25
PHILOSOPHY AND PRINCIPLES OF TVE (MPK 1063) Assignment 1 (INDIVIDUAL WRITING EXERCISE) Tajuk: “Isu, penilaian dan perbincangan dalam pelaksanaan Falsafah dan Prinsip Pendidikan dalam PTV” (SEMAKAN SEMULA KERTAS SECARA FORMAL 27 & 28 January 2014) PENSYARAH: DR. ROHANA BINTI HAMZAH DR. AEDE HATIB MUSTA’MAL DISEDIAKAN OLEH: TAN TAI MP111349(2016-02) 641006-01-5271 1

Isu, penilaian dan perbincangan dalam pelaksanaan Falsafah dan Prinsip Pendidikan dalam PTV”

  • Upload
    utm-my

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

PHILOSOPHY AND PRINCIPLES OF TVE (MPK 1063)

Assignment 1 (INDIVIDUAL WRITING EXERCISE)

Tajuk: “Isu, penilaian dan perbincangan dalam pelaksanaanFalsafah dan Prinsip Pendidikan dalam PTV”

(SEMAKAN SEMULA KERTAS SECARA FORMAL 27 & 28 January 2014)

PENSYARAH: DR. ROHANA BINTI HAMZAH DR. AEDE HATIB MUSTA’MAL

DISEDIAKAN OLEH:

TAN TAI MP111349(2016-02) 641006-01-5271

1

6 November 2013 (penambahbaikan pada 27 & 28 January 2014)

ABSTRAK

Dalam menimpa penyepaduan falsafah dan prinsip pendidikan

dalam PTV, penilaian dalam pembangunan sumber manusia adalah

penting supaya agenda pembinaan asset yang paling penting dalam

pembangunan negara dapat tercapai seperti yang disasarkan. Maka,

untuk melahirkan individu dan masyarakat yang berpengetahuan

tinggi, berkemahiran canggih dan terlatih dalam pelbagai bidang

mesti diperdalamkan dan dipertingkatkan dengan penekanan dalam

falsafah dan prinsisp PTV. Usaha untuk melahirkan individu dan

masyarakat yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran canggih dan

terlatih dalam pelbagai bidang mesti selaras dengan agenda untuk

menggalakkan (promoting) satu pembangunan kelestarian yang mampan

dalam PTV seperti yang tertera dalam Pengisytiharan Bonn 2004 dan

dibuat pengubahsuaian berdsasrkan acuan falsafa dan prinsip PTV

di Malaysia.

1.0 Pendahuluan

Isu, hujah, alasan dan perbincangan yang diperdebatkan

dalam krisis kekacauan dan ketandusan sumber alam telah menjalur

ilmu sekular dan agama dalam menimpa penyepaduan falsafah dan

prinsip pendidikan dalam PTV memerlukan pertimbangan sensitif

2

dalam menyelaraskan penjuruteraan semula (re-engineer) dan

pengorganisaian semula (reorganization) (Tony Nasta,1994)

mengikut objektif UNESCO supaya dapat membekalkan Pendidikan

Untuk Semua (Education for All) menjelang 2015 (Qian Tang,

2013).

Berhadapan dengan gelombangan transformasi PTV yang

mengadapi tekanan permintaan yang besar sama ada ahli UNESCO,

sejagat, kerajaan, pihak-pihak berkepentingan dan pakar PTV

(UNESCO, 2012, hlm 5), falsafah dan prinsip PTV menjadi satu isu

yang penuh dengan kompeksiti dan menghadapi pelbagai masalah

untuk mencapai objektif sebenar (David.A, 2004).

Dalam usaha melahirkan graduan yang pintar dalam kemahiran

tangan dan kemahiran insanniah, yang akan menjadi pemenang

kehidupan seperti yang ditekankan dalam wawasan FPN dan wawasan

negara maju perlu diberi perhatian. Falsafah pendidikan dalam PTV

mesti berusaha ke arah melestarikan pembangunan insan selain

daripada memberi tumpuan kemahiran dan kecekapan, kesedaran

rakyat, sikap dan nilai, perlu juga dilibatkan secara berkesan

dalam Pembangunan Pendidikan Lestari di peringkat tempatan,

nasional dan antarabangsa. Isu yang timbul ialah universiti-

univerisiti dengan kapasiti pengajaran dan penyelididkan mereka

yang tidak diintegrasikan dengan perkembangan PTV.

Perbezaan falsafah pendidikan dalam PTV sebenarnya jauh

berbeza dengan pendidikan akademik dari segi struktur, sistem dan

hasil kerana program PTV selain daripada matlamat kerana sasaran

pasaran, pembinaan modal insan yang bernilai budaya tinggi dalam

usahanya, PTV itu kini bukan sekadar pendidikan kelas kedua yang

3

dipandang rendah oleh kolar putih. Hal ini sekaligus akan

mengikis pemikiran yang tidak betul menganggap PTV itu adalah

pendidikan pilihan terakhir dan bukan yang benar-benar diminati.

Falsafah pendidikan dalam PTV tidak seharusnya statik kesan

globalisasi, tetapi mestilah menyediakan kelestarian dengan

membina keupayaan rakyat untuk menyesuaikan diri dan berupaya

mengatasi masalah dengan persekitaran mereka. PTV mesti bergerak

ke arah sebagai pilihan utama dalam hala tuju kerjaya Pelan

Pendidikan Negara (2013-2025), yang menjadi benteng penyelamat

anak didik, generasi muda dan pewaris bangsa dalam memikirkan

rupa bentuk manusia yang berketrampilan dengan kesejahteraan

sosial dan mutu kewujudan tamadun.

