38
Sri damai tuition centre 2011 Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Isu Remaja tatabahasa

Tema 2 gejala sosial

  • Upload
    reapth

  • View
    2.807

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tema 2 gejala sosial

1

Sri damai tuition centre 2011

Bahasa Malaysia

Tingkatan 4

Nama:____________________

Isu Remajatatabahasa

Page 2: Tema 2 gejala sosial

Rumusan 1: Gejala SosialBaca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang gejala-gejala sosial dalam kalangan remaja dan langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Pada abad ke-21, masalah yang kian meruncing dan sukar dibendung kewujudannya ialah masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini kerap disuarakan oleh orang ramai malah turut disiarkan berulang kali di media-media masa tempatan. keadaan ini amat membimbangkan kita kerana golongan remaja merupakan pemimpin pelapis yang bakal mentadbir dan memimpin negara pada masa depan. Dalam laporan terbaru yang disiarkan di televisyen, gejala sosial paling membimbangkan dalam kalangan mereka ialah pertambahan jumlah remaja yang terjebak dalam najis dadah. Hal ini perlu ditekankan kerana Malaysia memandang bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara pada masa ini.

Penglibatan remaja dalam kancah penyalahgunaan dadah ini kerap kali menimbulkan masalah berterusan. Kini, timbul pula golongan Mat Rempit dalam kalangan remaja yang tidak segan silu menunjukkan kehebatan bermotosikal tanpa mengikut undang-undang yang ditetapkan. persoalannya ialah mereka bukan sahaja membahayakan nyawa mereka sendiri tetapi turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Semasa isu mat Rempit ini sedang heboh diperkatakan, lahir pula gejala yang tidak sehat dalam kalangan remaja apabila sebahagian besar daripada mereka terlibat dengan jenayah ragut sehingga menyebabkan kematian. Hal ini bukan sahaja memeranjatkan kita tetapi kita dapat merasakan bahawa keruntuhan nilai moral serta nilai-nilai kemanusiaan yang dianggap murni semakin menipis dalam jiwa remaja kita.

Selain itu, mengikut laporan yang diberi oleh pihak polis, pada masa ini semakin ramai remaja khususnya remaja perempuan yang terlibat dengan masalah lari dari rumah ekoran berlaku masalah dalaman di antara keluarga mereka. Golongan ini mudah terdedah dengan gejala yang tidak sihat termasuklah melibatkan diri dalam sek bebas ataupun melacurkan diri demi mendapatkan kepuasan diri mahupun untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan mereka setelah terpisah daripada keluarga. Kesannya

2

Page 3: Tema 2 gejala sosial

bukan sahaja dirasai dalam jangka masa pendek tetapi lebih parah dalam jangka masa panjang.

Sementara itu, beberapa buah akhbar tempatan turut melaporkan bahawa ramai remaja terutamanya remaja di bawah umur gemar menghabiskan masa melepak di pusat-pusat membeli belah mahupun di kafe siber. Golongan remaja seperti ini akan lebih mudah melakukan kesalahan disiplin sekolah kerana terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan ada pula yang terjebak dalam kegiatan gangsterisme. Justeru, tindakan seperti ini akan lebih menyukarkan hasrat kerajaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat minda kelas pertama pada masa depan. Apatah lagi dengan sikap golongan remaja yang terlalu terikut-ikut dengan budaya barat yang dianggap tidak sopan dari pandangan masyarakat timur. Natijahnya, kita sedang berhadapan dengan satu masalah yang bukan sahaja perlu diatasi tetapi memerlukan kerjasama semua pihak bagi membawa remaja kita kembali semula ke pangkal jalan.

Rumusan 2: Keburukan MerokokBaca petikan di bawah. Buat satu rumusan tentang keburukan-keburukan merokok dan kekangan mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar. panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan

3

Page 4: Tema 2 gejala sosial

penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok.

Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premis kerajaan.

Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok!

Rumusan 3Baca petikan di bawah dan buat rumusan tentang punca-punca peningkatan jenayah di kalangan remaja serta langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

Berita kematian seorang pelajar terbunuh akibat dibuli oleh sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah berasrama baru-baru ini amat menyayat hati. Walaupun begitu, kita dapat membuat kesimpulan awal

4

Page 5: Tema 2 gejala sosial

bahawa kadar jenayah dalam kalangan remaja di negara kita semakin meningkat. Hal ini amat membimbangkan dan merupakan satu petanda bahawa sesuatu tindakan tegas perlu dilaksanakan bagi mengekang perkara tersebut daripada terus berleluasa. Dalam hal ini, peranan semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan perlu digembeling bersama.

Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2006 menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar atau remaja yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat itu dipengaruhi oleh rakan sebaya yang negatif ataupun ”orang luar”. Hal ini disebabkan remaja tidak dapat memilih sesuatu perbuatan itu sama ada betul atau salah. Dalam beberapa hal yang lain, masyarakat lebih mudah memperkatakan bahawa kesilapan ini adalah disebabkan oleh kurangnya peranan ibu bapa dan pihak sekolah untuk memberi didikan agama serta moral kepada golongan remaja. Sama ada benar atau tidak, hal ini memang saling berkait rapat.

Selain itu, pembabitan remaja dalam kejadian itu turut dikaitkan dengan sikap ibu bapa. Ramai ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya serta wang ringgit tanpa mengambil kira kepentingan keluarga. Keperluan harta benda yang semakin meningkat menyebabkan ibu bapa melupai tugas mereka sebagai penjaga kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang kesunyian dan kebosanan akan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat apatah lagi jika mereka tidak memiliki didikan agama yang sempurna. Ibu bapa juga kurang memberi perhatian kepada perbuatan anak-anak yang kerap melayari internet atau media masa yang lain. Masalah yang timbul ialah ada media tersebut mempengaruhi remaja dengan unsur-unsur negatif yang terdapat di dalamnya.

Menurut pegawai khas UNESCO pula, kemungkinan besar jenayah dalam kalangan remaja di Asia adalah berkait rapat dengan kadar kemiskinan yang tinggi dalam kalangan keluarga remaja. Kemiskinan menyebabkan remaja terbeban dan kerap mengakibatkan mereka terjebak dalam situasi yang tidak sihat. Beliau turut menambah bahawa situasi ini akan bertambah buruk sekiranya keadaan keluarga remaja tersebut tidak aman. Keadaan keluarga yang berpecah-belah seperti pertengkaran ibu bapa atau perceraian mampu meningkatkan kadar jenayah kepada golongan ini. Walaupun begitu, apa-apa jua pendapat yang diberi oleh semua pihak, kesannya tetap membimbangkan kita. Proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi pendidikan bakal terjejas malah perkara yang lebih

5

Page 6: Tema 2 gejala sosial

membimbangkan kita ialah negara bakal kehilangan tenaga muda serta pemimpin masa depan yang berkualiti. Justeru, hal ini tidak boleh dipandang ringan atau dipandang dengan sebelah mata.

Rumusan 4Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca remaja bersikap liar dan langkah menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Alam remaja penuh dengan pancaroba. Pelbagai perkara yang baik dan buruk sering melingkungi hidup mereka. Di negara kita kini, masalah remaja liar mungkin belum dianggap begitu serius, namun kebanyakan kes remaja liar atau kes jenayah dalam kalangan remaja biasanya dikaitkan dengan penagihan dadah.

Kes kecurian sepatu di masjid atau di rumah-rumah pangsa sudah dianggap kejadian biasa dan bukan sebagai satu keanehan lagi. Sudah diketahui umum bahawa kebanyakan jenayah kecil seperti ini adalah perbuatan penagih dadah yang gian dan tiada wang untuk membeli dadah. Justeru, golongan ini sanggup mencuri dan barang curi tersebut dijual di pasar malam.

Ternyata dadah antara punca gejala sosial yang melibatkan para remaja. Oleh itu, jika masalah dadah dapat diatasi, secara tidak langsung kebanyakan masalah remaja liar mungkin turut dapat diatasi.

Masalah remaja nakal biasanya berpunca daripada ketiadaan didikan moral atau agama. Kepincangan ini kian ketara akhir-akhir ini kerana hubungan ibu bapa kian renggang dengan anak-anak mereka. Ibu bapa sibuk dengan urusan masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap tanggungan mereka.

Para ibu yang dulu berperanan sebagai suri rumah dan pengasuh anak sepenuh masa kini, lebih ramai yang keluar meninggalkan rumah untuk bekerja. Oleh itu, anak-anak yang sudah remaja biasanya berasa kesunyian di rumah. Menjelang petang mereka mencari kawan untuk bersembang atau bermain bola atau sebagainya. Pengaruh kawan mudah menyeret mereka ke lubuk dadah, menjadi kutu rayau atau terlibat dengan vandalisme.

6

Page 7: Tema 2 gejala sosial

Tanpa disiplin di rumah dan tanpa didikan agama atau akhlak, golongan remaja hari ini lebih terdedah pada dorongan nafsu sendiri hingga menjadi perogol atau penjenayah. Ternyata disiplin berkala dalam program sekolah sahaja belum berjaya meninggalkan kesan yang mendalam, kecuali disiplin sepenuh masa yang biasanya diadakan di sekolah agama.

Paling membimbangkan akhir-akhir ini golongan remaja muslim semakin terdedah kepada pengaruh luaran yang berbau politik atau bersifat anti akhlak, anti disiplin dan anti undang-undang. Media massa juga dikatakan menjadi punca remaja bersikap liar kerana mereka terpengaruh dengan adegan negatif yang dipaparkan. Ibu bapa pula tidak mampu untuk menyekat anak-anak mereka daripada menonton apa-apa rancangan yang disiarkan di kaca televisyen.

Format Karangan Surat Rasmi

A. Jenis surat rasmi:i. Surat aduan – sampah, gejala sosial, kafe siber, masalah pencemaran, kilang haram dan sebagainya.ii. Surat permohonan – pekerjaan, kemudahan asas, kemudahan sekolah dan sebagainya.iii. Surat bantahan – bantahan sesuatu perkara yang mendatangkan masalah atau kesan negatif.iv. Surat cadangan – cadangan mengadakan sesuatu, cadangan mengatasi sesuatu masalah dan sebagainya.v. Surat jemputan – perkahwinan, menghadiri majlis dan sebagainya.

B. Penerima dan alamat surat rasmii. Penerima surat rasmi – penerima perlu sesuai dengan situasi surat yang ditulis. Contohnya, jika kebakaran (bomba – Ketua Balai Bomba), kecurian (polis – Ketua Balai Polis XXXXXX), sampah sarap (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Ketua Penguat Kuasa), jabatan kerajaan (Pengarah) dan sebagainya.

7

Page 8: Tema 2 gejala sosial

ii. Alamat penerima – Jika anda tidak pasti alamat penerima, jangan bimbang kerana anda boleh menciptanya sendiri. Contohnya, jika alamat individu (ada nombor rumah, ada nama jalan, ada nama taman, ada poskod, ada nama bandar, ada negeri). Jika alamat jabatan kerajaan atau agensi kerajaan (ada tingkat, ada nama bangunan, ada nama jalan, ada poskod, ada nama bandar, ada nama negeri).

Contoh : Masalah sampah sarap tidak diangkut.

Ketua Penguat KuasaDewan Bandaraya Kuala Lumpur,Tingkat 5, Bangunan Menarajaya,Jalan Bunga Raya,56000 Kuala Lumpur.

B. Format Surat Rasmi:

1. Nama dan alamat pengirim – di sudut kiri surat.(Selepas itu langkau sebaris dan lukis garisan panjang)(Sebaiknya selepas setiap perenggan berakhir, langkau satu baris)2. Penerima dan alamat penerima – di sudut kiri surat.3. Tarikh dengan huruf besar – di kanan dan selari dengan baris terakhir

alamat penerima.4. Panggilan hormat (Tuan/ Puan/ Datuk dan sebagainya yang sesuai) – di

kiri dan tanda koma.5. Tajuk surat – Semua perkataan awal dengan huruf besar, kecuali untuk

kata hubung, sendi dan kata bantu. Garisi tajuk dan jangan letak tanda titik pada akhir ayat.

6. Pengenalan surat – nyatakan siapa anda + mewakili siapa (jika anda sebagai wakil) + tujuan surat ditulis. (tulis rapat di kiri surat dan jangan letak sebarang nombor)

7. Isi surat: (Bermula dari perenggan kedua dan seterusnya, letak nombor bermula dengan 2 dan seterusnya pada setiap perenggan dan mulakan perenggan agak ketengah – 2 ½ sm dari nombor)

a. Huraian isu atau huraian masalah yang ditulis (di mana + sejak bila + nama pihak penyebab masalah + masa masalah berlaku + siapa

8

Page 9: Tema 2 gejala sosial

terlibat + dan apa-apa juga maklumat awal tentang isu atau masalah itu yang dapat digunakan bagi membantu pihak yang anda beritahu)

b. Kesan daripada isu atau masalah itu kepada anda atau orang yang anda wakili. Kesan ini mesti diulas, sama seperti anda menulis karangan biasa (ada isi, huraian, contoh dan kesimpulan kecil) Sebaik-baiknya, 1 kesan ditulis dalam satu perenggan)

c. Cadangan mengatasi masalah – anda boleh memberi cadangan awal untuk mengatasi masalah atau isu yang anda tuliskan.

8. Penutup surat – tuliskan harapan anda dan iringan terima kasih.9. Tulis ucapan terima kasih – di kiri dan rapat dengan garisan. (Jangan letak

nombor) (Selepas itu, langkau 3 hingga 4 baris)10. Tulis pengesahan:

- “Yang menjalankan tugas” (jika tujuan rasmi) dan “Yang benar” (jika tujuan persendirian)

- Tandatangani-(NAMA) dengan huruf besar dan dalam kurungan

-Nama jawatan (Ikut kehendak soalan jika dinyatakan), jika tidak tulislah Setiausaha. Jika tujuan persendirian, tidak perlu menulis jawatan.

