BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BAHASA MELAYU PENGURUSAN

Citation preview

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    1/42

    BAB 7

    PENYEDIAAN TEKS:

    KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN

    TEKS UCAPAN

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    2/42

    TOPIK UTAMA

    PENGENALAN

    KATA ALU-ALUAN

    PRAKATA TEKS UCAPAN

    KESIMPULAN

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    3/42

    PENGENALAN

    Sesebuah teks yang berformat mesti

    mempunyai pelbagai dokumen yang bersistem.

    Teks yang lengkap dengan format yang khusus

    akan lebih berkesan dan sistematik.

    Kata alu-aluan, prakata dan teks ucapan yang

    berkesan dan sistematik dapat membantu

    melicinkan lagi penyediaan sesebuah teks.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    4/42

    KATA ALU-ALUAN

    Kata-kata yang disampaikan sama ada secara

    lisan ataupun tulisan bertujuan untuk

    mengalu-alukan sesuatu perkara.

    Lazimnya didapati dalam buku cenderamata

    yang diedarkan kepada jemputan dalam majlis-

    majlis rasmi seperti seminar, persidangan,mesyuarat agung, majlis perasmian dan

    sebagainya.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    5/42

    Format Kata Alu-aluan

    Kata alu-aluan tidak mempunyai format yangkhusus.

    Walau bagaimanapun, kebiasaannya kata alu-aluan

    ditulis dengan menggunakan 5 ciri berikut:

    1. Tajuk

    Menggunakan pelbagai frasa yang menarik

    seperti Sekapur Sirih, Seulas Pinang, Seuntai

    Bahasa, Sekilas Rasa2. Gambar penulis

    Gambar diperlukan untuk menunjukan tanda

    takzim dan hormat kepada penulis kata alu-

    aluan

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    6/42

    3. Kandungan

    i. Pengenalan - ringkas, dengan hanya mengucapkan

    kesyukuran, rakaman ucapan terima kasih ataumemberi salam

    ii. Isi - harus disesuaikan dengan majlis

    - Ditulis berperenggan

    a. Permulaan- salam permulaan, ucapanterima kasih

    b. Ulasan tentang majlisditujukan kepada

    penganjur yang menjayakan majlisc. Harapan penulis

    iii. Penutup - ringkas, seperti Sekian, terima kasih atauSemoga berjaya

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    7/42

    4. Tanda tangan

    Tanda tangan diperlukan untuk mengesahkantulisan kata alu-aluan tersebut daripada penulis

    yang sebenar.

    5. Nama penuh dan gelaran

    Nama penuh dan gelaran diperlukan untuk

    memudahkan urusan salutasi

    Contoh:Prof. Dato Dr. Ir. Ahmad Izham Ayob, PPK, IMT

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    8/42

    Tajuk

    Pengenalan

    Isi 1

    Isi 2

    Isi 3

    Penutup

    Tanda tangan

    Nama penuh / gelaran

    Gambar

    Foto Terbaru

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    9/42

    PRAKATA

    Kata-kata pendahuluan daripada penulistentang buku yang ditulisnya.

    Boleh didapati dalam buku-buku terutamanyabuku bercorak ilmiah.

    Lazimnya ditulis oleh pengarang sendiri.

    Terdapat juga prakata yang ditulis oleh oranglain, dan orang tersebut mesti seorang yangpakar dalam bidang berkaitan buku yangdihasilkan.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    10/42

    Kandungan Prakata

    Menyampaikan hasrat pengarang kepada pembacatentang buku yang ditulisnya iaitu semoga pembaca

    mendapat faedah daripadanya.

    Menyatakan apa yang dikaji dan masalah semasamembuat kajian sekiranya buku tersebut ialah buku

    hasil kajian.

    Menyatakan sampel kajian dan kawasan kajian serta

    hal-hal yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan.

    Merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang

    terlibat.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    11/42

    Format Prakata

    Tajuk ditulis dengan huruf besarPRAKATA

    Kandungan ditulis berperenggan

    Nama penulis ditulis di bahagian bawahberserta gelaran atau jawatan (jika ada)

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    12/42

    TEKS UCAPAN

    Teks ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan,

    syarahan, pidato, kata-kata penghargaan ataupun

    kata-kata yang melahirkan terima kasih.