Dari segi makna dan sifat falsafah, secara etimologi,

perkataan Falsafah berasal dari dua perkataan Greek, iaitu

“Philo”(cinta) dan “Sophia”(kebijaksanaan) yang bermaksud

cintakan pada kebijasanaan ( Satish Kumar, Sonia Gulai, Sajjad

Ahmad, 2012). Pengetahuan boleh diperoleh, tetapi kebijaksanaan

adalah menyedari kebenaran. Falsafah adalah satu keperluan dalam

cinta kepada kebenaran kehidupan manusia.

Dalam spektum pengajian falsafah, ahli falsafah memikir

berdasarkan epistemologi atau teori pengetahuan, metafizika dan

etika. Epistemologi atau teori pengetahuan merupakan satu

pendekatan dalam falsafah yang ingin menjawab soal tentang

bagaimana pengetahuan timbul, apakah cara-cara yang digunakan

untuk menentukan bahawa sesuatu itu mempunyai realitinya sendiri

ataupun tidak dan mengapa suatu pendekatan digunakan ataupun

tidak dan juga bahasa ataupun sistem konsep yang digunakan

untuknya.

4

Sistem epistemologi menerangkan tentang keadaan manusia,

fikiran dan dunia ini dengan fahaman abslutisma menaruh bahawa

tiap-tiap suatu benda atau keadaan di dalam dunia ini mesti

mempunyai suatu realiti muktamad. Dengan perkataan lain, apa yang

manusia fahami ataupun hadapi harus membawa kepada satu realiti

ataupun satu kebenaran muktamad. Antaranya, kebanyakan daripada

pemikir-pemikir memahami Tuhan sebagai kebenaran muktamad tetapi

ada juga golongan pemikir-pemikir rasionalis yang menganggap idea

itu sendiri sebagai kebenaran muktamad. Contoh pemikir seperti

itu adalah pemikir Yunani Klasik iaitu Plato dan juga pemikir

Jerman terkenal Fichte. Kedua-dua mereka ini percaya bahawa

realiti itu tersembunyi di dalam idea itu sendiri tetapi idea

yang kita keluarkan melalui bahasa bukan kebenaran muktamad

(Latiff, 1987). Kebenaran muktamad mengikut penjelasan mereka

merupakan idea yang terdiri daripada satu realiti. Ini merupakan

satu pendekatan yang menentukan cara kepada kehidupan manusia ini

dengan suatu realiti yang memang ada tidak kira manusia itu sedar

ataupun tidak iaitu satu independent realiti.

Abslutisma Realism

Satu lagi pendekatan yang penting dalam kajian abslutisma

adalah realism. Realism ini merupakan satu pendekatan yang

menumpukan perhatiannya kepada kepercayaan bahawa suatu itu hanya

benar jikalau kita dapat mengalaminya. Jikalau kita dapat

menentukannya secara kokmitif iaitu dapat menentukan dengan

menggunakan bukan sahaja dengan daya fikiran tetapi juga

pancaindera. Realistik ada sangkutan rapinya dengan perkataan

5

eksistensisma. Eksistensisma merupakan keadaan hidup kita

sendiri. Jikalau manusia tidak hidup, itu bermakna ianya tidak

mempunyai kesedaran tentang kehidupannya. Maka soal realiti pun

tidak timbul. Realisma oleh pemikir terkenal Bertrand Russel

merupakan satu pendekatan dalam teori pengetahuan yang menekankan

betapa pentingnya kajian kepada suatu cara pemikiran yang

pragmentik, iaitu apa yang ada adalah apa yang bermakna.

Ideolisma

Satu lagi pengkhususan dalam teori pengetahuan adalah

ideolisma. Ideolisma dalam teori pengetahuan adalah satu teori

yang menentukan bahawa jikalau sistem pemikiran manusia tidak

mengeluarkan prinsip-prinsip asas ataupun tidak mengemukakan

konsep-konsep asas seperti baik, buruk, indah, keindahan,

keburukan, kesengsaraan dan lain-lain lagi, bahasa dan realiti

tidak mempunyai makna. Teori-teori timbul akibat percantuman

beberapa idealism secara sistematik dan rasionalisma. Idealisma

ini dipengaruhi oleh tulisan pemikir Jerman Lichnitz.

Positivisme

Positivisme pula menjadi asas sistem pemikiran sains

kemasyarakatan moden yang dipengaruhi oleh pemikir Perancis Comte

dan Emile Durkheime yang melihat bahawa manusia hanya dapat

memahami realiti jikalau sedar tentang keadaan yang ada secara

positivistik. Iaitu manusia merupakan satu mahhluk yang memikir.

Oleh itu mempunyai keupayaan untuk memikir ini bermakna manusia

mempunyai keupayaan untuk membentuk bahasa yang bermakna tentang

6

apa yang difikirkannya. Manusia mempunyai keupayaan dan kebolehan

untuk membezakan apa yang benar dan apa yang tidak benar. Dalam

proses perbezaan ini merupakan satu proses di mana kita

menentukan suatu melalui suatu metalogi yang tertentu. Iaitu

positivism menentukan bahawa realiti itu hanya ada dan sah

mempunyai makna jikalau ia boleh ditentukan oleh satu cara

pemikiran saintifik. Jikalau kita boleh menggunakan kaedah-kaedah

saintifik untuk menentukan apakah suatu itu benar atau tidak, itu

bermakna apa yang difikir dan apa yang dibentangkan tidak

mempunyai satu makna yang positivistik dan realistik.

