PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

  • View
    3.709

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

AHLI KUMPULAN 1. SHAFIQ ZAKARIA 2. ADILAH HARUN 3. HIDAYATUN NAJWA 4. DAYU OTHMAN

Text of PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

  • 1. KAJIAN TERHADAP PERBANDINGAN ANTARA DIALEK UTARA YANG DIAPLIKASIKAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI DENGAN BAHASA MELAYU BAKU NAMAAHLIKUMPULAN: 1. MUHAMADSHAFIQBIN ZAKARIA 2. NUR ADILAHBINTIHARUN 3. NURHIDAYUBINTIOTHMAN 4. HIDAYATUNNAJWABINTIABDULKHALIQ

2. 1.0 PENGENALAN LATAR BELAKANG Variasi bahasa jenis dialek Utara yang diaplikasikan oleh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti. ciri-ciri dialek Utara jelas perbezaannya dengan bahasa Melayu Baku dari aspek perubahan perkataan serta perbezaan dari aspek ayat tanya. perbezaan yang melibatkan beberapa aspek antaranya, sebutan vokal dan konsonan yang ada dalam bahasa tersebut. 3. DEFINISI KONSEP 4. Sulaiman Masri M.A (1988) Bahasa Melayu Baku adalah bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, tatabahasa (nahu), perkataan, ayat, tanda baca dan laras penggunaan. Ismail bin Dahaman et al (1997) Dalam sistem dialek Utara beberapa fonem konsonan dalam bahasa Melayu Baku dilafazkan dengan nilai bunyi yang berbeza. 5. Objektif kajian ini adalah untuk : a) Menghuraikan takrif dialek serta jenis dialek yang dikaji. b) Membandingkan sebutan sesuatu bunyi mengikut sebutan bahasa Melayu Baku dengan sebutan dialek Utara berdasarkan kehadirannya dalam perkataan yang dikenal pasti dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti. c) Mengkaji perbezaan bentuk ayat tanya berdasarkan golongan kata bagi dialek Utara dan Bahasa Baku yang dikenal pasti dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 6. 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN a) Untuk meninjau dan mendokumentasikan ruang lingkup, definisi, dan ciri-ciri bahasa atau dialek Utara . b) Bagi menyediakan bahan rujukan atau profil lengkap berkaitan dialek Utara sebagai rujukan atau santapan pengkaji akan datang. c) Untuk menambah bahan kajian ilmiah berkaitan variasi bahasa terutamanya kepelbagaian dialek di Malaysia yang kurang diberi perhatian. 7. 4.0 SKOP KAJIAN Variasi bahasa yang difokuskan ialah dialek Utara Pulau Pinang yang wujud akibat adanya perbezaan faktor geografi dan sosial. Aspek yang diberi tumpuan ialah takrifan terhadap dialek secara umum dan jenis dialek yang dikaji dan bahasa Melayu baku. Pengkaji turut menjerumus kepada sebutan perkataan yang disebut dalam dialek Utara dan berbezaannya dengan bahasa Melayu baku. Pengkaji turut membezakan penggunaan ayat tanya yang diaplikasi dalam dialek Utara dengan bahasa Melayu baku. 8. 5.0 BATASAN KAJIAN Menfokuskan penggunaan bahasa atau loghat Utara yang dituturkan oleh warga SMK Penanti, Pulau Pinang sahaja Bukan hanya memberi keutamaan kepada dialek Utara Pulau Pinang tetapi merangkumi dialek Perlis dan Kedah. Sumber bertulis dan pemerhatian. 9. 6.0 KAEDAH KAJIAN 1. Kaedah kepustakaan bahan-bahan literatur seperti buku-buku ilmiah, jurnal, dan kamus dialek. proses yang utama, iaitu membanding dan membezakan, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis. 2. Melayari internet Wikipedia, Blogspot, Scribd, Google dan Wordpress. Bagi medapat maklumat tambahan serta kajian ilmiah atau penulisan teisis terdahulu. 3. Kajian dialog dan pemerhatian. mendengar perbualan sambil mencatat perkataan yang berbeza dengan bahasa baku. 10. kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata, dan tatabahasa. Biasanya dialek hanya diguna pakai dalam situasi tidak rasmi. 