menerbitkan Publikasi e-Penulis ini berawal dari keyakinan bahwa setiap orang sebenarnya memiliki kemampuan untuk menulis. Namun, banyak yang tidak tahu bagaimana menulis dengan baik atau bagaimana membuat tulisannya menjadi berkat bagi orang lain sehingga memuliakan nama Tuhan. Oleh sebab itu, visi publikasi e-Penulis ini adalah untuk membuka wawasan para penulis Kristen, baik pemula atau yang sudah senior, untuk dapat mengenal pelayanan literatur Kristen dengan lebih baik. Selain itu, melalui wadah ini diharapkan mereka juga dapat melatih ketrampilannya di bidang tulis- menulis.

Kiranya kerinduan kami ini mendapat sambutan yang hangat

Page 87: BAHASA SAPAAN

dari masyarakat Kristen Indonesia. Karena itu, kami mengajak semua orang yang tertarik dalam bidang tulis-menulis untuk bergabung bersama dalam Milis Publikasi "e-Penulis". Mari kita saling berbagi ilmu dan pengalaman dan mengasah ketrampilan menulis kita untuk kemuliaan nama Tuhan.

Sebagai persembahan perdana, Redaksi e-Penulis telah menyiapkan artikel yang akan menolong pembaca mengetahui apa yang seharusnya menjadi daya pendorong dalam menulis. Ketika seseorang bertanya kepada Anda, "Mengapa Menulis?", apa jawaban Anda? Kami harap, artikel yang disajikan di sini dapat menjadi perenungan bagi Anda yang sedang bergumul dengan pertanyaan tersebut.

Kami juga ingin mengajak Anda untuk membaca kesaksian Caryn Mirriam Goldberg, Ph.D. tentang pengalamannya, bagaimana ia terjun dalam dunia penulisan. Sajian kami yang lain adalah Pojok Bahasa yang secara praktis mengulas tentang pemakaian huruf kapital sesuai dengan aturan EYD.

Nah, selamat bergabung dengan Milis Publikasi "e-Penulis". Kiranya Tuhan akan terus memperjelas panggilan Anda untuk menulis, sehingga dapat menjadi berkat yang akan memuliakan nama-Nya.

Tuhan memberkati!

Tim Redaksi

[Kami mohon maaf, oleh karena masalah teknis, maka Publikasi e-Penulis Edisi Perdana baru bisa diterbitkan pada awal Nopember 2004. Terima kasih atas perhatian dan pengertian Saudara.]

<><=============================><>*<><============================><>=#= ARTIKEL =#=

Page 88: BAHASA SAPAAN

MOTIVASI UNTUK MENULIS ======================

Kata "motivasi" sering digunakan orang tanpa mengetahui arti yang sebenarnya. Padahal, kata ini sangat berkaitan dengan penulisan. Oleh karena itu, coba kita perhatikan apakah arti kata motivasi menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI). Menurut kamus ini, "Motivasi adalah dorongan yang timbul pada diri seseorang sadar atau tidak sadar untuk melakukan suatu tindakan dengan tujuan tertentu; atau usaha-usaha yang dapat menyebabkan seseorang atau kelompok orang tertentu tergerak melakukan sesuatu karena ingin mencapai tujuan yang dikehendakinya atau mendapat kepuasan dengan perbuatannya."

Pengertian yang diberikan dalam kamus ini cukup memadai untuk mendukung pembicaraan dalam tulisan ini. Banyak orang menulis karena dorongan sesuatu yang kurang jelas baginya, yang secara sadar atau tidak sadar, merekam dorongan hatinya dalam bentuk tulisan. Dorongan yang kuat dan tidak terbendung itu adalah modal utama bagi seorang penulis yang ingin berhasil untuk menuangkan buah pikirannya. Tanpa dorongan itu, hasilnya kurang memuaskan. Tetapi bila dorongan yang kuat itu diwujudkan untuk mengejar kepuasan batiniah, dilahirkan dalam bentuk yang diinginkan, maka kepuasan yang tiada taranya akan diperoleh.

Dorongan itu diperoleh mungkin secara tiba-tiba, mungkin pula secara kebetulan karena terlibat dalam percakapan atau ketika membaca sebuah buku, atau mendengarkan sebuah kabar yang menarik. Ada sesuatu yang mendesak-desak dalam dadanya yang hendak dicetuskan, suatu kobaran yang tidak terbendung. Dan seorang penulis yang sudah "jadi" akan memanfaatkan kesempatan ini untuk melahirkan karyanya.

Page 89: BAHASA SAPAAN

Tidaklah mengherankan apabila ia dapat menuliskan karyanya dalam tempo yang relatif "singkat". Dadanya serasa sesak dan tangannya bergerak dengan lincah di atas mesin ketik. Segalanya terasa berjalan dengan mudah dan lancar, hanya karena adanya suatu motivasi yang kuat di dalam dirinya.

Jika motivasinya bersifat religius, maka "Injil" yang dianggap ´Kabar Baik´ itu akan mendesaknya untuk memberitakan-Nya kepada orang lain yang belum pernah mendengar. Ia tidak akan pernah dapat tidur nyenyak sebelum ia mencurahkan kabar baik itu dari dalam hati dan pikirannya. Ia akan menuliskan pesan yang mengetuk hatinya, dalam bentuk artikel. Suatu rasa puas yang luar biasa akan dirasakannya setelah melihat tulisan atau artikel itu muncul dalam majalah. Di sini ada sesuatu yang mendorongnya, dorongan untuk menuliskan kabar Injil, sesuatu berita baik yang mendatangkan kebahagiaan kepada orang lain.

Tetapi ada juga orang yang terdorong menulis sebuah artikel karena uang. Pengharapan yang diletakkannya di depan ialah uang, setiap kali ia menyelesaikan bagian demi bagian dari tulisannya, ia mengharapkan tulisannya segera selesai, karena tidak lama lagi ia akan mendapatkan uang sebagai imbalannya. Maka pikirannya dipenuhi dengan uang. Pada umumnya, dorongan seperti ini tidak mendatangkan hasil yang memuaskan. Ia cenderung menulis dengan cepat hanya sekedar untuk memperoleh imbalan. Berbeda dengan dorongan "Injil" yang dikatakan di atas, yang membuat orang meletakkan pengharapan di depan, kepuasan batin karena orang lain akan memperoleh berita keselamatan. Kita tahu bahwa uang memang penting, tetapi uang bukan tujuan utama. Uang adalah imbalan yang menyusul kemudian. Yang

Page 90: BAHASA SAPAAN

diutamakan ialah penyampaian ide dan sesuatu yang amat berharga bagi sesama.

David E. Hensley menyebutkan empat kata yang penting untuk diingat dan diperhatikan oleh seorang penulis atau calon penulis. Keempat kata itu adalah sikap, perspektif, disiplin, dan visi. Keempat kata itu sangat erat kaitannya dengan motivasi dalam penulisan. Berikut ini saya akan menjabarkan pemikiran yang disampaikannya itu.

1. Sikap -------- Seorang penulis ataupun pemula harus memiliki keyakinan atas kerja ataupun karya yang digarapnya. Ia harus memiliki suatu sikap tertentu yang jelas dan unik. Ibarat fisik penulis itu sendiri, ia bisa saja memiliki organ yang serupa dengan organ tubuh orang lain, tetapi yang jelas, ia berbeda dari siapa pun. Ia tidak akan pernah sama dengan orang lain. Tuhan telah menciptakan manusia dalam wujud yang unik. Ia tidak sama dengan orang lain, dan orang lain tidak sama dengan dia. Ia merupakan suatu unikum. Setiap individu adalah unik, memiliki ciri kepribadian sendiri; dan karena itu, memiliki sikap hidup yang jelas dan berbeda dari corak yang dimiliki orang lain.

