Presentation (Gejala Sosial)

  • View
    93

  • Download
    2

Embed Size (px)

Transcript

PowerPoint Presentation

GENERIK KESANTUNAN BERBAHASA (GSB 1012)PENSYARAH PEMBIMBING: PN. NORHAYATI BINTI IDRISMOHD. ASYRAF BIN ABD HAMIDJASON MATHEW GUNTALA ADOLF CORY MAXCIMUSBlog kami : maleficentglory@gmail.com

GEJALA SOSIAL: MAT REMPITDEFINISI REMPIT

Rempit adalah senario yang mana sekumpulan penunggang motosikal menunggang motosikal secara berterusan dan merbahaya. Perlakuan rempit ini membahayakan dirinya sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).

Teknik menunggangTeknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa.Cabaran - Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan, musuh dan orang ramai.Sanggup mati katakPastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintetik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh.Sekatan jalan rayaSekatan jalan raya oleh polis trafik lebih menyeronokkan. Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis.

CERITA MAT REMPIT

PERASAAN BOSAN YANG DIALAMI OLEH GOLONGAN REMAJAGolongan remaja ini juga memberi tanggapan bahawa mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan melakukan aktiviti merempit ini dan mampu untuk menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti merempit tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi. PERASAAN INGIN TAHU DAN MENCUBA DALAM KALANGAN REMAJAOleh sebab desakan perasaan remaja yang suka mencuba dan tidak takut menghadapi risiko yang bakal mereka tempuhi, para remaja sanggup dan berani melakukan apa sahaja.PENGARUH RAKAN SEBAYARemaja selalunya mempunyai sikap yang akan menurut sahaja sikap dan tingkah laku rakan-rakan sebaya mereka.GAYA HIDUP DAN TARAF PENDIDIKAN GOLONGAN REMAJAMajoriti remaja yang terlibat dengan lumba haram ini adalah dari golongan yang berpendidikan rendah malah pemikiran mereka juga sempit kerana tidak berfikir dengan semasak-masaknya.KURANGNYA PENGAWASAN DARIPADA PIHAK IBU BAPAIbubapa mereka langsung tidak mempersoalkan ke mana perginya anak mereka dan apa aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di luar pengetahuan mereka.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA MAT REMPIT

KESAN BURUK AKIBAT MEREMPITMeningkatkan masalah keruntuhan moral atau akhlak dalam kalangan remaja.Menyebabkan wujudnya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan seperti yang berlaku pada hari ini, hilang sifat beradab, seks bebas dan lain-lain.Meningkatkan kemalangan jalan raya.Meningkatnya masalah jenayah seperti merogol, merompak, samun, curi motosikal dan sebagainya.Gejala merempit yang semakin berleluasa ini juga memberi kesan kepada pasukan keselamatan negara. Masyarakat seolah-olah memandang pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka walaupun terdapat banyak langkah yang telah pihak mereka ambil untuk membanteras masalah merempit ini. Contohnya, pihak polis.Menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan negara untuk mengatasinya.Menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan negara untuk mengatasinya.

PEMBUANGAN BAYI

DEFINISI PEMBUANGAN BAYIMenurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi sebagai satu jenayah berat dan teruk. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.

Kurang Didikan dan Kefahaman AgamaRemaja tidak mempunyai pegangan agama yang teguh dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu.Pengaruh Rakan SebayaRakan yang berpengaruh negatif akan mengajak rakan yang lain untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat.Sikap MasyarakatPemikiran masyarakat yang kolot menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya.

PUNCA BERLAKUNYA PEMBUANGAN BAYISikap Ingin TahuRemaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain.Arus Pemodenan Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja mudah terpengaruh.Institusi Kekeluargaan Yang Musnah- Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik.