Upload
tiv-sam
View
4.707
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
WAJ3115PEMBENTANGAN KUMPULAN 7
AHLI : DEVIN XAVIOUR A/L JOSEPH ALBERT
REVATHY A/P MANICKAM
TIVIYAA A/P MUTHUSAMY
TRESHIE PUNGA ANAK SABANG
1.0 DEFINISI
5.0 KEUTUHAN WACANA
4.0 PENANDA WACANA
3.0 JENIS WACANA
2.0 CIRI WACANA
1.0 DEFINISI WACANA
A. ASMAH HAJI OMAR, 1986
Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa
oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa
dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa
yang menyumbang kearah menjadikan
pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai
sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.
B. Harimurti Kridalaksana,1982
Wacana ini direalisasikan dalam bentuk
karangan yang utuh (novel, buku, siri
ensiklopedia dan sebagainya), paragraf,
kalimat atau kata yang membawa amanat
yang lengkap.
C.TEKS PRA-U STPM
Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa
yang mempunyai kesantunan fikiran yang
utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki
bahasa, wacana terletak pada tingkat yang
tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.
D. Abd Razak Bin Hassan
Penanda wacana ialah perkataan ataupunrangkaian perkataan yang berfungsimempertalikan sesuatu idea, hujah, danpandangan seseorang semasa menulisataupun berucap. Seandainya sesuatuwacana berkenaan tidak mempunyaipenanda wacana yang tepat, ia akanmenyebabkan seluruh kandungan wacanaberkenaan tidak mempunyai kesatuan danperpautan yang lengkap.
E. Kamus Dewan Edisi Keempat
Penanda dapat didefinisikan sebagai sesuatuyang digunakan sebagai tanda. Selain itu, Wacana pula ditakrifkan sebagai kesatuanfikiran yang utuh, sama ada dalam bentuklisan atau tulisan. Penanda wacanamerupakan kata, rangkai kata, atau frasayang menunjukkan pertalian, hujah, danbuah fikiran. Fungsi penanda wacana ialahmenjadi penyambung antara ayat denganfrasa dalam sesuatu wacana.
2.0 CIRI-CIRI WACANA
A. Mempunyai tema
B. Bermotif
C. Gaya bahasa
D. Kohesi dan koherens
E. Tiada ayat tautologi
F. Elemen-elemen yang logikal dan realistik
G. Terdiri daripada andaian (subjek)
dan inferensi (komen/aseri)
A. MEMPUNYAI TEMA
Pengarang atau penulis berkesempatanmenentukan etika dan prosedur penghasilanpenulisan.
B. BERMOTIF
Penulisan bertujuan untuk pembaca menilaidan mengenalpasti hubungan hasil bacaandengan pembaca.
C. GAYA BAHASA
Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuaikepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasayang digunakan mampu menimbulkan kesan dialeksosial (laras bahasa biasa) dalam pertuturan.
D. KOHESI DAN KOHERENS
Ayat-ayat dihubungkan dengan menggunakanpenanda wacana agar ayat-ayat tersebut berkohensi(makna tautan) dan koherens (logik).
E. TIADA AYAT TAUTOLOGI
Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakansebelumnya) tidak perlu diulang.
F. ELEMEN-ELEMEN YANG LOGIKAL DAN REALISTIK
Hasil penulisan perlulah bersifat kenyataan, logik dan realistik, bukanlah rekaan individusemata-mata.
G.TERDIRI DARIPADA ANDAIAN (SUBJEK) DAN INFERENSI (KOMEN/ASERI)
Contoh: Kucing Parsi itu comel.
↓ ↓ANDAIAN INFERENSI
Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensisahaja. Tetapi adakalanya andaian dapat ditentukanoleh pembaca tanpa ditulis.
Contoh : Keluar!
3.0 JENIS WACANA
A. Wacana Lisan
B. Wacana Tulisan
A. WACANA LISAN• Dihasilkan melalui media lisan – pembicara/penutur
dengan pendengar
• Komunikasi yang terlibat –komunikasi interaktif/langsung
• Melibatkan pembicara/penutur dan pendengar secaralangsung
• Penyampaian maklumat – ekspresi wajah, nada suaradan gerak badan
• Contoh: perbualan, temu ramah, ceramah,pidato, ucapan, siaran radio dan televisyen
B. WACANA TULISAN• Disampaikan secara bertulis
• Komunikasi tidak langsung – komunikasi satu arah
• Melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca
• Penulis tidak akan mendapat respon secara langsung daripada pembaca– penulis tidak berhadapan dengan pembaca semasa wacana tersebutdihasilkan
• Wacana tulisan selalunya disunting terlebih bagi menghasilkan tulisanyang berkualiti
• Pembaca perlu membaca teks – untuk memahami maksud yang ingindisampaikan oleh penulis/pengarang
• Contoh: akhbar, majalah, buku dan novel
4.0 PENANDA WACANA
Bermaksud kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buahfikiran. Digunakan untuk memantapkan lagikeutuhan wacana bagi mengaitkan perenggandengan perenggan.
