47
TAJUK 2 PENDEKATAN RAWATAN KECEDERAAN SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI ASMA DAN SERANGAN JANTUNG KEPENTINGAN PENDEKATAN YANG SISTEMATIK Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk. Mengurangkan kesakitan. Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH KECEDERAAN Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu: D = Danger (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya R = Respond (Tindak balas/Reaksi) - Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar :Tanya mangsa keadaannya. Pastikan kecederaan atau kesan lain. Berikan rawatan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran pernafasan terbuka dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas atau tidak. Periksa pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid). Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu: 1. A - Alert (sedar sepenuhnya) 2. V - Verbal (respon terhadap suara) 3. P - Pain (respon terhadap kesakitan/ sentuhan) 4. U - Unconcious (tiada apa-apa respon) A = Airway (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. 1

09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ppg

Citation preview

Page 1: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

TAJUK 2PENDEKATAN RAWATAN KECEDERAAN SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARIASMA DAN SERANGAN JANTUNG

KEPENTINGAN PENDEKATAN YANG SISTEMATIK

Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.

Mengurangkan kesakitan.

Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH KECEDERAAN

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

D  = Danger  (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya

R = Respond  (Tindak balas/Reaksi) - Pastikan mangsa bertindakbalas dengan

memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan

tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar :Tanya mangsa

keadaannya. Pastikan kecederaan atau kesan lain.  Berikan rawatan yang

sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran

pernafasan terbuka  dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas atau

tidak. Periksa pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid).

Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:

1. A - Alert (sedar sepenuhnya)

2. V - Verbal (respon terhadap suara)

3. P - Pain (respon terhadap kesakitan/ sentuhan)

4. U - Unconcious (tiada apa-apa respon)

A  =  Airway  (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup

atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa.

B  =  Breathing  (Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR -

External Air Resuscitation

C  =  Circulation  (Peredaran/Pengaliran   Darah)= Pastikan nadi mangsa berfungsi  - se-

mak di nadi karotid atau di leher , jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscita-

tion].

1

Page 2: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

MENILAI KECEDERAAN- TOTAPS

T - Talking ( bercakap )

O - Observe (memerhati)

T - Touch ( sentuhan)

A - Active ( aktif)

P - Passive (Pasif)

S - Skill (kemahiran )

LANGKAH-LANGKAH T.O.T.A.P.S

T-Talking (bercakap )

Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera

Apa yang berlaku?

Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?

Apa yang kamu rasa?

Keluarkan mangsa dari

kawasan yang merbahaya..

DR A

BC

Pastikan mangsa

bertindakbalas dengan me-

manggil mangsa atau bertanya den-

gannya jika mangsa sedar.

Pastikan mulut dan hidung

mangsa tidak tertutup jika

ada keluarkan dan letakkan

mangsa dalam kedudukan

yang selesa.

Pastikan mangsa

bernafas dan jika tidak,

lakukan EAR - External Air Resuscita-

tion..

Pastikan nadi mangsa

berfungsi - se-mak pada nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan

CPR

2

Page 3: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Bahagian mana yang cedera?

Adakah bahagian lain yang cedera?

Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?

O- Observe (memerhati)

Memerhati ketika bercakap dengan atlet

Adakah atlet/mangsa tertekan ?

Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?

Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?

Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain

Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?

T- Touch ( sentuhan )

Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak dan secara perlahan begerak ke

kawasan yang cedera.

Adakah terdapat kelembutan?

Adakah terdapat kecacatan?

Adalah kawasan cedera panas?

Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi fraktur dan dislokasi.

A- Active (aktif)

Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.            

Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih

dahulu

Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan

yang penuh atau terhad?

Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut

dirasai?

P- Passive (pasif)

Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakkan yang normal.

Berhenti jika kesakitan berlaku.

Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan

yang penuh?

Bilakah kesakitan berlaku?

Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.

3

Page 4: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

O (Melihat

Keadaan)

T (Sentuhan)

A (Pergerakan

Aktif)

P (Pergerakan

Pasif)

S (Kemahiran)

Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan atau hilang/bertambah julat

pergerakan

S- Skill (kemahiran)

Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa

kesakitan, suruh atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.

Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti

Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan

LANGKAH-LANGKAH T.O.T.A.P.S

Bercakap dengan mangsa yang men-galami kecederaan

Uji kemahirannya

Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri

Arahkan dan minta mangsa supaya meng-gerakkan anggota badan yang cedera

Sentuh bahagian yang cedera dengan perla-han dan berhati-hati

Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa di bahagian kepala

4

Page 6: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

PUNCA-PUNCA KECEDERAAN

1. Intrinsik (kecederaan tak langsung)

Kecederaan yang disebabkan oleh atlit sendiri. Kecederaan seperti 'overstrecthing'

dan 'muscle pull'. Kecederaan yang melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya

kecederaan ini tidak seteruk kecederaan ekstrinsik atau kecederaan Iangsung.

2. Ekstrinsik (kecederaan langsung)

Kecederaan yang disebabkan oleh pukulan atau hempap ke badan, contohnya

pelanggaran dengan lawan, dipukul lawan dan terkena objek seperti bola, raket

atau kayu pemukul.

3. Kecederaan Lebihguna (Overuse Injury)

Kecederaan yang disebabkan oleh tekanan yang kuat ke atas sesuatu tisu umpa-

manya tulang, ligament dan tendon. Sekiranya tekanan yang dikenakan itu terlalu

kerap dan banyak maka kerosakan yang berlaku dan melampui tahap pemboleh

baik biasanya perkara berikut mungkin berlaku iaitu patah, terseliuh, kecederaan

teruk pada ligament dan tendon dan kerosakan otot. Pada keadaan ini seseorang

akan memalui kesakitan dan bengkak.

