16
TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk Majlis Perasmian Pembukaan dan ‘Hard Talk’ Palestine Grand Exhibition 2013 (14 Mei 2013 ) MC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia beserta dift-dift jemputan. Majlis mohon berdiri. Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita Hadirin dipersilakan duduk. Rujuk SALUTASI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat Datang Ke majlis perasmian pembukaan Palestine Grand Exhibition 2013 SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN, TERBANG SEIRING DITEPI KALI, SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN, MOGA DIIRINGI RESTU ILAHI. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi. Kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka kita sama-sama dapat berkumpul dalam Majlis Perasmian Pembukaan Palestine Grand Exhibition 2013. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim beserta dift-dift jemputan kerana sudi meghadirkan diri pada malam hari ini bagi merasmikan program Palestine Grand Exhibition 2013. *************************************************************************** ***

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

  • Upload
    dokhue

  • View
    412

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

Teks emcee untuk Majlis Perasmian Pembukaan dan ‘Hard Talk’

Palestine Grand Exhibition 2013

(14 Mei 2013 )

MC:

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, Timbalan Naib

Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia beserta dift-dift

jemputan.

Majlis mohon berdiri.

Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita

Hadirin dipersilakan duduk.

Rujuk

SALUTASI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat Datang Ke majlis perasmian pembukaan Palestine Grand Exhibition 2013

SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN,

TERBANG SEIRING DITEPI KALI,

SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,

MOGA DIIRINGI RESTU ILAHI.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi.

Kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka kita sama-sama dapat berkumpul dalam Majlis

Perasmian Pembukaan Palestine Grand Exhibition 2013.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A

Karim beserta dift-dift jemputan kerana sudi meghadirkan diri pada malam hari ini bagi

merasmikan program Palestine Grand Exhibition 2013.

***************************************************************************

***

Page 2: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

Hadirin yang dihormati,

Menadah tangan tanda kerendahan,

Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;

Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis pada malam ini, dengan sukacitanya dijemput saudara untuk

memimpin bacaan doa. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

***************************************************************************

***

Amin-Amin Yarabbalalamin. Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin sekalian, program ini adalah anjuran Kelab Sahabat Aqsa UKM

dengan kerjasama Kelab Pelajar Palestin (Palestine Students Association-(PSA) UKM.

Untuk makluman hadirin juga, tahun ini merupakan tahun kedua program ini dijalankan.

***************************************************************************

***

Sebagai pembuka tirai, majlis dengan hormatnya menjemput saudara Khalid b. Jimat,selaku

Ketua Pengarah Program Palestine Grand Exhibition 2013 untuk memberikan ucapan alu-

aluan. Majlis mempersilakan.

***************************************************************************

***

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Khalid b. Jimat atas ucapan beliau

sebentar tadi.

Para hadirin dan hadirat sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara Mohammed Ghazal selaku Presiden

Persatuan Pelajar Palestin untuk menyampaikan ucapannya. Majlis mempersilakan

I would like to invite Mohammed Ghazal, President of Palestinian Students Association to

deliver his speech.

………………………………………………………………………………………

Majlis Mengucapkan terima kasih kepada saudara Muhammad Ghazal atas ucapan sebentar

tadi.

Page 3: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

Seterusnya majlis menjemput wakil Al-Quds Foundation….. untuk menyampaikan

ucapannya.

Majlis mempersilakan.

I would like to invite En…., representative from Al-Quds Foundation to deliver his speech.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. …., wakil Al-Quds Foundation atas ucapan

beliau sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI,

BATANG JERAMI REBAH KE BUMI,

KEPADA TUAN SEMBAH DIBERI,

MOHON RASMIKAN MAJLIS KAMI

Tibalah masanya majlis dengan penuh takzimnya menjemput Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr

Othman A Karim, Timbalan naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti

Kebangsaan Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program

Palestine Grand Exhibition 2013 anjuran Kelab Sahabat Aqsa UKM dengan kerjasama Kelab

Pelajar Palestin (Palestine Students Association-(PSA) UKM .

**********************************************************************************

**

Usher menjemput perasmi untuk naik ke pentas.

Ucpan perasmi

Majlis menjemput saudara Khalid b Jimat dan En. Mohammed Ghazal naik keatas pentas

bagi mengiringi Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim .

Gimik perasmian.

Usher mempersilakan Perasmi, KP dan en. Mohammed Ghazal untuk ke tempat duduk.

Maka Dengan ini , Rasmilah sudah, Program Palestine Grand Exhibition 2013.

Page 4: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

Ribuan terima kasih kepada Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim atas ucapan perasmiannya

sebentar tadi,

Hadirin sekalian,

Mari kita sama-sama saksikan tayangan video yang disediakan

Persembahan Mua’dz Dzulkefly

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mua’dz Dzulkefly atas persembahan yang

bertenaga sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, bersempena dengan Program Palestine Grand Exhibition 2013, pada

malam ini akan berlangsung pidato “No slogan without Act”

Pidato ini akan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi aqsa Syarif

Berhad.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan

Sesi soal jawab

***************************************************************************

***

.Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor atas

pidato yang disampaikan sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Dr. Roohaida dan saudara khalid bin

jimat untuk mengiringi Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, bagi penyampaian

cenderamata.

Dijemput Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad bagi menerima

cenderamata

Seterusnya,

En…. Selaku wakil Al-Quds Foundation

Saudara Mua’dz b Dzulkefly.

*Hadiah kepada penaja (wamy, nasyid fm, isc) sekiranya hadir

Page 5: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

Hadirin dan hadirat sekalian.

seterusnya sebagai penghargaan majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr.

Roohaida untuk menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr Othman A

Karim, atas kesudian beliau datang bagi merasmikan program ini.

Seterusnya majlis mempersilakan Saudara Khalid b Jimat untuk menyampaikan cenderahati

kepada Dr. Roohaida Othman, Penasihat Kelab Sahabat Aqsa UKM.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis kita

pada malam ini.

Bagi pihak sekretariat penganjur, majlis jutaan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir ke

majlis ini. Terima kasih juga diucapkan semua pihak yang membantu dalam menjayakan

majlis pada malam ini. Sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Majlis mempersilakan dif-dif jemputan mengiringi Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr Othman A

Karim untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Page 6: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

SOLUTASI PGE 2013

SOLUTASI PEMBUKAAN

Yang Dihormati,

YBhg. Prof. Ir. Datuk Dr. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor,

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM

Yang Berbahagia,

Prof. Madya Dr. Roohaida bt Othman,

Penasihat Kelab Sahabat Aqsa.

Yang dihargai,

Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,

Pengerusi Aqsa Syarif Berhad,

YBhg. Prof. Madya Dr. Marlyna Maros,

Pengarah Internasional Students center

Yang juga selaku penaja program

Ustaz Nasharudin Mat Isa

Wakil dari Al- Quds Foundation,

Yang berusaha,

Saudara Khalid bin Jimat,

Pengarah program Palestin Grand Exhibition 2013,

Saudara Mohammed Ghazal,

President Palestinian Students Association

Saudara.......

Wakil penaja dari World Assembly of Muslim Youth ( WAMY ),

Saudara Muhd Firdaus bin Zamri,

Wakil penaja dari Nasyid fm.

Para jemputan,

Barisan dekan fakulti

Barisan pengetua kolej,

Saudara Ahmad Syukran Shaharudin

Presiden Persatuan Mahasiswa UKM,

Barisan Exco Kelab Sahabat Aqsa,

Page 7: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

Barisan Jawatankuasa Palestinian Students Association,

Serta hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.

SOLUTASI PENUTUPAN

Yang dihormati,

YBhg. Prof. Madya Dr. Marlyna Maros,

Pengarah Internasional Students center

Yang berbahagia,

Tuan Haji Kamarulzaman

Wakil dari Aqsa Syarif Berhad.

Saudara .................................................

Wakil dari PICOM

Yang berusaha,

Saudara Amin bin Azuwar

Timbalan Ketua Pengarah program Palestin Grand Exhibition 2013,

Saudara Mohammed Ghazal,

President Palestinian Students Association

Saudara..........................

Wakil penaja dari Pusat Islam.

Para jemputan,

Barisan pengetua kolej,

Presiden Persatuan Mahasiswa UKM,

Barisan Exco Kelab Sahabat Aqsa,

Barisan Jawatankuasa Palestinian Students Association,

Serta hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.

Page 8: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

SOLUTASI POV

Yang berusaha,

Saudari Najihah Bintti Jaafar

Selaku Timbalan Ketua Pengarah program PGE,

Saudara Mohammed Ghazal,

Presiden PSA

Yang dialukan,

Panel- panel jemputan,

En. Norazmi Talib

Peserta Misi Aqsa2Gaza

Dr. Fauziah Peserta Misi Aqsa2Gaza

Jes Ibrahim

Moderator kita pada malam ini,

Saudari Faruq Syahmi Arifin

Serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian

TEKS UCAPAN PERASMIAN PEMBUKAAN PROGRAM

UCAPAN PERASMIAN PEMBUKAAN PROGRAM

Yang dihormati,

Prof. Madya Dr. Roohaida bt Othman,

Penasihat Kelab Sahabat Aqsa.

Yang alukan,

Panel pidato pada malam ini,

Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,

Pengerusi Aqsa Syarif Berhad,

Page 9: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

Wakil dari Al- Quds Foundation,

Dan saudara Muadz Dzulkifli

Yang dihargai,

Wakil penaja dari World Assembly of Muslim Youth ( WAMY ),

Wakil dari Pusat Islam,

serta

Wakil dari Nasyid fm.

Yang berusaha,

Saudara Khalid bin Jimat,

Pengarah program Palestin Grand Exhibition 2013,

Saudara Mohammed Ghazal,

President Palestinian Students Association

Para jemputan,

Pengetua- pengetua kolej,

Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa UKM

Barisan Exco Kelab Sahabat Aqsa,

Barisan Jawatankuasa Palestinian Students Association,

Serta hadirin hadirat yang dirahmati sekalian

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan saya dilapangkan masa untuk menghadiri

majlis ini bagi merasmikan Majlis Perasmian Pembukaan Program Palestin Grand Exhibition

2013.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur program iaitu Kelab Sahabat Aqsa UKM

dan Palestinian Students Association kerana telah menjemput saya untuk merasmikan

program yang kali kedua di adakan di UKM ini. Saya amat berbesar hati atas jemputan ini.

Pertama sekali, ingin saya ucapkan syabas dan tahniah kepada mahasiswa/ i UKM diatas

segala curahan idea dan kerahan tenaga dalam merangkan dan merancang program Palestin

Grand Exhibition 2013 pada kali ini. Usaha- usaha begini amatlah digalakkan dan disokong

untuk merealisasikan harapan universiti untuk melahirkan mahasiswa /i yang bukan sahaja

cemerlang dalam bidang akdemik, malah turut cemerlang dalam pembinaan jati diri dan

semangat insaniah mereka. Melalui program- program seperti ini, mahasiswa/i bukan sahaja

dapat meningkatkan semangat daya usaha mereka, malahan mereka juga dapat mengenalpasti

Page 10: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

kemahiran yang ada dalam diri mereka dan berkemungkinan kemahiran yang dikenalpasti

tersebut dapat diaplikasi dalam dunia luar selepas tamat pengajian di kemudian hari. Selain

itu, seperti yang semua ketahui, pelaksanaan program yang besar sebegini amat memerlukan

komitmen dan kerjasama yang utuh dan hal ini akan melahirkan mahasiswa yang

menghormati pandangan dan kritikan orang lain selain dapat meningkatkan kemahiran

berinteraksi dengan baik dan bijak menggunakan cara komunikasi mengikut situasi yang

berbeza dengan pihak komuniti disekitarnya.

Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, pastinya UKM ingin melahirkan graduan

terkehadapan yang mendahului keperluan masyarakat untuk membangunkan modal insan

yang berupaya membangunkan negara. Demi melahirkan mahasiswa yang berani, kreatif,

berinovasi, proaktif dan fleksibel, pihak UKM memberikan galakkan kepada pelajar agar

melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan dan merancang aktiviti mengikut minat pelajar.

