24
1/24 1 Ucapan Pendaftar. MAP 2016 UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016 8 April 2016 / 29 Jamadilakhir 1437 Dewan Resital, Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, UMS Bismillahir rahmaa nir rahiim. Segala puji-pujian hanya berhak dipanjatkan kepada Allah S.W.T Pencipta Alam. Selawat dan Salam ditujukan khusus buat para Pesuruh Allah yang memberi petunjuk menerangi jalan buat kita menelusuri waktu sepanjang zaman. Yang Dihormati Pn. Dayang Rukiah, Ketua Pustakawan UMS; En. Azmi Jumat, Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional; En. Amat Jutrah, Presiden Kesatuan Kakitangan Sokongan UMS; Ketua-Ketua Jabatan, Bahagian; Tuan-tuan dan Puan-puan warga UMS sekelian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh, Salam Sejahtera buat anda semua. 1.0 MUQADDIMAH 1. Majlis Aspirasi Pendaftar atau sebelum ini dikenali sebagai Majlis Amanat Pendaftar, merupakan suatu kesinambungan kepada Majlis Amanat Naib Canselor. 2. Perkataan Aspirasi menurut Kamus Dewan edisi ke empat (muka surat 86) bermaksud, “keinginan yang kuat atau cita-cita dan harapan untuk mencapai atau mengadakan sesuatu perkara”. 3. Justeru, Majlis Aspirasi Pendaftar ini merupakan manifestasi daripada bait lagu keramat UMS ‘Bertekad Cemerlang’ yang seringkali kita nanyikan dalam majlis-majlis Universiti, termasuklah di akhir majlis ini, iaitu ‘di sini dicanai segala fikiran, di sini dikaji segala wawasan’.

UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

  • Upload
    lyanh

  • View
    300

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

1/24

1 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

8 April 2016 / 29 Jamadilakhir 1437 Dewan Resital, Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, UMS

Bismillahir rahmaa nir rahiim. Segala puji-pujian hanya berhak dipanjatkan kepada Allah S.W.T Pencipta Alam. Selawat dan Salam ditujukan khusus buat para Pesuruh Allah yang memberi petunjuk menerangi jalan buat kita menelusuri waktu sepanjang zaman. Yang Dihormati Pn. Dayang Rukiah, Ketua Pustakawan UMS; En. Azmi Jumat, Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan

Profesional; En. Amat Jutrah, Presiden Kesatuan Kakitangan Sokongan UMS; Ketua-Ketua Jabatan, Bahagian; Tuan-tuan dan Puan-puan warga UMS sekelian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh, Salam Sejahtera buat anda semua. 1.0 MUQADDIMAH 1. Majlis Aspirasi Pendaftar atau sebelum ini dikenali sebagai Majlis Amanat Pendaftar, merupakan suatu kesinambungan kepada Majlis Amanat Naib Canselor. 2. Perkataan Aspirasi menurut Kamus Dewan edisi ke empat (muka surat 86) bermaksud, “keinginan yang kuat atau cita-cita dan harapan untuk mencapai atau mengadakan sesuatu perkara”.

3. Justeru, Majlis Aspirasi Pendaftar ini merupakan manifestasi daripada bait lagu keramat UMS ‘Bertekad Cemerlang’ yang seringkali kita nanyikan dalam majlis-majlis Universiti, termasuklah di akhir majlis ini, iaitu ‘di sini dicanai segala fikiran, di sini dikaji segala wawasan’.

Page 2: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

2/24

2 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

4. ‘Fikiran dan wawasan’ yang dimaksudkan adalah aspirasi yang diterjemahkan melalui keinginan, cita-cita dan harapan yang kuat untuk saya ‘menunjuk arah bakal dituju’. Arah bakal dituju pula adalah tindakan yang perlu kita laksanakan secara seiring dan sekata dengan apa yang ditetapkan oleh Naib Canselor melalui Amanat Tahunannya pada minggu lepas, 30 Mac 2016.

Amanat Naib Canselor, 30 Mac 2016, Dewan Canselor UMS

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian; 5. Oleh yang demikian, melalui platform majlis ini, saya akan menggariskan beberapa aspirasi agar kita terus mampu menggalas tugas dan tanggungjawab mendokong kelangsungan profesionalisme kita. 6. Selain itu, melalui majlis ini juga secara tidak langsung akan menjadi wahana untuk kita saling ingat mengingati akan tugas dan amanah yang kita pikul sebagai Pegawai Pentadbiran dan Ikhtisas serta Kakitangan Pelaksana di universiti tercinta ini. Ini sesuai dengan ayat yang terpahat indah di Menara Jam Univerisiti yang berbunyi ;

“Bismillahirrahmanirrahim. Wal ‘Asr. Innal insaanalafil khusry. Illal lazina aamanu

wa`amilusshaalihat. Watawa sau bil haq, watawa sau bis sabr”.

