29
Teknik Mengarang 1.0 PENDAHULUAN Dalam penulisan karangan langkah yang perlu dipenuhi oleh setiap pelajar ialah: a) Idea Untuk mengarang harus mempunyai idea. Idea lazimnya diperoleh melalui pembacaan. Oleh itu, pembacaan amat penting untuk kita menggarap idea dalam penulisan karangan. b) Fakta Fakta-fakta yang berkaitan dengan idea akan menjadikan karangan yang dihasilkan bermutu dan menampakkan penguasaan maklumat yang luas. Fakta yang disertakan dalam karangan akan mengukuhkan idea kita. Fakta-fakta dalam karangan termasuklah statistik, contoh kejadian/peristiwa, pendapat tokoh dan sebagainya. c) Perancangan Sebelum memulakan gerak kerja penulisan karangan, kita perlu membina kerangka karangan meliputi bahagian pendahuluan, perenggan isi dan penutup karangan. Banyak pelajar terus sahaja menulis karangan setelah diberikan soalan atau latihan tanpa menyediakan kerangka karangan. Akibatnya, idea yang ingin disampaikan tidak tersusun, malah banyak yang ‘kematian’ idea ketika proses mengarang. d) Teknik mengarang Mengarang melibatkan teknik. Terdapat pelbagai teknik penulisan yang boleh diaplikasikan untuk menulis pendahuluan, perenggan isi dan penutup. Penguasaan terhadap teknik mengarang amat membantu kita ketika mengarang agar idea yang hendak disampaikan menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka. e) Pengeditan/ penyemakan Karangan yang telah ditulis perlu melalui proses pengeditan/penyemakan. Hal ini deisebabkan mungkin terdapat kesilapan-kesilapan dari segi ejaan, tanda baca dan tatabahasa yang boleh menjejaskan mutu karangan yang telah ditulis. Jadi, luangkan beberapa minit untuk mengedit. menyemakn karangan yang telah dihasilkan. 2.0 TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN.

Teknik Mengarang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mengarang

Citation preview

Page 1: Teknik Mengarang

Teknik Mengarang1.0          PENDAHULUANDalam penulisan karangan langkah yang perlu dipenuhi oleh setiap pelajar ialah:

a)      IdeaUntuk mengarang harus mempunyai idea. Idea lazimnya diperoleh melalui pembacaan. Oleh itu, pembacaan amat penting untuk kita menggarap idea dalam penulisan karangan.

b)      FaktaFakta-fakta yang berkaitan dengan idea akan menjadikan karangan yang dihasilkan bermutu dan menampakkan penguasaan maklumat yang luas. Fakta yang disertakan dalam karangan akan mengukuhkan idea kita. Fakta-fakta dalam karangan termasuklah statistik, contoh kejadian/peristiwa, pendapat tokoh dan sebagainya.

c)       PerancanganSebelum memulakan gerak kerja penulisan karangan, kita perlu membina kerangka karangan meliputi bahagian pendahuluan, perenggan isi dan penutup karangan. Banyak pelajar terus sahaja menulis karangan setelah diberikan soalan atau latihan tanpa menyediakan kerangka karangan. Akibatnya, idea yang ingin disampaikan tidak tersusun, malah banyak yang ‘kematian’ idea ketika proses mengarang.

d)      Teknik mengarangMengarang melibatkan teknik. Terdapat pelbagai teknik penulisan yang boleh diaplikasikan untuk menulis pendahuluan, perenggan isi dan penutup. Penguasaan terhadap teknik mengarang amat membantu kita ketika mengarang agar idea yang hendak disampaikan menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.

e)      Pengeditan/ penyemakanKarangan yang telah ditulis perlu melalui proses pengeditan/penyemakan. Hal ini deisebabkan mungkin terdapat kesilapan-kesilapan dari segi ejaan, tanda baca dan tatabahasa yang boleh menjejaskan mutu karangan yang telah ditulis. Jadi, luangkan beberapa minit untuk mengedit. menyemakn karangan yang telah dihasilkan.

2.0          TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN.

Pendahuluan sangat penting dalam karangan kerana bertujuan untuk menarik perhatian pembaca terhadap tajuk yang dibincangkan. Oleh itu, pendahuluan harus mempunyai pautan dengan tajuk yang dipilih. Pada pendahuluan karangan harus mengandungi ayat rangsangan dan ayat arah.                               Ayat rangsangan harus menimbulkan perasaan ingin tahu atau tindak balas pembaca untuk terus membaca manakala ayat arah akan memberitahu pembaca tentang topik/tajuk yang akan diperkatakan.

                Pada asasnya, terdapat satu teknik yang boleh diaplikasikan untuk menulis pendahuluan, iaitu menggunakan teknik TIK. Akronim TIK ialah Tema, Isu semasa danKehendak soalan.

Page 2: Teknik Mengarang

a)      Tema merupakan idea yang mampu memberikan gambaran asas tentang isu atau topik yang hendak diperkatakan. Maka, tema boleh merupakan peribahasa yang berkaitan dengan isu, pendapat, definisi konsep, suasana, soalan, dan statistik/ perangkaan.

b)      Isu semasa ialah senario semasa yang boleh dikaitan dengan tema.c)       Kehendak soalan ialah aspek yang dikehendaki oleh soalan yang perlu

dikupas/dihuraikan.

Oleh yang demikian, berdasarkan tema yang telah dikenal pasti ini lalu terciptalah beberapa jenis pendahuluan yang boleh dihasilkan, iaitu:

a)      Pendahuluan jenis peribahasa;b)      Pendahuluan jenis soalan;c)       Pendahuluan jenis perangkaan/statistik;d)      Pendahuluan jenis suasana;e)      Pendahuluan jenis pendapat;f)       Pendahuluan jenis definisi;g)      Pendahuluan jenis gabungan.

a)            Pendahuluan jenis peribahasa.Pendahuluan jenis ini memanfaatkan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai dengan topik yang menjadi soalan.

Contoh: Semangat gotong-royong menjadi amalan rakyat Malaysia sejak turun-temurun. Jelaskan impak semangat berkeaan dalam masyarakat masa kini.

Rangka pendahuluan:

Isu semasa        Semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat kini semakin terpinggir.

Tema(peribahasa)

      ‘Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul’ memberikan mesej yang jelas kepada kita tentang betapa pentingnya semangat bergotong-royong.

Kehendak soalan

      Bermuafakat dan bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat sudah pasti banyak mendatangkan  impak yang positif.

Contoh huraian:Semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat kini semakin terpinggir

lantaran kesibukan mereka mengejar material. Sedangkan, peribahasa ‘Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul’ merupakan antara peribahasa yang telah menjadi basahan dalam kehidupan kita sehari-harian yang memberikan mesej yang jelas kepada kita tentang betapa pentingnya semangat bergotong-royong. Sesungguhnya, bermuafakat dan bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat sudah pasti banyak mendatangkan  impak yang positif.

b)            Pendahuluan jenis soalan.

