35
BML 3043 Fonetik dan Fonologi Bahasa Malaysia

Konsonan Dan Vokal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fonetik dan fonelogi

Citation preview

BUNYI-BUNYI FONEM, KONSONAN DAN VOKAL BESERTA CONTOH BUNYI-BUNYI PERKATAAN PADA AWAL, TENGAH DAN AKHIR KATA.

BML 3043Fonetik dan Fonologi Bahasa Malaysia

DEFINISI FONETIKBertil Malmberg ( 1968 ) iaitu seorang ahli fonetik Perancis telah mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Menurutnya lagi, fonetik ialah pengkajian yang lebih memberatkan penglahiran bahasa bukan kandungannya. Hal ini bermaksud perkara yang dipentingkan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan, bukannya makna yang cuba disampaikan.

DEFINISI FONEM(a) Fonem ialah unit terkecil dan abstrak yang membezakan makna dan fungsinya.(b) Menurut kamus dewan edisi keempat, fonem ialah unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata.(c) Contohnya dapat dilihat dalam perkataan palang /pala/ [pala], galang /gala/ [gala]. Dalam hal ini, konsonan /p/ dan /g/ dianggap sebagai fonem yang berbeza.

(A) FONEM MAJMUK (COMPOUND PHONEME)

(i) Gabungan fonem vokal dalam satu suku kata.(ii) Contohnya diftong /ai/, /au/ dan /oi/ sebagai satu unit fonologi.

(B) FONEM PENGGALAN (SEGMENTAL PHONEME)(i) Terhasil daripada analisis pertuturan kontinum kepada penggalan yang beerti.(ii) Contohnya, /p/ /a/ /l/ /a/ // palang.

DEFINISI VOKAL (a) Vokal merupakan segmen bunyi yang dihasilkan apabila udara ditekan keluar dari paru-paru dengan menggetarkan pita suara tanpa penyekatan udara yang signifikan di ruang oral.(b) Pengkelasan vokal BM adalah berdasarkan kepada sistem kardinal yang telah dihasilkan oleh Daniel Jones (1956).(c) Menurut Farid Onn(1980), vokal BM terbahagi kepada 6 iaitu /a/, /e/, /o/, /u/, // dan /i/

RAJAH: VOKAL BAHASA MELAYU Depan Tengah BelakangTinggi i u Separuh e oTinggi

Rendah a

(d) Vokal dibunyikan berdasarkan kepada dimensi-dimensi atau ciri-ciri seperti di bawah:-

(i) Tinggi* Ada 2 vokal tinggi dalam BM iaitu vokal depan /i/ dan vokal belakang /u/ - berkeadaan tinggi dalam rongga mulut. * Semasa membunyikan vokal depan tinggi /i/, hujung lidah dinaikkan tinggi menghampiri lelangit keras dan bibir dihamparkan. Udara keluar dari paru-paru melalui pita suara dan rongga mulut. * Begitu juga dengan vokal belakang tinggi /u/; belakang lidah dinaikkan tinggi mengarah ke lelangit lembut dan bibir dibundarkan apabila menghasilkan bunyi tersebut. Udara keluar dari paru-paru melalui pita suara dan rongga mulut.

CONTOH-CONTOH PERKATAANVokal Tinggi /i/

Vokal Tinggi /u/AwalTengahAkhir/ibu/ [ibu]/pintar/ [pinta]/api/ [api]/ikan/ [ikan]/biak/ [bia]/rapi/ [rapi]

AwalTengahAkhir/unta/ [unt]/buku/ [buku]/balu/ [balu]/upah/ [upah]/bua/ [bu]/bau/ [bau]

(ii) Vokal separuh tinggi

* Ada 2 vokal separuh tinggi dalam BM iaitu vokal depan /e/ dan vokal belakang /o/.* Bagi vokal depan/e/, hujung lidah dinaikkan separuh tinggi ke lelangit keras dan bibir dihamparkan. Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara dan rongga mulut. Pita suara bergetar dan bunyi bersuara dihasilkan.* Bagi vokal belakang /o/ pula, belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke lelangit lembut dan bibir dibundarkan. Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara dan rongga mulut. Pita suara bergetar dan bunyi bersuara dihasilkan

VokalAwalTengahAkhir/e//enak/ [ena]/tele/ [tele]/tauge/ [tauge]/o//onak/ [ona]/tolo/ [tolo]/koko/ [koko]

9

(iii) Vokal Rendah

* Vokal rendah BM terdiri daripada vokal /a/. Semasa menghasilkan vokal rendah /a/, lidah diturunkan serendah-rendahnya dan bibir dihamparkan. Udara keluar dari paru-paru melalui pita suara dan rongga mulut. Pita suara bergetar dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi bersuara.

(iv) Vokal Tengah // * Tengah lidah dinaikkan separuh tinggi mengarah ke lelangit keras dan bibir dihamparkan dan udara keluar dari paru-paru melalui pita suara dan rongga mulut. Vokal tengah// merupakan bunyi bersuara.

