Upload
mohd-imm
View
208
Download
14
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kecederaan
Citation preview
Pengenalan
Bahagian paha terbahagi kepada bahagian depan dan bahagian belakang paha iaitu
otot kuadrisep dan hamstring. Bahagian depan paha biasanya mudah mengalami
kecederaan semasa bersukan contohnya kecederaan lebam dan terkehel (contusion
and strain) pada otot kuadrisep. Selain itu, tulang paha yang dikenali sebagai femur
juga cenderung mengalami kecerderaan. Otot tegang selalunya berlaku apabila atlet
berlari melebihi jarak yang biasa dilakukan sehingga otot mengalami ketegangan.
Tiga bahagian yang ada pada anatomi paha iaitu:
Depan (Anterior) - Quadriceps muscles, femoral nerve and artery
Belakang (Posterior) - Hamstring muscles, sciatic nerve
Tengah (Medial) - Adductor muscles, cutaneous branch of obturator
nerve
1
Jenis-jenis kecederaan
1. Otot kuadrisep lebam (quadriceps contusion)
2. Otot kuadrisep tergeliat (quadriceps strain)
3. Otot hamstring tergeliat (hamstring strain)
4. tulang femur patah (femur fracture)
2
The iliopsoas muscle and the adductors of the right hip.
Otot yang menggerakkan paha
3
Otot quadriceps
• Quadriceps femoris knee extensors
– Vastus intermedius muscle
– Vastus lateralis muscle
– Vastus medialis muscle
– Rectus femoris muscle
4
1. biceps femoris
2. semitendinosus
3. semimembranosus
Otot hamstring
5
Tulang Femur
Jenis-jenis kecederaan paha
Tergeliat (Strains), overuse, dan patah
Kecederaan biasanya berhubungan dengan tendon otot. Otot strains dikaitkan dengan
pergerakan yang overload. Quadriceps strains biasanya berlaku apabila lutut atlet
mengalami regangan ulangan yang tinggi. Ini akan menyebabkan kegagalan tisu lembut
dan pembengkakan atau patah. Kemungkinan patah ini hanya sebahagian ataupun
patah keseluruhan.
Lebam (Contusion)
Kecederaan pada quadriceps mungkin menyebabkan fiber otot dan tisu penghubung
patah dan mengalami hematoma (pendarahan). Pembengkakan pada sel dan
macrophages adalah tempat kecederaan itu dan di kawasan necrotic muscle cells.
Proses ini berlaku 2 hingga 3 hari, sel otot berusaha untuk membina dan dalam masa
yang sama juga membentuk tisu baru.
kuadrisep lebam (contusion)
o kecederaan ini berlaku apabila kuadrisep terkena kayu pemukul bola
ataupun pertembungan dengan atlet lain seperti pelanggaran lutut,
kepala, kaki dan sebagainya semasa pertandingan.
o compartment syndrome pada paha jarang berlaku berbanding dengan
compartment syndromes pada bahagian bawah kaki. compartments pada
paha sangat besar kerana untuk pengembangan tisu semasa kontraksi
6
dan kuasa yang dihasilkan adalah tinggi di kawasan tersebut. Walaupun
pendarahan berlaku, biasanya salur darah yang cedera menembusi
vastus intermedius ( kerana terus melekat pada otot kepada tulang
femur).
Quadriceps tendon sprain (tergeliat)
o Quadriceps tendon sprain berlaku kepada atlet yang mempunyai acara
lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi dan sebagainya.
o Kecederaan ini berlaku apabila otot diregangkan dengan tiba-tiba melalui
kontraksi eccentric yang menyebabkan kesakitan dan hilang fungsi otot
dengan segera.
o Tanda-tanda kecederaan ini termasuklah fleksi lutut dan kesukaran
memanjangkan lutut jika kuadrisep bengkak.
Quadriceps muscle partial tear
o Kecederaan diakibatkan oleh aktiviti menendang ataupun pecut.
o Tendon rectus femoris koyak berlaku pada bahagian patellar insertion.
Otot tergeliat (muscle strain )
Kecederaan quadriceps ialah pada patellar insertion atau pesakit
melaporkan merasa sakit bila mencuba aktiviti resisted extension.
Quadriceps muscle hernia (tisu bengkak – menonjol keluar di permukaan kulit)
Pergerakan yang lembut tetapi lemah apabila kuadrisep
berkontraksi.
Quadriceps tendon rupture (tendon bengkak)
o Sukar meluruskan kaki (extensor mechanism disrupted)
7
8
9
Disebabkan oleh:
kuadrisep lebam atau compartment syndrome – kecederaan terus pada anterior
paha.
kuadrisep tergeliat atau bengkak – kontraksi ulangan eccentric yang cepat dan
mengakibatkan kesakitan, kekakuan dan mengurangkan fungsi.
