Upload
ustaz-niknizam-nasir
View
328
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
CABARAN MENDIDIK ANAK
BAGI KELUARGA IBU
TUNGGAL : MODUL LUQMAN
AL HAKIM SURAH LUQMAN
AYAT 12 - 19USTAZ NIK MOHD NIZAM PEJ . AGAMA JAJAHAN GUA MUSANG
Contoh Anak Soleh
بني يا قال عي الس معه بلغ فلماأذبحك ي أن المنام في أرى ي إن
افعل أبت يا قال ترى ماذا فانظره الل شاء إن ستجدني تؤمر ما
الصابرين من
Kenapa kita hendak merayakan hari penyembelihan anak?
Doa Nabi Ibrahim
من هبلي رب الصالحينWahai Tuhanku,
kurniakanlah kepadaku anak yg soleh.
Tangan yang menghayun buaian mampu
menggonccang dunia
SURAH LUQMAN
AYAT 12 - 19
SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM• Luqman al-Hakim ialah seorang hamba Allah
yang soleh lagi bertaqwa.• Namanya tercatat di dalam al-Quran• Dianugerahi ilmu pengetahuan , kebijaksanaan ,
kefahaman tentang agama , kemuliaan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
• Beliau hidup dalam zaman Nabi Daud.• Digelar al-Hakim kerana kata-kata hikmah dan
kisahnya menjadi pengajaran kepada manusia• Beliau sangat prihatin dalam mendidik anak.
NASIHAT LUQMAN
JANGAN SYIRIK KPD ALLAH
SERU KEBAIKANCEGAH KEMUNGKARAN
BERSABAR ATAS UJIAN
MENUNAIKAN SOLAT JANGAN SOMBONG
BERBUAT BAIK PD IBU BAPA
RENDAHKAN SUARABILA BERCAKAP
JANGAN PALING MUKABILA BERCAKAP
JANGAN MENSYIRIKKAN ALLAH
• Syirik ialah menyekutu atau menyamakan Allah dengan makhluk sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatannya.
• Syirik merupakan dosa besar yang tidak diampunkan Allah
• Orang yang syirik akan terbatal imannya dan ibadatnya tidak diterima Allah serta kekal di dalam neraka.
• Contoh syirik ialah memohon hajat di atas kubur yang dianggap keramat.
BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA
• Allah mewajibkan setiap anak mentaati kedua ibu bapanya.
• Ibu bapa adalah insan yang sangat berjasa kerana mereka sanggup menanggung kesusahan dalam mengandung, melahir dan membesarkan kita.
• Anak yang berbuat baik kepada ibu bapa akan mendapat keberkatan hidup.
MELAKUKAN KEBAIKAN
• Kita perlu sentiasa melakukan kebaikan dan mengajak orang lain melakukan kebaikan.
• Bersyukur adalah satu amalan baik yang boleh merapatkan hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia.
• Segala kebaikan akan diberi ganjaran baik oleh Allah dan disayangi oleh manusia.
TEGAHAN BERSIFAT SOMBONG
• Islam memerintahkan kita bergaul dengan baik sesama manusia iaitu bertegur sapa dan menunjukkan wajah yang manis.
• Sifat sombong sangat ditegah oleh Allah kerana ia boleh menimbulkan kebencian masyarakat.
• Orang yang berakhlak mulia dihormati masyarakat dan disayangi Allah.
MENUNAIKAN SOLAT
• Solat merupakan ibadah wajib yang mesti dilaksanakan dalam keadaan apa sekali pun.
• Ia adalah tiang agama dan menjadi pemisah di antara keimanan dan kekufuran
• Orang yang memelihara solat akan mendapat keberkatan hidup.
BERSABAR ATAS UJIAN
• Sabar merupakan satu sifat terpuji yang mesti dimiliki oleh setiap mukmin.
• Sabar meliputi semua perkara seperti sabar ketika ditimpa musibah dan sabar dalam melaksanakan ibadah
• Orang yang sabar akan menerima ganjaran yang besar di sisi Allah.
PENGAJARAN AYAT
• Allah menjadikan kisah Luqman al-Hakim sebagai panduan hidup
• Orang beriman perlu menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang merosakkan iman
• Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ibu bapa
• Kesabaran penting dalam kehidupan khususnya dalam melaksanakan ibadah