13
1.0 Pengenalan Rencana yang dikaji ini bertajuk Awas! Akibat Pil Khayal’ ditulis oleh Darina Osman dan Anizon Hussin. Analisis teks dilakukan berdasarkan strategi diksi, strategi naratif, strategi skema dan majaz, pemilihan kata sendi nama, penggunaan ayat dalam teks dan perenggan utama serta jenis-jenisnya. 1.1 Strategi Diksi Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2007: 351), diksi merujuk kepada pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007: 119) dalam Komsas dan Tatabahasa Melayu: Teras Pegangan Guru, diksi bermaksud pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata khusus yang puitis dalam percakapan atau penulisan. Diksi yang sesuai dan baik dinilai daripada aspek ketepatan, kejelasan, kemunasabahan dan keunikannya dalam penggunaan. Terdapat dua aspek penting dalam diksi iaitu strategi mikro dan strategi makro. Alam, dialek, budaya, hidupan, lokasi, panggilan, tumbuhan dan seranah merupakan contoh pewarnaan setempat dalam strategi mikro. Manakala, strategi makro lebih merujuk kepada linguistik seperti kata pinjaman, arkaik (ungkapan yang sudah lazim tidak digunakan lagi), penegas kolokial, singkatan, majmuk dan ibadah. Dalam rencana yang dikaji ini, penggunaan strategi makro iaitu kata pinjaman yang ketara. Banyak istilah saintifik dalam bahasa Inggeris diperkenal untuk menerangkan sesuatu pil khayal. Antaranya pil Ecstacy, pil Progesterex, pil Rohypnol, Serotonin (sejenis bahan kimia), Benzodiazepines (Valium, Librium dan Xanax), Roofies, Roachies, The Forget Pill, Circles, Rope dan Ruffies. 1

21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mnxvhjioh ohh9egyiojkvnfepmvklen n

Citation preview

Page 1: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

1.0 Pengenalan

Rencana yang dikaji ini bertajuk ‘Awas! Akibat Pil Khayal’ ditulis oleh Darina Osman

dan Anizon Hussin. Analisis teks dilakukan berdasarkan strategi diksi, strategi naratif,

strategi skema dan majaz, pemilihan kata sendi nama, penggunaan ayat dalam teks

dan perenggan utama serta jenis-jenisnya.

1.1 Strategi Diksi

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2007: 351), diksi merujuk kepada pemilihan dan

penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll)

secara bertulis atau lisan.

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007: 119) dalam Komsas dan

Tatabahasa Melayu: Teras Pegangan Guru, diksi bermaksud pemilihan, penyusunan

dan penggunaan kata-kata khusus yang puitis dalam percakapan atau penulisan. Diksi

yang sesuai dan baik dinilai daripada aspek ketepatan, kejelasan, kemunasabahan dan

keunikannya dalam penggunaan.

Terdapat dua aspek penting dalam diksi iaitu strategi mikro dan strategi makro.

Alam, dialek, budaya, hidupan, lokasi, panggilan, tumbuhan dan seranah merupakan

contoh pewarnaan setempat dalam strategi mikro. Manakala, strategi makro lebih

merujuk kepada linguistik seperti kata pinjaman, arkaik (ungkapan yang sudah lazim

tidak digunakan lagi), penegas kolokial, singkatan, majmuk dan ibadah.

Dalam rencana yang dikaji ini, penggunaan strategi makro iaitu kata pinjaman

yang ketara. Banyak istilah saintifik dalam bahasa Inggeris diperkenal untuk

menerangkan sesuatu pil khayal. Antaranya pil Ecstacy, pil Progesterex, pil Rohypnol,

Serotonin (sejenis bahan kimia), Benzodiazepines (Valium, Librium dan Xanax),

Roofies, Roachies, The Forget Pill, Circles, Rope dan Ruffies.

1

Page 2: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

Selain itu, penggunaan kata majmuk dapat dilihat dalam rencana ini. Analisis

kata majmuk merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam strategi makro. Menurut

Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2009: 48), kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud

apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang

membawa makna tertentu. Daripada penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa kata

majmuk merupakan dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna

baharu yang berbeza dengan maksud asal. Contoh kata majmuk yang terdapat dalam

rencana ini ialah mengenal pasti, penyalahgunaan dan bertanggungjawab. Manakala

penggunaan singkatan dalam rencana ini ialah menggunakan perkataan ‘tak’ yang

asalnya daripada ‘tidak’.

