60
PENGHASILAN BUNYI KONSONAN Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ; 1. konsonan asli 2. konsonan pinjaman KONSONAN ASLI Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut: 1. Letupan : p, b, t, d, k, g 2. Letusan : c, j 3. Geseran : s, h 4. Getaran : r 5. Sisian : l 6. Sengauan: m, n, ny, ng 7. Separuh vokal : w, y, Cara penghasilan bunyi konsonan asli Konsonan Letupan:

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

PENGHASILAN BUNYI KONSONANDalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ; 1. konsonan asli 2. konsonan pinjaman

KONSONAN ASLI

Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut:

1.  Letupan  :       p, b,  t, d, k, g 2.  Letusan  :       c,  j 3.  Geseran :        s,  h4.  Getaran  :       r 5.  Sisian  :          l 6.  Sengauan:      m, n, ny,  ng 7.  Separuh vokal  : w, y,

Cara penghasilan bunyi konsonan asli

Konsonan Letupan:

Letupan Dua Bibir[p] dan [b]Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,  bunyi yang dihasilkan ialah [p] . Jika

Page 2: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b].            

 Letupan Gusi [t] [d] Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d].

 Letupan Lelangit Lembut [k] [g] Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan  bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut bersuara.

Konsonan Geseran:

Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan  untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara

Page 3: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiar bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Oleh sebab bunyi ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.

 

Geseran Glotis [h]

Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain.

Konsonan Letusan:

Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j] 

Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding belakang rongga tekak.Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi. dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk letusan

Page 4: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan. Dalam bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-perkataan pinjaman.

Konsonan Getaran:

Getaran Gusi [ r ] 

Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi , kemudian hujung lidah tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan.

Konsonan Sisian:

Sisian Gusi [ l ] 

Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagan tengah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluarmelalui kedua-dua belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman bahasa Arab seperti Allah,Salleh,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit lembut menyebabkan udara terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang lidah dan pada kedua-dua tepi hujung lidah.

Konsonan Sengauan:

Page 5: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyi-bunyi sengau dhasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melaui rongga hidung.Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau lelangit lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara.Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita suara mengalami getaran.

Konsonan Sengauan Dua Bibir [m]

Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Senjgauan Gusi [n]

Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny]

Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng]

Page 6: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Sengauan Gusi – Lelangit Keras [ny]

Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Separuh Vokal:

Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit sama ada vokal hadapan sempit atau belakang sempit )kemudan dengan cepat lidah digerakkan kearah kedudukan semasa menyembunyikan vokal lain.Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-bunyi vokal,tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya.

Separuh Vokal Dua Bibir [w]

Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.

Page 7: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Separuh Vokal Lelangit Keras [y]

Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.

KONSONAN PINJAMAN

Geseran Bibir –Gigi [f] dan [v]

Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah [f] dan bagi menghasilkan geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi yang terhasil ialah [v].

Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz]

Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah . Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara,[dh].

Page 8: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Konsonan Geseran Bersuara [z]

Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z].

Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]

Hadapan lidah dinaikkan ke arah  gusi lelangit keras  untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy]

Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan.  HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini

sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar

Page 9: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

(1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran

yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita

suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi.

Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa

(linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik

dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi

merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam

Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the

science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a

language or in two or more related languages”.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi

fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut

fungsinya.

 

 Huraian huruf  Vokal

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini

diterapkan dalam rajah berikut.

 

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga

Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini

tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini

dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya

udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa

mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai

ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan

atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu,

keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada

depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya,

Page 10: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari

paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau

dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga

rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis

dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat

juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Huraian Huruf konsonan

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau

halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan

bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil

apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan

tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita

suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan

pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh

penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu

terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a)    Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

b)    Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

c)    Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

d)    Satu konsonan hentian glotis. ( ? )

e)    Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

f)     Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis

bersuara ( h ).

g)    Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h)    Satu konsonan sisian bersuara ( i ).

i)      Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

j)      Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

k)    Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti

dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf  vokal

Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud

dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-

Page 11: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan

vokal-vokal bahasa Melayu.