Pendahuluan jenis ini, memfokuskan pada beberapa ayat tanya yang sama ada berjawaban atau tidak yang berkaitan dengan isu.

Page 3: Teknik Mengarang

Contoh soalan: Budaya makan di luar kini menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia. Bincangkan kesan amalan ini pada gaya hidup masyarakat.

Rangka pendahuluan:

Isu semasa   budaya makan di luar sudah menjadi cara hidup

Tema(soalan)

   Mengapakah sesebuah keluarga perlu makan di luar?   Persoalannya mengapakah ada sesetengah keluarga di Malaysia menjadikan tabiat

makan di luar sebagai amalan setiap kali waktu makan?   Adakah mereka sudah terlalu kaya atau tidak tahu memasak?

Kehendak soalan

   Persoalannya, apakah kesan budaya ini kepada gaya hidup masyarakat?

Contoh huraian:Budaya makan di luar sudah menjadi cara hidup bagi kebanyakan penduduk di

Malaysia lantaran begitu banyak gerai dan restoran yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Mengapakah sesebuah keluarga perlu makan di luar? Mungkin ramai yang bersetuju bahawa tidak salah sesekali makan di luar rumah. Namun, persoalannya mengapakan ada sesetengah keluarga di Malaysia menjadikan tabiat makan di luar sebagai amalan setiap kali waktu makan? Adakah mereka sudah terlalu kaya atau tidak tahu memasak? Persoalannya, apakah kesan budaya ini kepada gaya hidup masyarakat?

c)            Pendahuluan jenis perangkaan.

Kita boleh memanfaatkan data-data statistik yang ada kaitan dengan tajuk untuk menghasilkan  pendahuluan jenis perangkaan. Oleh itu, catatlah statistik yang diperoleh semasa pembacaan kerana amalan ini amat membantu kita untuk menulis pendahuluan jenis ini.

Contoh soalan: Gejala sosial dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi belakangan ini. Huraikan peranan pihak-pihak tertentu dalam menangani masalah berkenaan.

Rangka pendahuluan:Isu semasa       Perangkaan terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

berhubung dengan gejala negatif dalam kalangan remaja amatlah menggerunkan.

Tema(Perangkaan)

      71 peratus golongan remaja berusia antara 13 hingga 21 tahun didapati merokok, 40 peratus menonton video lucah, 28 peratus terlibat dengan perjudian, dan 14 peratus menagih dadah.

Kehendak soalan

      pelbagai pihak memainkan peranan bagi membendung masalah ini.

Contoh huraian:Perangkaan terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

berhubung dengan gejala negatif dalam kalangan remaja amatlah menggerunkan kita. Lebih kurang 71 peratus golongan remaja berusia antara 13 hingga 21 tahun didapati

Page 4: Teknik Mengarang

merokok, 40 peratus menonton video lucah, 28 peratus terlibat dengan perjudian, dan 14 peratus menagih dadah. Kes-kes jenayah yang membabitkan remaja meningkat dengan pesatnya, serancak pertumbuhan ekonomi negara. Sesungguhnya, pelbagai pihak memainkan peranan bagi membendung masalah ini.

d)            Pendahuluan jenis suasana.               Bagi menghasilkan pendahuluan jenis suasana, kita boleh memanfaatkan suasana/ senario/ peristiwa yang dapat dikaitkan dengan tajuk/ isu. Pendahuluan jenis ini mampu menimbulkan kesan dramatik yang dapat menarik minat pembaca.

Contoh soalan: Isu penebangan hutan yang tidak terkawal kini semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Huraikan kesan penebangan hutan kepada kehidupan sejagat.

Rangka pendahuluan:

Isu semasa      Eksploitasi hutan oleh pihak yang rakus mengejar kebendaan kian berleluasa seolah-olah tiada penghujungnya.

Tema(Suasana)

     Pokok-pokok balak seperti meranti, cengal dan merbau satu demi satu menyembah bumi.

     Kini yang tinggal hanya tunggul-tunggul mati yang mereput dimamah masa.     hutan gondol segondolnya menanti untuk dihakis oleh limpahan air hujan yang

menyimbah lebat.

Kehendak soalan

      kehidupan sejagat sudah pasti akan menerima impaknya yang maha dahsyat.

Contoh huraian:Pengeksploitasian hutan oleh pihak yang rakus mengejar kebendaan kian

berleluasa seolah-olah tiada penghujungnya. Pokok-pokok balak seperti meranti, cengal dan merbau satu demi satu menyembah bumi. Kini, yang tinggal hanya tunggul-tunggul mati yang mereput dimamah masa. Hutan yang gondol segondolnya pula hanya berserah menanti untuk dihakis oleh limpahan air hujan yang menyimbah lebat. Ironinya, si penjenayah alam sekitar itu seolah-olah tidak sedar bahawa kehidupan sejagat sudah pasti akan menerima impaknya yang maha dahsyat akibat ketamakan mereka itu.

e)            Pendahuluan jenis pendapat.

Kadang kala kita boleh menggunakan pendapat umum atau tokoh bagi menghasilkan pendahuluan karangan. Oleh itu, penduluan yang terhasil dinamakan pendahuluan jenis pendapat.

Contoh soalan:  Peningkatan kes pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar semakin memeningkan semua pihak. Namun begitu, punca masalah berkenaan perlu dikenal pasti sebelum langkah-langkah yang ampuh boleh dilaksanakan. Bincangkan.

Page 5: Teknik Mengarang

Rangka karangan:

Isu semasa    Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan.

Tema (Pendapat)

   cadangan agar hukuman rotan diadakan semula untuk menghukum mereka yang melanggar disiplin.

Kehendak soalan

   punca masalah ini mestilah dikenal pasti terlebih dahulu.

Contoh huraian:Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan. Malah, setiap

hari ada sahaja laporan tentang pelanggaran disiplin tidak kiralah sama ada melibatkan kesalahaan yang kecil atau kesalahan yang besar oleh golongan pelajar. Hal berkenaan semakin memeningkan kepala semua pihak lalu pelbagai  cadangan telah diajukan bagi membendung gejala ini. Oleh itu, timbul cadangan agar hukuman rotan diadakan semula untuk menghukum mereka yang melanggar disiplin atau melakukan kesalahan jenayah atau salah laku di sekolah. Namun begitu, punca masalah ini mestilah dikenal pasti terlebih dahulu.

f)             Pendahuluan jenis definisi.

Salah satu cara untuk menulis pendahuluan adalah dengan mentakrifkan atau mendefinisikan kata kunci bagi tajuk yang dibincangkan. Pendefinisian boleh ditulis sama dari segi maksud literal atau maksud dari segi konsep.

Contoh soalan: Inflasi yang dialami oleh sesebuah negara membimbangkan penduduknya yang bermaksud beban kewangan mereka semakin meningkat. Oleh itu, bincangkan usaha-usaha untuk membendung masalah inflasi.

