30
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan 6 1 KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN DAN EUFEMISME DALAM KOMUNIKASI Nafisah Abd Hamid Sekolah Rendah Qifa [email protected] Abstrak Dalam masyarakat Melayu, unsur kesantunan semasa berkomunikasi amat dipentingkan. Budaya dan agama Islam merupakan antara pengaruh yang menjadikan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang mementingkan nilai kesantunan bahasa. Disebabkan ini, masyarakat Melayu mengamalkan pertuturan yang lemah lembut dan bersopan santun supaya tidak dianggap biadab atau tidak berbudi bahasa. Oleh yang demikian, kesantunan bahasa dapat mencerminkan tamadun sesebuah bangsa. Namun demikian, pada zaman yang serba canggih dan moden ini, kesantunan bahasa terutama sekali dalam kalangan pelajar semakin terhakis oleh kerana pengaruh-pengaruh asing yang meresap masuk ke dalam budaya masyarakat Melayu. Pelajar semakin bersikap liberal dan kurang mengamalkan kesantunan berbahasa semasa berkomunikasi. Mereka kurang peka terhadap penggunaan sistem sapaan yang sesuai digunakan semasa berkomunikasi serta kata-kata eufemisme yang boleh digunakan untuk menggantikan kata-kata tabu yang dianggap kurang santun. Oleh yang demikian, nilai kesantunan bahasa harus dipupuk dalam diri murid agar nilai murni masyarakat Melayu ini tidak hilang dek ditelan zaman. Dalam bahan pengajaran di sekolah, unsur kesantunan bahasa terpelihara dengan penggunaan kata-kata yang santun dan sesuai digunakan oleh murid. Oleh itu, bahan-bahan pengajaran boleh dijadikan wadah oleh guru untuk mendidik murid berkomunikasi secara santun di samping menyampaikan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Kata Kunci: Kesantunan Bahasa, Sistem Sapaan, Eufemisme, Komunikasi

KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

6

1 KESANTUNAN BAHASA – PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN DAN

EUFEMISME DALAM KOMUNIKASI

Nafisah Abd Hamid Sekolah Rendah Qifa

[email protected]

Abstrak

Dalam masyarakat Melayu, unsur kesantunan semasa berkomunikasi amat

dipentingkan. Budaya dan agama Islam merupakan antara pengaruh yang

menjadikan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang mementingkan nilai

kesantunan bahasa. Disebabkan ini, masyarakat Melayu mengamalkan pertuturan

yang lemah lembut dan bersopan santun supaya tidak dianggap biadab atau tidak

berbudi bahasa. Oleh yang demikian, kesantunan bahasa dapat mencerminkan

tamadun sesebuah bangsa. Namun demikian, pada zaman yang serba canggih dan

moden ini, kesantunan bahasa terutama sekali dalam kalangan pelajar semakin

terhakis oleh kerana pengaruh-pengaruh asing yang meresap masuk ke dalam

budaya masyarakat Melayu. Pelajar semakin bersikap liberal dan kurang

mengamalkan kesantunan berbahasa semasa berkomunikasi. Mereka kurang peka

terhadap penggunaan sistem sapaan yang sesuai digunakan semasa berkomunikasi

serta kata-kata eufemisme yang boleh digunakan untuk menggantikan kata-kata

tabu yang dianggap kurang santun. Oleh yang demikian, nilai kesantunan bahasa

harus dipupuk dalam diri murid agar nilai murni masyarakat Melayu ini tidak hilang

dek ditelan zaman. Dalam bahan pengajaran di sekolah, unsur kesantunan bahasa

terpelihara dengan penggunaan kata-kata yang santun dan sesuai digunakan oleh

murid. Oleh itu, bahan-bahan pengajaran boleh dijadikan wadah oleh guru untuk

mendidik murid berkomunikasi secara santun di samping menyampaikan nilai-nilai

murni dalam diri mereka.

Kata Kunci: Kesantunan Bahasa, Sistem Sapaan, Eufemisme, Komunikasi

Page 2: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

7

Pengenalan

Kesantunan termaktub dalam ciri kemanusiaan yang mementingkan ketinggian

moral, jati diri dan pembentukan akhlak. Terdapat banyak ragam mengikut konteks

negara, bangsa, falsafah dan agama membentuk pelaksanaan yang mencerminkan

pemikiran dan praktis budaya tinggi. Ragam ini menyumbang kepada peradaban

dan identiti sesebuah tamadun. Apabila manusia yang berbangsa Melayu

berinteraksi, sudah pasti terdapat kod-kod sosial, nilai dan norma. Perkara ini

menggambarkan kesantunan Melayu dalam segala aspek kehidupan dan

menggarap keseluruhan entiti kemelayuan termasuk kosmologi, penampilan dan

daya pemikiran. Maka itu, kesantunan bukan sesuatu yang boleh diambil ringan oleh

sesiapa sekalipun yang ingin mendalami dan menghuraikan kompleksiti yang sedia

ada sebelum mendalami kajian-kajian berkaitan seni, masyarakat dan budaya orang

Melayu.

Namun, dalam zaman yang moden dan canggih ini, pelbagai pengaruh telah

meresap dalam kehidupan masyarakat Melayu kita. Pengaruh-pengaruh ini ada

yang bersifat positif dan tidak kurang juga yang negatif. Dan tidaklah berlebihan

sekiranya dikatakan unsur budaya masyarakat Melayu semakin terhakis dek

pengaruh-pengaruh negatif yang mengaburi pandangan masyarakat kita. Salah satu

budaya yang kelihatan semakin hilang dalam masyarakat kita kini ialah budaya

kesantunan.

Masyarakat Melayu memang sudah dikenali sebagai satu masyarakat yang

mempunyai nilai kesantunan yang amat tinggi. Nilai ini telah diturunkan semenjak

zaman nenek moyang kita. Namun, amat menyedihkan apabila nilai ini semakin

kurang diamalkan lagi pada zaman ini. Oleh yang demikian, sebelum budaya ini

terus hilang, masyarakat haruslah mengambil langkah agar nilai kesantunan dalam

masyarakat Melayu akan terus terpelihara.

Pernyataan Masalah

Dalam kehidupan seharian, kita digalakkan bertutur secara bersantun apabila

berbahasa dan berbicara. Perkara ini sangat penting untuk dipraktikkan kerana

membentuk sebahagian daripada nilai dan norma masyarakat. Di samping itu juga,

Page 3: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

8

apabila kita santun dalam berbahasa, kehalusan budi bahasa dan kesopanan jelas

terpancar pada diri penuturnya.

Kebelakangan ini, terdapat fenomena kontemporari dan trend yang

memperlihatkan kesantunan ketika berbahasa tidak diamalkan sepenuhnya dalam

kalangan masyarakat hari ini. Perkara ini lebih membimbangkan apabila golongan

muda mudah terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif yang boleh membawa

kepada keruntuhan akhlak mereka. Oleh itu, masyarakat dilihat semakin kekurangan

nilai kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Tiada lagi sikap menjaga hati dan

perasaan orang semasa berinteraksi. Malah jika dilihat dengan lebih dekat lagi

penggunaan bahasa kasar dan kesat dianggap bukan lagi menjadi suatu

perlanggaran terhadap adat dan budaya masyarakat Melayu.

Budi bahasa dan kesopanan semasa kita berinteraksi menunjukkan

keperibadian kita yang sebenarnya. Oleh itu, kepentingan kesantunan semasa

berkomunikasi sudah tentu melibatkan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa

yang dimaksudkan di sini ialah penggunaan bahasa yang baik dan dianggap sopan.

Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan sahaja

malahan juga melibatkan gerak tubuh individu dan unsur perlambangan.

Dalam erti kata lain, kesantunan dapat dibahagikan dalam dua pembahagian,

iaitu kesantunan verbal ataupun non-verbal. Kesantunan verbal merujuk kepada

penggunaan bahasa yang baik, beradab ataupun intonasi sopan yang secara tidak

langsung memberikan penghormatan kepada teman bicara. Kesantunan non-verbal

pula merujuk kepada tingkah laku yang tidak menggunakan bahasa untuk

berkomunikasi tetapi melihat pergerakan badan dan mimik muka.

Selain itu, kesantunan atau politeness, dikaitkan dengan sifat budi pekerti

atau budi bahasa. Penggunaan bahasa yang santun dapat menonjolkan

keperibadian yang mulia melalui kesopanan dan adab. Perkara ini menunjukkan

penghormatan penutur kepada penerima. Kesantunan bahasa seseorang itu boleh

dilihat dari segi tingkah laku dan penggunaan bahasanya. Bahasa yang digunakan

bukan hanya menentukan corak budaya tetapi juga menentukan cara dan pola fikir

penuturnya (Sapir-Whorf,1921). Oleh yang demikian, bahasa turut mempengaruhi

perilaku penuturnya. Ibrahim Ahmad (2012) pula menetapkan bahawa kesantunan

bahasa mempunyai dua ciri, iaitu penggunaan bahasa halus dan penggunaan kata

Page 4: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

9

ganti nama, bentuk sapaan, dan gelaran. Bahasa halus mencakup bahasa diraja

atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa Arab dan ungkapan

bertatasusila.