Page 3: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

3/24

3 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

Yang bermaksud : “Demi Masa, Sesungguhnya Manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali

orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu berpesan-pesan dengan kebenaran, serta berpesan-pesan dengan

kesabaran’. Surah al-‘asr (103), ayat 1-3.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian; 2.0 PENCAPAIAN TAHUN 2015 INSTITUSI PENTADBIRAN,

IKTISAS & PELAKSANA 7. Sebelum kita meneroka aspirasi yang ingin dicanai, saya akan berkongsi beberapa pencapaian pegawai & staf kumpulan pentadbiran dan ikhtisas serta pelaksana. Ini bertujuan sebagai tanda pengiktirafan dan diharapkan menjadi pendorong kepada kita, di atas pencapaian mereka sama ada yang mempunyai kepakaran tertentu atau yang berjaya mereka membawa nama UMS menyumbang bakti kepada pihak luar. Perkara ini adalah selaras dengan Lonjakan ke-2 PPPM-PT (Kecemerlangan Bakat) melalui usaha mewujudkan kelompok bakat berdasarkan SME (Subject Matter Expert). 8. Sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh, maaf jika ada yang tertinggal: (i) Peminjaman secara kontrak Puan Vina Zahriani Yusof, Ketua

Bahagian Perhubungan Korporat sebagai Pendaftar di Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF);

(ii) Puan Zalifah Shadan, Pemangku Bendahari dan beberapa Pegawai Kewangan lain yang bertauliah sebagai Chartered Accountant (CA);

(iii) Encik Darwis Awang, Ketua Jabatan Canselori dan Encik Masri Judah, Timbalan Pendaftar di Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan yang bertauliah sebagai Perunding Kebangsaan bagi Program NLP (Neouro Language Program);

(iv) Encik Luqman Ridha Anwar, Ketua Bahagian Sumber Manusia, dilantik oleh Majlis Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam sebagai

Page 4: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

4/24

4 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JASUMA); yang juga merupakan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan bagi Pengurusan Sumber Manusia;

(v) Encik Muhin Haji, Pegawai Sains Kanan Fakulti Kejuruteraan, merupakan pemegang Kad Hijau atau Green Card (Safety and Health Officer Certificate) yang merupakan salah seorang dari 4 pegawai Universiti Awam Malaysia yang memiliki Green Card.

Selain itu ;

(vi) Puan Molly Donna Awg Sham, Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsa, dipilih menggangotai Majlis Pendidikan Antarabangsa Malaysia sebagai salah seorang dari 9 Ahli Majlis Kebangsaan;

(vii) Encik Amat Jutrah Haji Musnih, Presiden KEKAUMAS telah diberi kepercayaan sebagai Naib Yang Di Pertua Gabungan kakitangan Am Universiti awam Malaysia (GAKUM);

(viii) Encik Mohd Asyraaf Fong merupakan salah seorang dari 3 Individu di Negeri Sabah yang memiliki Lesen Kejurulatihan Bola Sepak Kelas A dan kini telah diberi kepercayaan membimbing Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan;

(ix) Encik Ahmadi Nurdin, Pegawai Belia & Sukan Kanan, diberi kepercayaan oleh MASUM untuk mengetuai Sekretariat bagi pasukan teakwando Malaysia untuk kejohanan sukan Universiti Dunia di Seoul, Korea tahun lepas.

9. Selain daripada itu, kita juga mempunyai beberapa pegawai & staf yang arif dan mahir dalam sesuatu pekerjaan atau tugas sehingga bila mana sahaja sesuatu perkara berkaitan kepakaran kakitangan sudah pasti nama mereka akan muncul. 10. Jika kita bercakap berkaitan perundangan, sudah pasti Awang Suhaizam akan muncul. Jika bercakap berkaitan urusan tanah atau pengurusan aset, tidak lain tidak bukan kita akan mencari Tuan Haji Firdaus Abdullah. Jika kita ingin mencari juruacara majlis yang hebat, sudah pasti nama Norazmi dan Feria akan muncul.

Page 5: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

5/24

5 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

11. Selain pencapaian secara individu, kejayaan melalui pasukan staf juga tidak kurang hebatnya. Contohnya Kumpulan Tahamas dari Jabatan Bendahari, telah mendapat pengiktirafan di peringkat Kebangsaan iaitu Kumpulan Kreatif & Inovasti atau KIK. Begitu juga Kumpulan KIK dari Jabatan Pendaftar, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan dan beberaoa jabatan lain yang telah berjaya menyelesaikan masalah dalam tugas harian melalui persembahan kumpulan KIK mereka di peringkat Universiti, Negeri hinggalah ke peringkat universiti awam Malaysia.

