36
Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria TEKS UCAPAN GURU BESAR SK. HJ. IDRIS SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG, SEKOLAH KEBANGSAAN HJ. IDRIS PADA 2 JULAI 2008 JAM 9.00 PAGI ِ مْ سِ بِ ه ل ل اِ نَ مْ حَ ر ل اِ مْ يِ حَ ر ل ا مد ح ل ا ه ل ل رب ن ي م ل ع ل ا# لاة ص ل وا لام س ل وا ى عل0 رف3 ش5 ا اء ي9 ب0 ن5 لا ا ن ي ل س ر م ل وا و ى عل ه ل5 ا ه ب ح ص و ن ي ع م ح5 اYang Berusaha Saudari Pengacara Majlis, Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa Penolong-penolong Kanan, guru-guru Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan. Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh Pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG Sek. Keb. Hj Idris.Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasanya kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga mejlis ini berjaya dilaksanakan. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis anugerah cemerlang ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.

CONTOH2 TEKS UCAPAN

Embed Size (px)

Citation preview

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

TEKS UCAPAN GURU BESAR SK. HJ. IDRIS SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG, SEKOLAH KEBANGSAAN HJ. IDRIS PADA 2 JULAI 2008 JAM 9.00 PAGI

� م �س� ـم�ـن� الله� ب � الر�ح� ي�م وصحـبه أله على و والمرسـلين األنبـياء أشرف على والسالم والصالة العـلـمين رب لله الحمد الر�ح�أجـمـعين

Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,Pengetua-pengetua, Guru-guru BesarYang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasaPenolong-penolong Kanan, guru-guruDan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur olehPihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG Sek. Keb. Hj Idris.Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasanya kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga mejlis ini berjaya dilaksanakan. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis anugerah cemerlang ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Saban tahun, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak pernah lupa

mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka.

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus ‘memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘menerima’. Selain insan yang sering memberi cahaya itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Dato’ Azhar Mansor, Datuk Sharifah Mazlina dan Dato’ Syeikh Muzzaffar sendiri melalui pelbagai kesukaran dalam usaha menjelajah dunia dan meneroka angkasa! Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan sebagai waris.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan

pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran dan pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru kepada saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan/puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Insya’Allah.Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Haji Idris pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Bukan jauh terlerai jodoh,Mengapa menderu kenangan lebaran;Bersatu teguh bercerai roboh,Harapan dibahu buat kejayaan.

Saudara/Saudari Pengacara Majlis,Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahin bin Dato’ Haji Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, Merangkap Yang Dipertua PIBG SMK Manir,Yang di Hormati En. Ariffin bin Ali, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Kurikulum, Teknik dan Vokasional,Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru Cemerlang, guru-guru, para ibu bapa seterusnya pelajar-pelajar yang diraikan sekalian.Saya ingin merafakkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang sekali lagi untuk bersama-sama Tuan-tuan, Puan-puan serta hadirin dan hadirat sekalian daalam majlis yang penuh bersejarah kepada seluruh warga SMK manir pada pagi ini. Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ kerana sudi hadir bagi merasmikan majlis kita pada pagi ini.Tuan-tuan dan Puan-puan, SMK Manir telah dirasmikan pada 30 Julai 1986 oleh YAB Menteri Besar Terengganu, dan telah diketuai oleh 10 orang pengetua sebelum ini. Saya merupakan pengetua ke-11 dan mula bertugas pada 1 Feb 2012. Bilangan murid sehingga kini ialah seramai 1502 orang selepas seramai 150 orang murid ke SMK Jeram pada awal Januari yang lepas, iaitu murid-murid Tingkatan 2 dan 4. Kita juga mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PKI) dengan seramai 29 orang pelajar. Bilangan guru pula seramai 135 orang dan staf bukan guru seramai 21 orang. Yang Berhormat Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan,Tahniah saya ucapkan kepada warga SMK Manir atas kecemerlangan yang telah dicapai dalam peperiksaan awam baru-baru ini. Berdasarkan keputusan PMR 2011 seramai 2 orang calon memperoleh 9A dan 8A semua mata pelajaran, iaitu Nor Hayatun Rahimah binti Rosli dan Nur Arina Diyana binti Padelah Shaimi. Sementara seramai 40 orang calon mendapat keputusan sekurang-kurangnya 4A. Keputusan Lulus Penuh Mata Pelajaran juga meningkat iaitu 54.77%, dengan Gred Purata Sekolah 3.12 berbanding 46.39% pada tahun 2010. Sebanyak 5 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan peratusan iaitu Kemahiran Hidup KMT, Kemahiran Hidup ERT, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan Sejarah.Bagi SPM 2011 pula, kita juga telah mencatatkan peningkatan kelulusan Layak Mendapat Sijil iaitu 95% berbanding 91.1% pada tahun 2010. Hanya 16 orang pelajar sahaja yang Tidak Layak SPM, dan calon yang mendapat 5 Kepujian ialah 54.7% berbanding 51.6% pada tahun sebelumnya. Calon yang lulus semua mata pelajaran meningkat sebanyak 43.5% berbanding 37.9% pada tahun sebelumnya. Gred Purata Sekolah Sekolah bagi SPM 2011 ialah 5.91 berbanding 6.02 pada tahun 2010. Sebanyak 10 mata pelajaran yang mencatatkan kelulusan 100% iaitu Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan

Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Seni Visual, Fizik, Pengetahuan Sains Sukan, Menservis Motosikal dan Biologi. Manakala sebanyak 8 mata pelajaran menunujukkan peningkatan kelulusan iaitu Bahasa Melayu, Sains, Matematik Tambahan, Pendidikan Islam, Sejarah, Bahasa Inggeris, Lukisan Kejuruteraan dan Ekonomi Asas.Tahniah dan syabas kepada 4 orang murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011 iaitu Muhammad Hafiz bin Hussin (9A 2B), Nor Atikah binti Ramli (9A 2B), Fatin Nor Amalina Othman (8A 1B), dan Nurul Maisarah binti Mustaffa (8A 3B).Seterusnya bagi STPM 2011 pula, sebanyak 45% pelajar telah mencatatkan keputusan 4P, 18.33% bagi 3P, 11.67% bagi 2P dan 16.67% bagi 1P. Gred Purata Sekolah pala ialah 2.10 dengan sebanyak 91.67% Lulus Penuh. Tahniah kepada pelajar terbaik STPM 2011 iaitu Wan Ahmad Amiruddin bin Wan Mohamad yang telah mencatatkan 3.42 NGMP. Beberapa mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan dari segi peratusan iaitu Pendidikan Seni Visual 3, Geografi, Sejarah 2, Ekonomi, Bahasa Malaysia 1 dan MUET.Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua pelajar-pelajar cemerlang yang telah mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan awam baru-baru ini.Tuan-tuan dan hadirin hadirat sekalian, Saya bersyukur kerana pelbagai program yang telah dijalankan iaitu pembestarian PMR, SPM dan STPM dengan memberi fokus kepada aktiviti kecemerlangan akademik seperti MBMMBI (Memperkasa Bahasa Melayu, Mempertingkatkan Bahasa Inggeris, Kem-kem Bestari, Tautan Kasih, Solat Hajat Perdana, Temu Murni dan Akujanji Pelajar telah memberi impak yang positif dalam merealisasikan kejayaan para pelajar. Namun, program-program-program ini akan diperkasakan lagi dengan program-program Sahsiah, Disiplin dan Kokurikulum yang akan dan sedang dijalankan sekarang seperti;Sahsiah- Bacaan al-Quran dan Tazkiran Pagi- Solat Hajat- Solat Berjemaah- Sambutan Maulidurrasul- Orientasi T1, T4 dan T6- Kem Bestari Solat- Kem Imam Muda- Program Penghayatan Ramadhan

- Hala Tuju SPM- Qiamulail- Program Sekolah Penyayang- Kem Kepimpinan Dakwah- Kem Bina InsanDisiplin- Buku Peraturan Sekolah- Pertemuan Ibu Bapa- Bimbingan Kaunseling- Memujuk Pelajar Ponteng- Program Bersama Pelajar Perempuan- Penampilan Diri Kemas dan Berdisiplin- Bulan Disiplin- Minggu Anti-dadahKokurikulum- Kejohanan Merentas Desa- Kejohanan Olahraga- 1Murid 1Sukan- Minggu Kokurikulum- Hari Koperasi Sekolah- Perkhemahan Unit BeruniformTuan-tuan dan Puan-puan sekalian,Saya amat berbangga kerana sekolah ini telah meraih beberapa kejayaan, antaranya mengekalkan kejuaraan Lorong Anti-dadah Sekolah Menengah peringkat negeri Terengganu, Pengurusan Kantin Terbaik dan beberapa anugerah lain dalam bidang sukan dan kokurikulum. Tahniah kepada Muhamad Muslim bin Yusof kerana dipilih sebagai Tokoh Khas Kokurikulum Sekolah pada tahun 2011 kerana berjaya mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan olahraga. Kita berharap agar sekolah ini dapat mengekalkan kegemilangan yang telah dicipta.Hadirin dan hadirat sekalian,Saya juga berbesar hati memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar bagi merapatkan jurang

pendidikan selaras dengan agenda utama dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar. Bantuan persekolahan yang disediakan mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekoalh dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Sejumlah RM20,092.28 telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada setiap murid sekolah menengah iaitu dari Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sejumlah RM18,799.50 dan dari Kerajaan Negeri melalui Program Anjung Ilmu iaitu sebanyak RM1292.78 bagi seorang murid. Peruntukan-peruntukan ini disediakan sama ada berbentuk biasiswa seperti Biasiswa Kelas Persediaan Universiti, BKP, Skim Pinjaman Buku Teks, Bantuan Pakaian Seragam Sekolah, Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Baucar Buku 1Malaysia dan sebagainya. Peruntukan yang besar daripada kerajaan ini diharapkan dapat menjana kecemerlangan pendidikan di negara kita selaras dengan cita-cita negara bagi melahirkan pelajar-pelajar dan modal insan yang mampu memartabatkan nama negara di persada antarabangsa. Diharapkan agar tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi galakan dan semangat kepada anak-anak kita untuk terus maju jaya memandangkan kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar bagi menjamin kecemerlangan mereka.Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,Saya bagi pihak sekolah juga amat berbesar hati mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ kerana sudi memberi sumbangan untuk kecemerlangan sekolah kita. Antara sumbangan terbaru ialah Hadiah Kecemerlangan Dato’ Mohd Said, iaitu memberi penghargaan berbentuk wang tunai kepada pelajar yang telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam. Pada kali ini, ucapan tahniah perlu kita berikan kepada penerima sulung anugerah ini iaitu, Muhammad Hafiz bin Hussin, Nor Atikah binti Ramli, Fatin Nor Amalina binti Othman dan Nurul Maisarah binti Mustaffa, yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011. Diharapkan Hadiah Kecemerlangan Dato’ Mohd Said ini dapat menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar ini untuk terus berjaya dengan cemerlang, seterusnya juga dapat memberi dorongan kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik.Hadirin dan hadirat sekalian,Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang padu daripada semua guru dan warga sekolah yang sanggup menggalas tugas dengan penuh komitmen bagi kecemerlangan pelajar umumnya. Harapan saya agar sekolah kita mampu terus menjana kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Harapan saya untuk kecemerlangan di sekolah ini ialah;- Memperkasakan kualiti komitmen kerja pendidikan dan persekolahan bagi melonjakkan pendidikan dan persekolahan- Komitmen, kejujuran dan keikhlasan dalam kalangan warga sekolah

- Memperkasa permuafakatan dalam organisasi melalui kerjasama yang erat dalam kalangan warga sekolah serta ibu bapa- Semua guru perlu fokus kepada visi dan tanggungjawab untuk membangunkan sekolah sebagai sekolah pilihan masyarakat- Melahirkan murid cemerlang akademik, sahsiah, dan kokurikulum- Fokus gred kepada minimum C serta penguasaan semua subjek- Guru dapat melakukan anjakan paradigm bagi merealisasikan sasaran sekolah- Membudaya dan memperkasa kajian tindakan di dalam bilik darjah- Pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di sekolahSaya juga berasa sungguh bertuah kerana mempunyai barisan PIBG yang prihatin dengan pembangunan pendidikan anak-anak di sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dato’ selaku YDP PIBG sekolah ini yang sentiasa memastikan dan mengambil cakna terhadap kecemerlangan pelajar. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Begitu juga kepada para guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-anak kita. Wajarlah hari ini pihak sekolah memberi penghargaan atas usaha dan penat lelah mereka. Diharapkan anugerah ini terus membakar semangat masing-masing untuk terus maju jaya. Pihak sekolah juga terhutang budi kepada Yang Berhormat Dato’ dan barisan PIBG yang lain dan kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Pohon sirih pohon selasih,Tumbuh merimbun di hujung laman;Kalungan budi junjungan kasih,Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Terima kasih.

