View
10.054
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1 | P a g e
Psv3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN
PENIDIKAN SENI VISUAL
1. PEMERHATIAN SECARA AKTIF
Lukisan pemandangan di kawasan perkampungan
Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,
berfokus, terperinci serta dapat menajamkan persepsi murid. Pemerhatian secara
aktif ini memperkembangkan deria penglihatan dan melibatkan pancaindera lain
melalui kajian perbandingan. Hal ini membantu meningkatkan perkembangan emosi
dan imaginasi. Peningkatan kefahaman mengenai asas seni visual juga dapat
dikembangkan melalui kaedah ini. Pemerhatian secara aktif sangat diperlukan oleh
murid contohnya dalam bidang menggambar. Semua pancaindera terlibat semasa
menggambar sesuatu berdasarkan imagnasi masing-masing ke atas sesuatu tema
yang diberikan oleh guru.
2 | P a g e
1.1 Bidang menggambar
Dua teknik dalam bidang menggambar yang memerlukan pemerhatian secara
aktif ialan teknik lukisan dan teknik cetakan. Teknik yang dipilih ini akan membawa
murid untuk meneroka bidang menggambar. Hasil pembelajaran yang dapat
diperolehi ialah murid dapat menggambarkan dengan menggunakan
pemerhatiannya secara aktif dan dapat menghasilkan gambar dengan
menggunakan teknik secara kreatif melaui penerokaan.
Teknik lukisan memerlukan murid membuat pemerhatian secara aktif supaya
lukisan yang dihasilkan dapat menjadi lukisan yang kreatif dan kritis. Semasa
melukis murid juga dapat mengembangkan aspek psikomotor seperti tangan dan
jari. Selain itu , bidang ini juga dapat memperkembangkan deria lihat terhadap
persekitaran dan boleh melahirkan berbagai perasaan seperti gembira, suka,
selesa, sedih dan sebagainya.
Apabila kita mengaplikasi teknik lukisan dalam aktiviti seni, secara tidak
langsung murid akan mudah peka terhadap perkara yang berada di
persekitarannya. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru boleh menjalankan
aktiviti teknik lukisan seperti melukis pemandangan di desa.
Hasil lukisan murid sekolah rendah
3 | P a g e
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru boleh mempamerkan
beberapa contoh lukisan menarik yang telah dihasilkan oleh murid-murid kelas lain
bagi menghasilkan lukisan sebagaimana yang dikehendaki. Oleh itu, murid-murid
dikehendaki menghasilkan lukisan pemandangan di desa melalui pemerhatian
secara aktif, berfokus dan terperinci .
Teknik Cetakan
Teknik cetakan merupakan teknik yang memerlukan pemerhatian secara aktif dalam
bidang menggambar kerana ia menggunakan media alam semulajdi. Keistimewaan
cetakan ini ialah ia mampu menghasilkan banyak ember karya yang serupa dan
semua hasil karya cetakan itu dianggap asli. Cetakan pada awalnya digunakan untuk
pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada
abad ke 15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.
i) Cetakan timbulan:
Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih
dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino,
potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.
ii) Cetakan benam:
Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.
Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.
Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
4 | P a g e
iii) Cetakan planograf:
Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Dikenali juga sebagai litografi.
Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air dan ia menggunakan blok batu
kapur. Apabila dihasilkan ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.
iv) Cetakan stencil (sarigrafi):
Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. Imej terhasil melalui
potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. Sekuji digunakan untuk
menyapu dakwat di atas skrin pemidang.
Murid akan menggunakan semua deria dan melakukan pemerhatian secara aktif
terhadap apa yang mereka mahu perhatikan. Dengan melakukan pemerhatian, murid
akan dapat berimaginasi dan menggambar apakah bentuk cetekan yang akan mereka
hasilkan nanti.
Contoh hasil cetakan menggunakan buah-buahan yang sudah dipotong
5 | P a g e
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru akan membawa beberapa jenis
bunga seperti bunga matahari dan bunga raya. Murid dikehendaki membuat
pemerhatian secara aktif terhadap bentuk bunga-bunga tersebut untuk menghasilkan
cetekan berbentuk bunga. Murid diberi batang pelepah pisang,ubi kentang, kacang
bendi dan bawang untuk membuat cetakan. Pemerhatian secara aktif berlaku sekiranya
murid berjaya menghasilkan cetakan berbentuk bunga yang telah diarahkan oleh guru.
1.2 Bidang Membuat Corak dan Rekaan
Dalam bidang membuat corak dan rekaan pula, pemerhatian secara aktif
diperlukan supaya sebuah cork dan rekaan dapat dihasilkan mengikut contoh yang
telah ditentukan. Semasa membuat corak dan rekaan, semua pancaindera terlibat
seperti mata untuk memerhatikan contoh dan tangan untuk melakukan corak serta
rekaan tersebut. Antara teknik dalam membuat corak dan rekaan ialah kolaj dan catan.
