amali 3-Litar Siri,Selari, Siri-selari

  • Published on
    20-Jan-2016

  • View
    189

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Litar Siri,Selari, Siri-selari

Transcript

MODUL AMALI PENDAWAIAN ELETRIK

AMALI 2TAJUK: ANALISIS LITAR SIRI, LITAR SELARI DAN LITAR SIRI-SELARIOBJEKTIF:Diakhir kerja amali ini pelajar akan dapat:

i. Mengira nilai arus dan voltan pada setiap perintang yang berbeza dalam litar siri, litar selari dan litar siri-selari menggunakan hukum Ohm dan hukum Kirchhoff.

ii. Menterjemah litar daripada litar skematik kepada litar papan projek (project board).iii. Menyambung meter ampere dan meter voltan untuk membaca nilai arus dan voltan dalam litar.

iv. Mengukur nilai arus dan voltan pada setiap perintang yang berbeza dalam litar siri, litar selari dan litar siri-selari menggunakan peralatan yang sesuai.v. Membuat perbandingan di antara nilai pengiraan dan pengukuran.Bahan-Bahan/ Peralatan yang digunakan:

Peralatan/BahanKuantiti

Papan projek1

Meter pelbagai1

Bekalan kuasa AC (0 30 V)1

Klip buaya4

Playar muncung tirus1

Penjalur wayar1

Perintang 330 2

Perintang 470 1

Perintang 1 k1

Perintang 2.2 k2

A. Litar siri

Rajah 1: Litar siri

Langkah kerja:1. Sambung litar seperti Rajah 1. Untuk memudahkan pemilihan julat multimeter, hitung nilai kuantiti elektrik yang hendak diukur terlebih dahulu.

2. Ukur jumlah rintangan di antara titik A dan C. Pastikan litar adalah litar buka.3. Ukur nilai arus litar, IT. Pastikan litar dalam keadaan litar lengkap.4. Ukur voltan VAB dan VBC.5. Catat nilai kuantiti yang diukur dalam jadual keputusan.

Jadual keputusanKuantitiPengiraan Pengukuran

RT

IT

VR1

VR2

Perbincangan

1. Hitung lesapan kuasa pada setiap perintang. Tunjukkan semua jalan pengiraan dalam buku laporan.

2. Hitung jumlah lesapan kuasa litar.

Soalan kesimpulan

1. Nyatakan hukum yang digunakan untuk menunjukkan perkaitan jumlah susut voltan dengan punca voltan,VS dalam litar siri.

2. Susut voltan pada setiap perintang dalam litar siri adalah _____________ jika nilai rintangannya tidak sama.

3. Arus yang mengalir melalui setiap perintang adalah _____________.

B. Litar selariRajah 2: Litar selari

Langkah kerja

1. Sambung litar seperti Rajah 2. Untuk memudahkan pemilihan julat multimeter, hitung nilai kuantiti elektrik yang hendak diukur terlebih dahulu.

2. Ukur jumlah rintangan di antara titik A dan B. Pastikan litar dalam keadaan litar buka.3. Ukur nilai arus melalui perintang R1 dan R2. Pastikan litar dalam keadaan litar lengkap.4. Ukur voltan merentasi R1 dan R2.

5. Ukur voltan di antara titik A dan B.

6. Catat nilai kuantiti yang diukur dalam jadual keputusan.

Jadual keputusan

KuantitiPengiraan Pengukuran

RT

IT

I1

I2

VR1

VR2

Perbincangan1. Hitung lesapan kuasa pada setiap perintang.2. Hitung lesapan kuasa litar.

Soalan kesimpulan

1. Tulis perkaitan antara arus litar dengan arus yang melalui setiap perintang merujuk kepada Rajah 2.

2. Nyatakan hukum yang digunakan untuk menunjukkan perkaitan antara arus masuk nod dan arus keluar nod dalam litar selari.

3. Arus yang mengalir melalui setiap perintang dalam litar selari adalah __________ jika nilai rintangannya tidak sama.

4. Susut voltan merentasi setiap perintang selari adalah __________

C. Litar siri-selari

Rajah 3: Litar siri-selari

Langkah kerja

1. Sambung litar seperti Rajah 3. Untuk memudahkan pemilihan julat multimeter, hitung nilai kuantiti elektrik yang hendak diukur terlebih dahulu.

2. Ukur jumlah rintangan di antara titik A dan C. Pastikan litar dalam keadaan litar buka.

3. Ukur nilai arus melalui perintang R1, R2 dan R3. Pastikan litar dalam keadaan litar lengkap.4. Ukur voltan VR1, VR2 dan VR3.5. Catat nilai kuantiti yang diukur dalam jadual keputusan.

Jadual keputusan

KuantitiPengiraan Pengukuran

RT

IT

I2

I3

VR1

VR2

VR3

Perbincangan1. Dengan menggunakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchhoff, hitung lesapan kuasa pada setiap perintang. Tunjukkan semua pengiraan dalam buku laporan.

2. Hitung jumlah kuasa litar.

Soalan kesimpulan

1. Merujuk Rajah 3, tulis persamaan Hukum Arus Kirchhoff pada nod C.Kes 2

VT = 9 V

R1 = 330

R2 = 470

Kes 1

VT = 9 V

R1 = 330

R2 = 330

EMBED Visio.Drawing.11

EMBED Visio.Drawing.11

Kes 1

VT = 9 V

R1 = 2.2 k

R2 = 2.2 k

Kes 2

VT = 9 V

R1 = 330

R2 = 470

EMBED Visio.Drawing.11

Kes 1

VT = 9 V

R1 = 330

R2 = 330

R3 = 470

Kes 2

VT = 9 V

R1 = 1 k

R2 = 2.2 k

R3 = 2.2 k

2

_1393918925.vsdR2

R1

VT

IT

I1

I2

A

B

_1393936816.vsdR3

R2

VT

IT

I2

I3

R1

A

C

B

_1393918924.vsdR1

R2

VT

IT

A

C

B

Recommended

View more >