Upload
others
View
74
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JANUARI 2013
MAJLIS PERSARAAN PUAN FARIDAH BINTI SAAD JURUBAHASA MAHKAMAH 1
Majlis perpisahan Puan Faridah binti Saad, Jurubahasa Mahkamah 1 yang akan bersara pada 16 Januari 2013 telah diadakan di Tingkat 2, Bangunan Utama Mahkamah Perusahaan pada 14 Januari 2013. Majlis turut dihadiri oleh Y.A Puan Susila Sithamparam, Yang DiPertua Mahkamah Perusahaan Malaysia yang juga Pengerusi bagi Mahkamah 1.
PERHIMPUNAN WARGA MAHKAMAH PERUSAHAAN TAHUN 2013
Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur telah menganjurkan Perhimpunan Warga Mahkamah Perusahaan Tahun 2013 bertempat di Dewan Serbaguna, Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur pada 17 Januari 2013. Pada majlis tersebut Yang DiPertua Mahkamah Perusahaan Malaysia, Y.A Puan Susila Sithamparam telah menyampaikan amanat beliau sempena tahun 2013.
FEBRUARI 2013
MAJLIS PERPISAHAN ENCIK CHENG EAK PING PENOLONG PENDAFTAR MPKL
Majlis perpisahan Encik Cheng Eak Ping, Penolong Pendaftar Gred S41 Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur telah diadakan pada 15 Februari 2013 bertempat di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 5, Bangunan Straits Trading. Majlis perpisahan ini diadakan bersempena Encik Cheng Eak Ping yang akan bertukar ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Seremban pada 23 Februari 2013.
KURSUS LANJUTAN BAHASA INGGERIS BAGI SETIAUSAHA PEJABAT
Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Lanjutan Bahasa Inggeris Bagi Setiausaha Pejabat pada 18 Februari 2013 bertempat di Tingkat 5, Bangunan Straits Trading. Kursus tersebut dihadiri oleh semua Setiausaha Pejabat Mahkamah Perusahaan Malaysia termasuk Mahkamah Cawangan. Y.A Puan Susila Sithamparam, Yang DiPertua Mahkamah Perusahaan telah merasmikan Majlis Penutup Kursus Lanjutan Bahasa Inggeris Bagi Setiausaha Pejabat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus.
KURSUS PENYEDIAAN AFIDAVIT MELALUI eIC
Unit Latihan Mahkamah Perusahaan Malaysia telah menganjurkan Kursus Penyediaan Afidavit Melalui eIC pada 27 Februari 2013. Kursus tersebut melibatkan semua Penghantar Notis Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur dan telah diadakan di Bilik Latihan Unit ICT, Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR UITM CAWANGAN KEDAH
Seramai 74 pelajar program Pra-Ijazah Undang-Undang dan 2 orang pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur. Lawatan bermula dari pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang. Penerangan dan taklimat telah disampaikan oleh Y.A Dato' Jalaldin bin Hj Hussain dan dibantu oleh Y.M Raja Khairul Azahar bin Raja Ahmad dan Cik Noramirah binti Ali, Penolong Pendaftar Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur.
MAC 2013
TAKLIMAT PINDAAN AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969
Semua Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia yang juga Pengerusi Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) telah menghadiri Taklimat Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 pada 2 Mac 2013 bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
MAJLIS DIALOG BERSAMA YB MENTERI SUMBER MANUSIA
Majlis Dialog Pengerusi-Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia Bersama YB Menteri Sumber Manusia telah diadakan pada 5 hingga 7 Mac 2013 bertempat di Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP), Bandar Baru Baru Bangi.
MAJLIS PENYERAHAN BUKU DAFTAR ISTILAH MAHKAMAH PERUSAHAAN VERSI BAHASA TAMIL DAN BAHASA MANDARIN
Pada Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Mahkamah Perusahaan Suku Tahun Pertama yang diadakan pada 8 Mac 2013, satu majlis penyerahan Buku Daftar Istilah Mahkamah Perusahaan Versi Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin oleh Pengerusi Jawatankuasa Daftar Istilah Mahkamah Bagi Bahasa Tamil, Y.A Tuan P.Iruthayaraj dan Pengerusi Jawatankuasa Istilah Mahkamah Perusahaan Bagi Bahasa Mandarin, Y.A Tuan Eddie Yeo Soon Chye kepada Yang DiPertua Mahkamah Perusahaan Malaysia, Y.A Puan Susila Sithamparam dan Pendaftar, Encik Sritharan Kathirasen. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur.
BENGKEL OUTCOME BASED BUDGETING (OBB) DAN PENYEDIAAN BAJET 2014
Bengkel Outcome Based Budgeting (OBB) Dan Penyediaan Bajet Tahun 2014 telah diadakan pada 13 hingga 15 Mac 2013 bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Kursus tersebut melibatkan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Ketua Penolong Pengarah, semua Penolong Pendaftar dan kakitangan Unit Kewangan Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur.