45
1.0 Pengenalan Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang berketerampilan dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan

Assgment Bmm Blum Siap 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bmm

Citation preview

1.0 PengenalanBahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang berketerampilan dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMSR) [Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), 2001] telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan. Oleh itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyediakan dokumen sebagai garis panduan kurikulum untuk semua sekolah dibawah KPM. Tugasan ini akan dimuatkan dengan perkara-perkara penting yang terdapat dalam sukatan pelajaran BMSR.

RUKUN NEGARA

Nota:Malaysia mendukung cita-cita berdasarkan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;melihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN

Nota: Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran menyeluruh agar berkualiti dan berkeupayaan mengendali dan membangunkan nagara tanpa mengenepikan sahsiah dan keagamaan.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah bertujuan untuk:

Nota: Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu merupakan perincian kepada kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan berfungsi sebagai panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi matlamat, objektif, Organisasi Kurikulum, Penerangan tentang Huraian Sukatan Pelajaran. Organisasi kurikulum merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.

MATLAMAT HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Nota:Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar murid mempunyai kemahiran dan kebolehan yang lengkap bagi mempersiapkan diri menempuh cabaran serta dugaan pada masa hadapan.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pada akhir sekolah rendah murid dapat:

ORGANISASIKURIKULUM

Nota:Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu meliputi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.

2.0 Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Siti Hajar (2008:111) berpendapat bahawa terdapat sebilangan murid yang masih tidak menguasai kemahiran bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa satu faktor menyebabkan kelemahan tersebut berlaku adalah kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh sewaktu di sekolah. Bebanan tugas guru yang sangat banyak di sekolah mungkin juga memberikan kesan dan mempengaruhi prestasi berbahasa murid. Masalah kurangnya mengusai bahasa dalam kalangan murid ini haruslah diatasi sebaiknya dengan cara yang betul. Oleh itu, setiap murid akan diajarkan beberapa jenis kemahiran bahasa dalam aktiviti pembelajaran mereka.

KEMAHIRAN BAHASA

HASIL PEMBELAJARAN

Nota:Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid.

Nota: SISTEM BAHASA

Pelaksanaan sistem bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan Bahasa Melayu baku.

TATABAHASA

SISTEM EJAAN

SEBUTAN DAN INTONASI

Nota:Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.Pola intonasi bagi ayat yang panjang juga perlu diajarkan agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

Nota:Buku-buku peribahasa Bahasa Melayu boleh dijadikan sumber rujukan.

PENGISIAN KURIKULUM

Nota:Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Di samping itu, nilai murni serta patriotisme dan kewarganegaraan diberi penekanan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani.

PENGISIAN KURIKULUM

Nota:Semua elemen ini diserapkan dalam konteks bagi kemahiran bahasa yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Nota:Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam scenario dunia yang global.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nota:Stretegi Pengajaran dan Pembelajaran amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan berkesan dan semaksimum mungkin.

Nota:KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir hendakalah diserapkan secara terancang dengan kemahiran bahasa . Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.Untuk membolehkan kemahiran berfikir dikuasai oleh murid, alat berfikir seperti penyusun grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

APAKAH KONSTRUKTIVISME?

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Nota:Berdasarkan kepada pandangan-pandangan beberapa individu, maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme telah dirumuskan seperti di atas.

GAMBARAN PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Pengetahuan

Maklumat

KONSTRUKTIVISME

Idea

Kemahiran

Konsep

Nota:1) Pengetahuan yang diterima.2) Pengetahuan sedia ada.3) Pengetahuan baru yang telah dibina.

IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

KEMAHIRAN BAHASA DALAM HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.0 Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Siti Hajar (2008:111) berpendapat bahawa terdapat sebilangan murid yang masih tidak menguasai kemahiran bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa satu faktor menyebabkan kelemahan tersebut berlaku adalah kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh sewaktu di sekolah. Bebanan tugas guru yang sangat banyak di sekolah mungkin juga memberikan kesan dan mempengaruhi prestasi berbahasa murid. Masalah kurangnya mengusai bahasa dalam kalangan murid ini haruslah diatasi sebaiknya dengan cara yang betul. Oleh itu, setiap murid akan diajarkan beberapa jenis kemahiran bahasa dalam aktiviti pembelajaran mereka.

