29
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM (PISN2103) DISEDIAKAN OLEH: HJH. FADZLIYAH BINTI HASHIM IPG KAMPUS DARULAMAN (JPIM)

1. Falsafah Pendidikan Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

imam ghazali

Citation preview

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM (PISN2103)

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM (PISN2103)DISEDIAKAN OLEH:HJH. FADZLIYAH BINTI HASHIMIPG KAMPUS DARULAMAN(JPIM)TAJUK 1 : FALSAFAH DAN SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DALAM ASPEK INSTITUSI, KURIKULUM DAN METODOLOGISINOPSIS:Kursus ini membincangkan Falsafah Pendidikan Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah serta Al-Ghazali, Falsafah Pendidikan Islam KPM, sejarah pendidikan di zaman Rasulullah saw dan khulafa ar-Rasyidin, zaman Bani Umaiyah, Bani Abasyiah. Kursus ini juga membincangkan sejarah pendidikan Islam sebelum dan selepas merdeka serta pendidikan di nusantara.

HASIL PEMBELAJARAN:Di akhir topik ini, pelajar dapat : Mengenal pasti tentang Falsafah Pendidikan menurut al-Quran dan as-Sunnah serta al-GhazaliMengenal pasti tentang sejarah perkembangan Pendidikan Islam sejak zaman Rasulullah saw hingga zaman Bani AbasyyiahMembandingkan sejarah pendidikan Islam sebelum dan selepas merdekaMengenal pasti sejarah pendidikan di nusantara masa kini.SinopsisKursus ini memfokuskan perbincangan terhadap falsafah Pendidikan Islam, konsep Pendidikan Islam, sejarah Pendidikan Islam, kurikulum Pendidikan Islam, pentaksiran dan penilaian Pendidikan Islam.

1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Pengenalan:Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan, kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah tergantung kepada falsafahnya yang disalurkan melalui pendidikan. Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini adalah ditentukan oleh falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan.

sambunganSarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan. Hasan Langgulung (1986) menyatakan pendapatnya berdasarkan falsafah Islam yang telah meletakkan seluruh prinsip dan norma yang meliputi keseluruhan skop pendidikan. sambunganManakala al-Syaibani (1979) menjelaskan bahawa Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang dirancangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa.Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan warganegara umumnya supaya beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh Nya.

Kesimpulannya:FPI ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. FPI menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia akhirat tercapai dengan jayanya. FPI menegaskan bahawa manusia ialah makhluk Allah dan manusia mempunyai batasan dalam tindakannya. Oleh itu pendidikan ini merupakan satu aliran falsafah yang berbentuk keagamaan, berusaha menanam keimanan manusia kepada Allah s.w.t. dalam usaha membangunkan manusia sebagai insan ciptaan Allah, dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi dalam keadaan tunduk dan patuh kepadanya.

Sumber Fpi & fpuFPI mempunyai sumbernya yang khusus iaitu al-Quran dan al-Sunnah.FPU pula bersumberkan pemikiran, penyelidikan dan pengalaman manusia semata-mata. Walau bagaimana pun keduanya mempunyai perhubungan atau persamaan dalam beberapa segi yang berkaitan dengan proses pendidikan.

sambunganPerhubungan yang jelas ialah kedua-duanya berusaha mencari dan mendapatkan hakikat kebenaran yang berkaitan dengan proses pendidikan.Ianya juga sentiasa membahaskan dan meramalkan tentang perkara yang mungkin mengarah, mengukuh dan membantu memperkemaskan lagi sistem pendidikan.FPU juga sama dengan FPI dalam matlamatnya untuk melahirkan insan yang baik, berakhlak dan harmonis di samping mempunyai keupayaan untuk membina manusia yang berguna kepada masyarakatnya.

sambunganWalau bagaimanapun berdasar sumber yang khusus, FPI lebih unggul dan mantap kerana falsafah ini bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah yang diwahyukan oleh Allah. FPU hanya berasaskan pemikiran, penyelidikan dan pengalaman manusia yang terbatas dan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut citarasa masing-masing. Di samping itu juga, matlamat FPI lebih unggul dan menyeluruh, yang bertujuan untuk melahirkan insan yang mulia dan mampu mencapai kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat kerana FPI mengkaji kebenaran dan meletakkan sesuatu pada yang berhak.

sambunganFPI amat diperlukan bagi tujuan pendidikan Islam, memandangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Sistem pendidikan yang diwarisi penjajah adalah kabur dari segi falsafah dan matlamatnya. Amalan sekularisme dan dualisme dalam pendidikan akan menyebabkan pembangunan manusia sebagai Insan dan Khalifah Allah di muka bumi serta melahirkan warganegara yang baik belum dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Falsafah Pendidikan Islam Amat Diperlukan Dalam :Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan pemikiran yang sihat terhadap proses pendidikanMenjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidikan negara dalam ertikata yang menyeluruhMembentuk asas pendidikan khususnya dalam kaedah pengajaran di sekolah, universiti dan institusi pendidikan yang lain.Membina suatu identiti sendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya nilai Islam dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat.Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam sistem pendidikan.

fpi menurut al-quran dan al-sunnahKonsep Al-Quran dan As-SunnahFalsafah Pendidikan Dalam Al-Quran dan Al-SunnahTujuan pendidikanInstitusi pendidikanBidang-bidang pendidikanPrinsip pendidikanMetodologi pendidikanKonsep Al-quran Dan Al-sunnahAl-Quran menduduki tempat pertama di dalam sumber perundangan Islam. Tiada siapa di kalangan kaum muslimin yang mempertikaikan kesahihannya atau menolaknya sebagai hujah, baik dalam masalah akidah atau hukum. Isi kandungan Al-Quran meliputi segala aspek kehidupan, dari yang sebesar ajaran sehinggalah sekecil-kecilnya (hukum-hukum, penerangan, petunjuk, nasihat, cerita-cerita, perkhabaran baik bagi mereka yang taat dan khabar buruk bagi yang melakukan maksiat dan syirik kepada Allah, aspek ekenomi, sosial, politik, perkahwinan, muamalat dan bidang pendidikan).