Jenis dalam ayat juga tergolong dalam strategi diksi (makro) iaitu

membincangkan persoalan linguistik. Contohnya ayat penyata dan ayat tanya dalam

rencana ‘Awas! Akibat Pil Khayal’ ini.

Ayat penyata juga disebut ayat berita, ayat keterangan, ayat maklumat atau ayat

pernyataan. Ayat penyata ialah ayat yang diujarkan dengan maksud menyatakan

sesuatu. Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk mengatakan atau

memberikan maklumat kepada pendengar dan pembaca. Ayat ini diujarkan tanpa

mengharapkan jawapan atau gerak balas.

Contoh dalam rencana ini ialah, “Penggunaan pil khayal khususnya ecstacy

dikatakan boleh membawa maut. Pil ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada

otak, sistem saraf, jantung dan hati serta boleh membawa maut”.

Selain itu, penggunaan ayat tanya juga digunakan dalam penulisan rencana ini.

Ayat tanya merupakan ayat yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk

mendapatkan jawapan. Jawapan daripada sesuatu pertanyaan bukan sahaja dapat

dinyatakan dengan mengiyakan atau menidakkan, malah dapat berupa penjelasan.

2

Page 3: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

Contohnya, “Pernahkah kamu mendengar tentang ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’?

Tidak lama dulu, akhbar tempatan pernah menyiarkan tentang kewujudan pil khayal

yang dikenali sebagai ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’ yang kini menjadi pilihan popular di

kalangan lelaki kaki disko...”.

Contoh kedua, “Kiasnya, umpama membeli sehelai baju, kenapa kita memilih

warna merah atau biru? Tentunya kerana itu adalah pilihan kita dan kita rasa puas hati

dengan apa yang dipilih”

Contoh ketiga, “Jika sudah tahu dadah itu memusnahkan bukan sahaja fizikal,

tetapi juga masa depan mereka, kenapa diteruskan?”

Dalam strategi mikro pula, terdapat beberapa lokasi yang dinyatakan melalui

rencana ini. Contohnya, University di Baltimore, Amerika Syarikat dan Shah Alam.

Contoh panggilan pula ialah ‘pil rogol’ dan ‘pil dating’, ‘Ibu Syaitan’ iaitu gelaran bagi pil

khayal dan juga pengkid (seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki).

1.2 Strategi Naratif

Kamus Dewan Edisi keempat (2007: 1070) mendefinisikan naratif sebagai satu cerita

atau kisah tentang peristiwa, pengalaman dll yang mengisahkan sesuatu.

Strategi naratif yang digunakan dalam rencana ini ialah jenis laporan. Hal ini

dapat dilihat pada pendahuluan rencana ini yang menyatakan kesan pengambilan

dadah. Contohnya, “Kajian perubatan mendapaati kegilaan mengambil pil khayal,

khususnya ecstacy di kalangan remaja hari ini sebenarnya boleh mengakibatkan

kemusnahan pada sel otak. Kajian oleh Johns Hopkins University di Baltimore, Amerika

Syarikat mendapati dadah itu berupaya merosakkan saraf yang berakhir di bahagian

otak yang bertindak mengeluarkan serotonin, iaitu bahan kimia yang mengawal tidur,

ingatan, kemahuan, sakit dan seks. Lebih banyak dadah itu digunakan mengakibatkan

lebih banyak kehilangan penghantar serotonin.”.

3

Page 4: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

Satu contoh lagi yang melihat bahawa rencana ini menggunakan strategi laporan

iaitu, “Menurut Pegawai Penyiasat Narkotik Daerah Shah Alam, Chief Inspektor

Mohamed Salim Gulam Mohammad, pil Ecstacy biasanya digunakan oleh remaja yang

gemar mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti disko, bagi yang menggunakan pil ini,

biasanya dia akan bercakap berlebihan, bertindak balas kepada muzik yang kuat

dengan menggoyangkan badan/kepala, kelihatan resah/cemas, panas baran, kerap

minum air kerana suhu badan panas dan berpeluh”.

Seterusnya, strategi naratif yang digunakan dalam rencana ini ialah soalan-

jawapan. Contohnya, “Pernahkah kamu mendengar tentang ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’?