-Nama institusi, persatuan atau taman perumahan yang anda wakili.11. Pastikan anda menggunakan frasa gramatis, peribahasa atau kata-kata

hikmat seperti anda menulis karangan yang lain.

CONTOH: MENULIS SURAT KIRIMAN RASMI

Soalan : Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpunca daripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di tempat anda. tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan.

Contoh jawapan surat rasmi.

Lin Cheng Heng,No.6, Jalan Limau Purut 3,Taman Cheras Perdana,52400 Kuala Lumpur.

9

Page 10: Tema 2 gejala sosial

Ketua Balai,Balai Polis Cheras,Jalan Ikan Emas 2,53000 Cheras,Kuala Lumpur 16 JULAI 2008

Tuan,

Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana

Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.

2.Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.

3.Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan ini.

10

Page 11: Tema 2 gejala sosial

4.Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.

5.Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

6.Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.

7.Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

11

Page 12: Tema 2 gejala sosial

Yang menjalankan tugas,

Linchengheng(LIN CHENG HENG)Setiausaha,Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.

LATIHAN: SURAT KIRIMAN RASMI

Soalan 1:Kawasan tempat tinggal anda masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Hal tersebut amat menyukarkan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Selaku wakil penduduk, tulis sepucuk surat kepada pihak terbabit untuk memohon kemudahan pengangkutan awam itu.

Rangka jawapan:

Isi 1:- di mana kedudukan kawasan tersebut + berapa ramai penduduk + sejak bila dibuka + bagaimana penduduk keluar masuk ke kawasan itu + nyatakan kesukatan penduduk secara umum + bandingkan dengan taman lain yang berhampiran yang memiliki kemudahan tersebut.

Isi 2:- kesukaran yang dihadapi + sukar ke tempat kerja pada waktu ditentukan + sering terlewat dan menjejaskan prestasi kerja + terpaksa menaiki kereta sapu + keselamatan tidak terjamin + menaiki motosikal + selalu berlaku kemalangan + menyukarkan penduduk.

Isi 3:- Sukar apabila menghadapi kecemasan + terpaksa meminta bantuan jiran tetangga + menyusahkan jiran tetangga + contoh kejadian pesakit lewat di bawa ke hospital kerana tiada pengangkutan awam + membebankan kerana ada kereta sapu yang disewa mengenakan tambang yang keterlaluan dan

12

Page 13: Tema 2 gejala sosial

cekik darah + menyukarkan penduduk yang kebanyakannya berpendapatan miskin.

Isi 4:- sukar dikunjungi oleh saudara mara kami kerana tidak ada pengangkutan awam + juga menyukarkan warga tua yang hendak ke bandar atau hospital mendapatkan rawatan + kanak-kanak sekolah terpaksa menaiki van tanpa permit + keselamatan tidak terjamin + keadaan lebih parah apabila musim tengkujuh (hujan) + sukar untuk bergerak kerana tiada kenderaan awam.

Isi 5:- Mencadangkan agar pihak terbabit menyediakan beberapa buah bas awam + serta pondok menunggu bas yang secukupnya + jumlah bas perlu mencukupi kerana ramai penduduk memerlukannya + memohon perkhidmatan dijalankan tiap-tiap setengah jam sekali.

Soalan 2:Persatuan yang anda sertai di sekolah ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang. Selaku setiausaha persatuan tersebut, tulis sepucuk surat kepada pengusaha kilang tersebut untuk memohon kebenaran agar persatuan anda dapat melawat kilang berkenaan.

Rangka karangan:Pengenalan:- Siapa anda + mewakili siapa + tujuan anda menulis + member sebab mengapa kilang ini dipilih + terkenal/ terbaik + berhampiran dengan sekolah.

Isi 1: - Tarikh lawatan + jumlah peserta + jumlah guru + masa lawatan + jangkaan berada di kilang berkenaan.

Isi 2:- Tujuan lawatan 1 – menambah pengetahuan + mengetahui teknologi terbaharu + berguna kerana anda mengambil pelajaran yang berkaitan

Isi 3:- Tujuan lawatan 2 – ingin mendapat maklumat tentang apa? + dikehendaki menjalankan kajian tentang apa? Oleh guru + maklumat tepat hanya dapat diperoleh melalui lawatan itu.

13

Page 14: Tema 2 gejala sosial

Isi 4:- Cadangan lawatan + tempat yang ingin dilawati di kilang itu (tempat pengeluaran/ tempat pembungkusan/ pentadbiran dan lain-lain) + meminta kebenaran mengambil gambar berkaitan + untuk dimasukkan dalam laporan.

Isi 5:- memohon bantuan seorang kakitangan kilang + untuk memberi tunjuk arah di kawasan kilang + member penerangan yang diperlukan + memohon sebarang bahan-bahan maklumat tambahan tentang kilang itu + untuk rujukan

Isi 6:- Janji anda – mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak kilang + mematuhi disiplin + akan bertanggungjawab sekiranya timbul masalah yang disebabkan oleh lawatan tersebut.