Justeru itu, UKM mengambil inisiatif untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan

kepada mahasiwa/i dengan menjadikan semua aktiviti pelajar di UKM sebagai aktiviti ko-

kurikulum yang diberikan kredit.

UKM bukan sahaja prihatin terhadap kecemerlangan mahasiswa/i nya, malah turut cakna

dalam krisis kekejaman yang dialami oleh rakyat Palestin. Seperti yang kita semua ketahui

isu Palestin bukanlah satu isu yang baru dalam dunia Islam dan masyarakat antarabangsa,

bahkan turut menjadi isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan negara. Isu

Palestin melibatkan hak asasi manusia sebagaimana yang digariskan oleh Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Sesungguhnya, tindak tanduk yang tidak bertimbang rasa oleh

tentera Israel seperti pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda dilakukan di

wilayah Gaza perlu dikecam dan dikutuk oleh seluruh masyarakat di dunia. Perkara ini juga

turut melibatkan pencabulan undang-undang antarabangsa, pencerobohan, dan kezaliman

yang dilakukan oleh manusia kepada manusia.

Antara kekejaman yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin adalah serangan pada 14

November 2012 yang dikenali sebagaai ’Cloud of Pillars’ atau Hijjaratus Sijjin. Serangan ini

telah menyebabkan gugurnya syahid komander Briged al- Qassam, Ahmed Ja’bari dan

anaknya ketika sedang memandu kereta setelah dibedil peluru berpandu Israel. Dalam

peristiwa tersebut banyak serangan udara dilancarkan oleh Israel dalam operasi mereka yang

mereka gelar ’Pillar of Cloud’. Peristiwa tersebut telah meragut banyak nyawa rakyat Palestin

terutamanya wanita dan kanak- kanak.

Demi mempertahankan kredibiliti negara, mantan Perdana Menteri kelima, Yang Amat

Berbahagia, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membuat beberapa usul di Parlimen pada 12

Januari 2009. Antara ketetapan yang diambil ialah mengecam sekeras-kerasnya serangan

Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat

awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak dan warga tua serta menggesa

pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza. Selain itu, beliau juga turut

menggesa majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan

Page 11: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

supaya Israel menghentikan serta merta serangan ketenteraannyake atas wilayah Palestin di

Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB

bagi menguatkuasakan genjatan senjata tersebut.

Sebagai masyarakat yang cintakan keamanan, mahasiswa perlu menzahirkan sokongan padu

kepada perjuangan rakyat Palestin kearah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan

berdaulat. Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga turut menjadi aspek penting yang

sering diutarakan dan selalu diketengahkan oleh masyarakat antarabangsa. Ini kerana,

pendidikan adalah sangat penting untuk melahirkan cendekiawan dan cerdik pandai yang

boleh membantu dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara.Walaupun mereka diserang

dan diceroboh, semangat cintakan ilmu oleh golongan muda di Palestin tidak pernah luntur

sama sekali. Semangat mereka jelas kelihatan kerana mereka yang sanggup untuk belajar di

atas konkrit-konkrit di tapak sekolah masing-masing. Selain itu, guru-guru di Palestin turut

berkorban melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang penuh

kedaifan dan kekurangan demi mendidik anak bangsa mereka. Pengorbanan yang

ditunjukkan oleh para rakyat Palestin ini wajar dijadikan tauladan kepada mahasiwa/i dan kita

semua supaya sentiasa menghargai kemerdekaan yang telah kita capai selama ini.Kestabilan

politik dan ekonomi adalah antara faktor penting ke arah kelestarian kehidupan.

Bak kata seorang penggiat seni iaitu Henrik Ibsen, " Semangat kebenaran dan semangat

kebebasan adalah tunggak masyarakat”. Kebebasan bermaksud mempertahankan hak asasi

manusia dan kita semua perlu bijak menggunakan kebebasan yang telah diberikan, malah

setiap tindakan yang ingin dilakukan perlu difikirkan dahulu natijahnya. Saya bangga di atas

usaha sekretariat dalam merangka program yang mengetengahkan isu antarabangsa ini. Hal

ini mempamerkan prosess kematangan mahasiswa dalam berfikir dan memandang serius isu-

isu yang penting seperti isu hak asasi manusia ini.

Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu

perjalanan program ini termasuklah para penaja yang bermurah hati. Saya berdoa agar semua

aktiviti yang akan dijalankan dalam program ini dapat berjalan lancar.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya dengan ini merasmikan pembukaan Program

Palestine Grand Exhibition 2013.

Sekian, Terima kasih

Page 12: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

TEKS UCAPAN PENUTUPAN PROGRAM

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM

Yang dihormati,

Tuan Haji Kamaruzzaman Abdul Rahim,

Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif Berhad

Saudara……………….

Wakil dari Palestinian Cultural Organization Malaysia

Yang berusaha,

Saudara Amin bin Azuwar,

Timbalan Ketua Pengarah program Palestin Grand Exhibition 2013,

Saudara Mohammed Ghazal,

President Palestinian Students Association

Para jemputan,

Barisan pengetua kolej,

Presiden Persatuan Mahasiswa UKM,

Barisan Exco Kelab Sahabat Aqsa,

Barisan Jawatankuasa Palestinian Students Association,

Serta hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Syukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya kerana telah memberi keizinan kepada saya

untuk menghadiri majlis perasmian penutup Program Palestine Grand Exhibition 2013.

Pertama sekali ingin saya ucapkan setinggi- tinggi penghargaan atas jemputan untuk

merasmikan Penutupan Program Palestin Grand Exhibition pada tahun ini. Ingin saya

nyatakan bahawa saya amat berbesar hati atas jemputan ini.

Alhamdulillah, setelah segala kerahan tenaga dan idea untuk melaksanakan program ini,

akhirnya program ini akan melabuhkan tirainya pada hari ini. Saya amat berbangga apabila

melihat kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh mahasiswa/i dalam menjayaan

program yang dianjurkan selama seminggu ini. Saya yakin bahawa begitu banyak

Page 13: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

pengalaman dan kemahiran yang dikutip oleh mahasiswa/i dalam menyempurnakan program

sebesar ini.

Seperti yang sedia maklum, program ini merupakan satu program yang berkaitan dengan isu

Palestin. Isu yang bukan lagi baru dalam kalangan masyarakat kita. Pelbagai usaha telah

dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk beberapa NGO yang terlibat dalam memperjuangkan

isu Palestin ini. Antaranya adalah Aqsa Shariff. Justeru, ini saya nyatakan pada hari ini

bahawa isu memperjuangkan Palestin bukan sahaja berkait dengan isu keagamaan, malah isu

kemanusiaan.

Antara kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi adalah seperti yang tercatat dalam peristiwa

yang dikenali sebagai Hari an-Nakbah pada 15 Mei 1948 yang menyaksikan 800,000 rakyat

Palestin di usir dari tanah air mereka dan berlindung di khemah pelarian di Lebanon, Syria

dan Jordan sejak 65 tahun yang lalu. Tarikh tersebut juga berdirinya negara haram Israel di

atas bumi Palestin yang di rampas. Hal ini jelas menunjukkan kepada masyarakat dunia

mengenai penindasan yang telah di lakukan oleh golongan Yahudi dalam mewujudkan

negara mereka iaitu Israel.

Pada 31 Mei 2010, telah berlaku peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang

mengakibatkan 9 aktivis kemanusiaan Turki syahid dan lebih 600 aktivis dari seluruh dunia

di tawan dan dipenjarakan. Mavi Marmara adalah kapal induk yang menerajui LL4G (Life

Line for Gaza), satu inisiatif yang digerakkan oleh IHH (Turki) yang mendapat dokongan

masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara barat. bahkan hampir sepertiga aktivis

adalah rakyat Eropah beragama Kristian. 12 orang sukarelawan dari Malaysia bersama di atas

kapal Mavi Marmara. Aktuvis tersebut adalah dari Haluan Palestin, Aqsa Syarif, Muslim

Care, Yayasan Amal. Ketua misi ialah Sdr Noorazman dari Haluan Palestin. Aqsa Syarif

diwakili oleh mantan Pengerusinya Ust Hasanuddin Mohd Yunus dan ahli Lembaga

Pemegang Amanah Ir Dr Selamat Aliman (juga mewakili PACE - Palestine Centre of

Excellence). Serangan tersebut berlaku adalah untuk menyekat bantuan makanan, ubat-

ubatan dan sebagainya supaya tidak sampai kepada rakyat Palestin yang pada waktu itu amat

memerlukan bantuan luar.