Kesantunan bahasa ini meliputi amalan berbudi bahasa, sopan santun, lemah

lembut dan memiliki segala ciri yang baik dan murni serta dapat menimbulkan

keramahan dan kemesraan. Antara aspek bahasa yang perlu diberikan perhatian

semasa bertutur dalam mana-mana situasi ialah penggunaan ganti nama, sistem

sapaan dan panggilan serta pemilihan perkataan yang betul, tepat, dan tidak

menyinggung perasaan pendengar.

Maka itu, seseorang yang berinteraksi menggunakan bahasa yang halus dan

sopan dikatakan tinggi budi bahasanya, manakala seseorang yang menuturkan

kata-kata yang kasar dan kurang sopan dikatakan biadab atau kurang ajar. Menurut

Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan

dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau

tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan

mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang sopan

mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau

perasaan, seperti ibarat kata pepatah pujangga:

“Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.”

Tujuan Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

1. mengenal pasti unsur-unsur kesantunan berbahasa dalam buku teks

Rakyat Budiman darjah 1;

2. menganalisis unsur kesantunan berbahasa yang terdapat dalam buku teks

dari aspek penggunaan kata ganti nama diri; dan

3. menganalisis unsur kesantunan berbahasa yang terdapat dalam buku teks

dari aspek pemilihan kata.

Page 5: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

10

Kajian Literatur

Santun ditakrifkan sebagai halus yakni tingkah laku berbudi bahasa ataupun

mempunyai adab dan sopan yang tinggi. Kesantunan dalam skop yang lebih luas

bermakna sifat dan sikap kehalusan berbudi bahasa dan budi pekerti. Brown dan

Levinson (1978) pula mentakrifkan kesantunan sebagai konsep menjaga air muka

yang harus dijaga dengan baik. Konsep ini dibahagikan kepada dua, iaitu

kesantunan positif dan kesantunan negatif.

Kesantunan positif menurut Brown dan Levinson (1978), merupakan

keinginan seseorang untuk disukai, dikagumi dan tidak gemar dihiraukan.

Kesantunan positif lazimnya dikaitkan apabila penutur dan pendengar mempunyai

hubungan yang rapat seperti sahabat ataupun adik-beradik. Kesantunan positif ini

akan melibatkan bahasa yang sopan agar tidak berkonflik antara satu sama lain.

Oleh itu, ayat-ayat yang terangkum dalam kesantunan positif termasuklah ayat-ayat

puji-memuji, keharmonian, sokong-menyokong dan juga motivasi. Dalam erti kata

lain, kesantunan positif sering dikaitkan dengan self-esteem ataupun harga diri

seseorang.

Kesantunan negatif pula merupakan keinginan seseorang yang cekap yang

mengharapkan tingkah lakunya tidak menghalang orang lain dan mempunyai

keinginan untuk menuntut hak peribadi mahupun teritori. Hubungan kesantunan

negatif berbeza dengan positif kerana penutur dan pendengar lazimnya tidak

mempunyai hubungan yang rapat. Oleh sebab hakikat ini, komunikasi antara

penutur dan pendengar akan menjadi canggung atau awkward. Kesantunan negatif

seolah-olah mempunyai keinginan untuk kekal berautonomi semasa berkomunikasi.

Dengan kata lain, kesantunan negatif sering dikaitkan dengan kebebasan hak

seseorang untuk bertutur mahupun bertindak. Kedua-dua kesantunan negatif dan

positif ini menurut Brown dan Levinson (1978), merupakan keinginan yang asas

dalam interaksi sosial. Oleh itu, kerjasama antara penutur dan pendengar untuk

menjaga air muka masing-masing akan berlaku dalam sesebuah komunikasi.

Robert Sibarani (1999) berpendapat bahawa kesantunan ialah tatacara, adat

atau kebiasaan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat beradab untuk memelihara

hubungan baik sesama manusia. Menurutnya, kesantunan merupakan aturan

perilaku yang ditetapkan dan disepakati oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga

Page 6: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

11

sekaligus menjadi syarat yang dipersetujui dalam perilaku sosial. Beliau

membahagikan kesantunan kepada tiga jenis perlakuan iaitu, kesantunan perbuatan,

kesantunan berpakaian dan juga kesantunan bahasa.

Kesantunan perbuatan merupakan perilaku yang perlu dilakukan pada waktu

menerima tetamu yang bertandang ke rumah, tatacara duduk dalam kalangan

golongan tertentu, gerak dan sikap semasa berbicara, perlakuan ketika berada di

tempat umum, budaya beratur dan etika makan atau minum. Kesantunan

berpakaian menurut beliau pula harus selaras mengikut keadaan dan suasana.

Pakaian haruslah sopan di khalayak umum dan kelihatan rapi dan sesuai mengikut

keadaan. Sebagai contoh, memakai baju kurung ke tempat kematian atau kenduri

dan bukanlah skirt ataupun t-shirt. Kesantunan bahasa pula merujuk kepada ragam

bahasa, waktu dan keadaan pertuturan berlaku, kenyaringan suara dan juga waktu

untuk senyap dan tidak berbicara.

Robin Lakoff (1973) menulis mengenai logik dalam kesantunan. Beliau

seorang profesor linguistik di Universiti California dan beliau menemukan tiga prinsip

kesantunan ataupun politeness principles iaitu ‘Don’t Impose, Give option, Make

your receiver feel good’. Dengan kata lain, prinsip yang pertama ialah jangan

memaksa, kedua ialah beri pilihan atau cadangan dan akhir sekali ialah pastikan

pendengar berasa tidak tersinggung. Ketiga-tiga prinsip ini mendasari konsep

kesantunan yang dilakarkan oleh Robin Lakoff.

Kajian tentang kesantunan juga dilakukan oleh pengkaji di rantau ini untuk

memperincikan konsep kesantunan. Za’ba (1950) telah menulis nilai dalam kelakuan

dan etika Melayu di dalam jurnal Malayan Branch. Za’ba mengeluarkan konsep

kesantunan percakapan dalam pengawalan suara. Menurut beliau, seseorang itu

tidak boleh menjerit ataupun meninggikan suara, bercakap terlalu banyak ataupun

memuji diri sendiri. Seseorang itu akan dianggap tidak mempunyai kesantunan jika

dia menjerit ataupun bertutur dengan berlebihan.

Selain Za’ba, terdapat pelbagai kajian tentang kesantunan yang dilakukan

oleh pengkaji di rantau ini. Antaranya ialah Jamaliah Ali (1995) yang mengkaji

konsep air muka yang mempengaruhi ciri bahasa verbal. Beliau mendapati bahawa

setiap manusia mempunyai keinginan untuk menjaga air muka untuk mengekalkan

Page 7: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

12

keharmonian dan perhubungan. Jika seseorang itu berada dalam keadaan malu,

keadaan ini akan mempengaruhi bahasa verbal dalam pertuturan itu.

Suraiya Mohd Ali (1998) mengkaji kesantunan masyarakat Jepun. Beliau

meneliti kesantunan orang Jepun semasa beliau berada di Jepun. Antaranya adalah

kesantunan dari aspek perlakuan. Orang Jepun ketika bertutur sering

membongkokkan badan ataupun menundukkan kepala tanda hormat dan merendah

diri. Mereka juga menghargai kesenyapan. Oleh itu, orang Jepun jarang bertutur

berlebih-lebihan. Demi menghormati ruang peribadi orang lain, orang Jepun tidak

menjawab panggilan telefon bimbitnya ketika berada di dalam kereta api.

Demikianlah kajian dapatan Suraiya Mohd Ali mengenai kesantunan masyarakat

Jepun.

Norhashimah Haji Jalaluddin (1994) dalam tesis kedoktorannya yang berjudul

Bahasa Jual Beli dalam Perniagaan Runcit memberikan tumpuan terhadap

implikatur dan ganti nama diri yang dianalisis mengikut kerangka pragmatik dan

semantik. Menurut pengkaji, implikatur mempunyai dua fungsi iaitu sebagai

kemahiran berbahasa orang Melayu dan juga strategi kesantunan dalam perbualan.

Strategi ini digunakan untuk menyampaikan mesej dengan cara yang teratur dan

meyakinkan. Kaedah ini juga merupakan suatu kaedah yang telah digunakan oleh

penutur dan pendengar untuk memastikan tujuan mereka tercapai. Pengkaji

mendapati bahawa suasana jual beli berjalan lancar dan berada dalam suasana

harmoni. Dapatan ini berkait rapat dengan pandangan Asmah Hj. Omar (1986) yang

mengatakan bahawa orang Melayu mempunyai strategi berbahasa yang secara

tidak langsung menyampaikan hasrat mereka.

Khadijah Ibrahim (1993) menerusi tesis M.A. yang berjudul Politeness in

Malay directives telah mengkaji kesantunan dengan menggunakan teori Brown &

Leech. Pengkaji mendapati bahawa masyarakat Melayu mengutamakan konsep air

muka dalam menjaga keharmonian hubungan. Seperti masyarakat Cina, orang

Melayu didapati mengutamakan Strategi Kesantunan Positif dalam pertuturan

mereka. Pengkaji juga mendapati bahawa masyarakat Melayu suka berkongsi

perasaan dengan orang lain dan oleh itu amat prihatin terhadap kebajikan orang lain

ketika bercakap.

