6
Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK) 4 Bagaimanakah Kaedah Koperatif Dapat Membantu Meningkatkan Kefahaman Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik? Matematik merupakan sebuah bidang yang sangat luas untuk diterokai kepentingannya. Ilmu matematik yang dipelajari bukan sahaja digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah ilmu ini turut diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Disebabkan kepentingan mempelajari subjek matematik yang tiada tolok bandingnya, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mendirikan asas yang kukuh dalam menarik minat murid-murid untuk mempelajari subjek matematik di peringkat rendah. Pembinaan asas yang kukuh ini mestilah menggunakan kaedah-kaedah yang mencabar serta dapat melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik, jika tidak murid akan hilang minat dan tumpuan untuk belajar sepertimana yang dinyatakan oleh Ahmad (1994), pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di mana pengajaran tersebut berpusatkan murid. Oleh itu, saya telah memilih kaedah koperatif sebagai salah satu kaedah yang dilihat dapat membantu meningkatkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas memandangkan kaedah ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika diteliti dari segi definisi pembelajaran koperatif yang didefinisikan sebagai suatu strategi pengajaran dimana murid-murid saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil (Efendi, 1998), dapat disimpulkan bahawa kaedah koperatif mampu menyediakan suatu ruang kepada murid-murid untuk meluahkan idea dan pendapat mereka dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan pula, kaedah ini menitikberatkan pembelajaran berstruktur dalam kumpulan kecil untuk memenuhi lima kriteria, iaitu saling bergantungan positif, kebertanggungjawapan, interaksi bersemuka, penggunaan kemahiran interpersonal yang bersesuaian dan penilaian kendiri ke atas matlamat kumpulan yang berterusan sepertimana yang dinyatakan oleh Felder et. al. (2004) dan Ng Kim Choy (1999). Oleh sebab itu, murid-murid yang kurang memahami sesuatu topik akan mendapat manfaat melalui bimbingan rakannya yang lebih berpengetahuan dalam topik tersebut memandangkan kaedah pembelajaran jenis ini memerlukan setiap ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut Slavin (1990), selain daripada idea berkerjasama, murid memberi penekanan kepada penggunaan matlamat kumpulan dan kejayaan kumpulan dan hal ini boleh dicapai apabila semua ahli dalam kumpulan tersebut memberi komitmen yang diperlukan.

TUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIF

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Hasil tugasan berdasarkan pengalaman sendiri. Kalau ada yang tak betul, harap dimaafkan..Hanya sekadar berkongsi ^_^

Citation preview

Page 1: TUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIF

Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)

4

Bagaimanakah Kaedah Koperatif Dapat Membantu Meningkatkan Kefahaman Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik?

Matematik merupakan sebuah bidang yang sangat luas untuk diterokai

kepentingannya. Ilmu matematik yang dipelajari bukan sahaja digunakan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah ilmu ini turut diaplikasikan dalam

kehidupan seharian. Disebabkan kepentingan mempelajari subjek matematik yang tiada

tolok bandingnya, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mendirikan

asas yang kukuh dalam menarik minat murid-murid untuk mempelajari subjek matematik di

peringkat rendah. Pembinaan asas yang kukuh ini mestilah menggunakan kaedah-kaedah

yang mencabar serta dapat melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pengajaran

dan pembelajaran matematik, jika tidak murid akan hilang minat dan tumpuan untuk belajar

sepertimana yang dinyatakan oleh Ahmad (1994), pengajaran dan pembelajaran yang

dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di

mana pengajaran tersebut berpusatkan murid. Oleh itu, saya telah memilih kaedah koperatif

sebagai salah satu kaedah yang dilihat dapat membantu meningkatkan kefahaman murid

dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas memandangkan kaedah ini

mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Jika diteliti dari segi definisi pembelajaran koperatif yang didefinisikan sebagai suatu

strategi pengajaran dimana murid-murid saling membantu di antara satu sama lain di dalam

kumpulan kecil (Efendi, 1998), dapat disimpulkan bahawa kaedah koperatif mampu

menyediakan suatu ruang kepada murid-murid untuk meluahkan idea dan pendapat mereka

dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan pula, kaedah

ini menitikberatkan pembelajaran berstruktur dalam kumpulan kecil untuk memenuhi lima

kriteria, iaitu saling bergantungan positif, kebertanggungjawapan, interaksi bersemuka,

penggunaan kemahiran interpersonal yang bersesuaian dan penilaian kendiri ke atas

matlamat kumpulan yang berterusan sepertimana yang dinyatakan oleh Felder et. al. (2004)

dan Ng Kim Choy (1999). Oleh sebab itu, murid-murid yang kurang memahami sesuatu

topik akan mendapat manfaat melalui bimbingan rakannya yang lebih berpengetahuan

dalam topik tersebut memandangkan kaedah pembelajaran jenis ini memerlukan setiap ahli

kumpulan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut Slavin (1990), selain

daripada idea berkerjasama, murid memberi penekanan kepada penggunaan matlamat

kumpulan dan kejayaan kumpulan dan hal ini boleh dicapai apabila semua ahli dalam

kumpulan tersebut memberi komitmen yang diperlukan.

Page 2: TUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIF

Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)

5

Di samping itu, perkara ini dapat dibuktikan keberkesannya apabila saya sendiri telah

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik untuk sekumpulan murid

Tahun 4 dengan menggunakan kaedah koperatif sebagai salah satu usaha meningkatkan

kefahaman mereka dalam topik matematik yang diajar. Aktiviti yang saya laksanakan

melibatkan pengajaran dan pembelajaran untuk topik pertama iaitu Nombor dan Operasi di

bawah subtopik Wang hingga RM 100 000. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

untuk topik ini, sebanyak dua kumpulan telah dibentuk untuk menyelesaikan satu situasi

yang diberikan kepada setiap kumpulan. Penyelesaian masalah ini memerlukan kerjasama

antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat dan tepat. Tidak

ketinggalan, setiap kumpulan juga mempunyai seorang ketua yang dipilih sebagai wakil bagi

kumpulan tersebut dalam menguruskan sesi perbincangan kumpulan supaya teratur dan

berjalan lancar.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapat lihat bagaimana kerjasama

yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan

kepada mereka. Pada masa tersebut, saya perhatikan terdapat seorang ahli kumpulan yang

tidak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi darab dengan baik sehingga

meminta bantuan kalkulator daripada saya untuk membantu pengiraannya, tetapi

disebabkan pelaksanaan aktiviti penyelesaian masalah ini dilaksanakan secara koperatif,

ahli kumpulan yang lain telah membantu murid ini bagi menyelesaikan masalah operasi

darab tersebut. Di sini saya dapat lihat bahawa kerjasama antara ahli kumpulan dalam

menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka telah melancarkan sesi pengajaran

dan pembelajaran matematik pada masa tersebut.

Tambahan pula, kaedah koperatif yang digunakan ini juga telah membantu

meningkatkan kefahaman murid dengan lebih cepat memandangkan terdapat perbincangan

kumpulan yang dilaksanakan untuk mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah

yang dihadapi. Setiap ahli kumpulan dilihat cuba berkongsi pendapat mereka dalam

memahami kehendak tugasan yang diberikan supaya kesimpulan daripada perbincangan

tersebut dapat mencapai kehendak tugasan. Selain itu, setiap kumpulan juga masing-

masing bersaing antara satu sama lain bagi mempamerkan hasil tugasan yang terbaik

supaya mendapat pengiktirafan atas pencapaian yang ditunjukkan dengan bertungkus-

lumus menyiapkan tugasan dengan kadar cepat selain mengelakkan kesalahan. Hal ini telah

dijelaskan oleh Bonwell dan Eison (1991) yang mengatakan kaedah ini dibuktikan berkesan

kerana ia menghasilkan kesan dorongan, kesan pembangunan kognitif dan kesan perluasan

kognitif yang mendorong kepada sikap yang positif seperti ingin berusaha dengan lebih

gigih, di samping menggalakkan pertumbuhan kognitif di mana cara pemikiran yang lebih

baik boleh dikuasai melalui perkongsian idea antara ahli dalam kumpulan.