Essentialism

Essentialism merupakan pemikiran yang cuba membentuk semua

pelajar dengan pengetahuan yang paling penting dengan asas

akademik dan kemahiran yang mengharapkan pembangunan watak.

Kepercayaan pemikir essentialism ialah pengajar harus cuba

menerapkan nilai-nilai akhlak tradisional seperti hormat kepada

pihak berkuasa, ketabahan, kesetiaan kepada tugas, pertimbangan

untuk orang lain dan amalan serta pengetahuan intelektual perlu

dikuasai oleh pelajar supaya menjadi model rakyat. Dari segi

pengajaran, bilik darjah harus berorentasikan guru. Maknanya

dalam aplikasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), guru PTV

akan menjadi model yang berperanan sebagai intelek dan moral

untuk pelajar. Essentialism mengharapkan apabila pelajar

meninggalkan sekolah, bukan sahaja menguasai pengetahuan dan

kemahiran asas, tetapi juga akan mempunyai disiplin, minda

7

praktikal dan mampu menggunakan pengalaman yang dipelajari di

sekolah dalam dunia sebenar.

Existentialism

Existentialism memberi tumpuan kepada kehidupan manusia

individu yang tidak dapat elak daripada pemiluan dan penderitaan

dan pada masa yang sama ada kecenderungan romantisme untuk

berorentasikan kepada keseluruhan alam dan melihat manusia

sebagai sebahagian daripada gambar yang lebih luas.

Existentialism terbahagi kepada pemikiran ateis yang tidak

berasaskan kuasa kewujudan dan yang berasaskan agama. Sungguhpun

sukar untuk membahagikan antara teisme dan ateisme tetapi kedua-

dua adalah berbalik kepada kehidupan yang berorentasikan kepada

alam.

2.0 Cetusan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) Dan Pelan

Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional (PSTPV)

Bagi menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan

Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia dan hasrat kerajaan

untuk pembangunan kemanusiaan bersifat menyeluruh, maka idea

menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) telah

tercetus pada 1979. Setelah 33 tahun beredar, pelaksanaan

PTV di Malayisa mengalami pelbagai perubahan dari segi

dasar, institusi, pelaksanaan dan program. Pemantapan

falsafah PTV sering menjadi isu dan perdebatan di kalangan

pembuat polisi, para akademik dan pendidik serta industri .

Perkembangan dan kemajuan teknologi dan industri yang

8

bercorak global dan persaingan yang hebat mahu tidak mahu

sama ada cadangan dari UNESCO-UNEVOC atau cetusan idea

tempatan, isu dan perbincangan yang terlibat mesti

memperlihatkan satu penambahbaikan dalam soal falsafah PTV

yang lebih jelas dan cerah. Antara cadangan Penubuhan

Lembaga Teknologi Malasyia (Malasysia Board of Technologist

@MBOT) pada 31 Mac 2012 merupakan satu transformasi dan

reformasi penting dalam mekanisme PTV untuk melaksanakan

Pelan Strategik Transformasi Pendidkan Vokasional (PSTPV)

(Shahnor Basri, 2013). Ini seharusnya bergerak ke hala tuju

dua arah atau serampang dua mata dengan strukturnya

menggabungjalinkan bentuk latihan kerja antara sekolah

dengan industri yang mirib kepada perintisan

(apprenticeship) (David.A, 2004). Impak ini merupakan satu

parameter yang dapat memberi satu jaminan kualiti yang

merupakan satu cabang PTV seperti yang dipaktikan di banyak

negara termasuk Perancis (V Troger, 2007).

Selalunya wadah perancangan yang mengandungi fakta,

pengetahuan dan lain-lain maklumat yang diperlukan oleh sesuatu

program atau kursus PTV sememangnya bertujuan untuk pembangunan

potensi diri pelajar dan pembentukan minda setiap pelajar. Isi

kandungan PTV itu tidak sekali-kali menjurus atau berfokus hanya

kepada aspek peperiksaan tetapi lebih daripada itu yang

menjadikan PTV itu berbeza dengan pendidikan akademik. PTV yang

lebih menjurus dalam pembangunan potensi manusia yang berunsur

9

kreatif dan inovatif selaras dengan pengglobalisasian teknologi

manusia.

Sungguhpun setiap tawaran kursus PTV itu telah melalui

proses pemerakuan yang tertentu sama ada di peringkat institusi

atau industri, namun permasalahan yang timbul ialah di sebalik

menjaga kualiti PTV, untuk mengelakkan kekeliruan yang mungkin

timbul, pegangan falsafah dalam PTV adalah penting supaya dapat

memenuhi dan menepati kehendak PTV yang bersifat kritis dengan

memenuhi kreativi dan inovasi dalam potensi penghasilan produk di

industri dan pasaran yang sering mengalami pembaharuan.

Seseorang yang mendapat PTV pasti berkemahiran. Ini merujuk

kepada satu realiti bahawa orang-orang yang berpotensi,

berpengetahuan dan berpengalaman dalam penggunaan pengetahuan

teori untuk mencapai tugas-tugas tertentu dalam pembangunan

kemahiran. Kini PTV lebih difokuskan secara formal perlu memberi

penekanan kepada penanaman aktiviti-aktiviti tertentu dari

pengalaman cara untuk menyiapkan aktiviti dan latihan yang

bersifat intensif kepada kreativiti dan inovasi yang lebih

bertangunggjawab kepada pembangunan alam dan modal insan.