12. Sayugia saya menggesa semua kakitangan agar sentiasa mengemaskini maklumat peribadi dalam HR-online dan CV-online masing-masing agar pencapaian dan pengiktirafan yang anda perolehi dimaklumi oleh pihak pengurusan universiti dan boleh dikongsi dengan seluruh warga universiti yang lain. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian; 13. Dalam Amanat Naib Canselor baru-baru ini, beliau menyatakan beberapa pencapaian yang lahir dari komitmen kita sebagai pentadbir dan pendokong universiti, antaranya: (i) Sistem pengurusan latihan kakitangan telah ditambah baik dari

sistem MyCPD kepada sistem berorientasikan individu iaitu myIDP.

(ii) Penyuburan budaya inovasi dan kreatif di kalangan kakitangan melalui penubuhan Jawatankuasa Pemandu Kualiti & Inovasi Pentadbiran atau ringkasnya JKIP;

(iii) Tadbir urus kewangan yang efektif telah membantu menjimatkan perbelanjaan universiti melalui pelbagai mekanisme seperti penggunaan kad kredit korporat, penggunaan video conferens untuk mesyuarat, kawalan sewaan kenderaan dan mesin fotokopi serta penjimatan penggunaan utiliti.

14. Pada tahun 2015 juga, kita telah membuktikan bahawa saranan agar perlaksanaan projek lean management yang ditetapkan melalui Amanat Naib Canselor pada tahun 2014, telah berjaya digerakkan pada tahun lepas, buktinya apabila MPC menganugerahkan sijil pengiktirafan amalan lean management kepada Pejabat Pendaftar.

Page 6: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

6/24

6 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

Sijil Pengiktirafan Amalan Lean Management oleh MPC

15. Pelaksanaan program ini diperkukuhkan lagi buat julung kalinya Konvensyen Kumpulan Penggerak Inovasi atau ringkasnya KPI telah mula dilaksanakan pada tahun lepas. Konvensyen KPI ini merupakan rebanding kepada Konvensyen KIK yang dilaksanakan sebelum itu. Melalui Konvensyen KPI, projek lean management turut dipertandingkan dan diberi pengiktirafan, selain projek 5S.

Konvensyen KPI 2015

Page 7: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

7/24

7 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian; 3.0 ASPIRASI 2016 16. Kita perlu terus komited menggalas aspirasi Pengurusan Universiti, sesuai dengan tugas dan tanggungjawab sebagai institusi Pentadbir di Universiti ini, sepertimana dinyatakan dalam Statut Pendaftar.

17. Untuk itu, seperti yang kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau ringkasnya PPPTM-PT 2015 - 2025, telah menetapkan 10 lonjakan bagi memacu transformasi fungsi pendidikan tinggi negara, termasuklah UMS.

Statut Pendaftar

Setiausaha Pihak Berkuasa Universiti

Ahli PBPU dan mana-mana jawatankuasa lain ditetapkan oleh

Perlembagaan, statut, kaedah atau

peraturan

Pengurusan Sumber manusia, keselamatan dan pentadbiran am

Universiti

Pengurusan hal ehwal akademik

Pengurusan hal ehwal skim perkhidmatan pekerja Universiti

Custodian rekod dan dokumen Universiti

Membantu Naib Canselor dalam pelaksanaan

pelan strategik Universiti

Melaksanakan kuasa atau tanggungjawab lain yang ditetapkan dalam Perlembagaan, statut, kaedah dan peraturan

Menjalankan tugas dan fungsi lain yang

diarahkan Naib Canselor

3

Ahli ex-officio LPU dan Senat

Page 8: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

8/24

8 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

Lonjakan PPPM (PT) 2015 - 2025

18. Tiga (3) lonjakan di dalam pelan tersebut adalah di bawah tanggungjawab Pendaftar, iaitu: (i) Lonjakan Kedua : Kecemerlangan Bakat; (ii) Lonjakan Keenam : Pemantapan Tadbir Urus, dan; (iii) Lonjakan Ketujuh : Ekosistem Inovasi.

Hubung Kait PPPM – PT (UMS) dan Program Lonjakan Pendaftar

PPPM – PT (UMS)

2

Kecemerlangan Bakat

6 Pemantapan Tadbir

Urus

7 Ekosistem Inovasi

UMS STAR (Scholar’s Talent

Attraction & Retention)

UMS LeaDeT (Leadership

Development

Winning My Stakeholders

(WMS)

CREANOVA (pembudayaan

Creativiti & Innovation)

Lonjakan Lonjakan Program

Page 9: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

9/24

9 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

19. Pelaksanaan tiga (3) lonjakan tersebut dirangka melalui penetapan

enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Pendaftar atau ringkasnya PEND–

KRA di bawah Pelan Strategik UMS bagi UMS KRA-4 : Memperkukuhkan

Tadbir Urus, Kepimpinan dan Sistem Penyampaian. Kolerasi PEND-KRA

dan KPI dengan UMS-KRA dan PPPM (PT) ini adalah seperti gambar rajah

Pillars of KPI & PEND-KRA berikut.

