3
Seminar Ibrah Surah Yusuf 2015 “FASA 1 : MIMPI DAN KONSPIRASI” 1. Yusuf memberitahu ayahnya mengenai mimpi anehnya. 2. Ayah meminta Yusuf merahsiakan mimpi itu dari saudara-saudaranya. 3. Kerana cemburu, saudara-saudara Yusuf tetap bersepakat membunuh Yusuf. 4. Saudara-saudara Yusuf memujuk ayah mereka kononnya untuk membenarkan Yusuf ikut mereka pergi beriadhah. 5. Saudara-saudara Yusuf menurunkan Yusuf ke dalam dasar perigi. 6. Saudara-saudara Yusuf pulang mendustakan ayah mereka dengan membawa baju Yusuf yang dilumuri darah palsu. “FASA 2 : MENUJU MESIR” 7. Selepas beberapa hari, sekumpulan pengembara yang lalu dan menghulurkan timba ke dalam perigi untuk mendapatkan minuman. Yusuf bergantung pada tali timba dan diselamatkan. 8. Yusuf dijual sebagai hamba dengan harga yang murah di Mesir. 9. Yusuf dibeli oleh al-Aziz dan dibawa pulang lalu diserahkan kepada isterinya untuk dijaga dan diberikan kerja. 10. Yusuf dewasa, menjadi Nabi dan diberikan kenabian dan ilmu takbir mimpi. “FASA 3 : GODAAN ISTERI AL-„AZIZ” 11. Yusuf semakin dewasa dan kacak. Isteri Al-„Aziz jatuh cinta pada Yusuf lalu memerangkap Yusuf untuk masuk ke kamarnya. 12. Isteri Al-„Aziz mengejar Yusuf lalu menarik baju Yusuf hingga terkoyak 13. Al-„Aziz tiba-tiba muncul di hadapan pintu. Isterinya memfitnah Yusuf tetapi Yusuf mempertahankan maruah dirinya. 14. Saksi mencadangkan pengadilan dibuat oleh Al-„Aziz berdasarkan bahagian baju yang terkoyak. Terbukti, Yusuf benar. 15. Apabila berita kecurangan isteri al-„Aziz tersebar, isteri al-„Aziz mengadakan jamuan khas dengan wanita-wanita Mesir. 16. Wanita-wanita Mesir terluka jari mereka sendiri tanpa disedari apabila memandang Yusuf. “FASA 4 : DIPENJARAKAN” 17. Yusuf berdoa agar dipenjarakan. Al-„Aziz akhirnya memenjarakan Yusuf. 18. Yusuf didatangi dua orang banduan yang meminta agar mimpi mereka berdua ditakbirkan Yusuf. 19. Yusuf mentakbirkan mimpi sambil menyeru mereka kepada tauhid. 20. Takbir mimpi Yusuf benar. Banduan pertama dihukum salib. Bandua kedua dibebaskan. Yusuf meminta banduan kedua agar membela nasibnya yang dizalimi tetapi banduan itu terlupa. 21. Yusuf terus merengkok dalam penjara untuk tempoh yang lebih lama. “FASA 5 : MENUJU PEMBEBASAN” 22. Raja Mesir bermimpi. Tiada pakar mimpinya mampu mentakbirnya. 23. Banduan kedua teringat Yusuf lalu menemuinya dan meminta Yusuf mentakbirkan mimpi Raja Mesir. 24. Yusuf menerangkan makna mimpi Raja Mesir dari dalam penjara kepada bekas banduan itu. 25. Banduan pulang dari penjara, lalu menerangkan takbir mimpi yang diberi Yusuf kepada raja Mesir.

Nota SIM 5/2016: Kisah Zulaikha Part 2/3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota SIM 5/2016:  Kisah Zulaikha Part 2/3

Seminar Ibrah Surah Yusuf 2015

“FASA 1 : MIMPI DAN KONSPIRASI”

1. Yusuf memberitahu ayahnya mengenai mimpi anehnya. 2. Ayah meminta Yusuf merahsiakan mimpi itu dari saudara-saudaranya. 3. Kerana cemburu, saudara-saudara Yusuf tetap bersepakat membunuh Yusuf. 4. Saudara-saudara Yusuf memujuk ayah mereka kononnya untuk membenarkan Yusuf

ikut mereka pergi beriadhah. 5. Saudara-saudara Yusuf menurunkan Yusuf ke dalam dasar perigi. 6. Saudara-saudara Yusuf pulang mendustakan ayah mereka dengan membawa baju

Yusuf yang dilumuri darah palsu.