Page 8: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

13

Secara kesimpulan, kesantunan sebenarnya telah lama wujud dan dididik

kepada masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Pada waktu itu, pusat-pusat tamadun

Melayu telah menghasilkan banyak ulama, pemikir, pujangga dan karya-karya dalam

bentuk prosa mahupun puisi. Hasil karya-karya para ulama, pemikir dan pujangga

mengetengahkan kesantunan dan adab bangsa yang santun. Sebagai contoh, karya

Raja Ali Haji, Gurindam 12, mempunyai muatan yang padat mengenai nasihat,

kesantunan bahasa, adab bangsa dan panduan hidup yang sopan.

Kesantunan bahasa mencerminkan tamadun sesebuah bangsa. Bahasa

Melayu merupakan bahasa yang telah lama wujud sejak dua alaf yang lalu. Bahasa

Melayu sebenarnya adalah bahasa yang mencerminkan kehalusan budi dan adab

masyarakat Melayu. Tambahan pula, kedatangan agama Islam di Tanah Melayu

telah membangkitkan tamadun yang berteraskan tauhid dan aqidah Islam. Ajaran-

ajaran Islam yang mengajarkan kesopanan berbahasa telah sedikit sebanyak

membentuk budaya dan pemikiran masyarakat Melayu zaman itu sehinggalah ke

hari ini.

Kaedah Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kaedah. Kajian kepustakaan merupakan

langkah pertama yang dilakukan kerana merupakan asas kepada pendedahan

aspek-aspek yang ingin dikaji. Kajian secara kepustakaan ini dilaksanakan bagi

mendapatkan data-data untuk dianalisis. Kaedah kepustakaan juga dibuat untuk

tujuan pemilihan teori-teori yang dianggap sesuai untuk kajian ini. Melalui kaedah

kajian kepustakaan ini, pengkaji sentiasa memperbaharui dan mempertingkatkan

pengetahuannya dalam bidang-bidang tertentu melalui pembacaan yang dilakukan.

Banyak buku dan bahan disertasi yang terdapat di Perpustakaan Za’ba,

Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu

serta Perpustakaan Awam Singapura (NLB) digunakan untuk membantu pengkaji

dalam kajian ini. Hasil bahan kajian dianalisis menggunakan kaedah kualitatif dan

kuantitatif.

Dapatan Kajian dan Perbincangan: Kata Ganti Nama Diri

Budaya hormat-menghormati antara satu sama lain merupakan satu budaya yang

masih kekal khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu yang memang dipupuk

Page 9: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

14

sejak dari kecil lagi. Budaya ini memang sudah sebati dalam jiwa masyarakat

Melayu sehingga diperlihatkan dalam setiap komunikasi. Dalam masyarakat Melayu,

kesantunan dapat dilihat melalui interaksi seseorang dengan orang yang lain

semasa berkomunikasi. Budaya dan agama Islam merupakan antara pengaruh yang

menjadikan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang mementingkan

kesantunan dalam kehidupan seharian mereka. Disebabkan ini, masyarakat Melayu

mengamalkan pertuturan yang lemah lembut dan bersopan santun supaya tidak

dianggap biadab atau tidak berbudi bahasa. Salah satu aspek kesantunan

berbahasa dalam bahasa Melayu ialah sistem sapaan.

Menurut Awang Sariyan (2007)1, sistem sapaan ialah kaedah yang digunakan

oleh sesuatu masyarakat atau bangsa semasa menyapa seseorang sama ada

dalam konteks yang rasmi mahupun yang bukan rasmi. Dalam masyarakat Melayu,

sistem sapaan memainkan peranan sebagai penghubung langsung antara pihak

yang menyapa dengan pihak yang disapa. Bentuk sapaan yang berbeza menjadi

unsur wacana yang penting dalam berbagai-bagai komunikasi manusia dan harus

digunakan dengan sesuai berdasarkan budaya sesuatu masyarakat atau oleh pihak

yang diberi wibawa menentukannya.

Menurut Amat Juhari Moain dalam bukunya Sistem Panggilan dalam Bahasa

Melayu (1989), sistem sapaan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga yang

utama iaitu:

1. Susunan kata-kata yang digunakan semasa membuat sapaan danpanggilan (yang terbahagi kepada dua, iaitu: (a) sapaan yang lengkapdengan kata rujukan kehormat, gelaran dan/atau pangkat yang disandangdan nama peribadi yang lengkap dan (b) sapaan ringkas yang menyebutnama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama peribadi);

2. Sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang paling kananhingga peringkat yang di bawahnya; dan

3. Penggunaan kata ganti nama diri.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis bahagian penggunaan kata

ganti nama diri dalam sistem sapaan bahasa Melayu.

1 Awang Sariyan (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 10: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

15

Aspek Kesantunan dalam Kata Ganti Nama Diri

Menurut Nik Safiah, et al. (1996) dan Asmah Hj. Omar (1986), kata ganti nama ialah

perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas atau nama am ataupun kata

yang berdiri di tempat kata nama. Menurut Nik Safiah Karim di dalam bukunya,

Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu (1990), kata ganti nama

digunakan silih berganti berdasarkan beberapa faktor. Beliau menjelaskan bahawa

penggunaan kata ganti nama bergantung pada taraf sosial, darjah rapatnya

hubungan, suasana persekitaran dan judul yang diperkatakan. Hal ini juga

dinyatakan oleh Brown dan Gilman (1960) yang berpendapat bahawa status sosial

dan tahap kemesraan akan menentukan kata ganti nama yang digunakan. Bagi

Brown dan Gilman, status sosial ditentukan oleh beberapa faktor seperti gelar,

pendidikan, umur dan status ekonomi.

Selain daripada faktor-faktor seperti status sosial, keakraban hubungan dan

suasana persekitaran, faktor masyarakat yang berbeza budaya juga memainkan

peranan dalam menentukan penggunaan sistem sapaan. Menurut Robinson (dalam

Kamal, 1990), penggunaan sistem sapaan berkaitan dengan adat resam sesuatu

masyarakat dan sesuatu bentuk sapaan itu terbatas pada masyarakat pemakainya

sahaja. Dalam erti kata lain, setiap masyarakat atau kebudayaan mempunyai sistem

sapaan yang berbeza dengan masyarakat atau kebudayaan yang lain. Sebagai

contoh, sistem sapaan masyarakat Barat amat berbeza dengan masyarakat Timur

kerana kedua-duanya mempunyai budaya yang berbeza. Masyarakat Timur seperti

bangsa Melayu, mengamalkan budaya yang lebih konservatif berbanding dengan

masyarakat Barat.

Sebagai contoh, dalam bahasa Inggeris, perkataan ‘you’ dan ‘I’ boleh

digunakan untuk semua orang kerana bersifat umum (Ainon Mohd.: 1997). Kedua-

dua kata ini apabila dipinjam ke dalam bahasa Melayu, mempunyai sama taraf

dengan ‘awak’ atau ‘kamu’. Dalam masyarakat Melayu, kedua-dua kata ganti nama

ini hanya boleh digunakan antara dua pihak yang mempunyai status sosial yang

sama ataupun digunakan oleh orang yang lebih tinggi status sosialnya kepada orang

yang mempunyai status sosial yang rendah daripadanya. Namun, kata ganti nama

ini tidak boleh digunakan oleh orang yang berstatus rendah kepada yang berstatus

tinggi. Kata sapaan yang lebih sesuai digunakan dalam konteks ini adalah seperti

Page 11: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

16

‘encik’ dan ‘tuan’. Hal ini menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu, kita

menggunakan nama sapaan sebagai salah satu cara menunjukkan bahawa kita

menghormati orang itu. Dalam tiap-tiap nama sapaan yang kita pilih, tersirat makna

yang sangat dalam. Orang yang kita sapa boleh membaca dengan jelas sama ada

kita memuliakannya atau menghinanya, hanya berdasarkan nama sapaan yang kita

gunakan untuknya.

Oleh yang demikian, dalam masyarakat Melayu, penggunaan kata ganti nama

diri yang salah boleh menimbulkan salah faham. Dalam situasi tertentu, orang

dikatakan “kurang ajar” atau “tidak tahu bahasa” jika menggunakan kata ganti nama

diri yang salah. Penggunaan kata ganti nama yang salah dapat menyebabkan

timbulnya rasa kurang senang dalam diri orang yang menyapa mahupun yang

disapa. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Vetter (1925), pemilihan sistem sapaan

dalam masyarakat di sebelah Timur lebih kompleks berbanding dengan pemilihan

sistem sapaan dalam masyarakat di Barat. Maka itu, masyarakat Melayu harus peka

dan sensitif terhadap penggunaan sistem sapaan semasa berkomunikasi antara

satu sama lain agar penggunaannya tidak dianggap biadab sebaliknya menunjukkan

unsur kesantunan. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem sapaan seperti kata

ganti nama merupakan unsur terpenting dalam sistem sapaan masyarakat Melayu.

Awang Sariyan (2007) membahagikan kata ganti nama diri kepada tiga iaitu

kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama ketiga.

Kata ganti nama pertama digunakan oleh yang berbicara atau menulis sebagai ganti

namanya. Kata ganti nama ketiga pula digunakan untuk merujuk atau menyapa

pihak yang menjadi teman bicara. Kata ganti nama diri ketiga pula digunakan untuk

merujuk pihak ketiga. Rajah di bawah menunjukkan senarai kata ganti nama bagi

setiap kategori.