4. Heat Injuries (kecederaan kepanasan)

Kepanasan boIeh mengakibatkan pelbagal kecederaan atau membawa maut.

Peningkatan tahap kepanasan akan berlaku berpunca dari radiasi matahari dan

persekitaran. Badan akan kehilangan banyak air. Ini mungkin akan mengakibatkan

'heat exhaustion', 'heat cramp' dan 'heatstroke'.

5. 'Heat Cramp'

Kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan garam dan elektrolit dalam badan.

Untuk melegakan kekejangan ialah dengan  melakukan regangan, aplikasi rawatan

ais dan urutan.

6. 'Heat Exhaustion'

Kepanasan yang melampau yang berlaku hasil daripada 'peripheral vasodilation’

hilang kawalan sistem saraf dan berlaku tekanan dalam pembuluh

darah. Disebabkan pembuluh darah tersumbat peredaran darah dalam badan

menjadi perlahan.

Rawatan :  Rehatkan  mangsa,  baringkan dan tinggikan kaki. Bukakan peralatan dan

pakaian. Bagi proses 'cooling down' boleh dilakukan dengan membasahkan badan

mangsa dengan air sejuk. Jika mangsa berada  dalam  keadaan sedarkan diri,  bagi

minum air sejuk.

7. 'Heatstroke'

6

Page 7: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Sistem penyejukbekuan badan teriebih guna atau tahap peredaran darah menjadi sangat

perlahan oleh itu mekanisma perpeluhan terhad untuk mengatasi kehabisan paras cecair.

Rawatan :     Letakkan ais atau tuala sejuk pada badan, rendam atlit ke dalam air

sejuk. “Sponging” badan dengan air sejuk atau alkohol. Tanggal pakaian dan

peralatan bagi mencegah penahan panas badan. Bagi atlit yang dalam keadaan

sedarkan diri dibenarkan minum air.

7

Page 8: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

TAJUK 5 SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI

SALURAN PERNAFASAN

PERNAFASAN

Manusia memerlukan bekalan oksigen secara terus-menerus untuk proses respirasi sel, dan

membuang lebihan karbondioksida sebagai sisa toksin produk dari proses tersebut.

Pertukaran gas antara oksigen dengan karbon dioksida dilakukan agar proses respirasi sel

terus berlangsung. Oksigen yang diperlukan untuk proses respirasi sel ini berasal dari

atmosfera, yang menyediakan kandungan gas oksigen sebanyak 21% dari seluruh gas yang

ada. Oksigen masuk kedalam tubuh melalui perantaraan alat pernafasan yang berada di

luar. Pada manusia, alveolus yang terdapat di paru-paru berfungsi sebagai permukaan

untuk tempat pertukaran gas.

8

Page 9: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Proses pernafasan

1. Udara masuk melalui lubang hidung

2. Melalui nasofarink

3. Melalui oralfarink

4. Melalui glotis

5. Masuk ke trakea

6. Masuk ke cabang trakea yang disebut bronchus

7. Masuk ke cabang bronchus yang disebut bronchiolus

8. Udara berakhir pada hujung bronchus berupa buih yang dipanggil alveolus (jamak:

alveoli) pertukaran udara yang sebenarnya hanya berlaku di alveoli.

Dalam paru-paru orang dewasa terdapat kira-kira 300 juta alveoli, dengan luas

permukaan kira-kira 160 m2 atau kira-kira 1 kali luas gelanggang tenis, atau luas 100 kali

dari kulit kita. Hidung (Hidung) Hidung merupakan organ pernafasan yang pertama dilalui

udara luar. Farink merupakan percabangan dua saluran, itu saluran tekak (nasofarink) yang

merupakan saluran pernafasan, dan saluran kerongkong (oralfarink) yang merupakan

saluran pencernaan. Larink (pangkal tekak) merupakan bahagian pangkal dari saluran

pernafasan (trakea).

Di atas larink terdapat injap (epiglotis) yang akan menutup semasa menelan. Injap

berfungsi mencegah makanan dan minuman masuk ke saluran pernafasan. Pada pangkal

larink terdapat selaput suara. Selaput suara akan bergetar jika terhembus udara dari paru-

paru trakea (tekak). Batang tekak terletak di daerah leher didepan kerongkong.

Bronchus terdiri daripada bronchus kiri dan bronchus kanan. Struktur bronchus kanan lebih

pendek berbanding bronchus sebelah kiri. Kedua bronchus masing-masing masuk kedalam

paru-paru. Didalam paru-paru bonchus bercabang menjadi bronchiolus yang menuju setiap

lobus (belahan) paru-paru.

Bronchus sebelah kanan bercabang menjadi 3 bronchiolus, sedangkan sebelah kiri

bercabang menjadi 2 bronchiolus. Cabang bronchiolus yang paling kecil masuk ke dalam

buih paru-paru yang dipanggil alveolus. Dinding alveolus mengandungi banyak kapilari

darah. Melalui kapilari darah oksigen yang berada dalam alveolus meresap masuk ke dalam

darah. Pulmo (alveolus) Paru-paru terletak dalam rongga dada diatas diafraghma.

Diafraghma adalah sekat rongga badan yang menyekat rongga dada dengan rongga

perut. Paru-paru terdiri dari dua bahagian iaitu paru-paru sebelah kiri dan paru-paru sebelah

kanan. Paru-paru kanan mempunyai tiga gelambir sedangkan paru-paru kiri terdiri atas 2

gelambir. Paru-paru dibungkus oleh 2 buah selaput yang disebut selaput pleura. Selaput

pleura sebelah luar yang bersempadan dengan dinding bahagian dalam rongga dada

disebut pleura parietal, sedangkan yang membungkus paru-paru disebut pleura visceral.

