Upload
kamlit-lit
View
245
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Konsonan Pinjaman
Cara
sebut
Daerah sebutan
Bibir-gigi gigi Gigi-gusi LK LLAnak
tekak
Letupan - q
Geseranf v th
dz dh
z sy Kh
gh
Geseran - s - - h
Getaran - r - - -
Sisian - l - - -
½ v w - y - -
KONSONAN PINJAMAN
Geseran Bibir –Gigi [f] dan [v]
Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui
rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan
gusi tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi
menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita
suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah [f] dan bagi menghasilkan
geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi yang
terhasil ialah [v].
Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz]
Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah .
Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di
daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang
terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Jika glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara,[dh].
Konsonan Geseran Bersuara [z]
Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus
udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di
pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar
bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z].
Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]
Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan
udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk
menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan pita
suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy]
Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup
rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang
yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran
bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi
geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak
digetarkan.
FONETIK dan FONOLOGI
Konsonan Pinjaman
Ada sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Semuanya dipinjam
daripada bahasa Arab dan Inggeris. Semuanya adalah fonem konsonan geseran.
Fonem-fonem pinjaman ini berasal daripada perkataan-perkataan pinjaman.
Ada bunyi yang disesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu dan ada yang bervariasi
bebas dengan fonem-fonem asli. Daripada sepuluh fonem pinjaman ini, sembilan
dipinjam daripada bahasa Arab, dan satu daripada bahasa Inggeris, iaitu fonem /v/.
Fonem /f/ juga dipinjam daripada bahasa Inggeris, tetapi fonem ini terlebih dahulu
sudah dipinjam daripada bahasa Arab. Fonem geseran yang dipinjam adalah seperti
berikut :
/f,v,z,ᶿ,ᶞ,ž,x,ɣ,ʕ,ʃ/
Fonem Awal Tengah Akhir
/f/ fikir wafat Wakaf
/v/ vot novel -
/ᶿ/ ᶿalaᶿa tamᶿsil hadiᶿ
/ᶞ/ ᶞalim haᶞir lafaᶞ
/z/ zaman lazim -
/ž/ žat lažat markaž
/x/ xatam baxil Tarix
/ɣ/ ɣaib baɣal baliɣ
/ʕ/ ʕaib niʕmat tamaʕ
/ʃ/ ʃor aʃik ʃabaʃ
Huruf Konsonan Pinjaman
Sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu semuanya datang daripada
bahasa Arab dan konsonan v daripada bahasa Inggeris.