22
PENGENALAN Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada baginda s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda yang terpuji. Alhamdulillah, dengan inayah-Nya, dapat kami menyiapkan tugasan subjek Pengajian Hudud ini di bawah tajuk "memahami konsep syubhah dalam realiti semasa di Malaysia. Huraikan berasaskan prinsip hudud" Penghargaan tidak terhingga buat pensyarah dan pendidik kami Datin Dr. Paizah binti Ismail yang mengajar subjek ini dengan penuh dedikasi. Tajuk konsep syubhah yang dikemukakan ini merupakan salah satu prinsip hudud yang penting selain prinsip hudud yang lain iaitu konsep keadilan dan pelaksanaan hak Allah dan masyarakat. Signifikannya konsep syubhah ini menjadi titik tolak kepada pelaksanaan hudud secara praktikal yang perlu digazetkan dalam sistem perundangan dan kehakiman sebuah negara kerana pelaksanaannya mestilah daripada pemimpin Negara. Sebagai contoh isu baru baru-baru ini apabila Brunei telah mengumumkan hudud yang diletakkan dalam perundangan 1

SYUBHAH DALAM PELAKSANAAN HUDUD

Embed Size (px)

Citation preview

PENGENALAN

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah segala puji bagi

Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada baginda

s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda yang terpuji.

Alhamdulillah, dengan inayah-Nya, dapat kami menyiapkan

tugasan subjek Pengajian Hudud ini di bawah tajuk "memahami

konsep syubhah dalam realiti semasa di Malaysia. Huraikan

berasaskan prinsip hudud" Penghargaan tidak terhingga buat

pensyarah dan pendidik kami Datin Dr. Paizah binti Ismail

yang mengajar subjek ini dengan penuh dedikasi. Tajuk konsep

syubhah yang dikemukakan ini merupakan salah satu prinsip

hudud yang penting selain prinsip hudud yang lain iaitu

konsep keadilan dan pelaksanaan hak Allah dan masyarakat.

Signifikannya konsep syubhah ini menjadi titik tolak

kepada pelaksanaan hudud secara praktikal yang perlu

digazetkan dalam sistem perundangan dan kehakiman sebuah

negara kerana pelaksanaannya mestilah daripada pemimpin

Negara. Sebagai contoh isu baru baru-baru ini apabila Brunei

telah mengumumkan hudud yang diletakkan dalam perundangan

1

negara. selepas itu diikuti pula negeri Kelantan yang telah

membentangkan draf hudud di parlimen. Namun begitu, cadangan

ini telah mendapat respon daripada pelbagai pihak sama ada

ahli akademik, ahli politik, pengamal undang-undang dan

masyarakat umumnya. Ini adalah kerana pertikaian dan

perbahasan yang ditimbulkan ialah bagaimana pelaksanaan hudud

ini ingin dijalankan. Faktor ini adalah berkait secara

langsung yang menyentuh aspek sifar syubhah sama ada dari

sudut prosedur, pembuktian, kesaksian dan lain-lain. Atas

faktor inilah, ramai yang melihat bahawa hudud hampir-hampir

mustahil dapat dilaksanakan. Walau apapun, dengan kewujudan

prinsip syubhah ini bukanlah menunjukkan pertembungan kepada

pelaksanaan hudud sebaliknya, hikmah prinsip syubhah ini

adalah untuk menjaga darah umat Islam dan menunjukkan betapa

Rahim-Nya Allah swt selaku Syari' kepada hamba-hambaNya.

Selain itu, hikmah terbesar prinsip syubhah ini adalah untuk

mengelakkan berlakunya kezaliman dan penindasan. Wallahu

a'lam.

2

Memahami konsep syubhah dalam realiti semasa diMalaysia. Huraikan berasaskan prinsip hudud.

A. KONSEP SYUBHAH

Maksud Syubhah :

1) Dari segi bahasa :

Syubhah ialah keraguan dan kesamaran

2) Dari segi istilah :

Berdasarkan hadith keenam daripada Hadith 40 Imam Nawawi

:

ول : ق� ه وس�لم ي�� س�معت� رس�ول ال�له ص�لى ال�له ع�لي� ال : هما، ق�� ى� ال�له ع�ن$ ر رض$ ي� ن. ب�,ش* عمان. ب�, د ال�له ال�ن$ ي� ع�ب, ب8, "ع�ن. ا:

د ق� هات� ف�$ ن, ى ال�ش* ق� اس. ف�$من. اي�� ر م�ن. ال�ب$ ي� علمهن. ك�ث* هات� لا ي�� ن, ت� م�ور م�ش* هما ا: ن$ Qت Rوب� ، يQن. ن. ال�حرام ب�, Yن. واQي ن. ال�حلال ب�, Yااري� وم�شلم ح$ ى� ال�حرام .... رواه ال�ب, ع ف$ هات� وف�� ن, ى� ال�ش* ع ف$ ه. وم�ن. وف�� ه وع�رض$ ي$ �cي را: ل�د ي, "اس�ث�

Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya,

“aku mendengarRasulullahs.a.wbersabda :Sesungguhnya yang halal

itujelasdan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya terdapat perkara

syubhat, ramai dari kalangan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang

menjaga diri daripada perkara syubhat, maka dia telah membersihkan

agama dankehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara

3

syubhat, dia akan jatuh ke dalam perkara haram….” (Riwayat Bukhari

dan Muslim)1

3) Dari segi istilah dalam hudud :

Prinsip ini berasaskan kepada kaedah fiqh yang bermaksud

apabila hakim mendapati ada keraguan dalam proses

pensabitan kes jenayah hudud dia wajib tidak menghukum

tertuduh dengan hukuman hudud. Bagaimanapun, ia tidak

menghalang hakim dalam keadaan-keadaan tertentu daripada

mengenakan hukuman lain di bawah kesalahan ta’zir2.

Prinsip Syubhah :

Ulama menyandarkan hadith-hadith tersebut sebagai kaedah dan

prinsip syubhat3 :

هات� )) (1 ن, ال�ش* و ال�حدود ب�, ى� (( ادرو: هق� ن� Rرواه ال�ت“Tolaklah hudud yang padanya ada keraguan”

م)) (2 طعت� ن. م�ا اس�ت� ل ع�ن. ال�مشلمي� ب� عوا ال�ق� ، ادف�$ هات� ن, ال�ش* و ال�حدود ب�, (( ادرو:1 Mustafa al-Bugho dan Muhyiddin Misto, Terj. Mohd Asri Ibrahim,Syahruzzaman Bistamin, Khairuddin Ghazali, Al-Wafi : Syarah Hadith 40 ImamNawawi, Pustaka Salam, 2010, Batu Caves, hal. 43 2 Datin Paizah Ismail, Prosedur Asas Dalam Pendakwaan Kes Hudud, JurnalSyariah Jil.16, Bil 1 (2008) 33-46, hal. 35. 3 Wahbah az-Zuhaili, Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wal Qadaya al-Mu’asirah, Juz 10,Darul Fikr, Damsyiq, hal. 912.

4

“Tolaklah hudud dengan wujudnya syubhat, pertahankanlah

(jauhkanlah) pembunuhan daripada kalangan muslimin selagi

kamu mampu.”

ي�ر ))(3 $ttو خ $ttى ال�عق طى: ف$ خ$ ن. ي�� م�ام ا: Yن. الا Yا له، ق�$ ب� Rلوا س�ت ح$ ن. ك�ان. ل�ها م�ح$رج. ف�$ Yا م، ق�$ طعت� ن. م�ا اس�ت� وا ال�حدود ع�ن. ال�مشلمي� ادرو:

ه� وب�, ى� ال�عق� طى: ف$ خ$ ن. ي�� ي� (( م�ن. ا: رواه الي�رم�د$ “Tolaklah hudud daripada kalangan muslimin selagi kamu

mampu, sekiranya terdapat jalan keluar padanya maka ambillah

jalannya, sesungguhnya seorang pemimpin yang tersalah dalam

memaafkan adalah lebih baik daripada tersalah dalam

menjatuhkan hukuman.”

4) عا )) م ل�ها م�دف�$ دت�� عوا ال�حدود م�ا وج�, ه (( ادف�$ رواه اب�,ن. م�اخ,“Pertahankanlah (jauhilah) hudud selagi kamu dapati padanya

boleh dipertahankan.”

B. SYUBHAH DALAM REALITI SEMASA

Apakah syubah dalam realiti semasa? Adakah dianggap halangan

atau tidak untuk laksanakan hudud? Berikut adalah contoh

syubhah dalam realiti semasa.

