View
241
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PENDAPAT TENTANG
FONOLOGI
• Bidang yang menentukan
sistem bunyi satu-satu bahasa
dengan berdasarkan jenis-jenis
bunyi sama ada bunyi itu
distingtif atau tidak distingtif.
Nik Hassan
Basri Nik Ab
Kadir
(2005:39)
• Bidang fonologi yang
mengkaji sistem bunyi yang
tertentu dalam pertuturan,
khusus bagi sesuatu bahasa.
Raminah Hji
Sabran dan
Rahim Syam
(1985)
• Fonologi bermaksud sistem
bunyi di mana setiap bahasa di
dunia ini mempunyai sistem
bunyi atau fonologi sesuatu
bahasa itu mencakupi aspek
seperti sebutan, tekanan dan
aliran ucapan.
Abdul
Aziz
Abdul
Talib
• Fonologi merupakan bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi bahasa
secara am menggunakan kriteria-
kriteria linguistik untuk
pembahagian dan penjenisan
bahan-bahan yang dikutip dalam
bidang fonetik.
Siti Hajar
Hj Abdul
Aziz
FONOLOGI
Phone
(bunyi bahasa)
Logic
(ilmu
pengetahuan)
Phonology
(cabang ilmu
bahasa yang
meneliti bunyi-
bunyi bahasa
yang diucapkan
oleh manusia dan
fungsinya dalam
sistem bunyi
bahasa.)
DEFINISI LAIN
Kamus
Linguistik
(1997:76)
• Cabang linguistik yang mengkaji
bunyi bunyi bahasa dan fungsinya di
dalam sistem bunyi bahasa.
Bertujuan untuk menunjukkan pola
bunyi distingtif di dalam sesuatu
bahasa.
Kamus
Dewan Edisi
Keempat
(2005:39)
• Kajian tentang bunyi
sebutan dalam sesuatu
bahasa.
FONEMIK
Fonemik ialah salah satu cabang yang
menganalisis sistem sesuatu bahasa secara
sinkronik, iaitu pada sesuatu masa tertentu. Tujuan
kajian ialah untuk mengenal pasti fonem-fonem
dalam sesuatu masa tertentu. Tujuan kajian ialah
untuk mengenal sistem ejaan atau tulisan bagi
bahasa tersebut.
Menurut Kamus Linguistik (1997:75) fonemik ialah
cabang fonologi yang menitikberatkan analisis
sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik,
khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan,
berbanding dengan fonologi diakronik atau sejarah
(fonematik).
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:414) pula
memdefinisikan fonemik sebagai yang berkenaan
fonem atau kajian linguistik tentang fonem.
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2005:39) pula
mengatakan bahawa fonemik ialah ilmu yang
mempunyai kaitan yang erat dengan bidang fonetik
kerana kedua-duanya mengkaji bunyi-bunyi bahasa.
Bidang ini bertugas untuk menganalisis data-data
bunyi yang dikumpul oleh bidang fonetik untuk
mengkelaskan satu fonem.
Kamus linguistik : pengkajian tentang bunyi yang dihasilkan oleh manusia, bunyi bahasa, bunyi
bukan bahasa dan bunyi pinggiran danpengkajian itu memberikan lambang fonetik
untuk bunyi-bunyi tersebut
Kamus dewan edisi keempat : ilmubahasa yang berkaitan denganpenyebutan dan lambang yang
menunjukkan sebutannya
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir : ilmuyang mengkaji segala bunyi bahasa dan
memberi lambang-lambangfonetikyang dilyulis dalam kurungan []
The world book of dictionary : the body of speech sounds of any
one language, and their relation to one another
Kamus linguistik : ilmu yang menyelidiki penghasilan,
penyampaian danpenerimaan bunyi bahasa
Marsono : ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi
bahasa tanpa melihat fungsibunyi itu sebagai pembeza
makna dalam sesuatu bahasa
W. Bright (International Encyclopediaof
Linguistics) : the study of the physical characteristic of human speech sounds
Abdullah Hassan : fonetik amnya ialahpengkajian terhadapunsur-unsur dalam
bentuk bunyi
Fonetik Dan Fonologi Bahasa
Melayu
Bidang pengajian yang melibatkan pengkajianterhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyibahasa dalam BM
Meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi dihasilkan
Contohnya : vokal , konsonan , diftong ,
FONEMKamus linguistik : unit terkecil abstrak yang membezakan makna
Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir : unit bunyi yang terkecil membezakan makna dan dilihat pada
pasangan minimal
Paitoon M. Chaiyanara : gabungan ciri distingtif artikulasi danakustik bagi sesuatu bunyi .