Saya berasa amat berbangga kerana melalui program yang dijalankan ini, kekejaman yang

dilakukan oleh Israel akan lebih membuka mata masyarakat, termasuklah kepada mahasiswa/

i UKM. Dan memberi lebih kesedaran untuk turut berjuang dalam mempertahan hak rakyat di

Palestin yang berjuang habis- habisan untuk agama dan penempatan mereka yang dicerobohi

oleh golongan Yahudi.

Dalam program yang telah dijalankan selama seminggu ini, kesedaran terhadap isu

kekejaman di Palestin akan lebih tersebar dalam kalangan mahasiswa/ i UKM. Hal ini akan

menjadikan mahasiswa/ i lebih prihatin terhadap dunia luar dalam membentuk sahsiah yang

cemerlang. Selain itu, melalui program sebegini juga, tahap kesedaran untuk membantu

rakyat di Palestin akan meningkat di kalangan mahasiswa/i . Kesedaran ini bukan sahaja

dalam kalangan pelajar Muslim, malah bagi pelajar yang berlainan agama atas tiket

kemanusiaan.

Page 14: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

Program seperti ini juga akan memberikan penjelasan yang tepat dan memberi peluang

kepada mahasiswa/i UKM untuk membantu samaada dalam bentuk sumbangan kewangan,

tenaga mahupun idea. Oleh yang demikian, saya berharap agar program yang penuh

bermakna seperti ini akan terus dijalankan sebagai program tahunan di UKM.

Ucapan syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan program Palestin Grand Exhibition 2013 ini. Harapan saya agar segala usaha

yang telah digunakan dalam menjayakan program sehebat ini akan mendapat penghargaan

keberkatan dari Allah.

Dengan ini saya dengan berbesar hati perasmikan penutupan Program Palestin Grand

Exhibition 2013.Sekian, terima kasih.

TEKS BACAAN DOA

TEKS DOA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

الفاتحه

*BACAAN SURAH AL-FATIHAH*

اعوذ هللا من الشيطان الرجيم

الحمدهلل رب العالمين والصألة والسالم على آله وصحبه أجمعين.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami bermohon kepada-Mu, agar menjadikan kami hamba-Mu yang

benar-benar taat akan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-

Mu. Tunjukilah kami ke jalan yang benar dan jauhilah kami dari jalan-jalan

yang dapat menyesatkan kami, untuk mendekatkan diri kepada-Mu Ya Allah.

Page 15: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Pada majlis NATIONAL CHEMICAL ENGINEERING SYMPOSIUM yang

berbahagia ini, kami juga memohon kepada-Mu, Jadikanlah Majlis Pada hari

ini sebagai majlis yang mendapat rahmat dan keredhaanMu. Tunjukkanlah

kami perkara-perkara yang bermanfaat dari majlis ini yang dapat kami

contohi dalam hidup kami yang sementara di dunia ini. Dan tunjukkanlah

kami perkara-perkara yang tidak bermanfaat agar dapat kami jauhinya

sehingga kami bertemu dengan Mu kelak.

Pandanglah kami dengan belas kasih-Mu Ya Allah. Ampunkanlah

segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, kasihanilah mereka

sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik kami sejak kami kecil.

Ya Allah Ya Fattahu Ya A’lim,

Pandanglah juga kami ini, dengan rahmat dan kasih sayang Mu.

Jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang mengeratkan kasih sayang di

antara kami. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang

jauh dari kemusnahan Mu Ya Allah.

ربنا ال تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا واهبلنا من لدن كرحمة انك انت الواهب

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار

يرلنا وترحمنا لنكونن من الخسرينربنا ظلمنا انفسنا واَن لم تغف

Page 16: TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Teks emcee untuk · PDF fileMC: Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, ... Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga

ربنا عليك توكلنا واليك أنبناواليك المصير

وصل اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمدهلل رب

العالمين