(a)  Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:

(a)                 Keadaan bibir hampar

(b)                 Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai

menyentuh lelangit keras

(c)                Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Ikan Bila Tali

Ibu Tiba Padi

(a)  Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:

·         Keadaan bibir hampar

·         Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi

·         Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga    

·         hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari   

·         paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan

berikut:

Awal Tengah Akhir

Enak Teleng Tauge

Elok Leher Tempe

(b)  Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

Page 12: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

(d)  Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada

perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Esa Belek Tauge

Enak Belok Tempe

(c)  Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Depan lidah diturunkan serendah mungkin

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Awan Kadar Siapa

Anak Beras Nama

(d)  Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh

lelangit lembut

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Page 13: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

ubat bulat Batu

ular sudu Palu

(a)  Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi  ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh

lelangit lembut

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan

yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Tolong Pidato

Otak Bohong Koko

(b)  Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh rendah  

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti

pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Borong Soto

Oleh Bolot Teko

(f)   Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:

Page 14: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

(a)  Keadaan bibir antara hampar dengan bundar

(b)  Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras  

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Emak Penat Sosialisme

Empat Tenat Behaviurisme

Cara Membunyikan  Konsonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut

cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara

sebutan

bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit

lembut

Glottis

Letupan P b T d - K g -

Letusan - - C j - -

Sengau M N (ny) (ng) ŋ -

Geseran - S - - H

Getaran - R - - -

Sisian - L - - -

Separuh

vokal

W - Y - -

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir

perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej.

Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada

akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi

seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan

Page 15: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara

setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a)  Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara

membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]

1.    Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan

penuh pada arus udara dari paru-paru ke

rongga mulut.

2.    Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau

ke dinding rongga tekak untuk membuat

sekatan udara dari paru-paru ke rongga

hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-

merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir

tidak bersuara [p].

 Cara membunyikan sama seperti

membunyikan konsonan [p]. yang berbeza

ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi  yang dihasilkan ialah letupan dua bibir

bersuara [b].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [p] Palu Lapik Atap

Konsonan [b] Batek Rabun Adab

   

(b)  Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]

1.    Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk

membuat sekatan penuh pada arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [t]. yang berbeza

ialah:

Page 16: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

menutup arus udara ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan .

4.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi

dilepaskan serta-merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak

bersuara [t].

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dengan menggetarkan pita

suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi

bersuara [d].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [t] Takut Batas Padat

Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad

(c)  Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara

[g]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]

1.    Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut

untuk membuat sekatan penuh pada arus

udara .

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan

ke rongga tekak bagi menyekat arus udara

dari paru-paru ke rongga hidung. 3.    Pita

suara di renggangkan. 4.    Arus udara

keluar dari paru-paru melaui rongga mulut

tanpa menggetarkan pita suara. 5.    Sekatan

udara yang dibuat oleh belakang lidah

dilepaskan serta merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit

lembut tidak bersuara [k].

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [k]. yang berbeza

ialah:

1.    Pita suara dirapatkan .

2.    Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui

rongga mulut mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit

lembut bersuara [g].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [k] Kala Makan Tamak

Page 17: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

                   

(d)  Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

(a)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung

(b)  Pita suara dirapatkan sepenuhnya

(c)  Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.

(d)  Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan  berikut:

Awal Tengah Akhir

Anak Saat Lemak

Ikan Rakyat Budak

(e)  Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara

[Ĵ]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]

1.    Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk

membuat sekatan pada arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan terhadap arus udara dari

paru-paru ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Arus udara dari paru-paru melalui rongga

mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di

lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit

keras gusi tidak bersuara [č].

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza

ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit

keras gusi bersuara [Ĵ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Page 18: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Konsonan [č] Cara Laci Koc

Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej

(f)   Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a)  Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara

dari paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara di renggangkan.

(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara

(e)  Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan

geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan:

Awal Tengah Akhir

Silap Lasak Pedas

Satu Lesu Lemas

(f)   Konsonan getaran gusi bersuara [r]:

(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan

arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan.

(d)  arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara

(e)  arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Rapat Tiram Sabar

Rugi Seram Lebar

(f)   Konsonan gusi bersuara [I]:

(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan

arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan

Page 19: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

(d)  Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut  dengan menggetarkan pita suara

(e)  Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Lagu Tilam Tebal

Lipat Kelam Kekal

(f)   Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:

(a)  Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.

(g)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke

rongga hidung.

(h)  Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.

(i)    Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.

(j)    Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Macam Teman Ketam

Murah Lumba Badam

(k)  Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:

(a)  Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke

rongga hidung.

(c)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung

(d)  Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Naga Tanah Taman

Nilam Panah Laman

(e)  Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:

Page 20: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

(a)  Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari

paru-paru masuk ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan

(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.