Alofon�Berdasarkan Kamus Linguistik (1997:9) alofon atau
allophone ialah kelainan bunyi yang merupakan anggota
daripada satu fonem.
� Persekitaran yang saling melengkapi atau dalam
keadaan kelainan bebas yang menentukan kedudukan
bunyi tersebut.
� Misalnya, bunyi /k/ dan / Ɂ/ dikatakan alofon yang
saling melengkapi dalam /kokoɁ/ kokok.
� Bunyi /k/ tidak boleh berada dibahagian akhir contoh
tersebut.
�Bunyi /a/ dan /ə/ pula dikatakan dalam keadaan
kelainan bebas iaitu:Papaya : /papaja/ atau Papaya : /pəpaja/
Sambungan…
�Pada lingkungan tertentu bunyi /a/ dan /ə/
dalam contoh berikut tidak mengubah makna.
�Paitoon M. Chaiyanara (2006:108)
mentakrifkan alofon sebagai unsur bunyi yang
memiliki ciri-ciri fonetik tambahan khusus.
�Beliau menambah lagi, fonem-fonem
konsonan letupan dalam bahasa Melayu
memiliki alofon seperti yang berikut:
�1. Fonem /p/ memiliki dua alofon iaitu /p/
dan /p>/
�2. Fonem /t/ memiliki dua alofon, iaitu /t/
dan /t>/
�3. Fonem /k/ memiliki dua alofon, iaitu /k/
dan / Ɂ>/ atau /k>/
�4. Fonem / Ɂ/ memiliki dua alofon, iaitu /
Ɂ/
�5. Fonem /b/ memiliki dua alofon, iaitu /b/
�6. Fonem /d/ memiliki dua alofon, iaitu /d/
�7. Fonem /g/ memiliki dua alofon, iaitu /g/
�Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik
Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) pula alofon
ialah anggota daripada satu fonem.
� Alofon juga merupakan kelainan bunyi
antara satu sama lain tetapi masih tergolong
di dalam satu fonem.
�Perkara ini disebabkan akibat terpengaruh
oleh bunyi tertentu sama ada yang sebelum
atau selepas daripadanya.
a) Dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa alofon kerana
pengaruh oleh bunyi di sekitarnya.
Misalnya : fonem /k/
i) /k/ : /kiri/
ii)/kw/ atau /wk/ : [#kwuda#] atau [#wkuda#]
iii) / Ɂ/ : /kakaɁ/
b) Bunyi yang bervariasi bebas
� bunyi-bunyi itu walaupun berbeza dalam perkataan tertentu
tetapi tidak membawa makna yang berbeza atau dalam erti
kata lain maknanya tetap sama
Misalnya : /faham/ dengan /paham/
/agama/, /ugama/ dan /igama/
Pasangan Minimal
�Kamus Linguistik (1997:172) mendefinisikan pasangan
minimal sebagai dua butir linguistik yang hanya berbeza
pada satu unit.
� Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan
Basri Nik Ab Kadir (2012) pasangan minimal ialah
pasangan terkecil perkataan, iaitu pasangan perkataan
yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara
menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi wujud
perbezaan fonem yang membezakan makna antara
perkataan tersebut.
Pasangan
Minimal
Transkripsi
Fonetik
paku baku [#pawku#] [#bawku#]
bila bela [#bila#] [#bela#]
bawang bayang [#bawaŋ#] [#bajaŋ#]
Bervariasi Bebas
�Menurut Kamus Linguistik (1997:124) kelainan bebas
atau free variation, free alternant, facultative variant
ialah keadaan hadirnya dua unsur linguistik atau lebih
dalam lingkungan yang sama tanpa membezakan makna.
