50
Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

  • Upload
    nav2000

  • View
    113

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra :bab 2 Prinsip akaun

Citation preview

Page 1: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN:

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA

& AKAUN KONTRA

Page 2: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.1 ASET

Definisi: Merupakan sumber ekonomi (barangan bernilai)

yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah kepada

organisasi dari segi pengendalian aktiviti atau untuk dijual

semula.

Boleh berbentuk fizikal (aset nyata) dan bukan fizikal (aset

tidak nyata).

Terbahagi kepada dua jenis:

a) Aset Semasa

b) Aset Bukan Semasa

Page 3: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.1 b) Pengelasan Aset

Aset Semasa Aset Bukan Semasa

Ciri-ciri -Mudah ditukar menjadi wang

tunai (mudah dijual).

-Untuk dijual atau untuk

pembuatan barang.

-Digunakan dalam tempoh satu

tahun atau satu tempoh

perakaunan.

-Tidak mudah ditukar menjadi

wang tunai (sukar dijual).

-Bukan untuk dijual semula.

-Tempoh penggunaan melebihi

setahun atau lebih dari satu

tempoh perakaunan.

Contoh Tunai di tangan

Tunai di bank

Stok barang niaga / stok bahan

mentah

Penghutang

Belanja terdahulu

Hasil terakru

Premis (bangunan)

Tanah

Kenderaan

Perabot

Alatan pejabat

Mesin

Loji

Page 4: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.2 LIABILITI

Definisi: Merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar

yang perlu dijelaskan. Hutang ini mungkin muncul daripada

urusan pembelian barang niaga, perkhidmatan atau

pinjaman wang.

Liabiliti boleh terdiri daripada orang perseorangan

(pemiutang) atau institusi kewangan yang memberi

kemudahan kredit kepada perniagaan.

Pemiutang yang muncul daripada urusan pembelian barang

niaga secara kredit dikenali sebagai pemiutang dagangan,

manakala pemiutang yang muncul daripada sebab-sebab

yang lain dikenali sebagai pemiutang bukan dagangan.

Page 5: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.2 b) Pengelasan Liabiliti

Liabiliti Semasa Liabiliti Bukan Semasa

Ciri-ciri -Hutang perniagaan yang perlu

dijelaskan dalam satu tahun /

satu tempoh perakaunan.

-Hutang perniagaan yang akan

dibayar balik dalam tempoh

melebihi satu tahun / melebihi

satu tempoh perakaunan.

Contoh Pemiutang

Overdraf bank

Pinjaman jangka pendek

Belanja terakru

Hasil terdahulu

Pinjaman bank (jangka panjang)

Gadai janji

Page 6: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.3 EKUITI PEMILIK

Definisi: Ekuiti pemilik atau modal ialah jumlah pelaburan

atau kepentingan pemilik di dalam perniagaan. Ia

merupakan tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan.

Tuntutan di sini bermaksud, apabila pemilik melaburkan

modal ke dalam perniagaan, dia mengharapkan perniagaan

dapat membalas dengan memberi keuntungan kepadanya.

Ekuiti pemilik merangkumi:

Modal asal yang dilaburkan + Keuntungan terkumpul yang

tidak diagihkan

Page 7: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.3 b) Komponen Ekuiti Pemilik

Ekuiti Pemilik Akan BERTAMBAH

apabila:

Akan BERKURANG

apabila:

1.Pemilik memasukkan modal

tambahan

Pemilik membuat ambilan

2.Perniagaan beroleh

keuntungan

Perniagaan mengalami

kerugian

Nota:

Ambilan bermaksud pemilik mengambil aset perniagaan

(barang atau tunai) untuk kegunaan peribadi.

Page 8: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.4 Hasil

Definisi: Wang yang diterima atau yang akan diterima

daripada jualan barang atau perkhidmatan.

Hasil mungkin boleh diterima dalam bentuk komisen,

sewa, faedah simpanan, dividen dan lain-lain.

Terbahagi kepada dua jenis:

a) Hasil Kendalian

b) Hasil Bukan Kendalian

Page 9: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.4 b) Pengelasan Hasil

Hasil Kendalian Hasil Bukan Kendalian

Maksud -Hasil yang diperoleh daripada

aktiviti utama perniagaan.

-Hasil yang diperoleh daripada

aktiviti selain aktiviti utama

perniagaan.

Contoh -Jualan barang niaga (jika

perniagaan menjual barangan)

-Penerimaan daripada

perkhidmatan (jika perniagaan

menyediakan perkhidmatan)

-faedah atas simpanan

-sewa diterima

-dividen pelaburan

-untung daripada jualan aset

bukan semasa terpakai (contoh:

jualan perabot pejabat terpakai)

Page 10: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.5 Belanja

Definisi: Belanja ialah wang yang dibayar atau yang akan

dibayar pada masa hadapan (kos pemerolehan barang atau

perkhidmatan) kesan daripada aktiviti pengendalian

perniagaan.

Belanja adalah termasuk kos belian stok, gaji pekerja,

bayaran bil elektrik dan air, insurans kedai dan lain-lain.

Terbahagi kepada dua jenis:

a) Belanja Kendalian

b) Belanja Bukan Kendalian

Page 11: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.5 b) Pengelasan Belanja

Jenis Kategori Contoh

Belanja

Kendalian

Kos Jualan Belian barang niaga untuk dijual

Angkutan masuk

Duti atas belian

Insurans atas belian

Operasi jualan Gaji & Komisen jurujual

Iklan

Angkutan keluar

Pentadbiran &

Belanja Am

Gaji pengurus

Insurans

Kadar bayaran (belanja elektrik, air, telefon)

Kewangan Faedah atas pinjaman

Hutang lapuk

Belanja

Bukan

Kendalian

Rugi daripada jualan aset bukan semasa

Kecurian

Rugi luar biasa daripada bencana alam dan kebakaran

Page 12: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.6 Akaun Kontra

Definisi: Akaun yang akan mengurangkan nilai dalamakaun induk. Akaun Kontra memberikan nilai bersih bagiakaun-akaun induk tersebut.

Pengelasan Akaun Kontra:

Akaun Kontra Akaun Induk (yang dikurangkan nilai)

-Susut Nilai Terkumpul -Akaun Bukan Semasa

-Peruntukan Hutang Ragu -Penghutang

-Pulangan Jualan -Jualan

-Pulangan Belian -Belian

-Diskaun Diberi -Jualan

-Diskaun Diterima -Belian

-Ambilan -Modal

Page 13: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.7 Carta Akaun

Definisi: Carta akaun adalah satu senarai tajuk dannombor akaun secara sistematik yang digunakan dalamsistem perakaunan berkomputer.

Pengelasan akaun dibuat mengikut jenis akaun sepertikategori aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja dankontra.

Biasanya, carta akaun disusun mengikut tertib akaun-akauntersebut muncul di dalam penyata kewangan, akaun-akaunPenyata Pendapatan diikuti akaun-akaun Kunci Kira-kira.

Kod untuk carta akaun boleh menggunakan nombor atauabjad sahaja (aplhabetical atau numeric), atau gabungankedua-duanya (alpha-numeric).

Page 14: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.7 Carta Akaun (sambungan)

Contoh: Akaun-akaun kategori aset mungkin dikelaskan

menggunakan kod 1000.

Kod Item

1000

1001

1002

1003

1004

Aset

Tunai

Bank

Kenderaan

Penghutang

Penerangan: Dalam contoh ini, Kod 1000

digunakan untuk mewakili akaun-akaun

jenis Aset di dalam sistem perakaunan.

Jika akaun aset baru hendak ditambah di

dalam sistem, kod akaun tersebut mesti

diletakkan sebagai 1xxx (bermula

dengan nombor 1). Kod 1000 tidak

digunakan untuk akaun aset sebenar,

hanya untuk mewakili kategori aset.

Page 15: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.7 b) Fungsi Carta Akaun

Carta akaun adalah satu senarai akaun yang digunakan

bagi memudahkan pengeposan urusniaga ke lejar secara

konsisten.

Carta akaun berfungsi sebagai tapak (base) untuk

menukar nama, menambah akaun dan memberi maklumat

tambahan kepada akaun yang ditambah.

Bagi sistem perakaunan berkomputer, carta akaun adalah

perlu supaya perisian dapat mengenalpasti akaun.

Page 16: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.7 c) Penyediaan Carta Akaun

1. Kenalpasti semua akaun berdasarkan urus niaga.

2. Bandingkan senarai akaun yang dibuat dengan senarai

akaun seperti di dalam perisian perakaunan.