Fasa Akut:
Program pemulihan:
o Terapi Fizikal: terapi ini termasuklah rehat, pelumpuhan (immobilization),
ais dan compression.
Untuk otot tergeliat, regangan pada kuadrisep dan hamstring dimulakan
dengan lembut dan kemudian secara agresif.
Pembedahan: pembedahan menunjukkan untuk compartment syndrome,
penghapusan hematoma , menyelesaikan otot kuadrisep bengkak dan bony
avulsion (quadriceps rupture) pada otot di tendon patella.
Cara rawatan lain
Untuk quadriceps contusion, angkat lutut dengan segera dalam keadaan 120°
selama 10 minit bagi mengurangkan hemorrage dan kekejangan otot. Ini
menggalakkan julat pergerakan kembali normal. Rawatan ini mengurangkan risiko
mendapat myositis ossificans.
o Rawatan lebam
Gerakkan lutut dalam keadaan 120° dengan pembalut elastik
sebagai sokongan selama 24 jam. Memerlukan tongkat sebagai
sokongan.
Gunakan ais selama 20 minit setiap 2-3 jam.
10
Buat pergerakan aktif untuk regangan quadriceps dan untuk
menguatkan otot tersebut.
Jangan menggunakan sesuatu yang panas pada kawasan yang
lebam kerana ia akan menambahkan pembengkakan.
o Rawatan seperti pergerakan boleh digunakan untuk mengurangkan
pendarahan dan kekejangan melalui knee flexion.
Fasa pemulihan:
Program penyembuhan:
o Terapi fizikal: pesakit disarankan menyambung regangan pada
kuadrisep, julat pergerakan dan buat latihan kekuatan untuk menguatkan
otot kuadrisep dan hamstring perlahan-lahan.
o Terapi Recreational: Apabila pemain kembali melakukan aktiviti, lindungi
kawasan kecederaan semasa sesi latihan.
Fasa maintenance (pengekalan):
kesan perubatan:
Myositis ossificans berlaku kira-kira 9% daripada atlet dengan kecederaan
quadriceps contusions.
o berlaku 3 bulan atau lebih selepas kecederaan biasa.
o Boleh dibezakan daripada tumor tisu lembut.
Diagnosis diperlukan sekurang-kurangnya 50% untuk mencapai radiography.
Insiden myositis ossificans ini meningkatkan faktor-faktor risiko berikut:
o Julat pergerakan kurang daripada 120°
o Kecederaan quadriceps kemungkinan berulang semula
o Knee effusion
o Football injury
o Rawatan dilambatkan lebih daripada 3hari.
11
12
Peringkat kecederaan Cara Klinikal Rawatan
Mild (ringan) Atlet boleh
meneruskan aktitviti
selepas cooling down
atau waktu pagi
keesokan harinya.
Tetapi atlet perlu
mengehadkan julat
pergerakan
(regangan) 5-20%.
Ais, magnetic field therapy,
regangkan dan balut untuk
24 – 48 jam.
Dapatkan semula julat
pergerakan dan mulakan
regangan – berbasikal,
berlari, berenang.
Regangan, urutan dan
elektroterapi lebih berkesan.
Moderate (sederhana) Boleh meneruskan
aktiviti tetapi dalam
masa yang pendek
(separuh masa atau
sepenuh masa).
Atlet perlukan rehat
yang lebih.
Peratusan julat
pergerakan ialah 20-
50%
Gunakan ais, regangkan dan
blut untuk 24 – 48 jam.
Rehatkan atlet
Buat pergerakan dan
regangan perlahan-lahan.
Severe (teruk) Pembengkakan dan
pendarahan yang
tidak terkawal.
Hilang pergerakan
(50%). Sukar
mengimbangi berat
badan sendiri.
Hilang kekuatan
Gunakan ais selama 2-3
hari.
Buat regangan aktif selepas
2-3 hari.
Jangan urut/ultrasound
Buat regangan pasif 7 – 10
hari.
13
1. QUADRICEPS STRETCH – berdiri dan pegang
dinding. Pegang pergelangan kaki yang cedera
dan tarik kaki ke arah punggung sehingga merasa
tegang pada kuadrisep. Buat posisi ini untuk 30
saat dan ulang 3 kali.
2. QUADRICEPS ISOMETRICS – duduk diatas
lantai dengan kaki yang cedera diluruskan dan kaki
sebelah dibengkokkan, tekankan belakang lutut
keatas lantai melalui tegangan otot paha depan.
Buat posisi ini selama 5 saat dan relaks.ulang
selama 20 kali.
3. STRAIGHT LEG RAISE – baring di atas lantai
dan regangkan otot kuadrisep dengan
mengangkat kaki yang cedera. Angkat tumit ke
atas 10 inci dari aras lantai. Pastikan lutut
diluruskan. Turunkan kaki dengan perlahan ke
atas lantai. Ulang 10 kali, lakukan 3 set.