Jadual 1: Penggolongan Kata Ganti Nama Diri oleh Awang Sariyan (2007)

KATA GANTI NAMA DIRI

TUNGGAL JAMAK

RASMI TIDAK RASMI RASMI TIDAK RASMI

Pertama saya aku kita, kami kita, kami

Kedua tuan, puan, encik, cik,

abang, kakak, pakcik,

tuan-tuan, puan-puan,

anda, awak, kamu, kalian

Page 12: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

17

saudara, saudari

makcik, engkau, kamu

hadirin, hadirat, Dato-dato, Tan Sri-Tan Sri

Ketiga beliau, dia, ia, -nya

- mereka -

Dalam konteks sosiolinguistik, Asmah Hj. Omar (1980:67) membahagikan

kata ganti nama kepada tiga golongan mengikut darjah keakraban antara pihak-

pihak yang berinteraksi iaitu:

a. Hormat : saya, tuan, puan, beliau b. Neutral : saya, kami, kita, anda, saudara, saudari, dia, mereka c. Kasar/intim : aku, kamu, engkau, awak, dia, mereka

a. Kata Ganti Nama Diri Pertama Tunggal

Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan oleh orang yang menulis

atau bertutur sebagai ganti namanya. Kata ganti nama ini terbahagi kepada dua iaitu

bentuk tunggal dan bentuk jamak. Bentuk tunggal digunakan oleh penulis atau

penutur bagi pihak dirinya sendiri. Bentuk jamak pula digunakan oleh penulis atau

penutur untuk mewakili dirinya dan pihak lain juga.

Kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dan bersifat umum ialah

‘saya’. Kata itu boleh digunakan dalam situasi dan urusan rasmi dan juga tidak rasmi.

Kata ganti nama diri ini menunjukkan penggunaan yang bersifat neutral dan boleh

digunakan oleh sesiapa sahaja yang berbicara yang merujuk kepada diri pengguna

sewaktu berkomunikasi. Dalam erti kata lain, kata ganti nama ‘saya’ tidak terikat

dengan faktor status sosial. Kata itu boleh digunakan tanpa mengira umur,

pendidikan, dan status ekonomi. Di samping itu, kata ganti nama itu juga

memelihara aspek kesantunan semasa berkomunikasi.

Dalam data kajian, bagi tema Riang Bersama, Pelajaran 3 dan 4, kata ganti

nama diri pertama ‘saya’ merupakan salah satu daripada empat kata ganti nama

yang digunakan dalam buku teks ini. Kata ganti nama itu telah digunakan sebanyak

50%. Sebagaimana yang telah dijelaskan, penggunaan kata ganti nama ini bersifat

neutral dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dalam segala situasi. Oleh yang

demikian, penggunaan kata ganti nama saya amat bersesuaian untuk digunakan

Page 13: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

18

dalam buku teks ini. Di samping ingin memperlihatkan sifat hemah dan santun,

penggunaan kata ganti nama ini juga bertujuan menonjolkan kemesraan, yang

merupakan salah satu unsur kesantunan dalam masyarakat ataupun budaya Melayu.

Antara contoh penggunaan kata ganti nama ‘saya’ dalam buku teks yang

dapat dikenal pasti adalah seperti yang berikut:

1. Saya menunjukkan rasa hormat terhadap ahli kumpulan apabila sayabercakap secara bergilir-gilir dan mendengar secara aktif. (hlm. 57)

2. Saya menunjukkan rasa hormat apabila saya bercakap dengan hormatdalam perbincangan terutama sekali apabila timbulnya perbezaanpendapat. (hlm. 62)

3. Saya suka cerita “Sang Kancil”. (hlm. 63)

4. Cerita kegemaran saya ialah “Pak Pandir”. (hlm. 63)

5. Saya ingin memilih cerita “Si Luncai”. (hlm 63)

Selain daripada kata ‘saya’, terdapat kata ganti nama pertama berbentuk

tunggal yang lain seperti ‘aku’. Namun demikian, kata ganti nama ‘aku’ selalunya

digunakan dalam situasi tidak rasmi yang mana si penutur dan pendengar

mempunyai hubungan yang rapat. Kata ganti nama ‘saya’ boleh dipakai dengan

sesiapa saja pada semua masa, tetapi kata aku hanya boleh dipakai untuk bercakap

dengan sahabat karib atau orang yang lebih lama kita kenal (Liaw Yock Fang &

Abdullah Hassan, 1995:14). Kata ganti nama ‘aku’ juga dianggap kasar dan tidak

sopan apabila digunakan khususnya sesama orang yang tidak mempunyai

hubungan peribadi ataupun digunakan antara pihak-pihak yang mempunyai status

sosial yang berbeza.

Disebabkan hal ini, dalam buku teks ini tidak terdapat penggunaan kata ganti

nama ‘aku’ untuk merujuk kepada diri watak-watak. Hal ini jelas menunjukkan

bahawa kebudayaan masyarakat Melayu menganggap kata ganti nama ‘aku’ itu

kasar apabila digunakan dalam sesuatu komunikasi. Maka itu dalam bahan kajian

yang dikaji ini, tiada penggunaan kata ganti nama itu malahan hanya kata ganti

nama saya sahaja yang digunakan dalam bahan kajian ini.

Page 14: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

19

b. Kata Ganti Nama Pertama Jamak

Dalam komunikasi rasmi sama ada berbentuk lisan mahupun tulisan, kata ganti

nama diri pertama jamak ialah ‘kita’ dan ‘kami.’ Kata ‘kita’ digunakan oleh seseorang

apabila dia merujuk kepada dirinya dan juga pihak yang menjadi teman bicara atau

khalayaknya. Selalunya kata ‘kita’ digunakan untuk menyatakan adanya persamaan

kepentingan, keanggotaan dan sebagainya. Kata ‘kami’ pula digunakan apabila

pembicara atau penulis menyatakan sesuatu atas nama dirinya sendiri dan juga

pihak lain. Dalam erti kata lain, kata ‘kami’ digunakan untuk merujuk kepada orang

pertama dan juga melibatkan orang kedua.

Berdasarkan pengkategorian kata ganti nama oleh Awang Sariyan (2007),

hanya terdapat dua kata ganti nama pertama jamak iaitu kata ‘kita’ dan ‘kami’.

Dalam konteks sosiolinguistik pula, kedua-dua kata ini tergolong dalam kategori

neutral yang telah dinyatakan oleh Asmah Hj. Omar (1980). Maka itu, dapat

dikatakan bahawa penggunaan kedua-dua kata ini dalam komunikasi berbentuk

lisan mahupun tulisan ataupun dalam situasi rasmi mahupun tidak rasmi adalah

dianggap santun.

Berdasarkan data kajian, kata ganti nama ‘kita’ telah digunakan sebanyak

14%. Antara contoh penggunaan kata ganti nama ‘kita’ dalam bahan kajian yang

dapat dikenal pasti adalah seperti yang berikut:

6. Kita mesti pilih cerita “Pak Pandir”. (hlm. 64)

7. Bagaimana kita hendak tunjukkan Si Luncai terjun ke dalam laut nanti?”(hlm. 64)

8. Saya cadangkan kita semua baca cerita yang kita sebutkan tadisebelum membuat keputusan. (hlm. 66)

9. Saya fikir kita harus mendengar pendapat ahli kumpulan yang lain.(hlm. 66)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat juga kata ganti nama

pertama jamak lain yang merupakan sinonim kepada kata ‘kami’, iaitu ‘kita orang’.

Namun demikian, kata itu tergolong dalam bahasa percakapan iaitu bahasa yang

digunakan sehari-hari dan tidak boleh digunakan dalam tulisan dan juga dalam

keadaan rasmi. Penggunaan kata ‘kita orang’ lebih sesuai digunakan oleh dua pihak

yang mempunyai hubungan rapat dan dalam bentuk lisan. Maka itu, penggunaan

Page 15: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

20

kata ganti nama ‘kita’ lebih sesuai digunakan dalam bahan kajian kerana menjaga

kesantunan bahasa.

c. Kata Ganti Nama Kedua

Kata ganti nama kedua digunakan untuk merujuk atau menyapa pihak yang menjadi

teman bicara. Kata ini juga terbahagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri kedua

tunggal dan kata ganti nama diri kedua jamak. Berdasarkan penggolongan yang

dibuat oleh Awang Sariyan (2007), kata ganti nama diri kedua tunggal dalam situasi

rasmi ialah seperti ‘tuan’, ‘puan’, ‘encik’ dan ‘cik.’ Dalam situasi yang tidak rasmi pula,

kata ganti nama diri engkau dan kamu digunakan. Bagi kata ganti nama diri kedua

jamak dalam situasi rasmi ialah seperti ‘tuan-tuan’, ‘puan-puan’, ‘hadirin’ dan

‘hadirat’. Kata ganti nama diri kedua jamak dalam situasi tidak rasmi pula adalah

seperti ‘anda’ dan ‘kalian’.