Teknik kolaj dan catan
Teknik ini merupakan corak terancang. Kolaj bermakna potong, koyak, gunting,
gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-
kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej
seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu
komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang
berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi
artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan
daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara ‘superimpose’ di
antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar
bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
6 | P a g e
Contoh hasil kerja teknik kolaj
Teknik kolaj juga memerlukan pemerhatian yang aktif sebelum melakukannya
dan murid hendaklah memerhatikan contoh yang ditunjukkan oleh guru sebelum
membuat kolaj untuk gambar tersebut. Semasa membuat kolaj, murid akan merasai
secara konkrit bagi endapatkan imej mental. Sebagai contoh, semasa sesi P&P, guru
mengedar gambar pelbagai haiwan yang mereka kenali di daratan atau lautan dan
murid dikehendaki membuat pemerhatian secara terperinci melalui gambar tersebut.
Hal ini kerana, pemerhatian yang aktif dapat memberi gambaran yang jelas
sebelum proses kolaj dilakukan. Selepas pemerhatian dilakukan, murid dikehendaki
melukis haiwan tersebut,menggunting kertas warna mengikut warna haiwan kepada
cebisan yang kecil dan menampal cebisan kertas warna tadi di dalam lukisan haiwan
tersebut.
Dalam bidang ini, teknik catan juga memerlukan murid membuat pemerhatian
secara aktif kerana ia merupakan teknik yang memerlukan murid melaksanakan proses
menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Selain itu,ia juga bersifat
dua dimensi yang biasanya diwarnakan di atas permukaan pelbagai jenis kertas, kain
atau kanvas.
7 | P a g e
Contoh hasil kolaj yang siap di jalankan
Semasa melakukan teknik catan dalam sesi P&P, guru akan membawa pelbagai
jenis buah-buahan seperti rambutan,limau, pisang dan sebagainya atau bunga-
bungaan. Sebelum menghasilkan catan, murid dikehendaki memerhati bentuk dan
corak pada buah-buahan atau bunga-bungaan tersebut. Selain bentuk dan corak,
warna buah-buahan dan bunga-bungaan tersebut juga perlu dibuat pemerhatian secara
terperinci supaya murid dapat menghasilkan catan berdasarkan buah-buahan atau
bunga-bungaan sebenar yang dibawa oleh guru.
8 | P a g e
1.3 Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai kaitan dengan pemerhatian
secara aktif. Murid menggunakan kesemua deria yang ada dalam membentuk dan
membuat binaan. Antara teknik yang digunakan dalam membentuk dan membuat
binaan ialah teknik mobail dan topeng.
Mobail ialah hasil kerja yang berupa bentuk-bentuk tertentu yang digantung sbagai
perhiasan. Imbangan menjadi factor paling penting semasa menggantung bentuk-
bentuk tersebut. Mobail dapat dibahagikan kepada dua katogeri iaitu mobail lipatan dan
mobail potongan. Semasa teknik mobail dilaksanakan dalam P&P, perkara utama yang
murid perlu lakukan ialah membuat pemerhatian secara aktif terhadap contoh yang
diberikan oleh guru atau melihat persekitaran.
Contoh hasil kerja teknik mobail yang siap dihasilkan
Guru boleh menunjukkan contoh mobail yang telah siap dibuat kepada murid.
Selepas pemerhatian, murid dikehendaki membuat mobail dengan menggunakan
9 | P a g e
kreativiti mereka sendiri. Dalam menghasilkan mobail, murid dikehendaki melukis
gambar pelbagai jenis binatang seperti rama-rama dan sebagainya. Kemudian mereka
mewarna da menggunting bentuk gambar yang telah siap. Melalui pemerhatian secara
aktif, mereka juga dikehendaki membuat lubang dan menggantung rama-rama tersebut
pada lidi bagi membentuk mobail mengikut contoh yang telah ditunjukkan oleh guru.
Teknik topeng pula merupakan salah satu teknik dalam bidang membentuk dan
membuat binaan yang memerlukan murid membuat pemerhatian secara aktif.
Pemerhatian secara aktif oleh murid amat dititikberatkan kerana jika tidak amat sukar
untuk murid melaksanakan teknik topeng. Dalam P&P teknik topeng, guru akan
menunjukkan contoh wajah haiwan seperti kucing.
Contoh gambar topeng kucing
Murid harus membuat pemerhtian secara aktif dan berfokus terhadap wajah kucing
tersebut. Semasa membuat pemerhatian, murid hendaklah meneliti bentuk, corak,
warna, saiz dan kedudukan setiap anggota yang ada di wajah kucing tersebut seperti
misai,mata,hidung,mulut dan bulu di mukanya. Guru membuat demonstrasi cara
membuat topeng berwajah kucing berdasarkan pemerhatian secara aktif yang
dilakukannya tadi.
10 | P a g e
1.4 Bidang mengenal kraf tradisional.
Dalam bidang ini pemerhatian secara aktif amat diperlukan kerana untuk membuat
sesuatu kraf tradisional, murid hendaklah memerhati dan dapat merasai serba
berimaginasi mengenai sesuatu bayangan kraf. Oleh itu, melalui cara ini, pasti kraf
yang dihasilkan menjadi sangat menarik. Antara teknik yang digunakan dalam bidang
ini ialah teknik anyaman dan perhiasan diri. Dalam teknik anyaman murid hendaklah
membuat pemerhatian secara aktif semasa guru menunjukkan cara-cara membuat
anyaman agar anyaman yang akan mereka hasilkan berjaya.
Teknik anyaman dalam bidang mengenal kraf tradisional merupakan teknik yang
memerlukan pemerhatian secara aktif dan melibatkan semua pancaindera kerana
anyaman akan menjadi sukar jika dilakukan secara tidak serius. Anyaman akan menjadi
cantik jika murid-murid pandai mengayam dan memilih perbezaan warna. Murid dapat
melakukan anyaman dengan baik jika guru menunjukkan contoh dan membimbing
semasa mengayam. Dengan ini, murid hendaklah peka mendengar arahan guru.
Teknik anyaman
Dalam teknik anyaman, semasa P&P murid hendaklah membuat pemerhatian
secara aktif semasa guru membuat demonstrasi mengayam kertas berwarna. Murid
juga harus meneliti contoh jenis-jenis anyaman yang ditunjukkan oleh guru. Selepas
11 | P a g e
pemerhatian dibuat, murid-murid dikehendaki membuat anyaman menggunakan kertas
warna yang disediakan oleh guru mengikut kreaviti masin-masing.
Teknik perhiasan diri dalam bidang mengenal kraf tradisional ialah seperti hiasan
gelang manik. Hiasan gelang memerlukan murid memilih warna manik yang sesuai
untuk dijadikan hiasan diri. Dalam P&P teknik perhiasan diri ini, guru kan menunjukkan
contoh gelang manik yang telah siap mengikut ton, warna dan saiz manik tersebut.
Oleh itu, sebelum murid membentuk hiasan diri, mereka harus membuat pemerhatian
berfokus terhadap contoh gelang manik yang ditunjukkan.
Murid juga dapat merasai dan menggambar bentuk apa yang dihasilkan apabila
sudah membuat pemerhatian secara aktif terhadap contoh gelang tersebut. Selepas
pemerhatian dibuat, murid akan dibekalkan manik, gunting dan tali untuk melaksanakan
teknik perhiasan diri dengan menghasilkan gelang tangan mengikut contoh yang
diberikan.
12 | P a g e
2. INTERAKSI YANG KRITIS DAN KREATIF DENGAN ALAT DAN BAHAN.
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini
akan memperembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Interaksi
yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan mempunyai katan dengan bidang
menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidang memebentuk dan
membuat binaan dan juga bidang mengenal kraf tradissional.
2.1 Bidang Menggambar.
Untuk bidang ini, interaksi yang kreatif dan kritis dengan alat dan bahan amat
digalakkan kepada murid kerana semasa interaksi dengan alat dan bahan, murid
membuat interpretasi dan meyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.
Dengan ini, murid dapat meneroka bidang menggambar. Proses penerokaan murid
mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Teknik
yang dipilih ialah teknik mozek.
Teknik mozek ialah teknik di mana bahan-bahan seperti kepingan kertas, syiling
atau serpihan mozek disusun di atas kertas bagi menggambar corak tertentu.
Teknik mozek dalam P&P memerlukan murid-murid menjalankan interaksi yang
kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Sebagai contoh, guru menyuruh murid
membuat seekor ikan di atas kertas lukisan melalui teknik mozek dengan
menggunakan kepingan kecil kulit majalah dan kertas lukisan secara kreatif dan
kritis. Melalui teknik mozek ini, murid dikehendaki menyusun dan menampal
kepingan kecil kulit majalah di atas kertas lukisan bagi menghasilkan mozek seekor
ikan.
13 | P a g e
Teknik mozek seekor ikan yang dihasilkan oleh murid
Contoh teknik mozek sebiji buah epal
Selain itu, antara teknik yang digunakan adalah teknik gosokan. Kegiatan
gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam
bidang menggambar dan ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk
mempersembahkan suatu hasil kerja seni.
14 | P a g e
Menurut Glosari Seni Lukisan, gosokan bermakna jalinan bentuk atau corak dari
suatu permukaan ke permukaan pada sesuatu permukaan lain dengan cara
menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Ia menjadi
salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Hasil
pembelajaran yng dapat diperoleh ialah murid dapat menggunakan teknik gosokan
dengan menggunakan pelbagai alat bahan dan teknik-teknik yang sesuai melalui
penerokaan secara kreatif.
Teknik gosokan duit syiling
Dalam P&P teknik gosokan, guru akan meyediakan pensel warna kertas
luksan,keingan duit syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen sebagai bahan untuk murid
menjalankan teknik gosokan.
Murid diminta melukis gambar seekor ikan di atas kertas lukisan, kemudian guru
akan memberi kepingan syiling kepada murid. Selepas itu, murid diminta untuk
15 | P a g e
meletakkan kepingan duit syiling di bawah kertas yang mempunyai gambar ikan
dan menggosokkan duit tersebut dengan menggunakan pensel warna.
P&P ini memerlukan murid membuat goosokan dengan pebagai saiz duit syiling
menggunakan pensel warna sehingga memenuhi ruang dalam lukisan ikan.
2.2 Bidang membuat corak dan rekaan.
Dalam bidang ini, kaitannya sangat rapat dalam interaksi yang kreatif dan krtitis
dengan alat dan bahan kerana murid akan berinteraksi dengan alat dan bahan
untuk menghasilkan corak dan rekaan yang lebih menarik.