Penutup:- harapan anda + ucapan pendahuluan terima kasih.

Surat Rasmi: Aduan Lumba HaramAnda hendak membuat aduan tentang masalah lumba haram di tempat kamu.Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah tersebut.

No. 123, Jalan Sopan,Kampung Skudai Lama,81200, Johor Bharu,Johor.

Ketua Cawangan Trafik,Balai Polis Trafik Johor Bharu,81230, Johor Bharu,Johor. 15 MAC 2011Tuan,

Aduan Kegiataan Lumba Haram

14

Page 15: Tema 2 gejala sosial

Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung Skudai Lama ingin membuat aduan tentang kegiatan perlumbaan haram motosikal di sekitar jalan raya Kampung Skudai Lama. Masalah ini sudah lama menganggu ketenangan dan keselamatan penduduk di sini.

2. Untuk makluman pihak tuan, kebanyakan golongan remaja menjadikan kawasan jalan raya di jalan susur Kampung Skudai Lama sebagai kawasan untuk berlumba motosikal. Golongan pelumba haram ini akan berlumba bermula dari tengah malam hingga awal pagi setiap hari. Bilangan remaja yang menyertai lumba haram ini akan bertambah pada malam minggu. Sebahagian besar remaja tersebut masih bersekolah dan dipercayai tidak mempunyai lessen memandu yang sah.

3. Kegiataan perlumbaan haram ini, telah mendatangkan banyak masalah kepada penduduk di kampung ini. Bunyi bising ekzos dan deruman enjin motosikal serta sorak-sorai mereka menganggu penduduk kampung untuk beristirahat dan tidur. Anak-anak yang ingin mengulang kaji pelajaran juga terganggu. Selain itu, bagi penduduk yang mempunyai anak-anak kecil, bunyi bising ini menyebabkan anak-anak kecil sering terjaga dan menangis pada waktu malam.

4. Untuk makluman pihak tuan lagi, beberapa orang anggota rukun tetangga di kampung ini pernah menegur perbuatan golongan remaja ini. Malangnya teguran yang diberikan seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Malahan, nasihat dan teguran yang diberikan ini sering juga menimbulkan pertengkaran. Kami dapati golongan remaja ini bukan berasal dari kampung ini tetapi dari kawasan sekitar.

5. Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Di atas kerjasama dan pertolongan daripada pihak tuan, kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Mohd Faizal(MOHD FAIZAL DAUD)

15

Page 16: Tema 2 gejala sosial

Karangan: Gejala SosialGlobalisasi & Modenasasi   : Punca Gejala Sosial

Punca – punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.

Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam, ia merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan. 

Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional seperti memuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam.Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim.

Bentuk - Bentuk Manifestasi Globalisasi & Modenasasi Yang Membawa Kepada Gejala Sosial Dalam Masyarakat

Media Massa

16

Page 17: Tema 2 gejala sosial

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yg cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

InternetTeknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sehat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang GoyahInstitusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Cara BerpakaianJika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.

Dunia Cinta Remaja

17

Page 18: Tema 2 gejala sosial

Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.

Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.

Terlalu Banyak Masa Lapang Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.

Karangan: Peranan keluarga dalam mengatasi masalah sosialPada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa

menghiasi lembaran akhbar.  Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena  ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan?  Tampaknya, masalah gengsterisme,  vandalisme, samseng jalanan,  pembuangan bayi,  remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk  mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja.

Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat

18

Page 19: Tema 2 gejala sosial

dengan gejala sosial.  Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama.  Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab.  Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya.

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana  banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar.  Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia,  remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak  yang mulia sehingga berjaya.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan  teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa  mampu membentuk sahsiah  anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.  Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi.   Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak  akan mencanai generasi  muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.

Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna  dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian  ini berlaku  kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh  gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai  menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada

19

Page 20: Tema 2 gejala sosial

di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni  berdominan untuk  membanteras kegiatan negatif.

Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus  sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu,  setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga.

Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan “Keluargaku, syurgaku”, dan “Semakin hari semakin sayang” patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.

Karangan: Kes Pembuangan BayiKes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar perdana di negara kita. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani kes ini.

Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang semakin leluasa di negara kita. Dalam siaran berita di radio atau di televisyen, berita-berita seperti ini begitu kerap dilaporkan. Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah imej negara kita akan terjejas. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah harus diambil untuk membendung masalah ini.

Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai

20

Page 21: Tema 2 gejala sosial

program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

Selain itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landaan yang betul dalam kehidupan.

Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang perlu diurus oleh pihak kebajikan masyarakat. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut.

Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. (AH) Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu

21

Page 22: Tema 2 gejala sosial

dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut.

Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Cara ini adalah amat efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung maalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan rohani dapat direalisasikan.

Karangan: Punca Remaja Lari Dari RumahMasalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa.

Cahaya matahari menyilau mata,Rasa pedih berusaha menahan;Lafaz bismllah pembuka kata,Gelanggang pertandingan segera dimulakan.

Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, TuanPengetua Sekolah Menengah Kebangsaa Perempuan Temenggung Ibrahim, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang, guru-guru, dan rakan pelajar sekalian. Terlebih dahulu. kami barisan pencadang tetap berpendirian bahawa tajuk perbahasan ini, "Masalah Remaja Lari dari Rumah Bukan Hanya Berpunca daripada Kurangnya Kasih Sayang Ibu Bapa" memang tepat dan tidak pcrlu dipersoalkan lagi. Sebelum saya membahaskan lebih lanjut. elok sekiranya

22

Page 23: Tema 2 gejala sosial

saya menyimpulkan makna remaja lari dari rumah. Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu lempat yang biasaanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Mereka bertindak sedemikian kerana perasaan tidak puas hati atau didorong keinginan memperoleh sesuatu. Manakala kurangnya kasih sayang meliputi perhatian dan belaian kemesraan. Dewasa ini, akhbar-akhbar menyiarkan berita tentang remaja yang lari dari rumah. Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk membendung masalah ini. tetapi nampaknya sehingga kini masalah remaja lari dari rumah belum juga berakhir.

Hadirin yang dimuliakan,Hujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan 12 hingga

21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan. menganggap segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain, dan suka mencuba sesuatu yang baru. Dalam meniti usia ini, golongan ini menganggap segala tindakannya adalah benar dan tiada sesiapa yang holeh melarang. Kata-kata orang yang lebih dewasa dan berpengalaman, baik ibu bapa, guru, mahupun saudara mara tidak diendahkan. Mereka tidak takut untuk meninggalkan rumah kerana banyak tempat yang boleh didiami; rumah rakan ataupun bekerja yang diyakini majikan mereka akan menyediakan tempat tinggal. Berbekalkan keyakinan yang tidak semua benar, mereka akan berasa selamat tinggal di luar rumah. Atas alasan yang longgar mereka tidak berasa bersalah meninggalkan rumah, mengecewakan ibu bapa, sakali gus menepikan masa depan. Mereka tidak kisah sama ada ibu menangis atau meratap, ayah kecewa atau marah,. Yang penting, kata hati perlu dituruti.

Hujah saya yang kedua, faktor rakan-rakan boleh dibahagikan kepada dua; rakan yang sama aliran atau teman lelaki bagi remaja perempuan. Rata-rata dipengaruhi oleh teman lelaki. Teman lelaki mereka mempunyai kedudukan yang baik dari segi fizikal: bergaya dengan pakaian berjenama, berketerampilan menarik. dan berkereta mewah. Pemuda yang kita tidak tahu hati budinya, biasanya bagaikan musang berhulu ayam, akan memerangkap remaja dengan kata-kata yang indah, selain memberi hadiah. Remaja perempuan yang tidak pernah menikmati kemewahan akan mudah terperangkap dengan pujuk rayu yang boleh menggetarkan perasaan. Mereka dijanjikan dengan pekerjaan yang menarik dan gaji melebihi RM2,000.00 sebulan, berpeluang melancong, dan mendiami rumah mewah. Remaja yang akalnya Cuma sejengkal dan bosan pula menghadapi timbunan

23

Page 24: Tema 2 gejala sosial

buku, tanpa berfikir panjang akan terpengaruh dengan pujukan jejaka idaman hati. Kata orang, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turuti.

Hadirin yang dikasihi,Hujah saya yang ketiga, kurangnya didikan agarna. Sebaik-baiknya,

anak yang berusia selewat-lewatnya tujuh tahun telah dihantar ke sekolah agama dan diajar membaca al-Quran. Tetapi disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah agama, mereka berasa cukup menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Sebenarnya agama yang dipelajari dan jika dihayati di hati dan di jiwa boleh menjadi benteng seseorang itu daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk. Apa yang berlaku sekarang, sudahlah pendidikan agama kurang, ibu bapa pula tidak memberi teladan yang baik kepada anak-anak. Mintalah anak hersolat dan berpuasa sebagai contoh, tidak akan dituruti oleh sianak jika si ibu atau ayah tidak melakukannya. Disebahkan kurangnya didikan agama, anak-anak yang terabai ini tiada sempadan dalam bertindak lalu perbuatan lari dari rumah dianggap perkara biasa bagi remaja yang jiwanya telah kosong dengan roh keagamaan.

