15
BAB 2 KLASIFIKASI AKAUN: Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Akaun Kontra 2.1 ASET Harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan

Bab 2 Klasifikasi Akaun

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 2 Klasifikasi Akaun

BAB 2 KLASIFIKASI AKAUN: Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil,

Belanja dan Akaun Kontra

2.1 ASET

Harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan

Page 2: Bab 2 Klasifikasi Akaun

Pengelasan Aset:

Aset

Aset bukan semasa Aset Semasa

Kenderaan, Lengkapan, Perabot,

Mesin, Premis,Alatan Pejabat dll.

Tunai, Bank, Penghutang, Stok,

Hasil terakru,Belanja terdahulu

dll

Page 3: Bab 2 Klasifikasi Akaun

2.2 LIABILITI

Merupakan tanggungan atau hutang perniagaan kepada pihak luar

Page 4: Bab 2 Klasifikasi Akaun

Pengelasan Liabiliti:

Liabiliti

Liabiliti bukan semasa Liabiliti Semasa

Pinjaman bank,Gadai janji

Pemiutang, Overdraf,Hasil terdahulu,

Belanja terakru, dll

Page 5: Bab 2 Klasifikasi Akaun

2.3 EKUITI PEMILIK

Merupakan hutang pihak perniagaan kepada pemiliknya kerana meminjamkan wang sebagai modal untuk memulakan

perniagaan

RUMUS EKUITI PEMILIK:1. Ekuiti Pemilik = Modal awal + Untung bersih – Ambilan

Atau

2. Ekuiti Pemilik = Modal awal – Rugi bersih – Ambilan

Page 6: Bab 2 Klasifikasi Akaun

2.4 Hasil

Merupakan pendapatan perniagaan berbentuk wang yang diterima atau wang yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh yang akan datang daripada jualan barang niaga atau perkhidmatan

yang ditawarkan.

Page 7: Bab 2 Klasifikasi Akaun

Pengelasan Hasil:

Hasil

Hasil Kendalian Perniagaan

Hasil Bukan KendalianPerniagaan

Diperolehi daripada aktiviti utama perniagaan iaitu

jualan barang niaga dan perkhidmatan

Diperolehi daripada aktiviti yang tidak berkaitan dengan aktiviti

utama perniagaan seperti dividenDiterima dan faedah diterima

Page 8: Bab 2 Klasifikasi Akaun

2.5 BELANJA

Merupakan kos barangan atau perkhidmatan yang digunakan dalam

proses memperolehi hasil sama ada yang dibayar atau yang akan dibayar

Page 9: Bab 2 Klasifikasi Akaun

Pengelasan Belanja

Belanja

Belanja Kendalian Belanja Bukan Kendalian

Belanja yang tidakberkaitan dengan aktiviti

utama perniagaan. Contoh: rugi atas jualanaset bukan semasa dll.

Belanja yang terlibat secara langsung dalam

aktiviti utamaPerniagaan. Contoh: Sewa, gaji, belanja am

Page 10: Bab 2 Klasifikasi Akaun

2.6 AKAUN KONTRA

Definisi Akaun Kontra:ialah akaun-akaun yang kesannya berlawanan dengan akaun induk kerana akaun ini akan mengurangkan nilai dalam akaun induknya.

Tujuan penyediaan akaun kontra untuk memperolehi nilai bersih bagi akaun-akaun induk.

Contoh : Akaun Diskaun Diberi, Akaun Diskaun Diterima, Akaun Pulangan Jualan, Akaun Pulangan Belian, Akaun Susut Nilai Terkumpul, Akaun Peruntukan Hutang Ragu dan Akaun Ambilan.

Page 11: Bab 2 Klasifikasi Akaun

2.7 CARTA AKAUN

Definisi:

carta yang menyenaraikan nombor dan tajuk semua akaun secara sistematik untuk kegunaan sistem perakaunan berkomputer. Ia juga dapat digunakan untuk perekodan dalam lejar am.

Contoh:

Nombor Jenis Akaun

1000 – 1999

2000 – 2999

3000 – 3999

4000 – 4999

5000 – 5999

6000 – 6999

7000 - 7999

Aset bukan semasa

Aset semasa

Liabiliti

Kos jualan

Hasil

Belanja

Ekuiti pemilik

Page 12: Bab 2 Klasifikasi Akaun

INVENTORIMaksud: Barang niaga yang dimiliki

dengan tujuan untuk dijual/digunakan sebagai bahan untuk diproses menjadi sesuatu produk.

Sistem Penilaian Inventori:1. Sistem Inventori Berkala

Inventori tidak direkodkan secara terperinci (diamalkan oleh perniagaan bersaiz kecil)

2. Sistem Inventori Berterusan Inventori direkodkan secara terperinci (diamalkan

oleh perniagaan bersaiz besar)

Page 13: Bab 2 Klasifikasi Akaun

2.8 PERSAMAAN PERAKAUNAN

Persamaan Perakaunan Tanpa Mengambil Kira Hasil dan Belanja

Persamaan Perakaunan Dengan Mengambil Kira Hasil dan Belanja

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Aset = Liabiliti + Ekuiti PemilikAset = Liabiliti + Modal + Untung bersihAset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja

Page 14: Bab 2 Klasifikasi Akaun

2.9 SISTEM CATATAN BERGU

Merupakan satu sistem yang merekodkan setiap urus niaga perniagaan secara sistematik. Setiap urus niaga akan

direkod dalam sekurang-kurangnya dua akaun lejar yang berasingan dengan amaun yang sama iaitu satu akaun

didebitkan manakala satu akaun lagi dikreditkan.

Page 15: Bab 2 Klasifikasi Akaun

TAMAT