Page 3: TUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIF

Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)

6

Tidak ketinggalan, kajian-kajian yang dilaksanakan oleh Johnson dan Johnson

(2000), Felder et. al (2003) dan Slavin et. al (1985) juga mengatakan kaedah ini telah

berjaya meningkatkan pencapaian murid di samping menggalakkan perkembangan generik

seperti motivasi untuk belajar, berinteraksi dan sikap saling bergantungan yang positif,

menerapkan kemahiran asas seperti kepimpinan, keupayaan membuat keputusan,

memupuk kerjasama, sifat toleransi antara kaum dan kepercayaan di antara murid serta

keupayaan berfikir secara kritikal. Berdasarkan kajian-kajian tersebut serta pengalaman

saya sendiri, dapat saya katakan di sini bahawa penggunaan kaedah koperatif

sememangnya mampu meningkatkan kefahaman murid dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran matematik memandangkan setiap murid akan lebih mudah mengingati

sesuatu perkara apabila mereka mengajar rakan-rakannya yang lain. Hal ini dapat

dibuktikan apabila kajian yang dijalankan di National Training Laboratories, Bethel, Maine,

purata kadar ingatan pelajar boleh meningkat sehingga 90% jika mereka mengajar sesama

sendiri dan menggunakan pengetahuan itu serta-merta.

Sumber : National Training Laboratories, Bethel, Maine

Rajah 2.0 The Learning Pyramid (Piramid Pembelajaran)

Page 4: TUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIF

Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)

7

Daripada kajian-kajian yang telah dilaksanakan serta pendapat tokoh-tokoh yang

telah dinyatakan, saya sangat yakin jika kaedah ini dapat diaplikasikan dengan baik di dalam

kelas, murid-murid akan lebih berminat dan akan lebih memahami sesuatu topik yang

diajarkan kepada mereka. Melalui pelaksanaan aktiviti secara koperatif, murid-murid akan

lebih selesa dalam meluahkan pandangan dan menonjolkan bakat mereka dalam

menyelesaikan sesuatu permasalahan yang diberikan. Hal ini dapat dibuktikan apabila

murid-murid dilihat lebih selesa belajar dengan rakan seusia mereka berbanding mendapat

bantuan daripada guru yang mungkin disebabkan oleh perasaan malu dan sebagainya.

Menurut Rogers dan Freiberg (1994), murid-murid lebih suka pengajaran yang tidak

terlalu formal dan pembelajaran koperatif ternyata mampu memenuhi syarat ini dalam

mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang santai tetapi penuh dengan manfaat.

Oleh itu, semasa melaksanakan aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah yang rumit,

pemilihan kaedah koperatif dilihat mampu menguji tahap kefahaman murid berkaitan tajuk

yang dipelajari selain memudahkan tugas guru dalam memberi penerangan semula kepada

murid yang kurang memahami tajuk tersebut apabila masalah ini dapat diatasi dengan

bantuan ahli kumpulan yang mampu memberikan penerangan semula kepada rakannya

yang kurang memahami topik tersebut.

Walaupun kaedah koperatif yang digunakan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran matematik ini jika dilaksanakan dengan serius ia akan membawa manfaat

kepada pelajar (Ahmad, 1994), tidak dinafikan terdapat juga beberapa kekangan yang perlu

diberi perhatian agar kaedah ini dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan lagi.

Antaranya adalah aspek kawalan kelas di mana saya lihat pengajaran dan pembelajaran

menggunakan kaedah koperatif ini akan menyukarkan guru untuk mengawal kelas. Suasana

bising yang diwujudkan oleh setiap kumpulan disebabkan perbincangan yang dilaksanakan

sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid-murid yang berada di kelas lain. Oleh

sebab itu, aspek kawalan kelas perlu diberi perhatian dengan sebaik mungkin sama ada

dengan cara mewujudkan peraturan semasa melakukan aktiviti ataupun dengan cara lain

yang dapat mengurangkan masalah ini.

Selain itu, semasa pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan

kaedah koperatif ini juga guru perlu prihatin dari segi merangsang minat murid yang pasif

agar mereka turut bersama-sama melaksanakan aktiviti. Kelemahan yang dikenal pasti ini

adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengendalikan sesi pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kaedah ini apabila terdapat murid yang pasif dalam kumpulan

yang dibentuk. Jika guru tidak prihatin dan terus membiarkan murid pasif semasa

pelaksanaan aktiviti menggunakan kaedah koperatif, hal ini akan menjadikan mereka lebih

Page 5: TUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIF

Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)

8

pasif lagi dan minat mereka terhadap subjek matematik juga akan semakin berkurang.

Setidak-tidaknya dengan cara memberi tumpuan dan motivasi kepada murid yang pasif

semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan ini akan membantu merangsang hubungan

interpersonal mereka selain merangsang minat mereka untuk belajar selari dengan

pendapat Chua (2001) yang menyatakan motivasi dan minat serta semangat baru akan

diperolehi dengan pengisian pembelajaran yang positif dan konkrit untuk merangsang minda

murid.

Kesimpulannya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk

menghasilkan perubahan yang dikehendaki dalam diri seseorang di mana sistem pendidikan

negara memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu (Wan Zahid, 2000). Bertitik tolak daripada hasrat ini, tanggungjawab guru

juga menjadi semakin mencabar dan memerlukan pelbagai usaha dalam membantu setiap

murid untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Oleh sebab itu, perancangan

pengajaran yang menarik serta mampu meningkatkan kefahaman mereka dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran matematik terutamanya adalah ‘pintu’ untuk menemui impian

tersebut. Dan ‘kunci’ yang diperlukan untuk membuka ‘pintu’ tersebut adalah dengan

menggunakan kaedah koperatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kerana melalui

kaedah ini, kefahaman murid akan lebih meningkat dan kekal lama kerana murid-murid akan

terlibat secara aktif dalam menstrukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama,

mereka memberi semangat antara satu sama lain dalam mencapai pembelajaran masing-

masing (Lie, 2004).

Akhir sekali, saya juga berharap dengan pengalaman serta ilmu pengetahuan yang

saya peroleh semasa melaksanakan tugasan ini akan membantu saya menjadi seorang

guru yang berkaliber serta mampu mendepani pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan.

Tidak ketinggalan, saya juga berharap dengan ilmu yang diperoleh ini ia akan menjadi

sumber rujukan saya dalam usaha mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran

yang memberangsangkan terutamanya dalam mata pelajaran matematik ini dari semasa ke

semasa.

(1 503 patah perkataan)

Page 6: TUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIF

Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)

9

RUJUKAN

Ahmad Md. Shariff. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Bonwell, C.C. & Eison, J.A. (1991). Active Learning: Creating Excitement in the Classroom.

ASHE-ERIC Higher Education Report No. 1. Washington, D.C.: School of Education

and Human Development, George Washington University.

Chua Yock Chuan .(2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan : PKPSM

Johor. (hlmn 61-64).

Efendi Zakaria. (1998). Pembelajaran Koperatif. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Felder, R.M., & Brent, R. (2004). The ABC’s Of Engineering Education : ABET, Bloom’s

Taxonomy, Cooperative Learning. American Soviety for Engineering Eduction.

Session 1375.

Felder, R.M., and Brent, R. (2003). Designing And Teaching Courses To Satisfy ABET

Engineering Criteria. Journal on Engineering Education. 92(1), 7 – 25.

Johnson, D.W, dan Johnson, R.T. (2000). Coperative Learning Methods : A Meta- Analysis.

Dicapai pada 25 Februari 2014, daripada http://www.co-operation.org/pages/cl-

methods.html

Lie. A. (2004). Cooperative Learning : Changing Paradigms of College Teaching. Petra

Christian University, Surabaya, Indonesia.

Ng Kim Choy (1999). Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif. Sandakan : Maktab

Perguruan Sabah. Tidak Diterbitkan.

Rogers,C & Freiberg,J. (1994). Freedom to Learn. (3rd ed.). New York : Macmillan.

Slavin, R.E (1990). Cooperative Learning: Theory, Research and Practice. Massachussetts:

Simon & Schuster Inc.

Slavin, R.E. & Karweit, N.A. (1985). Effects Of Whole Class, Ability Grouped, And

Individualized Instruction On Mathematics Achievement. American Education

Research Journal. 22(3)., 351 – 367.

Wan Mohd Zahid Wan Nordin (2000). Penekanan Kepada Perkembangan Potensi Individu

Secara Menyeluruh Dan Bersepadu. Berita Harian : m.s 7.