Adab-Adab Murid 2

  • View
    46

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Adab menjadi seorang murid

Text of Adab-Adab Murid 2

ISI KANDUNGAN

Bil.PerkaraMuka Surat

1. Isi Kandungan1

2.

Kata Pengantar2

3. Pendahuluan3

4. Pengertian Adab4-6

5. Adab Murid Mengikut Tradisi Islam7-20

6. Adab-adab Pelajar Masa Kini21-26

7. Kesimpulan27-28

8. Rujukan29

KATA PENGANTAR

Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT . Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan , seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan . Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT , maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya . Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya , saya MUHAMMAD HUSIN BIN PARWAZALAM, IEB130010 telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat untuk di jadikan teras penulisan saya terutamanya kepada keluarga saya . Seterusnya , tak lupa juga kepada pensyarah saya , Dr Mohd Anuar Bin Mamat yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna. Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan ialah mengenai Sejarah dan Falsafah Pendidikan Islam iaitu Adab-adab Murid : Antara Tradisi Islam dan Pelajar Masa Kini , skop penulisan saya adalah mengenai perbezaan adab pelajar Islam dulu dengan adab pelajar masa kini. Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini , dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca . Sekian.

PENDAHULUAN

Adab adalah semula jadi, ia tidak benar-benar diajar atau dipelajari, tetapi ia adalah semula jadi maju. Kanak-kanak memperoleh adab daripada ibu bapa mereka, pelajar-pelajar dari guru-guru mereka, muda dari tua-tua. Kami mungkin mempunyai pengetahuan yang banyak tetapi kekurangan adab dan kita mungkin mempunyai adab yang banyak tetapi kurang pengetahuan, tetapi ia adalah adab yang memegang nilai yang lebih besar dan kepentingan. Dalam masyarakat hari ini, di mana ibu bapa, guru, dan orang yang lebih tua tidak lagi diberi penghormatan yang betul, menghormati atau hak; adab asas telah dibuat keluar cepat, dan pada masa yang sama kita bersaing untuk kemuliaan, pengetahuan, atau keuntungan duniawi.Ibn Al-Mubarak berkata, "Mukhlid Ibn al-Husayn pernah berkata kepada saya, Kita lebih memerlukan memperolehi adab daripada belajar Hadith.Ini menekankan bahawa ilmu sahaja tidak mencukupi untuk membina keperibadian Islam yang kukuh dan seimbang. Zakaria Imam al-Anbari pernah berkata: Ilmu tanpa Adab seperti api tanpa kayu, dan Adab tanpa pengetahuan adalah seperti roh tanpa badan.Oleh itu, sejumlah besar pengetahuan dan kekurangan yang teruk dalam adab, ertinya seseorang adalah lebih sedikit daripada keldai yang sarat dengan buku-buku. Apa gunanya buku kepada keldai itu tanpa dapat membaca? Begitu juga, apa gunanya ilmu pengetahuan kepada orang Islam, tanpa mannerisms praktikal dan etika yang benar-benar mentakrifkan kita sebagai orang Islam?

PENGERTIAN ADAB

Adab yang pada pandangan mata kasarnya hanya dibina dengan empat huruf sahaja sebenarnya mendokong maksud dan konsep yang juga amat luas. Ia boleh dikatakan merangkumi konsep keseluruhan kehidupan dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Pelbagai pendapat dan kupasan telah diutarakan oleh para sarjana mengenai adab sejak bermulanya tamadun ilmu itu sendiri. Kamus Dewan (1989) mendefinisikan adab sebagai tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti, kesopanan. Sekali imbas definisi yang diberikan amat mudah dan ringkas, namun jika diteliti maka ia merupakan kata-kata yang amat besar konotasinya. Adab dalam bahasa arab memiliki dua makna ; makna khusus dan makna umum. Secara umum bererti berhias diri dengan akhlak yang luhur seperti jujur dan amanah, orang bijak mengatakan : Tuhanku telah mendidikku dengan sebaik-baik pendidikan. Dalam definisinya, Al-Jurjani meletakkan Adab sebagai sesuatu yang setara dengan Marifah yang mencegah pemiliknya dari terjerumus ke dalam berbagai bentuk kesalahan.Secara Khusus Al-Adab bererti : Iaitu perkataan yang indah dan jelas, dimaksudkan untuk menyentuh jiwa mereka yang mengucapkan atau mendengarnya baik berupa syair mahupun nas atau prosa. Perkataan tersebut haruslah memenuhi beberapa persyaratan, iaitu : Lafaznya haruslah mudah dan indah Memiliki kedalaman makna Menyentuh jiwaHuraian yang lebih terperinci tentang konsep adab dalam Islam disampaikan oleh Prof. Naquib al-Attas. Menurut Prof. Naquib, adab adalah pengenalan serta pengakuan akan hak keadaan sesuatu dan kedudukan seseorang, dalam rencana susunan berperingkat martabat dan darjat, yang merupakan suatu hakikat yang berlaku dalam tabiat semesta. Pengenalan adalah ilmu; pengakuan adalah amal. Maka, pengenalan tanpa pengakuan seperti ilmu tanpa amal; dan pengakuan tanpa pengenalan seperti amal tanpa ilmu. Keduanya sia-sia kerana yang satu menyifatkan keingkaran dan keangkuhan, dan yang satu lagi menyifatkan ketiadaan kesedaran dan kejahilan, demikian Prof. Naquib al-Attas.[footnoteRef:1] [1: Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001), hal. 118-120]