Hujah saya yang keempat ialah pengaruh media massa. Media massa kita, baik televisyen, akhbar, dan majalah sering menyiarkan berita dari Barat yang memaparkan remaja yang rosak akhlaknya. Jika pun tidak berita dari Barat, paparan artis tempatan yang berpakaian menjolok mata sudah cuknp membuatkan pembaca yang terdiri daripada golongan remaja memikirkan hal-hal yang negatif. Keadaan diburukan lagi dengan paparan daripada internet; paparan maklumat seluas-luasnya dan apa sahaja yang ingin dicapai hanya perlu menekan butang pada papan kekunci. Bagi remaja dari Barat. hidup bersama kekasih tanpa nikah bukanlah sesuatu kesalahan. Malah, perbuatan lari dari rumah, terutamanya golongan artis Barat juga sesuatu yang lazim. Disebabkan bahan yang dihaca selalu memaparkan unsur yang negatif, sedar atau tidak, segala tindakan yang bakal diambil sering bertentangan dengan nilai-nilai hudaya tempatan.

Hadirin yang dikasihi,Hujah saya yang kelima, sikap masyarakat juga menyebabkan remaja

lari dari rumah. Jika dulu. terutamnnya apabila anak-anak dara herkelakuan tidak senonoh, masyarakat kampung akan menegur ataupun rnembuat aduan terus kepada ibu bapa mereka. Kini, keadaan ini boleh dikatakan tiada lagi, bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar, malahan di kampung-

24

Page 25: Tema 2 gejala sosial

kampung. Sikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing menjadi amalan sesetengah masyarakat. Ini berpunca daripada kesibukan menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan masalah jiran di sebelah rumah pun tiada siapa yang tahu. Jika mereka mengamalkan sikap seperti aur dengan tebing, sudah tentu mereka akan tegur sekiranya terlihat seorang pemuda yang tidak dikenaii berbual-bual dengan anak dara jiran sehingga larut malam. Sikap masyarakat yang negatif ini seakan-akan memberi ruang kepada remaja melakukan perkara yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya bersalahan daripada nilai kehidupan masyarakat madani.

Izinkan saya membidas hujah pembangkang pertama tadi. Menurutnya, ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak mereka menyebabkan anak menjadi liar. Sebenamya, dalam kesibukan ibu bapa memberi tumpuan terhadap kerjaya, anak-anak memang kurang diberi perhatian. Kalaulah ini menjadi asas remaja lari dari rumah, sudah tentu ribuan lagi remaja saban hari akan meninggalkan rumah. sebab boleh dikatakan rata-rata ibu bapa sekarang menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan anak terasa terabai. Kalau sekadar alasan ibu bapa kurang memberi perhatian, tiada sebab si anak mahun lari dari rumah. Anak tahu ibu bapa mereka bekerja untuk mencari nafkah dan menyediakan yang terbaik untuk masa depan mereka. Jadi, mengapakah remaja lari dari rumah? Inilah persoalan yang pihak kami barisan pencadang hujahkan. Mereka lari kerana ada faktor-faktor di luar rumah yang sudah tersedia menanti.

Hadirin yang dimuliakan,Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, sudah terang lagi

bersuluh, kini sudah terbukti bahawa masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa, sebaliknya banyak faktor-faktor lain yang berpunca daripada faktor di luar rumah. Jadi, kami menyeru barisan pembangkang agar menyertai barisan kami yang lebih berani mengemukakan hujah yang benar, tepat, dan meyakinkan. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Hujah saya ini akan disambung oleh rakan saya yang lain. Sebelum saya menangguhkan perbahasan ini, izinkan saya lafazkan serangkap pantun yang berbunyi,Dari runtuhnya kota Melaka,Bersama kita dirikan Putrajaya;Hujah palsu bohong belaka,Akan ditangkis seberapa daya.

25

Page 26: Tema 2 gejala sosial

Sekian, terima kasih.Rumusan: Penagihan Dadah

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca pengambilan dadah dalam kalangan remaja dan usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak bermulanya era globalisasi ini, banyak isu telah dibangkitkan termasuk gejala pengambilan dadah dalam golongan remaja di negara kita. Gejala ini semakin berleluasa dan menjadi semakin sukar untuk ditangani. Selama ini, penagihan najis dadah jelas membuktikan bahawa bahan ini boleh memusnahkan kehidupan seseorang dalam sekelip mata sahaja. Musibah yang melanda golongan ini turut dijadikan iktibar kepada para remaja oleh ibu bapa, namun usaha-usaha tersebut umpama mencurahkan air ke daun keladi.

Antara faktor yang menyebabkan masalah ini terus mempengaruhi remaja ialah kekurangan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.

Di samping itu, pengaruh rakan sebaya turut menyumbang masalah ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.