2.1 Jenis Kemahiran Bahasa

2.1.1 Kemahiran Lisan atau bertutur2.1.2 Kemahiran Mendengar2.1.3 Kemahiran Membaca

2.1.4 Kemahiran Menulis

Kemahiran MendengarKeupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Mendengar bukan merupakan satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca dan menulis. Namun demikian, mendengar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di sekolah. Kemahiran mendengar yang lemah boleh mengakibatkan salah faham dan impak negatif yang lain.

Kemahiran BertuturBertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna. Keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan tatabahasa yang sesuai dan betul. Kemahiran MembacaKeupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan diberi pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Murid berupaya menghayati teks yang dibaca.

Kemahiran MenulisKeupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid digalakkan menggugunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan maginatif.

Berdasarkan kepada hasil kajian pembelajaran yang terdapat didalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR,saya memilih kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar untuk di analisis.

Kemahiran BertuturKemahiran bertutur atau lisan merupakan kemahiran asas yang perludikuasai oleh setiap orang. Menurut Siti Hajar (2008:112), kemahiran lisan perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka menguasai kemahiran bahasa yang lain. Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik akan dapat menguasai kemahiran yang lain juga. Kemahiran lisan meliputi dua aspek iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Untuk menguasai kemahiran lisan, murid perlu dilatih untuk menggunakannya secara kerap dan diajar secara terancang. Bagi mereka yang tidak dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik akan mendatangkan masalah kepada dirinya, iaitu dia tidak dapat memahami pertuturan orang lain dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik.Kemahiran lisan ini berkait rapat dengan kemahiran mendengar dimana kedua-dua kemahiran ini perlu digunakan secara serentak.

Berdasarkan Kemahiran bertutur atau Lisan :Ketika guru menjalankan Kemahiran bertutur atau lisan ini, aspek penting yang perlu diambil kira oleh guru termasuklah aspek sosiobudaya dan tatasusila. ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan hubungan dikalangan murid,guru dan masyarakat. Kemahiran ini dapat dilakukan ketika berada dirumah,disekolah,dan ketika berada bermasa masyarakat. Kemahiran bertutur juga merupakan kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul.Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.Bagi mencapai kefasihan bertutur,murid mesti digalakan melakukan aktiviti bertutur atau bercakap dengan menggunakan intunasi dan gaya bahasa yang betul. Selain daripada itu,murid juga digalakan untuk bersoal jawab dengan rakan,ahli keluarga dan masyarakat setempat. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran bertutur murid tersebut. Selain daripada itu,murid juga boleh menggunakan kaedah gabungjalin dengan mata pelajaran muzik iaitu menyanyi lagu-lagu kegemaran mereka. Dengan ini,murid dapat belajar menyebut perkataan dengan betul dan juga dapat mengetahui intonasi yang betul.Guru dapat menguji akan tahap penguasaan kemahiran bertutur murid dengan meminta murid melakukan aktiviti bercerita,berpidato,syarahan,pantun,mendeklamasi sajak dan puisi. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru:a) Bersoal jawab mengenai isu yang berkait rapat dengan diri murid.b) Berkomunikasi dengan rakan sebaya,ahli keluarga dan masyarakat.c) Menyanyi dan berpuisi.d) Mengadakan perbincangan tentang isu.

Kemahiran MendengarKemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Mendengar bukan merupakan satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca dan menulis. Namun demikian, mendengar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di sekolah. Kemahiran mendengar yang lemah boleh mengakibatkan salah faham dan impak negatif yang lain Kemahiran mendengar merupakan salah satu aspek dalam kemahiran komunikasi dan juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Mengikut Thomas Gordon (1970), pendengaran yang baik merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain menyelesaikan masalahnya.Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45%digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran. Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas. Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa itu. Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi. Sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas. Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama dalam proses komunikasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan orang. Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia menyatakan , kajian terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan 60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru. Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang kepentingan kemahiran mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah.Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Kemahiran mendengar juga merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh guru atau pelajar lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini perlu diterapkan diperingkat awal pengajaran bahasa dan ianya bertujuan untuk pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Definisi Kemahiran Mendengar