CONTOH
A. Tambahan
selanjutnya, seterusnya, selain itu, di sampingitu, tambahan lagi, demikian juga, begitu juga
B. Tambahan dan Penegasan
lebih-lebih lagi, tambahan pula, malah, malahan, bahkan, lagipun
C.Sebab, Kesan atau Lanjutan
oleh sebab itu, dengan itu, dengan demikian, jadi,sebagai akibatnya, sebagai,hasilnya
D. Pertentangan
namun begitu, namun demikian, bagaimanapun, walaupun, akan tetapi, sungguhpun
E. Perkaitan
sehubungan dengan itu, dalam hal ini, berhubung dengan, dari segi, sejajar dengan, selaras dengan, merujuk kepada
F. Waktu
sebelum itu, kini, pada masa ini, sementaraitu, kemudian, pada waktu yang sama,
lama-kelamaan, akhirnya
G. Tempat
disini, di sana, di samping, berhampirandengan, bersebelahan dengan, bertentangandengan
H. Contoh
misalnya, sebagai contoh, contohnya
I. Perbandingan
dalam hal yang demikian, sebagaimana, seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
J. Pernyataan semula
yakni, dengan kata lain
K. Tujuan dan Maksud
untuk tujuan ini, hal ini bermaksud, hal inibererti, hal ini membawa pengertian, maksudnya
L. Urutan
pertama, kedua, selepas itu, kemudian, akhirnya
M.Harapan
semoga, moga-moga, mudah-mudahan
N.Rumusan
kesimpulannya, akhir kata, sebagai penutup, sebagai rumusan, secara keseluruhannya
O. Pendahuluan
sebagai pendahuluan, sebagai permulaan, mulanya, pertamanya, sebagai mukadimah
P. Singkatan
ringkasnya, pendek kata, secara ringkasnya
Q.Penekanan atau Penegasan
sesungguhnya, sebenarnya, sememangnya, tentulah, pastilah, jelaslah, tidak dapatdinafikan.
R. Generalisasi
pada umumnya, secara amnya, secaraumumnya
S. Bahasa Klasik
hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian
5.0 KEUTUHAN WACANA
Asmah Haji Omar, 1986
Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penuturatau penulis yang menyumbang ke arahmenjadikan pertuturan atau tulisan berkenaansebagai sesuatu yang bermakna dalamberkomunikasi.
Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh:
1) Terdapatnya runtuhan atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itusuatu teks yang bermakna dan dapat difahami)
2) Wujudnya tautan atau kohesi, (keserasianhubungan antara suatu unsur linguistik denganunsur linguistik yang lain).
Keutuhan wacana dapat dianalisis daripadawujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalamsesuatu wacana.
Satu aspek yang penting kerana ini menentukanapakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai wacanaatau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidakteratur.
CONTOH
• “ Biarpun belum menjangkau tiga tahun namun adakejayaan yang dilakar dalam laporan Kajian SeparuhPenggal yang diperincikan oleh Perdana Menteri, DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat. Antaranya kejayaan mengekalkan kadar pertumbuhanekonomi negara pada kadar yang membanggakan iaitu6.1 peratus setahun. ”
Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini mempunyai hubungan dari aspeksemantik iaitu kaitan sebab dan hasil . Hubungan inidapat dilihat daripada contoh ayat iaitu “ laporan KajianSeparuh Penggal. ” merupakan sebab manakala ayat “ mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara ” merupakan hasil.
• “ Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan program kesejahteraan rakyat dan menangani krisis hargaminyak, sokongan padu rakyat amat diperlukan. Tanpasokongan rakyat, segala projek serta program yang amat sempurna di atas kertas tidak akan dilaksanakandengan berkesan.”
Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini mempunyai hubungan dari aspeksemantik iaitu kaitan syarat dan hasil . Hubungan inidapat dilihat daripada contoh ayat di atas “ sokonganpadu rakyat amat diperlukan ” merupakan syaratmanakala contoh hasil ialah “ segala projek sertaprogram yang amat sempurna di atas kertas tidak akandilaksanakan dengan berkesan. ”
• “ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagaikeutamaan adalah tepat terutama dalam keadaanrakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan hargaminyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutinperbelanjaan mereka. Apatah lagi sejak kerajaanmengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tungguapakah pelan perlindungan atau jaringan keselamatanuntuk mereka.”
Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini mempunyai hubungan dari aspeksemantik iaitu hubungan memperkuatkan isi . Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat diatas.
• “ Begitu juga dengan peningkatan pendapatanperkapita, pengurangan defisit fiskal Negara, penurunan kadar kemiskinan serta penguranganjurang ekonomi antara kumpulan etnik, antarawilayah dan antara Bandar dan luar Bandar. ”
Berdasarkan ayat di atas, terdapat penanda wacanayang digunakan yang menjadikan ayat ini dianggapsebagai wacana yang dilihat berdasarkan hubungandari aspek gramatikal . Kata serta dan dan ialahpenanda wacana jenis tambahan yang berperanansebagai penghubung ayat dengan ayat yang sebelumnya.
• “ Rakyat juga mesti bijak menilai kesungguhankerajaan untuk memastikan keharmonian Negara yang rakyatnya berbilang kaum ini terusdipelihara.”
Contoh ayat di atas adalah sebuah wacana yang dilihat melalui hubungan dari aspek fonologis . Perkataan mesti menunjukkan penegasan dalamayat.
RUJUKANWacana. (2005). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4 online.Dimuat turun dari
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wacana pada 7/2/2013
Abd. Hassan, (1993), Bahasa Kiasan Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 40, 907-913
Kamus Linguistik (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka