Unit Pelajaran 6

  • Upload
    itoi

  • View
    69

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|111

    UNIT PELAJARAN 6

    MISKONSEPSI PERWAKILAN DATA

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Membincang dan memperihalkan cara-cara menginterpretasi dari

    Piktogram, Carta Palang, Carta Pai, Histogram, Poligon Kekerapan dan

    Graf Garisan.

    2. Menerangkan bagaimana data dari graf dan carta boleh mengelirukan.

    (misleading)

    3. Mengenalpasti cara untuk mengatasi kekeliruan atau miskonsepsi

    semasa perwakilan data melalui Piktogram, Carta Palang, Carta Pai,

    Histogram, Poligon Kekerapan dan Graf Garisan.

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|112

    PENGENALAN

    iskonsepsi di dalam perwakilan data sering berlaku. Kenapakah ini berlaku? Perwakilan

    data dengan cara visual melalui Piktogram, Carta Palang, Carta Pai, Histogram, Poligon

    Kekerapan dan Graf Garisan adalah menarik dan memudahkan untuk membuat

    interpretasi. Walau bagaimanapun, kita hendaklah berhati-hati dan hendaklah menelitinya dengan

    terperinci untuk memastikan bahawa ianya diwakilkan dengan betul dan tidak memberikan interpresi

    yang salah. Unit ini akan membincangkan ciri-ciri yang perlu diambil perhatian apabila

    mengintepretasi setiap satu cara mewakilkan data dan ciri-ciri yang perlu diambil perhatian.

    Interpretasi Piktogram

    Di dalam Piktogram, data ditunjukkan dengan simbol atau gambar. Dengan sekilas melihat

    maklumat yang mudah, ianya boleh diwakili dengan Piktogram. Adalah mustahak untuk seseorang

    melihat kepada kekunci untuk memberitahu berapakah sesuatu simbol itu diwakili. Jika ada bahagian

    simbol atau gambar, ia diwakili dengan sebahagian (pecahan) bilangan item (lihat contoh di bawah

    subtajuk Piktogram dalam Unit 5).

    Perkara penting yang perlu diambil perhatian apabila mengintepretasi Piktogram ialah:

    a) Pastikan simbol dan perwakilan symbol yang digunakan adalah betul dan tidak salah

    b) Teliti setiap perwakilian dan pastikan simbolnya dilukis dengan betul.

    c) Pastikan pecahan dari simbol yang diunakan juga adalah dilukis dengan betul dan mewakiki data.

    M

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|113

    Piktogram Yang Mengelirukan

    Ada kalanya, Piktogram direka untuk memberi maklumat yang memesongkan. Kadang kala,

    maklumat yang terpesong tergambar oleh kerana piktogram tidak dilukiskan dengan betul. Adalah

    mustahak untuk menyedari perkara ini apabila Piktogram dilukis dan apabila interpretasi dibuat

    dengan Piktogram di dalam majalah dan surat khabar. Apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak

    sekata, maka bolehlah disangsikan mengenai kesahihan Piktogram itu.Kadang kala, ia sengaja

    dilakukan untuk memberikan maklmat yang tidak jelas kepada orang ramai atau ianya memang hasil

    kerja yang tidak bermutu.

    .

    Interpretasi Graf Palang

    Graf Palang juga mudah dibaca seperti Piktogram. Panjang palang-palang mewakili saiz data.

    Perkara penting yang perlu diambil kira apabila mendapatkan maklumat dari Graf Palang ialah:

    a) Baca tajuknya dan cuba fahamkan tujuan Graf Palang itu.

    Latihan Formatif 6.1

    Bagaimanakah Piktogram boleh memberikan maklumat yang memesongkan? Cuba berikan satu

    contoh.

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|114

    b) Lihat pada paksi dan semak label paksi-paksi. Satu paksi adalah label palang-palang dan

    satu paksi mewakili bilang item di setiap palang.

    c) Kemudian, lihat pada skalanya kerana skala paksi memperihalkan bilangannya. Anda

    mungkin perlu mengira dan membuat kesimpulan anda untuk melihat bilangan item di antara

    nombor-nombor yang ditunjukkan pada paksi.

    .

    Graf Palang Yang Mengelirukan

    Graf Palang juga boleh memberikan maklumat yang memesongkan. Aspek yang paling penting ialah

    memerhatikan skala paksi-paksi, sama ada ianya bermula dari sifar atau tidak dan perhatikan sama

    ada skalanya hendaklah betul. Kadang kala ada syarikat yang ingin menampakkan banyak jumlah

    jualan mereka dengan memanipulasi graf jualan mereka. Berhati-hati akan perkara ini. Adalah

    mustahak untuk menyemak ketebalan setiap palang kerana kadang kala ini pun boleh

    dimanipulasikan.

    Berikut adalah beberapa contoh graf yang memberikat maklumat yang mengelirukan. Bolehkah

    anda lihat di mana kesilapan untuk setiap satu graf ini? Senaraikan kesilapannya dan semak

    jawapan anda.

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|115

    Dari graf ini, nampak seolah-olah harga kereta telah naik tiga kali ganda dalam setahun! Ia sangat

    mengelirukan kerana paksi menegak tidak bermula dengan sifar. Cuba lihat graf yang sama tetapi

    versi yang telah dibaiki. Ia memberikan gambaran yang lebih tepat akan apa sebenarnya berlaku.

    KENAIKAN HARGA KERETA Purata Harga Kereta (RM)

    TAHUN

    KENAIKAN HARGA KERETA Purata Harga Kereta (RM)

    TAHUN

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|116

    Interpretasi Carta Pai

    Cara menginterpretasi Carta Pai ialah berasaskan prinsip bahawa bahagian pai yang terbesar

    mewakili item data yang terbesar dan bahagian pai yang terkecil mewakili item data yang terkecil .

    Maka, ianya mudah untuk membandingkan data-data.

    Ada masanya, pandangan mata dengan mudah menganggarkan saiz bahagian pai kerana 90 darjah

    adalah suku bulatan (contohnya Carta Pai A). Pada masa yang sama, kadang kala adalah sukar

    untuk menentukan anggaran saiz bahagian pai (contoh Carta Pai B). Perbandingan untuk setiap

    bahaian sukar untuk dilakukan apabila ini berlaku. Contohnya sila lihat Carta Pai A Carta Pai B di

    bawah;

    Latihan Formatif 6.2

    Nyatakan langkah-langkah penting semasa membaca Graf Palang.

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|117

    Carta Pai A Carta Pai B

    90 mudah dilihat apabilanya ianya dilukis tepat pada paksi

    Apabila ianya tidak berada pada paksinya, sukar untuk membuat anggaran.

    Adalah disarankan apabila melukis Carta Pai, hendaklah melabelkan bahagian-bahagian

    agar mudah untuk dibaca dan untuk membuat interpretasi.

    Carta Pai A Carta Pai B

    Carta Pai yang Mengelirukan

    Jika Carta Pai tidak dilukis dengan betul, maklumatnya akan mengelirukankan. Adalah penting untuk

    mengingatkan bahawa kelebihan Carta Pai ialah untuk melihat sebahagian dari data sebagai

    pecahan dari keseluruhan data.

    90

    30

    120

    45

    7530

    120

    45

    90

    75

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|118

    Interpretasi Graf Garisan

    Data selanjar selalunya diwakili dengan menggunakan Graf Garisan. Perkara yang penting semasa

    menginterpretasi Graf Garisan ialah:

    a) Baca tajuknya dan cuba fahamkan tujuan Graf Garisan itu.

    b) Lihat pada paksi-paksinya dan semak labelnya.

    c) Pastikan sama ada skalanya bermula dari sifar atau tidak dan cuba selidik apa lagi yang

    anda boleh dapati dari skala-skala itu.

    d) Apabila membaca Graf Garisan, pastikan anda meneliti label-labelnya dan juga titik-titik

    permulaannya.

    Latihan Formatif 6.3

    Apakah perkara yang perlu diambil kira apabila menginterpretasi Carta Pai?

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|119

    Graf Garisan yang Mengelirukan

    Sesetengah Graf Garisan sengaja dilukis untuk memberikan maklumat yang memesongkan.

    Contohnya. Apabila Graf Garisan dilukis dengan menggunakan skala yang berlainan, Graf Garisan

    itu kelihatan berbeza dan ia seolah-olah memberi gambaran yang berbeza walaupun sebenarnya

    ianya adalah sama. Selalunya ianya dilakukan hanya untuk mengelirukan pembacanya.

    Pada masa yang sama, adalah penting untuk meneliti skala-skala yang digunakan. Contohnya, jika

    satu Graf Garisan bermula dari sifar tetapi senggatannya tidak sekata. Ia akan memberikan kesan

    yang tidak betul dan akan memesongkan tanggapan pembaca. Berikut ialah contoh Graf Garisan

    yang mengelirukan dan hendaklah diperbetulkan dan hendaklah diberi penekanan agar kesilapan

    sebegini dapat diatasi.

    Walaupun skala paksi menegak bermula dengan sifar, ia tidak menaik dengan sekata. Ia

    memberikan kesan yang tidak betul kepada graf, dan menggambarkan seolah lompatan yang paling

    banyak ialah di anatara 1 dan 2 dan bukan 3 dan 4. Lagipun tiada label pada paksi. Maka kita tidak

    dapat tentukan apakah yang diwakil olh graf ini. Bentuk Graf Garisan ini sepatutnya seperti berikut:

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|120

    Latihan Formatif 6.4

    Bagaimanakah Graf Garisan boleh memberikan maklumat yang mengelirukan?

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|121

    RUMUSAN

    Pewakilan data di dalam bentuk visual adalah sangat berguna di dalam pengumpulan data semasa

    menjalankan kajian tetapi lebih penting lagi ialah ianya juga digunakan di dalam kehidupan seharian

    kita yang menggunakan graf dan carta untuk mewakili pelbagai perkara seharian. Adalah penting

    untuk mengetahui anatomi setiap satu pewakilan data secara visual ini agar kita tahu bagaimana

    membuat interpretasi dengan lebih baik dan efektif.

    Bagaimanapun adalah penting juga untuk memastikan bahawa kita tidak dikelirukan atau ditipu

    dengan pewakilan data yang salah dan sengaja hendak mengelirukan kita. Dengan adanya

    pengetahuan mengenai cara-cara yang betul untuk membaca dan menginterpretasi carta dan graf

    ini, diharapkan agar kita akan lebih peka dan dapat membuat keputusan yang lebih bijak apabila

    dipersembahkan dengan data secara visual ini. Pengetahuan ini hendaklah juga diajar kepada

    pelajar kita agar mereka dapat mengecam ciri-ciri yang mengelirukan dan dapat dengan mudah

    menyangkal miskonsepsi yang boleh berlaku. Hanya dengan pengetahuan yang baik mengenai cara

    membaca carta dan graf dengan betul sahaja sudah cukup untuk membantu mereka membuat

    interpretasi yang keputusan yang bijak dan tepat.

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|122

    PETA KONSEP

    MISKONSEPSI PERWAKILAN DATA

    CARTA PALANG

    MENEGAK

    CARTA PAI

    CARTA PALANG

    MELINTANG

    POLIGON kEKERAPAN

    HISTOGRAM

    CARTA PALANG

    PIKTOGRAM

    MEMPERBETULKAN MISKONSEPSI

    MENGENALPASTI MISKONSEPSI GRAF/CARTA

    GRAF GARISAN

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|123

    KATA KUNCI

    Miskonsepsi, memesongkan, mengelirukan.

