Harapan Sebagai Seorang Guru

  • Upload
    sharon

  • View
    449

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

harapan sebagai seorang guru

Citation preview

Oleh hal yang demikian, sepanjang lebih kurang satu bulan tempoh praktikal ini, perkara yang paling utama sekali yang diharapkan, adalah guru pelatih dapat mempraktikkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di IPGM di sekolah. Ianya disusuli dengan latihan sebenar proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain itu, praktikum ini dapat membuka satu ruang pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai guru pelatih adalah bagi memantapkan lagi ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta pendekatan sedia ada. Hal ini akan menjana pengetahuan yang baru. Sememangnya, sekolah adalah salah satu gedung ilmu yang mempunyai banyak perkara yang boleh dijadikan sumber rujukan. Ilmu yang akan diperolehi itu akan bermakna kepada guru pelatih dalam menjana perkembangan ke arah pembinaan guru yang cemerlang.Selain itu, perlaksanaan proses akademik dan kokurikulum di sekolah adalah begitu kompleks sekali sifatnya kerana menjalinkan semua unsur ilmu itu menjadi satu dan diterjemahkan kepada pembentukan insan yang sempurna. Semuanya dijalankan sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial (JERI+S). Ianya ditadbir dengan pengurusan sekolah yang melibatkan sebahagian besar pihak guru itu sendiri dengan dibantu oleh sebahagian kecil sahaja pihak bukan guru.Justeru itu, praktikum yang akan dijalani nanti diharapkan akan dapat membantu saya mengetahui pengurusan di sekolah secara holistik. Hal ini akan dapat melatih saya kearah menguasai urus tadbir pengurusan sekolah yang sebenar. Ianya penting kepada guru pelatih kerana, guru akan terlibat sama secara langsung di dalam pengurusan sekolah apabila bertugas kelak.Pengurusan ini adalah perkara yang begitu rumit untuk dilaksanakan kerana melibatkan semua pihak dan kebanyakan hal. Kalau dilihat dari peringkat rendah sekali melibatkan tukang kebun, pengurusan kantin, pengkeranian dan operasi, pentadbiran, aktiviti kokurikulum sehinggalah ke peringkat lebih tinggi melibatkan perancangan jangka pendek/panjang sekolah adalah dilaksanakan sendiri oleh pihak sekolah. Ianya juga melibatkan proses melalui prosedur yang telah ditetapkan pihak kementerian kepada pengurusan sekolah. Semua itu, memerlukan kepada guru yang berpengetahuan dalam hal-hal pengurusan. Dengan itu, setelah berada dalam pengurusan sekolah selama tiga bulan ini diharapkan guru pelatih dapat mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan pengurusan aktiviti-aktiviti di sekolah selain daripada perlaksanaan proses P&P harian. Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum guru KPLI-SR untuk sesi kali ambilan januari 2009 ini, agar ianya akan dapat memberi kesan langsung kepada guru pelatih seperti saya, seperti apa yang telah diharapkanAntara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu akan dapat diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan profesional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina dan meningkatkan jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya berharap akan dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti.Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.