3. Semak semula nama akaun, klasifikasi akaun serta

maklumat tambahan lain.

4. Masukkan maklumat carta akaun ke dalam sistem

perisian perakaunan

Page 17: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.7 d) Inventori

Definisi: Juga dikenali sebagai stok, inventori merujuk

kepada semua item yang menjadi barang niaga bagi

sesebuah perniagaan.

Bagi perniagaan menjual barang, inventori terdiri daripada

barang siap yang dibeli untuk dijual semula.

Bagi perniagaan pembuatan barang, inventori terdiri

daripada inventori bahan mentah, inventori kerja dalam

proses dan inventori barang siap.

Sistem penilaian inventori:

a) Sistem Inventori Berkala

b) Sistem Inventori Berterusan

Page 18: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

a) Sistem Inventori Berkala

Tiada rekod terperinci disimpan mengikut sistem ini bagi

mengesan semua inventori yang diterima atau yang

dikeluarkan.

Pengiraan fizikal (mengira inventori satu per satu) dibuat

untuk menentukan nilai dan kuantiti inventori akhir

(inventori yang masih dalam simpanan).

Biasanya digunakan oleh perniagaan barangan runcit. Juga

digunakan di kebanyakan koperasi sekolah.

Page 19: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

b) Sistem Inventori Berterusan

Rekod yang terperinci disimpan bagi mengesan

pergerakan inventori yang diterima dan juga yang

dikeluarkan.

Buku Rekod Inventori atau Kad Lejar Stok digunakan

untuk merekod pergerakan inventori.

Kelebihan sistem ini ialah kuantiti dan nilai inventori dapat

diperolehi pada bila-bila masa dengan merujuk kepada

Buku Rekod Inventori.

Page 20: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 Persamaan Perakaunan

Ingat kembali!

Aset: Sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah

organisasi perniagaan.

Liabiliti: Hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu

dijelaskan.

Ekuiti Pemilik:Tuntutan pemilik terhadap aset

perniagaan (modal yang dilaburkan pemilik).

Bagaimanakah perhubungan ketiga-tiga item dia atas

dihubungkan di dalam perakaunan?

Page 21: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 a) Persamaan Perakaunan (tanpa hasil

dan belanja).

Pemilikan aset oleh sesebuah organisasi perniagaan boleh

dibiayai sama ada oleh pihak luar (liabiliti) atau pemilik

(ekuiti pemilik). Perkaitan ini ditunjukkan di dalam

persamaan perakaunan seperti di bawah:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Semua aset

yang dimiliki

oleh

perniagaan

Sumber pembiayaan

bagi pemilikan aset

Page 22: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Persamaan ini bermula pada RM0 pada kedua-dua belah

persamaan, iaitu sebelum perniagaan dimulakan.

Persamaan perakaunan ketika ini adalah seperti berikut;

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

RM0 = RM0

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Page 23: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 1: Rozi memulakan perniagaan denganmemasukkan modal RM10 000.

Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

Analisis: Perniagaan menerima tunai (aset) yang dibawa masuk oleh pemilik. Jadi asetbertambah RM10 000 dan modal juga bertambah RM10 000. Liabiliti pada ketika initidak menerima kesan.

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Aset = Liabiliti +Ekuiti

Pemilik

Tunai Modal

1. +RM10 000 +RM10 000

b/b RM10 000 = RM10 000

Page 24: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 2: Perniagaan meminjam tunai RM5 000

daripada Bank Bumiputeri.

Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

Analisis: Perniagaan menerima tunai daripada pinjaman bank. Jadi aset bertambah

RM5000 dan liabiliti (perniagaan berhutang dengan bank) juga bertambah RM5000.

Aset = Liabiliti +Ekuiti

Pemilik

Tunai Pinjaman Modal

1. +RM10 000 +RM10 000

2. +RM5 000 +RM5 000

b/b RM15 000 = RM5 000 + RM10 000

Page 25: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 3: Perniagaan membeli perabot secara tunai

RM3000.

Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

Analisis: Pembelian perabot (aset) dibiayai oleh aset yang lain (tunai). Jadi kesan

urusniaga hanya berlaku disebelah aset sahaja, dan keseimbangan dikekalkan.

Aset = Liabiliti +Ekuiti

Pemilik

Tunai Perabot Pinjaman Modal

1. +RM10 000 +RM10 000

2. +RM5 000 +RM5 000

3. -RM3 000 +RM3000

b/b RM12 000 RM3 000 = RM5 000 + RM10 000

Page 26: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 4: Perniagaan membeli van bernilai RM16 000 secara kredit.

Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

Analisis: Perniagaan membeli kenderaan dan dibiayai oleh pemiutang. Jadi, asetbertambah RM16000 dan liabiliti (pemiutang) bertambah RM16000.

Aset = Liabiliti +Ekuiti

Pemilik

Tunai Perabot Van Pinjaman Pemiutang Modal

1. +RM10 000 +RM10000

2. +RM5 000 +RM5000

3. -RM3 000 +RM3000

4. +RM16000 +RM16000

b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 = RM5 000 RM16 000 + RM10 000

Page 27: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 5: Pemilik membawa masuk komputer bernilai

RM2500 ke dalam perniagaan.

Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

Analisis: Sebarang aset yang dibawa masuk oleh pemilik ke dalam perniagaan direkod

sebagai modal tambahan. Jadi, perniagaan akan mengalami peningkatan aset dan juga

modal pada nilai RM2 500.

Aset = Liabiliti +Ekuiti

Pemilik

Tunai Perabot Van Komputer Pinjaman Pemiutang Modal

1. +RM10 000 +RM10000

2. +RM5 000 +RM5000

3. -RM3 000 +RM3000

4. +RM16000 +RM16000

5. +RM2500 +RM2500

b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 = RM5 000 RM16 000 + RM12500

Page 28: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 6: Membeli inventori barang niaga bernilai RM6500

secara kredit.

Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

Aset = Liabiliti +Ekuiti

Pemilik

Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal

1. +RM10 000 +RM10000

2. +RM5 000 +RM5000

3. -RM3 000 +RM3000

4. +RM16000 +RM16000

5. +RM2500 +RM2500

6. +RM6500 +RM6500

b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

Page 29: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

mengambil kira hasil dan belanja).

Anda telah mempelajari persamaan perakaunan yang asas:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Anda juga telah mempelajari bahawa Ekuiti Pemilik akan

meningkat apabila perniagaan memperoleh keuntungan.

Persamaan perakaunan akan dikembangkan menjadi:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung

Anda juga telah mempelajari cara pengiraan untung yang asas

iaitu hasil tolak belanja. Masukkan ke dalam persamaan:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja

Page 30: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

Sekarang, persamaan perakaunan juga akan menerima

kesan akibat perubahan kepada hasil dan juga belanja.

Menyambung contoh yang sebelum ini, kita akan melihat

kesan urusniaga yang melibatkan hasil dan belanja ke atas

persamaan perakaunan.

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

mengambil kira hasil dan belanja).

Page 31: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

mengambil kira hasil dan belanja).

Imbas kembali, baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik

dalam contoh sebelum ini:

Apabila melibatkan hasil dan belanja, satu lajur baru

(hasil/belanja) perlu ditambah.

Aset = Liabiliti +Ekuiti

Pemilik

Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal

b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /

Belanja

b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

Page 32: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

mengambil kira hasil dan belanja).

Urusniaga 7: Menjual inventori barang niaga berkos

RM700 pada harga RM850 secara tunai.

Analisis: Perniagaan menjual inventori, jadi inventori berkurang pada harga kos

(RM700). Tunai bertambah RM850, iaitu pada harga jualan. Perbezaan antara harga

jualan dan kos (positif RM150) adalah untung

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /

Belanja

b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

7. + RM850 - RM700 +RM150

b/bRM12850 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 RM22 500 + RM12500 RM150

Page 33: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

mengambil kira hasil dan belanja).

Urusniaga 8: Membayar sewa kedai berjumlah RM900

secara tunai.

Analisis: Sewa yang dibayar merupakan belanja kendalian. Ia akan dimasukkan sebagai

nombor negatif (- RM900) di dalam lajur hasil / belanja. Tunai juga akan berkurangan

pada nilai yang sama.

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /

Belanja

b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

7. + RM850 - RM700 +RM150

8. - RM900 - RM900

b/bRM11950 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 RM22 500 + RM12500 - RM750

Page 34: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

mengambil kira hasil dan belanja).