    Menyampaikan idea-idea secara lisan kepada

    khalayak dalam bentuk pidato.

    Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis tertentu

    seperti majlis perasmian, majlis pelancaran sesuatuprojek dan majlis perpisahan .

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    13/42

    Panduan Menulis Teks Ucapan

    Secara Umum Perlu memberi penekanan pada aspek maklumat

    dan penyusunan maklumat supaya mesej dapat

    disampaikan dengan berkesan. Perlu memikirkan keperluan audiens atau pembaca

    dan suasana majlis sama ada formal ataupun tidak

    formal.

    Perlu membuat pertimbangan yang teliti untuk

    memperbaiki serta melengkapkan bahan dengan

    tujuan untuk meningkatkan mutu penulisan.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    14/42

    Terbahagi kepada 3 peringkat:

    1. Peringkat perancanganPenulis perlu mengenal pasti perkara atau

    subjek yang hendak ditulis.

    2. Peringkat penulisan

    Penulis perlu menyusun idea dengan sempurna,jelas dan sistematik bagi menggambarkan satukesatuan fikiran atau idea

    3. Peringkat menyemak

    Penulis perlu mengenal pasti masalah yangterdapat dalam bahan yang merupakan draf

    awal penulisan.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    15/42

    Jenis-jenis teks ucapan

    Teks ucapan alu-aluanialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan

    rumah dalam sesuatu majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan

    ringkas tetapi ada juga yang panjang bergantung pada kehendak pihak

    penganjur majlis. Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat

    datang dan ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan para

    jemputan.

    Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan harapan

    pihak penganjur, objektif majlis dan penghargaan kepada orang yang

    membantu melaksanakan majlis. Kadangkala dalam teks ucapan alu-aluan

    juga turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    16/42

    Teks ucapan perasmianialah teks ucapan yang

    disampaikan oleh tamu kehormat bagi sesuatu

    majlis. Teks ucapan perasmian selalunya lebih

    panjang daripada teks ucapan alu-aluan.

    Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima

    kasih kepada tuan rumah yang mengundang,

    maklumat yang berkaitan dengan majlis,perkembangan institusi yang mengundang dan

    harapan tetamu

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    17/42

    Teks ucapan perpisahanmerupakan teks ucapan

    yang disampaikan dalam majlis perpisahan. Teks

    ucapan perpisahan terbahagi kepada teks ucapan

    pihak yang menganjurkan majlis dan teks ucapanyang dibalas oleh orang yang diraikan.

    Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak

    penganjur selalunya mengandungi ucapan terimakasih dan puji-pujian atas jasa yang disumbangkan

    oleh orang yang diraikan. Selain itu, terdapat juga

    harapan penganjur kepada orang yang diraikan.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    18/42

    Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang yang

    diraikan pula mengandungi ucapan terima kasih

    kepada pihak penganjur dan puji-pujian terhadap

    rakan setugas dan kaki-tangan bawahan.

    Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya dimasukkan

    permohonan maaf dan menyatakan detik-detik indah

    atau manis ketika berkhidmat serta pelawaan kepadasemua rakan dan kakitangan untuk berkunjung ke

    rumah.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    19/42

    Prapersediaan dalam

    menyediakan teks ucapan

    i. Untuk siapakah teks ucapan itu disediakan?

    Sebagai penulis teks ucapan, anda perlu

    mengetahui orang yang akan membaca tekstersebut. Hal ini demikian kerana teks ucapan

    yang ditulis mesti selari dengan jawatan,

    perawakan dan latar belakang pendidikanorang tersebut.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    20/42

    ii. Siapakah audiens yang

    mendengar ucapan tersebut? Penulis teks ucapan perlu mengetahui audiens yang

    mendengar ucapan tersebut sebelum mula menulis

    teks ucapan tertentu. Hal ini demikian kerana teks

    ucapan yang ditulis perlu juga sesuai dengan tahappengetahuan audiens. Jika teks yang ditulis untuk

