View
198
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
Kerja kursus ini ialah tentang labu sayong di malaysia
Citation preview
SEJARAH 21/2
KERJA KURSUS
Nama Calon :__________________________________________________
Tingkatan : __________________________________________________
Nombor Kad Pengenalan : __________________________________________________
Angka Giliran : __________________________________________________
Nama dan Alamat Sekolah : __________________________________________________
Tajuk Kerja Kursus : __________________________________________________
Nama Guru : __________________________________________________
Skor:-
Elemen Markah
Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah
Elemen 2 Merekod fakta sejarah
Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian
_________________
(Tandatangan Guru)
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, Kerja Kursus
Sejarah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan folio ini saya mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.
Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua
Sekolah Menengah La Salle kerana telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada
saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang berkaitan dengan “Kegiatan
Ekonomi Tradisional Di Malaysia”. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah
yang turut sama membantu saya menyempurnakan folio saya ini.
Seterusnya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada
Guru Mata Pelajaran Sejarah saya iaitu Puan Hartini Harun kerana telah memberi bimbingan
dan teguran yang sangat berharga semasa saya membuat kerja kursus ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan dari kelas 3 Rigel yang turut
sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan folio
ini seperti yang telah ditetapkan.
Saya juga amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya telah memberikan bantuan
daripada segi kewangan dan buah fikiran kepada saya apabila saya memerlukan mereka.
Sekian, terima kasih.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah kerana objektif-objektif berikut:
(a) Mengenal pasti kepentingan produk buatan Malaysia.
- Mengetahui kepentingan dan kebaikan tentang produk buatan Malaysia terutamanya
pada bidang ekonomi.
(b) Menerangkan unsur patriotisme dan nilai-nilai murni dalam kajian.
- Memupuk semangat cinta akan bangsa dan negara ketika menjalani kajian tersebut.
(c) Menghuraikan konsep perniagaan produk buatan Malaysia.
- Mengetahui cara-cara dan langkah-langkah membuat produk labu sayong Malaysia yang
berkualiti tinggi.
(d) Membuat promosi untuk menggalakkan rakyat supaya banyak membeli barangan buatan
Malaysia.
- Menggalakkan masyarakat supaya banyak membeli barangan buatan Malaysia.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan
ekonomi tradisional Malaysia.
(a) Mengunjungi Perpustakaan
Saya telah mengambil sumber asal usul labu sayong dari akhbar Utusan online. Setelah
membaca, saya mendapati maklumat tentang labu sayong.
(b) Melayari Internet
Saya telah melayari Internet dan mencari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian.
Saya juga telah berjaya mendapatkan maklumat daripada laman web seperti Wikipedia,
Google, Yahoo dan sebagainya. Laman web tersebut amat membantu saya dalam kajian
saya. Melalui Internet, saya telah mendapat banyak maklumat untuk dijadikan rujukan
bagi kajian saya.
(c) Menemu Ramah
Saya telah menemu bual dengan pekerja labu sayong iaitu Encik Lu Kien Chee. Orang
sumber tersebut telah memberikan maklumat dan bantuan yang besar ketika saya
menjalankan kajian saya tentang kegiatan ekonomi tradisional Malaysia.
HASIL KAJIAN
Maklumat Asas Produk Tempatan:
i. Nama produk
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah Labu Sayong. Pengusaha ini
kebanyakannya menghasilkan labu air iaitu gelugur dan panai.
ii. Kategori : Kraf tangan
Produk tempatan yang dikaji ialah Kraf tangan Labu Sayong.
iii. Nama pengusaha / syarikat / status hak milik
Produk Labu Sayong ini telah diusahakan oleh Encik Lu Kien Chee. Beliau telah
mewarisi perusahaan datuk dan nenek beliau ketika berusia 50 tahun sehingga
sekarang, 2013. Encik Lu Kien Chee merupakan pemilik tunggal perusahaan Labu
Sayong memandangkan isteri beliau telah meninggal dunia.
iv. Lokasi
Lokasi kajian ini telah dijalankan di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar,
Perak
LATAR BELAKANG
i. Pengenalan
Labu Sayong ialah sejenis tembikar yang merupakan produk perusahaan di Kampung
Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. Perusahaan Labu Sayong berasal dari Kampung
Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. Sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas
diperolehi daripada kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di
kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala
Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir
dengan teliti. Terdapat pelbagai bentuk yang dihasilkan antaranya labu leper, labu bocong,
labu tela, labu pucung, labu panai dan sebagainya. Ragam hiasnya pula, banyak menjurus
kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, bunga cakar
ayam, senduduk, bunga lawang, bunga cengkih dan pucuk rebung.
ii. Sejarah Kewujudan
Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang
datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan
salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah
dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai
kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar.
Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk
kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini.
Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong
bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga
menggunakannya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu
Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut
membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.
iii. Tujuan/kepentingan produk
Pelbagai tujuan dan kepentingan produk telah saya dapati setelah mengkaji tajuk ini.
Antara kepentingannya ialah Labu Sayong sering digunakan sebagai bekas menyimpan air
sewaktu menziarahi tanah perkuburan.
Selain itu, produk ini juga digunakan sebagai perhiasan di dalam dan luar rumah.
Dengan ini, rumah akan kelihatan lebih cantik. Hal ini juga dapat menarik perhatian tetamu
yang hadir ke rumah.
Akhir sekali, produk ini dapat menjadi tempat penyimpanan air. Air yang telah
dimasukkan ke dalam Labu Sayong ini akan berasa sejuk dan segar untuk diminum.
iv. Keistimewaan/kelebihan/keunikan
Produk ini juga mempunyai banyak keistimewaan, kelebihan dan keunikannya.
Antaranya ialah produk ini dapat menyejukkan air dan dapat menyegarkan air tersebut.
Selain itu , air yang telah disimpan di dalam Labu Sayong juga dikatakan mempunyai
kesegaran dan khasiat tertentu yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit seperti batuk,
demam panas dan sebagainya.
KAEDAH/ CARA PENGHASILAN
i. Tenaga Kerja
Setelah menemu bual bersama pengusaha produk, saya dapati bahawa produk ini
dapat dilakukan secara individu ataupun berkumpulan. Pengusaha mengupah tiga orang
pekerja untuk membantu beliau. Di samping itu, untuk meluaskan pasaran, kerja secara
berkumpulan akan menjimatkan masa.
Terdapat juga pihak yang menggunakan bantuan mesin. Hal ini dapat memudahkan
lagi pembuat Labu Sayong dan dapat menyiapkannya dalam jangka masa yang pendek.
ii. Senarai Bahan
Antara bahan yang digunakan dalam pembuatan Labu Sayong ini adalah medium
utama iaitu tanah yang terdapat di Daerah Sayong. Tanah yang sesuai ialah tanah yang
berada kira-kira satu kaki dari permukaan tanah. Tanah yang sering digunakan tanah dari
jenis tanah liat yang lembut. Terdapat dua jenis tanah liat yang boleh digunakan iaitu tanah
yang berwarna kelabu dan tanah yang berwarna kuning kemerah-merahan. Kebiasaannya
tanah liat jenis ini mudah didapati di tebing-tebing sungai, terutamanya di perdu pokok atau
busut.
Selain itu, air juga digunakan untuk membancuh tanah. Sodium berkarbonat
digunakan supaya tanah yang dicampur air tidak melekat pada acuan.
iii. Senarai peralatan
Peralatan – peralatan yang digunakan untuk membuat Labu Sayong ini ialah sekeping
papan empat persegi 30.48 cm x 12.7 cm tebal dan rata. Ia digunakan untuk membentuk dan
mencantum tanah liat yang diuli sewaktu proses membuat bentuk tembikar.
Selain itu, beberapa batang pisau diperbuat daripada buluh atau kayu digunakan untuk
memotong tanah liat. Kayu-kayu penepek digunakan untuk memampat tanah dan labu yang
masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.
Beberapa alat pengukir yang diperbuat daripada dawai dan besi yang telah ditajamkan
pada bahagian hujungnya digunakan. Semua alat ini digunakan untuk membuat ragam hias.
Alat untuk membuat corak juga dikenali sebagai stamping.
Batu sungai atau batu luru digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.
Tempurung atau mangkuk untuk bekas air bagi membasahkan tanah liat kental. Pinggan ayan
dan daun pisang sebagai tapak untuk membentuk labu sayong juga digunakan. Pinggan ayan
ini berfungsi sebagai roda pemutar.
iv. Proses / peringkat penghasilan
Proses menyediakan tanah
Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak
dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-ketul batu yang ada.
Setelah nyata bersih, tanah itu diuli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan
ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara.
Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.
Proses membentuk
Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik
inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.
Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang
masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan
diletakkan di atas pinggan.
Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan
untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh
digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula
digunakan untuk memampatkan badan labu.
Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup
bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.
Proses menghias
Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu
luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan
menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk
dibakar.
Proses membakar
Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan
menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa
kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.
Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun
kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan
untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke
dalam unggun api.
Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna
hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar
untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan
sebelum digunakan.
PERKEMBANGAN PRODUK
i. Pengiktirafan / sambutan daripada pengguna / penghargaan
Produk ini mendapat pengiktirafan dan sambutan daripada pengguna oleh orang
ramai. Ramai pengunjung yang datang dari jauh hanya semata-semata untuk melihat cara
penghasilan labu sayong ini. Terdapat juga beberapa orang yang datang untuk pelajari teknik
dan cara-cara membuat labu sayong dan menginap di rumah pengusaha selama sebulan
semata-mata ingin belajar membuat labu sayong.
Setiap kali mereka melihat, mereka pasti akan kagum dan secara tidak langsung
mereka akan membeli sebagai tanda kenangan ataupun kegunaan mereka sendiri.
Selain itu, terdapat juga beberapa organisasi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan
yang berkunjung dan membuat lawatan ke tapak pembuatan Labu Sayong untuk mengkaji
serba sedikit tentang latar belakang Labu Sayong.
ii. Kemajuan yang dicapai
Labu Sayong terkenal di seluruh Malaysia. Ini merupakan satu kemajuan yang dicapai
dengan baik sekali.
Selain itu, produk ini menjadi salah satu kraf tangan tradisional yang dikagumi oleh
orang luar. Di samping itu, produk Labu Sayong telah berjaya dipasarkan ke peringkat
antarabangsa.
iii. Cabaran dan masalah yang dihadapi
Antara cabaran dan masalah yang dihadapi ialah proses pembuatannya yang agak
rumit dan menyukarkan pengusahanya.
Masalah pasti terjadi ketika hari hujan. Tempoh yang diambil untuk membuat labu
sayong agak panjang berbanding hari biasa apabila berlakunya hujan. Produk ini juga
memerlukan ketelitian dan ketekunan serta kesabaran yang amat mendalam dalam
pembuatannya. Seterusnya, cara lain mengatasi masalah ini ialah membuat sebanyak
mungkin sebelum hujan datang.
Selain itu, ada juga pelanggan yang menempah produk dalam kuntiti yang banyak
tetapi tidak mengambil tempahan pada masa yang telah dijanjikan. Hal ini dapat merugikan
pengusaha.
iv. Potensi produk
Produk akan berpotensi dengan lebih menyerlah pada masa akan datang sekiranya
diteruskan oleh generasi kini.
Selain itu, produk ini akan menjadi produk kebanggaan negara dan dapat
mengagumkan pelancong luar dengan keseniannya.
Di samping itu, pembuat-pembuat labu sayong akan lebih bangga sekiranya produk
penghasilan mereka mendapat penghargaan daripada kerajaan.
RUMUSAN
Projek kerja kursus ini telah memberi banyak manfaat dan faedah kepada saya. Salah
satunya mengajar saya tentang hubungan kekeluargaan merupakan aspek penting dalam
kehidupan kita. Bukan sahaja untuk diri kita tetapi juga untuk masyarakat dan negara.
Projek ini juga memberi peluang kepada saya mengetahui banyak perkara penting
tentang ibu, bapa dan adik-beradik saya. Saya dapat mengenali keluarga saya dengan lebih
rapat lagi.
Selain itu, pengkajian kerja kursus ini telah memberikan pengalaman yang berbeza
seperti dapat bersosial dan mengenali dengan lebih mesra lagi. Projek ini telah mendedahkan
diri saya kepada sikap bertoleransi sesama sendiri, bekerjasama dan berdisiplin tinggi.
Setelah saya siapkan folio sejarah ini, saya dapati Labu Sayong adalah sebuah kraf
tangan yang terkenal di seluruh dunia dan turut mengajar saya mengenali kraf tangan ini.
Ramai orang yang tidak berminat dengan pekerjaan pembuatan Labu Sayong kerana
ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ianya juga menguji kesabaran dan
ketelitian si pembuat. Generasi kini lebih meminati pekerjaan yang mudah yang tidak
memerlukan melalui pelbagai proses untuk disiapkan atau yang mengambil masa yang lama.
