22
1 BAB 6: BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat: Memperihalkan perkembangan bahasa Melayu pada zaman kedatangan Islam Mengenalpasti sejarah perjuangan bahasa Melayu sebelum merdeka Menerangkan pembaharuan yang dilakukan oleh pejuang bahasa Melayu Menjelaskan peranan institusi dan pertubuhan perjuangan bahasa Melayu Mengenalpasti fokus perjuangan bahasa di dalam kongres bahasa Melayu 6.1 Bahasa Melayu Zaman Kedatangan Islam 6.2 Peranan Perseorangan dan Pertubuhan 6.3 Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi 6.4 Raja Ali Haji 6.5 Mohd Said bin Hj Sulaiman 6.6 Za‟ba 6.7 Institusi dan Pertubuhan Bahasa P.Bm.P.B.D PASPAM Pejabat Karang Mengarang Pertubuhan Guru Melayu PBMUM ASAS 50 Kongres Bahasa Kata Kunci Ringkasan Rujukan

BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

  • Upload
    dzainor

  • View
    58

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bmm3112

Citation preview

Page 1: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

1

BAB 6: BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:

Memperihalkan perkembangan bahasa Melayu pada zaman kedatangan Islam

Mengenalpasti sejarah perjuangan bahasa Melayu sebelum merdeka

Menerangkan pembaharuan yang dilakukan oleh pejuang bahasa Melayu

Menjelaskan peranan institusi dan pertubuhan perjuangan bahasa Melayu

Mengenalpasti fokus perjuangan bahasa di dalam kongres bahasa Melayu

6.1 Bahasa Melayu Zaman Kedatangan Islam

6.2 Peranan Perseorangan dan Pertubuhan

6.3 Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi

6.4 Raja Ali Haji

6.5 Mohd Said bin Hj Sulaiman

6.6 Za‟ba

6.7 Institusi dan Pertubuhan Bahasa

P.Bm.P.B.D

PASPAM

Pejabat Karang Mengarang

Pertubuhan Guru Melayu

PBMUM

ASAS 50

Kongres Bahasa

Kata Kunci

Ringkasan

Rujukan

Page 2: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

2

Islam telah membawa huruf Arab dalam penulisan n bahasa Melayu dan berkembang menjadi

bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu yang dipinjam daripada perbendaharaan

kata bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang

berkaitan dengan falsafah, kesusasteraan, keagamaan dan dijadikan bahasa pengantar dalam

kegiatan dakwah Islam. Magellan telah mengatakan bahawa bahasa Melayu telah menjadi

bahasa lingua franca di alam Melayu dari Aceh hingga ke kepulauan Maluku.

Bahasa Melayu juga telah menjadi baku melalui penggunaannya dalam kitab-kitab agama

Islam yang dibaca oleh penduduk di alam Melayu. Pada zaman kedatangan Islam juga,

bahasa Melayu telah berkembang dalam pelbagai bidang yang sebelum ini ditulis dalam

bahasa Jawa. Melalui peminjaman daripada bahasa Arab, banyak istilah bidang teologi,

falsafah dan tasauf dikembangkan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa

rasmi dalam kerajaan-kerajaan di alam Melayu. Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16

ditulis dalam bahasa Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian raja-raja daripada

kerajaan Aceh juga menggunakan bahasa Melayu dalam urusan diplomatik untuk berhubung

dengan kerajaan asing.

Kedatangan Islam pada akhir abad ke-13 telah mempengaruhi keseluruhan cara hidup

masyarakat di Asia Tenggara khususnya alam Melayu. Zaman ini telah memberikan ciri baru

kepada bahasa Melayu, iaitu bentuk bahasa Melayu Klasik. Pengaruh agama Islam bukan

sahaja kelihatan dari aspek sosiobudaya malah seluruh kehidupan termasuklah unsur budaya

yang penting, iaitu bahasa. Abad ke-13 hingga abad ke-14 merupakan zaman peralihan di

alam Melayu. Apabila kita memperkatakan tentang pengaruh Islam terhadap bahasa Melayu,

terdapat tiga buah kerajaan Islam yang penting: Kerajaan Samudera-Pasai dan Kerajaan

Kesultanan Melaka.

Rajah 6.1 Peta menunjukkan

Kerajaan Samudera-Pasai

6.1 BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN ISLAM

Page 3: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

3

a) Kerajaan Samudera-Pasai

Kerajaan Samudera-Pasai didirikan di Sumatera Utara (Lihat 6.1). Kerajaan ini merupakan

kerajaan Islam pertama di Indonesia. Perkataan "Samudera" berasal daripada perkataan

Sanskrit, iaitu Samundra yang membawa pengertian "lautan". Pasai telah menjadi pusat

perdagangan yang masyhur sekitar abad ke-13 hingga abad ke-14. Pedagang-pedagang dari

Tanah Arab, China, India dan Eropah telah singgah ke negeri ini untuk berdagang. Pasai

dinyatakan di dalam buku Rihlah ilal-Masyriq (Pengembaraan ke Timur) oleh Abu Abdullah

ibn Battuta (1304-1368), seorang musafir Maghribi yang singgah di Pasai pada tahun 1345.

Pasai juga menjadi pusat penyebaran agama Islam dan tempat rujukan dalam menyelesaikan

masalah-masalah berkaitan Islam.

Banyak karya sastera Melayu telah dilahirkan misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai.

Kebanyakan karya berkisar tentang agama dan sastera. Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap

hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa

Melayu (tulisan Jawi). Namun demikian, tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis

kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan

pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan petikan

berikut:

Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama

masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah

diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini,

negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama

membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka

ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad

dan seorang namanya Raja Muhamad yang tua Raja

Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak

berbuat negeri di Samarlanga

Teks ini ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huruf Jawi pada lembaran-

lembaran berbentuk buku. Abad ke-13 juga merupakan permulaan bahasa Melayu Klasik yang

berkembang sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Samdera-Pasai. Bahasa Melayu Klasik

merupakan kesan langsung pengaruh agama Islam yang berkembang dengan pesat bertunjangkan

tulisan Jawi yang menggunakan aksara Arab. Ragam bahasa persuratan inilah yang menjadi bukti

wujudnya bahasa Melayu Klasik. Tradisi persuratan Melayu Klasik juga merupakan asas kepada

kemunculan bahasa Melayu baku khususnya dari segi tatabahasa yang lahir dalam penulisan klasik

sebagai sumber korpus data.

b) Kerajaan Kesultanan Melaka

Zaman penting bagi bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Zaman ini

bermula pada abad ke-13. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang

putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang antara tahun 1400 hingga

tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini

berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Beliau

menukarkan namanya kepada Megat Iskandar Shah. Agama Islam dijadikan sebagai agama

rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah.

Page 4: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

4

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang

terpenting di kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka

merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri

rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa

yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan

dunia". Faktor-fakor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju

adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun. Pedagang-pedagang dari

Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan

selamat untuk mereka ke laut semula

Islam mulai bertapak melalui kerajaan Melayu Melaka dan berjaya membina empayar yang

luas; dan meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini.

Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi

lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam

ke seluruh kepulauan Melayu. Bahasa Melayu juga telah mendapat bentuk tulisan baru, iaitu

tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk

mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam.

Prosa dalam bahasa Melayu yang terkenal ialah Sulalatus

Salatin atau Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah

karya dalam bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya

disusun pada tahun 1612. Prosa ini mengungkapkan beberapa

genre Melayu, iaitu pantun, syair puisi, gurindam dan seloka.

Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi. Sejarah Melayu

Sulalatus Salatin dianggap penting kerana karya ini

memberikan perincian tentang adat istiadat kerajaan, susunan

raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu.

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya

sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan

zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika Portugis menakluk

Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa

Pada kemuncak kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa

karya kesusasteraan yang dipengaruhi oleh tulisan Arab seperti

Hikayat Muhamad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah.

Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah

telah memberi semangat serta kekuatan kepada orang Islam untuk menentang musuh di

medan peperangan.

Hikayat Muhammad Hanafiah merupakan antara teks Melayu terawal. Hikayat ini mengisahkan kisah percintaan dan mengandungi kandungan mengenai aspek emosi, nilai kebudayaan dan nilai sosio politik. Hikayat ini sudah dikenali sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. Hikayat ini juga dikenali sebagai 'hikayat perang' kerana hampir keseluruhan isi hikayat penuh dengan kisah peperangan.

Page 5: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

5

Hikayat Amir Hamzah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Amir Hamzah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam. Ia ditulis kemungkinannya dari awal abad ke-16. Hikayat Amir Hamzah adalah merupai sebuah buku yang tebal mengandungi 90 bab. Hamzah adalah terkenal sebagai pahlawan Islam yang terbilang; keberanian dan jasa-jasanya di medan-medan perang

Proses perancangan bahasa di Malaysia boleh dibahagikan

kepada dua zaman iaitu, zaman sebelum merdeka dan zaman

selepas merdeka. Bab 6 membincang tentang perkembangan

bahasa Melayu sebelum merdeka sementara Bab 7 akan

membincang perkembangan selepas merdeka..

Sekiranya dilihat kepada zaman sebelum merdeka,

perkembangan bahasa menjadi sebahagian penting daripada

perjuangan kebangsaan orang-orang Melayu. Pada waktu itu,

pihak kerajaan Inggeris tidak membuat sebarang dasar untuk

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa

kebangsaan negara ini. Walaupun begitu, terdapat juga

kesedaran dalam kalangan pegawai British untuk

memperkembangkan bahasa Melayu.

O.T. Dusseck, seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu

sebelum merdeka memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong

dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau,

“...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta

manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar

di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu;

berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan

bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga

taraf bangsa kamu”. (The Straits Times, 1935.)

Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa

Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa

antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan kedaulatan bahasa itu.

Sebagai seorang pegawai British yang bertugas pada tahun 1935, beliau sendiri telah

menekankan tentang perlunya bahasa Melayu diperkembangkan.

Oleh yang demikian usaha perancangan bahasa datang dari keinsafan individu-individu

tertentu. Di antara langkah yang diambil oleh individu-individu tersebut ialah mengarang

buku, menubuhkan pelbagai persatuan, dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menegakkan

kedaulatan bahasa Melayu. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, pada abad ke-19 dalam zaman

pemerintahan British menyatakan pemerhatiannya tentang sikap dan pandangan orang

Melayu terhadap bahasa Melayu. Dalam bukunya, beliau mengatakan,

6.2 Peranan Perseorangan & Pertubuhan

O.T. Dusseck

Page 6: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

6

Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu

itu, belum sedar akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mahu belajar

bahasanya sendiri, dan tidak mahu menaruh tempat belajar bahasannya itu; maka mustahil

pada akal, adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirnya? Bukankah

segala bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya melainkan

orang Melayu?

Sikap dan pandangan Abdullah ini telah mempengaruhi fikiran orang Melayu pada zaman-

zaman selepasnya. Pandangan tersebut menyebabkan beliau diangggap sebagai Bapa

Kesusasteraan Melayu Moden. Beliau juga dianggap sebagai individu yang membawa

perubahan kepada bahasa Melayu. Lantaran kritikan Abdullah telah menyebabkan kesedaran

untuk memajukan bahasa Melayu dan kedudukannya di dalam masyarakat Semenajung telah

diperjuangkan. Tindakan memperjuangkan bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua

cara iaitu:

Secara Perorangan

Melalui Pertubuhan-Pertubuhan.

Dalam kedua-dua cara tersebut, surat khabar Melayu telah memainkan peranan yang penting

menyampaikan pendapat dan pandangan mereka tentang bahasa Melayu. Orang perorangan

yang menggunakan ruang akhbar itu terdiri daripada para wartawan dan guru Melayu.

Tulisan mereka menitikberatkan soal keelokan bahasa Melayu dan cara karang-mengarang.

Tulisan itu sesuai dengan tujuan akhbar yang hendak menghidupkan bahasa Melayu yang

terbiar itu.

Dalam tempoh masa di antara 1906 dan 1941, iaitu sebelum zaman Pendudukan Jepun,

pokok persoalan penulis dan pembaca adalah berkisar kepada isu agama sehingga

menimbulkan kaum muda dan kaum tua. Namun selepas itu, timbul pula kesedaran untuk

memperjuangkan persoalan ekonomi dan pelajaran. Pengaruh perkembangan bahasa Melayu

berlaku terus-menerus dalam bidang peristilahan, tata bahasa, perkamusan dan sebagainya.

Tindakan orang Melayu memperjuangkan bahasa Melayu melalui pertubuhan pula bermula

apabila Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) ditubuhan pada tahun 1888

di Johor. Pertubuhan tersebut dipimpin oleh Datuk Abdul Rahman bin Andak. Beliau

memberi sumbangan yang luas kepada perkembangan bahasa dan persuratan Melayu.

Pertubuhan ini tidak pula lama, dan mati beberapa tahun kemudian.

Terdapat sebuah lagi pertubuhan iaitu Persaudaraan Sahabat Pena (PSP) yang cenderung

kepada usaha-usaha bahasa dan persuratan Melayu. Pertubuhan ini mempunyai dua

cawangan iaitu di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Selepas pertubuhan tersebut,

hanya pada tahun 1949 baru tertubuh Sahabat Pena. Daripada penulisan ahli-ahlinya, jelas

bahasa kelihatan mereka hendak memberi sumbangan tenaga dan fikiran terhadap

perkembangan dan kesusasteraan Melayu.

Tujuan penulis-penulis tersebut telah menjadi tegas apabila mereka menubuhkan Angkatan

Sasterawan 50 (ASAS 50) pada tahun 1950. ASAS 50 bertujuan untuk mempelajari dan

menggubah atau mencipta hal-hal yang berkaitan dengan penulisan dan kebudayaan yang

Page 7: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

7

mengandungi aliran fikiran manusia dan aliran fikiran maju. Di samping itu, sehubungan

dengan bahasa dan sastera, ASAS 50 juga bertujuan untuk menyatukan dan memajukan

setiap usaha karang-mengarang dan memperbaiki bahasa dalam sastera Melayu, serta

menggubah, mencipta dan membina perkataan untuk memperkayakan bahasa Melayu. Kira-

kira tujuh minggu selepas penubuhan ASAS 50, Lembaga Bahasa Melayu ditubuhkan.

Lembaga ini ditubuhkan oleh guru-guru Melayu, iaitu pendukung bahasa Melayu yang cergas

di Singapura ataupun Semenanjung Tanah Melayu.

Selepas itu ditubuhkan pula Persatuan Angkatan Persuratan Melayu Baru iaitu pecahan

daripada ASAS 50. Namun persatuan ini tidak begitu berkembang. Persekutuan Bahasa

Melayu Universiti Malaya ditubuhkan dengan tujuan mengembangkan dan menggalakkan

penggunaan dalam kalangan mahasiswa.

Kegiatan pertubuhan-pertubuhan tersebut meliputi perkembangan bahasa Melayu dari segi

ejaan dan peristilihan hinggalah kepada pengangkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan Semenanjung Tanah Melayu. ASAS 50 juga telah mengorak langkah dengan

merasmikan penggunaan tulisan Rumi. Dalam kongres Bahasa dan Persuratan Melayu

Malaya Pertama pada tahun 1952 di Singapura yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan

dari Singapura dan Semenanjung, ASAS 50 telah mencadangkan supaya tulisan Rumi

dirasmikan penggunaannya. Namun begitu, Kongres tersebut hanya dapat memutuskan

bahasa kedua-dua tulisan Rumi dan Jawi dipakai dalam persuratan Melayu pada masa itu

sehingga keputusan lain dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-2

kemudiannya. Di dalam kongres tersebut, sebuah Jawatankuasa Tulisan telah dibentuk untuk

mengkaji aspek ejaan.

Pada tahun 1954, di dalam Kongres Kedua di Seremban, tulisan Rumi dirasmikan

pemakaiannya dalam persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi. Pada

tahun 1956 pula, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 telah diadakan. ASAS 50

menyediakan sebuah memorandum tentang Balai Pustaka, Penyatuan Bahasa Melayu dan

Bahasa Indonesia, Perkembangan Bahasa Melayu Sekarang dan Akan Datang, dan peranan

Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah.

Pada tahun 1956 pula, ASAS 50 menghantar sebuah memorandum kepada kerajaan tentang

Laporan Pelajaran 1956. Dalam memorandum tersebut, ASAS 50 memperjuangkan

kedudukan dan peranan Bahasa Melayu dalam pelajaran. Mereka mencadangkan supaya

wujud sebuah sekolah sahaja, yakni sekolah rendah, menengah dan tinggi dengan

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. ASAS 50 juga memperjuangkan

mengenai masalah kekurangan guru untuk mengajar bahasa Melayu. Untuk itu, ASAS 50

mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan Bahasa untuk menjamin kedudukan bahasa

Melayu. ASAS 50 juga mencadangkan agar nilai ekonomi diberikan kepada bahasa Melayu

dengan mengutamakan kelulusan dalam bahasa Melayu untuk memperoleh pekerjaan.

Berdasarkan huraian-huraian di atas, jelas bahawa usaha memperkembangkan bahasa Melayu

telah timbul sejak awal lagi. Kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi terus wujud dan diperkukuhkan dengan kehadiran tokoh-tokoh

bahasa seperti Abdullah bin Abdullah Kadir Munsyi, Raja Ali Haji, Mohd Said bin Haji

Sulaiman dan Za‟ba. Sekarang marilah kita halusi latar belakang tokoh-tokoh tersebut.

Page 8: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

8

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi telah menghasilkan karya

pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura

Terbakar. Abdullah Munsyi bukan sekadar memperlihatkan

perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya

kesusasteraan malahan juga beliau menyedari betapa

pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Namun, baginya, nahu

sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus

peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata apabila nahu

sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa

ibundanya bukan bahasa Melayu, dan tujuan membuat kajian

tersebut bukanlah berdasarkan ilmu melainkan kerana

kepentingan tertentu.