CONTOH PERKATAANVokal Rendah /a/

Vokal Tengah //AwalTengahAkhir/ambil/ [ambel]/makan/ [makan]/bara/ [bar]/abu/ [abu]/alan/ [alan]/puaka/ [puwak]

AwalTengahAkhir/mak/ [ma]/pnat/ [pnat]/pada/ [pad]/mpat/ [mpat]/pluh/ [peloh]/lama/ [lam]

Urutan Vokal BM1. Urutan vokal ialah dua atau lebih vokal yang hadir berurutan sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. 2. Kehadiran vokal berurutan dalam BM ini memperlihatkan ada dua bentuk penghasilan bunyi sama ada dibunyikan secara bisilabik iaitu terpisah suku kata (V.V) atau secara tautosilabik (diftong) iaitu satu suku kata (VV). 3. Manakala urutan vokal yang terpisah suku kata boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu pertama, urutan vokal yang dihadiri oleh konsonan (V.KV) seperti dalam perkataan /buah] [bu.wah], /diam/ [di.yam] dan /guna + an/ [gu.na.an] dan kedua urutan vokal tanpa dihadiri sebarang konsonan (V.V) seperti dalam perkataan /kain/ [ka.en], /main/ [ma.en], /daik/ [da.e], /paut/ [pa.ot], /laut/ [la.ot] dan /sauh/ [sa.oh].

Urutan Vokal BM5. Urutan vokal (V.V) yang tidak dihadir sebarang konsonan di antara urutan vokal dikenali sebagai heterosilabik atau hiatus.6. Manakala, urutan vokal (VV) yang dibunyikan sebagai satu fonem, yakni tanpa memisahkan urutan vokal tersebut dikenali sebagai diftong. Dalam BM terdapat tiga jenis diftong iaitu diftong /au/, /ai/ dan /oi/. Contoh, dalam perkataan /kalau/ [kalau], /lambai/ [lam.bai] dan /kaloi/ [ka.loi]7. Oleh itu, struktur permukaan urutan vokal BM boleh terdiri daripada tiga bentuk-bentuk suku kata seperti yang berikut:Bentuk-bentuk suku kata bagi urutan vokal BMa. V.KVb. V.Vc. VV

DIFTONG* Diftong merupakan urutan vokal atau dua deretan vokal yang hadir serentak sama ada di awal, tengah dan akhir kata. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Hal ini bermaksud bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.

JENIS-JENIS DIFTONG DALAM BM * Terdapat tiga jenis diftong dalam BM iaitu /ai/, /oi/ dan /au/. Dalam diftong /ai/, bunyi vokal /i/ akan menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya. Begitu juga bunyi /i/ pada diftong /oi/ dan bunyi /u/ pada diftong /au/. Namun demikian, tidak banyak perkataan yang mengandungi diftong /oi/ dalam BM.

DIFTONG [ai]Hujung lidah menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnyalelangit lembut dinaikkanpita suara bergetarKedudukan lidah pada posisi menghasilkan bunyi vokal [a] dan cepat beralih kepada bunyi [i] Bahagian depan lidah yang dinaikkan tidak benar-benar sampai kepada posisi seperti melafazkan bunyi [i]Contoh:[#pandai#] (pandai)[#sampai#] (sampai)[#tapai#] (tapai)Bentuk bibir dalam keadaan neutralpembukaan rahang sederhana dan luas

DIFTONG [au]Bibir pada mulanya tidak dalam keadaan bundar tetapi menjadi bundar apabila hampir selesai lafaz bunyi ini.Hujung lidah hampir menyentuh gigi depan bawahKedudukan lidah secara anggaran pada posisi seperti melafazkan bunyi [a] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal [u]Contoh bunyi[ #pulau#] (pulau)[#kalau#] (kalau)[#kerbau#] (kerbau)Pembukaan rahang sederhana dan luas.

DIFTONG [oi]Bentuk bibir bundar pada geluncuran pertama tetapi menghampar semasa hampir selesai melafaznyaKedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi vokal [o] dan cepat beralih kepada bunyi [i]Contoh:[#sepoi#][ #kaloi#][#amboi]Pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah luas

DEFINISI KONSONANKonsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Terdapat 2 jenis konsonan dalam BM iaitu konsonan oral dan konsonan nasal. Konsonan oral terhasil melalui rongga oral dan konsonan nasal terhasil melalui rongga nasal.Konsonan BM terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli BM ialah konsonan yang sedia ada pada penutur Melayu itu sendiri dan tidak melalui sebarang perlakuan adaptasi.

KONSONAN BAHASA MELAYU Daerah Artiku Cara lasiArtiku lasi DuaBibirGusiGusi Lelangit KerasLelangitKerasLelangitLembutGlotisHentianp bt dk gLetusan Sengauan m n GeseransGetaran rSisian lSeparuh Vokal w y

KONSONAN LETUPAN /p/ DAN /b/ * Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi letupan dua bibir tidak bersuara /p/. * Apabila pita suara dirapatkan, arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara danbunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara /b/.