(e)  Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Ngilu Bingka Lalang

Ngeri Rangkap Tulang

(f)   Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ּת ]. Cara membunyikannya:

(a)  Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar

dari paru-paru ke rongga hidung

(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan

(d)  Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung

(e)  Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (ּת) seperti perkataan

yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Nyaris Banyak -

Nyala Senyap -

(f)    Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

(a)  Bibir di bundarkan.

(b)  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-

paru ke rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

Page 21: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

(e)  Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan

vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada

perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Waris Kawan Takraw

Wajar Lawan -

(g)  Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

(a)  Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.

(b)  Bibir di hamparkan.

(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke

rongga hidung.

(d)  Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].

(e)  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada

perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Yakin Tayang -

Yuran Payah -

KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur

manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya

mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun

demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi

mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara

dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat

artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi

Page 22: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini

berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat

sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang

terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu

udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi

yang tidak bersuara.

RUJUKAN

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala

Lumpur: Fajar Bakti

Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan

Sarjana.

Fonem dan Alofon 1) Pemenggalan Bunyi

Spektogram menunjukkan bahawa pertuturan adalah bunyi-bunyi yang berpadu antara satu sama lain (tidak terpisah-pisah)

Pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan.

2) Segmen

Unit bahasa yang diabstraksikan dari suatu kontinum Salah satu andaian yang teoritis dalam fonologi ialah pertuturan boleh

direpresentasikan sebagai suatu urutan entiti yang terpisah  Berasaskan andaian ini, maka kita boleh membicarakan segmen-segmen

secara individu. Urutan-urutan segmen seterusnya membolehkan kita menggunakan

lambang-lambang yang terpisah untuk merepresentasikan pertuturan. Bukti yang menyokong andaian berkenaan: 1)Sistem tulisan-lambang grafik yang berurutan dengan bunyi tuturan

yang berurutan 2)Ketersasulan 3)Rima 4)Bahasa rahsia 5)Perubahan bunyi

Fonologi yang mengkaji segmen dikenali sebagai fonologi segmental Unit bahasa yang tidak boleh disegmentalkan dikenali sebagai

suprasegmental-e.g tekanan dan nada

Page 23: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

 3) Fonem

Unit bunyi terkecil yang membezakan makna Setiap bahasa ada fonem berbeza(inventori fonem yang berbeza) Setiap bahasa ada pola atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi2

tersebut (meskipun dua bahasa itu memiliki fonem yang sama namun distribusi/penyebaran berbeza e.g /k/ dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

4) Kaedah penentuan fonem dan alofon

1. Kaedah Pasangan Minima

    Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya: 

[tari] [dari]

[patah] [padah]

[tuli]  [ duli]

[saku]  [sagu]  

[kari] [gari]

[pakar] [pagar]  

Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza.

Page 24: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

2. Kaedah Pasangan minima terdekat.

Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini, sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik) hadir pada lingkungan yang sam a dalam dua perkataan yang berbeza makna dan maka kedua-dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu fonem). Sebagai contohnya: 

Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza. Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu pula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza-beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen-segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yang berbeza.

3. Kaedah Penyebaran saling melengkapi

Kaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir di Iingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan awal kat a (ia hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalam lingkungan saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan penyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi kehadiran segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah:

Page 25: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

[kita] [suka] [to]

[kaju] [baki] [soro]

[kalau] [tSuka] [gaga]

Contoh-contoh perkataan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa lingkungan yang boleh dihadiri oleh segmen [k] dan [] adalah saling lengkap melengkapi . Segmen [k] hanya boleh hadir di lingkungan awal dan tengah kata rnanakala segmen [] pula hanya boleh hadir di akhir kata. Oleh yang dernikian, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem.

4. Kaedah Variasi bebas

Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segrnen sebagai alofon. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan.

Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan [orang] dan [�rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [�] bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonern Daiam kes bahasa Melayu, segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas berbanding dengan

Definisi Fonologi

 

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

 

Alat-alat sebutan

Page 26: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bunyi Bahasa Melayu

 

Definisi Fonologi

 

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

 

Alat-alat sebutan

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

 

Bibir

Gigi

Gusi Lelangit keras

Lelangit lembut

Anak tekak

Lidah

 

Rongga tekak

Rongga mulut

Rongga hidung

Paru-paru

Peti suara dan pita suara

 

 

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.

     Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.

(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

 

Page 27: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

 

 

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

 

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong.

Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.

Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.

Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.

Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai  vokal.

Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.

Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.

Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.

Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

 

Vokal

Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.