BERVARIASI BEBAS
�Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hasssan
Basri Nik Ab Kadir bervariasi bebas ialah istilah yang
digunakan bagi dua bunyi yang berbeza secara fonetik
yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan
dan bunyi itu boleh saling berganti antara satu sama lain
tetapi tidak membezakan makna.
�Misalnya, /fikir/ dengan /pikir/, /eloɁ/ dengan /εloɁ/
dan /oraŋ/ dengan /ɔraŋ/
Beralternasi bebas
�Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan
Basri Nik Ab Kadir (2012) beralternasi bebas ialah
istilah yang digunakan bagi bunyi yang sudah
bertaraf fonem, tetapi tidak boleh digunakan secara
bertukar ganti dalam perkataan tertentu pada
lingkungan yang sama.
�Beralternasi bebas tidak membezakan makna.
�Misalnya, fonem /a/,/i/ dan /u/ yang hadir pada
perkataan : /agama/, /ugama/ dan /igama/ (tetapi
tidak membezakan makna.)
SALING MELENGKAPI
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik
Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) istilah saling
melengkapi juga dikenali sebagai distribusi
komplementar , iaitu lingkungan atau tempat
yang dihadiri (diisi) oleh satu anggota bunyi
daripada satu- satu fonem dan lingkungan atau
tempat itu tidak boleh dihadiri (diisi) oleh
anggota bunyi yang lain daripada fonem yang
sama dalam perkataan.
Hal ini bermakna , bunyi tersebut mempunyai
tempat (lingkungan) tertentu yang boleh
dihadiri atau dilengkapinya.
Contohnya , bunyi /k/ dalam perkataan kakak
/#kakaʔ#/ [#kakaʔ#] . Bunyi /k/ boleh hadir
hanya pada awal suku kata (koda) , manakala
bunyi /ʔ/ pula boleh hadir pada lingkungan
akhir suku kata (onset) sahaja.
Tulisan Rumi Transkripsi Fonemik Transkripsi Fonetik
bengkok /#benkoʔ#/ [#benwkoʔ#]
bengkak /#bengkaʔ#/ [#bengkaʔ#]
kanak – kanak /#kanaʔ kanaʔ#/ [#kanaʔ Kanaʔ#]
pokok /#pokoʔ#/ [#pokoʔ#]
pekak /#pekaʔ#/ [#pekaʔ#]
songkok /#songkoʔ#/ [#songkoʔ#]
Kehadiran bunyi /k/ dan /ʔ/ pada tempat tertentu ini boleh terdapat
dalam banyak perkataan lain dalam bahasa Melayu.Misalnya :
Oleh sebab tempat atau lingkungan yang boleh
diisi oleh /k/ dan /ʔ/ ialah tempat yang
tertentu sahaja , maka bunyi /k/ dan /ʔ/
dikatakan saling melengkapi .
Oleh hal yang demikian , bunyi /k/ dan /ʔ/
ialah alofon – alofon kepada fonem /k/ .
KESAMAAN FONETIS
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan
Basri Nik Ab Kadir (2012) kesamaan fonetis
merupakan satu kaedah atau kriteria yang
digunakan untuk menentukan sama ada bunyi –
bunyi itu merupakan alofon – alofon kepada satu
fonem.
Kaedah lain untuk menentukan alofon – alofon
kepada satu fonem ialah saling melengkapi
(distribusi komplementar) seperti yang dihuraikan
di atas .
Bunyi kesamaan fonetis ialah bunyi yang
mempunyai sifat fonetis yang sama.Bunyi
kesamaan fonetis ini boleh terjadi dengan
cara bunyi tertentu yang mendapat
pengaruh artikulasi tambahan
(koartikulasi) seperti :
→ pembibiran
→ penyegauan (penasalan)
→ pengelelangitkerasan
→ pengglotisan
Contohnya bunyi [k] dengan bunyi [wk] atau
[kw] (/k/ yang mendapat pengaruh
pembibiran) yang terdapat pada perkataan
kawan /#kawan #/ [#kawan#] dan buku
/#buku#/ [#wbuwku#] merupakan bunyi yang
mempunyai kesamaan fonetis ([k] , dan [wk]).