Tidak lama dulu, akhbar tempatan pernah menyiarkan tentang kewujudan pil khayal

yang dikenali sebagai ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’ yang kini menjadi pilihan popular di

kalangan lelaki kaki disko atau kasanova untuk menjerat gadis sebelum memperkosa

mereka”.

Strategi percontohan juga digunakan dalam rencana ini. Contohnya, “Kesan

penggunaan pil itu akan menaikkan tekanan darah, mengurangkan daya ingatan, letih,

pening, keliru dan gangguan sakit dalaman”.

Selain itu, strategi naratif jenis pengkelasan juga digunakan untuk menerangkan

kelas pil-pil yang telah dinyatakan. Contohnya, “Pil ‘Rohypnol’ ini juga digunakan

bersama dadah lain seperti heroin, kokain dan alkohol. Pil ini tergolong dalam kumpulan

ubat yang dikenali sebagai ‘benzodiazepines’ yang termasuk Valium, Librium dan

Xanax”.

Strategi naratif jenis proses iaitu menceritakan satu persatu dinyatakan seperti,

“Sejenis pil khayal yang dikenali sebagai ‘Ibu Syaitan’ yang digunakan untuk

memperdayakan gadis sebelum memperkosa mereka juga dikatakan boleh

menyebabkan kemandulan pada si mangsa. Pil mudah larut yang dikenali sebagai

‘progesterex’ ini secara saintifiknya digunakan untuk mengawal kehamilan binatang

peliharaan. Pil ini sering digunakan bersama dengan sejenis pil lain yang dikenali

sebagai pil ‘Rohypnol’ (sejenis ubat bius), yang juga turut dikenali sebagai ‘dadah

4

Page 5: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

perogol’. Apabila kedua pil itu dilarutkan di dalam air, ia boleh mengkhayalkan mangsa

dalam tempoh yang lama”.

Strategi sebab-akibat juga dapat dilihat dalam rencana ini. Contohnya, “Sehingga

tahun 2005, sebanyak 343 orang dikenal pasti menagih ecstacy. Sementara itu 52

orang disahkan sebagai penagih berulang. Walaupun peratusannya rendah berbanding

dengan jenis dadah yang lain tetapi bagi sesiapa yang memiliki lima hingga 30 gram

boleh dikenakan penjara dua hingga lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan, dan

pemilikan melebihi 30 gram boleh membawa penjara lima tahun hingga seumur hidup

dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan. Bagi pemilikan melebihi 50 gram, dianggap

mengedar dadah berbahaya dan hukuman mati mandatori”.

1.3 Strategi Skema dan Majaz

Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh dilihat dalam strategi skema dan majaz.

Strategi skema mempunyai lima jenis skema iaitu skema seimbang, skema perulangan,

skema pengguguran, skema ragaman dan skema hiperbaton. Manakala majaz pula

terdiri daripada majaz pertautan, majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz

pertentangan dan majaz Melayu.

1.3.1 Isokolon

Isokolon tergolong dalam skema seimbang. Isokolon merupakan pengulangan frasa-

frasa dalam kepanjangan yang sama dan lazimnya berstruktur sejajar.

Dalam rencana ini, terdapat penggunaan Isokolon yang dapat dilihat melalui

perenggan pertama. Contohnya, “Lebih banyak dadah itu digunakan mengakibatkan

lebih banyak kehilangan penghantar serotonin”.

5

Page 6: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

1.3.2 Epanalepsis

Epanalepsis pula tergolong dalam skema perulangan yang mambawa makna

pengulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan makna nada dan bunyi yang

puitis atau pelbagai. Epanalepsis bermaksud pengulangan kata pada akhir sesuatu

klausa yang telah terdapat pada awal klausa. Contoh dalam rencana ini ialah, “Oleh itu,

awas! Ketika keluar, jangan sekali-kali meninggalkan minuman kamu sewenang-

wenangnya tanpa diawasi oleh orang yang benar-benar dipercayai”.

1.3.3 Aliterasi

Aliterasi juga tergolong dalam kumpulan skema perulangan. Aliterasi merupakan

sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan

yang berturutan waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa

moden sama ada kreatif atau bukan kreatif (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007a: 10

dan 2007b: 96). Contohnya dalan rencana ini ialah, pucuk pangkalnya terpulang pada

remaja sendiri.