Di dalam berkarya pun ia harus bersikap demikian. Ia memiliki sikap hidup yang telah terbentuk. Sebagai orang Kristen, ia memiliki sikap hidup yang tidak dapat ditawar-tawar. Sikap hidup yang unik inilah yang melahirkan karya yang unik pula, karya yang memiliki corak yang Kristiani.

Ia dapat melakukan sesuatu yang mungkin tidak dapat dilakukan orang lain, tentu dengan caranya sendiri. Karena hal ini telah menjadi bagian dari hidupnya, maka sadar atau tidak sadar,

Page 91: BAHASA SAPAAN

sikapnya akan tampak dalam karya-karyanya. Keyakinannya memberi warna pada karyanya, suatu unikum yang tidak dimiliki orang lain. Barangkali, sikap ini memberi warna yang dominan bagi karya-karyanya, karena apa yang dihayatinya, itulah yang diungkapkannya. Karya yang unik dan mandiri itu senantiasa menunjukkan kesegarannya. Ia memiliki nafas yang menghidupi setiap gerak-geriknya. Orang yang membacanya akan hanyut di dalam sajiannya! Para editor pada umumnya menginginkan naskah yang demikian.

2. Perspektif ------------- Seorang penulis pemula harus memiliki stamina. Ia harus menjadi pembaca yang baik, yang sanggup merendahkan hati untuk berguru kepada orang lain, lingkungan, dan pengetahuan. Ia memiliki pandangan yang jauh ke depan. Ibarat sebatang pohon, ia tidak tumbuh dalam satu malam saja lantas berbuah. Pohon itu tumbuh dari benih, mengalami proses pertumbuhan alami, melalui deraan hujan dan terik matahari. Mungkin juga tiupan badai akan mengukuhkan akarnya sehingga menukik ke dalam tanah untuk mempertahankan pertumbuhannya. Tahun demi tahun tantangan itu dihadapi, sampai akhirnya dahan- dahannya mengeluarkan buah. Tidak semua buahnya matang dengan sempurna, sebagian mungkin gugur sebelum waktunya, sebagian lagi dimakan burung, serangga, ulat, atau dijolok oleh anak-anak. Yang hanya sisa sebagian saja, itulah yang mendatangkan kebahagiaan bagi pemiliknya yang berusaha keras memeliharanya!

Penulis pemula tidak memandang naskah-naskah yang dikembalikan redaksi sebagai suatu penolakan terhadap dirinya. Redaksi atau editor naskah, editor artikel, dan sebagainya, menolak sebuah naskah yang terdiri dari beberapa halaman yang ada di atas

Page 92: BAHASA SAPAAN

mejanya. Ia tidak pernah berpikir untuk menolak penulisnya! Surat ataupun kartu penolakan adalah sesuatu yang lumrah, apalagi bagi penulis pemula. Ada yang menganggapnya sebagai tangga untuk meraih sukses.

Abraham Lincoln meraih tangga sukses melalui kegagalan yang bertubi- tubi. Untuk menjadi senator saja, ia harus berjuang mati-matian, dikalahkan berulang-ulang, sampai akhirnya ia menjadi presiden Amerika Serikat!