Secara keseluruhan, masyarakat Melayu beranggapan bahawa kata ganti

nama ‘awak’, ‘kamu’ dan ‘engkau’ sebagai bentuk kasar kalau digunakan dalam

komunikasi dengan orang-orang yang lebih tua, berstatus, dihormati dan hal-hal

seumpamanya. Ketiga-tiga ganti nama ini boleh digunakan oleh mereka yang sudah

pun mempunyai hubungan intim semasa berkomunikasi antara satu sama lain atau

orang yang lebih tua atau berkuasa ketika berkomunikasi dengan mereka yang lebih

muda atau kurang berkuasa. Sebagai contoh, kata ‘awak’ digunakan untuk bercakap

dengan orang kedua yang sangat rapat dengan kita seperti kawan karib dan juga

digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru kita kenal. Kata ‘awak’

digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita

(Asraf 1998: 8).

Menurut Ainon Mohd. (1997) pula, kata ganti nama ‘awak’ dan ‘kamu’ hanya

boleh digunakan dalam tiga keadaan. Pertama, kalau orang itu sangat kita kenal dan

sama tarafnya dengan kita, seperti apabila bercakap dengan sahabat baik dan rakan

sebaya kita sendiri. Kedua, kalau orang itu sama umurnya dengan kita dan sama

taraf sosialnya dengan kita, seperti seorang jururawat bercakap dengan jururawat

lain yang sama usia, atau seorang pengarah bercakap dengan pengarah lain yang

sebaya. Ketiga, kalau orang itu lebih muda umurnya, seperti orang yang berumur 40

tahun bercakap dengan orang lain yang berumur 38 tahun.

Page 16: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

21

Oleh yang demikian, kata ganti nama ‘anda’ lebih sering digunakan untuk

menjaga kesantunan semasa berkomunikasi. Menurut Teo Kok Seong dalam

artikelnya, Kesopanan Bahasa (1996), masalah ‘kekasaran’ kesemua kata ganti

nama orang kedua telah disedari oleh pakar bahasa, maka itu, bentuk ‘anda’ telah

diperkenalkan pada 1960-an sebagai bentuk halus untuk menggantikan kesemua

ganti nama itu dalam wacana sopan. Walau bagaimanapun, menurut beliau,

masyarakat Melayu masih berasa kurang selesa dengan penggunaan kata anda

untuk menggantikan ‘awak,’ ‘kamu’ dan ‘engkau’. Oleh itu, bentuk ini hanya diterima

pakai dalam beberapa bidang sahaja seperti pengiklanan dan surat pekeliling.

Awang Sariyan (2007) juga mempunyai pendapat yang sama iaitu kata ‘anda’ hanya

sesuai digunakan kepada khalayak yang umum seperti dalam iklan. Antara

sebabnya kata itu tidak sesuai digunakan dalam situasi-situasi lain ialah kata ‘anda’

menggolongkan mereka yang dimaksudkan ke dalam satu kumpulan umum tidak

mengira umur, status dan seumpamanya, sedangkan masyarakat Melayu amat

mengambil berat tentang perbezaan-perbezaan ini.

Dalam bahan kajian, hanya terdapat dua sahaja penggunaan kata ganti nama

kedua iaitu ‘kamu’. Penggunaan kata ‘kamu’ ini telah digunakan dalam bentuk

soalan yang mana telah ditujukan kepada murid-murid sekolah rendah. Oleh itu,

soalan itu telah ditujukan kepada orang yang lebih muda. Maka itu, penggunaan

kata ganti nama ‘kamu’ boleh digunakan dalam keadaan ini. Contoh penggunaan

kata ganti diri nama kedua dalam data kajian adalah seperti yang berikut:

10. Ayah kamu yang buat. (hlm. 58)

11. Pada pendapat kamu, adakah Arif dan kawan-kawannya merupakan ahlikumpulan yang baik? Mengapa? (hlm. 61)

d. Kata Ganti Nama Ketiga

Kata ganti nama diri ini merujuk kepada pihak ketiga. Bentuknya juga terbahagi

kepada dua iaitu bentuk tunggal dan jamak. Kata ganti nama diri ketiga tunggal yang

umum digunakan dalam komunikasi rasmi ialah ‘beliau’, ‘dia’ dan ‘ia’. Kata ‘beliau’

digunakan untuk merujuk kepada orang yang dihormati seperti pemimpin, guru,

ketua dan ibu bapa. Kata itu tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-

kanak atau remaja. Kata ganti nama diri ketiga jamak pula hanya terdapat satu

bentuk iaitu ‘mereka’. Kata ini sesuai digunakan dalam segala situasi dan untuk

Page 17: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

22

setiap golongan masyarakat. Hal ini juga telah dinyatakan oleh Asmah Hj. Omar

(1980) dalam aspek sosiolinguistik yang mana penggunaannya dianggap neutral.

Dalam data kajian, kata ganti nama diri ketiga ini telah digunakan sebanyak

29%. Contoh-contoh di bawah merupakan penggunaan kata ganti nama diri ketiga

yang dikenal pasti dalam data kajian.

12. Mereka berhenti bercakap. (hlm. 61)

13. Mereka mematuhi peraturan semasa perbincangan dan bersetujuuntuk main peran. (hlm. 61)

14. Pada keesokan hari, kumpulan Arif berbincang lagi untuk memilihcerita yang mereka akan lakonkan. (hlm. 63)

15. Tiba-tiba, dia teringat penanda bukunya. (hlm. 60)

16. Dia tahu apa yang harus dilakukannya. (hlm. 60)

17. Dia mengingatkan mereka tentang peraturan semasa perbincangan.(hlm. 65)

Berdasarkan contoh-contoh di atas, kata dia dan mereka merujuk kepada

watak-watak dalam buku teks. Dalam contoh (11), (12) dan (13), ‘mereka’ merujuk

kepada para murid yang sedang dalam perbincangan. Dalam contoh (14), (15) dan

(16) pula, kata ‘dia’ merujuk kepada watak utama dalam cerita tersebut yang sedang

mengetuai perbincangan. Penggunaan kata ‘mereka’ dan ‘dia’ dalam data kajian ini

adalah bersesuaian dengan konteks dan menunjukkan bahawa nilai kesantunan

berbahasa masih terpelihara kerana penggunaan kata itu adalah yang bersifat

neutral.

Penggunaan ganti nama merupakan salah satu aspek penting dalam

kesopanan bahasa Melayu. Sekiranya, kata ganti nama ini digunakan dengan salah,

maka boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam diri si penutur atau penulis dan

pendengar ataupun pembaca. Dalam buku teks khususnya, penggunaan kata ganti

nama diri yang betul adalah penting dalam memastikan murid-murid didedahkan

kepada penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai semasa berkomunikasi.

Sekiranya terdapat penggunaan kata ganti nama diri yang tidak bersesuaian

terutama sekali yang sopan, mereka tidak dapat membezakan dan menggunakan

kata ganti nama diri yang sesuai semasa berkomunikasi dengan teman-teman

mahupun dengan orang yang lebih tua daripada mereka.

Page 18: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

23

Secara keseluruhan penggunaan kata ganti nama diri dalam data kajian

menampakkan penggunaan yang bersesuaian dan sopan. Buku teks Rakyat

Budiman tidak menggunakan kata ganti nama diri yang dianggap kasar untuk

merujuk kepada diri watak ataupun kepada para pembaca. Dalam data kajian, kata

ganti nama diri yang dikenal pasti ialah ‘saya’, ‘mereka’, ‘kamu’, ‘dia’ dan ‘kita’.

Kesemua bentuk kata ganti nama diri ini telah digunakan bertepatan dengan konteks

iaitu dalam mendidik dan memupuk nilai-nilai moral dalam diri murid-murid.

Kekerapan penggunaan kata saya adalah sebanyak 50%, kata ‘mereka’ sebanyak

18%, kata ‘kita’ sebanyak 14%, kata ‘dia’ sebanyak 11% dan kata ‘kamu’ sebanyak

7%.

Dapatan Kajian dan Perbincangan: Aspek Pemilihan Kata

Perkara yang paling penting dalam pertututuran ialah cara penutur mengungkapkan

tutur kata. Dalam proses pertuturan, ini melibatkan pemilihan kata dan ungkapan

yang sesuai agar dapat membawa suasana sopan. Pengungkapan tutur kata yang

bersopan mampun menarik perhatian orang lain. Malah, dengan bahasa sopan,

mesej yang mahu disampaikan akan lebih mudah difahami. Dalam situasi formal, ia

memerlukan strategi komunikasi seperti panggilan gelaran yang betul, penjagaan air

muka, mengiktiraf kewujudan kuasa sebelum menyampaikan niat atau hasrat.

Sekiranya penjagaan tertib kesantunan ini berlaku, seseorang perunding atau

usahawan itu akan mencapai matlamat dan meraih keuntungan. Begitu juga

permintaan atau usaha dalam situasi rasmi seperti dalam majlis dan sebagainya.

