View
200
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
MAJLIS MAKAN MALAM
TEMU MESRA
KELAB SAINS KIMIA, OLEOKIMIA, TEKNOLOGI KIMIA
2014
Teks Ucapan
Prof. Madya Dr. Mohammad B. Kassim
Pengerusi Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jumaat, 25 April 2014
Hotel Bangi-Putrajaya
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih pengerusi majlis,
Assalamulaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1Malaysia
*SALUTASI
1. Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan sepenuh
rasa kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia
serta keizinanNya, kita dapat berjumpa dan berkumpul pada majlis ini.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga PPSKTM
terutamanya ahli jawatankuasa Majlis Makan Malam Temu Mesra
Kelab Sains Kimia, Oleokimia, Teknologi Kimia 2014 kerana bekerja
keras dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan program pada malam
ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
program ini.
2. Bagi pihak saya selaku pengerusi PPSKTM, sukacita saya
mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir pada
hari ini. Pada pandangan saya, pelaksanaan program ini dapat
menjalinkan perhubungan yang baik antara pihak pengurusan, dengan
mahasiswa/i yang mungkin ada di antara pelajar sekalian yang masih
tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Majlis seperti ini adalah
suatu program untuk semua warga PPSKTM berkumpul. Suatu perkara
yang penuh berfaedah apabila program ini dijalankan kerana dapat
mencungkil kepimpinan pelajar disamping pengisian-pengisian displin
ilmu yang lain seiring dengan kebolehpasaran yang dikehendaki.
3. Program ini sebenarnya banyak memberikan input yang berguna
kepada mahasiswa/i sekalian terutamanya dalam mencetuskan idea dan
pengalaman yang baru. Melalui program seperti ini, peluang untuk
mempelajari ilmu secara tidak langsung akan membentuk satu
transformasi gerak kerja yang berjaya berdasarkan kebijaksanaan dan
kesungguhan dalam menjayakan program ini. Saya mengucapkan
tahniah dan rasa syukur kerana program ini berjaya dilaksanakan.
Semoga sepanjang program ini berjalan, para pelajar sekalian dapat
menimba ilmu baru dan mempelajari sesuatu yang saya pasti sukar
diperoleh melalui pembelajaran dalam kuliah.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
4. Majlis Makan Malam Temu Mesra ini adalah salah satu
program yang dijalankan bagi meraikan warga PPSKTM. Saya
sangat berterima kasih kepada para pelajar yang sentiasa menyokong
dan memberikan kerjasama kepada pihak PPSKTM dalam pelbagai
program yang dianjurkan. Majlis Makan Malam Temu Mesra ini adalah
satu langkah ke arah kesepakatan dan mentransformasikan minda serta
gerak kerja anda semua ke suatu tahap yang lebih baik.
5. Dengan kata-kata dan semangat itu, saya sekali lagi ingin
mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kerana berjaya melaksanakan program yang bukan
mudah untuk dikendalikan, ianya memerlukan tenaga yang ramai.
Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program
ini.
6. Semoga usaha ini akan dapat diteruskan dan diwarisi oleh pelajar
baru terutamanya untuk terus maju dan menimba pengalaman yang
sangat bermakna.
Sekian.
Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Recommended