Sejak abad ke-20, perkembangan teknologi yang pesat,

mempercepatkan kadar globalisasi ekonomi, persaingan antarabangsa

yang semakin sengit, struktur industri dan struktur pekerjaan

telah mengalami perubahan yang besar ke arah Era kolar Biru dan

kini memasuki Era kolar Hijau yang berpengetahuan multidimensi

dan pemikiran lebih menjurus kepada kesepaduan dengan alam

sejagat. Sifat-sifat sosial dan kebolehan pekerja juga mempunyai

10

keperluan yang lebih tinggi. Kajian menunjukkan bahawa seni Cina

Perantisan Pendidikan Vokasional purba yang masih hidup lama

dalam pendidikan boleh menjadi bahan rujukan dalam PTV.

Kolej Vokasional yang menggunakan pendekatan latihan

kemahiran vokasional seperti yang ditekankan dalam Pelan

Pendidikan Kebangsaan 2013-2025 perlu dibangunkan beasaskan FPN.

Jelas sekali, dari segi kolej vokasional yang lebih tinggi

statusnya sebagai institusi PTV, kemahiran vokasional dan latihan

terutamanya kurikulum dan ko-kurikulum dalam dua cara perlu

diberi perhatian.

2.1 Falsafah dan Prinsip Pendidikan dalam PTV – satu

penilaian

Pembangunan bermakna kemajuan tamadun dan budaya daripada

keadaan daif dan jahil kepada keadaan hidup serba moden dan

berperadaban tinggi (Sarimah & Farawahida, 2010). Pembangunan

masyarakat dan negara meliputi seluruh sistem dalam dimensi

pentadbiran, pelaksanaan, teknologi, pendidikan, ekonomi, sikap,

penghayatan ilmu, pemikiran, seni budaya, moral dan agama serta

kualiti hidup. Dalam konteks ini, sebagai sebuah negara yang

pesat membangun dan berhadapan dengan cabaran pelbagai

transformasi dan perubahan yang drastic dari semasa ke semasa,

Malaysia telah dan akan terus mengalami pelbagai gelombangan

perubahan social, teknikal, politik dan ekonomi yang pesat.

Pembangunan yang rancak dengan agenda Wawasan 2020 untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju telah memberi fokus kepada

kepentingan pembangunan sumber manusia yang menjadi asset

terbesar kepada negara.

11

Berhadapan dengan era ekonomi yang berpaksikan pengetahuan

dan maklumat (k-ekonomi), permintaan terhadap tenaga pekerja

teknikal dan vokasional terutamanya kumpulan yang mahir dan

separa mahir semakin meningkat akibat pembangunan pesat dan

transformasi ekonomi negara yang menuju ke arah negara maju

menjelang tahun 2020 (DBKL, 2008). Pembangunan sumber manusia

adalah satu pembinaan asset yang paling penting dalam agenda

pembangunan negara. Maka, untuk melahirkan individu dan

masyarakat yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran canggih dan

terlatih dalam pelbagai bidang mesti diperdalamkan dan

dipertingkatkan (Modul Pelaksanaan MPV, 2002). Ini adalah selaras

dengan agenda untuk menggalakkan (promoting) satu pembangunan

kelestarian yang mampan dalam PTV seperti yang tertera dalam

Pengisytiharan Bonn 2004 (The Bonn Declaration) (J Fien & David

Wilson, 2005).

Dalam usaha memperkasakan PTV sebagai pilihan utama seperti

yang tertertera dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

(KPM, 2013), gelombang dan hala tuju laluan PTV dalam pembangunan

program profesional yang berpedomankan FPN adalah penting supaya

maksud, objektif dan matlamat PTV itu benar-benar dapat membentuk

insan yang diidealkan dalam FPN. Namun demikian, di bawah tekanan

jawatan (kumpulan) dan keperluan untuk membangunkan kursus atau

modul kursus untuk membangunkan kemahiran profesional pelajar,

selalunya tertimbul kekacauan dalam pemikiran. Jelas sekali, dari

segi matlamat PTV yang lebih tinggi, tujuan PTV dalam melahirkan

kemahiran vokasional yang berpotensi tinggi untuk menyara hidup

sebagai pelajar yang menjadi pekerjaan yang berkelas tinggi tidak

seharusnya dari segi kemahiran tangan tetapi yang lebih penting

12

ialah pemikiran yang dibentuk dalam pembinaan modal insan yang

seimbang dan berdaya kreativiti dan inovasi untuk membangunkan

dunia yang sejajar dengan keseimbangan ekologi dan penghijauan

bumi.

Sungguhpun pelbagai kursus profesional PTV menduduki

kedudukan penting dengan mengenali kemahiran pembangunan

kurikulum pelajaran vokasional, namun dari kandungan pengajaran

dan pembelajaran, syarat latihan , bahan-bahan pengajaran dan

lain-lain aspek pembinaan, yang boleh didapati bukan menekankan

kepada penguasaan kemahiran individual, tetapi mesti menjurus kea

rah melahirkan tenaga kerja yang bertaraf berpotensi sejagat

seperti yang ditekankan dalam Islam (Tahira, 2011) perlu

dihalusi. Cadangan UNESCO ( Faure, et al, 1972. dalam Tahira,

2011) mengenai pemantapan dalam pendidikan sepanjang hayat

sebenarnya merupakan satu elemen yang bijaksana yang sebenarnya

dipromosikan selaras juga dengan falsafalah yang terkandung dalam

Islam dan Confucius.

