11
KERTAS KERJA LAWATAN KE KAMPUNG BUDAYA KUCHING, SARAWAK 2014 ANJURAN EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL,ADUAN DAN KEBAJIKAN DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI 2013/2014

Kertas Kerja Kampung budaya

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Kampung budaya

KERTAS KERJA LAWATAN KE KAMPUNG BUDAYA KUCHING, SARAWAK

2014

ANJURAN EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL,ADUAN DAN KEBAJIKAN

DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI2013/2014

Page 2: Kertas Kerja Kampung budaya

11.0 TUJUAN

i. Untuk mendapatkan kelulusan program iaitu Kerja Lawatan Ke Kampung Budaya Kuching, Sarawak

ii. Untuk memohon sumbangan kewangan bagi tujuan menampung perbelanjaan program.iii. Untuk memohon menggunakan bas UNIMAS.

2.0 PENGENALAN

Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti yang dicadangkan dan akan dijalankan oleh badan EXCO Perhubungan Sosial, Aduan dan Kebajikan dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (JPPPU). EXCO Perhubungan Sosial, Aduan dan kebajikan merupakan satu medium perantaraan antara pelajar dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,pihak Kolej Seroja dan Pusat Pengajian Pra-Universiti. Peranan EXCO Pehubungan Sosial, Aduan dan Kebajikan dalam JPPPU adalah menyerahkan aduan dan menyediakan bantuan ketika kecemasan kepada pelajar yang memerlukan.

Aktiviti lawatan ini yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang keunikan masyarakat di negara Malaysia yang berbilang kaum terutama di bumi Sarawak yang kaya dengan pelbagai etnik. Di samping itu, aktiviti ini juga ingin memupuk keseronokan, penghayatan budaya, dan semangat perpaduan dalam diri pelajar Asasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua ahli EXCO Perhubungan Sosial, Aduan dan Kebajikan ,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti(JPPPU) dan sekumpulan pelajar ASASI Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berminat dapat mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak kami serta mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang.

Selain itu,lawatan pada tahun 2014, dijangkakan sejumlah 120 orang peserta termasuk pensyarah akan menyertai Lawatan ke Kampung Budaya Sarawak. Lawatan ini melibatkan 3 orang pensyarah pengiring bagi mengiringi pelajar Asasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang akan mengikuti lawatan ini.

Aktiviti lawatan ini penting untuk mendedahkan kepada pelajar terutamanya pelajar Asasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sesi 2013/2014 tentang masyarakat pribumi Sarawak. Pelajar Asasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) juga dapat mempelajari dan menyesuaikan diri dengan budaya bumi Sarawak ini. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh pelajar Asasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam menempuhi kehidupan sosial bermasyarakat sepanjang tempoh pengajian di bumi Kenyalang ini.

Di samping itu, disertakan juga latar belakang Kampung Budaya Sarawak. “Terokai Sarawak dalam masa setengah hari” itulah yang dijanjikan oleh Kampung Budaya Sarawak, sebuah muzium ‘award winning’ yang menawarkan pengenalan terbaik bagi cara hidup dan budaya tempatan. Terletak di atas sebidang tanah seluas 17-ekar dan hanya terletak berdekatan dengan kawasan hotel-hotel resort, di sini terdapat bangunan replika yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik di Sarawak; Rumah panjang Bidayuh, Iban,dan Orang Ulu, perkampungan hutan Penan, Rumah Tinggi Melanau, sebuah rumah tradisional Melayu dengan gelanggang gasing terletak bersebelahannya, Rumah Ladang Cina serta sebuah Pagoda Cina. Wakil dari setiap suku kaum ditempatkan di setiap bangunan ini dengan memakai pakaian

EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL, ADUAN DAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI (JPPPU)

Page 3: Kertas Kerja Kampung budaya

2tradisional dan melakukan aktiviti-aktiviti yang melambangkan gaya hidup tradisional mereka. Setiap bangunan juga diwakili oleh seorang ‘Tukang Cerita’ yang berpengetahuan luas tentang cara hidup dan budaya-budaya ini. Mereka juga sangat mesra dan amat berbesar hati untuk mengambil gambar bersama kita.

Setelah selesai melawat perkampungan budaya ini, kita boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional dari pelbagai suku kaum di teater yang disediakan. Yang menariknya adalah majlis perkahwinan juga boleh diadakan di sini, dengan tema tradisional seperti Iban, Bidayuh, Melayu ataupun Orang Ulu!

2.0 MATLAMAT

Lawatan yang akan dijalankan ini akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, mengenali masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan serta memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

3.0 OBJEKTIF

i. Mengenali masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan.

ii. Menyedari keunikan masyarakat di negara kita.

iii. Mengetahui dan menghargai kesenian negara seperti permainan tradisional, makanan tradisional dan seni mempertahankan diri.

iv. Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh Aktiviti lawatan : 25 Januari 2014 (Semester 2)

EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL, ADUAN DAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI (JPPPU)

Page 4: Kertas Kerja Kampung budaya

3Hari: Sabtu

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

5.0 TENTATIF PROGRAM

(Rujuk Lampiran 1)

6.0 PENGANGKUTAN

i. Bas Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)ii. Bas yang digunakan ialah bas kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sendiri

iii. Bas kampus akan ditempah oleh AJK Pengangkutan dengan bantuan Jawatankuasa Perwakilan Pewakilan Pelajar Pra-Universiti,JPPPU

iv. Sebuah bas dapat memuatkan 40 orang penumpangv. Jumlah bas 3 buah sahaja

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Ahli EXCO Perhubungan Sosial, Aduan dan Kebajikan

6.2 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-U (JPPPU)

6.3 Tiga orang Pensyarah pengiring.

6.4 Pelajar ASASI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) yang berminat

6.4.1 Jumlah Pelajar: 88 orang

6.4.2 Pelajar ini dipilih berdasarkan

i. Minat pelajar untuk mengikuti program ini iaitu Lawatan Ke Kampung Budaya Kuchingii. Keputusan akedemik semasa pelajar tersebut

iii. Sumbangan pelajar pada program yang dikendalikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti(JPPPU). e.g. FESENISASI dan ASMERA.

6.4.3 Sebab penyertaan peserta dihadkan kepada 120 orang sahaja

EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL, ADUAN DAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI (JPPPU)

Page 5: Kertas Kerja Kampung budaya

4i. Jawatankuasa Perlaksana Lawatan Ke Kampung Budaya Kuching, Sarawak akan menghadapi

masalah untuk mengawasi dan menjaga disiplin sejumlah pelajar yang terlalu ramai semasa program berlangsung.

ii. Kekangan bajet keawangan dan pengangkutan

6.5 Jumlah penyertaan

Peserta JumlahAhli EXCO Perhubungan Sosial, Aduan dan Kebajikan 15 orangJawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-U (JPPPU) 14 orangPensyarah pengiring 3 orangPelajar 88 orang

120 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA

(Rujuk Lampiran 2)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

(Rujuk Lampiran 3)

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi di dalam aktiviti lawatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama dan kelulusan daripada pihak Tuan amatlah kami tagih,jasa pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL, ADUAN DAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI (JPPPU)

Page 6: Kertas Kerja Kampung budaya

510.0 PERAKUAN

Disediakan oleh

……………………….. (HAFIZD ZULHASNI BIN ISMAIL SAINNY) Pengarah Jawatankuasa Lawatan Ke Kampung Budaya Kuching, Sarawak.EXCO Perhubungan Sosial, Aduan dan Kebajikan.