Rangka pendahuluan:

Tema (Takrif)   Inflasi  - kenaikan harga barangan dan    perkhidmatan untuk jangka masa yang tertentu.

   tercetus apabila terdapat lebihan permintaan daripada penawaran bagi barangan dan perkhidmatan.

Isu semasa   Malaysia mengalami kadar inflasi yang rendah -  kadar 3.5 peratus.Kehendak

Soalan   usaha untuk menanganinya harus difikirkan bersama-sama.

Contoh huraian:Inflasi ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan untuk jangka masa yang

tertentu. Inflasi tercetus apabila terdapat lebihan permintaan daripada penawaran bagi barangan dan perkhidmatan. Pada masa ini , Malaysia mengalami kadar inflasi yang rendah iaitu pada kadar 3.5 peratus, namun hal berkenaan tetap meresahkan rakyat terutama dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.Hal itu, bermakna beban

Page 6: Teknik Mengarang

kewangan mereka akan semakin menghimpit lalu kehidupan mereka semakin sempit.  Oleh itu, usaha untuk menanganinya harus difikirkan bersama-sama.

g)            Pendahuluan jenis gabungan.

Pendahulan jenis gabungan ialah pendahuluan yang menggabungkan beberapa jenis pendahuluan.

Contoh soalan: Rakyat di negara maju sentiasa menjadikan budaya membaca sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka. Namun, di Malaysia budaya ini belum menjadi amalan keseluruhan rakyatnya. Bincangkan langkah-langkah bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Rangka karangan:

Tema(peribahasa)

   Ayat al-Quran yang pertama turun ke bumi dalam usaha memandu manusia ke arah kebaikan ialah “Iqrak” bermaksud “Bacalah” dan peribahasa Cina “Bacalah sehingga tua, belajarlah sehingga akhir hayat” menunjukkan betapa pentingnya tabiat membaca .

Tema(perangkaan)

   kajian Tabiat Membaca di Malaysia yang telah dijalankan pada tahun 1996 mencatatkan secara purata rakyat Malaysia membaca dua helai buku ilmiah setahun.

Isu semasa    amalan membaca belum menjadi budaya masyarakat Malaysia.

Kehendak soalan

   langkah yang tuntas perlu dilakukan untuk menyemarakkan budaya membaca .

Contoh huraian:Kata-kata hikmat “Membaca jambatan ilmu” dan peribahasa Cina “Bacalah sehingga

tua, belajarlah sehingga akhir hayat” menunjukkan betapa pentingnya tabiat membaca dalam pembentukan minda, sahsiah, dan kerohanian manusia. Berhubung dengan dunia pembacaan di Malaysia, kajian Tabiat Membaca di Malaysia yang telah dijalankan pada tahun 2010 mencatatkan secara purata rakyat Malaysia membaca sebuah buku ilmiah setahun. Hal ini menunjukkan bahawa amalan membaca belum menjadi budaya masyarakat Malaysia. Oleh itu, langkah yang tuntas perlu dilakukan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga Malaysia.

LATIHAN MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN.

Tulis pendahuluan karangan berdasarkan soalan berikut:1. Persaingan untuk mencari pekerjaan marcapada kini semakin sengit. Sebagai seorang remaja huraikan usaha-usaha yang harus anda lakukan bagi memperoleh pekerjaan yang anda idam-idamkan. [Pendahuluan jenis soalan]

2. Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah sangat penting untuk generasi akan datang. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk

Page 7: Teknik Mengarang

memelihara dan memulihara warisan sejarah di negara kita.[Pendahuluan jenis peribahasa]

3. Makanan ringan atau makanan rapu dikatakan antara punca kegemukan dalam kalangan remaja. Bincangkan. [Pendahuluan jenis perangkaan]

4. Kemajuan yang sangat pesat di negara kita telah menarik beribu-ribu pekerja asing ke negara kita. Huraikan pendapat anda tentang kesan kemasukan pekerja asing ke negara kita. [Pendahuluan jenis gabungan]

3.0          TEKNIK MENULIS PERENGGAN ISI

Perenggan isi merupakan bahagian yang paling penting yang akan menjawab kehendak soalan. Berjaya atau tidaknya sesebuah karangan bergantung pada kupasan pada bahagian ini. Secara asasnya perenggan isi mestilah mengandungi:

a)      Ayat Topik (AT) , iaitu isi pokok yang menjadi asas perbincangan pada perenggan berkenaan.

b)      Ayat Huraian (AH) , iaitu ayat yang akan menjelaskan maksud  dan menyokong kerelevanan isi pokok.

c)       Ayat Contoh (AC) , pula merupakan bukti atau fakta yang akan menyokong kebenaran isi pokok yang boleh merupakan data, peristiwa, pendapat, analogi dan sebagainya.

d)      Ayat Rumusan (AR) , ialah kesimpulan bagi perenggan isi yang berkenaan.

Oleh itu, ayat-ayat dalam perenggan isi boleh diakronimkan sebagai ATAHACAR.

Suatu masalah yang sering kita hadapai untuk merangka perenggan isi ialah apa yang hendak dihuraikan? Maka, masalah ini boleh diatasi dengan cara memanfaatkan kaedah 5W 1H , iaitu apa?, kenapa?/ mengapa?, siapa?, di mana?, bila? dan bagaimana?

Contoh mengaplikasikan kaedah 5W1H dalam merangka perenggan isi.

Soalan: Makanan ringan punca kegemukan dalam kalangan remaja. Bincangkan.

Ayat Topik Apakah elemen dalam makanan ringan yang menggemukkan?

•        Kebanyakan makanan ringan menggandungi lemak, gula, dan karbohidrat yang menggemukkan.

Ayat Huraian

Bagaimanakah elemen-elemen ini menggemukkan?

•       Selain lemak, gula dan karbohidrat yang dihasilkan daripada proses metabolisme akan menjadi lemak jika tidak digunakan sebagai tenaga.

•       Semakin banyak makanan ringan dimakan, maka semakin banyak lemak yang terkumpul di dalam badan.

Ayat Contoh

Apakah contoh makanan ringan yang menggemukkan?

•        Makanan ringan seperti kek, minuman bergas, keropok, dan kentang goreng mengandungi banyak gula, lemak, dan karbohidrat.

Ayat Kenapa kita perlu mengelakkan makanan ringan?

Page 8: Teknik Mengarang

Rumusan •        Komponen dalam makanan ringan menyebabkan kegemukan.

                Isi yang menarik juga bergantung pada cara atau kaedah kita mengolah perenggan isi berkenaan. Oleh yang demikian, terdapat dua kaedah yang boleh diapliksaikan, iaitu yang mengutamakan isi pokok dan mengutamakan contoh.

a)            Perenggan yang mengutamakan isi pokok (ATAHACAR)

AT        Kebanyakan makanan ringan menggandungi lemak, gula, dan karbohidrat yang menggemukkan.