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Teks ini saya buat untuk Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah saya. Bolehlah buat panduan bagi sesiapa yang ditugaskan menjadi pengacara majlis.. Bukanlah bagus sangat.. tapi bolehlah.. cuma edit lah untuk kesesuaian.

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPBS 2010

Mengumumkan ketibaan pegawai Jabatan Pelajaran Perlis Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.Pagi yang indah penuh ceria.hari yang berbahagia penuh bermaknakita raikan,Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.PerlisYang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.Guru-guru SKPBS, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010. Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan

saya Puan Noranizah Omar, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,Majlis dibuka penuh rahmatNya,Mohon keberkatan serta hidayah,Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) atas ucapan tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2010. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan JPN )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKPBS yang bertajuk “Kitaran Hidup Rama-Rama”. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah Rokiah Binti Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Pra sekolah;Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang, sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Tempat pertama: Hanis Idayu binti. HasharTempat kedua : Nur Anis Shahida binti HarizanTempat ketiga : Nur Ain Hidayah binti. Mohd. Fauzi

Kelas 1 ARIF Tempat pertama: Intan Syazwani binti. NordinTempat kedua : Amisha binti. JapperiTempat ketiga : Bashirah Balqis binti. Hamdan

Kelas 1 BESTARITempat pertama: 1. Muhammad Haiqal Furqan b.RoslyTempat kedua : Nur Fatin Nadirah binti. AznanTempat ketiga : Amirul Hafiz b. Hamizan

Kelas 2 ARIFTempat pertama: Aisyah Humaira binti. SyaharTempat kedua : Muhd. Adha Ashraffi b. Mohd.Arif

Tempat ketiga : Fatin Athirah binti.Mohd.Tarmizi

Kelas 2 BESTARITempat pertama: Muhd.Asyraf b. Abd. AzizTempat kedua : Muhd. Aqil b. HerwandiTempat ketiga : Nor Syazwan Fikri b. Abdul Raman

Kelas 3 ARIFTempat pertama: Farah Adibah binti.Mohd. TarmiziTempat kedua : Fathin Nadia binti. JamilTempat ketiga : Nurmisha Maisarah binti. Yazid

Kelas 3 BESTARITempat pertama: Siti Nur Alia Natasha binti. JafriTempat kedua : Ana Natsha binti. Amir HamzahTempat ketiga : Muhd.Daniel b.Mohd. Norsham

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:Murid Tahun 1:NurBalqisSyazwani binti.Norhisyam (BM Pmhman, Pen Muzik)Intan Syazwani binti. Nordin (BM Pmhman, Bm Penulisan, BIng, Sains P.Agama Islam)Intan Juliana binti. Johari(BM Penulisan, PJK)Danish Daniel b. Zambri (BM pemahaman, Matematik)Muhd.Haiqal Furqan b.Rosly (BM penulisan)Muhd.Hanif b.Nordin (BM penulisan)Muhd.Hairi b. Abd.Rahman (BM penulisan)Nurul Najihah binti.Rahimi(BM penulisan)Amisha binti. Japperi(BM penulisan, Bahasa Arab) Ain Nur Fitrah binti.Nabillah (BM penulisan)Suraya Mohd Fazli (PJK)

Tahun 2Fatin Athirah binti. Md.Tarmizi (BM Pemhman, BI, Sains ,P. Muzik)Nurul Natasha binti Zainon(BM Penulisan, B. Arab)Aisyah Humaira binti. Syahar(BM penulisan, BI, Matematik.