Cara penerimaan dan penolakan perlu berlaku dalam konteks yang penuh beralas

dan mencapai kebahagiaan dan kesenangan bagi kedua pihak. Maka itu barulah

kesantunan berkendala tercapai.

a. Tabu

Kata tabu berasal daripada bahasa Polinesia, tapu. Tapu bermaksud sesuatu yang

dilarang untuk digunakan dan sesuatu yang kudus. Menurut Ullmann (1962), kata

tabu ini pada mulanya digunakan oleh Kapten Cook semasa beliau mengenal

perkataan ini daripada orang Polinesia di Kepulauan Polinesia. Kapten Cook

mengatakan bahawa “the term has a very comprehensive meaning: but, in general,

signifies that a thing is forbidden” (Ullman 1977: 204). Kata ini kemudian diserap ke

Page 19: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

24

dalam bahasa-bahasa Eropah dan bahasa-bahasa lain sehinggalah ke dalam

bahasa Melayu (S.Nathesan, 2008: 61).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata tabu bermaksud “sesuatu yang

dilarang, pantang larang atau yang dilarang atau ditegah daripada dipercakakpan”.

Tesaurus Linguistik Bahasa pula mendefinisikan tabu sebagai “suatu keadaan untuk

mengelakkan penggunaan kata yang tidak sopan atau dilarang”. Dari aspek bahasa,

tabu merujuk kepada situasi yang menjadi sekatan kepada anggota masyarakat

supaya tidak menggunakan perkataan atau bahasa tertentu dengan sewenang-

wenangnya. Menurut Teo Kok Seong (1996), topik-topik yang sering dianggap tabu

dalam masyarakat Melayu selalunya ialah yang berkaitan dengan seks, fungsi

badan tertentu, anggota badan tertentu, urusan hamil serta bersalin, dan najis.

Dalam buku Indah Budi Kerana Bahasa (2010), tabu dibahagikan kepada dua

iaitu bahasa kesat dan bahasa kasar. Bahasa kesat dikatakan sebagai bahasa yang

paling rendah dan tidak boleh digunakan sama ada dalam situasi yang rasmi

ataupun tidak rasmi. Sekiranya bahasa ini digunakan, ia boleh menyakitkan hati

apabila mendengarnya dan boleh menyinggung perasaan orang lain. Selalunya,

bahasa ini digunakan oleh orang yang sedang marah dan tidak mampu mengawal

perasaannya, serta untuk menghina seseorang.

Bahasa kasar pula ialah bahasa yang tidak sopan dan tidak manis dituturkan

atau digunakan. Bahasa ini hanya boleh digunakan dalam keadaan tertentu dan

dengan orang yang tertentu, seperti semasa berhubungan antara dua atau lebih

kawan rapat dan setaraf, serta dalam situasi tidak rasmi, bersifat peribadi dan tiada

kehadiran pihak ketiga. Secara umum, tabu menandakan sesuatu yang dilarang

atau sesuatu yang tidak dibenarkan. Larangan itu berlaku kerana beberapa sebab

iaitu seperti kekudusan dan berbahaya, menyeramkan atau yang dilarang, ataupun

kerana perkara itu tidak bersih.

Menurut S. Nathesan (2008), tabu-tabu bahasa wujud disebabkan beberapa

perkara. Antaranya ialah:

a. tabu berkaitan dengan adat dan kepercayaanb. tabu berkaitan dengan rasa takutc. tabu berkaitan dengan kesopanan

Page 20: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

25

Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu amat mempercayai tentang

animisme iaitu hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur ghaib dan magis. Asmah

Haji Omar dalam Susur Galur Bahasa Melayu mengatakan bahawa sebelum orang-

orang Melayu memeluk agama Islam, mereka beragama Hindu dan amat percaya

pada semangat sama ada pada makhluk bernyawa mahupun tidak bernyawa seperti

batu, pokok-pokok, kayu-kayu besar dan sebagainya. Mereka menganggap benda-

benda itu mempunyai semangat yang boleh mempengaruhi mereka. Justeru,

mereka haruslah bersopan santun terhadap benda-benda itu. Mereka mempercayai

bahawa sekiranya mereka berkelakuan tidak sopan dan kasar, sama ada dalam

bentuk percakapan atau perbuatan, ini akan memudaratkan diri mereka sendiri. Oleh

yang demikian, segala perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut dianggap

tabu oleh masyarakat Melayu. Disebabkan hal ini, masyarakat Melayu mengenakan

larangan-larangan dalam berbahasa tentang perkara-perkara tersebut dan

muncullah istilah-istilah yang dianggap lebih sopan dan manis didengar untuk

menggantikan ungkapan-ungkapan yang dianggap tabu. Sebagai contoh, kata

‘datuk’ atau ‘nenek’ digunakan apabila seseorang melalui tempat tertentu yang

dipercayainya wujud ‘penunggu’ atau hantu yang dipercayai tinggal di tempat itu. Hal

ini dilakukan untuk menjaga ‘semangat’ yang ada pada ‘penunggu’ dan menghormati

‘penunggu’ itu.

Selain daripada faktor adat dan kepercayaan, kewujudan tabu juga adalah

disebabkan rasa takut. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, mereka percaya

akan kekuatan semangat haiwan liar. Haiwan yang biasa menjadi ketakutan

masyarakat Melayu adalah seperti buaya, ular, harimau, gajah dan tikus. Haiwan-

haiwan ini dianggap boleh memberi kemudaratan kepada manusia sekiranya

bertembung di hutan. Oleh yang demikian, apabila berada di dalam hutan, kita

dilarang menggunakan perkataan ‘harimau’ atau ‘ular’ kerana bimbang sekiranya

haiwan-haiwan yang buas dan berbisa akan muncul dan membawa kemudaratan

kepada kita. Sebaliknya, kata ‘harimau’ dan ‘ular’ itu digantikan dengan perkataan

‘pak belang’ dan ‘akar’. Masyarakat Melayu percaya sekiranya tabu ini dilanggar,

maka mereka akan menerima akibat yang buruk. Oleh itu, mereka menjadikan tabu

sebagai amalan hidup harian untuk menjaga keselamatan diri mereka.

Selain faktor adat dan kepercayaan dan rasa takut, faktor terakhir yang

menyebabkan kewujudan tabu ialah yang berkaitan dengan unsur kesopanan.

Page 21: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

26

Masyarakat Melayu ialah masyarakat Timur yang masih berpegang teguh dengan

adat dan budaya yang tinggi nilai moralnya. Lebih-lebih lagi, dengan kedatangan

agama Islam sejak abad ke-13, ajaran yang diterapkan oleh Islam yang berkenaan

dengan akhlak dan moral sangat menepati dengan sifat masyarakat Melayu yang

lemah lembut dan sangat mementingkan soal harga diri dan maruah. Justeru, soal

yang berkaitan dengan tubuh badan, terutamanya yang berkaitan dengan kaum

wanita serta hal rumahtangga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu.

Selain daripada kata tabu yang berkaitan dengan anggota tubuh badan, kata-

kata yang berkaitan dengan fungsi badan manusia seperti kencing, berak, kentut

dan tahi juga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Kata-kata ini dianggap kasar

dan kotor. Oleh yang demikian, kata-kata itu digantikan dengan kata-kata yang

bersifat lebih halus seperti buang air kecil, buang air besar, buang angin dan najis.

Terdapat juga kata tabu yang merujuk kepada kata luaran atau kata biasa (bukan

tubuh badan) seperti jadual di bawah ini:

Jadual 2: Kata Tabu dan Eufemisme

Kata Tabu Eufemisme

mati meninggal dunia

jamban bilik air

jaga pengawal keselamatan

amah pembantu rumah

janda ibu tunggal

gemuk orang yang sihat

Pada dasarnya, aspek kehalusan bahasa yang menunjukkan nilai kesantunan

lebih tertumpu pada tutur kata atau percakapan. Masyarakat Melayu amat prihatin

dan seringkali berhati-hati semasa bertutur dengan orang lain kerana tidak mahu

menyinggung perasaan orang lain. Sebagai contoh, perkataan ‘bodoh’ apabila

ditujukan kepada orang lain, pastinya orang itu akan berasa rendah diri ataupun

marah. Hal ini dapat dikaitkan dengan konsep tabu yang mana kata-kata yang

dianggap kasar apabila dituturkan, bahasa yang mempunyai unsur-unsur negatif,

lucah atau tidak santun harus dielakkan dalam pertuturan. Sekiranya dipertuturkan,

sudah tentu yang mendengarnya akan berasa kecil hati atau berasa terhina.

Page 22: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

27

b. Eufemisme

Eufemisme membawa maksud elegan, lemah lembut dan halus. Ia merupakan

sebuah gaya bahasa yang menunjukkan ungkapan-ungkapan yang bersifat baik dan

sopan. Eufemisme digunakan bagi mengganti bahasa atau perkataan yang tidak

menyenangkan. Ini juga dinyatakan oleh Teo Kok Seong (1996) yang menyatakan

eufemisme ialah perkataan atau frasa yang lebih sopan dan halus sifatnya untuk

menggantikan perkataan atau frasa yang dianggap sebagai kasar dan tidak sedap

didengari.

Wujudnya eufemisme disebabkan oleh wujudnya tabu dalam bahasa. Unsur

eufemisme atau boleh juga dikatakan sebagai kesantunan dalam berbahasa

membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan tidak menyinggung perasan

orang lain. Ini bermakna ungkapan-ungkapan eufemisme berfungsi dengan cara

menggantikan ungkapan-ungkapan yang memiliki konotasi ofensif dengan

ungkapan-ungkapan yang positif (Leech, 2003:71).