Karya Abdullah Munsyi Jilid 2 Puisi dan Ceretera

6.3 ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSYI

Abdullah Munsyi (1796-1854)

a) Aapakah pandangan Dusseck tentang bahasa Melayu?

b) Jelaskan dua cara bahasa Melayu diperjuangkan.

Berikan contoh-contoh.

Page 9: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

9

Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing hanyalah

merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam

bahasa Melayu. Itulah sebabnya beliau mengatakan,

Sebermula hendaklah engkau ketahui, janganlah tersalah

faham. Maka jikalau ada nahu bahasa Melayu itu nescaya

meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan engkau

sangkakan boleh menjadi pandai dalam pekerjaan karang-

mengarang. Maka sungguhpun diletakkan hukumannya maka

ada juga lagi beberapa perkataan yang tiada menurut hukum

itu. Umpamanya, jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh

puluh sahaja yang masuk dalam hukum itu, dan yang tiga puluh

itu di luarnya.

Di samping itu, jika kita bandingkan bahasa Melayu sebelum zaman Abdullah dan bahasa

yang digunakan oleh Abdullah nyatalah ada perkembangannya. Perhatikan bahasa yang

terdapat di dalam petikan yang berikut ini,

Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir munsyi

kepada tarikh sanat 1253 tahun. Maka bahawa sesungguhnya

kepada tahun ini adalah barang saudagar-saudagar orang Cina

dan orang Yahudi yang duduk dalam negeri Singapura, kira-

kira sepuluh dan dua belas orang, telah member sambutan

dagangan kepada Cina sampan pukat empat buah, kira-kira

empat lima puluh ribu ringgit banyaknya, akan dibawanya ke

negeri Pahang dan Terengganu dan Kelantan, Patani dan

Senggora.

Perkembangan bahasa Melayu yang diperlihatkan oleh Abdullah adalah sebagai

„menciptakan perkataan-perkataan atau ungkapan baru dalam bahasa Melayu untuk

mempercakapkan hal-hal atau benda-benda baru yang timbul kerana pertemuan antara

kebudayaan Timur dan Barat‟. Perkembangan bahasa yang dibawa oleh Abdullah tidaklah

menghairankan kerana ia mendapat pendidikan Inggeris manakala sasterawan sebelumnya

ramai yang mendapat pendidikan Arab.

Karya-karya Abdullah ialah Syair Singapura Terbakar (1830), Hikayat Kalilah dan Daminah

(terjemahan Tamil, (1835 ), Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri

(1837), Dawail-Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838), Hikayat

Abdullah (1843 ), dan Kisah Pelayaran Abdullah Ke Jedah (1854 ).

Page 10: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

10

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (1808 - 1870) atau lebih

dikenali sebagai Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah, serta

pujangga Melayu-Bugis, dan terutamanya pencatat pertama

dasar-dasar atabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman

Bahasa, buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu.

Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa

Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres

Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928. Beliau ialah salah

seorang sasterawan yang sezaman dengan Abdullah tetapi

mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza.

Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab mengekalkan bahasa

Melayu klasik yang banyak dipengaruhi oleh perkataan Arab,

seperti yang terdapat di dalam karya beliau yang terkenal

Tuhfat Al-Nafis. Walaupun buku ini dikatakan sangat lemah

dari segi penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang

sumber dan tahunnya, namun ia dapat dianggap sebagai suatu

penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah yang

lengkap.

Sesetengah orang juga berpendapat bahawa

Tuhfat dikarang terlebih dahulu oleh Raja Ahmad,

ayahnya yang juga merupakan sasterawan, dengan Raji Ali

Haji hanya meneruskan apa yang telah dimulai ayahnya.

Dalam bidang ketatanegaraan dan undang-undang, Raja

Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam (Undang-

undang dan Politik). Selain itu, beliau juga merupakan

penasihat kerajaan.

Bukunya yang berjudul Kitab Pengetahuan

Bahasa merupakan kamus loghat Melayu Johor-Pahang-

Riau-Lingga penggalan pertama serta kamus ekabahasa

yang pertama di Nusantara. Buku ini merupakan usaha

yang berkaitan dengan lapangan perkamusan. Buku ini

ditulis pada tahun 1858 tetapi diterbit buat pertama kalinya

pada tahun 1928 oleh Percetakan Al-Ahmadiah di

Singapura.

6.4 RAJA ALI HAJI

Raja Ali Haji (1808-1870)

Page 11: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

11

Raja Ali Haji juga pernah mengarang sejumlah gurindam yang terkenal dalam lapangan

sastera lama iaitu Gurindam Dua Belas. Gurindam ini diciptanya dalam dua belas fasa ; ada

fasal yang bersangkutan dengan soal-soal ibadat perseorangan, kewajipan raja-raja dan sifat-

sifat masyarakat. Ada pula fasal yang berkaitan dengan tugas orang tua terhadap anak

mereka, kewajipan anak kepada orang tua dan lain-lain lagi. Guridam-gurindam ini pernah

disiarkan dalam jurnal berbahasa Belanda iaitu Tijdschrift Voor Indische Taal Land-en

Volkenkunde No 2 pada tahun 1853 dengan judul De Twalf Spreukgeduchten.

Mejar Dato‟ haji Mohd Said bin Haji Sulaiman (1876-1955) ialah tokoh

persuratan Melayu Johor. Beliau lahir di Teluk Belanga, Singapura.

Dalam bidang persuratan Melayu, Mohd Said mula mengasah bakatnya

semasa bertugas di Pejabat Pos Besar iaitu dengan menghasilkan dua buah

karya bercorak Sejarah, Hikayat Queen Victoria dan Hikayat Johor dan

Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar. Beliau juga menulis makalah-

makalah untuk jurnal Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, majalah

terbitannya sendiri, Pelangi, yang diterbitkan pada tahun 1926 dan hanya

diterbitkan setahun sahaja oleh penerbitan Pakatan Bahasa Persuratan Buku

Diraja Johor atau Pakatan.