9

Page 10: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Diantara kedua-dua selaput terdapat rongga pleura yang mengandungi cecair pleura yang

berfungsi untuk mengatasi geseran pada saat paru-paru mengembang dan mengempis.

Mekanisme pernafasan manusia dibezakan atas pernafasan dada dan pernafasan

perut. Pernafasan dada terjadi melalui fasa inspirasi dan ekspirasi, demikian juga untuk

pernafasan perut.

Mekanisme pernafasan dada.

1. Fasa Inspirasi pernafasan dada

Mekanisme inspirasi pernafasan dada sebagai berikut: Otot antara tulang

rusuk (costae) (muskulus intercostalis luaran) mengecut - tulang rusuk

terangkat (kedudukan rata) - Paru-paru mengembang - tekanan udara dalam

paru -paru menjadi lebih kecil berbanding tekanan udara luar - udara luar

masuk ke paru-paru

2. Fasa ekspirasi pernafasan dada

Mekanisme ekspirasi pernafasan perut adalah sebagai berikut: Otot antara

tulang rusuk menjadi longgar - tulang rusuk menurun - paru-paru menyusut -

tekanan udara dalam paru-paru lebih besar berbanding dengan tekanan

udara luar - udara keluar dari paru-paru.

Mekanisme pernafasan perut

1. Fasa inspirasi pernafasan perut

Mekanisme inspirasi pernafasan perut sebagai berikut: diafraghma mengecut -

kedudukan dari melengkung menjadi mendatar - paru-paru mengembang -

tekanan udara dalam paru-paru lebih kecil berbanding tekanan udara luar -

udara masuk

2. Fasa ekspirasi pernafasan perut

Mekanisme ekspirasi pernafasan perut sebagai berikut: otot diafraghma

menjadi longgar - kedudukan dari mendatar kembali melengkung -paru-paru

mengempis - tekanan udara di paru-paru lebih besar berbanding tekanan

udara luar - udara keluar dari paru-paru.

10

Page 11: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN BANTU MULA - EAR, ECC DAN CPR

RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR)

EAR adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti

pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke

dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai

denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga

teknik yang digunakan di dalam EAR ini:

1. MULUT-KE-MULUT

Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara

mangsa melalui mulut

2. MULUT-KE-HIDUNG

Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang

penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu

semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat

akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan

perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan

mangsa menghembuskan nafas keluar.

3. MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT

Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana

mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.

EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat

beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan

pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan

resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas,

gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma atau

emfisema yang boleh menyebabkan penafasan terhenti memerlukan EAR dengan

segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa.

Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan

penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga

5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.

11

Page 12: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Indikasi untuk EAR

*Sianosis-kepucatan

* Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit

Prosedur EAR

Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.

Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya

darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)

1. Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak

tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin.

2. Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut

nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa,

kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut

dipaksa memasuki paru-paru.

3. Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya

dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan

kepada orang dewasa.

4. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama.

Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.

5. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit)

sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah

tiba.

6. Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada

kedudukan pemulihan (lihat CPR)

7. Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan

pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan

keadaan saluran udara.

8. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau

mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan

pada leher.

9. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi

masih tidak ada.

10. Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan,

anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki

berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada

kepala.

12

Page 13: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

11. EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga

penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi

semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu

melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

                           

ECC(External Cardiac Compression)-

Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada

Pemampatan Jantung Luar kini kaedah yang diterima merawat serangan jantung

secara tiba-tiba. Teknik ini digambarkan, dengan penekanan khusus pada langkah-langkah

yang boleh menyebabkan trauma yang serius, jika tidak dilakukan dengan betul.

Pengudaraan paru-paru adalah amat penting.

Insiden serangan jantung seolah-olah semakin meningkat dan muncul untuk menjadi

lebih tinggi pada bayi, mungkin kerana sebahagian besar prosedur pembedahan jantung

dalam kumpulan umur ini. Survival bergantung kepada beberapa faktor, yang paling penting

adalah masa berlalu sebelum rawatan dimulakan, lokasi pesakit pada masa serangan

jantung, dan penyakit utama pesakit. Penggunaan pemampatan jantung luaran berkurangan

kelewatan, membuat lokasi pesakit kurang penting, dan menghasilkan trauma kurang dalam

pesakit yang sakit tenat. Tekanan darah yang dicapai oleh kaedah luaran adalah setanding

dengan tahap yang dicapai oleh urutan langsung jantung. Myocardium tidak mengalami

trauma dengan kaedah luaran, yang juga kurang meletihkan kepada pengendali.

Komplikasi pemampatan jantung luaran dikesan kepada tekanan yang berlebihan dan

tekanan ke atas kawasan yang salah dada, dan oleh itu dielakkan. Tekanan perlu digunakan

untuk sternum dalam hanya mid-line, hanya atas proses xyphoid. Dua kes pecah hati pada

kanak-kanak yang disebut, dan laporan kecederaan lain yang dibincangkan berkaitan

dengan kesilapan tertentu dalam teknik.

KAEDAH :

Digunakan ketika gagal mengesan denyutan jantung(nadi) mangsa.

TUJUAN :

Untuk memaksa darah beredar menerusi jantung dan keseluruhan anggota badan.