15sambunganManakala al-sunnah (hadis) pula, jumhur ulamak sepakat mengatakan ia menduduki tempat kedua selepas al-Quran sebagai sumber rujukan. Kehujahan hadis dalam syariat dan perundangan juga berdasarkan dalil yang termaktub secara jelas di dalam al-Quran, Hadis, ijmak ulamak dan pendapat fuqaha yang menyuruh orang-orang beriman mentaati Allah s.w.t. dan juga rasulNya.Antara dalil ayat al-Quran yang menyuruh kaum muslimin supaya merujuk kepada hadis ialah dalam surah al-Hasyr ayat 7, maksudnya: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).Dari sini dapatlah difahami bahawa pengiktirafan al-Quran sebagai sumber hukum dan diikuti hadis sebagai tempat kedua adalah atas beberapa sebab, antaranya:

Setiap perkataan yang terkandung di dalam al-Quran pasti datangnya daripada Allah.Al-Quran adalah dalil yang meyakinkan dan dipindahkan atau disampaikan kepada kitamelalui jalan yang mutawatirAl-Quran sentiasa terpelihara oleh Allah sendiri dan selamat daripada segala penyelewengan dan perubahan mana-mana makhluk. Ia dijamin selamat dari mula ia diturunkan hinggalah kepada hari akhirat.

Falsafah Pendidikan Dalam Al-quran Dan Al-sunnahFalsafah pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu sistem pendidikan. Ia merupakan suatu dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan bagi peningkatan mutu pendidikan.Di dalam falsafah pendidikan terkandung matlamat yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan, ciri-ciri individu yang hendak dibentuk dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan.

sambunganDi dalam Islam, falsafah pendidikan berteraskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-duanya merupakan asas utama kepada pembentukan falsafah pendidikan. Segala hasrat dan kandungan yang tersurat dan tersirat dalam dalam falsafah pendidikan dirujuk dan disesuaikan dengan kehendak al-Quran dan al-Sunnah.Berikut antara perincian Al-Quran dan Al-Sunnah terhadap hasrat dan kandungan falsafah pendidikan yang meliputi aspek;Tujuan pendidikanInstitusi pendidikanBidang pendidikanPrinsip pendidikanMetodologi pendidikan

Tujuan Pendidikan:BILTUJUANDALIL1Mengabdikan diri kepada Allah Az-Zariyat: 562Menjauhi syirik Al-Haj:313Mensyukuri nikmat Al-Baqarah: 1724BertaqwaAli-Imran: 1025BertawakkalAli-Imran: 1596Melakukan amar makruf nahi munkar Ali-Imran: 1107Membentuk insan soleh Al-Araf: 2058Memakmurkan bumi Allah Al-Nahl:899Mewujudkan kebahagiaan hidup Al-Naml:77

Institusi Pendidikan:BILINSTITUSIDALIL1Ibu bapa At-Tahrim: 72Diri sendiri Al-Alaq: 1-53MasjidAt-Taubah: 184Institusi pendidikan At-Taubah: 1225MasyarakatAl-Nahl: 125 6PemerintahAl-Hijr: 94Bidang-bidang Pendidikan:BILBIDANGDALIL1AkidahAl-Baqarah: 2852IbadahAl-Baqarah: 213AkalAl-anfal: 224AkhlakAl-Nahl: 235JasmaniAl-Baqarah: 1726KetrampilanAl-Ahqaf: 197KemasyarakatanAl-Maidah:2Prinsip Pendidikan:BILPRINSIPDALIL1Bersikap adil Al-Nahl:902Lemah lembut Ali-Imran: 1593Kasih sayangAl-Fath: 294PesamaanAl-Baqarah: 2135MusyawarahAs-Syura: 386PersaudaraanAl-Hujurat: 107BerdisiplinAl-Israk: 238MemudahkanAl-Baqarah: 2869Melihat ke hadapan Al-Qasas: 7710KejelasanAn-Nur: 31Metodologi Pendidikan:BILMETODOLOGIDALIL1Pengajaran dan nasihat (mauizah) Ali-Imran: 1382Peringkatan (tazkirah) Al-Israk: 413PenceritaanYusuf: 34Soal jawab/diskusi Al-Nahl: 1255PerbandinganAl-Ankabut: 436Ancaman dan janji Al-Fatir: 57TeladanAl-Ahzab: 218Amar makruf nahi munkar Ali-Imran: 1109PerumpamaanAl-Hasyr: 2110Seruan jihad An-Nisa: 84kesimpulanDapat dirumuskan bahawa falsafah pendidikan menurut Al-Quran dan Al-Sunnah memberi tiga dimensi penting untuk dilaksanakan, iaitu:Memberi petunjuk dan motivasi yang mengarahkan kepada pemantapan akidah, membentuk akhlak mulia dan membersihkan rohani dan jasmani untuk mencapai martabat insan soleh dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

sambunganMemberi penekanan tentang aspek-aspek pendidikan yang perlu dilaksanakan dalam proses membimbing dan membentuk nilai-nilai keperibadian yang luhur serta dapat mengangkat martabat dan peradaban ummah yang dirahmati Allah.Memberi penekanan pendekatan yang efektif dan efisien untuk mendidik dan membimbing manusia ke arah mencapai kegemilangan dan kecemerlangan dalam merealisasikan fungsi manusia sebagai khalifah Allah dengan petunjuk dan hidayahnya.

BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATATERIMA KASIH