Teknik yang digunakan ialah teknik lipatan dan guntingan serta teknik kolaj. Hasil
pembelajaran bagi bidang ini ialah untuk menghasilkan kesan corak dengan
menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik. Teknik ini adalah teknik di mana
kertas dilipat kemudian digunting mengikut corak atau motif yang hendak dihasilkan.
Dalam teknik ini murid harus berhati-hati semasa melipat dan menggunting supaya
dapat menghasilkan rupa bentuk atau motif yang cantik dan menarik. Hasil kerja
aktiviti ini biasanya dua atau tiga dimensi. Teknik ini memerlukan interaksi dengan
alat dan bahan untuk menghasilkan corak dan rekaan yang kreatif serta digalakkan
untuk meneroka bagi mendapatkan corak yang kritis. Selain itu juga, ia dapat
mengembangkan psikomotor murid-murid.
16 | P a g e
Contoh hasil guntingan dan lipatan
Dalam sesi P&P, guru boleh menyediakan alat dan bahan seperti kertas warna
dan gunting untuk menjalankan teknik ini. Guru akan menunjukkan contoh corak
lipatan dan guntingan yang telah siap dihasilkan. Selepas itu, guru menerangkan
cara untuk membuat lipatan dan guntingan pada kertas warna untuk menghasilkan
motif berbentuk dua dan tiga dimensi. Seterusnya murid dikehendaki membuat
lipatan dan guntingan untuk menghasilkan pelbagai rupa bentuk dan motif yang
kreatif.
Contoh teknik kolaj rama-rama
17 | P a g e
Selain itu, teknik kolaj juga merupakan satu teknik dalam bidang membuat
corak dan rekaan yang memerlukan murid berinteraksi secara kritis dan kreatif
dengan alat dan bahan. Dalam teknik ini, murid dapat menggunakan idea dan
kreativiti mereka sendiri dalam membuat kolaj yang terbaik menggunakan alat dan
bahan yang disediakan guru. Dalam proses P&P teknik kolaj, guru harus
menyediakan alat dan bahan seperti gunting, kertas warna, kertas, lukisan dan gam
untuk menghasilkan sesuatu kolaj. Guru menunjukkan cara membuat kolaj yang
kreatif menggunakan alat dan bahan yang telah disediakan mengikut contoh yang
diberikan.
2.3 Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai kaitan dengan interaksi yang
kritis dan kreatif dengan alat dan bahan kerana untuk membentuk dan membuat
binaan, murid memerlukan idea yang banyak dan menarik. Hal ini menggalakkan
murid untuk membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan
kreatif dengan menggunakan alat dan bahan sekaligus proses ini dapat
memperkembangkan aspek psikomotor murid-murid. Antara contoh teknik yang
digunakan ialah teknik boneka dan model.
18 | P a g e
Contoh jenis boneka tangan
Untuk teknik boneka, jika murid-murid dapat berinteraksi dengan alat-alat dan
bahan, sudah pasti mereka pakar dalam membentuk dan membuat boneka yang
lebih kreatif dan menarik. Antara contoh boneka ialah boneka ular, arnab, kucing
dan ayam. Dalam sesi P&P teknik boneka, guru boleh menjalankan teknik boneka
menggunakan pelbagai alat dan bahan.
Sebagai contoh, jika guru ingin murid-murid menghasilkan boneka katak, alat
dan bahan seperti gunting, kain pelbagai warna, kapas benang dan jarum hendaklah
disediakan. Untuk menghasilkan boneka katak ini, murid hendaklah berinteraksi
dengan alat dan bahan seperti menjahit mata katak, menggunting dan membentuk
badan katak menggunakan jahitan benang dan meletakkan kapas di dalam badan
katak. Oleh itu interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan angatlah
penting dalam menghasilkan boneka yang menarik.
19 | P a g e
Untuk teknik model, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
sangatlah penting untuk menghasilkan model yang terbaik dan menarik. Antara
contoh model ialah kenderaan, model rumah dan sebagainya. Dalam sesi P&P
teknik modal, guru boleh menyediakan alat dan bahan seperti gunting, tali, kotak,
kertas warna, kad manila dan gam. Murid ditunjukkan contoh model kenderaan
seperti kereta api kepada murid-murid. Guru juga terlebih dulu akan menunjukkan
cara membuat model kepada murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Selepas
itu murid dibekalkan alat dan bahan seterusnya dikehendaki membuat model
kenderaan masing-masing mengikut kreativiti sendiri.
2.4 Bidang mengenal kraf tradisional.
Dalam bidang ini,interaksi yang kritis dan kretif dengan alat bahan dititik
beratkan hal ini kerana untuk menghasilkan sesuatu kraf traditional seperti anyaman
dan batik amat memerlukan manipulasi alat dan bahan kerana kedua-dua contoh
tersebut mempunyai motif kraf yag kompleks. Aspek psikomotor murid juga dapat
berkembang semasa melakukan anyaman dan juga batik. Teknik dalam bidang
mengenai kraf tradisional ialah teknik tembikar dan juga anyaman.