Lambang fonetik Contoh perkataan Nota

[a] anak, tanah, lada

[è] ela, semak, sate

[i] iring, kita, seri

[] emak, betul Tidak terdapat di hujung

Page 28: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

perkataan

[o] obor, botak, moto

[u] ular, sultan, saku

 

Konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.

Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut,  dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.

[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

 

Fonem

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.

Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.

Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.

Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.

Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.

Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

 

Alofon

Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.

Page 29: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.

Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.

Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

 

Suku Kata

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.

Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

 

1. Kata tunggal satu suku kata

Suku kata Contoh

KV yu

VK am

KKVK draf, gred. brek

 

2. Kata tunggal dua suku kata

Suku Kata Contoh

V + KV ibu, ela, era

V + VK air, aib

V + KVK adat, emas

VK + KV anda, unta, angsa

Page 30: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

VK +  KVK antah, untuk, ingkar,

KV + KVK bukan, dekat

 

3. Kata tunggal tiga suku kata

Suku Kata Contoh

KV+V+KV biasa, cuaca, suara

KV + V +KV kaedah

V + KV + V abai, usia

KV+KV+VK maruah, peluang

KV+KVK+KVK kelompok, kumandang

 

4. Kata tunggal empat suku kata

Suku Kata Contoh

KV+KV+KV+KV panorama

KV+KV+KV+KVK masyarakakat

KVK+KV+V+KV sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:

universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

 

(kembali ke laman utama)

Pengenalan

Page 31: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam

menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau

dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu

Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula

menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan

cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

Kemahiran-kemahiran Asas dalam Kemahiran Lisan

Kemahiran Mendengar

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat

mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan

mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran

mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada

faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar

pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya

seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia

boleh:

Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.

Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.

Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar

perkataan.

Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

Mendengar secara kritikal.

” auding”

Mengikut arahan.

Memahami urutan atau sekuan.

Page 32: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Mengingat kembali.

Menentukan idea utama / terpenting.

Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan.

Kemahiran Bertutur

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah

kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-

bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi,

nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu

linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang

nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa,

perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud

atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi

mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu

aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Kepentingan Kemahiran Lisan

Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum

mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus

mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak

membaca dan menulis.

Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa

kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap.

Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan

Page 33: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan

lambang-lambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah

melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran.

Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan

kanak-kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan

antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-

lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai

perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat

mengeluarkan pendapat dengan jelas.

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan,

intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan

menguntungkan pembinaan bahasa yang baik. Struktur ayat,

pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah

dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang

betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.

Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan

lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang

banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan

perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan

kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

Pengesahan Kelemahan Lisan

Page 34: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati

setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan

gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus

dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang

antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa

Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik

bahasa.

Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.

Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek

pengamatan pendengaran.

Mendengar secara kritikal.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid

dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan

kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-

perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang

khusus berkaitan ”auding”.

Cara Mengatasai Kelemahan Lisan

Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru

oleh murid-murid.

Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

Page 35: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama

kelemahan khusus murid-murid.

Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid

berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan

sebagainya.

Perkara-perkara Asas dalam Pengajaran Lisan

Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut

perlu diberi

perhatian :

Ujaran yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.

Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan

cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.

Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia

ada

murid.

Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap

mengenai

perkara-perkara tertentu.

Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.

Page 36: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih

bahan-bahan

mereka sendiri.

Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada

darjah

pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :

- Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil

bahagian

- Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika

sesuatu ketika.

- Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan

oleh si penutur.

Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan

hanya untuk

sekali dua sahaja.

Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran

yang

berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.

Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan

jika

didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat

secara

spontan.

Page 37: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Kepentingan Kemahiran Lisan. Written by Mohamad Hairani Sharif    Sunday, 18 March 2012 10:07  

Pengenalan

Manusia secara amnya dilahirkan boleh bercakap dan walaupun bayi tidak

dilahirkan dengan keupayaan untuk terus bercakap namun mereka

menggunakan tangisan dan gerak-geri untuk menyampaikan maksud dan

kemahuan. Mereka juga dapat menerima mesej yang kita cuba sampaikan

dengan memahami bahasa isyarat dan gerak-geri kita.

Kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) merupakan salah satu aspek

kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan

seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga

seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan

seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini

bermakna ia merupakan satu kemahiran yang penting kerana murid-murid yang

menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi

cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik.

