21
Wacana dan Laras Bahasa| 1 UNIT 9 WACANA DAN LARAS BAHASA HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. menjelaskan definisi wacana, 2. menjelaskan ciri-ciri wacana, 3. menjelaskan jenis-jenis dan alat wacana, 4. menjelaskan perbezaan koheren dan kohesi; dan 5. menghuraikan jenis dan ciri-ciri laras bahasa. 9.0 PENGENALAN Wacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat. Dalam bidang penulisan, wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan yang lengkap. Ini kerana, wacana menyediakan kesemua ciri yang melengkapi bagi sesebuah penulisan. Di dalam wacana, terkandung koheren dan kohesi di samping kewujudan penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan sesebuah penulisan yang lengkap. Tuntasnya, kewujudan wacana menentukan kelangsungan sesebuah penulisan yang baik dan bermutu. 9.1 Definisi Wacana Menurut KAMUS WEBSTER, (1983) wacana bermaksud: -Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan -Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan -Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah KAMUS DEWAN EDISI BARU (1993), menjelaskan wacana bererti: -Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan - Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa

Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

have fun

Citation preview

Page 1: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 1

UNIT 9

WACANA DAN LARAS BAHASA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. menjelaskan definisi wacana, 2. menjelaskan ciri-ciri wacana, 3. menjelaskan jenis-jenis dan alat wacana, 4. menjelaskan perbezaan koheren dan kohesi; dan 5. menghuraikan jenis dan ciri-ciri laras bahasa.

9.0 PENGENALAN

Wacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat. Dalam bidang penulisan, wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan yang lengkap. Ini kerana, wacana menyediakan kesemua ciri yang melengkapi bagi sesebuah penulisan. Di dalam wacana, terkandung koheren dan kohesi di samping kewujudan penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan sesebuah penulisan yang lengkap. Tuntasnya, kewujudan wacana menentukan kelangsungan sesebuah penulisan yang baik dan bermutu.

9.1 Definisi Wacana

Menurut KAMUS WEBSTER, (1983) wacana bermaksud: -Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan -Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan -Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah KAMUS DEWAN EDISI BARU (1993), menjelaskan wacana bererti: -Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan - Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa

Page 2: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 2

STUBBS, MICHAEL: Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti ertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas; yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.

ASMAH HAJI OMAR: Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. HARIMURTI KRIDALAKSANA: Wacana ialah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya), paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

CARLSON: Wacana ialah rentetan ujaran yang berkesinambungan dan gramatis serta tersusun rapi. HENRY GUNTUR TARIGAN: Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yangg mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.

Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas terdapat lapan unsur penting wacana , iaitu:

1. Satuan bahasa

2. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya

3. Mengatasi ayat / klausa

4. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan)

5. Berkesinambungan

6. Rasa kohesi (kesepaduan)

7. Dalam bentuk lisan / tulisan

8. Mempunyai permulaan dan penutup

AKTIVITI 9.1

Sila berbincang dengan rakan .

Page 3: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 3

1. Takrifan wacana dalam penghasilan sesebuah penulisan. 2. Kepentingan wacana dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

9.2 Ciri-ciri Wacana :

1. Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi

yang lain.

2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus kepada tajuk atau isu yang diketengahkan. 3. mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana,penggunaan ayat. 4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya. 5. Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama.

6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca. 7. Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian. 8. Mempunyai gaya: bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek. 9. Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya.