Urusniaga 9: Membayar pemiutang RM2250 dan menerima

diskaun RM250.

Analisis: Aset tunai akan berkurang RM2250, diskaun diiktiraf sebagai hasil RM250

dan pemiutang berkurang pada nilai RM2500 (RM2250+RM250)

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /

Belanja

b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

7. + RM850 - RM700 +RM150

8. - RM900 - RM900

9. - RM2250 - RM2500 + RM250

b/bRM 9700 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 RM20000 + RM12500 - RM500

Page 35: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(tanpa hasil dan belanja)

Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan

memberi kesan kepada sekurang-kurangnya dua

akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun

dikreditkan.

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Akaun

DEBIT

Akaun-akaun

KREDIT

Page 36: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(tanpa hasil dan belanja)

Pengenalan kepada debit dan kredit.

Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun. Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri) dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan. Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri) atau di sebelah kredit (kanan).

Istilah ‘debit’ berasal daripada perkataan Latin ‘debitum’ dan diringkaskan sebagai ‘dt’ manakala kredit berasal daripada perkataan Latin ‘credere’ dan diringkaskan sebagai ‘kt’.

Page 37: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(tanpa hasil dan belanja)

Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun ‘T’:

Nama Akaun

Debit

Catatan di sebelah kiri akaun

Kredit

Catatan di sebelah kanan akaun

Akaun aset, yang mewakili sumber-

sumber yang digunakan oleh

perniagaan, merupakan akaun debit.

Peningkatan baki dalam akaun

tersebut dibuat melalui catatan di

sebelah debit, manakala pengurangan

baki dibuat melalui catatan di sebelah

kredit.

Akaun liabiliti dan ekuiti pemilik

yang mewakili sumber-sumber dana

bagi perniagaan, merupakan akaun

kredit.

Peningkatan baki dalam akaun

tersebut dibuat melalui catatan di

sebelah kredit, manakala

pengurangan baki dibuat melalui

catatan di sebelah debit.

Page 38: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(tanpa hasil dan belanja)

Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun:

Debit = Kredit

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Peningkatan – Debit

Pengurangan – Kredit

Peningkatan – Kredit

Pengurangan – DebitAset bukan semasa

- kenderaan

- bangunan

- perabot

- alatan pejabat

Liabiliti bukan semasa

- pinjaman bank

- gadai janji

- modal

- modal tambahan

Aset semasa

- tunai & bank

- penghutang

- stok

- belanja terdahulu

- hasil terakru

Liabiliti semasa

- pemiutang

- overdraf bank

- belanja terakru

- hasil terdahulu

Page 39: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(tanpa hasil dan belanja)

Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatanbergu, adalah penting untuk anda:

a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat.

b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama adaianya aset, liabiliti & ekuiti pemilik.

c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atasakaun-akaun yang terlibat (berlaku peningkatan bakiatau pengurangan baki), dan rekodkan sama ada debit atau kredit.

Page 40: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(tanpa hasil dan belanja)

Contoh Perekodan:

Urusniaga 1: Rozi memulakan perniagaan dengan

memasukkan modal RM10 000 ke dalam bank.

Analisis urusniaga:

- Aset (bank) meningkat – akaun didebitkan.

- Ekuiti Pemilik (modal) meningkat – akaun dikreditkan.

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Bank

Modal

(memulakan perniagaan)

10 000

10 000

Page 41: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(tanpa hasil dan belanja)

Contoh Perekodan:

Urusniaga 2: Perniagaan meminjam tunai RM10 000

daripada Bank Bumiputeri.

Analisis urusniaga:

- Aset (tunai) meningkat – akaun didebitkan.

- Liabiliti (pinjaman) meningkat – akaun dikreditkan.

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Tunai

Pinjaman(membuat pinjaman bank)

10 000

10 000

Page 42: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(tanpa hasil dan belanja)

Contoh Perekodan:

Urusniaga 3: Perniagaan membeli perabot secara tunai

RM3000.

Analisis urusniaga:

- Aset (perabot) meningkat – akaun didebitkan.

- Aset (tunai) berkurang – akaun dikreditkan.

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Perabot

Tunai(beli perabot secara tunai)

3 000

3 000

Page 43: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(tanpa hasil dan belanja)

Contoh Perekodan:

Urusniaga 4: Perniagaan membeli van bernilai RM16 000

secara kredit daripada Chong Motors.

Analisis urusniaga:

- Aset (kenderaan) meningkat – akaun didebitkan.

- Liabiliti (pemiutang) meningkat – akaun dikreditkan.

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Kenderaan

Chong Motors(beli van secara kredit)

16 000

16 000

Page 44: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(tanpa hasil dan belanja)

Contoh Perekodan:

Urusniaga 5: Pemilik membawa masuk komputer

bernilai RM2500 ke dalam perniagaan.

Analisis urusniaga:

- Aset (alatan pejabat) bertambah – akaun didebitkan.

- Ekuiti pemilik (modal) bertambah – akaun dikreditkan.

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Alatan pejabat

Modal(pemilik membawa masuk

komputer)

2 500

2 500

Page 45: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(dengan hasil dan belanja)

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih

Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil – Belanja

Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut:

Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil

Akaun-akaun

DEBIT

Akaun-akaun

KREDIT

Page 46: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(dengan hasil dan belanja)

Debit = Kredit

Aset + Belanja = Liabiliti +Ekuiti

Pemilik+ Hasil

Peningkatan – Debit

Pengurangan – Kredit

Peningkatan – Kredit

Pengurangan – Debit

Aset bukan

semasa

- kenderaan

- bangunan

- perabot

- alatan pejabat

Belanja

kendalian dan

bukan

kendalian.

- belian

- sewa dibayar

- gaji & upah

- dan lain-lain

Liabiliti

bukan semasa

- pinjaman bank

- gadai janji

- modal

- modal

tambahan

Hasil

kendalian dan

bukan

kendalian

- jualan

- hasil

perkhidmatan

- sewa diterima

- komisen

diterima

- dan lain-lain

Aset semasa

- tunai & bank

- penghutang

- stok

- belanja

terdahulu

- hasil terakru

Kontra

kepada ekuiti

- ambilan

Liabiliti

semasa

- pemiutang

- overdraf bank

- belanja

terakru

- hasil

terdahulu

Page 47: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(dengan hasil dan belanja)

Urusniaga 6: Membeli inventori barang niaga bernilai

RM6500 secara kredit daripada Aneka Mart.Catatan: Menggunakan sistem catatan bergu, pembelian inventori barang niaga akan

direkodkan ke Akaun Belian (sebagai belanja), bukannya ke dalam akaun inventori seperti

dipelajari sebelum ini.

Analisis urusniaga:

-Kos inventori (belian) meningkat – akaun didebitkan.

-Liabiliti (pemiutang) meningkat – akaun dikreditkan.

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Belian

Aneka Mart(belian barang niaga secara

kredit)

6 500

6 500

Page 48: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(dengan hasil dan belanja)

Urusniaga 7: Menjual inventori barang niaga pada harga

RM1000 kepada Kedai Talib.Catatan: Jualan inventori barang niaga akan direkod ke Akaun Jualan sebagai hasil (kos

tambah tokokan), bukannya sebagai pengurangan dalam inventori seperti dipelajari sebelum

ini.

Analisis urusniaga:

-Aset (penghutang) meningkat – akaun didebitkan.

-Hasil (jualan) meningkat – akaun dikreditkan.

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Kedai Talib

Jualan(jualan barang niaga secara

kredit)

1 000

1 000

Page 49: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(dengan hasil dan belanja)

Urusniaga 8: Membayar sewa kedai berjumlah RM900

secara tunai.

Analisis urusniaga:

-Belanja (sewa) meningkat – akaun didebitkan.

-Aset (tunai) berkurang – akaun dikreditkan.

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Sewa

Tunai(bayar sewa kedai)

900

900

Page 50: Tajuk 2 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

2.9 Sistem Catatan Bergu

(dengan hasil dan belanja)

Urusniaga 9: Membayar penuh hutang kepada Aneka

Mart secara tunai dan menerima diskaun tunai RM500.

Analisis urusniaga:

-Liabiliti (pemiutang) berkurang – akaun didebitkan.

-Aset (tunai) berkurang – akaun dikreditkan.

-Hasil (diskaun) bertambah – akaun dikreditkan.

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Aneka Mart

Tunai

Diskaun diterima(menjelaskan hutang kepada

Aneka Mart)

6 500

6 000

500