14
4. HEEL SLIDE – Baring di ats permukaan yang
kukuh dengan kaki diluruskan ke depan.
Gelongsorkan tumit kaki yng cedera dengan
perlahan ke arah punggung dengan menarik lutut
sehingga ke paras dada. Ulang hingga 20 kali.
5. PRONE KNEE BENDS – meniarap dengan
kaki diluruskan ke belakang. Bengkokkan lutut
(kaki cedera) supaya tumit menyentuh
punggung. Buat selama 5 saat. Relaks dan
turunkan kaki ke lantai. Ulang 10 kali, lakukan 3
set.
Hamstring lebam (contusion)
Kecederaan ini berlaku akibat sukan yang berlanggaran (contact sports). Kesannya
menyebabkan kerosakan pada otot dan tendon cedera.
Fungsi hamstring (kontrasi hamstring menyebabkan:)
1. lutut bengkok
2. paha akan bergerak ke belakang dan bersesuaian dengan tubuh.
Hamstring memainkan peranan dalam aktiviti berlari, berjalan, melompat dan
mengawal pergerakan badan. Jika hamstring diregang berlebihan fiber otot akan koyak.
Kecederaan Hamstring boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu:
15
Tahap pertama:
Regangan yang berlebihan akan mengoyakkan beberapa fiber otot. Wujud kekakuan dan
kelemahan pada diri atlet. Jika latihan diadakan, kesakitan dan kekakuan akan mengurangkan
prestasi, tetapi sesudah kembali atlet boleh meletakkan intensiti yang bersesuaian dengan
tahap kecergasannya.
Tahap kedua:
Kekoyakkan fiber otot yang sederhana dengan rasa sakit umumnya mengatasi kawasan yang
besar berbanding dengan kekejangan pada tahap 1. kekakuan dan kelemahan pada otot akan
dirasai dan kawasan yang sakit itu bertukar warna menjadi hitam dan kebiru-biruan untuk
pendarahan di dalam otot yang cedera.
Tahap ketiga:
Otot koyak keseluruhan tetapi kecederaan ini jarang berlaku.
Sama juga dengan kebanyakkan kecederaan atlet lain iaitu boleh menggunakan
kaedah rawatan RICE (Rest, Ice, Compress, dan Elevate) ,
Rest dilakukan jika otot tergeliat diikuti oleh pembengkakan kecil.
Ais pula di gunakan untuk mengawal pembengkakan pada keseluruhan kawasan
yang cedera selama 10-15 minit. Lakukan 2 hingga 3 kali dalam sehari untuk
melegakan kesakitan.
Jangan menggunakan sesuatu yang panas di kawasan yang tercedera kerana
akan meningkatkan pembengkakan dan pendarahan di dalam otot.
compressive atau membalut kawasan yang tercedera boleh juga digunakan
untuk mengawal bengkak. Gunakan pin untuk mengetatkan lagi balutan pada
kaki.
Baring dengan kaki diangkat tinggi (elevate) melebihi paras dada untuk
membantu mengawal pembengkakan.
16
Rehatkan kaki yang cedera di atas
permukaan yang boleh menyokong
sementara elakkan lutut daripada
bengkok. Menyondong ke depan ke arah
kaki melalui alat sokongan di bahagian
belakang dan pastikan keadaan belakang
lurus.
Hamstring Stretch
17
Hamstring Strengthening Exercise
pasang tiub yang elastik pada tombol pintu dan
ikatkan tiub elastik itu pada pergelangan kaki.
Duduk di atas kerusi, bengkokkan lutut dan
luruskan lutut perlahan-lahan. Rintangan ialah
pada tiub elastik itu. Untuk meningkatkan
rintangan tarik kerusi jauh sedikit pada tombol
pintu.
18
Hamstring Stretch
Kaki yang cedera direhatkan pada dinding
tanpa membengkokkan lutut. Untuk
meningkatkan regangan, gerakkan kaki
jauh daripada dinding tapi masih dalam
keadaan asal.
Application of Ice in a Stretched Position
Letakkan ais di bawah hamstring.
Penggunaan ais dapat membantu
mengekalkan regangan, mengawal
pembengkakan dan mengekalkan
kelenturan pada hamstring.
Duduk di atas kerusi yang mempunyai
roda. Tarik badan menyeberangi bilik
dan kaki yang cedera berada di depan
dan bengkokkan lutut untuk
menggerakkan kerusi ke depan (jangan
gelongsorkan kaki di atas lantai, lebih
bagus kerusi itu bergerak ke arah kaki
anda). Untuk meningkatkan rintangan
karpetkan lantai bilik supaya pergerakan
sukar dilakukan.