Aisyah Humaira binti. Syahar (BM Penulisan, BI, Matematik)Nur Anisha binti.ShafeqMohamad (B.Ing)Hidayah binti. Hashim (P. Agama Islam, PJK)Mohd.Adha Ashraffi b.Mohd Arif (P agama Islam, Pend Muzik)Muhd.Danial Haikal b. Norpendi (P.muzik)

Tahun 3Farah Adibah binti.Md.Tarmizi (BM Pemahaman, BI, Matematik)Nurmisha Maisarah binti.Yazid (BM Pemahaman, B. Arab)Fathin Nadia binti. Jamil (BM Penulisan, Sains, Pend Muzik)Muhd.Iffan b. Ahmad Basri (P. Agama Islam)NurAqilah binti. Azman (PJK)Nuraina Shafika binti Rahmad (P.Muzik)

(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~) Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Hassan B Hashim kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha PuanHajjah Rokiah Bt Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) bagi menyempurnakan agenda.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hassan B Hashim .Dengan ini majlis berhenti rehat . Yg BerusahaTuan Haji Hassan B Hashim diiringi oleh Puan Guru Besar, Pen Kanan 1, PK Hem dan semua guru ke kantin untuk menjamu selera. Warga dewan dan majlis rehat selama 20 minit. Warga dewan dikehendaki masuk semula pada ...................................................

**************(rehat)

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nasyid yang bertajuk “Damai Yang Hilang” Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun 5 Arif, di bawah bimbingan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.

Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati,Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang’ Sekolah KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal 11 November 2010, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah seterusnya. Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu “Mini Konvokesyen”. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal persekolahan ialah :

********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian sijil itu tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis,Singgah bersantai di tepi jeti,Persembahan menyusul memeriahkan majlis,Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh murid tahun 6 di bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk lagu yang akan dipersembahan ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan rekoder)

Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua bagi tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud untuk menyempurnakan majlis.

(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Kelas 4 ArifTempat pertama: Intan Suraya bt. JohariTempat kedua : Muhd.Redza b. Mohd. RodziTempat ketiga : Nurshafini bt. Zainol

Kelas 4 BestariTempat pertama: Hanesya Hezanea bt. HafifiTempat kedua : Muhd. Faizal B. AbdullahTempat ketiga : Muhd.Asyraf b. Mohd. Zamberi

Kelas 5 ArifTempat pertama: Nurul Nasuha bt. Nazri Tempat kedua : Nursyazwani bt. ShahidanTempat ketiga : Siti Aishah bt. Hakimi

Kelas 5 BestariTempat pertama: Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. WahabTempat kedua : Nur Hidayah bt. YusnizalTempat ketiga : Noor Atikah bt. Noor Shahidin

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:Tahun 4:

Nur Atikah bt. Yusof (BM Pemahaman)Intan Suraya bt. Johari(BM Penulisan, PJK, Pen. Muzik)Nur Athirah Nadira bt Norpendi( BM penulisan, Pend Agama Islam, B Arab, PSKW)Ain Nur Nadira bt. Shurizan ((B. Inggeris)Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan ( Sains, Matematik)Nur Azlin bt. Azizan (PSKW)

Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KH,idup K. Tempatan)Muhd. Nur Afifi b. Roslan (KHidup)Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KHidup, K. Tmptan)Aiman Hakim b. Jaafar(K. Tmptan)

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun :Tahun 5:

NurSyazwani bt. Shahidan( BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains, Pen Agama Islam, Pjk, Pskw)

Nurul Nasuha bt. Nazri (B.I, Pend Agama Islam, Pjk, Pend Muzik, Pskw, K. Hidup, K.tmptan)

Siti Aishah bt. Hakimi (Pend. Islam)Nur Shahirah bt. Halim (PJK)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik mengikut kelas dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran bagi murid tahun 6. Majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). untuk menyempurnakan majlis diiringi oleh Puan Hajjah Rokiah Bt. Ismail guru besar SKPBS.