KonsonanAwalTengahAkhir/p//palu/ [palu]/lapik/ [lape]/atap/ [atap]/b//batik/ [bate]/rabun/ [rabon]/adab/ [adap]

LETUPAN /t/ DAN /d/Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan,arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.Cara membunyikan konsonan /d/ sama seperti membunyikan konsonan [t]. Yang berbeza ialah pita suara dirapatkan, arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara /d/.KonsonanAwalTengahAkhir/t//takut/ [takot]/batas/ [batas]/padat/ [padat]/d//dalam/ [dalam]/tanduk/[tando]/abad/ [abad]

LETUPAN /k/ DAN /g/Bunyi konsonan /k/, dihasilkan dengan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru melalui rongga hidung. Pita suara di renggangkan.Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta. Cara membunyikan konsonan /g/ sama seperti membunyikan konsonan /k/. Yang berbeza ialah:1.Pita suara dirapatkan .2.Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.

KonsonanAwalTengahAkhir/k//kala/ [kal]/makan/ [makan]/tamak/ [tama]/g//garam/ [garam]/pagar/ [paga]/dialog/ [dailog]

HENTIAN GLOTIS //Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan sepenuhnya.Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara.Dalam BM, konsonan /k/ berubah menjadi hentian glotis [] di posisi akhir kata suku kata atau di posisi koda. Konsonan /k/ kekal sebagai velar /k/ apabila berada di posisi awal suku kata atau di posisi onset. Oleh itu hentian glotis [] tidak hadir di awal kata dalam BMContoh perkataan:-

AwalTengahAkhir-/laksa/ [las]/anak/ [ana]-/rakyat/[rayat]/budak/ [buda]

KONSONAN LETUSAN // DAN //Bagi menghasilkan bunyi letusan lelangit keras gusi tidak bersuara //, hadapan lidah dirapatkan ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan, arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.Cara menghasilkan bunyi letusan lelangit keras bersuara // adalah sama dengan cara menghasilkan bunyi letusan lelangit keras tak bersuara // kecuali arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.

KonsonanAwalTengahAkhir///ara/ [ar]/lai/ [lai]-///ala/ [al]/kani/ [kai]/kole/ [kole]

KONSONAN GESERAN /s/Konsonan geseran gusi tidak bersuara /s/:(a)Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.(b)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)Pita suara di renggangkan.(d)Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara(e)Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi.

AwalTengahAkhir/silap/ [siyap]/lasak/ [lasa]/pdas/ [pdas]/satu/ [satu]/lsu/ [lsu]/lmas/ [lmas]

KONSONAN GETARAN /r/Konsonan getaran gusi bersuara /r/:(a)Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)Pita suara dirapatkan.(d)Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara.(e)Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah.AwalTengahAkhir/rapat/ [rapat]/tiram/ [tiram]/sabar/ [saba]/rugi/ [rugi] /sram/ [sram]/bsar/ [bsa]

KONSONAN SISIAN /l/Konsonan sisian gusi bersuara /l/:(a)Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)Pita suara dirapatkan.(d)Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.(e)Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

AwalTengahAkhir/lampu/ [lampu]/balak/ [bala]/pdal/ [pdal]/lama/ [lam]/balu/ [balu]/tbal/ [tbal]

KONSONAN NASAL /m/Konsonan sengau dua bibir bersuara /m/: * Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.* Bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara.

AwalTengahAkhir/malam/ [malam]/tmpat/ [tmpat]/kolm/ [kolam]/masuk/ [maso]/rmpit/ [rmpet]/tanam/ [tanam]

KONSONAN NASAL /n/Konsonan sengau gusi bersuara /n/. Cara membunyikannya:Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara /n/ seperti pada perkataan berikut:

AwalTengahAkhir/naga/ [nag]/tanam/ [tanam]/rotan/ [rotan]/nasi/ [nasi]/panau/ [panau]/lambat/ [lambat]

KONSONAN NASAL //(e)Konsonan sengau lelangit lembut bersuara //. Cara membunyikannya: * Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan dan digetarkan.Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.

AwalTengahAkhir/ilu/ [ilu]/bika/ [bik]/lala/ [lala]/ri/ [ri]/rakap/ [rakap]/tula/ [tula]

KONSONAN NASAL //Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara // :- * Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan digetarkan.Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung. Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

AwalTengah/aris/ [ares]/baak/ [baa]/aman/ [aman]/sap/ [sap]

SEPARUH VOKAL /w/Separuh vokal dua bibir bersuara /w/:(a)Bibir di bundarkan.(b)Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.(c)Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung.(d)Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.(e)Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan bunyi separuh vokal bersuara/w/.

AwalTengahAkhir/waya/ [waya]/kawan/ [kawan]/takraw/ [taraw]

SEPARUH VOKAL /y/Separuh vokal lelangit keras bersuara /j/. Cara membunyikannya:(a)Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.(b)Bibir di hamparkan.(c)Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.(d)Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal /y/.

AwalTengah/yakin/ {yaken]/payu/ [payo]/yuran/ [yuran]/saya/ [saya]

KESIMPULANBunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.