6.5 MOHD SAID BIN HAJI SULAIMAN

Gurindam Dua Belas karya

Raja Ali Haji

Mohd. Said bin Haji Sulaiman

1876-1955

a) Apakah pandangan Abdullah Munsyi tentang nahu bahasa Melayu?

b) Senaraikan penulisan Abdullah Munsyi.

c) Apakah sumbangan karya-kerya Raja Ali Haji kepada perkembangan bahasa

Melayu?

Page 12: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

12

Sumbangannya dalam persuratan Melayu terdiri daripada 16 buah buku yang meliputi bidang

perkamusan, nahu dan penggunaan bahasa, ejaan dan daftar kata, pengetahuan am, kisah-

kisah lawatan ke luar negeri, adat istiadat dan sejarah.

Karya-karyanya yang terkenal yang diusahakan untuk Pakatan termasuklah Buku Katan

(1936), sebuah buku perkamusan awal; Jalan bahasa Melayu (1937) dan beberapa daftar kata

dalam siri „gugus katan’. misalnya Gugus Katan Sanskrit-Melayu (1938) dan Gugus Katan

Inggeris-Melayu (1939). Sebahagian besar daripada buku ini diterbitkan dalam jurnal

Peredar.

Mohd Said hidup sezaman dengan beberapa tokoh persuratan Melayu lain; antaranya Za‟ba,

Syed Syeikh al-Hadi, Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu dan Abdul Rahim Kajai.

Beliau juga menulis dalam lima bidang, iaitu bahasa, sastera, sejarah, agama dan karya-karya

umum. Antara karya beliau ialah Pemimpin bagi Mentadbir Belanja dan Menyimpan Wang

(1924), Tawarikh dan Manusia (1935), Syair Alam dan Bangsa Melayu (1935), Begitu Dia

(Antologi Cerpen, 1939), Pohon Agama Islam(empat penggal, 1946), Penamaan bagi Nabi

Muhammad s.a.w (1950), dan Riwayat Johore Military Force (1952).

Pendeta Za‟ba (1895-1973) atau nama sebenar beliau, Zainal

Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh bahasa dan

pemikir Melayu yang terekenal. Beliau dilahirkan di

Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri

Sembilan. Za‟ba muncul sebagai seorang cendekiawan

Melayu pada sejak awal 1920-an lagi. Pada tahun 1916 Za'ba

mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru

sandaran di Johor Baharu. Rencana pertamanya berjudul

"Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan

dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za'ba adalah

keupayaannya mengabung

kesemua aspek dari bahasa,

kesusasteraan, agama,

ekonomi, pendidikan, dan

politik dalam penulisannya.

Beliau turut tekun menulis

mengenai kemunduran orang

Melayu yang menjadikan

kerajaan koloni British syak

terhadap hasil penulisan beliau. Ketika berkhidmat di Kolej

Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanya

menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam

Bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahasa tersebut

dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum.

6.6 ZA’BA

Za’ba

(1895-1973)

Page 13: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

13

Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis

semula penulisan rencana keagamaannya untuk diterbitkan

sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan

diterbitkan pada 1932. Di antara karya beliau yang terkenal

ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929),

Pelita Pengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar

Ejaan Melayu (1940), Jawi-Rumi (1938) dan tiga jilid dalam

siri Pelita Bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949).

Pada tahun 1956, Za‟ba mengetuai satu kongres yang penting

bagi perkembangan bahasa Melayu. Kongres Bahasa dan

Persuratan Melayu ketiga menyaksikan sumbangan Za‟ba

dalam aspek tulisan. Dalam pendahuluan Pelita Bahasa

Melayu Penggal 1 umpamanya, beliau menerapkan kerangka

nahu Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu.

Karya Za‟ba yang paling penting ialah Pelita Bahasa Melayu. Karya ini merupakan buku

nahu dan latihan penggunaan bahasa, diterbitkan dalam tiga penggal. Penggal 1 (PBM 1)

diterbitkan pada tahun 1940, Penggal 11 (PBM II) pada tahun 1946 dan Penggal III (PBM

III) pada tahun 1949. Ketiga-tiga penggal itu dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1962.

Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D)

Badan persuratan ini ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu yang bertujuan untuk

menggalakkan kegiatan persuratan Melayu. Nama asalnya ialah Pakatan Belajar-

Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.Bm.P.B.), dan ditubuhkan pada tahun 1888. Pengasasnya

ialah Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato' Seri Amar Diraja Johor). Antara kegiatan

utama P.Bm.P.B. ini ialah menganjurkan perbincangan dan penubuhan sebuah perpustakaan

sebagai pusat sumber bahasa (Melayu dan Inggeris).

Walaupun persatuan ini menjadi lembap sedikit pada akhir abad ke-19, namun telah

dihidupkan kembali oleh dato‟ Abdul Rahman pada 3 Januari 1904. Pada tahun 1935,

persatuan ini telah diberikan gelaran „Diraja‟ oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Ini

diikuti dengan pertukaran nama kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja

6.7 INSTITUSI DAN PERTUBUHAN PERJUANGAN BAHASA

a) Apakah jenis karya yang ditulis oleh Raja Ali Haji?

b) Siapakah Za’ba?

c) Nyatakan hasil karya Za’ba.

d) Mengapakah karya Za’ba Pelita Bahasa Melayu penting?

Page 14: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

14

Johor. P.Bm.P.B.D telah mengadakan berbagai-bagai kegiatan kebahasaan seperti

penghasilan buku tentang bahasa, sejarah, riwayat perjalanan dan kamus, serta menganjurkan

ceramah dan perjumpaan.

Usaha dalam bidang perkamusan merupakan usaha yang pertama dilakukan , melalui

penerbitan Buku Katan (1936). Buku ini yang dikarang oleh Dato‟ Haji Mohd Said dengan

bantuan beberapa orang ahli jawatankuasa merupakan koleksi lebih 100 000 patah perkataan

yang disusun mengikut abjad Jawi. Dalam bidang nahu pula, antara buku yang dihasilkan

ialah Jalan Bahasa Melayu (1937), Penokok dan Penambah (1939), dan Manual of Malay

Language and Grammar (1947). Terdapat juga beberapa penerbitan yang menggunakan

ungkapan „gugus katan‟ yang bermaksud senarai perkataan asing yang telah masuk ke dalam

bahasa Melayu dengan huraian maknanya. Antara buku-buku yang terhasil ialah Gugus

Katan Sanskrit-Melayu (1938), Gugus Katan Inggeris-Melayu (1939), Gugus Katan Jawa-

Melayu (1939) dan Gugus Katan Arab-Melayu (1939).

Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM)

PASPAM ditubuhkan pada April 1934 oleh Mohd Al-Khatib dan Arrifin Ishak melalui

ruangan Sahabat Pena. Perkembangan positif ruangan tersebut telah menarik minat Syed

Sheikh al-Hadi untuk mengembangkan lagi kegiatan “Sahabat Pena” atau “Persekutuan Pena”

dan akhirnya, namanya ditukar kepada Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM).

Tujuan penubuhannya adalah untuk:

Mengeratkan hubungan persaudaraan sesama ahli;

Menggalakkan penulisan dan pembacaan dalam bahasa Melayu; dan

Mendirikan perpustakaan.

Pada 11 November 1934, buat pertama kalinya PASPAM telah menganjurkan persidangan

orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada tahun 1938 pula, PASPAM telah menubuhkan

Lembaga Bahasa yang berpusat di Batu Pahat. Antara kegiatan mereka ialah:

Mengeluarkan buku-buku adat Melayu;

Mengeluarkan kamus Melayu;

Mengadakan peraduan karang-mengarang;

Mengeluarkan buku tahunan;

Menentukan ejaan yang tetap bagi ahli PASPAM; dan

Mereka perkataan baharu berdasarkan bahasa Inggeris.

Pejabat Karang Mengarang

Pejabat Karang Mengarang ini telah ditubuhkan dalam tahun 1924 sebagai jabatan di Maktab

Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Antara tujuan penubuhan Pejabat ini adalah untuk :

mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu ; dan

mengeluarkan bahan-bahan bacaan untuk masyarakat Melayu amnya.

Page 15: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

15

Pada peringkat awal penubuhannya Pejabat Karang Mengarang menumpukan perhatian

kepada kerja-kerja :

1. Menulis, menterjemah dan menyunting buku-buku pelajaran dan novel-novel moden

serta menyelenggarakan percetakkannya;

2. Menterjemah perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh Jabatan Kerajaan; dan

3. Melatih penterjemah-penterjemah baru.

Penterjemah adalah dipilih dari meraka yang telah lulus peperiksaan Seberang Laut.

Manakala penulis-penulis Melayu pula dipilih dari murid-murid yang telah lulus latihan tiga

tahun di Maktab Sultan Idris. Selain dari mengeluarkan buku-buku Sekolah iaitu ‟The Malay

School Series‟, Pejabat Karang Mengarang telah juga mengeluarkan satu siri buku-buku

kesusasteraan ringan untuk bacaan umum dalam ‟The Malay Home Library Series‟.

Pejabat Karang Mengarang ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

dengan bantuan Kerajaan Negeri-Negeri Selat. Pengetua Maktab Sultan Idris

bertanggungjawab tentang pentadbiran pejabat tersebut.

Pejabat Karang Mengarang ini telah diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari

ini dalam tahun 1957, kerana peranannya yang penting dalam perkembangan persekolahan

dan kesusasteraan Melayu. Selepas itu fungsinya disemak semula yang antara lain bertujuan

untuk:

Mengkaji semula penggunaan buku teks di sekolah Melayu dan mengeluarkan

sebanyak mungkin buku pelajaran baru;

Mengeluarkan bahan bacaan umum untuk masyarakat Melayu;

Mengeluarkan jurnal-jurnal bergambar;

Mengadakan perkhidmatan perpustakaan bergerak;

Mengedar dan menjual buku-buku teks ke kawasan-kawasan pedalaman.

Pejabat Karang Mengarang telah mencapai beberapa kejayaan dalam usaha memajukan

bahasa Melayu. Antaranya ialah:

Menerbitkan buku-buku sekolah. Sehingga tahun 1948, 85 judul buku berjaya

diterbitkan;

Menterjemahkan karta-karya Barat seperti Sang Lamri, cerita-cerita Sherlock Holmes,

Aladdin dengan Lampu Ajaib dan lain-lain;

Menerbitkan buku-buku siri perpustakaan sekolah dan umum;

Menerbitkan karya-karya Za‟ba seperti Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Bahasa

Melayu I, II dan III; dan Daftar Ejaan Melayu.

Pejabat Karang Mengarang ialah institusi penting dalam memajukan bahasa Melayu sebelum

peranannya diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pertubuhan-pertubuhan Guru-Guru Melayu

Beberapa persatuan guru Melayu telah ditubuhkan dalam tahun 1920-an. Antaranya ialah

Persatuan Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai. Di antara sumbangan penting

persatuan guru Melayu ialah dalam perkara-perkara berikut:

Pembentukan dasar pelajaran negara

Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan tunggal di Tanah Melayu

Page 16: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

16

Memajukan bahasa Melayu sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa utama Tanah

Melayu.

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) merupakan sebuah gerakan

mahasiswa yang aktif dalam perkembangan dan perjuangan bahasa, kesusasteraan serta

budaya Melayu. Gerakan penubuhannya bermula pada akhir tahun 1945 tetapi pada 29

Januari 1955 baharulah pertubuhan ini ditubuhkan. Tujuan PBMUM ini agak luas,

merangkumi bahasa, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu. Namun tujuan pokok

persatuan ini ialah:

Berusaha mengembangkan bahasa Melayu dan menggalakkan penggunaannya;

Memberi sumbangan yang konkrit untuk perkembangan serta kemajuan kesusasteraan

dan kekayaan perpustakaan Melayu;

Mengembangkan keseniaan dan kebudayaan Melayu;

Menggalak dan menjalankan pengajian dalam lapangan kesenian dan kebudayaan

Melayu.

Bagi melicinkan urusan penerbitan, PBMUM telah menubuhkan Jabatan Persuratan yang

bertanggungjawab dalam kerja-kerja pencetakan. Tugas jabatan ini ialah untuk menerbitkan

buku-buku cerita, pengetahuan dan menterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Melayu.