PROSEDUR ECC

MANGSA DEWASA

PROSEDUR ECC (MANGSA DEWASA)

13

Page 14: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Baringkan mangsa secara terlentang

Pembantu mula melutut di sisi kanan mangsa. – sebab – jantung condong di se-

belah kiri memudahkan membuat tekanan.

14

Page 15: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Letakkan jari telunjuk kiri ke atas sternum mangsa.

Letak bahagian belakang tapak tangan kanan ke atas sternum.

Tindihkan tapak tangan kiri dengan selang-selikan jari-jari.

KEDUDUKAN TANGAN DI ATAS STERNUM

15

Page 16: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada mangsa.

16

Page 17: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada mangsa

Tekan dada sedalam lebih kurang 4 – 5 cm, kemudian lepaskan tekanan tanpa men-

gangkat tangan.

Ulangi tekanan sehingga kira-kira 80 hingga 100 mampatan seminit. (kiraan: one and

two and.....)

KEDUDUKAN PEMULIHAN

Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.

Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya.

Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan

bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan.

Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka.

Dail 994 untuk mendapatkan bantuan ambulans / doktor

Pastikan pernafasan dan denyutan nadi sekerap mungkin

17

Page 18: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

PROSEDUR ECC (KANAK-KANAK BAWAH 8 TAHUN)

Ikut prosedur orang dewasa.

Guna sebelah tangan sahaja.

Tekan pada kadar 100 mampatan seminit sahaja.

Mampatan dada sedalam 2.5 cm.

PROSEDUR ECC (BAYI BAWAH 1 TAHUN)

Ikut prosedur orang dewasa.

Guna jari telunjuk dan jari hantu.

Letakkan jari-jari di tengah sternum.

Tekan pada kadar 120 mampatan seminit.

Mampatan dada sedalam 1.5 cm.

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

18

Page 19: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Objektif:

Untuk memberi kefahaman berkaitan CPR dan cara-cara melaksanakannya.

Definisi:

Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa Inggeris: Cardiopulmonary resuscitation CPR)

adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual

fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah

dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini

ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau

pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam

atau di luar hospital.

CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada

kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran

buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat

boleh membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa

atau menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses

menberikan pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa

menekankan pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR

dipermudahkan membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak

terlatih.

CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya

adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR boleh

menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk

menjayakan resusitasi tanpakerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik

kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang

berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi

ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi, bukanasistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi.

Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya

diteruskan sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.

Piawaian:

19

Page 20: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Nisbah mampatan-pengalihan udara sejagat 30:2 disyorkan untuk dewasa, dan juga

kanak-kanak dan bayi jika hanya seorang penyelamat hadir.. Jika sekurang-kurangnya dua

orang penyelamat hadir, nisbah 15:2 lebih sesuai untuk kanak-kanak dan bayu. Bagi bayi

baru lahir, kadar 3:1 disyorkan melainkan punca kardium dikenal pasti, yang mana nisbah

15:2 adalah munasabah. Jika salur udara lanjutan seperti tiub endotrakeaatau sungkup salur

udara larinks berada di tempatnya, pembebasan nafas sepatutnya berlaku tanpa henti-henti

dalam mampatan pada kadar 8-10 seminit. Urutan intervensi yang disyorkan ialah

"mampatan dada, salur udara, nafas" untuk kebanyakan situasi, dengan kadar mampatan

sekurang-kurangnya 100 seminit untuk semua golongan. Kedalaman mampatan yang

disyorkan untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sekirar 5 cm (2 inci), bagi bayi pula adalah

4 cm (1.5 inci). As of 2010 the Resuscitation Council (UK) still recommends ABC for

children. Disebabkan sukarnya menentukan kehadiran atau ketiadaan nadi, pemeriksaan

nadi tidak perlu dilakukan penyelamat yang tidak mahir, dan tidak patut dilakukan selama

lebih 10 saat oleh pihak penjaga kesihatan. Untuk dewasa, penyelamat harus menggunakan

kedua-dua tangan untuk mampatan dada; untuk kanak-kanak, sebelah tangan sahaja yang

patut digunakan; untuk bayi pula, dua batang jari (jari telunjuk dan jari tengah).

Sebab-sebab:

Jantung terhenti meyebabkan mangsa pengsan dalam masa beberapa saat. Jika

melakukan CPR dengan kadar yang cepat, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan.

Teknik atau Kemahiran:

          CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: Saluran Udara, Pernafasan dan

Edaran Darah (ataupun disebutkan ABC’s of CPR: Saluran Udara (Airway), Pernafasan

(Breathing) dan Edaran Darah(Circulation) ).

ABC’s of CPR:

Saluran Pernafasan (Airway)

Tindakan utama untuk CPR ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan

membetulkan posisi kepala mangsa (donggakkan kepala mangsa). Perlu diingati bahawa

bahagian belakang lidah dan epiglottis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang

tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah dan epliglotis tercantum di bahagian bawah rahang,

dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu dapat membuka

saluran pernafasan mangsa.

Pernafasan (Breathing)

20

Page 21: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam

peparu dan darah. Oleh sebab itu, apabila pernafasan terhenti dan mangsa akan mati

sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara tercepat untuk

menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi

oksigen yang cukup untuk membantu sekurang-kurangnya menampung sebahagian

daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga bantuan

rawatan tiba.

Edaran Darah (Circulation)

Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke peparu, otak, arteri koronari dan organ-organ

penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut

patut dilakukan bersama.

Catatan:

Posisi Pemulihan

Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda

perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.

Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi pemulihan:

Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.

Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya.

Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut

tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan.

Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka

Langkah-langkah melakukan CPR(DRABC)

D = danger.