“FASA 2 : MENUJU MESIR” 7. Selepas beberapa hari, sekumpulan pengembara yang lalu dan menghulurkan timba ke

dalam perigi untuk mendapatkan minuman. Yusuf bergantung pada tali timba dan diselamatkan.

8. Yusuf dijual sebagai hamba dengan harga yang murah di Mesir. 9. Yusuf dibeli oleh al-Aziz dan dibawa pulang lalu diserahkan kepada isterinya untuk

dijaga dan diberikan kerja. 10. Yusuf dewasa, menjadi Nabi dan diberikan kenabian dan ilmu takbir mimpi.

“FASA 3 : GODAAN ISTERI AL-„AZIZ”

11. Yusuf semakin dewasa dan kacak. Isteri Al-„Aziz jatuh cinta pada Yusuf lalu memerangkap Yusuf untuk masuk ke kamarnya.

12. Isteri Al-„Aziz mengejar Yusuf lalu menarik baju Yusuf hingga terkoyak 13. Al-„Aziz tiba-tiba muncul di hadapan pintu. Isterinya memfitnah Yusuf tetapi Yusuf

mempertahankan maruah dirinya. 14. Saksi mencadangkan pengadilan dibuat oleh Al-„Aziz berdasarkan bahagian baju yang

terkoyak. Terbukti, Yusuf benar. 15. Apabila berita kecurangan isteri al-„Aziz tersebar, isteri al-„Aziz mengadakan jamuan

khas dengan wanita-wanita Mesir. 16. Wanita-wanita Mesir terluka jari mereka sendiri tanpa disedari apabila memandang

Yusuf.

“FASA 4 : DIPENJARAKAN” 17. Yusuf berdoa agar dipenjarakan. Al-„Aziz akhirnya memenjarakan Yusuf. 18. Yusuf didatangi dua orang banduan yang meminta agar mimpi mereka berdua

ditakbirkan Yusuf. 19. Yusuf mentakbirkan mimpi sambil menyeru mereka kepada tauhid. 20. Takbir mimpi Yusuf benar. Banduan pertama dihukum salib. Bandua kedua dibebaskan.

Yusuf meminta banduan kedua agar membela nasibnya yang dizalimi tetapi banduan itu terlupa.

21. Yusuf terus merengkok dalam penjara untuk tempoh yang lebih lama.

“FASA 5 : MENUJU PEMBEBASAN” 22. Raja Mesir bermimpi. Tiada pakar mimpinya mampu mentakbirnya. 23. Banduan kedua teringat Yusuf lalu menemuinya dan meminta Yusuf mentakbirkan

mimpi Raja Mesir. 24. Yusuf menerangkan makna mimpi Raja Mesir dari dalam penjara kepada bekas

banduan itu. 25. Banduan pulang dari penjara, lalu menerangkan takbir mimpi yang diberi Yusuf kepada

raja Mesir.

Page 2: Nota SIM 5/2016:  Kisah Zulaikha Part 2/3

Seminar Ibrah Surah Yusuf 2015

26. Raja Mesir kagum dan menyuruh Yusuf dibawa mengadapnya. 27. Yusuf meletakkan syarat pembebasannya adalah siasatan perlu dibuat pada isteri Al-

„Aziz, siapa sebenarnya yang curang. 28. Raja Mesir bersetuju dan membuat siasatan pada apa yang sebenarnya berlaku. 29. Isteri Al-„Aziz mengaku dia bersalah dan Yusuf tidak bersalah. 30. Yusuf memaafkan isteri Al-„Aziz dan Al-„Aziz sendiri 31. Raja Mesir mahu melantik Yusuf sebagai penasihat. Yusuf memohon diberikan posisi

perbendaharaan negara yang lebih kritikal.

“FASA 6 : PERTEMUAN PERTAMA”

32. Selepas 7 tahun Mesir membuat simpanan gandum, datanglah musim kemarau. Saudara-saudara Yusuf ke Mesir mendapatkan bantuan gandum. Kaedah “sistem barter” digunakan.

33. Yusuf mengenali saudara-saudaranya tetapi sebaliknya saudara-saudaranya belum mampu mengecamnya. Yusuf merahsiakan lagi identitinya.