7.0 DAPATAN KAJIAN definisi 11. Tatabahasa tidak mengikut peraturan Mempunyai imbuhan tertentu Sebutan sesuatu perkataan berbeza mengikut ejaan Sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri 12. Pengguguran konsonan r. Pengguguran konsonan s dan penggantian vokal i. Pengguguran keseluruhan perkataan. Perbezaan: a) Kata ganti nama diri b) Kata ganti nama tunjuk Perbandingan sebutan sesuatu bunyi mengikut sebutan bahasa Melayu Baku dengan sebutan dialek Utara yang dikenal pasti di SMK Penanti 13. Perkataan Sebutan Baku Sebutan Dialek Leher Lehiaq Orang Oghang Biar Biaq Tarik Taghik Perkataan yang diakhiri dengan konsonan r akan digantikan dengan fonem q aq atau gh dalam dialek Utara. Di samping itu, terdapat juga vokal a yang ditambah di dalam perkataan yang mengalami pengguguran konsonan rtersebut. Pengguguran konsonan r 14. konsonan s dan penggantian vokal I - Segi sebutan konsonan s di dalam bahasa Melayu Baku digantikan dengan konsonan h dalam sebutan dialek Utara. - Selain itu, wujud penggantian vokal i selepas vokal a dalam dialek Utara. Perkataan-Sebutan Baku Sebutan Dialek Habis Habeh Tulis Tuleh Pedas Pedaih mampus Mampuih 15. Pengguguran keseluruhan perkataan Dalam dialek utara terdapat juga perbezaan dari segi pengguguran keseluruhan perkataan dengan bahasa melayu Baku. Perkataan-Sebutan Baku Sebutan Dialek Maksud Cawan Kole Bekas minuman Miang Menghela Sikap tidak sopan Bukan Dak aih Menafikan Bersedia Pejegha Bersiap sedia Sebentar Sat Sementara 16. Perbezaan kata ganti nama a)Kata ganti nama diri terdapat juga perbezaan dari segi penggunaan kata ganti nama diri antara dialek Utara dengan bahasa Melayu Baku. Perkataan-Sebutan Baku Sebutan Dialek Saya Aku Mereka Depa Kamu semua Hangpa/Hampa Ibu Mak 17. b) Kata ganti nama tunjuk- terdapat juga perbezaan dari segi kata ganti nama tunjuk antara dialek Utara dengan bahasa Melayu Baku. Perkataan-Sebutan Baku Sebutan Dialek Sana Tangnu/tangtu/kat sana Sini Tangni/kat sini 18. Ayat Tanya kenapa Sebagai contoh kata soal 'pasai pa' atau awat membawa maksud 'kenapa' . Hang nak buat benda ni pasai pa ? Kenapa kamu mahu melakukan perkara ini ? Pasai pa hang lewat mai sekolah ari ni ? Kenapa kamu lewat datang sekolah hari ini ? Awat hang tak hantaq buku aku semalam ? Kenapa awak tidak hantar buku saya semalam ? 19. Ayat Tanya bagaimana Kata soal yang mempunyai makna yang sama dengan bagaimana iaitu lagu mana juga menunjukkan dua kedudukan yang berbeza. Lagu mana hang nak pi sana? Bagaimana kamu hendak pergi ke sana? Hang nak makan lagu mana? Bagaimana kamu hendak makan? 20. Ayat Tanya mana Kata soal mana dalam dialek Utara ini akan kekal dengan perkataan mana tetapi mempunyai sedikit kelainan dalam cara penggunaannya. Hang mai dari mana? Dari mana kamu datang? Mana hang tau? Dari mana kamu tahu? Hang asai mana? Dari mana kamu berasal? 21. Ayat Tanya siapa Kata soal siapa yang disebut dengan sapa. Hang anak sapa? Kamu anak siapa? Hang ni mai dengan sapa dia? Dengan siapa anak datang ke sini? Hang nak pi umah sapa dia? Kamu hendak pergi ke rumah siapa? 22. 8.0 RUMUSAN Dialek yang digunakan di SMK Penanti tidak tertumpu pada dialek Pulau Pinang sahaja malah turut merangkumi dialek Perlis dan Kedah. Dari segi perbandingan antara dialek Utara dan bahasa Melayu Baku dapat dibuktikan bahawa wujud perbezaan dari segi sebutan konsonan dalam perkataan yang digunakan.. terdapat juga perkataan yang dituturkan berbeza sepenuhnya dari bahasa Melayu Baku sebagai contoh perkataan sebentar dalam bahasa Melayu Baku telah ditukarkan sepenuhnya menjadi sat. 23. dialek Utara juga mempunyai sebutan Kata Ganti Nama yang tersendiri yang telah dikenal pasti di kawasan kajian. Antaranya ialah hang yang merujuk kepada kamu/awak. kajian yang dijalankan ini juga mendapati kata Tanya dalam dialek Utara boleh berada di bahagian depan, tengah dan hujung ayat bebanding dengan kata Tanya dalam ayat Tanya bahasa Melayu Baku. 24. 9.0 PENUTUP dialek yang dituturkan di SMK Penanti merupakan satu variasi bahasa yang unik. setiap dialek mempunyai keunikan yang tersendiri dan dialek juga merupakan satu disiplin bahasa yang menarik untuk dikaji.