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR)

menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Melayu

bertujuan :

a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam

Page 38: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah.

b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa

yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti

perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya

serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

 Kepentingan Kemahiran Lisan

Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta

lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan

sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.

Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak

mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah

biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya

mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan

perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka

akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa

dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan

demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas,

sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan

tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan

pembinaan bahasa yang baik. Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek

nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung.

Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas

Page 39: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

bahasa yang kukuh.

Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat

awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan

menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka

dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

Membina Kemahiran Lisan

Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi

perhatian :

Ujaran yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.

Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk

didengar oleh pendengar yang ada.

Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada

murid.

Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-

perkara tertentu.

Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.

Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan

mereka sendiri.

Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah

pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :

- Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.

Page 40: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

- Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.

- Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh si

penutur.

Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk

sekali dua sahaja.

Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang

berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.

Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika

didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara

spontan.

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap

sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti

lisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina

serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid

untuk:

Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa

Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.

Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.

Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan

pendengaran.

Mendengar secara kritikal.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan

menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-

Page 41: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

sebutan atau pengujaran murid-murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara

yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan

”auding”.

Cara Mengatasai Kelemahan Lisan

Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-

murid.

Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan

khusus murid-murid.

Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui

susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan

Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut :

a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)

Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga

Page 42: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

perkara asas iaitu :

- guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh

yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan

dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti.

- guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad imbasan,

bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan

digunakan dalam proses P & P.

- guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu

berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan

murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau

melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.

b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P&P ).

Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting iaitu :

- murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana yang diarahkan.

- guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan

atau berpasangan bahkan secara individu sekiranya perlu.

c) Peringkat susulan dan penilaian.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan

susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru

boleh menentukan sama ada :

- objektif pengajarannya tercapai atau tidak.

- murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang

Page 43: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

- apakah kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran berkenaan.

- berdasarkan maklum balas yang diperolehinya, guru boleh

membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting, guru

boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada

aktiviti pengayaan atau pemulihan.

Kesimpulan

Guru adalah pemain peranan yang penting untuk memastikan kejayaan murid-

murid menguasai kemahiran lisan. Guru mesti faham, sedar dan pandai

menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu.

Untuk memastikan keberkesanan pengajaran kemahiran lisan, maka guru-guru

mesti memastikan :

- guna bahasa baku (standard) iaitu bahasa yang ditutur oleh

penutur asli.

- haruslah berdasarkan pengajaran lisan - komunikasi dua hala

antara guru dan murid (speaker ang listener).

- mesti mengikut susunan iaitu bermula dengan mendengar,

bertutur, membaca dan menulis.

Page 44: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Fonologi bahasa Melayu Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana ini membincangkan sistem fonologi bahasa Melayu, merangkumi konsonan, vokal dan gaya penyebutan yang terdapat dalam bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Isi kandungan [sorokkan]

1 Konsonan 2 Vokal

o 2.1 Diftong dan deretan vokal 3 Bibliografi

[sunting] Konsonan

Carta IPA konsonan Melayu Baku

DwibibirBibir-gigi

GusiLelangit-

gusiLelangit Velar Uvular Glotis

Sengauan m [m] n [n] ny [ɲ] ng [ŋ]

Letupan / Hentian

p [p]b [b]

t [t]d [d]

k [k]g [ɡ]

(q [q])-

k [ʔ]

Page 45: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Letusanc [tʃ]j [dʒ]

Geseran(f [f])(v [v])

s [s](z [z])

(sy [ʃ])-

(kh [x])(gh [ɣ])

h [h]-

Malaran tak geser

y [j] w [w]

Sisian l [l]

Getaran r [r]

Fonem-fonem yang dibubuh tanda kurungan dalam jadual di atas merupakan konsonan pinjaman dari bahasa asing: [v] dari bahasa Inggeris, selebihnya dari bahasa Arab.

Selain yang di atas, wujudnya juga konsonan penegas dari bahasa Arab yang tidak diterima umum sebagai bunyi pinjaman yang sah dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya disebut oleh sebilangan penutur sahaja. Konsonan penegas ini menumpukan pembunyiannya pada farinks serentak dengan suatu daerah artikulasi lain.