34. Yusuf mengancam bahawa mereka tidak akan mendapat bantuan gandum di masa akan datang jika semua wakil keluarga (Bunyamin) tidak dibawa bersama.

35. Dengan tujuan mereka bersegera kembali ke Mesir bersama Bunyamin, Yusuf mengarahkan kakitangannya memasukkan barang-barang tukaran gandum tadi kembali ke dalam buntil makanan abang-abangnya.

36. Setibanya di Palestin, abang-abang Yusuf tidak pun menjenguk buntil-buntil yang mereka bawa pulang. Mereka bersegera memujuk ayahnya agar dibenarkan mereka membawa Bunyamin bersama kerana itulah polisi kerajaan Mesir dalam mengagihkan bantuan.

37. Ayah mereka menegaskan Bunyamin sama sekali tidak akan dibenarkan dibawa ke Mesir. Ayah mereka tidak mahu tragedi Yusuf berulang. Dengan perasaan kecewa, abang-abang Yusuf membuka buntil makanan. Mereka terkejut mendapati barang tukaran mereka masih bersama dengan gandum-gandum dalam buntil makanan itu.

38. Dengan bukti kebaikan menteri Mesir (Yusuf) itu, abang-abang Yusuf berjaya memujuk ayah mereka. Mereka juga telah melafazkan sumpah akan menjaga Bunyamin.

“FASA 7 : PERTEMUAN KEDUA, KEHILANGAN BUNYAMIN” 39. Setibanya di Mesir dari Palestin, Yusuf terus menemui Bunyamin secara sulit. Yusuf

memperkenalkan dirinya kepadanya Bunyamin. 40. Yusuf merencana agar Bunyamin bersamanya di Mesir supaya abang-abangnya ada

sebab untuk kembali lagi ke Mesir. Maka Yusuf mengarahkan dimasukkan piala minum Raja Mesir ke dalam buntil unta Bunyamin. Bunyamin diarahkan agar berdiam diri sahaja pada apa-apapun yang bakal berlaku.

41. Yusuf mengarahkan kakitangannya memeriksa buntil Bunyamin lalu menahannya. Bunyamin dijatuhkan hukuman mengikut perundangan Palestin (pencuri akan menjadi hamba kepada pemilik barang yang dicuri)

42. Abang-abang Yusuf merayu supaya tempat Bunyamin digantikan oleh salah seorang dari mereka. Yusuf menolak cadangan itu.

43. Atas dasar tanggungjawab kepada sumpah, abang sulung Yusuf tidak mahu pulang dan menyuruh adik-adiknya yang lain pulang dahulu.

44. Apabila dimaklumkan tragedi kedua ini, ayah Yusuf menjadi buta disebabkan banyaknya menangis.

Page 3: Nota SIM 5/2016:  Kisah Zulaikha Part 2/3

Seminar Ibrah Surah Yusuf 2015

“FASA 8 : PERTEMUAN KETIGA, AKULAH YUSUF” 45. Bekalan makanan habis lagi setelah satu tempoh yang panjang. Abang-abang Yusuf

perlu ke Mesir kali ketiga. Ayah mereka menyuruh mereka mengintip cerita Yusuf dan Bunyamin.

46. Setibanya di hadapan Yusuf di Mesir, Yusuf memperkenalkan siapa dirinya kepada abang-abangnya.

47. Abang-abang Yusuf mengaku mereka melakukan kesalahan yang sangat besar 48. Yusuf memaafkan abang-abangnya. 49. Yusuf menyuruh mereka pulang dengan membawa pakaiannya dan menyapukannya ke

wajah ayahnya. 50. Abang-abang Yusuf belum tiba tetapi ayahnya sudah tercium bau Yusuf. 51. Abang-abang Yusuf meminta ampun daripada ayahnya. 52. Baju Yusuf disapukan pada muka ayahnya dan dia dapat melihat semula.

“FASA 9 : PERTEMUAN KEEMPAT, PENYATUAN”

53. Abang-abang Yusuf dan ibu ayahnya menuju Mesir untuk bertemu Yusuf dan menetap di sana.

54. Setibanya di sana, Yusuf mengajak ibu dan ayahnya duduk di sisinya. Mereka semua tunduk memberi hormat kepada Yusuf.

55. Yusuf mengakui bahawa inilah yang dimaksudkan mimpinya ketika kecil dahulu. Dan bermulalah peradaban Bani Israil di Mesir.