Sebagai contoh, apabila seseorang itu mengeluarkan atau mengungkapkan

kata-kata yang tidak sopan atau bersifat baik, maka ia telah melanggar konsep tabu

sesebuah masyarakat itu. Perkataan-perkataan seperti berak, beranak ataupun

jamban boleh dikatakan tidak sopan dan tidak sedap didengar dalam kalangan

masyarakat Melayu dan secara tidak langsung, wujudlah unsur eufemisme atau

kesantunan dalam berbahasa. Justeru, perkataan-perkataan tabu tersebut boleh

digantikan dengan perkataan-perkataan yang lebih sopan seperti buang air besar,

bersalin atau tandas. Ini tampak jelas bahawa fungsi eufemisme amat penting bagi

memastikan ia dapat menutup atau menangkis hal-hal tabu tersebut dan sekaligus

mewujudkan konsep kesantunan bahasa yang sopan dan tidak akan menyinggung

perasaan mana-mana pihak. Daripada contoh yang dijelaskan di atas, kita boleh

lihat bahawa walaupun ungkapan-ungkapan tabu itu sudah wujud sejak berzaman

dahulu dan digantikan dengan ungakapan-ungkapan yang mantap. Ungkapan-

ungkapan tersebut masih tetap digunakan oleh masyarakat Melayu sehinggalah

pada hari ini.

Kita juga sering mendengar pada zaman ini, masyarakat Melayu kita masih

menggunakan perkataan tabu ‘janda’ yang bermaksud seorang wanita yang telah

diceraikan suaminya. Masyarakat Masyarakat Melayu akan memandang serong

Page 23: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

28

terhadap seseorang wanita yang berstatus janda. Fungsi eufemisme dalam konteks

ini memainkan peranan yang penting bagi menjaga martabat wanita yang disebut

janda tersebut dan mengganti perkataan tabu ‘janda’ itu kepada ibu tunggal.

Perkataan ibu tunggal ini mempunyai unsur-unsur yang positif dan lebih sopan

kerana ia memberi gambaran bahawa wanita tersebut menjalankan hidupnya tanpa

seorang suami.

Sudah menjadi lumrah hidup masyarakat Melayu untuk sentiasa

menitikberatkan cara percakapan atau komunikasi kerana tidak mahu menyinggung

perasaan orang lain. Masyarakat Melayu juga terkenal dengan bangsa yang

mementingkan budi bahasa yang tinggi. Ini boleh dilihat dengan jelas selepas

wujudnya ajaran Islam dalam masyarakat Melayu yang mana agama Islam mengajar

seseorang itu untuk sentiasa mengambil berat tentang isu adab sopan dan sikap

yang baik bukan sahaja dalam perbuatan, malah dalam pertuturan harian juga.

Ajaran Islam juga mengajar seseorang itu bahawa apabila ia menggunakan kata-

kata yang dianggap tabu dalam sesebuah masyarakat itu, ia boleh dianggap tidak

beradab dan ini sama sekali bukan sifat dan sikap yang diajari oleh agama Islam.

Sebagai contoh, jika seseorang lelaki itu menggunakan kata-kata yang tidak

sopan berkaitan dengan hal wanita ia boleh dianggap tidak manis dan sopan. Ia juga

boleh condong kepada unsur lucah apabila seseorang lelaki itu menggunakan kata-

kata tersebut di hadapan seorang wanita. Kata-kata seperti haid, pantat dan tetek

boleh dianggap sebagai mengandungi unsur-unsur lucah jika seseorang lelaki itu

menggunakannya di hadapan seorang wanita. Oleh itu, fungsi eufemisme boleh

menutup atau menangkis unsur-unsur lucah itu dengan menggantikan dengan kata-

kata seperti datang bulan, pinggul dan payudara.

Namun tidak mudah bagi seseorang itu untuk sentiasa berwaspada akan

kata-kata dalam penuturan hariannya supaya ia tidak melanggar kata-kata yang

dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Rahman Shaari (1993:45) berpendapat

bahawa kemahiran seseorang itu menggunakan ungkapan-ungkapan eufemisme

menunjukkan bahawa seseorang itu mahir berbahasa dalam penuturannya.

Secara kesimpulan, dengan wujudnya perkataan-perkataan tabu tersebut, ia

memberi ruang kepada masyarakat Melayu untuk mencipta banyak perkataan yang

Page 24: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

29

baru yang berunsurkan eufemisme. Ini akan menyebabkan perkataan-perkataan

tabu tersebut hilang daripada penggunaannya dan akan digantikan dengan

perkataan-perkataan yang jelas lebih sopan dan mempunyai konotasi yang halus.

Secara tidak langsung, ia memberi ruang kepada masyarakat Melayu mencipta

perkataan-perkataan sinonim dan menambahkan kosa kata bahasa Melayu.

Berdasarkan data, pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat penggunaan

eufemisme untuk menggantikan kata-kata tabu yang wujud dalam masyarakat

Melayu dalam buku teks. Namun demikian, pengkaji berpendapat bahawa

eufemisme harus diajar kepada murid-murid untuk memastikan agar nilai

kesantunan semasa berkomunikasi dapat dikekalkan. Hal ini sedemikian kerana

masih terdapat murid-murid yang masih tidak tahu menggunakan kata-kata yang

lebih santun yang menggantikan kata-kata tabu semasa berkomunikasi.

Dengan ini, pengkaji telah menjalankan soal selidik melibatkan 38 orang

murid Darjah 1 tentang penggunaan kata yang sering mereka gunakan semasa

berkomunikasi. Borang soal selidik yang diberikan kepada murid-murid adalah

seperti berikut:

TABU DAN EUFEMISME

SOAL SELIDIK

NAMA: _________________________________________

KELAS: ___________________

Arahan: Tandakan pada perkataan yang lebih sopan.

a. kencing buang air kecil

b. mati meninggal dunia

c. buang air besar berak

d. buang angin kentut

e. tahi najis

f. jamban tandas

Page 25: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

30

Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, pengkaji telah mengumpulkan

data berkenaan dengan penggunaan kata yang sopan oleh murid-murid. Data yang

telah dikumpulkan dapat dilihat dalam rajah berikut:

Rajah 3: Data yang Dikumpulkan

No. Tabu Jumlah Eufemisme Jumlah

a. kencing 15 buang air kecil 23

b. mati 8 meninggal dunia 30

c. berak 11 buang air besar 27

d. kentut 16 buang angin 22

e. tahi 18 najis 20

f. jamban 5 tandas 33

Berikutan dengan data yang dikumpulkan di atas, pengkaji dapat

merumuskan bahawa terdapat sebilangan murid yang tahu menggunakan kata-kata

yang sopan ataupun eufemisme untuk menyatakan sesuatu yang dianggap tabu

dalam masyarakat Melayu. Namun demikian, terdapat juga sebilangan murid yang

tidak tahu penggunaan kata-kata yang sopan untuk menggantikan kata-kata tabu.

Seramai 15 orang murid telah memilih penggunaan kata ‘kencing’ yang dianggap

tabu dan 23 orang murid memilih kata ‘buang air kecil’ yang merupakan eufemisme

bagi menggantikan kata tabu ‘kencing’. Seramai 8 orang murid telah memilih

penggunaan kata ‘mati’ yang dianggap tabu dan 30 orang murid memilih kata

‘meninggal dunia’ yang merupakan eufemisme bagi menggantikan kata tabu mati.

Seramai 11 orang murid telah memilih penggunaan kata ‘berak’ yang dianggap tabu

dan 27 orang murid memilih kata ‘buang air besar’ yang merupakan eufemisme bagi

menggantikan kata tabu berak. Seramai 16 orang murid telah memilih penggunaan

kata ‘kentut’ yang dianggap tabu dan 22 orang murid memilih kata ‘buang angin’

yang merupakan eufemisme bagi menggantikan kata tabu ‘kentut’. Seramai 18

orang murid telah memilih penggunaan kata tahi yang dianggap tabu dan 20 orang

murid memilih kata ‘najis’ yang merupakan eufemisme bagi menggantikan kata tabu

‘tahi’. Seramai 5 orang murid telah memilih penggunaan kata ‘jamban’ yang

dianggap tabu dan 23 orang murid memilih kata ‘tandas’ yang merupakan

eufemisme bagi menggantikan kata tabu ‘jamban’.

Berdasarkan dapatan di atas, dapat dirumuskan bahawa masih terdapat

murid-murid yang tidak menggunakan kata-kata yang sopan semasa menyatakan

sesuatu perkara. Ini lebih jelas dilihat dalam penggunaan kata tabu ‘kencing’, ‘kentut’

Page 26: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

31

dan ‘tahi’ yang mempunyai bilangan yang tertinggi dalam pemilihan kata yang dipilih

oleh murid-murid. Oleh itu, adalah penting bagi guru-guru untuk mendidik murid-

murid tentang penggunaan eufemisme semasa berkomunikasi. Hal ini adalah kerana

penggunaan eufemisme merupakan sebahagian daripada komponen penting untuk

memastikan bahawa sesuatu perbualan dianggap sopan.

Secara kesimpulan, pengetahuan anggota masyarakat dalam aspek

kesantunan berbahasa terutamanya aspek tabu dalam masyarakat Melayu adalah

penting. Pengetahuan masyarakat terhadap kesantunan berbahasa akan menjadi

ukuran sama ada seseorang itu berbudi bahasa, bersopan santun, beradat atau

berbudi pekerti bukan sahaja dalam pertuturan tetapi juga dalam tingkah laku.

