Contoh Teks Ucapan Pengerusi Majlis

Embed Size (px)

Citation preview

Zikir Munajat Pembersih jiwa Doa dipohon menjana taqwa bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya...., untuk itu, majlis mempersilakan fadhilatul ustaz ___________________________untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan Amin..ya rabbal alamin majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT. (ustaz) lembut bicara mengucapkan salam tangan dihulur penuh kemesraan majlis bermula bersulamkan kalam ahlan wa sahlan kami ucapkan >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Yang berusaha En. Markus Sungkiam, YDP PIBG SK Sahabat 16. Yang Berusaha, En. Jeniar bin Subeh, Guru Besar SK Sahabat 16.

2.

3. Turut berusaha - Pn. Aisyah Wong Abdullah (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum merangkap Pengerusi bagi Jawatantankuasa Majlis Khatam Al-Quran En Khaironi Jazuli (Guru Penolong Kanan Kurikulum) - En. Jaiti Adian (Guru Penolong Kanan HEM)

4. Yang dihormati Ustaz ustazah Guru guru AJK PIBG Ibu bapa

Dif dif jemputan

5. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2011 serta semua murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum................

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapatkita sama-sama berhimpun di Dewan SK Sahabat 16 pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan MajlisKhatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2011. Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah AlQuran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu budaya .Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita.. Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah.. 1. Bacaan Doa Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhl Ustz Mohd Yatimi bin Yassin bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.. - DOA Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhl Ustz Mohd Yatimi bin Yassin atas bacaan doa itu tadi... 2. Ucapan alu-aluan Guru Besar Aturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SK Sahabat 16, En. Jeniar bin Subeh. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

- UCAPAN

-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Jeniar bin Subeh atas ucapan beliau sebentar tadi. 3. Ucapan alu-aluan PIBG Sekolah Meneruskan aturcara pada pagi ini, dengan segalasukacitanya dipersilakan En. Markus Sungkiam, YDP PIBG SK Sahabat 16 bagi menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan..... UCAPAN PERASMIAN Jutaan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini maka rasmilah sudah MajlisKhatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Sahabat 16 pada pagi ini. Sebagai tanda penghargaan, dijemput En. Jeniar Subeh untuk memberikan cenderahati kepada perasmi. Untuk itu dipersilakan En. Markus Sungkiam bagi menerima cenderahati dari SK Sahabat 16.

4. Majlis Khatam Al-Quran Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun inidimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustz Mutholaah bi Hairi bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran. Dengansegala hormatnya dipersilakan... -MAJLIS KHATAM BERMULA Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh 122 orang murid SK Sahabat 16 sesi 2011. Tahniah diucapkan.

5. Persembahan Nasyid -HOLD SEHINGGA MENDAPAT LAMPU HIJAU DARI PEMBIMBING NASYIDHadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid _________ yang akan menyampaikan persembahan Nasyid yang bertajuk Al-Quran Teras Keilmuan dan Kemuliaan Ramadhan . Dengan sukacitanya dipersilakan. -NASYIDTerima kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman sidang dewan, Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Ustazah Maisarah Mastur dan Ustazah Subariati Naharu.

-------------------------------------------------------------------Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara 6. Penyampaian Cenderahati dan Sijil. Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada murid-murid khatam Al-Quran. Pada tahun in seramai ______ orang berjaya khatam Al-Quran mengikut kriteria yang ditetapkan.Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya YgBerusaha En. Jeniar Subeh, GB SK Sahabat 16 diiringi oleh Yg Berusaha GPK Kokurikulum, Pn. Aisyah Wong bt Abdullah bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnyadipersilakan.. -PENYAMPAIAN CENDERAHATIMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha En. Jeniar Subeh kerana sudi menyempurnakan majlis.7. Penyampaian Cenderahati kepada Guru.

Hadirin hadirat warga dewan yang dikasihi sekalian Dengan komitment dan usaha murni kalangan guru-gurukita, murid-murid bertuah ini mampu khatam Al-Quran dengan baik. Justeru bagi menghargai jasa-jasa mereka,cenderahati dihulur mengenang bakti. Moga Allah SWT juga yang akan membalasnya.Majlis dengan ini mempersilakan En. Markus Sungkiam , YDP PIBG SK Sahabat 16 diiringi oleh En Khaironi Jazuli (GPK Kanan 1) bagi menyampaikancenderahati kepada guru-guru Al-Quran yang terlibat dalam usaha memastikan anak didik mereka khatam Al-Quran dengan jayanya.. Dengan segala hormatnya dipersilakan..8.

Penutup Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2011 menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaandan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ibu bapa yanghadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya

Akhir adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan kami jua. Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan.Saya sudahi majlis dengan lafaz yangmulia...Wabillah....Majlis bersurai>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Al-Quran sebagai kitab dan panduan yang diturunkan oleh Allah adalah merupakan keutamaan yang perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan manusia. Mengingati sejarah dan pesanan junjngan besar Nabi s.a.w dalam Khutbah Haji Wada mengimbau betapa besarnya kedudukan al-Quran untuk dijadikan panduan dan pedoman sepanjang masa. Bertitik tolak untuk merealisasikan hasrat dan matlamat tersebut Unit Agama dan Moran Pejabat Pelajaran Gabungan Mukah merancang untuk mengadakan Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah, bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah menamatkan bacaan al-Quran pada tahun ini. Ianya juga bertujuan untuk memotivasikan para pelajar supaya terus menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup di samping dapat memberikan galakan kepada pelajar-pelajar yang lain supaya dapat bersama-sama berusaha untuk mengkhatamkan al-Quran. Semoga majlis yang dicadangkan dapat memberikan impak positif yang diharapkan. OBJEKTIF : Menjadikan al-Quran sebagai panduan kehidupan Memotivasikan murid supaya sentiasa berdamping dan menghayati alQuran

Memberikan

galakan

kepada

pelajar

lain

berusaha

ke

arah

mengkhatamkan al-Quran.