Pillars of KPI & PEND-KRA

L 10 Transformasi Penyampaian

PT (UMS)

L2 Kecemerlangan

Bakat

L 6 Pemantapan

Tadbir Urus

L 7 Ekosistem

Berinovasi

PEND-KRA 1 Memperkasa Tadbir Urus

PEND-KRA 2 Memperkukuh Pengurusan

Sumber Manusia

Secara Holistik

PEND-KRA 3 Memperkukuh

Kepimpinan

PEND-KRA 4 Memperkukuh

Sistem

Penyampaian

PEND-KRA 5 Memerkukuh

Kualiti

Maklumat

PEND-KRA 6 Memperkasa

Tahap Keselamatan

Warga & Harta Benda

Universiti

KPI BPG & BPI

KPI BSM KPI BSM KPI BPA KPI BPM KPI BKs

PPPM-PT

Page 10: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

10/24

10 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

20. Pendokong atau champion pelaksanaan bagi setiap PEND-KRA

adalah berdasarkan penetapan KPI setiap Bahagian seperti berikut:

PEND-KRA Pendokong/champion KPI

1 : Memperkasakan Tadbir Urus Bahagian Pentadbiran & Governan, dan Bahagian Perundangan & Integriti

2 : Memperkukuhkan Pengurusan Sumber Manusia Secara Holistik

Bahagian Sumber Manusia

3 : Memperkukuhkan Kepimpinan Bahagian Sumber Manusia

4 : Memperkukuhkan Sistem Penyampaian

Bahagian Perkhidmatan Akademik

5 : Memperkukuhkan Kualiti Maklumat

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

6 : Memperkasakan Tahap Keselamatan Warga & Harta Benda Universiti

Bahagian Keselamatan

21. Oleh itu, bagi melaksanakan lonjakan dan KRA tersebut, kita perlu sentiasa memastikan amalan tadbir urus terbaik (good governance) diserapkan dan dilaksanakan di semua peringkat pentadbiran Universiti. 22. Keperluan melaksanakan amalan tadbir urus terbaik ini dapat dirujuk dan dijelaskan dalam Surat Ketua Setiausaha Negara : Garis Panduan bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus Awam bertarikh 9 Mac 2007. Garis Panduan tersebut menjelaskan prinsip, tanggungjawab dan senarai semak yang perlu dilaksanakan bagi mencapai amalan tadbir urus terbaik. Saya inginkan perkara ini dijadikan salah satu aktiviti di bawah Kluster Inspektorat Kualiti Pentadbiran, JKIP.

Page 11: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

11/24

11 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

Surat Ketua Setiausaha Negara : Garis Panduan bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus Awam

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian;

23. Bagi mendokong dan melaksanakan Amanat Naib Canselor Tahun 2016, bagi perkara-perkara yang berhubungkait dengan tanggungjawab Institusi Pentadbiran dan Ikhtisas serta Pelaksana, beberapa program dan aktiviti akan dilaksanakan sepanjang tahun 2016. 24. Selain memperjelaskan program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan, suka juga saya mengingatkan tuan-tuan dan puan-puan untuk meningkatkan kualiti dan kompetensi diri.

25. Semua perancangan yang dirangka memerlukan ‘insan’ yang melaksanakannya, benar-benar bersedia dan memiliki sifat diri serta kemahiran yang tinggi.

Page 12: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

12/24

12 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

26. Sesuai dengan usia UMS yang melepasi angka 21 dan bakal memasuki 22 pada 24 November 2016, seluruh kakitangan semestinya telah jelas dan memahami visi dan misi Universiti dalam memastikan program dan aktiviti yang dilaksanakan sentiasa relevan dan mendokong aspirasi Universiti.

27. UMS sebagai universiti awam dan ‘lambang puncak jaya’, semestinya perlu memastikan manifestasi ‘perjuangan semangat waja’ para pemimpin dan masyarakat Negeri Sabah sentiasa menjadi agenda utama. Kewujudan kita dan ‘Gedung Ilmu’ ini perlu dirasai, dinikmati dan dimanfaatkan oleh masyarakat sekeliling kita.

28. Sehubungan dengan itu juga, hubungan dan kerjasama bukan sekadar dengan agensi pusat yang berkaitan seperti KPT atau MOF, malah jaringan kerjasama dengan agensi luar di Negeri Sabah sama ada dengan agensi Persekutuan dan Negeri mestilah ditingkatkan.

29. Sebagai kakitangan UMS yang berdedikasi dan jelas peranan dan tanggungjawab masing-masing, kita hendaklah membina hubungan baik dengan pihak luar. Seperti saya katakan tadi, kewujudan kita haruslah dirasai. Justeru itu, jangan menjadi seperti melukut di tepi gantang, wujud mu tidak dirasai, pergi mu tiada dipeduli. Gunakanlah kesempatan dan peluang berkhidmat di tempat masing-masing untuk membina hubungan baik untuk manfaat Universiti.

30. Contohnya, mereka yang berkhidmat di Fakulti Sains dan Sumber Alam, hendaklah mempunyai hubungan baik dengan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Geologi dan Galian, serta agensi-agensi lain yang berkaitan dengan program yang ditawarkan di peringkat Fakulti.

31. Kita tidak mahu lagi insiden pelajar tidak dapat menjalani Kem Perhutanan, kerana tiada keizinan daripada pihak Jabatan Perhutanan Negeri. Saya pasti, jika kita mempunyai hubungan atau rappor yang baik dengan Jabatan tersebut, perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

32. Sering kita perhatikan, kakitangan kita suka berkumpul sesama sendiri sedangkan tetamu luar atau pihak luar yang ada bersama terbiar tanpa disantuni.

Page 13: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

13/24

13 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

33. Sesungguhnya kita adalah duta kepada UMS. UMS perlu sentiasa tersemat di sanubari kita. Kita perlu bersemangat untuk mempromosikan organisasi di mana menerima rezeki ini. Kongsikan kejayaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan siapa sahaja demi mendokong Aspirasi Universiti dan Negara. Tinggalkan cerita keji dan kelemahan warga universiti untuk kita baiki di dalam, bukan diperbesarkan di masyarakat luar. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian; 34. Selain daripada itu, sebagaimana yang saya nyatakan sebentar tadi, bagi mendokong dan melaksanakan Amanat Naib Canselor Tahun 2016, beberapa inisiatif bakal dilaksanakan dan diperkasakan lagi, iaitu: Yang Pertama : Pelan Penggantian dan Pembangunan Bakat

Kitaran Pengurusan Bakat

• Fasa 3: Pengekalan/ Retention

• Fasa 4: Penamatan/ Retirement

• Fasa 2:Pembangunan/ Development

• Fasa 1: Kemasukan / Entry

Page 14: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

14/24

14 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

35. Melalui pelan ini yang telah diluluskan Lembaga Pengarah Universiti. latihan dan program pembangunan di semua peringkat kakitangan akan menjadi keutamaan. Laluan kerjaya dan pembangunan bakat akan menjadi agenda utama agar Insan yang berkhidmat di Universiti tercinta ini akan terus terbela.

Laluan Kerjaya & Pembangunan Bakat

36. Bagi tujuan tersebut, latihan dalaman, luaran dan yang berimpak tinggi akan terus dilaksanakan walaupun dalam kekangan kewangan yang melanda.

Pembangunan Bakat : Latihan & Penilaian

Latihan & Penilaian

Talent Pool Succession Plan /

Kenaikan

Kemasukan 1– 3 Thn

Orentasi PTM Kajian Kes/

Projek Berkumpulan

Kursus Asas Pegawai Universiti

Latihan Wajib

Dalaman & Luaran

Aras 1: Asas

Aras 2: Pertengahan Aras 3: Lanjutan

Aras 4: Berimpak Tinggi (Pencalonan)

UMS Talent Management

System

Subject Matter

Expert (SME)

Dalaman

Luaran

Berimpak Tinggi

[dalam dan luar]

Individual Development Plan

(IDP)

Anjuran Agensi Luar [Teras]

[Secara Pencalonan]

Secara Pencalonan Dari Kelompok Bakat;

Latihan Jangka Pendek/Sangkutan

[3 Level]

Page 15: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

15/24

15 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

37. Bagi membolehkan sumber kewangan dioptimumkan kepada katihan kakitangan, bayaran atau kadar bayaran penceramah dan pengendali kursus dalaman akan dikaji semula kalau pun tidak ditukar sebagai sumbangan CSR senior kepada junior.

38. Beberapa inisitaif akan menjadi agenda utama untuk dilaksanakan di bawah pelan ini, iaitu: (a) Pembangunan Bakat Berfokus

39. Pelan pembangunan individu akan menekankan aspek kompetensi kakitangan, kehendak organisasi dan motivasi kakitangan. Kakitangan akan diberi latihan berdasarkan kelompok bakat serta mengaktifkan secara rasmi program mentor mentee bagi memberi peluang perkongsian pengalaman dan pengetahuan antara pegawai dalam pelbagai gred jawatan. Adalah diharapkan, melalui inisiatif ini akan mampu melahirkan kakitangan yang memiliki kemahiran atas sesuatu pekerjaan mereka atau SME (Subject Matter Expert).

Inisiatif 1 : Program Pembangunan Bakat Berfokus

KelompokBakat

Mentor Mentee

Penilaian SME [Pensijilan secara

dalaman]

Page 16: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

16/24

16 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

(b) Program Sangkutan

40. Program sangkutan kakitangan atau industrial attachment akan dilaksanakan sepanjang tahun 2016 dalam 3 peringkat iaitu Pendedahan (2 minggu), Penerapan (1 bulan) dan Pengukuhan (3 bulan keatas). Melalui program sangkutan industri ini, kakitangan bukan sahaja mendapat pendedahan pengetahuan kerja, malah pembudayaan kerja baik di organisasi terpilih ini diharapkan akan dapat diserap dan diaplikasikan kembali ke tempat bekerja di UMS.