Konsonan (IPA) Huruf Arab Contoh kata pinjaman

Geseran farinks tak bersuara [ħ] ح halal

Geseran gusi tak bersuara berfarinks [sˁ]

ص solat

Letupan gusi bersuara berfarinks [dˁ] ض darurat

Letupan gusi tak bersuara berfarinks [tˁ] ط tayyiba

Page 46: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Geseran gusi bersuara berfarinks [zˁ] ظ zohor

Letupan glotis berfarinks [ʔˤ] ع alam, ilmu

[sunting] Vokal

Bahasa Melayu Baku mempunyai sembilan vokal termasuk enam vokal asli dan tiga fonem pinjaman.

Carta IPA konsonan Melayu Baku

Depan Pusat Belakang

Sempit-

i /i/u /u- 7

Separuh sempit-

e~i /e/o~u /o

-

Tengah e~a /ə/

Separuh luas-

(e~a /ɛ/) 3,4

(o~u /ɔ/) 3,4

-

Luas-

a /a/ 7

-(a /ɑ/) 5,6

Catatan fonologi:

1. Ultima tertutup bagi perkataan asal akan menyebabkan [i] disebut sebagai [e] manakala bagi [u] ialah [o].

Page 47: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

2. Ultima terbuka bagi perkataan asal pula menyebabkan [a] disebut sebagai [ə] dan ini juga terjadi kepada suku kata sebelumnya sekiranya ultima tersebut mempunyai h sebagai konsonan awal.

3. Sesetengah perkataan mempunyai vokal [ɛ] dan [ɔ] untuk kata pinjaman kini dari bahasa Inggeris, misalnya pek [pɛk], kos [kɔs] manakala perkataan yang lebih awal dipinjam seperti pesta disebut [pestə].

4. Sesetengah loghat daerah membezakan vokal (depan dan belakang) separuh sempit dan separuh luas. Contohnya, dalam loghat Kedah:

1. [modɛ] ("modal")2. [bɔrak] ("bohong")

5. [ɑ] merupakan alofon bagi /a/ yang disebut sebelum atau selepas konsonan penegas dalam kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: qari [qɑri].

6. Sesetengah loghat daerah membezakan vokal depan dan belakang luas. Contoh: [ɡulɑ] ("gulai", loghat Sungai Perak).

7. Sebutan a lebih luas dalam nyanyian. Sebutan u biasa ditukar kepada [ɯ] dalam nyanyian tidak termasuk nyanyian rasmi seperti aku dinyanyikan sebagai [akɯ]. Pertukaran fonem dalam nyanyian juga berlaku dalam bahasa Jepun.

[sunting] Diftong dan deretan vokal

Bahasa Melayu ada tiga fonem diftong (geluncuran dua vokal dalam satu suku kata) jati yang hanya terdapat dalam suku kata terbuka, iaitu:

/aiN/: kedai, pandai /auN/: kerbau, aura /oiN/: dodoi, amboi

Diftong /ei/ dari kata pinjaman, seperti Mei dan esei hanya disebut /e/. Ciri ini juga berlaku terhadap /ou/ yang menjadi /o/.

Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam dua suku kata, contohnya:

/a-i/: kain /a-u/: laut

Sungguhpun tidak dibezakan dalam ejaan rumi masa kini, namun diftong dan vokal rangkap ada perbezaan dalam ejaan Jawi, yang mana huruf vokal dalam vokal rangkap dipisahkan oleh huruf hamzah (ء); contohnya: الءوت laut, huruf vokal diftong pula dibiarkan bersambung.

Gabungan vokal berikut diterima sebagai geluncuran vokal antara dua suku kata, tetapi jika dilafazkan dengan cepat, bunyinya seakan-akan diftong.

/ia/: meriah /iu/: liur /ua/: luar

Page 48: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

/ui/: kelui

Berbeza pula dengan perkataan yang kata dasarnya berakhir dengan fonem vokal tetapi diimbuhkan dengan akhiran -i, yang mana tiadanya geluncuran antara vokal-vokal berkenaan, sebaliknya terlafaznya kesan 'hentian'. Contohnya: /a.i/ dalam perkataan mengenai. Begitu juga dengan gandingan vokal sama antara dua suku kata, seperti saat /sa.at/.

[sunting] Bibliografi

Indirawati Haji Zahid, Mardian Shah Omar [2006]. Fonetik dan fonologi, PTS Professional. ISBN 9833585639. URL dicapai pada 24 Disember 2009.

Abdullah bin Hassan [2007]. bab: “6”, Linguistik am, PTS Professional. ISBN 9833376185. URL dicapai pada 24 Disember 2009.

[tunjuk]

p • b • s

Fonologi bahasa dunia

Page 49: PENGHASILAN BUNYI KONSONAN