AH        Selain lemak, gula dan karbohidrat yang dihasilkan daripada proses metabolisme akan menjadi lemak jika tidak digunakan sebagai tenaga.

       Semakin banyak makanan ringan dimakan, maka semakin banyak lemak yang terkumpul di dalam badan.

AC   Makanan ringan seperti kek, minuman bergas, keropok, dan kentang goreng mengandungi banyak gula, lemak, dan karbohidrat.

AR   Komponen dalam makanan ringan menyebabkan kegemukan.

Contoh huraian:Kebanyakan makanan ringan mengandungi lemak, gula, dan karbohidrat yang

sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan.[Ayat Topik]. Apabila kita makan terlalu banyak makanan ringan, gula dan karbohidrat yang terkandung di dalam makanan ini akan bertukar menjadi lemak jika tidak digunakan sebagai tenaga. [Ayat Huraian].Oleh itu, semakin banyak makanan ringan yang dimakan semakin banyaklah lemak yang akan terkumpul di dalam badan. [Ayat Huraian]. Makanan ringan seperti kek, minuman bergas, keropok dan kentang goreng mengandungi banyak lemak, gula, dan karbohidrat.[Ayat Contoh].Tuntasnya, komponen dalam makanan ringan itulah yang menjadi pencetus kepada kegemukan dalam kalangan remaja. [Ayat Rumusan]

b)            Perenggan yang mengutamakan contoh (ACATACAR)

AC        Makanan ringan seperti kek, minuman bergas, keropok, dan kentang goreng mengandungi banyak gula, lemak, dan karbohidrat.

AT        Kebanyakan makanan ringan menggandungi lemak, gula, dan karbohidrat yang menggemukkan.

AH        Selain lemak, gula dan karbohidrat yang dihasilkan daripada proses metabolisme akan menjadi lemak jika tidak digunakan sebagai tenaga.

       Semakin banyak makanan ringan dimakan, maka semakin banyak lemak yang terkumpul di dalam badan.

AR   Komponen dalam makanan ringan menyebabkan kegemukan.

Contoh huraian:Tanpa kita sedari bahawa makanan ringan seperti kek, minuman bergas, keropok

dan kentang goreng mengandungi banyak lemak, gula, dan karbohidrat. [Ayat Contoh].Elemen lemak, gula, dan karbohidrat inilah sebenarnya penyumbang kepada

Page 9: Teknik Mengarang

masalah kegemukan.[Ayat Topik]. Apabila kita makan terlalu banyak makanan ringan, gula dan karbohidrat yang terkandung di dalam makanan ini akan bertukar menjadi lemak jika tidak digunakan sebagai tenaga. [Ayat Huraian]. Oleh itu, semakin banyak makanan ringan yang dimakan semakin banyaklah lemak yang akan terkumpul di dalam badan. [Ayat Huraian]. Tuntasnya, komponen dalam makanan ringan itulah yang menjadi pencetus kepada kegemukan dalam kalangan remaja. [Ayat Rumusan]

LATIHAN MEMBINA PERENGGAN ISI.

Soalan latihan.

                Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi semakin pesat sehingga mengubah gaya hidup masyarakat di seluruh dunia. Bincangkan kesan kemajuan bidang berkenaan kepada gaya hidup masyarakat di Malaysia.

Contoh isi:

1. Membentuk masyarakat yang bermaklumat

2. Masyarakat dapat berhubung secara global

3. Mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral

4. Kurang kemahiran berkomunikasi dan bersosial

Rangka isi:Isi 1Ayat Topik Apakah kebaikan ICT?

      membentuk masyarakat yang bermaklumat.

Ayat Huraian Bagaimanakah senario ini berlaku?

     Masyarakat senang utuk memperoleh maklumat dengan hanya satu klik di internet.

     Maklumat yang diperlukan pula mampu diakses dengan cepat dan pada bila-bila masa – menjimatkan masa.

Ayat Contoh Apakah contoh enjin carian yang boleh membantu?

      masyarakat boleh memanfaatkan enjin carian seperti ‘goole’ atau ‘yahoo’ dalam pencarian maklumat.

Ayat Rumusan

Apakah kebaikan jika masyarakat bermaklumat?

      masyarakat tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Isi 2Ayat Contoh Apakah contoh laman sosial yang popular?

  ‘Facebook’, ‘Twitter’, ‘Myspace’ dan ‘Skype’.

Ayat Topik Apakah kebaikan ICT?

      masyarakat dapat berhubung secara global.

Page 10: Teknik Mengarang

Ayat Huraian

Bagaimanakah senario ini berlaku?

     Penciptaan laman sosial memudahkan masyarakat untuk berhubung dengan sesiapa sahaja di peringkat nasional mahupun antarabangsa.Siapakah yang akan memperoleh manfaat daripada hubungan berkenaan?

     Penggunaan internet boleh bertukar-tukar maklumat tentang bidang yang diminati.

     Peniaga menjalin hubungan perniagaan di peringkat global – meluaskan pasaran.

Ayat Rumusan

Apakah yang terjadi kepada cara masyarakat berhubung?

      jalinan persahabatan atau perniagaan semakin luas melangkau batas negara dan benua.

Isi 3.Ayat Contoh Apakah bukti yang menyokong?

  13 peratus remaja dalam lingkungan 15 hingga 21 tahun melakukan hubungan seks sebelum berkahwin kerana terangsang oleh unsur pornografi dalam laman sesawang.

Ayat Topik Apakah keburukan ICT?

      mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral.

Ayat Huraian

Bagaimanakah senario ini berlaku?

      pengguna ICT menyalahgunakan kecanggihan teknologi ini.      terdedah kepada pelbagai  kandungan maklumat yang berunsurkan negatif –

laman sesawang pornografi, blog yang menyebarkan fahaman songsang.      terdapat sesetengah pengguna yang ghairah memuat naik gambar atau video

peribadi yang mengandungi aksi kurang sopan.Ayat Rumusan

Bagaimanakah masalah ini boleh diatasi?      generasi muda hendaklah diperkukuh dengan benteng agama dan moral.

Isi 4Ayat Topik Apakah keburukan ICT?

      kurang kemahiran berkomunikasi dan bersosial.

Ayat Huraian

Bagaimanakah senario ini berlaku?

      orang ramai lebih selesa bersosial secara atas talian atau menerusi alam maya.      mereka menjadi kekok untuk berkomunikasi secara bertentang mata.      terdapat kecenderungan untuk menggunakan singkatan ejaan atau bahasa 

slanga yang hanya difahami oleh kelompok tertentu.Ayat Contoh Apakah bukti yang menyokong?

      ejaan singkatan seperti ‘dtg’ untuk datang, ‘cer’ untuk cerita.     Bahasa slanga seperti ‘koyak’ untuk malu, ‘kena kencing’ untuk kena tipu

Ayat Apakah saranan?