Inisiatif 2 : Program Sangkutan

(c) Pengukuhan Kompetensi Pentadbir 41. Program memperkasa pentadbir di kalangan Pegawai Pentadbiran dan Ikhtisas akan dipertingkatkan. Semua Pentadbir hendaklah meningkatkan kompetensi dan kemahiran dalam lima (5) ‘Bidang Kepakaran Utama Ketua Pentadbir’, iaitu:

Level 3

[Pengukuhan: 3 Bulan Dan Ke Atas]

Level 2

[Penerapan: 1 Bulan]

Level 1

[Pendedahan: 2 Minggu]

11

LUAR NEGARA [ PENCALONAN]

DALAM NEGARA [PENCALONAN/ PERMOHONAN]

DALAM NEGARA [PENCALONAN]

Page 17: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

17/24

17 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

(i) Governan dan Tadbir Urus; (ii) Pembangunan dan Pengurusan Insan (Sumber Manusia); (iii) Pengurusan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar; (iv) Pengurusan Kewangan; (v) Perundangan.

Inisiatif 3 : Pengukuhan Kompetensi Pentadbir

(d) Penambahbaikan Klasifikasi Tugas Kakitangan berdasarkan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan

42. Suka saya berkongsi berita baik yang baru diumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam, iaitu Kerajaan telah bersetuju membuat penambahbaikan sebanyak 252 skim perkhidmatan. Penyeragaman skim, kod gaji, perluasan Sijil Kemahiran Malaysia, pindah perbekalan, penjumudan jawatan dan tukar lantik. Gaji minima RM1200 akan dilaksanakan di semua skim perkhidmatan. 43. Selaras dengan penambahbaikan skim tersebut, semakan dan penambahbaikan klasifikasi tugas kakitangan akan turut dilaksanakan. Skim perkhidmatan yang telah ditambahbaik pada tahun-tahun sebelum ini adalah seperti berikut:

GOVERNAN

SUMBER MANUSIA

PENGURUSAN AKADEMIK &

PELAJAR

PENGURUSAN KEWANGAN

PERUNDANGAN

Page 18: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

18/24

18 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

(i) Setiausaha dan Pembantu Setiausaha Pejabat (ii) Juruteknik kpd Penolong Jurutera (iii) Pembantu Am Pejabat kpd Pembantu Operasi (H11/14)

44. Senarai tugas baharu akan diperkenalkan. Sebagai permulaan, tugas dan tanggungjawab Pembantu Operasi yang sebelum ini dikenali sebagai Pembantu Am Pejabat telah diperbaiki dan dilaksanakan di Kampus Antarabangsa Labuan.

Inisiatif 4 : Penambahbaikan Klasifikasi Tugas Kakitangan berdasarkan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan

(e) Pengukuhan Proses Kenaikan Pangkat

45. Bagi tujuan pengukuhan proses kenaikan pangkat, beberapa inisiatif baru bakal dilaksanakan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak dan kompeten menikmati kenaikan pangkat dan perlaksanaannya akan lebih telus dan terbuka. 46. Kita juga akan memastikan kakitangan yang berkelayakan dan berkompetensi tinggi akan menikmati kenaikan pangkat sekurang-kurangnya sekali sebelum mereka bersara.

47. Selain daripada kursus dalaman yang telah dirangka, kursus dan latihan kepimpinan berimpak tinggi melalui Strategi Lautan Biru atau Blue Ocean Strategy dengan pihak AKEPT, MAMPU, MPC, TalentCorps dan agensi-agensi lain akan dilaksanakan.

48. Perkara ini diperjelaskan dalam strategi pelaksanaan Lonjakan ke-2 PPPM-PT (Kecemerlangan Bakat) melalui program yang dikenali sebagai

Penambahbaikan Skim

Perkhidmatan [Gred & Gaji]

Penambahbaikan Laluan Kerjaya

[Fleksi]

Penempatan Secara Fleksi

[Multitasking]

Page 19: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

19/24

19 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

UMS Leadership Development Talent atau ringkasnya UMS LeaDet. Program ini juga akan menyediakan kelompok bakat pemimpin muda Universiti yang bersedia untuk menggalas tugas dan tanggungjawab kepimpinan pengurusan.

Inisiatif 5 : Pengukuhan Proses Kenaikan Pangkat

(f) Memperkasa Fungsi dan Impak Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Kualiti dan Inovasi Pentadbiran

49. Selepas ucapan ini, saya akan menyerahkan Watikah Perlantikan kepada enam (6) Ketua Kluster yang menggangotai Jawatankuasa Pemandu ini. 50. Bagi memastikan perlaksanaan amalan kerja berkualiti dan berinovasi, Setiap JFPIU adalah dikehendaki mewujudkan sekurang-kurangnya satu pasukan untuk melaksanakan aktiviti kualiti di peringkat JFPIU samada pasukan Lean Management, KIK, 5S atau EKSA.

