17
1 Jenis-jenis Laras Bahasa Abdullah Hassan (1997: 248) membahagikan laras bahasa kepada beberapa jenis, iaitu: 1. Laras Bahasa Umum 2. Laras Bahasa Teknikal 3. Laras Bahasa Undang-undang 4. Laras Bahasa Agama 5. Laras Bahasa Himbauan 6. Laras Bahasa Klasik 7. Laras Bahasa Kreatif 8. Laras Bahasa Kanak-kanak 9. Laras Bahasa Iklan MINGGU 11

11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

1

Jenis-jenis Laras Bahasa

Abdullah Hassan (1997: 248)

membahagikan laras bahasa kepada

beberapa jenis, iaitu:

1. Laras Bahasa Umum

2. Laras Bahasa Teknikal

3. Laras Bahasa Undang-undang

4. Laras Bahasa Agama

5. Laras Bahasa Himbauan

6. Laras Bahasa Klasik

7. Laras Bahasa Kreatif

8. Laras Bahasa Kanak-kanak

9. Laras Bahasa Iklan

MINGGU 11

Page 2: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

2

Laras Bahasa Umum

Ciri-cirinya:

1. Tidak mengandungi istilah teknikal.

2. Menggunakan ayat yang berstruktur mudah.

3. Tidak banyak menggunakan kata pinjaman.

Laras Bahasa Teknikal

Ciri-cirinya:

1. Banyak menggunakan istilah khusus dalam

bidang tertentu.

2. Mengandungi ilustrasi (gambar rajah, jadual,

graf, peta, dll.).

3. Struktur ayat: mengandungi subjek dan

predikat.

4. Mengandungi ayat yang mendefinisikan makna

istilah.

Page 3: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

3

Contoh Laras Bahasa Umum (Akhbar)

Potong gaji jika salah guna kenderaan rasmi: KSN

PUTRA JAYA: Ketua atau pegawai jabatan yang menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk majlis bukan rasmi atau yang tidak diiktiraf kerajaan akan dikenakan tindakan tatatertib, termasuk boleh dipotong gaji.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan ri Samsudin Osman mengarahkan semua ketua jabatan supaya memantau bagi memastikan kenderaan rasmi kerajaan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak.

Berita Harian, Jumaat 1 Julai 2005

Page 4: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

4

5. Tidak mengandungi unsur bahasa

perlambangan dan bunga-bunga bahasa.

5. Tidak mengandungi ayat yang boleh ditafsirkan

dengan pelbagai makna dan cara.

Laras Bahasa Undang-undang

Ciri-cirinya:

1. Tidak mengandungi gambar, gambar rajah,

graf, jadual, dan sebagainya.

2. Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip

undang-undang, diikuti oleh syarat, dan diakhiri

dengan keputusan undang-undang.

3. Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak

digunakan dalam teks teknikal yang lain.

Page 5: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

5

Contoh Laras Bahasa Teknikal

Di peringkat menengah atas, di samping terdapat

sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah

swasta perdagangan, vokasional dan teknik.

Sekolah-sekolah ini mengadakan berbagai-bagai

kursus. Pada tahun 1978, terdapat 191 buah

sekolah jenis ini dengan 928 orang guru dan

37,709 orang murid. Jadual 12 menunjukkan

bilangan sekolah swasta yang memberikan

pendidikan perdagangan, vokasional dan teknik,

jumlah guru dan murid bagi Semenanjung,

Sarawak, dan Sabah.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran, 1982, hlm. 50.

Page 6: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

6

Contoh Laras Bahasa Undang-Undang

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PERTANIAN

MALAYSIA

AKTA UNVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (PEPERIKSAAN) 1980 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (RAYUAN 1987)

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 12 Akta Universiti Pertanian Malaysia (Peperiksaan) 1980, Senat Universiti Pertanian Malaysia membuat peraturan yang berikut:

Nama dan Mula Berkuatkuasa:

1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia(Rayuan) 1987dan hendaklah disifatkan sebagai mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Senat.

Page 7: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

7

Laras Bahasa Agama

Ciri-cirinya:

1. Terdapat unsur bahasa klasik , terutama pada

kosa katanya.

2. Terdapat istilah agama yang khusus bagi

sesuatu agama.

3. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias, dan

ibarat.

Laras Bahasa Himbauan

Ciri-cirinya:

1. Banyak menggunakan perkataan yang

membawa makna ajak atau tegah.

2. Banyak menggunakan contoh, kes atau cerita

yang selaras dengan tajuk.

3. Mengemukakan faedah daripada sesuatu

perbuatan.

Page 8: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

8

Contoh Laras Bahasa Agama

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w.

bersabda: Seseorang muslim yang menanam

pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian

hasilnya dimakan burung, manusia, atau

binatang, maka orang yang menanam itu

mendapat pahala

Page 9: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

9

Contoh Laras Bahasa Himbauan (Doa)

Ya, Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-

Mu kemaafan dan kesihatan yang kekal baik dari

segi agama, dunia dan seterusnya di akhirat

nanti. Ya, Allah, ampunilah dosa-dosa kami,

bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, datuk-datuk kami,

ninda-ninda kami, guru-guru kami dan kesemua

kaum Mukminin dan Mukminat, Muslimin dan

Muslimat baik yang hidup mahupun yang mati,

dengan rahmat-Mu jua, wahai Allah Yang Maha

Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ismail Kamus (1988) Doa Selepas Sembahyang, hlm. 29.

Page 10: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

10

4. Menampilkan akibat buruk sesuatu perbuatan.

5. Bentuk bahasa peribadi yang menggunakan

ganti nama orang pertama menjadi ciri utama

laras bahasa ini.

Laras Bahasa Klasik

Ciri-cirinya:

1. Teks asal ditulis dalam tulisan Jawi.

2. Tidak menggunakan tanda bacaan, dan tiada

berperenggan.

3. Banyak menggunakan struktur ayat pasif.

4. Terdapat penggunaan kata praklausa atau kata

pembuka ayat, seperti arakian, hatta, kalakian,

dll.

5. Mengandungi kosa kata bahasa istana.

6. Tidak terdapat imbuhan asing seperti dalam

penggubalan istilah sains dan teknikal.

Page 11: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

11

Contoh Laras Bahasa Klasik

Kata sahibul hikayat, ada beberapa lama

antaranya maka datanglah todak menyerang

Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala

orang di pantai itu banyak mati, dilompati oleh

todak itu. Jika kena dada, terus ke belakang; jika

kena leher dan pinggang, terus ke sebelah. Maka

tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu, lagi

banyak mati. Maka gemparlah orang berlarian ke

sana-sini, semuanya menyatakan , “Todak

menyerang kita. Banyaklah sudah mati orang kita

dibunuhnya”.

Sejarah Melayu Edisi Shellabear, 1977, hlm. 51.

Page 12: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

12

Laras Bahasa Kreatif

Ciri-cirinya:

1. Menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif.

2. Menggunakan bentuk dialog atau kata bual

seperti dalam skrip drama.

3. Menggunakan bahasa perlambangan dan

kiasan.

4. Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga

bahasa, dan bahasa hiasan.

5. Tidak terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan

penggunaan ilustrasi.

6. Terdapat unsur ambiguiti (ketaksaan) dari segi

penggunaan kata dan struktur ayat.

7. Terdapat penyimpangan (deviasi) dari segi

fonologi, morfologi atau sintaksis.

8. Menggunakan alat stilistik untuk tujuan

menimbulkan kesan, misalnya menggunakan

unsur imejan.

Page 13: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

13

Contoh Laras Bahasa Kreatif

Pak tarik tali dengan lembut kalau-kalau wau mau

jatuh. Tapi lekatnya cukup kuat. Kalau tarik kuat

tentu tali putus. Kalau tak putus wau tentu

terkoyak. Kemudian Pak ambil keputusan. Tali

mesti ditarik. Mana tau kalau-kalau wau jatuh

juga. Carik boleh ditampung. Cucu-cucu pun

bersorak lagi. Mereka mau wau itu jatuh.

Tiba-tiba tali putus. Sorak cucu-cucu jadi senyap.

Pak memandang muka cucu-cucu. Cucu-cucu

memandang muka Pak. Pakl cekak pinggang

mendongak tengok wau yang tersangkut.

Cerpen ‘Wau Kepala Burung’ oleh Azizi Hj. Abdullah

Page 14: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

14

Laras Bahasa Kanak-kanak

Ciri-cirinya:

1. Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata

nama konkrit, kata kerja, dan kata adjektif.

2. Bilangan atau jumlah kosa katanya kurang

berbanding dengan kosa kata orang dewasa.

3. Bilangan imbuhan yang digunakan agak terhad,

malah imbuhan yang digunakan untuk

membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam

laras ini.

4. Struktur ayat yang banyak digunakan ialah

struktur ayat aktif bentuk tunggal.

5. Bahasa perlambangan tidak digunakan, begitu

juga bentuk-bentuk bunga bahasa.14

Page 15: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

15

Contoh Laras Bahasa Kanak-Kanak

Sebelum tidur, nenek menghidangkan susu

panas.

“Kamu berdua mahu dengar cerita tak? Nenek

ada suatu cerita bagus, “kata nenek Kiti.

“Cerita apa, nenek? tanya Kiti.

“Kamu pernah dengar cerita Semut dan

Belalang?” tanya nenek pula.

“Tidak pernah,” jawab Kiti dan Bani.

Che An Abd.Ghani (1994) Cerita Kiti dan Bani Pulang

Kampung, hlm. 16.

Page 16: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

16

Laras Bahasa Iklan

Ciri-cirinya:

1. Terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi

yang sangat kertara pada iklan bercetak.

2. Terdapat penggunaan gambar bergerak dan

muzik yang jelas pada laras iklan pandang-

dengar.

3. Terdapat penggunaan warna dan teknik kesan,

khususnya pada iklan bercetak dan iklan

pandang-dengar.

4. Struktur ayatnya pendek dan banyak

menggunakan ayat tunggal.

5. Menggunakan unsur retorik atau manipulasi

bahasa secara berkesan.

6. Menggunakan ungkapan dan istilah yang

‘stylish’.

7. Menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk

atau menarik pengguna, seperti kaedah

umpan, gesaan, doa, dsbnya.

Page 17: 11. Laras Bahasa - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileMINGGU 11 . 2 Laras Bahasa Umum ... sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah ... Banyak menggunakan contoh, kes atau

17

Contoh Laras Bahasa Iklan

Sephia canggih, gaya sporty

Kediaman ekslusif gaya hidup moden