1) Murtad : Murtad bererti keluar daripada Islam

5

Contoh 1: Kelemahan sistem pendidikan berteraskan

akidah.

Contoh 2: Orang asli yang diislamkan tetapi keluar

Islam semula akibat tidak mempunyai kefahaman yang

sebenar tentang Islam.

2) Bughah : Menentang pemerintah dengan menggunakan

kekuatan senjata

Contoh 1: Berdemonstrasi dengan niat menentang kerajaan

tanpa menggunakan senjata.

Contoh 2: menentang pemerintah yang beragama Islam

yang tidak adil dan tidak juga zalim (boros dalam

berbelanja wang rakyat)

3) Zina : Persetubuhan antara lelaki dan wanita diluar

akad perkahwinan.

Contoh 1: Tidak cukup syarat kesaksian

Contoh 2: Tiada pengakuan dari pihak yang

berzina(kehamilan bukan bahan bukti,boleh jadi wanita

tersebut dirogol)

4) Qazaf : membuat tuduhan zina kepada perempuan yang

muhsan

Contoh 1 : Seseorang yang membuat tuduhan dengan lafaz

kinayah dan permisalan seperti “manusia telah mengetahui

bahawa kamu berzina” iaitu ia membawa kepada dua maksud.

6

5) Minum arak : meminum sesuatu yang memabukkan dibuat

daripada perahan anggur dan seumpamanya

Contoh 1 : Mulut berbau arak

Contoh 2 : Memegang botol arak

6) Curi : Mencuri ertinya mengambil harta orang lain

dengan secara senyap dan sembunyi 

Contoh 1 : Mencuri melalui internet adakah boleh dikira

dan dikenakan dengan hukuman hudud sebab antara syarat

mencuri ialah benda yang disimpan dengan sempurna?

Contoh 2 : Mencuri makanan kerana lapar adakah boleh

dikenakan hudud kerana tidak mencapai nisab?

7) Rompak : Merampas harta orang lain secara terbuka dan

diketahui mangsa

Contoh 1 : Merompak harta pada harta yang bukan milik

mangsa tersebut

Hudud dan Realiti Semasa

Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma

suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan

yang membolehkan ia dilaksanakan. Kenyataan suasana

semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, bukan

7

mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan

melaksanakannya, sebaliknya berkenaan

‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki

syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu

dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi

yang berwibawa. Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina,

qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan

murtad), saksi yang bersifat adil adalah diperlukan.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya

‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak

berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan

bersopan santun, dan boleh dipercayai ketika marah.

Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya

ketika marah.

Zaman ketiadaan saksi

8

Persoalannya di sini, wujudkan saksi-saksi seperti yang

dinyatakan, pada masa sekarang?

Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu

kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir

pasti bagi persoalan ini. Dalam karya al-Qadhi al-

Tanukhi , Nisywarul Muhadharah, (356-446 Hijrah) ada

memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau

dan zaman sebelumnya.

Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “Demikian

realiti manusia pada zaman al-Tanukhi, iaitu sekitar 980

tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh

ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi

saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada

zaman kini- yang disifatkan sebagai akhir zaman yang

penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang

ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

9

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui

kemantapan ilmu dan kewarakannya, al-Allamah Syaikh Ali

Jum’ah. Setelah menukilkan kata-kata al-Tanukhi diatas,

Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman

kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman]

yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

Sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika

memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh]

menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan

mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan.

[Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang

hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak

[dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang

layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman al-Tanukhi,

iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman

beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang

layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka

apakah pada zaman kini- yang disifatkan sebagai akhir

10

zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi

piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui

kemantapan ilmu dan kewarakannya, al-Allamah Syaikh Ali

Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa). Setelah

menukilkan kata-kata al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali

Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita

secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang

kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

Hudud bukan keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’

untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak

memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti

Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang

mendesak dan bukan suatu keutamaan.

11

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu

hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau

menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak

memberi manfaat. Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan

secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi

perlaksanaan hudud, sebaliknya adalah rumusan dan

kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh

disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh

diterima bagi mensabitkan hukum hudud, Kedua, beliau

menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh

keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum

hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan

kewujudan syubhah’. Prinsip ini diambil daripada sabda

Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud

dengan sebab (adanya) syubhah’.

Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca

mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan,

12

perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif

disebabkan dua sebab yang dinyatakan

Hudud Memerlukan Ijtihad Baru

Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-

nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya,

perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil

kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar

barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuqaha

sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan,

penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu

diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua

perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga

hendaklah diambil kira. Demikian ruangan taubat dalam

hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab

yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum

tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh

diganti dengan takzir.4

4 http://drmaza.com/home/?p=1624

13

Pandangan Fuqaha’ kontemporari Terhadap Syubhah Dalam Perlaksanaan Hudud Serta Realiti Semasa.

Dr. Ali Jumuah 5

Isu perlaksanaan syariah semestinya hendaklah difahami

dengan gambaran yang luas dari aspek nilainya ke atas

perlaksanaan hukuman hudud berhadapan dengan jenayah-

jenayah . Berikut adalah beberapa pandangan beliau berkenaan

hakikat mengenali syariat Islam dari sudut perlaksanaan

hudud:

1) Bahawasanya syariah memberi maksud sesuatu yang

berkaitan dengan akidah dan pandangan keseluruhan dari

ianya adalah kejadian makhluk terhadap Pencipta, dan

insan adalah mukhallaf yang berkait dengan hukum-hukum

syara’ yang meberi sifat hukum terhadap perbuatannya.

Pentaklifan ini telahpun wujud sejak sebelum wahyu, dan5 retrieved from http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html

14

sesungguhnya Allah telah mengutuskan rasulNya dan

menurunkan kitab al-Quran melalui rasul-Nya, dan hari

akhirat bagi menghitung,pahala,dan seksa bagi menghisab,

dan memberi ganjaran serta hukuman terhadap amalan-

amalan manusia, seperti mana syariat itu meliputi aspek

fiqah yang berasaskan peringkat tingkahlaku individu dan

masyarakat, dan meliputi juga aspek yang lebih utama

iaitu akhlak-akhlak dan kaedah pendidikan serta kaedah

berfikir, dan beramal dengan al-quran dan sunnah.

2) Sistem hukuman ini tidak merangkumi kezaliman pada

hukuman itu sendiri bahkan tidak juga mempunyai

keganasan pada zatnya. Dan dari sudut yang lain , syarak

telah meletakkan syarat bagi melaksanakan hukuman hudud

ini, seperti mana ianya telah meletakkan sifat-sifat dan

keadaan yang menegakkan pembasmian jenayah, dan apabila

tidak wujud syarat-syarat yang perlu dipenuhi, maka

perlaksanaan hudud dalam keadaan yang hilang syarat-

syaratnya maka perlaksanaan tersebut terkeluar dari

syariat.

15

3) Pemerhatian terhadap nas-nas syarak mendapati bahawa

syara’ tidak menjadikan hudud sebagai tujuan untuk

membalas dendam , bahkan untuk mengelakkan jenayah

sebelum terjadinya jenayah tersebut, dan didapati juga

bahawa syara’ tidak meluaskan untuk mengadakan hukuman

ini.

4) Untuk tempoh 100 tahun, hudud belum dijalankan di Mesir

disebabkan tidak mencukupi syarat2 syarak yang telah

ditetapkan mengikut kaedah-kadah untuk pensabitan kes.

Ini merangkumi terhadap sabda Nabi S.A.W. ‘tertolaknya

hudud dengan sebab syubhah. Berkata Umar Ibn Aziz

berkenaan hadis ini, “ini kerana tersalah dalam

memaafkan, seribu kali lebih baik daripada tersalah

dalam memberikan hukuman.”

5) Percubaan-percubaan dalam pelaksanaan hudud:

16

• Kita dapati Saudi telah melaksanakan hudud melalui

platform kehakiman syar’ie secara langsung walaupun

tidak terdapat di dalam perlembagaan di dalam isu

perundangan untuk hukuman jenayah.

• Pakistan telah menaskan perundangan ke atas hudud

syar’ie dan telah melaksanakannya dari segi realiti.

Sudan, Nigeria, Malaysia dan Iran telah menyebut tentang

hudud ini di dalam perundangan.

• Daripada baki negara Islam yang mencapai 56 negara iaitu

daripada 156 negara di seluruh dunia, mereka mendiamkan

diri daripada mengambil bahagian untuk melaksanakan

hudud.