Seseorang yang tidak tahu akan kesantunan berbahasa dalam masyarakatnya akan

menyebabkan dirinya dipandang rendah oleh masyarakat. Selain daripada itu,

pengetahuannya terhadap hal ini juga menunjukkan bahawa dia peka dengan

pekara-perkara yang berkaitan dengan peraturan dalam bermasyarakat dan

berbahasa.

Dalam konteks ini, guru-guru harus prihatin terhadap unsur tabu yang

terdapat dalam masyarakat Melayu dan mengelakkan daripada menggunakan

unsur-unsur ini dalam bahan pengajaran mereka. Sebaliknya, guru-guru harus

menggunakan eufemisme yang sudah sedia digunakan dalam masyarakat sejak

berzaman lagi yang mewujudkan penggunaan bahasa yang lebih halus dan sopan.

Dengan cara ini, kita dapat memastikan agar peraturan yang berkaitan dengan

kesantunan dan keperibadian mulia masyarakat Melayu akan sentiasa terpelihara.

Hal ini bertepatan dengan masyarakat Melayu yang masih kuat berpegang pada

nilai-nilai ketimuran.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, budaya kehidupan orang Melayu memang selalu dikaitkan

dengan aspek kesantunan. Malah, kesantunan memang sudah menjadi identiti

bangsa Melayu. Hal ini dapat dilihat melalui cara hidup orang Melayu yang penuh

dengan penghormatan, tutur kata lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun. Ciri-

ciri terpuji atau nilai murni ini sudah sebati dalam diri orang-orang Melayu.

Page 27: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

32

Salah satu cara yang boleh menonjolkan nilai kesantunan dalam masyarakat

Melayu adalah melalui penggunaan bahasa semasa berkomunikasi. Penggunaan

bahasa yang santun semasa berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan,

rasmi atau tidak rasmi dan bersemuka atau tidak bersemuka adalah penting. Hal ini

kerana bahasa adalah alat komunikasi massa. Sebagai alat komunikasi, bahasa

memegang peranan penting dalam memastikan interaksi antara manusia sentiasa

terjalin. Komunikasi yang terjalin antara manusia menjadi lebih terarah dan lancar.

Dalam bahan pengajaran, penggunaan bahasa merupakan satu aspek yang

amat penting. Hal ini kerana guru-guru menggunakannya untuk mengajar murid-

murid. Oleh yang demikian, murid-murid harus didedahkan kepada bahasa yang

baik agar mereka dapat menggunakannya dalam penggunaan seharian mereka.

Sekiranya bahasa yang digunakan tidak baik, murid-murid akan terpengaruh untuk

menggunakan bahasa tersebut kerana mereka tidak diajar bahasa yang betul yang

harus digunakan seharian. Dalam memastikan bahawa bahasa yang digunakan

merupakan bahasa yang santun, maka teori Asmah Hj Omar mengenai kesantunan

dapat diaplikasikan.

Kesantunan asas dan berkendala yang diperkenalkan oleh Asmah Hj. Omar

boleh diaplikasikan dalam banyak konteks dan situasi komunikasi harian tidak kira

sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Situasi formal sudah tentu

memerlukan strategi komunikasi dan kesopanan asas bagi mengecapi kesantunan

berkendala. Bermula daripada pendidikan awal tentang nilai dan norma masyarakat

yang merangkumi aspek besar kesantunan. Seseorang individu Melayu dalam

masyarakat sedar kepentingan kesantunan dalam melaksanakan tutur, cara dan

tingkah laku bagi membentuk penerimaan terhadap pihak yang lain. Seperti yang

dinyatakan Asmah Hj Omar, kesantunan merupakan ciri budaya orang Melayu yang

tidak boleh dielakkan atau dinafikan hak kedudukannya.

Maka itu, situasi formal dan tidak formal akan menentukan cara pelaksanaan

strategi komunikasi dan kesopanan berkendala. Contoh-contoh seperti perkaitan

peranan, perbezaan taraf sosial, kewujudan kuasa dan penjagaan air muka

menitikberatkan peranan dan tanggungjawab sosial membuktikan bahawa

kesantunan asas dan kesantunan berkendala adalah sebahagian daripada ciri

budaya orang Melayu. Strategi komunikasi dalam kesantunan berkendala

Page 28: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

33

memerlukan individu Melayu tersebut untuk menjadi waras, peka dan bertindak

menuruti sistem budaya yang ditetapkan baik dalam situasi rasmi atau tidak.

Kesantunan berkendala secara tidak rasmi juga penting demi mengekalkan

hubungan baik antara kaum keluarga, sahabat handai dan kejiranan demi menjamin

masyarakat yang hidup makmur dan sejahtera. Dalam semua aspek dan konteks

yang dikaji, kesantunan berkendala didapati sangat penting dan wajar digunakan

dalam usaha mengelakkan konflik, peperangan, prasangka dan bertindak selaku

kriteria diplomasi tinggi antara negara, organisasi sosial dan individu. Maka itu,

kesedaran sedia ada perihal persekitaran sosial menjadi ujian utama bagi sesiapa

sahaja yang ingin mengaplikasikan pendekatan tersebut.

Kertas penyelidikan yang dihasilkan ini diharapkan dapat dijadikan bahan

rujukan kepada pembaca berkenaan kesantunan dalam bahan pengajaran. Pengkaji

juga mengharapkan agar kertas penyelidikan ini akan menjadi bahan rujukan dan

panduan kepada pengkaji lain yang ingin menjalankan kajian dalam bidang

kesantunan bahasa.

Rujukan

Ab. Razak Ab. Karim. (2012). Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Abdull Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2004). Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. “You yang tidak sopan” dlm Pelita Bahasa 9:8, hlm. 28-29, Ogos 1997. Amat Juhari Moain (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: suatu analisis

sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Arbak Othman (1989). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1986). Nahu Melayu Mutakhir (edisi baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1995). Rekonstruksi Kata dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1996). Wacana Perbincangan, Perbahasan, dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. “Managing Languages in Conflict Situation: A Special Reference to the Implementation of the Policy on Malay and English in Malaysia” dlm Jurnal Asian Pacific Communication 10, hlm. 239-253, Februari 2001.

Page 29: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

34

Asmah Haji Omar (2002). Setia dan Santun Bahasa. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Asmah Haji Omar (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan, Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asraf (1989). Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Awang Sariyan (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Brown, P. & Levinson, S. C., (1987). Politeness: Some Universals in Language

Usage. Cambridge: Cambridge University Press. Brown, R. G., & Gilman, A. A., (1960). “The Pronouns of Power and Solidarity”. Style

in Language. New York: John Wiley. Grice, H. P., (1975). “Logic and Conversation” dlm Cole, P. & Morgan, J. L. Syntax

and Semantics, Vol. 3: Speech Acts, hlm. 41-59. New York: Academic Press.

Jamaliah Md. Ali (1995). “Malaysian Student Seminar: A Study of Pragmatic Features in Verbal Interaction”. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Khadijah Ibrahim (1993). “Politeness in Malay directives”. Disertasi tidak diterbitkan. University Malaya.

Lakoff, R. “Language and woman’s place” dlm Jurnal Language in Society 2, hlm. 45-79, April 1973.

Leech, G., (1993). Principles of Pragmatics, First Edition. Diterjemahkan oleh Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan (1994). Nahu Melayu Moden. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lutfi Abas (1995). Kritikan Karya Sastera: Keindahan Ragam-ragam Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mustapa Kamal (1990). Sistem sapaan bahasa Iban. Kuala Lumpur: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan.

Nik Safiah Karim (1990). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. al., (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Haji Jalaluddin. “Implikatur: Satu Aspek Seni Berbahasa Orang Melayu” dlm Jurnal Dewan Bahasa hlm. 676-690, Ogos 1992.

Nor Hashimah Haji Jalaluddin (1994). “Bahasa jual beli dalam perniagaan runcit: satu analisis semantik dan pragmatik”. Tesis Ph. D. Universiti Malaya.

Parera, J. D., (2004). Teori Semantik. Jakarta: Erlangga. Rahman Shaari (1993). Memahami gaya bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa Melayu untuk Pelatih

Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Rozmi Ismail (2013). Metodologi Penyelidikan: Teori dan Praktis. Selangor: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia. S. Nathesan (2008). Makna Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Sibarani, R., (1999). Warisan Leluhur Sastra Lama dan Aksara Batak. Jakarta:

Kepustakaan Populer Gramedia. Sulaiman Masri (1997). Media dan Komunikasi dalam Bahasa Melayu. Selangor:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 30: KESANTUNAN BAHASA PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN … Ilmu... · Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan ... atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

35

Teo Kok Seong. “Kesopanan Bahasa” dlm Pelita Bahasa hlm.40-43, Oktober 1996. Vetter, H. J., (1925). Language Behavior and Communication: An Introduction.

Itasca, F.E: Peacock Publishers. Wijana, I. D. P., (1996). Dasar-dasar Pragmatik. Yogyakarta: Penerbit Andi. Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba). “Malay Manners and Etiquette” dlm Jurnal

Malaysian Branch Royal Asiatic Society, 23(3), hlm. 43-74, Ogos 1950. Zulkifley Hamid (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.