Contoh hasil teknik tembikar
20 | P a g e
Teknik tembikar adalah cara membuat tembikar dengan menggunakan tanah
liat. Guru boleh membawa murid melawat kilang membuat tembikar. Murid diberi
peluang berinteraksi dengan alat dan bahan yang disediakan di kilang tersebut.
Sebagai contoh, alat dan bahan yang digunakan ialah tanah liat dan mesin
pemusing. Semasa membuat tembikar, manipulasi alat seperti alat mesin
pemusing dan juga tangan serta bahan seperti tanah liat bersangkut paut
kerana jika murid-murid tidak mempunyai kemahiran memanipulasi alat dan
bahan, kraf tradisional yang kreatif tidak dapat dihasilkan dalam teknik ini juga
murid harus berhati-hati semasa berinterksi dengan mesin pemusing supaya
dapat menghasilkan badan tembikar yang cantik dan halus permukaannya. Jika
mesin pemusing tiada kerana proses P&P dijalankan di bilik darjah, guru boleh
menggunakan inisiatif lain seperti menyediakan sendiri tanah liat bagi
membentuk tembikar dengan menggunakan alat seperti pisau, pengayak,
pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk, papan gelek, piring,
pisau dan sebagainya. Oleh itu, melalui interaksi pelbagai alat dan bahan ini,
mendapat menghasilkan tembikar yang baik dan menarik.
Dalam teknik anyaman, murid juga perlu memanipulasi alat dan bahan yang
perlu digunakan dalam anyaman. Dalam proses P&P teknik anyaman, guru boleh
menyediakan kertas warna, gunting dan gam untuk menghasilkan anyaman seperti
tikar mengkuang.
Guru akan menunjukkan cara membuat anyaman kepada murid dan murid
harus menghasilkan anyaman melalui contoh yang ditunjukkan oleh guru. Dalam
teknik ini, murid harus menggunakan semua alat dan bahan yang disediakan
supaya proses menganyam dapat dilaksanakan dengan baik. Anyaman yang
menarik dengan motif yang cantik akan terhasil jika murid berinterksi secara kritis
dan kreatif dengan alat dan bahan
21 | P a g e
3. APRESIASI SENI VISUAL SECARA MUDAH
Aapresiasi seni visual memberi pengalamana kepada murid mengenali aspek
seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan
apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil
kerja pula, boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan cerita, lakonan,
nyanyian, karangan dan puisi. Aspek aprisiasi seni visual secara mudah
dikaitkan dengan bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan,
bidang membentuk dan membuat binaan dan juga bidang mengenai kraf
tradisional.
3.1 Bidang menggambar.
Dalam bidang menggambar, aspek-spek aprisiasi dan seni visual secara mudah
dapat memberikan gambaran dan pengalaman tentang aspek pengetahuan seni
visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan
dan fungsi. Murid juga dapat mengenali tokoh-tokoh dalam bidang menggambar
dan menghargai sumbangan mereka.
Teknik yang dapat digunakan dalam aspek apresisi seni visual, secara
mudah dalam bidang menggambar ialah teknik lukisan iaitu membuat
perbandingan dan membincangkan tentang karya pelukis tempatan yang
dipamerkan dan menghargai sumbangan mereka. Sebagai contoh, guru
membawa murid pergi melawat ke galeri seni lukisan yang menempatkan dan
mempamerkan karya-karya lukisan daripada tokoh-tokoh pelukis tempatan yang
terkenal seperti A. Latif Mohideen, Daeng Ariffin, Suzli Ibrahim, Yuen Chee Ling
dan sebagainya.
22 | P a g e
Melalui cara ini, murid-murid secara tidak langsung dapat mengenali tokoh-tokoh
pelukis tempatan yang ada di Malaysia dan menghargai sumbangan mereka
dalam bidang lukisan. Semasa di galeri seni, murid dikehendakai mengumpul
maklumat tentang tokoh-tokoh pelukis dan karya yang dihasilkan dan meneliti
lukisan yang berbentuk imej. Menggunakan media kering atau menggunakan
warna paling sedikit.
Didalam kelas, murid dikehendaki membuat perbandingan dan
membincangkan tentang karya pelukis tempatan yang dipamerkan. Guru boleh
berbincang bersama murid mengenai maksud yang tersirat yang terdapat pada
karya-karya lukisan yang dipamerkan seperti luahan perasaan daripada tokoh
dan sebagainya.
Dalam teknik kolaj, aspek apresiasi seni visul secara mudah dapat
dinyatakan dengan cara nyanyian dalam hal ini, guru menyuruh murid datang ke
hadapan kelas dan menyanyikan sebuah lagu berdasarkan kolaj yang telah
dihasilkan. Sebagai contoh, guru menyuruh murid menghasilkan kolaj bendera
sekolah. Selepas itu, murid diminta datang ke hadapan kelas dengan membawa
kolaj yang telah dihasilkan dan menyanyikan lagu sekolah. Melalui kaedah ini,
murid-murid akan mendapat pengetahuan dan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan. Elain itu, melalui apresiasi seni visual ini,
murid juga akan mendapat pengalaman yang tidak pernah mereka lalui.
3.2 Bidang membuat corak dan rekaan.
Untuk bidang ini, presiasi seni visual secara mudah dapat dibuat melalui hasil
kerja membuat corak dan rekaan yang dihasilkan. Hasil kerja murid dapat
dijadikan sebagai bahan perbincangan. Dari situ akan timbul pelbagai cara untuk
menyampaikan pernyataan tentanghasil kerja seperti dengan cara lisan atau
cerita.
23 | P a g e
Antara teknik yang digunakan ialah teknik lukisan. Dalam teknik ini, guru
meminta murid melukis pelbagai pemandangan seperti pemandangan ditepi
pantai, pemandangn di kaki bukit, pemandangan di sawah padi, pemandangn di
kawasan air terjun dan sebagainya. Melalui teknik ini, murid-murid dapat
mengenali warna-warna asas dalam kehidupan seharian mereka kerana murid
menggunakan pelbagai warna untuk menghasilkan pemandangan tersebut.
Selepas lukisan pemandanggan telah siap, guru meminta setiapa murid datang
ke hadapan kelas dan membawa lukisan pemandangan yang telah dihasilkan.
Seterusnya untuk mengapresiasikan seni visual secara mudah melalui
teknik lukisan tersebut, murid yang datang ke hadapan kelas di minta untuk
menyampaikan pernyataan tentang hasil kerja yang telah dibuat. Mereka di
kehendaki menceritakan jenis apa pemandangan yang telah dihasilkan dan
apakaah keindahan yang terdapat di dalam pemandangan tersebut. Secara tidak
langsung, murid-murid dapat membuat perbandingan dan menyatakan apa yang
dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja mereka.
Melalui teknik catan, murid di kehendaki membuat portfolio melalui
pengumpulan maklumat tentang tokoh-tokok seni catan seeerti Abdullah Ariff,
Yong Mung Seng , dan O. Don Peris. Melalui pengumpulan maklumat tentang
tokoh-tokoh catan tersebut, mereka akan mengkagumi dan menghargai
sumbangana tokoh tersebut dalam bidang membuat corak dan rekaan lukisan
melalui teknik catan.
Selain itu, dalam portfolio tersebut juga, murid harus menyelitkan hasil kerja
catan yang telah dihasilkan. Dengan ini, murid dapat membuat pernyataan hasil
kerja mereka dalam bentuk karangan. Melalui cara ini, ia memberi pengalaman
kepada murid dalam mengenali aspek pengetahuan seni visual dan
kegunaannnya dalam pelbagaai kehidupan dari segi keindahan dan fungsi catan
24 | P a g e
tersebut. Semua ini merupakan aspek pengetahuan seni visual dan bidang
membuat corak dan rekaan melalui teknik catan.
3.3 Bidang membentuk dan membuat binaan.
Aspek apresiasi seni visual secara mudah dapat dilakukan melalui bidang
membentuk dan membuat binaan, melalui bidang ini, teknik yang boleh
digunakan ialah teknik boneka. Dalam hal ini, guru akan menyediakan alat dan
bahan untuk urid menghasilkan bahan boneka. Guru memberi peluang kepada
murid untuk menghasilkan boneka haiwan yang di gemari. Selepas proses
membentuk boneka yang digemari sudah siap, guru akan meminta murid untuk
menyatakan apa yang dilihat dari aspek pengetahuan seni visual dan dari segi
keindahan serta fungsi boneka tersebut.
Murid juga akan menyatakan hasil kerja tersebut melalui cara seperti
berlakon dengan menggunakan boneka. Murid dikehendaki melakonkan watak
melalui boneka yang telah mereka hasilkan. Oleh itu, melalui cara ini secara
tidak langsung aspek pengetahuan dan kegunaannya dapat diterapkan dalam
diri murid melalui teknik boneka.
Teknik seterusnya dalam bidang membentuk dan membuat binaan ialah
teknik origami. Dalam teknik ini, guru mengajar murid membuat origami
binatang seperti angsa, badak, itik, katak, arnab dan burung. Selepas tiu murid-
25 | P a g e
murid dikehendaki memilik satu origami haiwan yang paling disukai berdasarkan
origami haiwan yang telah diajar oleh guru sebentar tadi. Mereka boleh
menggunakan pelbagai kertas warna untuk menghasilkan origami masing-
masing. Selepas selesai membentuk origami haiwan pilihan mereka dikehendaki
membuat satu puisi berkaitan bentuk origmi haiwan tersebut.
Seterusnya, mereka diminta pergi ke hadapan kelas dan membacakan
puisi yang telah dihasilkan sambil memegang origami haiwan tersebut. Melalui
kaedah ini, murid diterapkan keindahan dan fungsi teknik origami itu sendiri.
3.4 Bidang mengenai kraf tradisional.
Dalam bidang ini, apresiasi seni visual secara mudah dapat diberikan melalui
dengan cara mengajar murid mengenali dan menghargai sumbangan tokoh kraf
dan dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan secara
kritis dan kreatif. Antara teknik yang digunakan ialah teknik batik. Guru boleh
mengadakan lawatan ke kilang batik. Contohnya kilang Noor Arfa Batik. Melalui
lawatan ini murid-murid didedahkan cara-cara membuat batik seperti melukis
dan mencetak. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk mencuba sendiri
melukis batik di kilang tersebut. Pada masa ayang sama mereka boleh
mengenali pelukis-pelukis batik yang berkhidmat di kilang tersebut seterusnya
menghargai sumbangan mereka terhadap batik yang dihasilkan. Oleh itu, melalui
26 | P a g e
lawatan ini, guru dapat memberi pengalaman dan pengetahuan tentang teknik
batik yang terdapat dalam bidang kraf tradisional.
