Pel. 21 adab terhadap ibubapa

  • View
    175

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hormati ibubapa

Transcript

  • 1. ADAB TERHADAP IBU BAPA

2. KONSEP KEIBUBAPAAN Ibu bapa paling rapat dengan anak-anak. Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak dari kecil hingga dewasa. Oleh itu anak wajib taat dan berbakti kepada mereka. 3. Firman Allah SWT: Maksudnya:Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang bertambah lemah, dan menyusunya selama 2 tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kedua-dua ibu bapamu, hanya kepadaKulah kamu kembali. (Surah Luqman,14) 4. SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBU BAPA Amalan ini dituntut oleh agama. Untuk membalas jasa mereka mendidik kita sejak kecil. Supaya anak-anak kita berbakti pada kita. Menjamin keutamaan sistem kekeluargaan. 5. TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBU BAPA Berdoa dan memohon ampun untuk mereka. Taati perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak. Merendah diri dan menghormati mereka. Berbakti kepada mereka bila- bila masa. Berbuat baik kepada rakan mereka. 6. ADAB TERHADAP IBU BAPA PERCAKAPAN: Bercakap dengan hormat dan sopan. Merendahkan suara. Tumpu perhatian semasa mereka bercakap. Muka manis semasa bercakap dengan mereka. Guna bahasa yang baik semasa bercakap dengan mereka. 7. PERGAULAN: Hormat semasa bertemu mereka. Cium tangan mereka sebelum keluar rumah. Minta izin mereka jika hendak keluar rumah. Jangan bersikap kurang ajar dengan mereka. 8. Firman Allah SWT: Maksudnya:Dan Tuhanku telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan supaya kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara kedua-duanya atau kedua-duanya dalam jagaanmu sehingga lanjut usia, janganlah sekali-kali kamu herdik kedua-duanya dan ucapkanlah kepada kedua-duanya dengan ucapan yag penuh kasih sayang dan katakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah kedua-duanya sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil (Surah al-Israk:23-24) 9. CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA SEMASA HIDUP: Menjaga mereka semasa tua dan sakit. Memberi nafkah kepada mereka. Selalu menziarahi mereka sekirannya tidak tinggal bersama. Mendoakan kesejahteraan mereka. 10. SETELAH MENIGGAL DUNIA: Mendoakan keampunan untuk mereka. Membayar hutang mereka(kiranya ada). Melaksanakan wasiat mereka. Berbuaat baik kepada kawan mereka. 11. KESAN BAIK BERBAKTI KEPADA MEREKA: Hidup diberkati. Disayangi keluarga. Diberi pahala. Ikatan keluarga makin kukuh. Mendapat balasan syurga di akhirat. 12. AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA Hidup tidak diberkati Allah SWT. Runtuhnya institusi kekeluargaan. Mengancam keharmonian masyarakat. Diazab neraka akhirat kelak.