1.3.4 Asonansi

Asonansi merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama pada

setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya

memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa

tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif (Nik Hassan Basri Nik Ab.

Kadir, 2007: 40). Contohnya, “Walaupun penggunaannya bukan baru, namun bagi

remaja inilah cara terbaru untuk meredakan tekanan daripada sebarang masalah”.

6

Page 7: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

1.3.5 Ekslamasi

Ekslamasi merupakan salah satu strategi yang terdapat dalam majaz atau juga disebut

sebagai Tropes. Konsep ekslamasi ialah menggunakan kata seru bagi menegaskan

maksudnya.

Dalam menganalisis rencana ini, terdapat penggunaan ekslamasi yang ketara.

Tajuk rencana ‘Awas! Akibat Pil Khayal’ sudah menunjukkan penggunaan ekslamasi

untuk menegaskan perkataan ‘awas’. Contohnya:

i. Yang menakutkan, kesan jangka panjang, mangsa mungkin tidak boleh

mengandung!

ii. Tapi, buang tanggapan itu!

iii. Oleh itu, awas!

iv. Mengapa perlu mencuba sesuatu yang mereka sendiri tahu akan bahayanya dan

jika mahu mencubanya juga, merekapun sebenarnya tahu akibatnya!

1.4 Pemilihan Kata Sendi Nama

Pemilihan kata sendi nama yang tepat merupakan satu elemen yang penting dalam

penggunaan kosa kata. Kata sendi ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa

nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke,

dari, daripada, kepada, pada, antara dan banyak lagi.

Semasa menganalisis rencana ini, terdapat beberapa sedikit kesilapan dalam

pemilihan kata sendi nama. rencana ini banyak menggunakan ‘di kalangan’ sedangkan

kata sendi ‘di’ digunakan untuk menyatakan tempat. Maka, penggunaan ‘di kalangan’

haruslah digantikan ‘dalam kalangan’.

Selain itu, terdapat ayat yang menggunakan perkataan ‘dari sudut kesihatan’.

Kata sendi ‘dari’ bertugas sebagai untuk menyatakan masa atau waktu. Maka

penggunaan ‘dari’ dalam konteks ayat di atas adalah tidak sesuai. Oleh itu, untuk

menyatakan ayat tersebut, kata sendi ‘dari’ mestilah digantikan dengan ‘daripada’

menjadi ‘daripada sudut kesihatan’.

7

Page 8: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

1.5 Penggunaan Ayat Dalam Teks

Penggunaan ayat yang berkesan amat penting dalam penulisan. Hanya dengan ayat

yang berkesan buah fikiran atau informasi dapat disampaikan kepada pembaca dengan

jelas dan tepat. Ayat yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

Kesatuan dan kepaduan ayat

Kesejajaran bentuk dalam ayat

Kepelbagaian ayat

Penekanan dalam ayat

Logik dalam berbahasa

Kehematan dalam ayat

Kemurnian dalam ayat

Terdapat tiga ciri yang dikenal pasti terdapat dalam rencana ini iaitu logik dalam

berbahasa, kehematan dalam ayat dan kemurnian dalam ayat.

1.5.1 Logik Dalam Berbahasa

Logik tidak sahaja bermaksud ‘dapat diterima akal’ atau ‘rasional’ tetapi juga proses

berfikir yang sistematik dalam membuat penaakulan. Asas berfikir logik melihat

hubungan sesuatu perkara atau konsep dan menyimpulkan hubungan antara perkara

atau konsep dan menyimpulkan hubungan antara perkara atau konsep tersebut secara

teratur supaya idea yang dinyatakan tidak bercanggah. Daya hujah yang baik dan logik

berkaitan langsung dengan pengolahan dan pembinaan ayat yang padu dan jelas.

Dalam menganalisis rencana ini, terdapat gagasan yang tidak logik. Contohnya,

“Di Amerika Syarikat, meskipun pil ‘Rohypnol’ ini diharamkan namun ia masih boleh

didapati dilebih 60 negara untuk merawat beberapa masalah tidur dan masalah sakit

jiwa yang serius. Pil ini mudah memerangkap mangsa kerana ia cepat larut tanpa

meninggalkan sebarang tanda warna”.