Oleh hal yang demikian , [k] dan [wk] ialah
alofon kepada fonem yang sama , iaitu /k/ .
Begitu juga dengan vocal [a] dalam perkataan
dalam /#dalam#/ [#dalam#] dan [ã] sengauan
(nasalisasi) dalam perkataan malam
/#malam#/ [#malam#] juga merupakan bunyi
yang mempunyai kesamaan fonetis ([a] yang
pertama merupakan vokal biasa sedangkan
vokal [ã] yang satu lagi adalah sengauan).
Oleh itu , bunyi [a] biasa dan bunyi [ã] yang
disengaukan itu dikatakn bunyi yang
mempunyai kesamaan fonetis.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat juga bunyi yang
mempunyai kesamaan fonetis misalnya bunyi /p/ yang
mendapat pengaruh koartikulasi hembusan seperti dalam
perkataan /#pen#/ [# phen #] mempunyai kesamaan
fonetis dengan /p/ yang tidak dihembus , yang berada
pada akhir kata dalam perkataan top /#top#/ [# wtop #].
Oleh hal yang demikian , bunyi [ph] (yang mengiringi
oleh hembusan ) dengan [p] (yang tidak dihembuskan )
ialah alofon- alofon kepada fonem /p/.
VOKAL RANGKAP
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan
Basri Nik Abdul Kadir (2012) fonem vokal rangkap
atau dikenali juga sebagai deretan vokal ialah
fonem yang hadir berturut – turut dalam satu –
satu perkataan .
Fonem vokal rangkap ini berbeza dengan
diftong . Vokal rangkap ialah vokal penuh yang
diucapkan secara sepenuhnya tiap – tiap satu
dalam perkataan.Contohnya ,
Tulisan Rumi Transkripsi Fonemik Transkripsi Fonetik
dia /#dia#/ [#dija#]
kuih /#kueh#/ [#wkuweh#]
cuit /#čuit#/ [#wčuwit#]
bau /#bau#/ [#bahu#]
jauh /#ǰauh#/ [#ǰahuh#]
kaum /#kaum#/ [#kaʔum#]
lauk /#lauʔ#/ [#laʔuʔ#]
Sedangkan diftong ialah dua vokal yang hadir
berturut – turut dalam perkataan tetapi cara
penghasilan diftong itu berbeza .
Diftong dihasilkan dengan cara satu vocal
diucapkan sepenuhnya sedangkan yang satu lagi
diucapkan separuh sahaja.
Kaedah menghasilkan diftong pula melibatkan
berlakunya geluncuran .
Hal ini bermakna semasa menghasilkan bunyi
vokal penuh , kedudukan lidah kemudiaannya
berubah dan geluncur kepada bunyi vokal lain.
Misalnya :
Tulisan Rumi Transkripsi Fonemik Transkripsi Fonetik
amboi
/#amboi#/ [#ʔamwboĭ#]
sampai /#sampai#/ [#sampaĭ#]
kerbau /#kerbau#/ [#kerbaȗ#]
FONEM KONSONAN RANGKAP
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik
Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2012) fonem
konsonan rangkap ialah dua konsonan yang hadir
berturutan dalam satu perkataan .
Konsonan rangkap tidak terdapat dalam bahasa
Melayu jati kecuali dalam kata – kata pinjaman
dalam bahasa Jawa dan bahasa Inggeris .
Dalam perkataan Inggeris , terdapat
banyak perkataan yang memakai
fonem konsonan rangkap
ini.Antaranya perkataan creep ,
clock, cloth , bring , brief , steep dan
stop.
Konsonan rangkap dalam bahasa
Melayu terdapat dalam perkataan -
perkataan pinjaman yang dipinjam
daripada bahasa Jawa dan Inggeris
seperti blok , draf , drama , prihatin ,
proses , projek dan sebagainya.
Recommended