9
LARAS BAHASA IKLAN

Laras bahasa iklan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laras bahasa iklan

LARAS B

AHASA

IKLA

N

Page 2: Laras bahasa iklan

MAKSUD IKLAN

• Menurut Kamus Bahasa Melayu, susunan Abrak Othman ( 1999), iklan bermaksud sesuatu kenyataan yang ditulis, dibuat untuk tujuan memberitahu kepada orang ramai dan masyarakat tentang sesuatu perkara atau maklumat.

• Biasanya iklan disampaikan melalui media massa seperti media elektronik dan media cetak. Namun ada juga iklan yang berbentuk poster-poster yang ditampal di dinding – dinding kenyataan dan sebagainya.

Page 3: Laras bahasa iklan

JENIS IKLAN

• Terdapat pelbagai jenis iklan antaranya ialah :

- Iklan yang dibuat khas oleh pihak kerajaan ( iklan-iklan kekosongan pekerjaan, iklan-iklan tawaran tender dan sebagainya. )

- Iklan yang bersifat peribadi ( iklan-iklan ucapan tahniah atau ucapan takziah dan sebagainya. )

Page 4: Laras bahasa iklan

FUNGSI IKLAN

• Untuk pengaruhi pengguna

• Untuk menimbulkan tanggapan tertentu tentang sesuatu produk, barangan atau perkhidmatan yang hendak diperkenalkan.

Page 5: Laras bahasa iklan

CARA PENGHASILAN IKLAN DAN PEMILIHAN LARASNYA

Iklan yang dibuat terdiri daripada pelbagai saiz yang biasanya disokong oleh gambar-gambar produk atau barangan yang diiklankan, disertakan lukisan grafik, ilustrasi dan sebagainya.

Dari itu, dengan memfokuskan laras bahasa yang digunakan, dapatlah dikatakan majoriti iklan yang dihasilkan dengan beberapa cara seperti :

1. Mempunyai slogan

Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangansesuatu pertubuhan atau syarikat pengeluaran barangan. Slogan dicipta sebagai trademarksesuatu barangan.

Page 6: Laras bahasa iklan

2. Kaedah Penyataan

Menyatakan secara langsung tujuan pengklanan. Seperti banyak yang terdapat dalam ruanagan Rampaiklan, dengan menggunakan frasa-frasa atau klausa-klausa seperti ‘Rumah/Kenderaan/Tanah Untuk Dijual/Kerja Sambilan/Kontraktor Dikehendaki dan sebagainya.

3. Ada Kaitan Konsep

Kaitan konsep ialah dengan mengaitkan sesebuah produk dengan sesuatu atau individu yang terkenal atau yang mempunyai nilai komersial, seperti dengan mengaitkan seseorang artis atau penyanyi dengan sesuatu produk barangan. Sebagai contoh, sebuah syarikat pembekal akses internet, TM Net prabayar telah mengaitkan perniagaannya dengan melantik penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai duta TM Net. Kaedah iklan sebegini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan. Begitu juga dengan barangan lain seperti sabun mandi, tilam berjenama, rantai berlian, minyak rambut dan sebagainya yang kebanyakannya turut dikaitkan dengan artis-artis, khasnya artis wanita. Dan artis berkenaan akan menyatakan sesuatu yang berupa ayat-ayat atau laras-laras tertentu yang dapat dijadikan tarikan barangan yang diniagakan.

Page 7: Laras bahasa iklan

4. Umpanan

Kaedah umpanan kerap didapat dalam mana-mana iklan, tidak terkecuali iklan akhbar. Umpanan bermaksud merancang strategik untuk menarik atau memperdayakan pelanggan. Contoh laras iklan yang berbentuk umpanan ini adalah seperti yang berbunyi 'Beli Satu, Percuma Satu' iaitu iklan berkenaan dengan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG LENGKAP, dengan syarat mengumpulkan seberapa banyak mungkin bukti pembelian minuman berkenaan. 

Selain itu, dalam iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif, ada dinyatakan kata umpanan yang berbunyi 'Penghantaran Pos Percuma'. 

Page 8: Laras bahasa iklan

5. Pesanan ( menyertakan borang )

Terdapat juga iklan yang menyediakan kemudahan pesanan barangan dengan menyediakan borang pesanan. Misalnya, iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif yang menyediakan borang pesanan. Dalam borang itu mengehendaki pembaca mengisikan butir-butir peribadi, seperti nama penuh, umur, jantina, bangsa, alamat, nombor telefon dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan, iklan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG LENGKAP juga turut menyediakan borang penyertaan yang juga memerlukan pembaca yang ingin menyertai pertandingan itu untukmengisi butir-butir peribadi yang dikehendaki. Tetapi dalam peraduan itu, ditambah dengan beberapa syarat penyertaan yang berupa sebuah wacana lengkap mengenai pertandingan tersebut.

Page 9: Laras bahasa iklan

6. Bandingan

Iklan yang berbentuk sebegini dibuat dengan cara membandingkan sesuatu barangan dengan barangan lain. Umpamanya akan dinyatakan serbuk pencuci Dynamo lebih berkuasa daripada serbuk pencuci berjenama X.

7. Gesaan

Laras iklan sebegini menggesa pengguna atau pembaca untuk mengambil perhatian perkara atau barangan yang diiklankan.Contohnya, dalam iklan makanan segera ala barat Mc Donald di atas ada menyatakan dengan klausa "Cubalah Nasi Ayam McD hari ini “

8. Pertanyaan

Penggunaan penanda "?" kerap didapati dalam iklan-iklan akhbar. Teknik ini adalah salah satu lagi cara dalam penggunaan laras bahasa iklan. Dalam iklan cairan pencuci pakaian DYNAMO ada dinyatakan dengan ayat "LEBIH MUDAH!

 Penggunaan tanda tanya "?" dapat menguatkan hujah / laras iklan. Erti kata lain ia seolah-olah memaksa pengguna menyahut cabaran iklan berkenaan. Contoh frasa lain yang digunakan ialah seperti,"Sakit Kepala? Sapulah Dengan Minyak Angin ABC".