Femur patah
Femur ialah tulang paha manusia. Ia bermula dari pinggul hingga ke lutut. Jenis patah
pada bahagian femur ialah;
19
Hamstring Strengthening
Tulang femur yang patah disebabkan oleh acara yang mempunyai kuasa yang tinggi.
Ini kerana tulang femur adalah tulang yang paling besar dan untuk membolehkan tulang
ini patah maka kuasa dalam sesuatu acara sukan mestilah tinggi. Contohnya, skiing or
snowmobiling. Tanda femur ini patah ialah;
kesakitan
bengkak dan lebam
tidak berupaya berjalan kecacatan nampak pada bahagian patah.
Tulang femur boleh dirasai bergerak.
Apabila femur ini patah, atlet kehilangan darah di bahagian paha dengan banyak. Atlet
akan merasa kebas dan kesejukan. Jika kehilangan darah dengan begitu banyak atlet
kemungkinan mengalami kejutan (shock).
20
Spiral fracture
Kebanyakan femur patah perlukan pembedahan. Kaedah yang digunakan semasa
pembedahan termasuklah;
steel screws (skru aloi)
steel plates and steel screws
steel rods, (boleh diletakkan dibawah bahagian tengah femur)
Tulang yang patah berdekatan dengan sendi lutut perlu diletakkan besi dan skru.
Tulang yang patah pada bahagian tengah paha pula biasanya diletakkan dengan rod.
Selepas pembedahan pesakit perlu menggunakan tongkat selama 8 hingga 12 minggu
sebagai terapi fizikal. Ini kerana untuk menguatkan otot dan mengendurkan sendi-
sendi.
Pemulihan yang sempurna memakan masa yang lama bergantung pada tahap fracture.
Selalunya, pemulihan ini selama 4 bulan dan mesti melakukan X – Ray dengan kerap
untuk melihat perkembangan tulang tersebut.
Bagaimana melakukan first aid kepada atlet yang mengalami tulang femur patah?
21
Periksa pernafasan, nadi dan pendarahan yang lain. Kemudian, stabilkan
keadaan tulang yang patah atau yang cedera.
Jangan gerakkan bahagian yang patah untuk mengurangkan kerosakan pada
tulang, otot, salur darah dan saraf.
Balut bahagian yang cedera, lilitkan sesuatu pada bahagian yang cedera (slings)
dan balut menggunakan kayu pada tulang yang patah sokongan (splints).
22
Pembengkakan pada sendi boleh dikurangkan melalui penyejukkan dengan cara
membalut ais pada bahagian yang cedera.
Rawatan untuk atlet yang mengalami kejutan ialah dengan cara medical
corpsman dan physician.
23
Otot iliopsoas adalah otot yang paling kuat yang
mengangkat lutut ke atas. Otot ini bermula daripada lower
back dan bercantum dengan femur. Otot ini akan bengkak
jika atlet terlalu melakukan situps dengan meletakkan
berat di belakang leher dan berlari di kawasan bukit. Di
belakang otot ini ialah bursa dan bursa ini yang akan
bengkak.
A partial rupture of the Iliopsoas muscle at it's insertion into
the femur
Otot rectus femoris ialah salah satu
daripada otot quadriceps. Ia bermula dari
pinggul hingga ke lutut dan boleh
digunakan untuk meluruskan lutut atau
mengangat lutut. Otot ini bengkak pada
bahagian atas otot yang melekat pada
pinggul. Ia disebabkan oleh overuse
melalui tendangan atau pergerakan
explosive seperti lari pecut.
24
Rectus femoris muscle
The adductor muscles
Ada lima otot adductor iaitu pectineus, adductor
brevis dan adductor longus dari pelvis hingga ke
femur, gracilis dan adductor magnus (adductors
paling panjang) dari pelvis ke lutut. Fungsi utama
otot ini ialah menarik kaki bersama-sama.
kecederaan pada otot ini berlaku apabila berlari
pecut dan menendang objek yang tidak bergerak.
25
26
PENUTUP
Dalam kecederaan sukan ia melibatkan tiga langkah yang utama iaitu:
• Pencegahan• Rawatan • Pemulihan
Pemulihan terdiri daripada • Prosedur RICE• Regangan bahagian cedera • Pelaziman dan latihan • Kembali melakukan aktiviti
Bibliografi
Dr. Tony Smith, (2000), The Human Body (An Illustrated Guide to Its Structure,
Function and Disorders), Dorling Kindersley, London.
Martini H. Frederic, PhD, (2004), Fundamentals of Anatomy and physiology, Benjamin
Commings, san Francisco.
Prentice William. E, PhD, P.T., A.T.C., (2004), Rehabilitation Techiques for Sports
Medicine and Athletic Training, Mc Grow Hill, Americas New york.
Puffer. James C, M.D. (2002), 20 Common Problems In Sports Medicine, McGrow Hill,
United States, Amerika.
27