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|124

    1. Senaraikan beberapa ciri yang perlu diambil kira untuk memastikan interpretasi Piktogram dlakukan dengan betul.

    2. Apakah ciri-ciri yang perlu diperhatikan untuk memastikan bahawa nterpretasi Graf Palang

    dilakukan dengan betul dan tidak mengelirukan ?

    3. Carta Pai di bawah adalah memperihalkan hobi pelajar-pelajar di Tahun 6 Alpha. Cuba

    tentukan apakah hobi yang paling digemari oleh pelajar-pelajar ini?

    a) Sila nyatakan kenapa sukar untuk anda menentukan jawapannya?

    b) Nayatakan bagaimana anda boleh baiki Carta Pai ini agar ia mudah diinterpretasikan?

    c) Lukiskan semula Carta Pai ini aar ianya mudah untuk diinterpretasikan.

    4. Apabila membuat interpretasi Graf Garisan, nyatakan ciri-ciri yang perlu diteliti untuk

    memastikan bahawa graf itu tidak mengelirukan.

    HOBI PELAJAR TAHUN 6 ALPHAPERMAINAN VIDEO

    BERSUKAN

    MEMBACA

    LAYARI INTERNET

    MENONTON TV

    Latihan Sumatif

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|125

    Rujukan Coakes, S. J., Steed, L., & Dzidic, P. (2010). SPSS version 17.0 for windows: Analysis without anguish. Sydney: John Wiley & Son Australia, Ltd. Dunn, S.D. (2001). Statistic and data analysis for the behavioral sciences. New York: McGraw-Hill. Haylock, D. (2010). Mathematics Explained For Primary Teachers (4th Ed.). London: Sage Publications Howitt, D., & Cramer, D. (2000). An introduction to statistics in psychology: A complete guide for

    students. (2nd Ed.). Harlow, England: Prentice Hall. Iran Herman.(2004). Statistik dan analisis data sains sosial. Alor Star: Percetakan Ustaras Sdn.Bhd. Kennedy, L. M, & Tipps, S. (2011).Guiding Childrens Learning of Mathematics.(12th Ed.). Bermont:

    Wadsworth. Kerlinger, F.N., & Lee, H.B. (2000). Foundation of behavioral research (5th Ed.). Belmont, CA:

    Wadsworth/Thomson Learning.

    Marzita Puteh. (2003) .Matematik Permulaan Siri 1, Edisi 3, Prentice Hall, Kuala Lumpur. Marzita Puteh. (2003) .Matematik Permulaan Siri 2, Edisi 3, Prentice Hall, Kuala Lumpur. Marzita Puteh. (2010) Foundation Mathematics 1, Tanjong Malim: UPSI Press. Mohamad Khairuddi Yahya, Marzita Puteh & Santhi Periasamy. (2006). Integrated Curriculum for

    Primary Schools Mathematics Year 5 Textbook, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Khairuddi Yahya, Marzita Puteh & Santhi Periasamy. (2006). Integrated Curriculum for Primary

    Schools Mathematics Year 5 Teachers Handbook, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Santhi Periasamy, Marzita Puteh, Mohamad Khairuddi Yahya, Lai Kim Leong & Rozaili Mohd Ali. (2007).

    Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 6 Teachers Handbook, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Van De Walle. J. A, Karp K. S, Jennifer, M. & William, B. (2010).Elementary and Middle School

    Mathematics: Teaching Developmentally. (7th Ed.). USA: Pearson. Wan Yusof Wan Ngah, Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. (2011). Kuriulum Bersepadu Sekolah

    Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|126

    Jawapan

    Latihan Formatif 6.1

    Piktogram boleh mengelirukan oleh kerana ianya tidak dilukis dengan baik terutamanya jika simbol-

    simbol yang digunakan dilukis dengan tidak tekal dan tidak sekata. Interpretasi kepada Piktogram

    juga boleh menjadi salah jika keseluruhan lukisan simbol-simbol dan juga ruang diantaranya tidak

    sekata.