Page 11: Teknik Mengarang

Rumusan       masyarakat harus belajar menghargai bahasa dan cinta akan bahasa kerana bahasa jiwa bangsa.

4.0          TEKNIK MENULIS PERENGGAN PENUTUP

Perenggan penutup sama penting dengan perenggan pendahuluan dan isi. Terdapat empat jenis penutup yang boleh diaplikasikan dalam penulisan, iaitu:

a)      Meninggalkan pembaca dengan persoalan.b)      Membuat ramalanc)       Membuat cadangand)      Rumusan kronologi

a)            Meninggalkan pembaca dengan persoalan.

                Penutup jenis ini adalah dengan meninggalkan pembaca dengan soalan-soalan yang mampu membuka minda pembaca untuk sama-sama berfikir akan isu yang dibincangkan.

Contoh: Cara untuk menangani penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Saranan marilah kita menggembleng tenaga tanpa rasa jemu untuk mengawal gejala penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini.

Soalan 1 Sampaikah hati kita melihat generasi negara kita akan datang ibarat mayat hidup yang menjadi hamba dadah?

Soalan 2 Adakah wajar kita berpeluk tubuh sahaja?

Soalan 3 Relakah kita, membiarkan ketamadunan bangsa yang dibina lebih setengah abad ini runtuh akibat dadah durjana?

Peribahasa Janganlah sudah terhantuk, baru nak tengadah

Contoh huraian:

Akhir kata, marilah kita bersatu hati menggembleng tenaga tanpa rasa jemu untuk mengawal gejala penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini. Sampaikah hati kita melihat generasi negara kita akan datang ibarat mayat hidup yang menjadi hamba dadah? Adakah wajar kita berpeluk tubuh sahaja? Relakah kita, membiarkan ketamadunan bangsa yang dibina lebih setengah abad ini runtuh akibat dadah durjana? Oleh itu, kita hendaklah bertindak secara drastik dan proaktif, janganlah sudah terhantuk, baru nak tengadah.

b)            Membuat ramalan.

                Penutup jenis ini memerlukan penulis mengjangkakan akibat sesuatu keadaan. Namun begitu, ramalan berkenaan harus logik kerana ramalan yang tidak logik akan merosakkan keseluruhan karangan.

Contoh: Cara untuk menangani penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Page 12: Teknik Mengarang

Saranan   marilah kita menggembleng tenaga tanpa rasa jemu untuk mengawal gejala penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini.

Ramalan 1 (kesan)

  kita tidak menangani wabak ini secara kolektif serta penuh rasa tanggungjawab, besar kemungkinan gejala ini tidak dapat dikawal lagi.

Ramalan 2 (kesan)

  mungkin setiap keluarga akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli yang terlibat.

Ramalan 3 (kesan)

  keadaan ini berlaku, segala-galanya sudah terlewat dan mungkin kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Peribahasa   Nasi sudah menjadi bubur.

Contoh huraian:

Tuntasnya, marilah kita bersatu hati menggembleng tenaga tanpa rasa jemu untuk mengawal gejala penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini. Jika kita tidak menangani wabak ini secara kolektif serta penuh rasa tanggungjawab, besar kemungkinan gejala ini tidak dapat dikawal lagi. Implikasinya, mungkin setiap keluarga akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli yang terlibat dalam kebejatan moral berkenaan. Apabila keadaan ini berlaku, segala-galanya sudah terlewat dan mungkin kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.

c)            Membuat cadangan.

                Penutup jenis ini hanya sesuai jika soalan tidak meminta isi tentang cadangan/ langkah/ usaha penyelesaian. Seperti membuat ramalan, cadangan juga mesti logik dengan tajuk.

Contoh: Punca-punca penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Cadangan 1

  semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing.

Cadangan 2

  satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh masyarakat setempat hendaklah ditubuhkan dengan menganjurkan pelbagai prakarsa ke arah membanteras penyalahgunaan dadah

Harapan   membebaskan warga Malaysia daripada najis dadah.

Peribahasa  Hidup tanpa dadah, negara sejahtera.

Contoh huraian:

Konklusinya, bagi memastikan gejala yang berbahaya ini tidak merebak menjadi barah dalam masyarakat, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing secara efektif. Antaranya, suatu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh masyarakat setempat hendaklah ditubuhkan dengan menganjurkan pelbagai prakarsa ke arah membanteras penyalahgunaan dadah seperti penganjuran Kempen Antidadah. Tegasnya, kita mengharapkan agar keseriusan semua pihak ini akan membebaskan warga Malaysia daripada najis dadah. Sesungguhnya, hidup tanpa dadah, negara sejahtera.

Page 13: Teknik Mengarang

d)            Rumusan kronologi.

                Bagi menghasilkan rumusan jenis ini, penulis perlu merumuskan segala idea/ isi yang telah dikemukakan satu persatu secara urutan. Idea/isi itu hendaklah diringkaskan dan diubah suai daripada idea/isi yang telah dinyatakan dalam perenggan isi.

Contoh soalan: Cara untuk menangani penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Saranan   marilah kita bersatu hati menggembleng tenaga tanpa rasa jemu untuk mengawal gejala penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini

Isi perenggan 1

  Ibu bapa memantau tindak-tanduk anak-anak.

Isi perenggan 2

  Guru-guru perlulah cakna terhadap perubahan tingkah laku para pelajar.

Isi perenggan 3

  Penduduk setempat harus prihatin terhadap aktiviti golongan muda-mudi di tempat mereka.

Harapan   masalah ini akan dapat dibendung.Peribahasa   Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; akar umbi

Contoh huraian:

Deduksinya, marilah kita bersatu hati menggembleng tenaga tanpa rasa jemu untuk mengawal gejala penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini Oleh itu, ibu bapa hendaklah memantau anak-anak bagi memastikan anak-anak mereka terhindar daripada gejala negatif ini. Di samping itu, guru-guru perlulah cakna terhadap perubahan tingkah laku para pelajar mereka. Sementara itu, penduduk setempat harus prihatin terhadap aktiviti golongan muda-mudi di tempat mereka terutama yang boleh menimbulkan kecurigaan. Dengan adanya budaya bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, sudah pasti masalah ini akan dapat dibendung sehingga ke akar umbi.

LATIHAN MEMBINA PERENGGAN PENUTUP.

Soalan latihan:Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi semakin pesat sehingga mengubah gaya hidup masyarakat di seluruh dunia. Bincangkan kesan kemajuan bidang berkenaan kepada gaya hidup masyarakat di Malaysia.Senarai isi:

1.       Membentuk masyarakat yang bermaklumat2.       Masyarakat dapat berhubung secara global3.       Mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral4.       Kurang kemahiran berkomunikasi dan bersosial

Latihan 1: Meninggalkan pembaca dengan soalan.  Tips/ Panduan:

Page 14: Teknik Mengarang

  ICT mendatangkan kesan positif dan negatif - oleh itu, tinggalkan pembaca dengan persoalan seperti wajarkah pengaruh negatif ICT dibiarkan sebegitu sahaja? Sanggupkah kita membiarkan pengaruh negatif ICT membelenggu kehidupan masyarakat?

Latihan 2: Membuat ramalan.  Tips/ panduan:  Anda perlu meramalkan keadaan gaya hidup masyarakat pada masa hadapan kesan baik

kemajuan ICT. Ramalkan juga, impak yang mungkin akan berlaku jika unsur negatif ICT tidak dikawal.

Latihan 3: Membuat cadangan  Tips/ panduan:  Anda boleh menyatakan cadangan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan

setiap anggota masyarakat tidak ketinggalan dalam arus kemajuan ICT. Nyatakan juga cara untuk memastikan unsur-unsur negatif ICT tidak menggugat gaya hidup positif masyarakat.

Latihan 4: Rumusan kronologi.  Tips/pedoman:  Anda perlu membuat rumusan terhadap setiap ayat topik perenggan isi supaya menjadi

suatu kronologi huraian perenggan kesimpulan yang menarik.

5.0          PENANDA WACANA DALAM PENULISAN.

Apakah itu penanda wacana?

  Sekumpulan kata untuk menghubungkan dua ayat dan antara perenggan supaya dapat membentuk perkaitan dan pertalian antara suatu ayat dengan ayat atau ayat-ayat sebelumnya lalu membentuk satu aliran huraian yang logik serta sistematik.

  Penanda wacana yang lazim digunakan ialah kata penyambung ayat/ kata hubung/ frasa penghubung, kata ganti nama, sinonim,antonim, pengulangan, unsur bersambutan,dan hubungan lokasi/konteks.

  Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat atau ketiadaan langsung penanda wacana akan menyebabkan keseluruhan wacana/penulisan tiada kesatuan dan perpautan yang tepat.

  Penanda wacana turut berfungsi untuk membina kohensi dan koheren dalam penulisan.

Apakah pengertian kohensi?

  Nik Safiah Karim , et. al.  (2009). mentakrifkan kohesi sebagai ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa dengan ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Selain itu, kohesi juga boleh ditakrifkan sebagai kesepaduan ayat dari segi hubungan antara ayat dalam sesebuah wacana. Hubungan ini dilihat dari segi penggunaan kata ganti nama diri, penggantian, elipsi, kata hubung dan ciri leksikal. (Mohd. Dahalan et. al., 2003).

Apakah pengertian koheren?

Page 15: Teknik Mengarang

  Koheren pula yang dikenali sebagai runtutan, merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. (Nik Safiah Karim, et.al, 2009). Hal ini bermakna koheren(runtutan) merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana tanpa makna, teks tidak dianggap sebagai wacana. Mohd. Dahalan et.al (2003) telah mentakrifkan koheren sebagai kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana seperti antara ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan, atau bab dengan bab. Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Moh Nor (2007), mendefinisikan koheren sebagai hubungan padu antara unsur yang membina perengggan seperti perkataan, ayat tesis, ayat topik, ayat sokongan dan huraian, dan kepaduan wacana yang turut dibina oleh peralihan atau penanda wacana yang menggabungjalinkan antara perenggan.

5.1          JENIS-JENIS PENANDA WACANA.

Terdapat banyak jenis penanda wacana yang boleh dikelompokkan berdasarkan tujuan atau fungsinya.

TUJUAN KATA HUBUNG/ FRASA PENGHUBUNGMenghurai kini, tambahan pula, dalam hal ini, untuk

Cth: Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Merekalah yang mendidik dan membesarkan kita. Tambahan pula, mereka terlebih dahulu makan garam.

Menegas sesungguhnya, sebenarnya, yang paling utama

Cth: Sesungguhnya, kejadian bencana alam yang melanda akibat kerakusan manusia mengeksploitasi sumber alam. Manusia tanpa belas menggondolkan hutan, meratakan bukit bukau atas nama pembangunan.

Menilai kecuali, tetapi, namun, bagaimanapun

Cth: Jika mahu mencapai kejayaan kita perlu berusaha dengan tekun dan sabar. Namun kita perlu sentiasa berdoa kerana manusia hanya mampu merancang, tuhan sahaja yang menentukan.

Memapar/ memberikan contoh

sebagai contoh, misalnya, tamsilannya.

Cth: Kebejatan akhlak dalam kalangan remaja semakin ketara kebelakangan ini. Sebagai contoh, jumlah remaja yang merempit semakin bertambah.

Menambah seterusnya, juga, lagi pun, kemudian, tambahan pula, sekali lagi, bertitik tolak.

Cth: Daud berasa malu untuk meminta simpati daripada Tuan

Page 16: Teknik Mengarang

Bakar. Tambahan pula, Tuan Bakar selalu menghinanya. Bertitik tolak daripada itu, dia berasa maruahnya akan diinjak-injak oleh Tuan Bakar jika dia meminta pertolongan daripada Tuan Bakar.

Membanding sebaliknya, sehubungan itu, selain itu, walau bagaimanapun, namun demikian.

Cth: Pencapaian cemerlang negara dalam sukan badminton sebelum ini sukar ditandingi, namun kini semakin jauh ketinggalan berbanding negara Asia yang lain.

Mengakui walaupun, jelaslah, akhirnya, namun

Cth: Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan OKU dengan menyediakan peruntukan yang banyak dalam belanjawan tahun ini. Jelaslah   bahawa kerajaan sentiasa prihatin akan golongan ini.

Menyatakan akibat

oleh itu, akibatnya, jadi.

Cth: Ada juga remaja yang berfikir bahawa mereka harus merebut peluang untuk menceburi bidang glamor pada usia yang muda. Akibatnya, banyak yang bersikap sambil lewa akan kepentingan pelajaran.

Membuat turutan selepas itu, kemudian, lebih awal dari itu, lebih penting lagi, akhirnya, pertamanya,

Cth: Perjalanan kami di kota Delhi tidak terhenti setakat membeli pakaian di bazar sahaja. Lebih awal daripada itu kami turut membelek pelbagai buku di kedai-kedai buku yang tidak terhitung di situ.

TUJUAN KATA HUBUNG/ FRASA PENGHUBUNG

Menyatakan masa

dewasa ini, sementara itu, semenjak itu, sebelum itu, pada mulanya.

Cth: Dewasa ini masalah kegemukan dalam kalangan warga Malaysia semakin meningkat. Pada masa yang sama risiko dihidapi penyakit yang berkaitan dengan kegemukan turut tinggi.

Merumus/ menyimpul

ringkasnya, pendek kata, pada keseluruhannya, kesimpulannya, dapatlah disimpulkan. tuntasnya. intihanya, konklusinya, deduksinya,

Cth: Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam kehidupan sehari-hari.

Maksud umum secara khususnya, lazimnya, umumnya, dengan itu, selaras dengan itu.