51. Selain projek KIK, JFPIU juga boleh melaksanakan aktiviti atas konsep D.I.Y (Do It Yourself), iaitu projek atau aktiviti yang berjaya dilaksanakan secara sendirian atau berpasukan, tanpa bergantung kepada sumber atau pihak lain, seperti kontraktor.

52. Perkara ini sudah pasti dapat menjimatkan kos, masa dan redtape atau prosedur yang kadang kala agak regik sehingga menghapuskan inisitiaf yang kreatif dan inovatif di kalangan kakitangan kita. Selain itu, saya melihat projek DIY ini mampu memebabngunankan sense of belonging kepada kakitangan mahpun JFPIU yang terlibat.

Pengenalpastian Calon Yang

Melepasi Tahap Minimum

Tapisan/Penilaian Pelawaan Kepada Calon Yang Layak

PENILAIAN DIADAKAN SEPANJANG TAHUN

Page 20: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

20/24

20 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

53. Sebagai contoh, bagi mengelak pencerobohan, Bahagian Keselamatan telah melaksanakan projek DIY dengan membaiki pagar yang koyak menggunakan tenaga dan sumber dalaman Bahagian berkenaan sahaja. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian; 4.0 HARAPAN – ANJAKAN SIKAP 54. Bagi membentuk jati diri dan meningkatkan kualiti diri setiap dari Pegawai Pentadbiran dan Ikhtisas serta Kakitangan Pelaksana, suka saya berkongsi Konsep Modul INSAN sebagai asas pembentukan warga kerja UMS yang cemerlang, seperti mana yang telah saya ketengahkan pada Majlis Ucapan Sulung Pendaftar diawal perlantikan saya sebagai Pendaftar.

Konsep Modul INSAN

55. INSAN adalah gabungan perkataan untuk Integriti, Senses And Needs. Integriti atau ihsan, rasa atau perasaan dan kehendak. Perkara ini bukan retorik sifatnya, ia adalah suatu yang nyata dan perlu kepada pemahaman dan pengamalan.

56. INSAN adalah makhluk ciptaan yang Maha Berkuasa. Insan dicipta sebagai sebaik-baik makhluk yang wujud di alam ini. Pokok dan tumbuhan, bukit-bukau dan gunung-ganang, tasik, sungai dan lautan, haiwan dan serangga dicipta untuk manfaat alam dan Insan.

Page 21: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

21/24

21 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

57. Malaikat dicipta tanpa nafsu untuk sebilang masa mentaati PenciptaNYA, manakala syaitan sentiasa menggoda Insan tanpa jemu. Justeru sebagai manusia yang memahami erti Insan, seluruh warga UMS perlu memiliki Insan agar kita dapat berbakti dalam memacu misi dan visi Universiti ini dengan jayanya.

58. Izinkan saya menjelaskan semula konsep dan amalan pelaksanaan INSAN ini.

Yang Pertama : Integriti

59. Setiap dari kita mestilah memiliki sifat integriti. Sistem penyampaian menjadi berkesan bila mana semua warga kerja berintegriti. Perlaksanaan tugas dibuat dengan penuh amanah dan tanggungjawab pada setiap masa, sama ada semasa adanya ketua atau tiada.

60. Inilah yang dinamakan juga sebagai ihsan, iaitu yakin bahawa walau kita tidak mampu melihat Allah, tapi Allah sentiasa melihat kita. Pekerjaan dilaksanakan dengan jujur bukan kerana mengejar markah penilaian prestasi atau ganjaran keduniaan, akan tetapi dilaksanakan atas tanggungjawab dan amanah walau tiada siapa yang peduli.

61. Pengamalan sifat berintegriti sudah pasti akan menjauhkan kita dari perbuatan rasuah dan salah guna kuasa. Y.Bhg Datuk Naib Canselor dalam Amanat beliau baru-baru ini telah menegaskan bahawa UMS bertekad untuk menghapuskan rasuah dan tiada amalan rasuah di puncak ilmu ini.

62. Sebagai seorang yang berintegriti, kita mestilah sentiasa menambah ilmu, kerana ilmu pengetahuan akan meningkatkan lagi kemahiran sekaligus membolehkan kita melaksanakan tugas dengan penuh amanah.

63. Kita tidak mahu ada di kalangan kakitangan yang berlagak bodoh sombong atau berlagak tahu, padahal hakikatnya dia tidak tahu. Bagi mengelak dikatakan tidak tahu maka kita memberi alasan atau menyalahkan pihak lain.