8

Page 9: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

1.5.2 Kehematan Dalam Ayat

Unsur penting lain yang perlu dilihat dalam pembinaan ayat yang berkesan ialah

kehematan. Kehematan dalam ayat bermaksud cermat dan tepat dalam penggunaan

kata, iaitu tidak menokok tambah kata atau frasa yang membazir, berlebih-lebihan

dalam ungkapan atau menggunakan kata sifat yang tidak jelas maksudnya.

Contoh yang boleh dilihat dalam rencana ini ialah, “Usah hancurkan masa depan

kamu dengan ‘kesilapan kecil’ yang mungkin tidak pernah kamu duga selama ini...”.

Ayat di atas merupakan contoh ayat kabur kerana pengarang tidak menjelaskan secara

terperinci maksud ‘kesilapan kecil’.

1.5.3 Kemurnian Dalam Ayat

Kemurnian dalam ayat bermaksud menjaga keaslian struktur ayat bahasa Melayu dan

mengelakkan terserapnya pengaruh sintaksis bahasa Inggeris atau bahasa Arab di

dalamnya. Contoh penyerapan sintaksis bahasa Inggeris dalam rencana ‘Awas! Akibat

Pil Khayal’ ini ialah “...apa yang penting kini ialah melaksanakan mekanisme tertentu

untuk menyelesaikan permasalah yang berlaku...”. Penggunaan ‘apa’ dalam ayat

bahasa Melayu merupakan pengaruh daripada bahasa Inggeris.

1.6 Perenggan Utama dan Jenis-jenisnya

Analisis seterusnya membincangkan perenggan utama dan jenis perenggan yang telah

digunakan dalam rencana ini.

1.6.1 Perenggan Permulaan

Isi perenggan permulaan bertujuan mengutarakan aspek pokok perbincangan dalam

karangan. Sebagai bahagian yang mengawali sesebuah karangan, perenggan

9

Page 10: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

permulaan haruslah berfungsi untuk menarik minat pembaca dan mengemukakan

pokok perbincangan. Perenggan permulaan boleh dibina dengan bentuk-bentuk berikut:

Kutipan, peribahasa, anekdot.

Pendapat atau pernyataan seseorang tokoh.

Menyatakan maksud dan tujuan penulisan.

Mengemukakan pertanyaan.

Catatan peribadi.

Terdapat lima jenis teknik perenggan permulaan yang boleh digunakan.

Antaranya, teknik Kontrak Masa, teknik Penglibatan Pembaca, teknik Kenyataan Luar

Dugaan, teknik Ungkapan dan Falsafah dan teknik Pertanyaan.

Dalam rencana ini, pengarang menggunakan salah satu teknik seperti yang

dinyatakan di atas iaitu teknik kenyataan luar dugaan. Contohnya, “Kajian perubatan

mendapati kegilaan mengambil pil khayal, khususnya ecstacy di kalangan remaja hari

ini sebenarnya boleh mengakibatkan kemusnahan pada sel otak. Kajian oleh Johns

Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat, mendapati dadah itu berupaya

merosakkan saraf yang berkahir di bahagian otak yang bertindak mengeluarkan

serotonin, iaitu bahan kimia yang mengawal tidu, ingatan, kemahuan, sakit dan seks.

Lebih banyak digunakan mengakibatkan lebih banyak kehilangan penghantar

serotonin”.

1.6.2 Perenggan Pengembang

Perenggan pengembang bertujuan menjelaskan pokok perbincangan yang sebelumnya

telah dinyatakan dalam perenggan permulaan. Terdapat beberapa fungsi perenggan

pengembang dalam sesebuah teks. Antaranya ialah mengemukakan inti persoalan,

memberi ilustrasi dan contoh, menjelaskan hal yang akan dibicarakan pada perenggan

berikutnya, meringkaskan isi perenggan sebelumnya dan mempersiapkan dasar atau

landasan bagi kesimpulan.

10

Page 11: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

Dalam rencana yang dikaji ini, berlaku pengembangan. Pengarang memberikan

ilustrasi dan contoh pil khayal serta menerangkan bahaya pengambilan pil khayal.

Pengarang juga menyatakan hukuman yang akan diterima kepada sesiapa yang

memiliki pil-pil khayal seperti pil ecstacy.

