9
KAUM MELANAU PENGENALAN Kaum melanau merupakan salah satu etnik yang juga dipamerkan di kampung budaya. Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. Selain itu, kaum melanau di kampung budaya ini juga turut mempamerkan keunikan mereka yang tersendiri contohnya

Kaum Melanau Kampung budaya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kampung Budaya Sarawak

Citation preview

KAUM MELANAU

PENGENALAN

Kaum melanau merupakan salah satu etnik yang juga dipamerkan di kampung budaya. Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. Selain itu, kaum melanau di kampung budaya ini juga turut mempamerkan keunikan mereka yang tersendiri contohnya dari aspek seni bina, pakaian, makanan, seni tarian dan craftangan kaum melanau. Selain dapat menyaksikan keunikan kaum ini di kampung budaya, kita juga boleh mempelajari serba sedikit mengenai bahasa melanau yang sehingga kini masih digunakan oleh kaum mereka.

SENI BINA

Di kampung budaya kita boleh melihat keunikkan struktur binaan rumah tradisional Melanau yang tinggi dan berbeza dengan struktur binaan masyarakat pribumi lain di Sarawak. Jika masyarakat Iban terkenal dengan rumah panjang mereka, masyarakat Melanau pula terkenal dengan rumah tinggi walaupun ramai dalam kalangan generasi muda yang tidak berkesempatan untuk tinggal di rumah tradisional ini. Rumah kaum Melanau ini bukan sahaja boleh dilihat di kampung budaya, malah masih ada masyarakat yang mahu mengekalkan warisan mereka ini misalnya di Matu Daro. Matu merupakan daerah dan bandar kecil di Bahagian Mukah , Sarawak , Malaysia Timur . Sebelum Bahagian Mukah telah ditubuhkan , Matu adalah dalam Bahagian Sibu . Terdapat lebih dari 20 buah kampung di daerah ini, dengan Melanau yang membentuk majoriti penduduk . Cina merupakan penduduk kedua terbesar selepas Melanau. Bentuk anjung rumah tradisional ini yang berada di hadapan seperti rumah moden dan hanya berkongsi ruang tamu di bahagian tengah rumah berbanding dengan rumah panjang masyarakat Iban atau Bidayuh yang berkongsi ruang tamu di bahagian depan rumah. Rumah Tradisional Melanau ini juga lebih dikenali sebagai Rumah Tinggi Melanau.

PAKAIAN

(PAKAIAN LELAKI)

(BAJU BALDU)(BAJU BABAN)

Selain daripada seni bina, kita juga dapat melihat keunikan pakaian kaum melanau di kampung budaya. Apa yang boleh kita ialah pakaian tradisional kaum melanau adalah hampir sama dengan pakaian tradisional kaum melayu. Contohnya seperti pakaian tradisional lelaki, mereka mengenakan baju sutera hitam, seluar hitam dan juga mengenakan sampin, pinggang berikat selendang sifon dan berkopiah. Untuk pakaian wanita pula, misalnya Baju Baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul. Seterusnya Baju Baban asalnya adalah pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

MAKANAN

Seperti kaum melayu, iban dan cina yang terdapat di Kampung budaya, kaum melanau juga mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Malah pengunjung yang datang di sana boleh menikmatinya samada dimakan di sana atau di bawa balik untuk dikongsi dengan orang lain. Antara makanan tradisional kaum melanau ialah seperti yang berikut ;

ULAT MULONG

Ulat mulong merupakan makanan eksotik masyarakat kaum melanau. Ulat tersebut adalah diperolehi daripada pokok sagu atau juga boleh dikenali sebagai pokok rumbia. Ulat mulong ini dimakan oleh kaum melanau secara mentah atau juga boleh dimasak dahulu sebelum di makan.

SAGUSeterusnya ialah sagu, merupakan salah satu makan utama bagi kaum melanau. Kaum melanau kebanyakkannya memakan sagu ini dengan pisang. Jika ianya dimakan begitu sahaja rasanya adalah sama seperti tepung untuk membuat kuih, kek dan sebagainya.

SESAR UNJUR SARAWAKSesar unjur sarawak merupakan makanan yang bermusim kerana bahan asasnya adalah udang yang turut mempunyai musim tertentu. Ianya diperbuat dari udang biasa dan dijemur di atas bara api hingga kering. Semasa proses menyediakannya, tiada bahan tambahan yang diperlukan. Cara membuatnya adalah mudah, hanya perlukan udang segar yang dibuang kulit serta disusur menegak baru di jemur di atas bara api sehingga kering.

LINUT

Linut adalah makanan yang terhasil daripada tepung sagu yang dimasak dengan sedikit air. Linut biasanya dimakan dengan sambal belacan, atau secara tradisinya, linut ini juga boleh menggantikan nasi. Tidak hairanlah masyarakat kaum melanau memakannya dengan ikan masin dan sebagainya.

SENI TARIANTarian masyarakat melanau amat berlainan dengan masyarakat lain di Malaysia. Kebanyakan tarian masyarakat melanau bersifat pemujaan. Mungkin diadaptasi dari tradisi pebayoh bagi memuja ipok untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Pada zaman dahulu, tarian ini hanya dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja. Antaranya ialah semasa perayaan Kaul bagi meminta keberkatan dari ipok agar memurahkan rezeki mereka. Tarian masyarakat melanau juga berkait dengan tradisi bertani oleh masyarakat melanau. Antaranya bagi meminta keberkatan untuk menebang mulung atau rumbia yang menurut kepercayaan masyarakat melanau terdapat penunggu di kelopak dahan pokok palma ini. Jadi bagi memudahkan proses menebang terdapat satu tarian yang dilakukan bagi melembutkan hati makluk halus itu meninggalkan pohon itu dan memberi ruang kepada petani untuk menebang pokok rumbia itu.

Sebenarnya banyak lagi tarian masyarakat melanau yang kita tidak ketahui. Mungkin sudah ditelah masa kerana kurangnya penari tradisional. Mungkin juga golongaan penari pada masa dahulu adalah golongan elit dan tidak berkongsi bakat mereka dengan orang lain. Atau mungking kita terpaksa mencodok tarian masyarat lain kerana kita adalah serumpun.

SENI KRAFTANGAN

Dari segi Kraftangan, masyarakat melanau amat terkenal dengan terendak seperti yang ditunjukkan dalam gambar tersebut. Kegunaan terendak tersebut secara tradisional adalah digunakan untuk masyarakat melanau bertani. Di kampung budaya khususnya, kita juga boleh belajar cara untuk membuat terendak ini. Tidak kira dari yang besar mahupun yang bersaiz sederhana atau kecil. Terendak yang dibuat bersaiz besar biasanya akan digunakan untuk perhiasan dinding dan yang bersaiz sederhana pula untuk kegunaan masyarakat melanau pergi bertani atau apabila hendak ke pekan. Di kampung budaya terdapat juga kraftangan ini yang dibuat bersaiz kecil. Kegunaan adalah seperti untuk dijadikan key chain, ataupun perhiasan kereta.