Upload
albina
View
267
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ADAB – ADAB BULAN RAMADHAN. BULAN RAMADHAN: Bulan yang agung lagi diberkati Satu malam – Lailatul Qadar, lebih baik dari 1,000 bulan Fardhukan puasa pada siang and disunatkan Tarawih pada malam hari. 2. - PowerPoint PPT Presentation
Citation preview
ADAB – ADAB ADAB – ADAB BULAN BULAN
RAMADHANRAMADHAN
2
BULAN RAMADHAN:
Bulan yang agung lagi diberkati
Satu malam – Lailatul Qadar, lebih baik dari 1,000 bulan
Fardhukan puasa pada siang and disunatkan Tarawih pada malam hari.
3
Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan Ramadhan
dengan amalan-amalan sunat maka seumpama seseorang yang
menunaikan satu fardhu pada bulan bulan yang lain
Sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu, adalah seumpama seseorang yang
menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain
4
Bahagian-Bahagian Bulan Ramadhan
Bahagian awal – Rahmat
Pertengahannya – Keampunan
Akhirnya - Kelepasan daripada Api Neraka
5
4 Perkara Diperbanyakkan
Ucapan Kalimah Toiyyibah
Mohon Perlindungan daripada Api Neraka
Istighfar
Mohon Syurga
6
Hadis Nabi – Kelebihan Puasa
Daripada Hazrat Abu Ubaidah r.a. beliau berkata saya telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersadba,
“ Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya”
7
Maksud Perisai
Puasa menjaga seseorang itu daripada musuhnya iaitu Syaitan
Puasa adalah penjaga yang akan menyelamatkan seseorang itu daripada azab Allah Ta’ala
Puasa akan menyelamatkan seseorang itu daripada neraka jahannam
8
Perosak Puasa
Seorang telah bertanya, “Wahai
Rasulullah! Apakah perkara yang
merosakkan puasa?”
Baginda (s.a.w.) menjawab,
“ Berbohong dan Mengumpat “
9
Adab – adab pada Bulan RamadhanPara Masyaikh menulis enam perkara sebagai adab ketika berpuasa:
Menjaga Penglihatan
Menjaga Lidah
Menjaga Telinga
Menjaga segala anggota badan yang lain
Masa berbuka jangan makan terlalu banyak
Perlu ada perasaan takut selepas berpuasa samada puasa kita diterima atau tidak
10
(1) Menjaga Penglihatan:
Menjaga penglihatan daripada sesuatu yang tidak patut
Jangan pandang dengan syahwat
Tempat tempat yang melalaikan dan tidak harus
Apa sahaja perkara yang mengalihkan tumpuan hati daripada Allah lalu bertumpu kearah yang lain
11
(1) Menjaga Penglihatan:
Nabi (s.a.w) bersabda:
Penglihatan adalah satu daripada anak-anak panah syaitan. Sesiapa yang menjaga penglihatan kerana takutkan Allah Ta’ala, maka Allah Ta’ala akan mengurniakannya cahaya keimanan yang dapat dirasakan kemanisan dan kelazatannya di dalam hati
12
(2) Menjaga Lidah
Menjaga lidah daripada berbohong, mengumpat, bercakap sia-sia, bercakap kotor, bergaduh dan seumpamanya
Jangan berkata sesuatu yang keji, ejek-mengejek dan bergaduh
Katakan “ Saya sedang berpuasa”
13
(2) Menjaga Lidah (sambungan)
Apakah itu mengumpat ?
Bercakap tentang sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang dibelakangnya
Bagaimana kalau perkara yang diperkatakan itu sememangnya ada padanya?
Itulah mengumpat, kalau ia sememangnya tidak ada maka itu adalah fitnah.
14
(3) Menjaga Telinga
Setiap perkara yang dibenci, yang haram untuk diperkatakan dan dikeluarkan oleh lidah maka haram juga untuk memasang telinga mendengar perkara itu.
15
(3) Menjaga Telinga (sambungan)
Nabi (s.a.w) bersabda:
“ Kedua-dua orang, yang mengumpat dan yang mendengar umpatan terlibat dalam dosa “
16
(4) Menjaga Anggota Badan yang lain
Menjaga tangan daripada memegang sesuatu yang haram
Menjaga kaki daripada berjalan ke arah sesuatu yang haram
Menjaga perut daripada sesuatu yang haram
17
(5) Masa Berbuka
Masa berbuka janganlah makan terlalu banyak sehingga memenuhi perut walaupun daripada harta yang halal, kerana dengan berbuat demikian tujuan sebenar berpuasa terluput.
18
(6) Perasaan Takut
Perasaan takut selepas menunaikan
puasa kerana tidak tahu sama ada
puasa kita itu layak diterima ataupun
tidak. Perasaan demikian perlu juga
ada pada akhir setiap ibadat yang lain.
19
TUJUAN BERPUASATUJUAN BERPUASA
Tujuan berpuasa ialah untuk mengurangkan kekuatan syahwat dan sifat kehaiwanan serta menambahkan kekuatan rohani dan sifat kemalaikatan.
20
Sumber Rujukan
Kitab Fadhilat Amal oleh
Raisul Muhaddithin Allama
Muhammad Zakariyya (rah)
Syaikhul Hadith Mazahir Ulum
21
SELAMAT MENJALANI IBADAT
PUASA PADA RAMADHAN INI,
DENGAN MENITIKBERATKAN
ADAB- ADAB YANG TERSEBUT
22
Jazakallahu Khairan Kathiran & Terima Kasih