AKTIVITI 9.2

Buat perbincangan berikut:

1. Ciri-ciri wacana yang paling dominan dalam melakari penulisan yang baik.

9.3 Jenis-jenis Wacana

1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan

2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung

3. Berdasarkan bentuk: wacana prosa, puisi dan dramai

Page 4: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 4

Wacana adalah satuan bahasa yang lengkap sehingga dalam hirarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Sebagai satuan bahasa yang lengkap, terdapat konsep, gagasan, fikiran atau idea yang utuh, yang boleh difahami oleh pembaca dan pendengar tanpa sebarang keraguanpun. Ini bererti wacana dibentuk dari ayat atau ayat-ayat yang memenuhi syarat gramatikal, serta syarat kewacanaannya yang lain. Pensyaratannya akan dapat dipenuhi sekiranya wacana itu sudah terbina yang disebut kekohesian, iaitu adanya keserasian hubungan antara unsur-unsur yang ada dalam wacana tersebut. Apabila wacana itu kohesif, akan terciptalah kekohesian iaitu isi wacana yang benar.

Contohnya:

Fadil dan Nizam pergi ke kedai buku. Dia ingin membeli Kamus Dewan yang terbaharu.

Wacana itu tidak kohesif kerana kata ganti nama diri dia tidak jelas untuk menunjukkan kepada siapa, sama ada Fadil atau Nizam yang ingin membeli kamus tersebut atau perkataan dia itu merujuk kepada kedua-duanya sekali. Jika ayat tersebut ingin ditujukan kepada kedua-duanya seharusnyalah perkataan dia digantikan dengan perkataan mereka. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa wacana itu tidak koherens.

AKTIVITI 9.3

1. Ulas tentang cara menjadikan sesebuah penulisan yang lengkap berdasarkan jenis-jenis wacana.

9.4 Alat Wacana

Sesuatu wacana akan disebut baik sekiranya wacana itu kohesif dan koherens. Untuk mendapatkan wacana yang kohesif dan koherens,ia dapat digunakan dengan pelbagai alat wacana, baik yang berupa aspek gramatikal maupun yang berupa aspek semantik atau gabungan kedua-dua itu sekali. Alat-alat gramatikal yang dapat digunakan untuk membuat sebuah wacana menjadi kohesif antaranya ialah:

Pertama penghubung ialah alat untuk menghubungkan bahagian-bahagian ayat atau menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain. Dengan itu penggunaan kata hubung ini menjadi ayat lebih eksplisit dan menjadi jelas jika dibandingkan dengan ayat tanpa kata hubung seperti ayat:

Suami sakit. Isteri meninggal dunia.

Pada wacana ini, hubungan antara ayat pertama dan yang kedua tidak jelas. Adakah ia satu hubungan penambahan, sebab dan akibat atau hubungan kewaktuan. Hubungan akan menjadi jelas sekiranya diberi kata penghubung dan menjadi wacana seperti berikut.

Contohnya:

i) Suami sakit dan isteri meninggal dunia.

ii) Suami sakit kerana isteri meninggal dunia.

Page 5: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 5

iii) Suami sakit. Oleh sebab itu isteri meninggal dunia.

iv) Suami sakit, sedangkan isteri meninggal dunia.

Kedua, kata yang menggunakan kata ganti diri dia, nya, mereka,ini, itu sebagai rujukan anafora. Dengan menggunakan kata ganti diri sebagai rujukan anafora, kalimat yang sama tidak perlu diulang. Melainkan digantikan dengan kata ganti diri itu. Dengan itu ayat-ayat itu saling berhubungan.

Contohnya

i) Pelajar-pelajar tingkatan lima mula memasuki dewan peperiksaan.

ii) Mereka tenang untuk menjawab soalan peperiksaan.

iii) Fadil lemas di sungai. Beberapa orang cuba untuk menyelamatkannya.

iv) Awan tebal menutupi langit. Itu tanda hari nak hujan.

Ketiga, menggunakan ellipsis, iaitu menghilangkan beberapa bahagian tertentu yang sama yang terdapat ayat yang lain. Dengan ellipsis, kerana tidak diulang bahagian yang sama. Dengan itu, wacana itu kelihatan lebih efektif, dan penghilangan itu sendiri menjadi alat penghubung dalam wacana tersebut.

