7
TEKS PENGACARA MAJLIS GABUNGAN PELAJAR 2015 BIL ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN 1 Murid-murid berdiri dalam barisan. Ketibaan Tuan Pengetua SMKRA, , guru-guru penolong kanan, guru-guru . MARIAM Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Pengacara diminta untuk memaklum-kan kepada semua murid agar bersedia dan senyap untuk upacara majlis bermula 2 Alu-aluan Pengacara Majlis. ALIYAH Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Yang Berusaha, Pn. Hajjah Noor Adiah bt Mohamed Noor, Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum, Yang Dihormati, 1

Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan pelajar (1)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)

TEKS PENGACARA MAJLIS GABUNGAN PELAJAR 2015

BIL ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN

1 Murid-murid berdiri dalam barisan.

Ketibaan Tuan Pengetua SMKRA, , guru-guru penolong kanan, guru-guru .

MARIAM

Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Pengacara diminta untuk memaklum-kan kepada semua murid agar bersedia dan senyap untuk upacara majlis bermula

2 Alu-aluan Pengacara Majlis.

ALIYAH

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Yang Berusaha,Pn. Hajjah Noor Adiah bt Mohamed Noor, Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum,

Yang Dihormati,Pn. Hajjah Rohaini Bt. Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Tn Hj. Muhammad Asri Bin Hussin, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abu Zaid bin Zakaria, Penolong Kanan Petang, Rakan-rakan guru, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita berkumpul di Dewan Sri Murni dalam melaksanakan Majlis Perlantikan Gabungan Pelajar SMK Raja Abdullah

1

Page 2: Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)

bagi sesi 2015.

3 Bacaan Doa

MARIAM

Dari Perlis puspa ku mohon,Puspa dipilis buat azimat,

Tangan ditadah doa dipohon,Semoga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohd. Fauzi bin Latif untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.( KOMAN BARIS SEDIA DARIPADA KOMANDER BARIS)

(Bacaan Doa)

( KOMAN BARIS SENANG DIRI DARIPADA KOMANDER BARIS)

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal ’Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd. Fauzi bin Latif di atas bacaan doa tadi. Semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Pembaca doa

4 Ucapan Pengetua

ALIYAH

ALIYAH

Para hadirin sekalian,Majlis Gabungan Pelajar ini terdiri daripada 8 unit dan diletakkan di bawah pengurusan Hal Ehwal Murid.

Sudilah tuan jalan berlapan,Jalan berlapan di malam kelam;

Sudilah tuan beri ucapan,Kata aluan pemanis kalam.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala

Pengetua

2

Page 3: Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)

hormatnya menjemput Yang Berusaha Pn. Hajjah Noor Adiah bt Mohamed Noor, Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn.Hjh. Noor Adiah bt Mohamed Noor, di atas ucapan beliau itu tadi.

5 Majlis Penyampaian Watikah

MARIAM

ALIYAH

Tibalah saat yang dinantikan, iaitu Majlis Penyampaian Watikah.

Baiklah, dengan ini dijemput:

a) En. Sivam A/L Arumugam selaku ketua guru lembaga pengawas untuk membaca watikah perlantikan. Dipersilakan.

(Koman)

b) Majlis seterusnya mempersilakan Pn. Yusmahaini binti Yusof selaku ketua guru majlis ketua tingkatan untuk membaca watikah perlantikan. Dipersilakan.

(Koman)

Majlis seterusnya mempersilakan Pn. Tengku Zaini bt. Tengku Ismail selaku ketua guru pusat sumber sekolah untuk membaca watikah perlantikan. Dipersilakan.

(Koman)

Majlis seterusnya mempersilakan Pn. Hamnah binti Mohamed Noor, selaku ketua guru Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) untuk membaca watikah perlantikan. Dipersilakan.

(Koman)

3

Page 4: Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)

MARIAM

ALIYAH

MARIAM

ALIYAH

Seterusnya dipersilakan Pn. Nurul Syamimi bt. Roslan, ketua guru skuad COMBI untuk membaca watikah perlantikan. Dipersilakan.

(Koman)

Seterusnya dipersilakan sekali lagi, Pn. Yusmahaini binti Yusof, ketua guru koperasi sekolah untuk membaca watikah perlantikan. Dipersilakan.

(Koman)

Seterusnya dijemput Pn. Balgis binti Kachamayadin selaku ketua guru siaraya / media untuk membaca watikah perlantikan. Dipersilakan.

(Koman)

Dijemput Cik Elmy Ezayane Bt. Md. Emary selaku ketua guru skuad AJK Dewan untuk membaca watikah perlantikan. Dipersilakan.

(Koman)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada guru – guru penasihat di atas penyampaian watikah sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Ketua Pegawas Sekolah, Mohd Faris Izham Bin Hassan dari tingkatan 2 Bestari untuk membaca ikrar gabungan pelajar 2015.

(Koman)

UPACARA PENYERAHAN KUASA MEROTAN

Majlis seterusnya menjemput En. Abu Zaid bin Zakaria untuk mengiringi

4

Page 5: Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)

Pn. Hajjah Rohaini Bt. Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,bagi menyempurnakan acara penyerahan Surat Kuasa Merotan.

Majlis dengan ini mempersilakan Ketua Guru Disiplin, En. Jeffri b. Husin untuk menerima surat kuasa merotan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hajjah Rohani Bt. Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, di atas penyerahan surat kuasa merotan itu tadi.

6 Penutup dan Bersurai

MARIAM

NYANYIAN LAGU SEKOLAH.

Bagi mengakhiri majlis kita pada petang ini, semua hadirin diminta berdiri

untuk sama – sama menyanyikan lagu sekolah.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;

Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian sahaja daripada kami, akhir kata,Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warahmatullahi Wabarakatuh

5