Kartu penolakan naskah adalah jenjang pertama menuju sukses! Orang lain mengatakan bahwa kegagalan adalah langkah praktis menuju sukses. Atau ada pula yang mengatakan bahwa kegagalan itu bagaikan tonjolan-tonjolan batu di bukit karang terjal, tanpa tonjolan batu itu, pendaki tidak mungkin dapat mendakinya. Bukankah banyak dari antara penulis yang menerima hadiah Nobel semula menerima kartu penolakan dan pengembalian naskah? Seandainya artikel Anda dikembalikan, anggaplah bahwa editornya memiliki naskah yang cukup di mejanya mengenai bidang itu. Oleh karena itu, garaplah bidang yang lain yang mungkin belum ditulis orang atau belum banyak di dalam persediaan editor. Kadang-kadang, ada juga editor yang sedang kebingungan, lalu ia menolak naskah apa saja yang datang ke mejanya pada hari ia dongkol itu! Penolakan kecil adalah bagian dari proses perkembangan. Tetaplah memiliki tekad yang membara. Jangan berharap memperoleh imbalan yang cepat pada awal karier. Penulis, pada awal karier penulisannya, menulis hampir sepuluh tahun di pelbagai media massa tanpa memperoleh imbalan satu sen pun. Setiap kali honorarium diminta, selalu tidak mendapat jawaban dari redaksinya. Entah mengapa, penulis tidak tahu. Padahal media massa itu bukanlah milik

Page 93: BAHASA SAPAAN

sebuah perusahaan. Namun, sikap mereka tetap satu: membisu setiap kali honorarium diminta! Setelah tahun kesebelas, penulis baru mendapat imbalan. Imbalan itu datang dengan sendirinya, setelah merasa bahwa menulis bukanlah untuk memperoleh uang. Entah mengapa, situasi itu bagaikan koor saja! Editor dan staf redaksi adalah manusia juga. Stamina memang diperlukan.

3. Disiplin ----------- Seorang penulis sejak mengangkat penanya, berkenalan dengan teknik dan disiplin. Ia memegang pena, atau menekan tuts mesin ketik. Semua alat itu sudah didisiplinkan dan dimekaniskan. Pelakunya harus mengenal disiplin yang berkaitan dengan benda itu. Apalagi penulis sudah menuliskan kalimat. Maka ia pun berkenalan dengan disiplin lain, konvensi dan lambang-lambang huruf. Ia mulai "mempermainkan" huruf dalam batas-batas pengertian. Ia memberi makna kepada huruf. Ia harus mengetahui aturan, struktur kalimat, dan bentuk-bentuk yang berkaitan dengan itu. Apa yang terkandung dalam benaknya diungkapkan melalui alat yang memiliki disiplin itu!

Penulis yang baik, sejak awal menggoreskan penanya sudah harus menyiapkan diri dengan disiplin penulisan. Ia harus menjadi pembaca yang setia dan mengenal tanda-tanda baca. Orang yang menghadiri pertemuan-pertemuan, seminar-seminar penulisan, dan penataran- penataran, jika tidak mempraktikkannya tidak akan memperoleh manfaat daripadanya. Orang yang menghadiri pertemuan seperti itu cenderung menganggap dirinya penulis atau pengarang, namun tidak pernah menulis. Hal yang demikian adalah lamunan kosong belaka.

Orang yang tidak mengenal disiplin tidak akan memperoleh imbalan sama sekali! Langkah-langkah yang ditempuhnya tidak akan beraturan

Page 94: BAHASA SAPAAN

dan hasilnya pun tidak akan memuaskan.

4. Visi ------- Seorang penulis Kristen harus memiliki visi, yaitu suatu kemampuan untuk memandang jauh ke depan dengan mengetahui apa yang sudah terjadi. Ini menyangkut daya nalar dan daya khayal. Raja Salomo pernah berkata, "Jika tidak ada wahyu, menjadi liarlah rakyat" (Amsal 29:18).

Menulis bagi seorang Kristen berarti memiliki misi tertentu yang membentuk visinya. Bobot tulisannya diresapi oleh tujuan misi tersebut. Berangkat dari situlah, ia mengembangkan kemampuannya untuk mencapai target yang paling luhur: menyampaikan berita keselamatan.

Orang yang memiliki visi akan mempunyai pengharapan. Orang yang memiliki pengharapan akan memiliki tujuan, dan orang yang memiliki tujuan yang luhur akan memandang jauh ke depan kepada sebuah cita- cita yang tinggi, memuliakan Tuhan dan meluhurkan jiwa manusia di dunia yang fana ini.

Karena ada visi, maka manusia memiliki kreativitas. Manusia yang kreatif akan senantiasa mencari kebaruan yang membahagiakan manusia.

Bahan dikutip dari sumber: Judul Buku : Bagaimana Menjadi Penulis Artikel Kristiani yang Sukses Judul Artikel: Motivasi untuk Menulis Penulis : Drs. Wilson Nadeak Penerbit : Yayasan Kalam Hidup, Bandung, 1989 Halaman : 16 - 23

<><=============================><>*<><============================><>=#= KESAKSIAN =#=

Mengapa menulis? Apakah menulis memberikan manfaat?

Page 95: BAHASA SAPAAN

Kesaksian dari Caryn Mirriam Goldberg, Ph.D. berikut ini membantu kita untuk melihat bagaimana menulis bisa menjadi pusat hidupnya. Dikatakannya bahwa menulis menyelamatkan hidupnya, ..... apakah juga mungkin dapat menyelamatkan hidup Anda?? Selamat membaca!

MENULIS MENYELAMATKAN HIDUP SAYA ================================

"Saya berusia empat belas tahun sewaktu duduk di tangga beton di depan apartemen sahabat karib saya yang segera akan menjadi mantan sahabat saya. Kami baru saja bertengkar hebat. Lomba berteriak ini akan mengakhiri persahabatan pertama saya, dan sampai saat itu, itulah satu-satunya persahabatan dalam hidup saya. Di rumah, kedua orangtua saya menghadapi perceraian terburuk abad ini, (begitulah pikir saya) telah membuat batas dengan membagi dua rumah kami, dan saya tidak yakin harus berada di sisi mana. Saya pikir, hidup saya hancur, dan saya tidak tahu harus berbuat apa."

"Maka saya pun mulai menulis."

Puisi pertama saya, tidak mengherankan, yaitu tentang bagaimana seseorang dapat berubah menjadi sangat kejam. Begitu pula dengan puisi saya yang kedua dan yang ketiga. Namun, dalam proses memegang pena dan menuntunnya maju mundur di atas setiap baris, saya mulai merasakan adanya suatu harapan. Saya mulai merasa ketakutan saya berkurang, tidak terlalu merasa sendiri. Saya menyukai perasaan ini, maka saya pun terus menulis.

Selama dua puluh lima tahun terakhir, saya terus menulis -- kadang- kadang cepat dan tidak rapi, kadang selambat lalu lintas yang macet. Kini, saya punya rak-rak yang dipenuhi catatan harian, dan laci-laci yang dipenuhi puisi, esai, cerita, dan surat-surat. Menulis telah

Page 96: BAHASA SAPAAN

menjadi pusat hidup saya melebihi segala yang saya ketahui tentang diri saya sendiri dan dunia, bagaikan debar jantung di seluruh tubuh, membawa saya berulang-ulang pada kekosongan halaman dan kebutuhan untuk mengisinya. Menulis telah menyelamatkan hidup saya.

Saya percaya, dengan menuangkan pikiran, puisi, dan cerita kadang berjam-jam setiap harinya, mencegah saya terlalu banyak berpikir untuk bunuh diri di saat-saat sulit dan sedih. Sebagai seorang remaja, saya bertanya-tanya, apakah saya layak hidup, dan menulis membantu saya memahami luka hati saya. Saat menulis, saya dapat mengumpulkan ketakutan dan emosi saya yang meluap-luap di atas kertas, menciptakan semacam cermin. Cermin ini menunjukkan mengapa saya merasa seperti yang saya rasakan, di mana saya sebelumnya berada, di mana saya pernah berada, dan bahkan ke mana saya mungkin pergi selanjutnya.