Cth: Warga tempatan hendaklah menyokong industri pelancongan domestik. Selaras dengan itu, mereka mestilah mengutamakan melancong di dalam negara daripada di luar negara.

Page 17: Teknik Mengarang

6.0          PENGGUNAAN SINONIM DALAM PENULISAN.

Istilah sinonim dari segi linguistik bermaksud kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain atau kata seerti. (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2008).

Penggunaan sinonim dapat mempercepat proses penulisan, di samping mewujudkan gaya penulisan yang berkesan. Oleh yang demikian, kita perlu berhati-hati sewaktu menggunakan sinonim dalam membentuk wacana kerana pemilihan sinonim yang kurang tepat boleh menimbulkan keraguan dan pembentukan konotasi yang berlainan daripada yang diingini. Natijahnya, perenggan menjadi lemah dan kurang berkesan. (Roselan Baki, 2003). Maka, terdapat beberapa kaedah untuk membina perenggan yang koheren menggunakan unsur sinonim.

 6.1 Membina koheren menggunakan kata yang bersinonim.

Apabila seseorang menulis menggunakan kata yang sama sahaja maka, hal itu boleh menimbulkan kebosanan kepada pembaca, di samping menunjukkan seolah-oleh seseorang penulis itu mempunyai kosa kata yang terhad. Oleh yang demkian, satu cara bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan kata yang bersinonim. Penggunaan kata-kata yang bersinonim akan menggambarkan kekayaan penguasaan kosa kata oleh penulisnya. Seterusnya, cuba perhatikan contoh-contoh penggunaan kata bersinonim berikut:

Contoh 1.

     Penggunaan herba Tongkat Ali memang tidak asing lagi dalam kalangan kaum lelaki untuk meningkatkan tenaga terutama tenaga dalaman. Obsesi kaum Adamterhadap produk ini menyebabkan permintaannya semakin meningkat sejak dasawarsa belakangan. Golongan suami mahupan teruna sering menjadikan produk ini sebagai amalan harian mereka terutama sebagai minuman tenaga.

                Dalam contoh di atas, kata kaum lelaki digantikan dengan kata bersinonim yang merujuk kepada gender lelaki seperti kaum Adam, suami dan teruna.

Contoh 2.

     Sikap tidak bertanggungjawab dalam kalangan pengusaha industri mengalirkan sisa toksik ke dalam sungai merupakan antara punca pencemaran sungai. Sungai yang dahulunya sungguh bersih dan selamat untuk digunakan oleh orang ramai kini telahternoda oleh bahan kimia berbahaya seperti raksa. Tambahan lagi, kejernihan air sungai turut dicela oleh warna kecoklatan atau kehitaman cecair beracun berkenaan. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sungai yang mengalir mengeluarkan bau yangmenjelikkan deria bau masyarakat umum.

Dalam contoh 2 pula, konsep pencemaran telah ditukargantikan dengan beberapa kata yang bersinonim seperti ternoda, dicela dan menjelikkan.               6.2          Membina koheren menggunakan frasa yang bersinonim.

Page 18: Teknik Mengarang

                Dalam pada itu penggunaan sinonim tidak terhad pada kata sahaja, malahan frasa yang bersinonim juga mampu menghasilkan perenggan yang koheren. Frasa-frasa yang dipilih lazimnya mewakili konsep yang sama makna. Perhatian contoh-contoh perenggan berikut.

Contoh 1.

     Tidak dapat dinafikan bahawa wang merupakan faktor utama yang mendorong seseorang itu terlibat dalam kegiatan jenayah. Ada segelintir manusia yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan wang tanpa perlu bersusah-payah. Mereka rela terjebak dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang, seperti merompak, pecah amanah, meragut, dan mencuri. Kebejatan moral yang mulai menguasai insan yang lemah iman ini harus ditangani agar tidak menjadi suatu wabak dalam masyarakat moden hari ini.

                Frasa perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kebejatan moral yang digunakan dalam perenggan karangan di atas secara jelas mempunyai konsep yang bersinonim iaitu perbuatan jenayah.

Contoh 2.

     Anak-anak merupakan amanah daripada Tuhan kepada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mesti bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka berakhlak mulia.Kegagalan ibu bapa melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan itu menyebabkan mereka akan dipersalahkan jika anak-anak mereka terbabit dalam pelbagai gejala sosial yang sedang berkembang biak. Seyogia, ibu bapa patut mencanai anak-anak mereka menjadi generasi madani yang mampu menjadipemimpin yang berwibawa pada masa hadapan . Jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan disiplin anak-anak untuk menjadi modal insan yang berkualiti.

                Dalam perenggan di atas pula, frasa berakhlak mulia, generasi madani, pemimpin yang berwibawa dan modal insan yang berkualiti merupakan frasa-frasa yang mempunyai konsep yang sama makna atau bersinonim bagi maksud sikap yang baik.

6.3          Membina koheren menggunakan peribahasa yang bersinonim.

                Dalam penulisan karangan, penggunaan unsur-unsur keindahan bahasa yang koheren dalam wacana mampu menghasilkan karangan yang cemerlang misalnya, penggunaan peribahasa termasuklah bidalan, pepatah dan kata-kata hikmat. Biasanya, penulis boleh menggunakan peribahasa yang sama maknanya dengan kata atau frasa dalam ayat sebelumnya bagi menimbulkan kesan yang lebih mendalam kepada pembaca. Sebagai contoh, perhatikan penggunaan peribahasa yang bersinonim dalam perenggan berikut.

Contoh 1.

Page 19: Teknik Mengarang

     Selain itu, usaha memelihara dan memulihara warisan sejarah wajar diiringi dengan usaha mengajak masyarakat umum untuk turut serta secara langsung keranakalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.. Kita tidak mahu warisan sejarah ini sekadar menjadi bahan pameran di muzuim-muzium yang hanya ditonton sahaja oleh para pengunjung atau hanya dipusakai oleh generasi tua sahaja. Sudah tiba masanya, masyarakat umum diajak menyertai ekspedisi ekskavasi seperti yang dilakukan oleh Jabatan Muzium Perak di tapak candi Lembah Bujang. Hal ini secara tidak langsung akan memberi pengalaman baru kepada umum untuk lebih menghargai warisan sejarah sebagai khazanah bangsa yang harus dipertahankan agar tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas dan mampu menokah arus pemodenan.

                Dalam contoh perenggan di atas, peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya sama maksudnya dengan usaha memelihara dan memulihara warisan sejarah. Sementara, peribahasa tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas bersinonim dengan maksud harus dipertahankan.

Contoh 2.

     Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa berdarah yang mahu dihindari daripada berulang lagi. Persengkataan antara kaum yang terjadi telah mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan banyak harta benda lantaran tiadanya perasaan perpaduan antara kaum. Oleh yang demikian, perpaduan amat penting bagi mengelakkan sebarang persengketaan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak kerana yang kalah menjadi abu dan yang menang menjadi arang. Lebih malang lagi, rakyat jelata juga yang hidup menderita kerana gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

                Penggunaan peribahasa kalah menjadi abu dan yang menang menjadi arang serta gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah dalam perenggan di atas jelas bersinonim dengan maksud persengketaan yang tidak menguntungkan.

7.0          PENGGUNAAN ANTONIM DALAM PENULISAN.

Antonim ialah perkataan atau rangkai kata yang bertentangan maksud. (Roselan Baki, 2003). Sementara itu dari segi linguistik, antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. (Kamus Dewan, 2008). Berdasarkan kedua-dua takrif antonim tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan antonim berlawanan dengan penggunaan sinonim dalam wacana. Jika penggunaan sinonim mewujudkan pertautan antara ayat-ayat yang membawa  maksud yang sama, maka penggunaan antonim sudah pasti ghalibnya untuk tujuan pertentangan atau berlawanan maksud. Dalam penghasilan wacana, perkara ini pasti berlaku kerana dalam kehidupan seharian, kita sememangnya sering membandingkan atau membincangkan perkara yang berlawanan. (Zamri Salleh, 2010).

7.1          Membina koheren menggunakan kata yang berantonim.

                Dalam Bahasa Melayu terdapat banyak kata yang berantonim misalnya,         i.            jauh - dekat,

Page 20: Teknik Mengarang

       ii.            miskin - kaya,      iii.            tua - muda,     iv.            tinggi - rendah       v.            sunyi - bising

                Penggunaan antonim akan menghasilkan suatu unsur pertentangan dalam sesuatu wacana berkenaan. Misalnya, penggunaan antonim tinggi dan rendah dalam perenggan berikut:

     Antara faktor yang mendorong para majikan tempatan lebih suka menggunakan tenaga buruh asing ialah perbezaan gaji. Pekerjaan tempatan lazimnya akan menuntut gaji yang tinggi berserta dengan pelbagai kemudahan yang lain seperti doktor panel dan elaun. Hal itu, sudah pasti akan membebankan para majikan terutama majikan yang memperoleh margin keuntungan yang kecil. Oleh itu, bagi mengurangkan kos, majikan tempatan akan beralih kepada pekerja asing yang bersedia untuk bekerja walaupun dengan upah yang rendah.

                Selain itu, penggunaan antonim kadang kala akan mewujudkan kesan ironi dalam sesuatu wacana. Misalnya, penggunaan antonim sunyi dan bising dalam contoh berikut.

       Entah mengapa, pada malam itu dia terasa benar-benar sunyi. Kesunyian membelenggu dirinya yang bersendirian di dalam bilik kecil yang bersaiz 4 X 8 kaki itu yang hanya memuatkan sebuah katil bujang dan sebuah meja tepi. Jiwanya yang sunyiitu hanya ditemani oleh bunyi bising kenderaan yang bertali arus di jalan raya di hadapan kamar sewaannya itu.

                Penggunan antonim sunyi dan bising dalam perenggan di atas jelas mewujudkan unsur ironi kerana pada realitinya suasana itu tidaklah sunyi dalam erti kata yang sebenarnya kerana ada bunyi bising daripada kenderaan yang lalu lalang.

7.2          Membina koheren menggunakan frasa yang berantonim.

                Penggunaan antonim tidak terbatas pada kata sahaja, malah frasa yang mengandungi unsur antonim juga boleh digunakan untuk membina perenggan yang koheren. Contohnya, dalam perenggan berikut.

     Pada zaman pancamerdeka kini, semangat kejiranan masih diamalkan olehmasyarakat kampung dalam kehidupan seharian mereka. Budaya kunjung-mengunjung dan bergotong-royong masih subur dalam dairi kehidupan mereka. Namun sayang seribu kali sayang, semangat ini makin luntur dan tidak diamalkanoleh masyarakat bandar lantaran kesibukan mereka mengejar kebendaan yang tidak pernah berkecukupan.

                Dalam petikan di atas frasa masih diamalkan berantonim dengan frasa tidak diamalkan, masyarakat kampung pula merupakan antonim bagi frasa masyarakat bandar, dan frasa masih subur ialah antonim bagi frasa makin luntur.

7.3          Membina koheren menggunakan peribahasa yang berantonim.

Page 21: Teknik Mengarang

                Penggunaan peribahasa yang berantonim bermaksud menggunakan peribahasa untuk menerangkan suatu situasi yang bertentangan dalam sesuatu wacana. Oleh itu penggunaan peribahasa yang bertentangan dari segi maksudnya juga dapat mewujudkan koheren dalam wacana. Perhatikan contoh yang berikut.

     Selain itu, kami juga merayu agar pihak tuan dapat menggunakan kuasa yang ada pada pihak tuan untuk mendesak pihak Jabatan Parit dan Saliran agar bertindak secara proaktif untuk meningkatkan keberkesanan kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan di kampung kami. Usahlah bertindak secara melepaskan batok di tanggasahaja. Biarlah kerja-kerja penyelenggaraan itu dijalankan secara bersungguh-sungguh kerana alang-alang berdakwat biarlah hitam. Pihak kami bersedia membantu pihak jabatan untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk kampung agar bersama-sama menjaga kebersihan dan kelancaran sistem perparitan itu. Hal ini disebabkan ada segelintir penduduk kampung yang bersikap ambil mudah dengan membuang sampah ke dalam parit-parit berkenaan.

                Kedua-dua peribahasa di atas mempunyai maksud yang berbeza iaitu melepaskan batok di tangga bermaksud melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh. Sementara itu, maksud peribahasa alang-alang berdakwat biarlah hitam bermaksud berbuat sesuatu jangan alang kepalang.

8.0          KESIMPULAN

Kemahiran menulis terutama karangan merupakan kemahiran aras tertinggi dalam kemahiran berbahasa. Oleh itu, kemahiran ini perlu digabungjalinkan dengan kemahiran lisan dan membaca yang akan membantu meningkatkan kemahiran dalam penulisan. Kemahiran ini perlu dilatih melalui pelbagai pendekatan, antaranya ialah pendekatan berstruktur dan proses. Pendekatan berstruktur melibatkan kemahiran membina perenggan pendahuluan, isi dan penutup. Sementara, pendekatan proses menyarankan bahawa proses penulisan melibatkan beberapa proses seperti pengumpulan maklumat, penulisan draf, proses pengeditan, penulisan draf akhir dan seterusnya persembahan karangan berkenaan setelah dinilai. Tuntasnya, pengajaran dan pembelajaran aspek kemahiran menulis perlu dilaksanakan dalam keadaan yang santai agar pelajar bermotivasi untuk menghasilkan penulisan yang bermutu, bukannya ‘buat asal siap’.

Dicatat oleh Cikgu Mohamad Zaidi di 6:24 PTG http://zaidivilla.blogspot.com/2013/07/teknik-mengarang.html