Contohnya:

Kawan saya berbaju biru itu namanya Fadil, dia berasal dari Perak. Yang di hujung sana namanya Nizam berasal dari Kuala Lumpur. Dan yang gadis itu bernama Nora berasal dari Pulau Pinang.

Tanpa ellipsis wacana tersebut kelihatan tidak efektif, kerana terlalu banyak menggunakan kata, dan kelihatan tidak ada perhubungan antara ayat yang satu dengan yang lain. Setiap ayat tersebut berdiri dengan sendirinya.

AKTIVITI 9.4

1. Tunjukkan bagaimana alat wacana dapat menjelaskan kekaburan yang berlaku dalam sesebuah

penulisan.

9.5 PENANDA PENGHUBUNG

Selain dari keupayaan gramatikal, sesebuah wacana yang kohesif dan koheren dapat juga dibuat dengan bantuan pelbagai aspek semantik. Antaranya:

Pertama, menggunakan kata hubung pertentangan pada ayat yang kedua yang terdapat di dalam wacana itu. Contohnya

Semalam hari hujan dengan lebat sekali. Hari ini cerah pula.

Page 6: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 6

Kedua, menggunakan hubungan generik-spesifik atau spesifik generik contohnya

Kerajaan telah cuba untuk menambah bilangan kenderaan awam dan sedaya upaya mengurangkan jumlah bilangan kenderaan peribadi.

Ketiga, menggunakan hubungan antara ayat antara kedua-dua ayat tersebut. Contohnya

Lapar sungguh lagaknya, seperti seminggu tidak makan.

Keempat, menggunakan hubungan sebab-akibat, contohnya

Dia malas. Seringkali dia ponteng kelas. Wajarlah jika ia gagal dalam peperiksaan.

Kelima, menggunakan hubungan tujuan di dalam isi sesebuah wacana, contohnya

Kelima-lima orang anaknya telah bersekolah. Dia tidak mahu terjadi seperti dirinya.

Keenam, menggunakan hubungan rujukan yang sama pada ayat atau pada dua ayat dalam satu wacana. Contohnya

Kebakaran sering terjadi di Kuala Lumpur.Ia tidak mengira waktu sama ada siang atau malam.

HIERARKI SATUAN WACANA

WACANA AYAT KLAUSA FRASA KATA MORFEM FONEM

Berdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa satu tahap yang lebih kecil akan membentuk satuan yang lebih besar. Dengan itu fonem akan membentuk morfem lalu morfem akan membentuk kata kemudian kata akan membentuk frasa selanjutnya frasa membentuk klausa. Klausa seterusnya membentuk ayat. Dan akhirnya ayat akan membentuk wacana.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-

Page 7: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 7

tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. Sesuatu wacana merangkumi:

i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'

ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).

Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:

a. pendahuluan

b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

c. penutup

d. graf, jadual, peta dan statistik.

Hubungan ini dapat digambarkan seperti berikut:

Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. 9. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.

Page 8: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 8

Fungsi Contoh

1. Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.

2. Urutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.

3. Penyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.

4. Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.

5. Rumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.

7. Waktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.

8. Sebab dan kesan oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.

9. Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.

10. Pertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.

11. Pengesahan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

KOHESI DAN KOHEREN

Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secara eksplisit oleh unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana. Contoh:

(a) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?

(b) Dia memukul anaknya.

(c) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?

(d) Jahanam itu memukul anaknya.

Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itu diwujudkan dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk Ahmad. Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan

Page 9: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 9

dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu Ahmad. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai kesinambungan makna.

Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda dengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan kata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh:

(a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asrama penuh.

(b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigih itu bekerja dengan tidak mengenal jemu.

Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan ini dikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran kata lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada waktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.

Koheren juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh:

(a) Angkat telefon itu, Jef!

(b) Aku sedang mandi, Mat!

(c) OK!

Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik.

Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi, Mat!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara ayat (c) dapat ditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya.