(4)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 6.Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelasKelas 6 ArifTempat pertama: Muhd. Alif Ajwad b. Azis Tempat kedua : Nur Nasha Najeeha bt. RozainTempat ketiga : Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri Kelas 6 Bestari

Tempat pertama: Siti Nur Asyura bt. Nazri Tempat kedua : Nurul Shafika bt. NorhanTempat ketiga : Noor Earliza bt. Ismail

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun Tahun 6:Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri (BM Pmhman. Pend Agama Islam, PJK, K. Tmptan)Muhd. Alif Ajwad b. Azis (BM Penulisan, Matematik, Sains, PJK, Pskw)Nur Nasha Najeeha bt. Rozain (BI, Matematik,PJK, K. Hidup)Muhd.Zaki Zamani b. Zakaria (P. Islam)NurJazmina bt. Mohd. Fazli (P. Islam, PJK)Nor Shafira Idris (Muzik , PJK)

Berikut ialah murid yang mendapat markah tertinggi dalam m/ pljrn PJK:

Nur Farhana bt. RahimiJunaidah Juliza Farahana bt. JantanNur Diyana bt. Amiral YahsubiAin Nur Iman bt. ShurizanNur Affika bt. ZabreeNur Awatif bt. AzizanSiti Haida Amira bt. MazriNur Aiyani bt. SidikNur Zetty Farhanim bt. ZambriNur Shahira SharifNur Hidayah bt. NordinHanif b. Abd. WahabIzman Arif b. AzizanRafiziamirun b. SazaliMuhd. Farif Aiman b.YusofMohd Saiful Nizam B. Rosli.

Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SKPBS, Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg diberikan dengan pemberian sijil. Bagi penerima sijil penghargaan tersebut ialah:

*************(Lampiran)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG SKPBS atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar alunan lagu nasyid yang bertajuk “Keluarga Bahagia”. Kumpulan nasyid ini juga adalah pimpinan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Majlis mempersilakan.

**************(Persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Warga dewan sekalian, Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain. Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini berbesar hati mempersilakan Pn Hajjah Rokiah B. Ismail guru besar SKPBS untuk tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid).Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid

Ketua Pengawas – Muhd. Alif Ajwad b. azisPen. Ketua Pengawas - Nur Nasha Najeeha bt. Rozain

Ketua Pengawas Perpustakaan – Hanif b. abd. WahabPen. Ketua Pengawas Perpustakaan - Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi

Tokoh NILAM Tahap 1 – Farah Adibah bt. Mohd. TarmiziTahap 2 – Nur Edryana Alyssa bt. Zaidi

Kecemerlangan UPKK - Muhd. Alif Ajwad b. Azis Hadirin sekalian,

Pada tahun 2009, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mengharumkan nama sekolah. Murid ini juga telah berjaya mendapat tempat belajar yang selesa iaitu di Sek. Men Sains Tuanku Syed Putra. Dijemput Siti Norizah bt Salahudin Khan tampil ke atas pentas. Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan diperolehi pada masa depan

Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan dalam bidang sukan dan permainan.

Di jemput Rafiziamirun b. Sazali Adik Rafiziamirun telah menyertai bola sepak dan lompat tinggi di peringkat daerah. Manakala bagi peringkat sekolah pula Rafizi menyertai bola tampar, sepak takraw, lompat pagar dan lari 4X2oom.

Dijemput Noor Earliza bt. Ismail . Noor Earliza telah menyertai lontar peluru mewakili negeri manakala bolatampar, bola jarring, bola baling, lari 100m, 4x100m, 4x 200m dan lompat tinggi bagi peringkat sekolah.

Di jemput Nur Nasha Najeeha bt. Rozain. Nur Nasha Najeeha telah menunjukkan prestasi yang konsisten dari tahun 1 hingga tahun 6

Penerima Hadiah Kedatangan Penuh.Prasekolah – Hanis Idayu bt. Hashar2 Arif - Muhd. Danial Haikal b. Norpendi2 Bestari - Muhd. Asyraf b. Abd. Aziz4 Arif - Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan- Nur Athirah Nadhira bt. Norpendi5 Arif - Hazwani bt. Halim- Nur Husnina bt. Hassan5 Bestari - Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab6 Arif - Muhd. Farif Aiman b. yusof- Nur Awatif bt. Azizan- Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi- Nur Nasha Najeeha bt. Rozain- Nor Shafira bt. Idris6 Bestari - NorKhairul Azman b. Zailani- Farah Nur Fakhira bt. Rozali

Murid ini ialah anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang tinggal di Kpg Kurung Tengar.Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang surirumah. Seorang anak yang baik, taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah menjadi harapan keluarga dan sememangnya beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda lagi.