 Antara falsafah yang diperbincangkan, pragmatis lebih

menekankan kaedah praktikal yang dikatakan lebih penting dalam

PTV. Tetapi falsafah yang lain juga perlu dipertimbangkan supaya

dapat melahirkan pelajar yang menghayati kebenaran kehidupan.

Falsafah pragmatisme memang sangat sesuai diamalkan dalam PTV

kerana pendekatannya lebih menjadikan pelajar memperkembangkan

inteleknya dan guru sebagai pemudahcara dalam sesuatu

pembelajarannya. Pada sudut guru pula akan membimbing pelajar

mereka agar lebih mengenal erti realiti dan mencari kebenaran dan

bimbingan dari segi nilai, moral dan agama masih perlu. Ini

adalah penting untuk menjamin semua hasil PTV yang celik dan

13

masih mentah selalu berada di atas landasan yang betul dan

secocok dengan perubahann era globalisasi masa kini yang

menjadikan PTV itu salah satu agenda utama negara untuk

pembangunan negara melalui visi dan misi negara, iaitu Wawasan

2020 dalam memcapai taraf negara maju pada tahun 2020.

Kesimpulan

Ekonomi di negara-negara maju telah mengalami

transformasi yang pesat dalam dua dekad yang lalu. Ciri-ciri

yang paling penting dalam transformasi adalah:

tertiarization ekonomi; inovasi teknologi dan pemodenan;

persaingan dalam pasaran dunia; globalisasi; trend demografi

dan penswastaan. Perubahan ini telah mewujudkan permintaan

baru untuk lebih banyak buruh menyesuaikan diri dengan

perubahan permintaan pasaran, pelbagai kemahiran dan

kreatif. Bagi memenuhi permintaan ini, seolah-olah perlu

untuk mengurangkan jurang antara pendidikan akademik dan

PTV. Dalam usaha untuk meningkatkan latar belakang

pendidikan umum, falsafah dan prinsip PTV dalam

memperluaskan laluan dari pendidikan vokasional kepada

pendidikan tinggi memerlukan penggunaan mekanisme

pembangunan kurikulum berasaskan kecekapan. Usaha untuk

mengukuhkan kerjasama antara pihak berkuasa pendidikan dan

organisasi pekerjaan serta industri perlu ke arah untuk

mendesentralisasikan sistem penyampaian dan melibatkan

majikan lebih luas dalam proses TVET ( G Tabbron & J

14

Yang ,1997; J Fien & D Wilson, 2005; R Maclean & DN

Wilson , 2009).

Falsafah dan prinsip PTV bagaikan dua permukaan wang siling,

iaitu wujud satu simpulan yang akrab dan bersepadu kerana ianya

tidak mudah untuk dirungkai atau diolah semula dalam proses PTV.

Ini berkaitan rapat dengan makna dan tujuan pendidikan yang

merupakan adalah dua unsur yang saling berkaitan, yang telah

menarik perhatian ahli falsafah dan pendidik sejak dahulu. Adanya

perbezaan konseptualisasi dan penjelasan kedua-dua unsur ini

adalah disebabkan perbezaan dalam memahami hakikat, peranan, dan

tujuan hidup manusia di dunia yang ternyata sangat berkaitan

dengan serentetan pertanyaan tentang hakikat ilmu pengetahuan dan

Realiti Mutlak (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2005, hlm. 109). Secara

umumnya, sama ada pandangan teoritis yang berorentasikan

kemasyarakatan, iaitu pandangan yang sarana utama dalam

melahirkan rakyat yang baik atau teoretis kedua yang lebih

berorentasikan kepada induvidu, menurut Al-Attas, ianya harus

melibatkan suatu tindakan untuk mendisiplinkan jiwa dan fikiran

serta pencarian kualiti dan sifat jiwa dan fikiran yang baik (Wan

Mohd Nor Wan Daud, 2005, hlm 123).

Sama ada PTV itu melalui Latihan Perantisan (apprenticeship

training) secara tidak formal atau secara formal melalui

institusi, PTV mesti membentuk satu mekanisme yang dapat

menyatukan isu-isu dualism (Crystal J.P.,Rohana , Amirmudin,

2011) yang mampan dan lestari dalam kurikulum. Falsalfah dan

prinsip PTV selain daripada memberi penekanan penguasaan

15

kemahiran dan pengetahuan sains dan teknologi, penekanan nilai-

nilai ilmu yang dapat menyelamatkan manusia daripada kesalahan

dalam mengambil keputusan dan dari sesuatu yang tidak terpuji

adalah sangat penting (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2005, hlm. 123

dalam Islamic Life and Thought, Bab 8,9,10 dan Sufi Essays, hlm.

15-17 dan Bab 9). Ini ditegaskan oleh Al-Attas bahawa “banyak

kelompok yang tidak mengetahui perbezaan mendasar antara

pendidikan dan latihan, kerana secara sedar atau tidak, mereka

telah menghilangkan batas-batas ontologis antara manusia dengan

haiwan, suatu keadaan yang berlawanan dengan pandangan hidup

Islam.

Dalam keadaan menghadapi ketandusan sumber alam dan seruan

penghijauan bumi, perlu diberi penekanan supaya benar-benar dapat

melahirkan modal insan yang seimbang dan juga dapat menjurus ke

arah melahirkan garduan yang mendekati alam sejagat dengan nilai

kreativiti dan inovasi yang seiring dengan pengoptimaan sumber

alam.