Perbezaan Kohesi dan Koheren

Perbedaan antara kohesi dengan koheren itu menunjukkan bahawa terdapat wacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkin membentuk suatu wacana. Contoh:

(a) Siapakah yang dipukul oleh Ali?

(b) Ali memukul budak kecil itu.

Page 10: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 10

Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis dengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang dipukul Ali. Dalam keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul oleh Ali), dan bukannya Ali memukul budak kecil itu.

Anafora dan Katafora

Anafora dan katafora ialah sejenis hubungan atau pertautan dalam wacana.

Anafora ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar. Contoh:

(a) Apakah yang dipandang oleh emak?

(b) Dia memandang bulan di langit.

Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak.

Katafora ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yang mengikutinya. Contoh:

(a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia.

(b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu,

Busro diajak mengelilingi bandar Kajang.

Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah. Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Ini dinamakan hubungan anafora.

9.6 Laras Bahasa

Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.

Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan.

AKTIVITI 9.5

1. Bina peta minda yang memperlihatkan kepentingan koherens.

2. Bina peta minda yang memperlihatkan kepentingan kohesi.

J

Page 11: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 11

Contoh dalam bidang agama, politik, sains, sukan dan sebagainya.

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.

Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.

Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.

Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.

Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)

Tajuk wacana

merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, pendidikan, matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.

Jika wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian

Sama ada wacana berkenaan disampaikan secara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?

JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?

Gaya penyampaian

mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-

Page 12: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 12

orang kenamaan atau dif-dif?

Jenis dan Ciri Laras Bahasa

Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.

Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan peneranangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam).

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:

kosa kata atau istilah

tatabahasa

gaya

Laras Bahasa Biasa

Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)

Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).

Ayat ayat sederhana, ringkas dan padat.

Struktur ayat mudah, contohnya: Dilarang memijak rumput.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Biasa

Formal/Rasmi Tak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.

Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

Page 13: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 13

.

Laras Bahasa Perniagaan

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu, atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) slogan: Kami Ada Cara

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Contoh laras perniagaan:

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan sembilan permohonan melaksanakan

tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Bursa Malaysia dalam tempoh suku

kedua lalu, dengan potensi modal pasaran terkumpul bernilai RM17.04 bilion.

Ia adalah jauh lebih tinggi berbanding hanya satu IPO diluluskan pada suku pertama dan tiga

pada suku kedua tahun lalu, justeru mencerminkan kerancakan semula aktiviti penjanaan

modal di pasaran tempatan.

(Sumber: http://www.bharian.com.my 23 Julai 2011)

Page 14: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 14

Laras Bahasa Akademik

Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.

Bersifat teknikal.

Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan tesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada catatan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.

Menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.

Contoh laras bahasa akademik:

Laras Bahasa Undang-Undang

Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.

Contoh laras undang-undang:

Bagi tempoh 1990 hingga 2003, pemetaan genetik yang dikenali sebagai Projek Genom Manusia

(HGP) sudah bermula. Di Amerika Syarikat, HGP berjaya merekodkan antara 20,000 ke 25,000 gen

dalam DNA manusia. Sejak itu banyak penyelidikan berkaitan pemetaan genetik dilakukan di

seluruh dunia.

Selepas HGP, satu lagi projek genetik menyusul iaitu Projek Variasi Manusia atau Human Variome

Project (HVP). HVP dicetuskan oleh Profesor Richard Cotton dan berpangkalan di Australia. Ia adalah

satu inisiatif global bagi mengumpul data-data genetik manusia bagi tujuan merawat penyakit-

penyakit yang berkaitan dengan mutasi gen.

(Sumber: http://www.bharian.com.my 23 Julai 2011)

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan menolak dengan kos saman tersebut setelah Mazlan

gagal membuktikan unsur-unsur konspirasi seperti yang didakwa dalam pernyataan

tuntutannya.

Dalam saman yang difailkan pada 16 Ogos tahun lalu, Mazlan, 45, selaku plaintif mendakwa

dia telah ditangkap secara salah dan tidak sah oleh polis pada pukul 10 pagi, 9 Mac 2010

sehingga keesokan harinya.