    disampaikan kepada audiens yang dalam golongan

    pelajar sekolah menengah, maka laras bahasa yang

    digunakan mestilah sesuai dengan tahap pemikiranpelajar sekolah menengah. Dengan kata lain, penulis

    teks ucapan mestilah memastikan bahawa teks yang

    ditulis sesuai dengan tahap pemikiran audiens yang

    akan mendengar ucapan tersebut.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    21/42

    iii. Siapakah tetamu yang akan

    hadir? Tetamu yang akan hadir juga perlu diambil tahu oleh

    penulis teks ucapan. Oleh itu, penulis teks ucapan

    perlu mendapatkan nama tetamu dengan tepat

    berserta jawatan dan kedudukan tetamu mengikutperingkat yang ditetap-kan oleh pihak penganjur.

    Dengan mengetahui tetamu yang akan hadir, penulis

    teks ucapan dapat menyusun bahagian kata alu-

    aluan tersebut mengikut protokol dan hal ini dapatmemastikan tiada pihak yang berkecil hati kerana

    nama mereka tidak disebut atau tersalah panggilan

    hormatnya.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    22/42

    iv. Apakah tujuan majlis tersebut?

    Tujuan majlis juga perlu diketahui oleh penulis

    teks ucapan. Tujuan majlis penting dalam

    penulisan teks ucapan. Teks ucapan alu-aluan

    terutamanya perlu menyentuh tujuan majlistersebut diadakan. Jadi, jika penulis teks

    ucapan tidak mengetahui tujuan majlis

    diadakan, maka longgarlah isi teks ucapanyang ditulis.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    23/42

    v. Berapa lamakah ucapan

    tersebut perlu berlangsung? Setiap teks ucapan yang ditulis bergantung pada masa yang

    diperuntukkan oleh penganjur. Teks ucapan yang baik ialah

    teks ucapan yang dapat mengikut masa yang ditetapkan oleh

    pihak penganjur. Jadi, penulis teks ucapan perlu mengetahui

    masa yang ditetapkan oleh penganjur bagi setiap teks ucapanyang diperlukan. Sebagai contohnya, jika masa yang

    diperuntukkan selama lima minit untuk tamu kehormat

    menyampaikan ucapan, maka teks yang ditulis hendaklah

    dalam lingkungan 10 muka surat bersaiz setengah A4 yangditaip dengan tulisan bersaiz 16 dengan langkauan dua baris

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    24/42

    Contoh Teks Ucapan

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    25/42

    Proses Menulis

    Penulisan ialah satu proses. Menghasilkan penulisan yang berkesan

    memerlukan satu proses menulis yang

    sistematik. McCuen dan Winkler (1990) mencadangkan

    2 kaedah dalam menulis sesuatu penulisaniaitu:

    1. Menulis (writing)

    2. Menulis semula (rewriting)

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    26/42

    1. Menulis

    a. Perancangan penulisan

    i. Prapenulisan

    - berfikir

    - memilih tajuk

    - membentuk dan mengawal idea

    ii. Draf penulisan pertama

    - mencipta (membuat penulisan bebas)

    - mengingati fakta yang berkaitan- memerhati (pencerapan secara kritis)

    - menyelidik (guna pelbagai kaedah)

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    27/42

    b. Penyusunan

    - Draf penulisan kedua

    - Merancang dan menyusun (pilih, rancang dan

    susun bahan yang diperlukan)

    c. Penulisan

    - Draf penulisan ketiga

    - Menulis (menulis berdasarkan draf yang telah

    dihasilkan)

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    28/42

    d. Penyemakan

    - Masih dalam draf penulisan ketiga

    - Menyemak dan mengedit (proses menyunting

    penulisan)