Teknik tembikar merupakan teknik yang terdpat dalam bidang mengenal
kraf trdisional. Guru boleh membawa murid-murid ke kilang tembikar Labung
Sayung yang terdapat di Kuala Kangsar, Perak. Melalui lawatan ini, murid boleh
mendapat pengetahuan tentang cara membuat tembikar sekaligus mencuba
membuat tembikar tersebut. Murid-murid juga dikehendaki mendapatkan
maklumat mengenai bentuk-bentuk tembikar yang dihasilkan, fungsi dan
kepentingannya dalam kehidupan seharian untuk dibincangkan ketika berada di
dalam kelas. Selain itu, guru juga boleh memperkenalkan tokoh pembuat
tembikar iaitu Noriah bt Mat Ali yang berasal dari Pahang.
Teknik membentuk tembikar
1. Teknik picit
Dengan menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.
2. Teknik lingkaran .Tanah liat digelek dengan tangan menjadi lingkaran panjang
dan dilingkar membentuk tembikar
3. Teknik acuan . Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of paris
27 | P a g e
dan dibiarkan dalam beberapa minit kmdn lebihan tanah liat di tuang keluar.
4. Teknik putaran . Menggunakan mesin pemutar. Tanah liat diletakkan ke atas
mesin dan dibentukkan semasa mesin berputar.
5. Teknik kepingan
Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip tanah/tanah liat cair untuk
mendapatkan bentuk
Melalui cara ini murid boleh dikehendaki mengumpul maklumat tentang
tokoh seni kraf tembikar dan juga sumbangannya. Oleh itu, kaedah ini boleh
membentuk murid mendapat pengetahuan tentang tembikar dan kegunaanya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan.
Tokoh-tokoh Tembikar
28 | P a g e
1. Puan Hasnah Adnan dan adiknya dari Sayong, Kuala Kangsar.
2. Puan sofia dari Kampung Kepala Bendang
3. Puan Hawa ngah Salam dan adik-beradiknya dari Kampung Baru, Pulau Tiga
4. Hajah Rogayah Saleh dari Pulau tiga, perak
5. Cik Siti Wan kembang dari KampungMambong, Kelantan
6. Ng Lee Huat dari Kuching,Sarawak
7. Mohd. Nooraini alang Othman(Nomadd) dari Kuala Kangsar, Perak.
4. MENGHARGAI NILAI BAIK DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN
29 | P a g e
Dalam seni visual, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek
yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara
dan memulihara alam sekitr, nilai patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini
murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan
semua keadaan. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan terdapat dalam
semua bidang iaitu bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidang
membentuk dan membuat binaan dan juga bidang mengenal kraf tradisisonal.
4.1 Bidang menggambar.
Dalam bidang menggambar menghargai nilai baik dalam semua aspek dapat
diterapkan dalam teknik lukisan dan juga teknik gurisan. Dalam teknik lukisan, guru
mengarahkan murid membuat lukisan mengenai alam semula jadi seperti kehidupan
flora dan fauna. Melalui cara ini murid akan menghayati alam semulajadi dan guru akan
menerapkan nilai baik dalam aspek kehidupan. Sebagai contohnya, murid menghargai
segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupannya. Selain itu guru juga
menerapkan nilai memelihara dan memulihara alam sekitar daripada kepupusan.
Secara tidak langsung, murid akan menghargai alam ciptaan tuhan yang tiada tolak
bandingnya.
Dalam teknik gurisan, guru juga boleh menerapakan nilai baiaka dalam semua
aspek kehidupan. Dalam P&P teknik gurisan, guru mengajar murid membuat gurisan ke
atas tembikai dengan menggunakan paku. Apabila melakukan gurisan, secara tidak
langsung, serpihan tembikar akan jatuh bagi membentuk gambaran corak titik untuk
menerapkan nilai baik, guru akan menyuruh dan memastikan murid-muridnya agar
membuang dan menyapu sisa buangan selepas membuat teknik gurisan. Dengan ini
nilai kebersihan dapat diterapkan dalam diri murid. Selain itu, nilai mendengaar arahan
dapat diterapkan dalam diri murid kerana mereka mendengar arahan uyang diberikan
30 | P a g e
oleh guru iaitu membuang sisa buangan selepas selesai menghasilkan gurisan
tembikar.
4.2 Bidang membuat corak dan rekaan
Untuk bidang membuat cork dan rekaan, menghargai nilai baik dalam semua aspek
juga dapat diterapkan. Sebagai contoh, nilai menyayangi dapat dipupuk dalam diri
murid semasamembut corak dan rekaan dalam teknik lukisan. Dalam kaedaha ini guru
menyuruh murid membuat lukisaan tentng orang yang paling disayangi, antaranya ibu,
bapa, kakak, abang dan adik. Daripada tajuk tersebut, secara tidak langsung guru boleh
menerapkan nilai menyayangi keluarga dalam diri murid-murid.