Disemak oleh,

……………………… (NOORNAJWA NABILAH BINTI YATIMAN) Presiden Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (JPPPU) Disokong oleh,

………………………………(MOHD AMINUDIN MUSTAPHA)Penasihat Jawatankuasa Lawatan Ke Kampung Budaya Kuching, Sarawak.Penasihat EXCO Perhubungan Sosial, Aduan dan Kebajikan.

Diluluskan oleh,

……………………………(DR. RAMLAH ZAINUDIN)Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pra-UniversitiUniversiti Malaysia Sarawak

EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL, ADUAN DAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI (JPPPU)

Page 7: Kertas Kerja Kampung budaya

6LAMPIRAN 1: TENTATIF

Tarikh Aktiviti lawatan : 25 Januari 2014 (Semester 2)

Hari: Sabtu

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Masa Perjalanan Aktiviti8.00 pagi -Berkumpul di depan Dewan UNIMAS

- Taklimat keselamatan, disiplin dan etika8.45 pagi - Bertolak ke Kampung Budaya, Kuching, Sarawak.10.00 pagi - Tiba di Kampung Budaya

- Minum pagi10.15 pagi - Lawatan ke Rumah Panjang Iban dan Bidayuh12.30 tengah hari - Makan Tengahari

- Solat Zohor berjemaah di surau berdekatan2.00 petang - Lawatan ke rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina dan

Rumah Panjang Orang Ulu4.00 petang - Minum petang

- Solat Asar berjemaah di surau berdekatan4.30 petang - Persembahan kebudayaan di Auditorium Kampung Budaya5.30 petang - Bertolak balik ke Kampus Timur Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL, ADUAN DAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI (JPPPU)

Page 8: Kertas Kerja Kampung budaya

7LAMPIRAN 2: AHLIJAWATANKUASA PERLAKSANA

1.Penasihat: EN MOHD AMINUDIN MUSTAPHA

CIK NOR AMALINA AHMAD

2. Pengarah: HAFIZD ZULHASNI BIN ISMAIL SAINNY

4. Setiausaha: NOOR NAJILAH BINTI ANIFAH

5. Bendahari: IWANA HAZIQAH BINTI MOHD TAUFIK

6. AJK Pengangkutan: NOOR ALYA BINTI KAHAR

7. AJK Kebajikan: NURSYAMIL HAZIQ BIN AHMAD

8. AJK Makanan: NURUL SHAMILA BT BAHARIN

NUR FARZANA BT H. TUAH

9. AJK Dokumentasi: DAYANG NUR AZYRA BINTI ABG MOHAMAD ADAWI

NAZIRUL HAZRIL BIN MD HADZIR

10. AJK Keselamatan: MUHAMMAD AMIR AFIQ BIN MOHAMED

PUTERA NIK AIMAN MUSTAQIM BIN OTHMAN

11. AJK Kebersihan: SHAHIDATUL NATASHA BT ROSLI

NOOR FARIDAH BT ALI

ABDUL AZIZ BIN ROSLI

NUR AMIRA BINTI MOHD TAHIR

ISMANIZA BINTI AMAD BAHRI

LAMPIRAN 5: KEAWANGAN

EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL, ADUAN DAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI (JPPPU)

Page 9: Kertas Kerja Kampung budaya

8 (i)Makan & Minum

Bil Perkara Unit Menu Harga Jumlah1 Pagi 120 orang -Air Kotak

-Mihun GorengRM 3.00 RM 360.00

2 Tengahari

120 orang -Air Mineral-Nasi+Ayam+Sayur-Buah

RM 4.50 RM 540.00

3 Petang 120 orang -Air Kotak-Roti

RM 2.50 RM 300.00

RM 1200.00

(ii) Tiket

Bil Perkara Unit Harga Jumlah1 Tiket Masuk 120 orang RM 10.00 RM 1200.00

Keseluruhan

Perkara PerbelanjaanMakan & Minum RM 1200.00Tiket Masuk RM 1200.00Bas *mohon dari PPPU UNIMAS

RM 2400.00

EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL, ADUAN DAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI (JPPPU)