Terdapat perbezaan antara listening dan hearing. Kedua-dua perkataan bahasa Inggeris tersebut mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Melayu. Namun sebenarnya hearing adalah mendengar yang bersifat fizik, bermaksud ada suara yang didengari oleh telinga kita, namun tidak diperhalusi oleh fikiran kita, jadi apa-apa yang didengari oleh kita bersifat angin lalu, iaitu tidak berkesan. Listening pula melibatkan usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian penuh atas apa yang kita dengar melalui telinga kita. Dengan demikian mendengar yang efektif adalah seperti listening dalam Bahasa Inggeris yang merupakan sebuah proses serius yang tidak boleh dilakukan hanya dengan mengandalikan kebiasaan, refleks atau perasaan. Mendengar yang efektif adalah upaya untuk menghubungkan titik-titik yang kadangkala menyatakan nasihat yang tersembunyi yang perlu kita tahu. Sayangnya kita kurang memberi perhatian tentang pentingnya mendengar secara efektif, sehingga seringkali menyebabkan kesilapan dalam komunikasi, salah menerima maklumat atau tindak balas dari pendengar yang tidak diharapkan.Salah satu penelitian menunjukkan rata-rata orang menghabiskan satu pertiga daripada waktunya dalam organisasi untuk mendengar. Sehingga jika kita memiliki kecekapan mendengar yang baik, waktu yang kita habiskan untuk mendengar akan lebih bermakna. Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahsa yang hampir sama seperti b dan p yang mewakili badang dan padang., d dan t yang mewakili datang dan tatang. Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar itu. Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman seperti pengetahuan sedia ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan. Sejurus itu adalah pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem bahasa. Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami unsur bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah suatu aktiviti yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu pendengar juga memilih dan menyimpan apa yan difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar. Implikasi kurangnya perhatian pada kecakapan mendengar secara efektif adalah fakta bahawa menjadi pembicara yang efektif sudah seringkali kita dengar, namun latihan untuk mendengar yang efektif rasanya jarang kita temui. Padahal kecekapan mendengar sangatlah penting. Orang bijak mengatakan kita dikurniakan oleh Tuhan dengan dua telinga untuk lebih banyak mendengar dan hanya satu mulut untuk lebih sedikit berbicara.

Tanda-Tanda Pendengar Yang Kurang Baik Dalam kemahiran mendengar, terdapat beberapa jenis bentuk kemahiran yang boleh diguna pakai. salah satu darinya adalah bentuk kemahiran mendengar secara pasif. bentuk kemahiran mendengar secara pasif merupakan peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong pelajar mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.Untuk memastikan proses komunikasi berjalan lancar dan berkesan di dalam bilik darjah, seharusnya seseorang guru dapat mengenal pasti tanda-tanda tertentu yang terdapat pada seseorang pelajar yang dikelaskan sebagai seorang pendengar yang kurang baik iaitu:--kelihatan mengantuk atau tertidur. Rasa mengantuk atau tertidur yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian ketika proses pembelajaran, mendengar ceramah atau mendengar penerangan guru. Ini mungkin disebabkan oleh penglihatan pelajar terhadap guru tidak jelas dan terhalang. Ini seharusnya diselesaikan kerana pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang dapat menarik perhatian pelajar terhadap penyampaian guru.

TiadaMaklumBalas: Pelajar tidakmenunjukkansebarangmaklumbalasseperti anggukankepala,senyumanatauperubahanrawakanairmukadansebagainyasebagai menunjukkan pelajar itu faham, bersetuju atau sebaliknya. Guru dapat menilai keadaan ini berlaku sekiranya murid tidak mendengar dengan baik.

Contoh aktiviti yang dapat dilakukan oleh guru:a) Menceritakan semula apa yang didengarib) Cuba untuk mengajuk bunyi yang telah diperdengarkanc) Bersoal jawab tentang apa yang telah diperdengarkan