Tumpuan pendidikan sama ada traditional dan sekular kini

bukan sahaja dapat memperkembangkan potensi individu, tetapi

selanjutnya mesti mempunyai daya pembinaan minda yang holistik

dan bersepadu yang dapat menyumbang kepada keharmonian dan

kebaikan yang termurni untuk dirinya, keluarga, masyarakat dan

dunia sejagat (Peter CJ, Rohana, Amirmidin. 2011).

Satu hakikat yang penting dan perlu disedari ialah dalam

arus dan gelombangan pembangunan dan penghidupan yang pelbagai

cabaran, falsafah PTV mesti menjurus ke arah sebagai pengeluar

yang berilmu, cekap dan bertanggungjawab. Maksud PTV mesti mampu

16

mencapai tahap peribadi yang dapat menyumbang kepada kerohanian

dan kebaikan dalam krisis isu keselamatan dan kesihatan produk,

ketandusan sumber alam, dan tangungjawab moral manusia. Ilmu yang

sekular dan agama mesti disepadukan supaya latihan PTV dapat

melahirkan graduan yang pintar dalam kemahiran tangan dan

kemahiran insanniah yang akan menjadi pemenang kehidupan seperti

yang ditekankan dalam wawasan FPN dan wawasan negara maju. Dengan

itu, sasaran PSTPV yang menjadi asas kepada lonjatan pantas untuk

mengaruskan PTV di semua tahap dan peringkat ( Shahnor Basri,

2013) dapat tercapai.

Pendidikan untuk pembangunan lestari (Education for

Sustainable Development, ESD) merupakan satu agenda pada masa

kini dan akan datang dan harus ke arah penghijauan dalam PTV

(Unesco-Univoc, ED/PSD/ESD/2012/P1/4) supaya generasi akan datang

selain daripada dapat memenuhi keperluan mereka sendiri, tetapi

juga dapat mengintegrasikan pertimbangan sosio-budaya, alam

sekitar dan kehidupan dunia dan ekonomi serta akhirat .

Kelestarian dalam berilmu pengetahuan yang perlu ditekankan dalam

PTV mesti ada pemahaman tentang peranan mereka dalam perubahan

dan pembangunan. Mereka yang dilatih juga mesti ada kesedaran

tentang sumber alam dan komitmen yang tinggi terhadap isu

kekacauan dan kerapuhan alam sekitar yang semakin sensitif kepada

kekangan dan potensi ekonomi dunia.

PTV adalah kemasukan strategik untuk memastikan dunia kerja

yang menyumbang kepada perpaduan sosial dan menggalakkan

pembangunan mampan alam sekitar. Merujuk kepada Mellin D. Miller

17

(1984), beliau telah mentafsirkan falsafah dalam PTV sebagai “

Philosophy is defined as a conceptual framework for synthesis and

evaluation that represents a system of value to serve as a basis

for making decisions that project vocational education’s future

(pg 3).” Maksudnya, falsafah dan prinsip PTV mesti berpaksikan

satu rangka kerja konsep secara perpaduan dan penilaian yang

mewakili satu sistem nilai untuk berkhidmat sebagai asas untuk

membuat keputusan dalam menghadapi masa depan PTV. Falsafah

pragmatism seperti yang dinayatakan oleh Miller ini menggunakan

prinsip-prinsip pragmatism sebagai rangka rujukan dengan

keperluan PTV berasaskan pendidikan di tempat kerja yang pastinya

amat berkaitan dengan matlamat PTV. Iaitu, para pendidik dan

pelajar adalah sama-sama penting dalam proses pembelajaran,

realiti dan situasi dunia nyata yang member penekanan, konteks

dan pengalaman yang penting dalam pendidikan. Di sini peranan

pendidik mestilah progresif dan terbuka dengan idea-idea yang

baru dan sentiasa bersedia untuk menperbaharuinya (Norjana,

2010).

Ini bererti dalam proses pengajar dan pembelajaran, guru PTV

perlu mempertingkatkan keprofesionalannya melalui Pembangunan

Professional Berterusan (Continuous Professional Development

(CPD)) (Tahira, 2011) untuk memelihara dan memperkukuhkan

pengetahuan, kepakaran dan kecekapan dalam kerjayanya. Ini adalah

penting seperti profession lain, guru PTV perlu perihatin dan

sentiasa memastikan dirinya tidak terjerumus dalam arus aliran

yang semakin menyimpang dari pemikiran yang menjadi pegangan

dalam falsafah PTV.

18

Justeru itu, ini adalah selaras dengan matlamat FPN yang

memberi penekanan dengan tujuan PTV adalah untuk merangsang minda

pelajar menghayati matlamat dan objektif pembelajaran dan

pengajaran PTV. Maka, tinggilah harapan dan pembinaan keyakinan

dengan adanya asas falsafah pendidikan akan dapat membantu

melahirkan generasi muda yang seimbang dan menyeluruh dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani, serta produktif , proaktif

dalam memikul tanggungjawap kepada agama, bangsa, negara dan

sejagat. Ini seterusnya mendorong ke arah wujudnya sebuah

masyarakat madani sejajar dengan hasrat Wawasan 2020.

Falsafah PTV untuk melestarikan pembangunan insan selain

daripada memberi tumpuan kemahiran dan kecekapan, kesedaran

rakyat, sikap dan nilai perlu dilibatkan secara berkesan dalam

Pembangunan Pendidikan Lestari di peringkat tempatan, nasional

dan antarabangsa. Itulah perbezaan pandangan PTV yang jauh

berbeza dengan pendidikan akademik dari segi struktur, sistem dan

hasil kerana program PTV selain daripada matlamat kerana target

pasaran, pembinaan modal insan yang bernilai budaya tinggi dalam

usahanya akan mengubah pemikiran orang ramai terutama pendidik

akademik yang menganggap PTV itu adalah pendidikan kelas kedua

yang dipandang rendah oleh guru colar putih.