Murid ini sering mendapat tempat pertama dalam kelas bermula dari tahun 1 hinggalah kini.Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran, kuiz agama,…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Murid yang sentiasa mengukirkan senyuman walaupun sedang dimarahi oleh guru.Memandang wajah dan mengajar murid ini membuatkan guru ingin mengajar 1000 tahun lagi.Beliau telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan UPKK tahun 2009. Beliau juga menyandang jawatan ketua pengawas . Murid yang yang dimaksudkan dan dinobatkan sebagai tokoh murid bagi tahun 2010 ialah Muhammad Alif Ajwad B. Azis. Dijemput Muhd Alif Ajwad B. Azis bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas untuk menerima cenderahati dan sijil daripada pihak sekolah.

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang lain...insyaAllah

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,Majlis anugerah telah disempurnakan,Sekalung penghargaan kami hulurkan,Segulung tahniah kami ucapkan....

Pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini, guru besar Pn Hajjah Rokiah B. Ismail berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada semua staf SKPBS 2010. Justeru, adalah menjadi harapan supaya semua staf dan warga pendidik sekolah ini menjadikan penghargaan ini sebagai tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri sendiri dan seterusnya kepada para pelajar untuk prestasi dan melonjakkan kecemerlangan SKPBS.

*************lampiran Senarai Nama Guru dan Staff.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat

Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patahBanyak kain tidak berjahitKalau ada silap dan salahJangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik..................

TEKS PENGACARAANMAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

Ke pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah,Majlis bermula tirai dibuka,Dengan Alunan madah yang indah.

- Hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

- Terima kasih.

- Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sireh berlipat sireh pinang,Sireh dari pulau Mutiara,Pemanis Kata Selamat Datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

الرحيم الرحمن الله بسم ..اجمعين وصحبه اله وعلى والمرسلين األنبياء اشرف على والسالم والصالة, العالمين رب لله الحمد ..

- Yang Berusaha , En Zailani bin Hashim, Yang Dipertua PIBG SK Taiping ,

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar, En Mohd Noor Rashid bin Youb.

Guru- guru Penolong Kanan, Guru-guru , Ajk-Ajk PIBG, ibubapa , para pelajar yang diraikan serta hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian.

Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali,Selamat Datang kami ucapkanMoga diiringi restu Illahi.

Melati kuntum berhias rotan,Tumbuh melata di tepi kali,Anugerah Cemerlang 2009 ,Murid-murid bertuah kita hargai

Garam ada kicap pun ada,Sayang lada terlupa bagi,Pantun ada ucapan pun ada,Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa,Sepuluh jari kami menadah,,Mohon berkat Yang Maha Esa.

Doa dibaca amin disebut,

Keberkatan majlis sentiasa diharapkan,Ustaz Azmi kami menjemput,Sudilah Tuan tampil ke hadapan

· Syukran Jazilan Ya Ustaz_________________________________________________

Sudilah tuan jalan berlapan,Jalan berlapan di malam kelam,Sudilah tuan beri ucapan ,Kata aluan pemanis kalam.

Si burung unta duduk sekawan,Duduk teratur di atas papan,YDP PIBG kami alukan ,Dijemput En Zailani memberi Ucapan.

· Dipersilakan

Duduk sekawan gadis jelita,Buat Santapan untuk pahlawan,Tampillah tuan kami meminta,Madah ucapan kata aluan

Tanah terbiar tidak bertuan,Berpagar teguh tidak berpapan,Tuan Guru Besar menjadi tumpuanPersilakan tuan memberi ucapan

_________________________________________________

Farisya dan Aimi harapan kami,Pandai mengacara tak pernah mengalah,Acara seterusnya kami mulai,

Penyampaian hadiah dan juga anugerah.

Berkebaya batik berwarna merah,Diserikan dengan permata berlian,Tibalah masa penyampaian anugerahPenerima teruja menunggu giliran

En Zailani selalu disebut,Bila ketawa tampak meriah,Bukan jemput sebarang jemput,Memohon YDP menyampaikan hadiah.

· Dipersilakan......

- Penyampaian Hadiah Tahap 1Kedudukan dalam kelas dan Mata Pelajaran Terbaik.