Tekanan yang dialami oleh remaja pada hari ini turut menjadi salah satu faktor kewujudan masalah ini. Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi

26

Page 27: Tema 2 gejala sosial

oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja. Namun, sedarkah mereka bahawa hal ini hanya akan memusnahkan kehidupan dan masa depan mereka?

Natijahnya, kita harus berusaha dan bekerjasama bagi membanteras gejala ini agar tidak membawa akibat yang lebih buruk. Para remaja juga harus membuat pertimbangan yang wajar setiap kali menghadapi sebarang masalah. Sekiranya terdapat komitmen yang tinggi dan berterusan untuk mengatasi masalah ini, masalah penagihan najis dadah dalam kalangan remaja pasti dapat dibendung dengan jayanya.

1. Berikan maksud rangkai kata umpama mencurahkan air ke daun keladi. 2m

2. Bagaimanakah remaja dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam penagihan najis dadah? 3m

3. Pada pendapat anda, wajarkah ibu bapa menghantar anak-anak menghadiri pelbagai jenis kelas sampingan seperti kelas muzik, kelas tarian dan lain-lain? Berikan alasan anda untuk menyokong pendapat anda. 4m

Tatabahasa: Bina AyatLatihan 1:Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, serta menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.i ahliii hausiii habis

Latihan 2:

27

Page 28: Tema 2 gejala sosial

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.i hiasii berhiasiii menghiaskaniv menghiasi v perhiasanvi penghias

Tatabahasa: Gabungan AyatLatihan 1 :Tulis semula ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. Bukan semua anak muda berjaya dalam hidup. Mereka berhijrah ke kota. Mereka meninggalkan kampong halaman. Ada antara mereka yang tidak mendapat kerja. Mereka hidup melarat. Mereka mengharapkan belas kasihan orang ramai. Ada juga yang mengharapkan kiriman wang dari kampung. Mereka sepatutnya tinggal di kampung. Mereka boleh mengusahakan sawah dan bendang. Mereka tidak harus mengejar sesuatu yang tidak pasti.

Latihan 2Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Adakah Encik Azman hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?.(ii) Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.(iii) Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja. Tatabahasa: Kesalahan Imbuhan & EjaanLatihan 1:Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud cahaya.

 (i) 

Pemerhatian serius serta sikap perihatin masyarakat berhubung dengan masalah keruntuhan akhlak mestilah dilakukan agar

28

Page 29: Tema 2 gejala sosial

 (ii)  (iii)  

masalah itu tidak terus merebak. Kerajaan telah mengkhaskan kawasan peranginan itu untuk para pelawat beristirehat. Golongan remaja mungkin mempamirkan tingkah laku yang negatif untuk menunjukkan kepada orang-orang dewasa tidak puas hati mereka.

Latihan 2:Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud cahaya.

 (i)   (ii)  (iii)  

Pelbagai jenis alatulis dijual dengan harga yang rendah semasa berlangsungnya pameran buku dianjur Gabungan Persatuan Penulis Remaja Malaysia di Kangar baru-baru ini. Bekalan elektrik diputuskan sebaik-baik sahaja rancangan sukan itu hendak disiarkan oleh stesyen televisyen itu. Pelajar hendaklah mempunyai daya pimpinan yang tinggi dan ketrampilan dalam pergaulan seharian.

Latihan 3:Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud cahaya.

 (i)  (ii) (iii)

Abu tidak mengindahkan nasihat bapanya agar tidak melibat diri dalam perlumbaan haram. Baju kebaya berwarnakan merah jambu iu memang cucuk dengan Fatimah. Kawasan yang disyaki menjadi tempat bersembunyi kuncu-kuncu pemberontak itu sedang diawasi oleh pihak tentera.

29

Page 30: Tema 2 gejala sosial

 Latihan 4:Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud cahaya. 

(i)  (ii)  (iii)

Karya-karya sastra sama ada Melayu atau Inggeris ialah hasil cetusan fikiran yang lahir daripada peninggian daya kreativiti. Dalam kehidupan moden, ibubapa perlu berkomunikasi dengan anak-anak, terutamanya apabila mereka dimasukkan sekolah menengah. Penuturan Mek Zainab dalam dialek Terengganu itu amat ketara walaupun dia sudah tinggal di Johor melebihi dua puluh tahun.

Latihan 5:Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.  

(i)  (ii)  (iii)

Kempen anti-dadah peringkat daerah telah dilancarkan oleh Menteri Besar kerana masalah penyalahgunaan dadah dijejaskan imej negara. Menurut membanci, kanak-kanak yang tingal berhampiran stesyen minyak lebih empat kali berpotensi untuk mendapat penyakit leukemia berbanding kanak-kanak di kawasan lain. Pada zaman modern ini, masyarakat Malaysia perlu bersedia menghadapi ledakkan teknologi yang semakin mencabar.

KERTAS SOALAN TAMATDISEDIAKAN OLEH: Mr. Saw

30