Plaintif menamakan Awang, 55; Felda; anggota polis, Mohd. Azran Rahmat dan kerajaan

Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

(Sumber: http://utusan.com.my/ 23 Julai 2011)

Page 15: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 15

Laras bahasa media

Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pembaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas dan ketiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Contoh laras akhbar:

Laras Bahasa Sastera

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

a kreatif dan imaginatif

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya.

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

SUBANG 22 Julai – Prestasi cemerlang pasukan Malcon East 6 (ME 6) sepanjang berkhidmat

selama sembilan bulan di Lebanon berjaya menjulang nama Angkatan Tentera Malaysia

(ATM) di peringkat antarabangsa.

Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali berkata,

malah, pasukan itu mendapat pujian pelbagai pihak berdasarkan prestasi mereka sepanjang

bertugas di negara itu.

(Sumber: http://utusan.com.my/ 23 Julai 2011)

Page 16: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 16

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Contoh laras sastera:

Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Contoh laras agama:

Contoh Analisis:

Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan

1. Bidang

Al-Maraqhi dalam tafsirnya mengatakan, ayat ini secara ijmalnya menunjukkan al-Quran itu

penawar kepada manusia dalam empat perkara iaitu nasihat yang baik, penawar kepada segala

penyakit hati seperti syirik dan nifaq, petunjuk jalan kebenaran dan rahmat bagi mereka yang

beriman.

Bahkan, keagungan Allah melalui kalam-Nya ini juga apabila dibaca dapat melembutkan hati dan

membuka hidayah seperti berlaku kepada ahli syair terkemuka, Thufail bin Amr dan Saidina

Umar bin al-Khattab untuk memeluk Islam.

Pembudayaan membaca al-Quran juga tidak terhad kepada satu-satu tempat, keadaan atau

masa saja. Ia boleh dibudayakan termasuk di tempat kerja. Sebagai pengurus atau majikan,

semua usaha perlu dihidupkan dalam organisasi kerana mukjizat kehebatan kemuliaan al-Quran

dan kesannya sangat mendalam kepada jati diri.

(Sumber: http://www.bharian.com.my 23 Julai 2011)

DIA memandang ke luar jendela yang berlangsir ungu muda. Melihat cebisan-cebisan putih

yang gugur dari langit. Dia merasakan ia seperti tepung yang keluar dari ayak, tertabur di

jalan raya dan bangunan di depan banglo mewah tiga tingkat. Dia sendiri terpegun dengan

keadaan cuaca yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Daerah Mawar Merah. Kedinginan

cuaca pada pagi yang amat dingin seperti tidak mampu menenangkan hatinya. Ia bagaikan

dihangatkan oleh suatu perasaan yang menjarumi fikirannya.

Fikirannya berlari lagi pada dua ayat panjang. Terucap lancar pada lidah seorang lelaki 60

tahun. Lalu terusik pada jiwa.

Di tengah-tengah fikirannya yang keruh, dia merasakan dalam dirinya ada air kekusutan

berkocak hebat. Membuatkan dia penat. Amat penat. Namun, dia masih bertahan dengan

perasaan yang dipikul berat. Kalau dia terus bersabar dan yakin pada pembedahan itu nanti,

dia akan selamat. Diselamatkan oleh pakar bedah yang hebat.

(Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cerpen_Virus/Article 23 Julai 2011)

Page 17: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 17

Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan

perdagangan.

Penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris.

Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang

abad ke-21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.

2. Perbendaharaan Kata

Istilah khusus (penanda laras), antaranya: agihan jualan, agensi pemasaran, baki debit

anggaran kos, francais, cek palang

harga mutlak, eksport saham

urus niaga, kredit, komposit

Istilah umum: tetapi diberi pengertian khusus (merujuk bidang ekonomi)

untung tempoh hutang tunai

susut runcit

3. Tatabahasa

Morfologi (kajian terhadap perkataan) Kata-kata umum (kata tunggal) bahasa Melayu boleh menjadi kata-

kata khusus (bidang perniagaan) apabila menjadi kata terbitan.