    - Terbahagi kepada dua iaitu:

    i. Penyuntingan Substantif

    Penyuntingan secara umum atau menyeluruh

    ii. Penyuntingan Kopi

    Penyuntingan yang lebih terperinci

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    29/42

    Aspek Penyuntingan Substantif

    Penelitian dibuat mengenai:a. Tema wacana - tajuk bersesuaian dengan

    isi

    b. Kesinambungan / hubungan antara bahagian,

    bab dan tajuk - penyusunan isi secara lojik

    c. Kesesuaian isi dengan pembaca sasaran

    d. Kesesuaian isi / idea dengan dasar penerbit dan

    tidak menyalahi etika, agama dan undang-

    undang

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    30/42

    e. Kesempurnaan / kekurangan isi - tentukan

    perkara utama / kurang utama

    f. Kelancaran isi - elakkan kelewahan/mubazir

    g. Kesahihan fakta - mestilah dapat

    dipertanggungjawabkan

    h. Keseimbangan dari segi panjang pendek antara

    bahagian, bab dan tajuk

    i. Skop perbincangan - terlalu sempit / luas

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    31/42

    Aspek Penyuntingan Kopi

    Penggunaan kamus, tesaurus, buku tatabahasa,

    pedoman istilah sebagai rujukan Penelitian dibuat mengenai:

    a. Fakta

    b. Bahasa - kosa kata, tatabahasa, ayat &pemerengganan,ejaan, istilah, tanda baca,

    penomboran

    c. Gaya persembahan - jadual kandungan,

    nomborhalaman, tajuk, subtajuk, petikan, bibliografi

    d. Ilustrasi

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    32/42

    2. Menulis semula

    a. Menulis semula

    Menulis semula selepas menjalankan aktiviti

    penyuntingan.

    b. Salinan akhir

    i. Dari segi kandungan

    Jelas, tepat, ringkas, dan berpaut

    ii. Dari segi fizikal

    Kemas, bersih, dan mengikut format

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    33/42

    Ciri Penulisan Yang Baik (TAJMAHAL)

    T - Tepat

    A - Adil

    J - Jelas M - Mudah

    A - terAtur

    H - Halusi A - berAdab

    L - Lancar

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    34/42

    TEPAT

    Dari segi rakaman dan hakiki Rakaman - mudah diperolehi kerana

    pelajar hanya perlu membaca laporan

    atau mewawancara seseorang. Hakiki - memerlukan pelajar mengetahui

    adakah maklumat yang dilaporkan atau

    dakwaan orang yang diwawancarakan itubenar pada hakikatnya.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    35/42

    ADIL

    Dilihat dari 4 sudut:1. Keadilan kepada orang yang terlibat

    2. Keadilan pada hal yang dibicarakan

    3. Keadilan kepada pembaca

    4. Keadilan kepada penulis sendiri

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    36/42

    JELAS

    Memerlukan kejelasan fikiran terutamabagi perkara-perkara yang sebenarnya

    tidak wujud

    Kejelasan dalam penulisan membantu

    pembaca dari segi kefahaman

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    37/42

    MUDAH

    Penulisan yang mudah difahami akanmembantu pembaca mendapat mesej

    dengan mudah

    Penulis yang faham tentang apa yang

    dibicarakan akan mampu menyampaikan

    maklumat kepada pembaca dengan mudah

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    38/42

    terATUR

    Penulisan yang baik perlulah disusundengan teratur, bukan sahaja dari segi

    format tetapi juga kandungannya

    Keteraturan juga menekankan aspekhubungan yang lojik dan lancar di antara

    satu idea, hujah, gambaran, huraian, dan

    sebagainya.

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    39/42

    HALUSI

    Penulisan perlu cermat, teliti dan halusi Bermula dari pencarian maklumat, proses

    manulis dan semakan yang dibuat

    Setiap peringkat perlu diberi perhatian olehpenulis

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    40/42

    berADAB

    Penulisan yang baik adalah penulisanberadab

    Penulisan beradab hanya mampu dihasilkan

    oleh penulis yang beradab Penulisan perlu mempunyai nilai-nilai

    murni

    Kebebasan menulis tidak bermakna penulisboleh menulis sesuka hati

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    41/42

    LANCAR

    Dari segi susunan idea dan penggunaanbahasa

    Kelancaran boleh dilihat dari segi

    pengolahan idea dan perkembangan idea

  • 5/21/2018 BAB 7 penyediaan Teks Ucapan

    42/42

    RUJUKAN UTAMA

    McCuen, & Winkler (1990)

    Nadell, McMeniman, & Langan (1991)

    Nuraini Yusoff (1991)

    Rais Yatim (2003)

    Trimmer (1998)