Antara penerbitan utama yang telah diusahakan ialah majalah Bahasa. Majalah ini telah

diterbitkan pada Januari 1957.

Nama ASAS 50 ialah singkatan daripada Angkatan Sasterawan 50. Ditubuhkan di Singapura

pada 6 Ogos 1950. Anggota-anggota ASAS 50 yang aktif terdiri daripada penulis, wartawan

dan guru-guru Melayu. ASAS 50 ialah pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar

sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu. Dalam

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 di Seremban pada 1 dan 2 Januari 1954, ASAS

50 menyokong usul kesatuan guru-guru Melayu Singapura supaya tulisan rumi dijadikan

tulisan rasmi. Pada tahun 1954, ASAS 50 menghantar memorandum mengenai tulisan rumi

sebagai tulisan rasmi kepada kerajaan. Pada 11 Jun 1956, ASAS 50 menghantar

memorandum kepada kerajaan, supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa umum dan bahasa

pengantar bagi semua peringkat, dari sekolah rendah ke peringkat pengajian tinggi. Apabila

Laporan Razak 1966 dikeluarkan ASAS 50 sekali lagi menghantar memorandum mendesak

supaya bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Kebangsaan.

a) Apakah sumbangan P.Bm.P.B kepada perkembangan bahasa Melayu?

b) Nyatakan aktiviti PASAM dalam perkembangan bahasa Melayu.

c) Apakah sumbangan Pejabat Karang Mengarang kepada perkembangan bahasa

Melayu?

Page 17: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

17

Keratan Akhbar tentang

Peranan ASAS 50

Pada tahun 1956 juga, di dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-3 di Singapura

dan di Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956, ASAS 50 mengemukakan

memorandum yang sangat penting, iaitu antaranya:

ditubuhkan Balai Pustaka (kini Dewan Bahasa dan Pustaka);

disatukan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia;

bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Peristiwa-peristiwa Penting Perancangan Bahasa Sebelum Merdeka

Kongres-Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu

Kongres-kongres ini adalah perhimpunan-perhimpunan penulis, peminat sastera, pencinta

bahasa dan budaya serta para cendekiawan yang mewakili badan-badan bahasa dan

persuratan Melayu dari seluruh negara. Pada mulanya, perhimpunan ini berlangsung kira-kira

dua tahun sekali. Tetapi setelah diadakan sebanyak tiga kali berturut-turut, jarak waktu

berlangsungnya kongres yang keempat terlalu lama. Sehingga kini, kongres tersebut telah

diadakan sebanyak empat kali. Tiga kali sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dan kali

terakhir pada kira-kira penghujung tahun 1984.

Kongres 1

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1 berlangsung pada 12 dan 13 April 1952 di Hotel

Sea View, Singapura. Ia merupakan pertemuan kali pertama cendekiawan bahasa Melayu

yang mewakili dua puluh satu badan bahasa dan persuratan Melayu di seluruh Tanah Melayu.

Di akhier pertemuan, suatu piagam telah dipersetujui bersama dan ditandatangani oleh ketua-

ketua perwakilan pada 13 April 1952. Butiran piagam tersebut adalah seperti berikut:

Page 18: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

18

Tujuan Kongres

Menyatukan sebarang usaha badan-badan persuratan Melayu di

Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara

Mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal mengenai

kemahuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak

pengarang-pengarang, sasterawan-sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu

Dalam kongres ini, satu keputusan telah dicapai iaitu “Kedua-dua tulisan Rumi dan Jawi

digunakan dalam persuratan Melayu pada masa ini sehingga didapati suatu keputusan lain

pada kongres yang kedua kelak”.

Kongres ke-2

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-2 berlangsung pada 1 dan 2 Januari 1954 di

Sekolah King Geogre V, Seremban. Ia merupakan lanjutan kongres pertama dan dihadiri oleh

wakil-wakil dua puluh empat badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh Persekutuan

Tanah Melayu. Beberapa keputusan yang berkaitan dengan pelbagai bidang telah

dipersetujui. Antaranya termasuklah:

Menganjurkan rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia;

Mendesak penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat

Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat

Bandaran dan pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat;

Menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam

bahagian-bahagian tia-tiap tahun;

Menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi;

Pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu;

Melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis

Filem

Dalam pada itu terdapat dua keputusan penting yang telah dicapai dalam kongres tersebut:

1. Tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan

Jawi sehingga masa yang akan menentukannya;

2. Menuntut kerajaan Persekutuan Tanah Melayu supaya membesarkan lagi Jabatan

Penterjemahan menjadi sebuah Balai Bahasa

yang lengkap.

Kongres ke-3

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3

berlangsung dari 16 hingga 21 September 1956 di

Johor Bahru dan Singapura. Ia dihadiri kira-kira 500

orang yang mewakili lima puluh sembilan buah badan

Page 19: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

19

bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh negara dan sejumlah pemerhati biasa. Beberapa

orang wakil rasmi dari Indonesian yang diketuai oleh Menteri Pendidikan, Pengajaran dan

Kebudayaan iaitu Profesor Prijana turut hadir. Rumusan-rumusan yang dicapai di dalam

kongres adalah seperti berikut:

Bersetuju menubuhkan Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu

Tanah Melayu;

Penubuhan Balai Pustaka dengan tujuan untuk;

o Pusat bagi menjaga hal-ehwal dan perkembangan bahasa dan persuratan

Melayu supaya asal usul bahasa Melayu dapay difahami dengan jelas serta

menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu

kelak

o Menyiasat, membongkar dan mengumpul semula serta memperhalusi hasil-

hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba

Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang berbeza-beza sedikit tentang ejaan dan

beberapa hal lain hendaklah disatukan. Ini memandangkan asal dan dasar bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris itu sama.

Untuk menyatukan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, satu Lembaga Bersama

Melayu-Indonesia hendaklah diadakan untuk mempelajari dan menyelenggara hal-hal

mengenai tatabahasa, istilah dan kamus, dan dengan ini hendaklah bekerjasama

dengan kerajaan;

Bahasa Melayu yang diakui sebagai bahasa kebangsaan hendaklah disempurnakan

keadaannya dan diamalkan sebagai bahasa rasmi negara;

Membentuk sebuah jawatankuasa kecil yang anggotanya terdiri daripada ahli-ahli seni

lukis dan pakar-pakar bahasa Melayu untuk:

o Membentuk perkataan-perkataan baru bagi menyatakan benda-benda dan

fikiran-fikiran baru dalam seni lukis;

o Mengambil terus perkataan-perkataan asing yang mudah sebutan dan

ejaannnya dengan tidak mengubah bunyi dan ejaannya itu. Mengambil

perkataan-perkataan asing yang keras sebutannya dan ganjil ejaannya dengan

memadankan bunyi menurut lidah dan ejaan Melayu

o Menyiasat dan menimbulkan semula perkataan-perkataan Melayu yang

sedia ada di dalam seni ukir dan lain-lain untuk penggunaan dalam lapangan

seni lukis.

Kongres ke-4

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-4 ini merupakan lanjutan kepada kongres ke-3

dan diadakan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Ia berlangsung dari 7 hingga 10

Disember 1984 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kongres ini merupakan usaha

kedua untuk menilai prestasi pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan secara menyeluruh.

Empat buah badan dan agensi yang terlibat dalam perjuangan bahasa seperti Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP), Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia dan

sebagainya terlibat di dalam kongres ini.

Kongres yang berlangsung selama empat hari ini tidak sahaja disertai oleh wakil badan-badan

bahasa tetapi juga dihadiri oleh orang-perorangan yang terdiri daripada para ahli dalam

Page 20: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

20

pelbagai bidang keilmuan. Perwakilan dari negara serantau seperti Brunei Darussalam,

Indonesia, Singapura dan Thailand juga menyertai kongres ini.

Kongres ini telah mengetengahkan tiga belas kertas kerja dan dikategorikan di bawah

beberapa sektor seperti Hasrat dan Cita-cita, Dasar dan Pelaksanaan dan sebagainya. Di

antara rumusan atau usul yang dicapai di dalam kongres ini termasuklah:

Meningkat imej bahasa Melayu sebagai bahasa bagi semua bidang. Maka untuk

itu, penulis-penulis ilmiah hendaklah mengutamakan dan memperbanyakkan

penulisan dalam bahasa Melayu;

Kegiatan menghasilkan tatabahasa dan bahan-bahan bahasa baku yang lain hendaklah

ditingkatkan supaya masyarakat tidak menghadapi kekeliruan bahasa. Kekurangan

kamus istilah hendaklah ditangani dengan segera;

Usaha penterjemahan karya ilmu dalam bahasa Melayu hendaklah dipergiatkan

supaya tradisi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat diperkukuh;

Pindaan dan peruntukan tambahan hendaklah dibuat dalam mana-mana undang-

undang, akta dan peraturan bagi memperkukuhkan pelaksanaan bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi;

Dalam peringkat perkembangan bahasa Melayu sekarang, Dewan Bahasa dan Pustaka

hendaklah mengkaji matlamatnya kembali, iaitu dengan menambah fungsinya selain

sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab bagi perkembangan dan pembinaan

bangsa dan sastera Melayu. Badan ini juga akan bertanggungjawab mendukung

kegiatan-kegiatan intelektual dan membangkitkan semula kebudayaan dalam bahasa

Melayu;

Usaha penyebaran karya sastera antara negara berbahasa Melayu mestilah digiatkan

dengan semangat yang ikhlas dengan memecahkan halangan-halangan yang bersifat

ekonomi, politik dan sebagainya;

Sistem dan strategi pengedaran bahan-bahan bercetak hendaklah disusun supaya

bahan bacaan bahasa Melayu dapat disebar-luaskan;

Bahasa Melayu dapat memenuhi fungsi intelektual, kesenian dan kebudayaan dan

ilmu pengetahuan. Adalah disarankan agar pertemuan yang lebih kerap diadakan bagi

memupuk kerjasama yang erat di antara para cendekiawan, ahli bahasa, sasterawan,

seniman dan budayawan negara berbahasa Melayu.

Islam telah membawa huruf Arab dalam penulisan n bahasa Melayu dan berkembang

menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu yang dipinjam daripada

perbendaharaan kata bahasa Arab dan Parsi.

Semasa kerajaan Samudera-Pasai, banyak karya sastera Melayu telah dilahirkan

misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai.

Page 21: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

21

Prosa dalam bahasa Melayu yang terkenal pada zaman kesultanan Melaka ialah

Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang.

Proses perancangan bahasa di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu,

zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka.

O.T. Dusseck, seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah

Melayu sebelum merdeka memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga

pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa.

Abdullah Munsyi bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu

tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga beliau menyedari betapa

pentingnya buku nahu bahasa Melayu.

Raja Ali Haji ialah pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui

Pedoman Bahasa, buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu.

Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM) ditubuhkan pada April 1934 oleh

Mohd Al-Khatib dan Arrifin Ishak melalui ruangan Sahabat Pena.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-2 berlangsung pada 1 dan 2 Januari 1954

di Seremban dan merupakan lanjutan kongres pertama dan dihadiri oleh wakil-wakil

dua puluh empat badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh Persekutuan Tanah

Melayu.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-4 bersetuju dengan menubuhkan

Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Tanah Melayu dan

penubuhan Balai Pustaka.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-4 yang berlangsung dari 7 hingga 10

Disember 1984 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur merupakan usaha

kedua untuk menilai prestasi pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan secara

menyeluruh.

Nama ASAS 50 ialah singkatan daripada Angkatan Sasterawan 50 dan ditubuhkan di

Singapura pada 6 Ogos 1950.

RUJUKAN

Asmah Haji Omar (1993) Susur Galur Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Asmah Haji Omar (1985). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus kepada

Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 22: BAB.6 Bahasa Melayu.sebelumMerdeka (2)

Bab 6: Bahasa Melayu sebelum Zaman Merdeka

22

Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz, Arb'ie Sujud (1997) Pengajian Melayu 1:

(Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Selangor: L.C.Marketing.

Khalid M.Hussain Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Hj.Abd.Aziz (1996) Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan).Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.