Saya adalah salah satu siswa yang menerima catatan dalam rapor, "Dapat meraih prestasi lebih baik, seandainya lebih berkonsentrasi dan tidak terlalu banyak melamun." Meskipun saya tidak pernah belajar berkonsentrasi tanpa melamun, namun menulis membantu saya untuk berkonsentrasi dengan menunjukkan kepada saya mengenai cara melamun yang lebih baik -- dan di atas kertas. Cerita-cerita dan puisi-puisi saya menunjukkan bahwa saya benar-benar dapat memercayai diri sendiri dan mimpi-mimpi saya. Menulis juga membantu saya dalam memahami banyak mata pelajaran di sekolah, memungkinkan saya menyuarakan perasaan saya, tentang apa yang saya pelajari dalam pelajaran filsafat, sejarah, dan lainnya.

Dalam kehidupan keluarga, menulis menunjukkan saya, sekilas, bahwa saya baik-baik saja. Saya banyak menulis tentang keluarga

Page 97: BAHASA SAPAAN

saya, bagaimana mereka berperilaku dan bagaimana saya menanggapinya. Sering saya tidak mengetahui apa yang sesungguhnya saya rasakan sampai saya mulai menulis. Kata-kata yang saya coretkan mencegah saya untuk merasa tidak berdaya, mencegah saya menutup diri dari dunia. Menulis, ketika itu dan sekarang, membantu saya merasakan- kadang-kadang sakit, sering kebingungan, selalu bimbang, dan sekali- sekali benar-benar gembira.

Menulis membuka hati saya, dan dalam prosesnya, saya mulai menemukan diri saya sendiri.

Menulis juga menyelamatkan hidup saya dalam hal ... kesempatan untuk terus menulis. Ia memberi saya cara membuat sesuatu yang terasa kreatif dan hidup -- sesuatu dengan daging dan tulang dan darah yang mungkin hidup dengan sendirinya, seperti monster Dr. Frankenstein. Yang terpenting, menulis membawa saya pulang. Saat mengisi catatan harian, saya merasa hidup ini berarti. Saya merasa menjadi bagian dari halaman-halaman kertas itu dan merasa diterima di sana. Tak seorang pun dapat merebut perasaan ini dari saya.

Bahan dikutip dari sumber: Judul Buku : Daripada Bete Nulis Aja Judul Artikel : Menulis Menyelamatkan Hidup Saya Penulis : Caryn Mirriam-Golberg, Ph.D. Penerbit : Kaifa Halaman : 17 - 18

<><=============================><>*<><============================><>=#= POJOK BAHASA =#=

PENGGUNAAN HURUF KAPITAL ========================

Huruf kapital (huruf besar) dipakai sebagai huruf pertama dalam: 1. Petikan langsung. Contoh: Andi berkata, "Lihat Bu, apa yang telah saya buat di

Page 98: BAHASA SAPAAN

sekolah." 2. Dalam ungkapan yang berhubungan dengan nama Tuhan dan kitab suci, termasuk kata ganti untuk Tuhan. Contoh: - Sejauh mana Anda sudah mengenal Alkitab? - Ia mengasihi umat-Nya sedemikian rupa, sehingga Ia rela mengorbankan nyawa-Nya untuk mereka. 3. Nama gelar kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang. Contoh: Rasul Paulus, Nabi Musa, Raden Ajeng Kartini dan sebagainya. 4. Unsur nama jabatan dan pangkat yang diikuti nama orang atau yang dipakai sebagai pengganti nama orang tertentu, nama instansi, atau nama tempat. Contoh: Presiden Megawati, Wakil Presiden Hamzah Haz, Sekretaris Jendral Pertanian, Gubernur Irian Jaya, dan sebagainya. 5. Nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa. Contoh: bangsa Indonesia, suku Jawa, bahasa Inggris, dan sebagainya. 6. Nama hari, bulan, tahun, hari raya, dan peristiwa sejarah. Contoh: hari Senin, bulan Agustus, tahun Hijriah, hari Natal, Perang Padri, dan sebagainya. 7. Nama geografi. Contoh: Asia Tenggara, Bukit Barisan, Jalan Diponegoro, dan sebagainya. 8. Semua unsur nama negara, lembaga pemerintah dan ketatanegaraan, badan, serta nama dokumen resmi. Contoh: Republik Indonesia, Majelis Permusyawaratan Rakyat, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. 9. Setiap unsur bentuk ulang sempurna yang terdapat pada nama badan, lembaga pemerintah dan ketatanegaraan, serta dokumen resmi. Contoh: Perserikatan Bangsa-Bangsa, Yayasan Ilmu-Ilmu Sosial, Undang-Undang Dasar Republik Indonesia, dan sebagainya. 10. Semua kata (termasuk semua unsur kata ulang sempurna) di dalam nama buku, majalah, surat kabar, dan judul karangan