Maknanya, dengan adanya pegangan ini, para pendidik PTV

dengan falsafah pendidikan PTV berupaya membina satu mechanism

yang boleh memadamkan tanggapan yang salah bahawa guru PTV itu

merupakan jurulatih yang bertahap kelas kedua dalam pengalaman,

pengetahuan dan kepakaran (Moura Castro, 2008). Sindiran

sedemikian ini mesti dikikis daripada persepsi umun supaya usaha

menjadikan PTV itu sebagai pilihan utama dalam membimbing hala

19

tuju kesedaran kerjaya yang lebih cerah masa depan kepada

genenari muda di masa ini dan akan datang.

PTV harus mengelak daripada pengkhususan pramatang melalui

keseimbangan yang betul antara subjek umum, saintifik dan khusus.

Pengambilan kakitangan perlu mengambil kira keperluan fungsi

dualisme --- menjalankan tugas pedagogi dan menjalankan

penyelidikan dalam bidang subjek sains atau teknik yang diajar

(Crystal Joan Peter, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin, 2011; Maria

Mansur, 2011). Dengan adanya pegangan yang betul dalam falsafahpendidikan PTV, impak dualism akan dapat diatasi supaya generasi

muda kita tidak sifar dari segi emosi dan nilai keagamaan.

Apabila mereka memasuki pasaran, tidak akan mudah memisahkan diri

dengan alam dan akan berusaha membangunkan lebih banyak teknologi

yang tidak membimbangkan dan memberi akibat buruk atau negetif

kepada industri dan pengguna. Inilah perbezaan sistem PTV yang

tidak sekadar memberi tumpuan yang berorentasikan peperiksaan

yang hanya menginginkan pelajar memberi tumpuan kepada keputusan

sahaja semata-mata. Peluang dan harapan pelajar tidak selaras

dengan apa yang dibekalkan di mana nasib graduan kurang diberi

perhatian dalam pendidikan akademik. Hal ini sekaligus akan

mengikis pemikiran yang tidak betul menganggap PTV itu adalah

pendidikan pilihan terakhir dan bukan yang benar-benar diminati.

Ini adalah berbeza seperti yang berlaku di Amerika di mana guru

harus bertanggungjawab terhadap pekerjaan garduan (Unesco-Univoc,

2008).

Orentasi falsafah dan prinsip pendidikan dalam PTV tidak

seharusnya statik kepada kesan globalisasi sahaja, tetapi

mestilah menyediakan kelestarian dengan membina keupayaan rakyat

20

untuk menyesuaikan diri dan berupaya mengatasi masalah dengan

persekitaran mereka ke arah paksi kesepaduan ilmu yang harmonis (

Norjana Kormin, 2010). Ini adalah selaras dengan gagasan untuk

membina masyarakat penyayang dalam Wawasan 2020 dan seiring

dengan FPN dalam melengkapkan peranan PTV dalam pembangunan

kelestarian pendidikan yang mesti memasukkan pendidikan nilai-

nilai dalam kaedah baru pendidikan dan latihan (Unesco-Univoc,

2008). Ini adalah selaras dengan falsafah essentialism yang

menganggap pendidikan itu penuh fleksibiliti, serba terbuka untuk

perubahan, tidak ada keterkaitan dengan doktrin tertentu, toleran

dan nilai-nilai dapat berubah dan berkembang mengikut keperluan.

Maka itulah dikatakan lebih kepada tumpuan vokasional dan fakta

bersifat semasa dan bertanggungjawab atas kebebasan yang diberi.

PTV kini diidamkan sebagai pilihan utama dalam hala tuju

kerjaya Pelan Pendidikan Negara (2013-2025), pasti akan menjadi

benteng penyelamat anak didik, generasi muda dan pewaris bangsa

dalam memikirkan rupa bentuk manusia yang berketrampilan dengan

kesejahteraan social dan mutu kewujudan tamadun (Hanna Hloborn

Gray,1963). Maka, tidak hairanlah PTV itu akan dapat melengkapkangenerasi muda dengan nilai-nilai dan budaya bangsa; dan majikan

serta pasaran juga mengharapkan PTV dapat melahirkan sumber

manusia yang sesuai dan berkualiti dalam membentuk warganegara

dan wargasejagat yang baik dan seimbang. PTV semestinya

berpaksikan usaha berterusan ke arah memperkembangan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mengwujudkan insan

yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (1988)

21

yang telah dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996)

(Akta Pendidikan, 1996).

Rujukan

Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia.________

Azila Dason, Rohana Hamzah, Aminmuddin Udin (2010). Hala TujuPendidkan Teknik Dan Vokasional Ke Arah Memartabatkan Falsafah PendidikanNegara. Falkuti Pendidikan, UTM Skudai.

Azmi Zakaria. (2000). Educational Development and Reformation in theMalaysian Education System: Challenges in,the New Millennium. Vol. I, No.1, pp. 113- 133,Journal of Southeast Asian Education.

Christian Kingombe.(2012). Lessons For Developing Countries From ExperienceWith Technical And Vocatioanl Education and Training. InternationalGrowth Centre, Bank of Sierra Leone.