Tingkahlaku, tutur kata, budi bahasa, budi pekerti dan kesopanan semuanya mempunyai kaitan dengan pendidikan dan etika manusia itu sendiri. Menurut Rosenthal (1992) adab adalah istilah yang lebih luas kerana ia memasukkan perkara etika, moral, kelakuan dan adat istiadat, sebagai tambahan kepada perkara pembelajaran. Berdasarkan huraian tersebut, adab boleh juga dikaitkan dengan kesopanan dan ketertiban. Menurut Kamus Dewan (1989) sopan bermaksud hormat, baik budi bahasa, tahu tertib peraturan atau beradab, manakala tatatertib adalah peraturan yang baik yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, konsep adab ini turut mengheret kita memperjelaskan maksud dan perkaitan antara nilai, norma, sikap etika dan moral. Penjelasan-penjelasan adalah perlu kerana eratnya hubungan perkataan-perkataan ini dengan perkataan adab itu sendiri. Menurut Kamus Dewan (1989) orang yang beradab dikatakan telah maju dalam tingkat kemajuan (jasmani dan rohani) atau telah bertamadun. Ini turut membawa maksud bahawa manusia yang beradab mengetahui dan dapat membezakan antara kejahatan dengan kebaikan, keindahan dengan keburukan, sesuatu yang berharga daripada yang tidak berharga, dan sesuatu yang benar dengan yang palsu. Plato dalam Rosenthal (1992) menyatakan bahawa:

tujuan adab ialah untuk melahirkan manusia yang baik dan mampu menahan diri daripada nikmat fizikal dan material, dan yang menunjukkan kestabilan emosi pada raut muka gembira dan sedih dan segala kejadian yang lain, dan juga tetap berada dalam keadaan yang tidak diganggui dan tidak aktif, kecuali apabila sebab dan pemikiran menandakan keinginan atau keperluan kepada tindakan.(Keagungan Ilmu, 1992, hal. 312)

Nilai-nilai yang diterima oleh sebahagian besar masyarakat disepakati sebagai nilai-nilai yang mencerminkan kemahuan masyarakat itu, akhirnya akan menjadi nilai bersama dan disusun mengikut keutamaannya. Nilai-nilai tersebut pula akan membentuk sikap-sikap tertentu terhadap sesuatu. Dalam memperkatakan perkaitan antara nilai, norma, sikap, dan etika, INTAN (1994) merumuskan bahawa nilai bolehlah dianggap sebagai benih kehidupan bermasyarakat, manakala sikap pula adalah pohonnya yang dapat dilihat dalam pelbagai wajah dan bentuk, dan etika adalah buahnya. Berasaskan sikap terhadap sesuatu, kehidupan manusia disusun dalam peraturan-peraturan hidup yang dinamakan norma-norma masyarakat. Seorang pemikir Islam, Ibn Abd-Rabbih dalam Rosenthal (1992) menegaskan bahawa keseluruhan adab mengandungi semua aspek tingkah laku manusia. Konsep tersebut, mengaitkan adab dengan keseluruhan tindak tanduk, perbuatan dan perlakuan manusia. Hal ini menguatkan lagi konsep adab yang dibicarakan. Keseluruhan perbincangan tentang adab ini akhirnya membawa kita kepada keperluan memahami hubungan antara adab dengan pendidikan yang menjadi teras belajar dan mengajar.

ADAB MURID MENGIKUT TRADISI ISLAMADAB MURID DALAM TRADISI ISLAM

Penyucian zahir dan batin( )penyucian zahir ialah menjaga wuduk kebersihan badan dan pakaiannya semampu yang mungkin. Penyucian batin ialah dia menghendaki sesuatu ilmu ikhlas untuk beribadat kepada Allah dan menyucikan dirinya daripada akhlak yang keji dan peribadi yang tidak elok. Hal ini kerana ilmu itu ialah ibadah bagi hati dan dapat mendekatkan diri kepada Allah. Mengosongkan hati untuk ilmu pengetahuan dan memutuskan segala perkara yang menyibukkan.( )Penuntut ilmu tidak akan dapat ilmu kecuali dengan mengosongkan hati daripada semua perkara yang menyibukkan dia daripadanya. ini dapat menjadikan seorang penuntut ilmu itu dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang dipelajarinya.[footnoteRef:2] [2: , ]

Hendaklah mendapatkan buku untuk dipelajari tidak kira sama ada beli atau pinjam. Tidak mementingkan tulisan buku itu sama ada ia baik atau tidak. Apa yang penting kandungan buku itu sesuai dan betul untuk dipelajari.[footnoteRef:3] [3: , ]

ADAB MURID MENUNTUT ILMU MENURUT ISLAMKitab Ihya `Ulum al-Din karangan Ulama tasawuf terkemuka dunia, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat mengariskan panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengarang dan memperkenalkan sepuluh panduan yang boleh dijadikan asas pedoman kepada para pelajar dalam menuntut ilmu. Adab-adab yang diperkenalkan oleh Imam Ghazali ini perlu dihayati dan diterapkan