- Penyampaian Hadiah Tahap 2Kedudukan dalam kelas dan Mata Pelajaran Terbaik.

· Terima kasih kepada En Zailani............._________________________________________________

PPD di sana SKT di sini,Laluan guru setiap pagi,Anugerah seterusnya menanti kini,Di jemput ___________ wakil PPD.

@

Keluk tumbuh pohon kuini,Kuini dari Indragiri,Anugerah seterusnya menanti kini,Dijemput Guru Besar tampilkan diri.

* Dipersilakan

- Penyampaian Hadiah murid-murid yang memperolehi 4A, 3A, 2A, 1A dalam UPSR._______________________________________________PERASMIAN PENUTUP

- Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Mohammad Zahir bin Dato’ Hj Abdul Khalid, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak merangkap ADUN Kamunting.

- Koir 1 Malaysia

Melihat tuan terkelu lidah,Menjadi sejarah satu kenanganOrang dinanti berkunjung sudah,Selamat datang kami ucapkan.

- Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

- Yang Berhormat, Mohammad Zahir bin Dato’ Hj Abdul Khalid, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak merangkap ADUN Kamunting.

Gembira mereka menerima hadiah,Lagak gayanya menjulang piala,Anugerah cemerlang berlangsung sudah,Kini menanti kemuncaknya pula.

Bukan rumpun sebarang rumpun,Rumput dihias bersama papan,Bukan jemput sebarang jemput,Guru besar dijemput memberi ucapan.

· Dipersilakan

Buah langsat di tepi busut,Mari dimuat di dalam peti,Besar hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati.

Tuan berbudi tidak terperiHulurkan madah kata perasmiYB Mohammad Zahir kami segani,Kesudian YB kami hargai.

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami,Kepada tuan mandat diberi,Mohon rasmikan penutupan majlis kami.

· Dipersilakan· Terima kasih diucapkan. ( pantun terima kasih )

________________________________________________

Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati,Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,Penerima-penerimanya sabar menanti

Hadiah diatur tampak kemas,YB dijemput bertambah meriahTampillah YB ke atas pentas,Menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

· Dipersilakan

- Penyampaian Anugerah kepada murid- yang memperolehi 5A dalam UPSR- Penyampaian Anugerah Khas

Di atas dahan burung tempua,Berkicau-kicauan bertegur siapa,Tanda ingatan kami semuaWarga SKT jangan dilupa.

Jasamu guru sentiasa dikenang,Pujian diberi bukan gurauan,Pn Azizah guru penyayang,Dijemput ke pentas menerima penghargaan.

· Dipersilakan

- Sekarang, dijemput __________________________ untuk menerima cenderamata sebagai tanda terima kasih dari kami warga SK Taiping .

- Seterusnya, dijemput Tuan Guru Besar Sk Taiping untuk menyampaikan cenderamata kepada YB Muhammad Zahir bin Hj Abdul Khalid sebagai tanda Terima Kasih dari kami warga SK Taiping di atas kesudian Yang Berhormat hadir untuk bersama-sama meraikan majlis pada hari ini.Terima kasih diucapkan...

_________________________________________________

Burung kelicap makan padi,Padi datang dari Medan,Perut kini sudah berbunyiTibalah masa untuk santapan.

Lemak rasanya si buah pinang,Buat menjamu paduka raja,Makanan lazat sudah terhidang,Marilah kita menjamu selera.

Dari kedah ke bandar Perlis,Singgah bersantai di tepi jeti,

Persembahan menyusul memeriahkan majlis,Semoga hadirin terhibur di hati.

· Dipersilakan.......

Kalau tuan pikat merpati,Jangan patahkan batang jeramiTerima kasih murid-murid SKTPersembahan kalian menghiburkan kami.

Subur padi Allah kurnia,Hidup mula di dalam air,Sudah menjadi lumrah dunia,Setiap yang bermula akan berakhir.

Bunga seroja di atas para ,Jatuh ditimpa buah berangan,Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke pekan sari,Beli suasa di Kota Tinggi,Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi.

Semua hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu negaraku.

Akhir kata .....kami sudahi dengan wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Dicatat oleh SK TAIPING di 11:29 PTG