Upload
nurulatirahabdrahim
View
2.980
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Edaran : PakarHowTo.Com
Terdapat lapan konsonan pinjaman yang amat kerap digunakan dalam bahasa Melayu.Semua konsonan tersebut merupakan konsonan geseran,iaitu konsonan geseran bibir-gigi tak bersuara yang dilambangkan dengan huruf f dan yang bersuara,v,konsonan geseran gigi tak bersuara,th dan yang bersuara,dh,konsonan geseran gusi bersuara,z,konsonan geseran gusi -lelangit keras tak bersuara,sy,dan konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara,kh dan bersuara,gh.
Konsonan Geseran Bibir-Gigi – [f] dan [v]
Konsonan geseran bibir gigi dihasilkan dengan cara bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya menjadi
sempitan.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.Arus udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dengan gigi atas.
Jika semasa menghasilkan bunyi itu,glotis direnggangkan,pita suara tidak bergetar.Maka bunyi yang terhasil ialah
konsonan geseran bibir gigi tak bersuara,iaitu f.Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,maka bunyi
yang terhasil ialah konsonan geseran bibir-gigi bersuara,v.
Contoh:Fikir
Variasi
Konsonan Geseran Gigi-[th] dan [dh]
Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah.Lelangit lembut dinaikkan
rapat ke dinding belakang rongga tekak.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah
gigi.
Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,konsonan yang dihasilkan ialah konsonan
geseran gigi tak bersuara,yang dilambangkan dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf iaitu th.Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran gigi
bersuara,yang dilambangkan dengan dh.Dalam ejaan rumi baharu,th dan dh telah diubah menjadi s dan d.
Contoh:thalji/salji
Mudharat/mudaratKhadi/kadi
Konsonan geseran gusi bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga
tekak.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergesel dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi.Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar
Contoh:ZahirAzamaziz
- Konsonan gusi-lelangit keras tak bersuara ini dihasilkan dengan bahagian belakang depan lidah
ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.Arus udara dari
paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergesel di daerah pertemuan antara
depan lidah dengan sempadan gusi-lelangit keras.Glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar.Dalam ejaan rumi,bunyi ini dilambangkan dengan deretan dua huruf,sy.
Contoh:SyaratisyaratQuraisy
Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut,yang
dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan
dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut.
Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara,yang
dalam sistem ejaan Rumi dilambangkan dengan deretan dua huruf,kh.Jika glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar,yang terhasil ialah konsonan geseran lelangit lembut bersuara,yang dilambangkan dengan gh.
Contoh:Maghrib
akhir
Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan
mempunyai satu puncak kelantangan.Diftong bertindak sebagai bunyi,tetapi dilambangkan dengan dua huruf vokal.Terdapat tiga diftong
dalam Bahasa Melayu,iaitu ai,au dan oi.
Untuk menghasilkan diftong ai,lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [a] dan kemudian
berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [i],tetapi tidak sehingga berada pada kedudukan tersebut.Hujung lidah menyentuh bahagian gigi
bawah.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut.Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.Bibir dihamparkan.
Contoh:HaiwanGhairah
Untuk menghasilkan diftong au,lidah berada kira-kira pada kedudukan vokal [a] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang
sempit [u].Pada mulanya,bibir terhampar menjadi semakin bundar.Lelangit lembut dinaikkan rapat
ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak.Glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar.
Contoh:Auratpulau
Untuk menghasilkan diftong oi,lidah mula-mula berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [o] dan
kemudian berubah kepada kedudukan vokal depan separuh sempit [i].Pada mulanya,bibir dibundarkan,tetapi
kemudian menjadi semakin hampar.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga tekak.Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Contoh:BoikotAmboi