Labu Sayong ini juga dapat memberi kesan positif kepada negara. Dengan adanya
keunikan kraf tangan ini, pelancong asing dapat menilai kehebatan produk kraf tangan
Malaysia yang kaya dengan keunikannya yang tersendiri.
Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak
Kayu-kayu penepek Alat pengukir: stamping
Batu luru Pinggan ayan
Proses menyediakan tanah
Proses membentuk Proses menghias
Proses membakar
Giovanni: Selamat pagi, pak cik. Nama saya Giovanni.
Encik Lu: Selamat pagi, Giovanni. Apakah tujuan kamu mencari saya?
Giovanni: Saya nak bertemu ramah dengan kamu tentang labu sayong yang kamu sedang
membuat. Bolehkah kamu bertemu ramah untuk menyiapkan kerja kursus
saya?
Encik Lu: Boleh. Teruskan.
Giovanni: Apa yang membuatkan anda menjadi berminat membuat labu sayong?
Encik Lu: Saya berminat membuat labu sayong ni kerana ia adalah tekstur yang menarik
dan berwarna-warni.
Giovanni: Tadi apa yang kamu berkata, saya juga membayangkan labu sayong adalah
kraf buatan tangan yang cantik.
Encik Lu: Ya, ia memang cantik.
Giovanni: Kamu dan pekerja lain adakah menghadapi masalah membuat labu sayong
apabila kamu pertama kali bekerja di sini?
Encik Lu: Kami memang ada menghadapi masalah ialah cuaca yang buruk seperti hujan.
Kami takut hujan sebab ini akan melambatkan proses membuat labu sayong
dan sahamnya akan mengurangkan.
Giovanni: Encik, macam mana kamu mengatasi masalah tersebut?
Encik Lu: Kami ada dua cara mengatasi masalah ini. Satu ialah kami bersabar menunggu
hujan berhenti. Yang kedua ialah kami perlu untuk menonton ramalan cuaca.
Oleh kerana itu, kami boleh membuat labu sayong sebanyak mungkin sebelum
hujan datang. Ini akan mengekalkan sahamnya.
Giovanni: Macam keadaan menjual labu sayong dulu sehingga sekarang?
Encik Lu: Keadaan dulu kritikal dan industri kami hampir bankrap. Selepas kami
berbincang macam mana kami menyelamatkan industri, jualan labu sayong
perlahan-lahan meningkat.
Giovanni: Baik, ini ialah soalan yang terakhir. Beberapa kamu buat labu sayong setiap
hari dan apakah pendapatan kamu sebulan?
Encik Lu: Labu sayong hanya perlu satu hari masa untuk disiapkan pada hari
bermatahari. Oleh kerana itu, kami membuat labu sayong lebih kurang 12
setiap hari. Walaupun sekarang jualan tidak tinggi tetapi pendapatan saya
sebulan ialah RM2500 sebulan.
Giovanni: Baik, encik. Sampai sinilah temu ramah kita. Ribuan terima kasih untuk
bertemu ramah dengan saya!
Encik Lu: Sama-sama, semoga berjaya dalam kerja kursus kamu!
Rujukan
Internet
Labu sayong, http://ms.wikipedia.org/wiki/Labu_sayong
Sejarah labu sayong, http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/ictic/labu/sejarah.html
Orang sumber
Lu Kien Chee, 50 tahun, No 65, Taman Tasik, Penampang, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Akhbar
Utusan Malaysia, 31 March 2012
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2012&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_02.html
Melawat Tempat Kajian
Kampung Kepala Bendang, No 55, Kampung Lembah Kepala Bendang Mukim Sayong,
33020, Kuala Kangsar, Perak.
Elemen 1
Tajuk: Fakta kegiatan ekonomi tradisional Melayu
Senarai Semak
Bil. Sumber Tandakan ( / )
i Buku ilmah
ii Jurnal
iii Akhbar
iv Majalah
v Orang Sumber
vi Melawat tempat kajian
vii Internet
viii Televisyen
ix Radio
x VCD/DVD
xi Sumber lain
Markah
_________________
(Tandatangan Guru)
Bahagian depan kawasan kajian
Elemen 2
Tajuk: Rekod tentang kraf tangan tradisional Melayu labu sayong
Senarai Semak
Bil Perkara Tandakan ( / )
i Tajuk kajian
ii Senarai kandungan
iii Penghargaan
iv Objektif kajian
v Kaedah kajian
vi Hasil kajian
vii Rumusan
viii Lampiran
ix Rujukan
Markah
_________________
(Tandatangan Guru)
Recommended