Page 99: BAHASA SAPAAN

kecuali kata di, ke, dari, dan, yang, untuk yang tidak terletak pada posisi awal. Contoh: Ia telah menyelesaikan Asas-Asas Hukum Perdata. 11. Unsur singkatan nama gelar, pangkat, dan sapaan. Contoh: Dr. (doktor), S.S. (sarjana sastra), Prof. (profesor), dan sebagainya. 12. Kata penunjuk hubungan kekerabatan seperti ´bapak, ibu, saudara, adik, dan paman yang dipakai dalam penyapaan dan pengacuan. Contoh: - Surat Saudara sudah saya terima. - Besok Paman akan datang. 13. Kata ganti Anda. Contoh: Jangan menaruh barang-barang Anda di meja ini.

Bahan diedit dari sumber: Judul Buku : Berbahasa Indonesia dengan Benar Penulis : Dendy Sugono Penerbit : Puspaswara, Jakarta, 1994 Halaman : 236 - 241

<><=============================><>*<><============================><>=#= INFO DARI "CHRISTIAN WRITER´S CLUB" =#=

Bersamaan dengan terbitnya Publikasi Elektronik e-Penulis, Yayasan Lembaga SABDA (YLSA) juga menyediakan wadah dimana diharapkan dapat terbentuk komunitas bagi para penulis Kristen. Dalam wadah ini para anggota yang tergabung dapat saling berbagi visi, pengalaman dan pengetahuan. Wadah ini adalah sebuah situs yang diberi nama "Christian Writer´s Club", di alamat:

==> http://www.ylsa.org/cwc/

Bagi Anda yang telah menjadi anggota Milis e-Penulis, mari berkunjung ke "Christian Writers´ Club" untuk saling berkenalan dan saling menyapa. Kami juga akan senang sekali memuat kiriman Anda yang berupa kesaksian, khususnya tentang pengalaman Anda dalam mengembangkan talenta tulis-menulis. Nah, selamat berjumpa di CWC!

Page 100: BAHASA SAPAAN

<><=============================><>*<><============================><>Staf Redaksi: Tessa, Krist, Dhono, dan PujiBerlangganan: Kirim e-mail kosong ke: subscribe-i-kan-penulis(at)xc.orgBerhenti : Kirim e-mail kosong ke: unsubscribe-i-kan-penulis(at)xc.orgKirim bahan : Kirim e-mail ke <staf-penulis(at)sabda.org>Arsip e-Penulis: http://www.sabda.org/publikasi/e-penulis/<><=============================><>*<><============================><> Isi dan bahan adalah tanggung jawab Yayasan Lembaga SABDA. Didistribusikan melalui sistem network I-KAN. Copyright(c) e-Penulis 2004 YLSA -- http://www.sabda.org/ylsa/<><=============================><>*<><============================><>

  Tampilan cetak   edisi berikut

   Tentang Kami | Kontak Kami | Buku Tamu | Gratis | Situs YLSA | Lowongan Pelayanan

© 1999-2002 Yayasan Lembaga SABDA