Crystal Joan Peter, Rohana Hamzah,Amirmudin Udin.(2011). The ImpactOf Dualism In Education On Sustainable Development Through TVET.Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 23-28.Falkuti Pendidikan, UTM Skudai.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. KementerianPendidikan Malaysia.

22

G Tabbron & J Yang (1997). The interaction between technical and vocationaleducation and training (TVET) and economicdevelopment in advanced countries.Volume 17, Issue 3, pg 323–334. International Journal ofEducational Development.

Gurcharan Singh Sandhu.(2002). Meneraju Diri Ke Arah Kecemerlangan,Perspektif Diri. Kuala Lumpur: Thinker’s Library Sdn. Bhd..

Hanna Holborn Gray (1963). “Renaissance Humanism: The Pursuit of Rhetoric.”Journal of the History of Ideas, Vol. XXIV(1963),pp.497-514.University of Chicago.

Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah, Amirmudin Udin.(2012).Kemantapan Penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Teras KemenjadianGuru Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Journal of Edupres, Volume 1September 2011, Pages 357-363 . Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

J Fien & D Wilson ( 2005). Promoting Sustainable Development in TVET: TheBonn Declaration. Orientating TVET For Sustainable Development.Prospects, vol XXXV, no.3, September 2005.UNESCO.

Johari Hassan & Pusphavalli Rajoo. (2005). Hubungan Di Antara KonsepKendiri Dan Kesejahteraan Hidup Di Kalangan Remaja Akhir. FakultiPendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.

Latiff Kamaluddin (1987). Pengenalan Falsafah Politik. USM

Maria Mansur, 2011. Islamisasi Ilmu Pengetahuan Anatara Harapan Dan RealitiDalam Konteks Pendidkan Malaysia. Jabatan Penyelidikan Dan InovasiProfesionalisme Keguruan. Institut Pendidikan Guru KampusSarawak, Miri.

Micheal Heppell (2008). Brilliant Life: How to live a brilliant, balances Life.Great Britain: Pearson.

Mohd Fathi Adnan, Rohana Hamzah, Amirmudin Udin.(2012). ImplikasiFalsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional diMalaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.

23

Moura Castro (2008). Training in developing countries and develop countries, is thereany different? Newsletter, 14th edition (extra), 2008. UNESCO-UNEVOC.

Norjana Kormin (2010). Falsafah Dan Amalan Pendidikan Teknik dan Vokasional:Mengikut Acuan Malaysia. FP, UTM.

Norjana Kormin, Rohana Hamzah, Amirmudin Udin (2012). Falsafah DanAmalan Pendididikan Teknik dan Vokasional : Mengikut Acuan Malaysia.Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Kementerian PendidikanMalaysia.

Qian Tang (2013). Education Beyond 2015.Education for All by 2015. 37thSession of the General Conference Education Commission Item5.12, document 37 C/56. UNESCO.

R Maclean & DN Wilson ( 2009). International Handbook of Education for theChanging World of Work: Bridging Academic and Vocational Education.UNESCO-UNEVOC International Centre for Edduaction. BonnGermany:Springer.

Rohana Hamzah (2010). Mengenali Manusia Asas Pembangunan PendidikanBerkualiti. Skudai: UTM Press.

Sahul Hamed Abd. Wahab, al el. (2010). Transformational of Malaysian’sPolytechnic into University College in 2015: Issues and Challenges for MalaysianTechnical and Vocational Education. Proceedings of the 1stUPIInternational Conference on Technical and VocationalEducation and Training Bandung, Indonesia, 10-11 November2010.

Sarimah Ismail & Farawahida Yassin, 2010. Kekangan Pelaksanaan MataPelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Negeri Johor . FP, UTM.

Shahnor Basri (2013). Mengangkat Pendidikan Teknik Dan Vokasional.Rencana Utusan Malaysia, 29 Oktober, 2013. UniversitiMalaysia Pahang.

Tahira Basharat, al.el. (2011). The Confucius Philosophy and IslamicTeachings of Lifelong Learning: Implications for Professional Development of

24

Teachers. Bulletin of Education and Research, June 2011, Vol.33, No. 1 pp. 31-46, University of the Punjab, Lahore.

TESDA. (2011). Impact Evaluation Study of TVET Program 2011. TechnicalEducation & Skills Development Authority of Philippine,www.tesda.gov.ph.

UNESCO. (2004). Exploring Vocational Education Reforms, International Institute forEducational Planning.Vol. XXII, No. 3, July – September 2004.Paris.

UNESCO. (2012). Shanghai consensus: the Third International Conference technicaland vocational education and training proposals "Vocational and TechnicalEducation and Training Transformation: work and life skills training."ThePeople's Republic of China, Shanghai.

UNESCO. (2012). Transforming Technical and Vocational Education and TrainingBuilding skills for work and life, MAIN WORKING DOCUMENT, Third InternationalCongress on Technical and Vocational Education and Training. Shanghai,People’s Republic of China, 13-16 May 2012.

UNESCO-UNEVOC International Centre for TVET. Unevoc in Action,Binnial Report 2010-2011.

UNEVOC (2012).Greening Technical Vocational Education and Training (TVET) andSkills Development: Challenges and Opportunities.UNEVOC-UNESCO.

UNEVOC.(2012). Education Sustainable Development + Technical & VocationalEducation & Training.

V Troger, 2007. Teachers of technical and vocational education in France.Dordrecht, Netherlands: Springer.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2005). Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam; SyedM. Naquib Al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islaminasi. Kuala Lumpur :Universiti Malaya.

www.eng.vt.edu/green/definition

25