R = response.

A = airway.

B = breathing.

C = blood circulation

21

Page 22: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

D:Danger (Bahaya).

Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.

Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada andadan mangsa.

Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan

R: Response (Tindakbalas).

Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepukbahu dan tanya “ awak ok ke?”.

Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.

Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans(999 atau 991)

A: Airway (Saluran pernafasan).

Lakukan teknik ‘angkat dagu dan dongak kepala’.

Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan

sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi.

Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah

tersebut kalau menghalang pernafasan.

B: Breathing (Pernafasan).

Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.

Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat.

Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakitsehingga tertutup dan beri 2 hembusan

penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan

C: Circulation (Peredaran darah).

Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau sebarang pergerakan pada

pesakit, mulakan tekanan di dada.

Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke

2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100kali seminit. Dengan kiraan  Satu, Dan

Dua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas.

Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba

CPR untuk kanak-kanak (1-8 tahun).

CPR untuk kanak-kanak sama seperti melakukan CPR untuk dewasa kecuali 3

langkah di bawah ini yang berbeza.

Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut lakukan CPR selama 2minit

sebelum menghubungi ambulans.

Gunakan sama ada sebelah tangan atau dua tangan untuk melakukan tekanan di

dada.

Berikan tekanan 1 ke 11/2 inci dalam

22

Page 23: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak(Umur 1-8)

Pastikan tindakbalas pesakit

Dongakkan kepala dan lihat,dengar dan rasa pernafasan. Jika tidak bernafas beri

bantuan 2 pernafasan dengan setiap pernafasan selama 1saat

Jika tiada tanda-tanda pesakit bernafas,batuk atau bergerak mulakan tekanan di

dada 1 ½ ke 2 inci 30 kali ditengah dada/sternum Bone (ulu hati)nya. Tekan pada

kadar 100 kali seminit.

Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 15 tekanan di dada sehingga

bantuan tiba.

CPR untuk bayi (Kurang 1 Tahun)

Jerit dengan perlahan tepuk bahu. Sekiranya tiada tindakbalas, posisikan bayi

terlentang.- Buka salur pernafasan dengan teknik dongak kepala angkat dagu.

Jangan dongakkan kepala terlalu jauh.Berhati-hati

Beri 2 hembusan sekiranya tidak bernafas. Tutup mulut dan hidung bayi dengan

mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 ke 2 saat setiap hembusan.

Periksa dada bayi untuk pergerakan pada setiap bantuan pernafasan.

Beri 5  tekanan di dada dan 1 hembusan  pada kadar 100kali seminit. Posisikan 2 jari

di tengah-tengah dada/sternum Bone (ulu hati).Tekan antara ½ ke 1inci.

Ulangi dengan 2  hembusan nafas dan 15 tekanan.Selepas 1 minit( Ulangan 1

pusingan)

hubungi ambulans (999 atau 991 ) dan teruskan memberi hembusan dan tekanan di

dada

23

Page 24: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

TAJUK 6 ASMA DAN SERANGAN JANTUNG

PERMASALAHAN PERNAFASAN

ASMA

Asma ialah penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan. Dalam bahasa atau di-

alek lain, ia dikenali sebagai lelah, semput dan penat dalam bahasa Melayu, dan 'Chei Har'

dalam bahasa Cina. Walau bagaimanapun, penggunaan terma-terma dan turut digunakan

bagi menggambarkan masalah pernafasan yang lain.

Penyakit Asma

Menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang

(inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan

penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami

kesesakan nafas.

Penyakit asma sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran

udara,serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau

atau aroma menyengat dan olahraga.

Penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran

pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis.

Tanda dan gejalanya, antaranya :

Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas.

Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.

Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.

Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.

Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara

kerana kepayahan dalam mengatur pernafasan.

Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal di dalam rongga dada atau leher.

Rawatan Kecemasan

Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk.

24

Page 25: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan

sedikit serta boleh bertongkat.

Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia

mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya.

Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka

bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan

Bagaimana sistem pernafasan anda berfungsi?

Sistem pernafasan membawa masuk udara yang kaya dengan oksigen dan membawa

keluar karbon dioksida. Saluran udara dalam sistem pernafasan adalah seperti tiub panjang.

Ia bermula dari lubang hidung, ke pharynx, larinks dan ke trakea (atau lebih dikenali sebagai

paip angin) dan akhirnya ke saluran pernafasan kecil di kedua-dua belah paru-paru. Saluran

pernafasan yang lebih kecil dikenali sebagai bronkiol. Pertukaran gas berlaku pada bronkiol.

Dinding bahagian dalam tiub dibarisi oleh lapisan mukosa yang mempunyai rambut halus di-

panggil silia. Ia juga mempunyai lapisan otot licin.

Apakah asma?

Ia adalah penyakit paru-paru.

25

Page 26: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.

Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan kita.

Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada penye-

bab kerengsaan setiap kali kita bernafas.

Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan

yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.

Keradangan menyebabkan lapisan mukosa membengkak, lebih banyak dihasilkan untuk

bertindak sebagai palam mukus dan otot mengecut yang dikenali sebagai

bronkospasma. Ini menyebabkan lumen saluran pernafasan sempit dan sekaligus

menyebabkan kesukaran bernafas.

Siapakah yang mendapat asma?

Anda berisiko menghidap asma jika :

Seseorang dalam keluarga anda menghidap asma (keturunan).

Anda mempunyai jangkitan dada yang teruk semasa kecil.

Ahli keluarga anda mempunyai reaksi alahan atopi (yang bermakna anda boleh

mewarisi tindak balas hiper-responsif kepada alahan).

Terdedah kepada perengsa secara berterusan

Bagaimana untuk mengetahui anda menghidap asma?

26

Page 27: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Anda mungkin menghidap asma bronkial jika :

Episod batuk yang berulang dengan berdehit.

Sesak dada dan kesukaran bernafas secara tiba-tiba.

Keturunan anda menghidap asma atau alahan.

Anda mengalami gejala ini jika anda terdedah kepada perengsa atau keadaan tertentu.

Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan. Doktor akan meminta anda

menyatakan sejarah serangan asma secara terperinci. Sebagai contoh, doktor akan mem-

bantu anda mengenal pasti apa yang mencetuskan serangan dan corak serangan asma.

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh terutamanya paru-paru.

Kadang-kala anda mungkin perlu menjalani ujian sinaran x (x-ray) atau ujian pernafasan.

Apa yang anda alami semasa serangan asma?

Apabila diserang asma anda akan mengalami :

1. Batuk - Batuk adalah refleks biasa untuk membersihkan saluran yang tersumbat. Itu-

lah sebabnya semasa serangan asma anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat

batuk melainkan dinasihatkan oleh doktor anda.

2. Sukar bernafas atau sesak nafas - Saluran udara yang sempit menyebabkan anda

mengalami kesukaran bernafas.

3. Pernafasan berbunyi atau berdehit kerana anda bernafas melalui saluran udara yang

sempit dan banyak lendir.

4. Sesak dada.

5. Orang di sekeliling anda akan perasan anda bekerja keras untuk bernafas. Hidung

anda kelihatan merah, otot leher akan kelihatan dan ruang di antara tulang rusuk

akan ditarik kerana anda bernafas.

Serangan asma yang teruk menyebabkan anda sukar bercakap. Dalam keadaan ini, anda

perlu segera dapatkan rawatan doktor.

Adakah rawatan untuk asma?

27

Page 28: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Asma bronkial adalah penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes. Ini bermakna, jika

anda disahkan menghidap asma, anda memerlukan rawatan sepanjang hayat. Ia tidak boleh

dirawat.

Berita baik!

Anda boleh mengawal asma dan anda boleh menjalani hidup normal seperti orang lain.

Bagaimana mengawal asma?

Fahami masalah anda. Dapatkan nasihat doktor walaupun anda berjumpa doktor den-

gan ibu bapa anda. Libatkan diri anda dalam pengurusan penyakit asma anda.

Ketahui pencetus asma anda. Ketahui punca anda mendapat serangan asma seperti

terdedah kepada asap rokok, cuaca sejuk atau panas yang melampau, tekanan,

melakukan senaman berat atau makanan atau pewarna yang menyebabkan alahan.

Kerap berjumpa doktor. Bincang dengan doktor tentang masalah anda dan bentuk satu

pelan tindakan asma bersama-sama.

Ketahui ubat anda. Ketahui apa, bila dan kekerapan mengambil ubat dan tujuan anda

mengambil ubat tersebut.

Ambil ubat anda seperti yang dinasihati oleh doktor.

Apakah pencetus serangan asma?

28

Page 29: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Bagaimana untuk menghindari pencetus serangan asma?

Pencetus Apa yang boleh anda lakukan

Perengsa/Asap

Berhenti merokok

Minta ahli keluarga untuk berhenti merokok

Jangan benarkan orang lain untuk merokok di sekeliling anda, rumah

dan dalam kereta anda walaupun anda tidak berada di dalamnya. Debu

asap mungkin melekat pada perabot atau kerusi kereta. Menghidunya

boleh mencetuskan serangan

Elakkan menggunakan bahan kimia yang berbau kuat

Elakkan berada di tempat yang berlakunya pembakaran terbuka

Alahan Bulu haiwan : Pastikan haiwan peliharaan anda diletakkan di luar rumah

Hama : Gunakan penutup kalis habuk untuk bantal dan tilam, keluarkan

permaidani dari rumah atau vakum secara berkala

Lipas : Gunakan racun serangga, simpan makanan dan sampah di

dalam bekas tertutup

Acuan : Sentiasa menjaga kebersihan rumah Betulkan paip yang bocor.

Gunakan alat penyahlembap udara.

29

Page 30: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Debunga : Elakkan menghidu bunga atau elakkan keluar pada musim

bunga

Ubat-ubatan Kenal pasti ubat-ubatan yang menjadikan anda sensitif

SenamanDapatkan nasihat doktor anda sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti

sukan yang berat

Jangkitan/refluks Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan berkaitan jangkitan/refluks

Tekanan emosi Lakukan senaman bagi mengurangkan stress. Dapatkan rehat secukupnya

Ubat-ubatan untuk asma

Terbahagi kepada 2 bahagian :

Ubat pelega :

Berguna untuk melegakan gejala-gejala asma dan menghilangkan serangan se-

belum ia menjadi teruk.

Ia harus digunakan semasa tanda awal serangan asma dikesan.

Tidak sesuai digunakan apabila serangan telah menjadi teruk kerana anda tidak da-

pat bernafas dengan betul dan penyelarasan sukar dilakukan.

Apabila digunakan dengan betul, ia akan melegakan gejala dengan cepat.

Ubat yang disarankan adalah agonis Beta2 atau Salbutamol yang dihidu.

Ia melegakan bronkospasma dengan merehatkan otot di saluran pernafasan.

Ini menyebabkan saluran pernafasan terbuka dan membolehkan udara mengalir

dengan lebih baik dan gas dalam paru-paru bertukar dengan lebih baik.