    Latihan Formatif 6.2

    Perkara penting yang perlu diambil kira apabila mendapatkan maklumat dari Graf Palang ialah:

    a) Baca tajuknya dan cuba fahamkan tujuan Graf Palang itu.

    b) Lihat pada paksi dan semak label paksi-paksi. Satu paksi adalah label palang-palang dan

    satu paksi mewakili bilang item di setiap palang.

    c) Kemudian, lihat pada skalanya kerana skala paksi memperihalkan bilangannya. Anda

    mungkin perlu mengira dan membuat kesimpulan anda untuk melihat bilangan item di antara

    nombor-nombor yang ditunjukkan pada paksi.

    Latihan Formatif 6.3

    Perkara yang perlu diambil kira apabila menginterpretasi Carta Pai ialah:

    Cara menginterpretasi Carta Pai ialah berasaskan prinsip bahawa bahagian pai yang terbesar

    mewakili item data yang terbesar dan bahagian pai yang terkecil mewakili item data yang terkecil .

    Maka, ianya mudah untuk membandingkan data-data.

    Latihan Formatif.6.4

    Apabila Graf Garisan dilukis dengan skala yang berbeza, graf akan nampak berbeza dan ianya

    seolah-olah memberikan gambaran yang berlainan walaupun sebenarnya ianya adalah sama sahaja.

    Jika skala Graf Garisan bermula dari sifar dan tidak menaik sekata, ia akan mengelirukan dan akan

    memberikan interpretasi yang songsang dan salah kepada pembaca.

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|127

    Latihan Sumatif

    1. Untuk memastikan Piktogram dilukis dengan betul perkara yang penting yang perlu diambil

    perhatian apabila menginterpretasi Piktogram ialah:

    a) Pastikan simbol dan perwakilan symbol yang digunakan adalah betul dan tidak salah.

    b) Teliti setiap perwakilian dan pastikan simbolnya dilukis dengan betul.

    c) Pastikan pecahan dari simbol yang diunakan juga adalah dilukis dengan betul dan

    mewakiki data.

    2. Perkara penting yang perlu diambil kira apabila mendapatkan maklumat dari Graf Palang

    ialah:

    a) Lihat pada paksi dan semak label paksi-paksi. Satu paksi adalah label palang-palang

    dan satu paksi mewakili bilang item di setiap palang.

    b) Kemudian, lihat pada skalanya kerana skala paksi memperihalkan bilangannya. Anda

    mungkin perlu mengira dan membuat kesimpulan anda untuk melihat bilangan item di

    antara nombor-nombor yang ditunjukkan pada paksi.

    3. a) Ianya sukar kerana tidak dapat membuat anggaran saiz setiap bahagian di dalam Carta

    Pai ini. Memandangkan angaran tidak dapat dilakukan, maka tidak dapat memberikan

    jawapannya.

    b) Perlu memasukkan label untuk setiap hobi yang disenaraikan supaya mudah

    menampakkan saiz setiap bahagian agar ianya memudahkan untuk membuat

    interpretasi.

  • Unit 6 Miskonsepsi Perwakilan Data|128

    c)

    4. Perkara yang penting semasa menginterpretasi Graf Garisan ialah:

    a) Baca tajuknya dan cuba fahamkan tujuan Graf Garisan itu.

    b) Lihat pada paksi-paksinya dan semak labelnya.

    c) Pastikan sama ada skalanya bermula dari sifar atau tidak dan cuba selidik apa lagi yang

    anda boleh dapati dari skala-skala itu.

    d) Apabila membaca Graf Garisan, pastikan anda meneliti label-labelnya dan juga titik-titik

    permulaannya.

    70

    40

    70100

    90

    HOBI PELAJAR TAHUN 6 ALPHA

    PERMAINAN VIDEO

    BERSUKAN

    MEMBACA

    LAYARI INTERNET

    MENONTON TV