Teknik kolaj juga boleh digunakan untuk menerapkan nilai baik dalam semua
spek kehidupan. Dalam teknik ini, guru mengarahkan murid membuat kolaj haiwan
kesayangan mereka. Oleh itu, guru boleh menerapkan nili baik iaitu sayang kepada
haiwan peliharaan mereka. Selain itu, guru juga menerapkan nilai kebersihan dalam diri
murid-murid. Sebagai contoh, mereka diminta tidak membuang cebisan-cebisan kertas
merata-rata semasa membuat kolaj. Oleh itu, melalui teknik kolaj ini, banyak nilai baik
yang boleh diterapkan dalam diri murid-murid.
4.3 Bidang membentuk dan membuat binaan.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan juga dapat diterap dalam bidang
membentuk dan membuat binaan. Contohnya menggunakan teknik topeng. Melalui
tema tokoh negara yang diminati murid dikehendaki memilih tokoh Negara yang
diminati dan dikagumi. Selepas itu, guru akan mengarahkan murid membuat topeng
gambar tokoh Negara yang diminati. Dalam hal ini, nilai baik seperti nilai patriotisma
31 | P a g e
dapat diterapkan dalam diri murid-murid scara tidak langsung nilai baik seperti
menghargai sumbangan tokoh-tokoh Negara juga dapat diterapkan dalam diri murid.
Pelukis terkenal Malaysia, Yusof Ghani
Abdul Latiff Mohidin yang terkenal dengan karya ‘Pago-Pago’
Oleh itu, teknik ini sesuai digunakan untuk guru menerapkan nilai baik dalam
semua aspek kehidupan murid-muridnya. Begitu juga dengan teknik boneka, ia juga
boleh dipupuk dengan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Guru
menyediakan alat dan bahan untuk menghasilkan boneka haiwan dan tumbuhan.
Contohnya boneka haiwan yang guru ingin murid hasilkan ialah boneka burung, gajah,
kucing, harimau dan sebagainya. Contoh boneka tumbuhan pula yang guru ingin murid
hasilkan ialah boneka pokok bunga, pokok kelap dan sebagainya.
Selepas menyiapkan boneka-boneka tersebut, murid dikehendaki membuat
demonstrasi tentang memelhara dan memulihara flora dan fauna menggunakan boneka
haiwan dan tumbuhan dan haiwan yang telah dihasilkan. Oleh itu, melalui cara ini, guru
32 | P a g e
telah menerapkan nilai menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran serta
menyayangi dan menghargai flor a dan fauna.
4.4 Bidang mengenal kraf tradisional.
Dalam bidang ini, menghargai nilai baik dalam aspek kehidupan diterapkan melalui
teknik membuat batik. Dalam teknik ini, guru membawa murid melawat kilang batik.
Semasa berada dikilang tersebut murid diberi peluang melukis sendiri batik.
Dalam hal ini nilai menyayangi dan menghargai seni batik diterapkan dalam diri pelajar
kerana batik adalah salah satu kraf tradisional dalam Negara dan salah sau warisan
nenek moyang kita.
33 | P a g e
Teknik tembikar pula dapat dterapkan dengan nilai baik seperti kepekaan
semasa membuatnya. Hal ini kerana ika kita tidak peka pasti tidak akan menjadi
tembikar yang diingini. Dalam hal ini, guru membawa murid ke kilang membuat
tembikar untuk mendedahkan cara-cara membuat tembikar. Semasa dikilang tersebut
murid-murid diberi peluang utnuk membuat tembikar. Untuk menghasilkan tembikar
bermutu dan menarik, kepekaan harus ada dalam diri. Oleh itu, keadaan ini secara
tidak langsung menerapkan nilai baik dalam diri murid. Dan guru juga menyatakan
bahawa jika kit tidak peka melakukan sesuatu, ia tidak akan membuahkan hasil yang
lumayan.
3.0 RUMUSAN.
Kesimpulannya, tumpuan utama pendidikan seni visual yang merangkumi empat apek
utama yang telah dibincang di atas merupakan perkara asas untuk guru
memperkembangkan potensi murid khususnya dalam kegiatan pemikiran, penerokaan,
pernyataan idea, ekspresi diri dan penghasilan karya-karya yang bermutu tinggi, selain
itu, empat bidang yang dibincangkan di atas juga merupakan pelbagai teknik-teknik
34 | P a g e
tertentu yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
seni visual.
Sungguhnya tumpuan utama pendidikan seni visual KBSR dan bidang-bidang
pendidikan seni visual KBSR sangatlah penting dalam m elahirkan insan yang
harmonis, kreatif, menghargai keindahan alam dan warisan bangsa.
35 | P a g e
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual,
KBSR. K.L.: DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual, KBSR. K.L.: DBP
Malaysia (1965). Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970. Kuala Lumpur: Jabatan
Percetakan Negara.
Malaysia (1999). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Kuala Lumpur: Jabatan
Percetakan Negara.
Abu Zahari b. Abu Bakar ( 1992 ), Psikologi Pendidikan Untuk Guru, Pustaka Delta
Pelajaran Sdn.Bhd, Selangor Darul Ehsan.
Choong Leong Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. K.L.:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Recommended