Page 22: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

22/24

22 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

Yang Kedua : Senses : Rasa / Perasaan 64. Bagi membolehkan tadbir urus terbaik dilaksanakan, setiap dari kita hendaklah memiliki ‘rasa’ yang tinggi. Contohnya kita perlu memiliki Sense of belonging atau rasa kepunyaan terhadap organisasi ini di mana kita memperolehi rezki diri dan keluarga. Perasaan ini seterusnya akan membawa rasa kesetiaan, di mana kita tidak akan sewenang-wenangnya melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan nama baik organisasi kita. 65. Sense of urgency atau rasa kesegeraan pula memungkinkan kita untuk melaksanakan setiap arahan atau tugasan yang diberikan dengan sesegera yang boleh, bagi memenuhi kehendak pihak atasan atau pelanggan kita. 66. Sense of responsibility atau rasa kebertanggungjawaban adalah suatu perasaan yang timbul apabila nawaitu dan tindakan kita menyiapkan sesuatu tugasan dengan penuh ikhlas, amanah dan berdedikasi. Dengan adanya rasa kebertanggungjawaban, kerja yang dilaksanakan akan dibuat dengan penuh hati-hati dan tidak sambil lewa. Masih terdapat banyak kesilapan dalam melaksanakan tugas akibat sikap sambil lewa. Kita mesti bertekad untuk memastikan kerja kita ‘sifar salah’.

67. Selain itu, seseorang yang memiliki rasa tanggungjawab akan mengendalikan permasalahan yang berlaku dan berusaha menyelesaikannya. Sikap menolak kerja atau tidak mahu bekerjasama dan membantu rakan yang lain sepatutnya sudah tidak wujud di Universiti yang kini sudah melebihi usi 21 tahun.

68. Sense of respect atau rasa hormat pula adalah perasaan di mana kita saling hormat – menghomati antara satu sama lain, tidak kira pangkat, kedudukan, kuasa dan senioriti. Respect terhadap pandangan atai idea orang lain juga perlu sentiasa ada dalam diri kita. Ini bermaksud kita tidak boleh ‘bodoh sombong’ dengan menganggap hanya diri kita yang betul. 69. Sikap sambil lewa dan sengaja melambat-lambatkan kerja hendaklah ditinggalkan. Kita tidak mahu lagi dilabelkan sebagai lambat atau ‘lidut’ dalam bahasa Sabah, mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara yang diamanahkan kepada kita.

Page 23: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

23/24

23 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

70. Oleh itu, PBPU telah bersetuju agar semua minit mesyuarat Pihak Berkuasa Universiti hendaklah dikeluarkan selewat-lewatnya tiga (3) hari atau 72 jam selepas mesyuarat berakhir. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah UMS dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas mesyuarat, perkara ini perlu menjadi benchmark dan amalan kepada semua urusetia mesyarat di Universiti ini. Yang Ketiga : Needs – Kehendak 71. Setiap pemegang taruh dan pelanggan yang menerima perkhidmatan kita mempunyai kehendak masing-masing. Kita hendaklah sentiasa ingat dan tahu bahawa pelajar merupakan asas kewujudan Universiti ini. 72. Setiap yang kita laksanakan di Universiti ini adalah berasaskan pelajar. Kita tidak akan berkerja di Universiti ini jika bukan kerana pelajar. Sikap tidak mempedulikan pelajar atau memangsakan pelajar hendaklah dihentikan.

73. Setiap tindakan yang kita ambil seharusnya bersandarkan kepada kepentingan pelajar. Tanggungjawab terhadap pelajar bukan sahaja dibebankan kepada Jabatan HEP semata-mata, malah setiap dari kita menyumbang kepada mutu penyampaian perkhidmatan kepada pelajar. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian; 5.0 PENUTUP

74. Akhir kalam, marilah kita bersama-sama untuk terus ‘Bertekad Cemerlang’ selaras dengan motto universiti yang kita dokong selama lebih 21 tahun ini. 75. Mulakan hari ini dan hari-hari berikutnya dengan tekad atau niat untuk mencapai hasil kerja yang terbaik, kerana ‘kerja itu adalah suatu ibadah’. 76. Tingkatkanlah kredebiliti kita dengan menambah ilmu pengetahuan. Pengetahuan berkaitan pekerjaan dan pengetahuan am kita serta isu-isu semasa di sekeliling kita.

Page 24: UCAPAN PENDAFTAR MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR 2016

24/24

24 Ucapan Pendaftar. MAP 2016

77. Kita perlu terus kompiten & kompetitif bagi mempastikan Institusi Pentadbir di Universiti ini terus relavan dengan keperluan semasa Universiti & transformasi kepimpinan yang ada.

78. Konsep kompetitif dalam Islam bukan sekadar diamalkan dalam urusan melaksanakan kebaikan atau mengurus, tetapi juga kompetitif dalam melaksanakan urusan pembaikan kesilapan.

79. Hal ini dapat difahami melalui firman Allah swt seperti dalam surah Al-Asr yang saya nyatakan diawal ucapan tadi dan juga dalam Surat al-Ma’idah, ayat 2 yang bermaksud:

”Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan

pelanggaran” 80. Moga dengan tekad murni kita, UMS akan terus cemerlang serta tersohor di persada antarabangsa. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.