Salbutamol juga boleh didapati dalam bentuk tablet. Namun, pengambilan secara

oral boleh menyebabkan lebih banyak kesan sampingan seperti jantung berdebar,

menggigil dan lain-lain.

Ubat pencegah atau kawalan jangka panjang.

Ubat ini menghalang keradangan dan menjadikan pernafasan anda lebih stabil dan

kurang sensitif kepada perengsa.

30

Page 31: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Ubat-ubatan yang biasa digunakan adalah kortikosteroid (ICS) yang dihidu kerana ia

adalah antiradang yang berkesan.

Walaupun ubat-ubatan ini adalah sejenis steroid, kesan sampingan daripada sedutan

steroid adalah sangat minimum dan memberi lebih faedah berbanding risiko yang di-

hadapi.

Ubat-ubatan ini sangat berbeza daripada steroid yang diambil secara oral atau yang

digunakan oleh atlet.

Dos ICS yang diambil menggunakan alat sedut (inhaler) adalah lebih kecil berband-

ing dos ICS yang diambil secara oral. Ia diangkut ke paru-paru secara langsung

tanpa memasuki peredaran sistemik. Oleh itu, kesan sampingan dapat dikurangkan.

Namun, ubat ini tidak melegakan gejala akut. Ia mengambil masa sehingga 2 minggu

untuk menunjukkan kesan. Oleh itu, pematuhan regim rawatan adalah sangat pent-

ing.

Ubat-ubatan kawalan jangka panjang lain yang boleh digunakan adalah :

Long-acting Beta 2 agonist yang dihidu

Natrium chromoglycate yang dihidu

Tablet Teofilin (neulin)

Tablet anti-leukotriene

Apakah alat sedut (inhaler)?

Inhaler adalah alat yang mengandungi ubat-ubatan yang diambil dengan cara bernafas

ke dalam sejenis alat.

Terdapat banyak jenis inhaler dan anggota kesihatan akan mengajar anda cara untuk

menggunakannya.

Ubat-ubatan dalam inhaler terdapat dalam bentuk aerosol atau serbuk kering.

Alat ini membolehkan ubat-ubatan dihantar terus ke paru-paru.

Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan teknik dan penyelarasan betul.

Bagi sesetengah orang terutamanya kanak-kanak dan warga tua, corong amat berguna

untuk memastikan ubat dapat dialirkan dengan baik.

Pelan tindakan asma

31

Page 32: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Pelan tindakan asma adalah perancangan bertulis yang dihasilkan bersama-sama dengan

doktor anda tentang tindakan perlu dilakukan untuk mengawal asma semasa di rumah. Ini

termasuklah :

Gejala yang perlu anda awasi.

Tindakan yang perlu dilakukan jika anda mengalami gejala-gejala tersebut.

Ubat-ubatan yang perlu digunakan beserta dos ulangan yang diperlukan.

Ketahui masa yang perlu untuk mendapatkan rawatan doktor.

Ketahui alamat dan nombor telefon yang perlu dihubungi untuk sebarang kecemasan.

Pencetus serangan asma pada diri anda dan cara untuk mengelakkan.

Saya mempunyai asma yang disebabkan oleh senaman. Adakah ini bermakna saya

tidak perlu melakukan aktiviti fizikal atau terlibat dalam sukan?

Salah. Anda perlu melakukan aktiviti fizikal. Sebenarnya aktiviti fizikal atau senaman adalah

baik untuk pesakit asma. Anda tidak perlu mengehadkan aktiviti anda jika anda menghidap

asma. Sebaliknya anda perlu untuk mengawal asma dengan lebih lebih baik untuk mem-

bolehkan anda melakukan aktiviti harian. Walau bagaimanapun, elakkan melakukannya se-

cara keterlaluan kerana aktiviti fizikal atau senaman boleh mencetuskan serangan asma.

Dapatkan nasihat doktor tentang ubat pelega sebelum anda membuat keputusan untuk terli-

bat dalam sebarang senaman atau aktiviti fizikal.

Kenapa simptom asma masih tidak sembuh walaupun saya telah mengambil ubat?

Terdapat beberapa sebab :

Jika gejala asma masih berterusan, dapatkan rawatan doktor. Antara punca asma masih

tidak sembuh adalah :

Teknik penggunaan inhaler yang tidak betul.

Faktor pencetus serangan asma masih ada di sekitar anda.

Anda mungkin mengalami jangkitan pernafasan yang masih tidak sembuh.

Anda mungkin tidak menghidap asma. Anda perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan

yang lebih lanjut.

Apa yang paling penting adalah menikmati tempoh remaja anda. Rebut semua peluang

yang ada untuk berjaya. Terimalah hakikat bahawa anda seorang penghidap asma

32

Page 33: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Anggaplah ia sebagai satu cabaran dan tanamkan sikap yang positif setiap masa. Ia hanya

satu penyakit dan anda mampu mengawalnya!

MASALAH JANTUNG

Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung

Gejala Penyakit Jantung

Berikut ini gejala-gejala penyakit jantung yang sering diabaikan, seperti dilansir

oleh detikhelath:

1. Sering Kelelahan

Jika Anda kerap merasa lelah meski tidak melakukan aktivitas berat, segera konsultasikan

ke dokter pribadi. Ini bisa menjadi indikasi adanya masalah pada jantung. Rasa lelah ini juga

sering dirasakan saat bangun tidur. 

2. Sering Berkeringat

Umumnya seseorang berkeringat usai berolahraga atau saat cuaca panas. Namun jika Anda

mudah berkeringat, meski tidak melakukan apapun, kemungkinan jantung Anda

bermasalah. 