1.6.3 Perenggan Penutup

Perenggan penutup merupakan kesimpulan bagi seluruh isi karangan. Perenggan ini

juga merupakan pernyataan kembali maksud panulis dengan mengejapkan kefahaman

pembaca. Perenggan akhir tidak seharusnya terlalu panjang, pernyataannya dapat

mencerminkan seluruh isi karangan dan dapat memberi kesan yang mendalam kepada

pembaca.

Dalam rencana ini, cara penulisan perenggan penutup memenuhi ciri-ciri yang

dinyatakan di atas. Penutupnya tidak terlalu panjang dan memberi kesan yang

mendalam kepada pembaca. Contohnya, “Pucuk pangkalnya terpulang pada remaja

sendiri. Muhasabahlah diri kamu bahawa kamu masih muda belia, masih punya masa

yang panjang yang harus dimanfaatkan. Jika sudah menderita atau kesakitan kesan

pengambilan pil dadah itu, ia tidak berguna lagi”.

1.7 Ayat Tesis

Ayat atau pernyataan tesis paling penting dalam penting dalam penulisan karangan

atau teks seumpama, dan jumlahnya hanya satu. Biasanya ayat tesisi wujud pada

bahagian awal perenggan. Ayat tesis menjadi panduan pembaca untuk mengesan hala

tuju karangan yang ditatap. Dengan membaca pernyataan tesis, pembaca mampu

memahami isi keseluruhan karangan. Ayat tesis mempunyai dua fungsi utama, iaitu

menyatakan idea utama karangan dan membantu penyusunan karangan.

11

Page 12: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

Ayat tesis yang betul mempunyai ciri-ciri seperti ayat lengkap tetapi bukan

berbentuk ayat tanya, pendapat penulis termasuk dalam pernyataan tesis, pernyataan

tesis “menyempitkan” topik yang umum dan satu idea dinyatakan dalam pernyataan

tesis. Contoh dalam rencana ini ialah, “Kajian perubatan mendapati kegilaan mengambil

ecstacy di kalangan remaja hari ini sebenarnya boleh mengakibatkan kemusnahan

pada sel otak. Kajian oleh Johns Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat

mendapati dadah itu berupaya merosakkan saraf yang berakhir di bahagian otak yang

bertindak mengeluarkan serotonin, iaitu bahan kimia yang mengawal tidur, ingatan,

kemahuan, sakit dan seks. Lebih banyak dadah itu digunakan mengakibatkan lebih

banyak kehilangan penghantar serotonin”.

1.8 Ayat Topik

Ayat topik atau ayat fokus mengorganisasi merupakan isi atau gagasan utama yang

menjadi tema seluruh perenggan serta memangu pengembangan idea bagi menyokong

tesis karangan. Terdapat beberapa perenggan utama dalam ayat topik iaitu:

1. Ayat penyangga utama iaitu ayat yang mengembangkan gagasan dalam ayat

topik dan merujuk ayat topik secara langsung.

2. Ayat penyangga kecil iaitu ayat yang menyediakan keterangan lanjut tentang

ayat topik dan merujuk penyangga utama secara langsung.

3. Ayat kesimpulan iaitu ayat terakhir yang menutup perenggan sebelum beralih

kepada perenggan seterusnya.

Contoh yang boleh dilihat dalam rencana ini ialah, “Penggunaan pil khayal,

khususnya ecstacy dikatakan boleh membawa maut. Pil ini boleh menyebabkan

kerosakan yang teruk pada otak, sistem saraf, jantung dan hati serta boleh

mengakibatkan maut. Walaupun penggunaannya bukan baru, namun bagi remaja inilah

cara terbaru untuk meredakan tekanan daripada sebarang masalah”.

12

Page 13: 21987748 Analisis Teks Seni Mengarang

Ayat pertama seperti yang dinyatakan di atas merupakan contoh ayat topik iaitu

menjadi ayat penyangga utama. Kemudian ayat tersebut dikembangkan dengan

memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang kesan-kesan akibat pengambilan pil

khayal tersebut.

2.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, semasa menganalisis teks ini dapat dilihat penggunaan dan

kepelbagaian ayat yang gramatis dan tidak gramatis. Penggunaan diksi, strategi naratif

malah jenis perenggan haruslah dititikberatkan untuk menghasilkan teks seperti

rencana dengan lebih berkesan dan menarik.

13