• Keadan kita sekarang yang hidup dalam lingkungan

zaman yang penuh dengan syubhah, sedangkan nabi berkata,

‘tertolaklah hudud dengan syubhah.’ Contohnya, dalam

kesaksian yang diperakui oleh syarak untuk mensabitkan

jenayah, yang melazimkan padanya hudud, sesungguhnya ia

telah sangat jauh daripada realiti kita pada masa ini.

17

Pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi:6

1) Trend semasa wacana hudud di negara ini memperlihatkan,

pihak-pihak yang memperkatakan tentang perlaksanaan

hukum hudud atau yang berusaha melaksanakannya, kurang

memberi perhatian terhadap kaedah atau pendekatan yang

digunakan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum itu.

2) Beliau menyatakan, ‘sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum

hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara

keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

3) Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan

Qaradhawi-

“dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum]

hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya

katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat,

akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam,

dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.

4) Menurut beliau, ayat-ayat yang memerintahkan

perlaksanaan hukum hudud adalah antara ayat-ayat6 Retrieved from : https://fitrahislami.wordpress.com/tag/dr-yusuf-al-qardhawi/

18

terakhir dan pertengahan dari segi urutan penurunannya.

Kedudukan pada tertib pertengahan dan terakhir ayat-ayat

ini dari segi urutan penurunan, membawa makna ia juga

berada pada kedudukan dan urutan yang sama dari segi

perlaksanaan.

5) beliau menyatakan,

“sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu]

kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur,

ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini

[semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.

19

PENUTUP

Berdasarkan kepada tugasan yang dijalankan mengenai konsep

syubhah dalam realiti semasa di Malaysia ini, dapatlah disimpulkan

bahawa Islam mempunyai peraturan yang ketat dalam menerima

keterangan bagi mensabitkan kesalahan kes hudud. Hal ini kerana,

hudud merupakan jenayah berat yang memerlukan pemerhatian yang

teliti untuk dijalankan. Hanya dengan cara ini, keadilan dapat

ditegakkan. Syubhat yang berlaku di zaman Saidina Umar sehingga

beliau tidak menjatuhkan hukuman potong tangan ialah kecurian

tersebut mungkin kerana dhorurat kelaparan yang membawa kepada

seseorang mencuri. Orang yang mencuri ketika tahun kelaparan tidak

disifatkan mencuri kerana dia melihat bahawa dirinya mempunyai hak

terhadap apa yang diambil. Ada pun curi adalah apabila seseorang

mengambil bukan haknya secara bersembunyi.7

Suasana yang tidak kondusif ini (suasana kelaparan) boleh

dijadikan hujjah untuk tidak dijatuhkan hukuman kerat tangan di

bawah hukuman Hudud yang telah menjadi undang-undang, bukannya

hujjah untuk menafikan usaha menjadikan Hudud sebagai undang-

undang negara.

7 Dr. Al-Qaradhawi, As-Siasah As-Syari’yyah, 203.

20

Begitu juga jika terdapat kajian yang menunjukkan bahawa selepas

dua kurun kewafatan Nabi s.a.w., Hudud tidak dilaksanakan dalam

dunia Muslim, begitu juga sejak zaman Abbasiyah tidak ada

penekanan perlaksanaan hudud dan para pengembara silam yang

melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan

perlaksanaan Hudud, semua kajian ini tidak menggambarkan bahawa

Hudud tidak dijadikan undang-undang kerana ia mungkin tidak

dilaksanakan kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh

Islam untuk hakim menjatuhkan hukuman terhadap pesalah di bawah

undang-undang Hudud.

BIBLIOGRAFI

1) Mustafa al-Bugho dan Muhyiddin Misto, Terj. Mohd Asri

Ibrahim, Syahruzzaman Bistamin, Khairuddin Ghazali, Al-

Wafi : Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Pustaka Salam, 2010,

Batu Caves, hal. 43

2) Datin Paizah Ismail, Prosedur Asas Dalam Pendakwaan Kes

Hudud, Jurnal Syariah Jil.16, Bil 1 (2008) 33-46, hal. 35.

3) Wahbah az-Zuhaili, Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wal Qadaya

al-Mu’asirah, Juz 10, Darul Fikr, Damsyiq, hal. 912. 21

4) http://drmaza.com/home/?p=1624

5) Retrieved from

http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-

alsharea.html

6) Retrieved from : https://fitrahislami.wordpress.com/tag/dr-

yusuf-al-qardhawi/

7) Dr. Al-Qaradhawi, As-Siasah As-Syari’yyah, 203.

22