3. Mual Berlebihan

33

Page 34: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Gejala gangguan jantung diawali dengan pembengkakan di bagian perut. Hal ini

menyebabkan penderita kehilangan nafsu makan dan merasakan mual berlebih. 

4. Merasa Cemas dan Tegang

Banyak yang meyakini, serangan jantung berbuntut pada trauma. Alhasil, mereka yang

pernah mengalami serangan jantung lebih sering mengalami ketegangan, ketakutan, atau

kecemasan akan kematian. Hal ini dikaitkan dengan kecemasan psikologi dan stres yang

menyebabkan serangan lebih sering.

5. Nyeri pada bagian tubuh

Rasa nyeri menjadi pertanda kuat penyakit jantung. Pada pria, rasa nyeri dirasakan di

bagian lengan kiri, sementara wanita mengalami rasa sakit di kedua lengan. Rasa sakit

datang dan pergi ini juga dirasakan di bagian bahu, punggung siku, dan leher. Nyeri di

beberapa titik bagian tubuh ini disebabkan karena terjadi penyumbatan arteri.

6. Nyeri di dada

Ini merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih mungkin merasakan nyeri

di bagian dada karena penyumbatan arteri yang menyebabkan aliran darah ke seluruh

tubuh tidak lancar. Kondisi ini juga dapat menyebabkan mati rasa dan kelemahan tubuh.

7. Sakit kepala

Mereka yang memiliki masalah pada jantung, akan merasakan sakit kepala saat terkena

paparan cahaya. Ini berpengaruh pada denyut jantung, entah itu berdenyut lebih lambat

atau lebih cepat. 

Terutama pada wanita yang sering mengalami migren atau gangguan visual, setidaknya dua

kali dalam sebulan, perlu waspada. Bisa jadi ini merupakan gejala perkembangan penyakit

jantung. Demikian menurut studi yang diterbitkan American Academy of Neurology. Menurut

peneliti, ini terjadi karena penyimpangan sirkulasi darah yang menyebabkan sakit kepala

parah.

8. Denyut jantung tak teratur

34

Page 35: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

Jika Anda mengalami denyut jantung tak teratur, ini patut diwaspadai karena dapat berakibat

fatal. Denyut jantung tak teratur umumnya terjadi karena adanya penebalan otot pada katup

jantung. Hal ini menyebabkan terjadi penyempitan pada katup sehingga menyebabkan

kebocoran.

9. Sesak napas

Sesak napas disebabkan karena penebalan pembuluh darah yang menghambat pasokan

darah ke seluruh tubuh. Ini juga berakibat pada denyut jantung yang tidak teratur, kelainan

organ hati atau infeksi, penebalan otot jantung, serta kelainan pada katup jantung.

10. Pembengkakan Kaki dan Perut

Pembengkakan terjadi ketika cairan menumpuk di dalam tubuh. Umumnya terjadi pada

bagian pergelangan kaki dan perut. Gejala ini merupakan tanda bahwa jantung sedang

mengalami kecacatan serta adanya kelainan pada katup jantung.

 Gejala Serangan Jantung

Setelah kita mengenali seperti apa gejala penyakit jantung, yang berarti ada kerusakan

fungsi jantung, kali ini kami akan memberikan informasi mengenai gejala serangan jantung

yang harus diwaspadai.

Pada pria, gejala jantung pun dapat dilihat dari gangguan fungsi seksual serius dan

kebotakan rambut. Kolesterol dan lemak berlebih dalam tubuh dikaitkan sebagai faktor

pemicu gangguan jantung. Untuk itu, anda perlu mengetahui dan mewaspadai gejala

serangan jantung yang muncul tiba-tiba:

1. Tiba-tiba sakit di bagian dada dibelakang tulang dada atau seperti sesak dada.

2. Nyeri dada bisa berulang beberapa menit (20 menit atau lebih).

3. Rasa nyeri bisa berupa tekanan di bagian dada, dan leher seolah tercekik hingga

menyebabkan keluar keringat dingin.

35

Page 36: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

4. Tiba-tiba pingsan, namun bisa kembali sadar. Ini terjadi karena ada gangguan irama

jantung.

SERANGAN JANTUNG

Tanda-tanda sakit jantung

1. Lidah atau gusi menjadi bengkak

2. Tersa kebas tangan kiri dan juga lengan

3. Lidah terasa tegang dan pendek

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab

5. Rasa sakit pada dada

6. Daripada rasa sakit dada, sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkuk, belakang

abdomen dan rahang

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh dan pedih

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem

9. Rsa kepala berpusing dan tidak seimbang

10.Rasa keletihan sepanjang masa

11.Rasa meloya dan tidak ada selera makan

12. Nafas terasa pendek

13.Degpan jantung tidak menentu

14,Berpeluh dengan tiba-tibawalaupun duduk rehat di kerusi

15.Membengkok pada bahagian seperti sendi di kaki atau abdomen

16.Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan

atau tidak maya yang teruk.

Bagaimana menangani sakit jantung bila berseorangan

1.Batuk berulangkali dengan kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam-dalam sebelum

batukdan batuk mestilah berpanjangan seperti anda ingin membuang kahakyang ada jau di

dalam paru-paru

2. Menarik nafas dan batuk mesti diulang lebih kurang 2 saat tanpa hentisehingga bantuan

datang

3.Tairkan nafas yang dalam membawa oksigen dan memastikan darah terus beredar

4. Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini jga membantu jantung berdegup

dengan ritma yang normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan

berupaya untuk ke hospital.

36

Page 37: 09_Tajuk 2 kecederaan sukan

37