Contohnya:

Kata Umum Istilah

Page 18: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 18

wang kewangan

ratus peratus

lebih lebihan

pasar pasaran

pegang pemegang

dagang dagangan

Akronim Contohnya:

EPU – Unit Pembangunan Ekonomi

EON – Edaran Otomobil Nasional

BSN – Bank Simpanan Nasional

BSKL – Bursa Saham Kuala Lumpur

Kata Majmuk Contohnya:

kos jualan modal tetap harta semasa

untung bersih lebih asset sebut harga

Sintaksis (kajian terhadap ayat) Kebanyakan ayat-ayat yang digunakan jenis ayat penyata, iaitu

ayat-ayat yang memberi keterangan tentang sesuatu hal.

Contohnya:

Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar

jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi

Page 19: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 19

setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi

keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu.

Menggunakan ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat

aktif dan ayat pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi.

Contohnya:

Ayat Aktif

KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling

penting

Ayat Pasif

Kesan teus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang

lebih mahal.

Kecenderungan menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang

mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan

kelancaran dan kesinambungan wacana.Contohnya:

Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak pengurusan (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana mereka memastikan bahawa nilai sebenar syarikat tergambar dalam pasaran saham agar mereka tidak akan mengalami sebarang kerugian apabila menjual saham mereka.

Struktur ayat juga jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris, khususnya penggunaan

ayat pemeri yang menggunakan kopula “adalah” dan “ialah” walaupun unsur ini tidak wajib

digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya:

1. Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat. 2. Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta.

Fungsi kata pemeri tersebut untuk kejelasan dan pemahaman ayat dengan lebih mudah.

Page 20: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 20

4. Gaya Bahasa

Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.

Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa, dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan maksud dan pengertian

dengan berkesan.

Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan sebagainya.

AKTIVITI 9.6

Nyatakan kepentingan laras bahasa dalam sesebuah penulisan.

RUMUSAN

Penerangan di atas telah menjelaskan kepentingan wacana dan laras bahasa dalam sesebuah penulisan.

Dengan wujudnya pengetahuan yang mendalam kepada kedua-dua aspek tersebut, seseorang pelajar

dapat menggunakan pengetahuan tersebut ke arah menghasilkan sebuah penulisan yang bermutu tinggi.

KATA KUNCI 1. Koherens 2. Kohesi 3. Inferens 4. Kohesif 5. Eksplisit

6. Anafora 7. Katafora 8. Ellipsis 9. Generik 10. Preposisi

PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan beberapa definisi wacana daripada beberapa pandangan tokoh. 2. Dengan contoh-contoh, tunjukkan bagaimana penanda wacana tertentu dapat menjadikan ayat

yang gramatis. 3. Bina dua contoh ayat yang memperlihatkan laras bahasa iklan.

Page 21: Unit 9 Wacana Dan Laras Bahasa

Wacana dan Laras Bahasa| 21

4. Bina dua contoh ayat yang memperlihatkan laras bahasa agama. 5. Tunjukkan perbezaan koherens dan kohesi dalam pembinaan sesebuah ayat yang gramatis.

RUJUKAN Anderson, E. (1983).Cohesion and the teacher. Australian Journal of Reading. 6, 35-42. Freedle, R. (1977).Discourse Production and Comprehension. Noewood. Ablex. Halliday, M.A.K, dan Hasan, R. (1976).Cohesion In English. London. Longman. Martin, J.R. 1981. Lexical Cohesion. Momeograf. Department Linguistik. Universiti Sydney. Moe, A. (1979).Cohesion, coherence and the comprehension of text. Journal of Reading, 23, 16-20.