6
Guru Bahasa Melayu Memerlukan Pengetahuan Linguistik: Bincangkan Secara Kritis Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasalah yang membuat manusia berbeza dengan makhluk yang lain. Linguistik merupakan ilmu yang mempelajari bahasa di mana prosesnya berlangsung tanpa henti. Menurut Matthews (1997:vii), linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa atau kajian ilmiah tentang bahasa. Bahasa pula menurut Kridalaksana (2005:3) merupakan sistem lambang bunyi yang disepakati untuk dipergunakan oleh para anggota kelompok masyarakat tertentu dalam bekerjasama, berkomunikasi, dan mengidentifikasikan diri. Jelaslah di sini bahawa bahasa merupakan sebuah sistem. Pada pandangan saya, linguistik amat penting dipelajari oleh guru Bahasa Melayu tanpa mengira tahap atau aliran. Pengetahuan yang kukuh dapat membantu seseorang guru menyebarkan ilmu pengetahuan tentang bahasa tanpa had atau mengikut silibus yang telah ditetapkan. Ini kerana bahasa adalah sesuatu yang sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Contohnya, pada era teknologi maklumat bahasa Melayu mengalami kekurangan kosa kata untuk mentafsirkan istilah-istilah dalam teknologi dan komunikasi. Namun, bidang lingusitik yang mantap di Malaysia yang dirintis oleh DBP telah memperkenalkan dan mewujudkan istilah-istilah baru yang bertepatan dengan konsep teknologi dan komunikasi. Contohnya, istilah notebook diterjemahkan kepada komputer riba, software kepada perisian, broadband kepada jalur lebar dan pelbagai lagi. Terbukti, tanpa pengetahuan lingusitik maka seseorang guru bahasa Melayu tidak dapat menterjemahkan dan menggunakan bahasa Melayu 100% dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Saya kerap menggalakkan murid menggunakan dan merujuk Kamus Dewan setiap kali dalam pengajaran dan pembelajara dalam bilik darjah. Ada segelintir murid yang tidak mahir menggunakan kamus untuk mencari definisi dan saya menggunakan pengetahuan saya dalam leksikografi untuk membantu mereka. Leksikografi merupakan salah satu cabang dalam bidang ilmu lingusitik. Di sini terbukti bahawa guru bahasa Melayu memerlukan ilmu linguistik untuk memantapkan diri dan anak didiknya.

Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik

Guru Bahasa Melayu Memerlukan Pengetahuan Linguistik:

Bincangkan Secara Kritis

Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasalah yang membuat manusia berbeza dengan makhluk

yang lain. Linguistik merupakan ilmu yang mempelajari bahasa di mana prosesnya

berlangsung tanpa henti. Menurut Matthews (1997:vii), linguistik ialah ilmu yang mengkaji

bahasa atau kajian ilmiah tentang bahasa. Bahasa pula menurut Kridalaksana (2005:3)

merupakan sistem lambang bunyi yang disepakati untuk dipergunakan oleh para anggota

kelompok masyarakat tertentu dalam bekerjasama, berkomunikasi, dan mengidentifikasikan

diri. Jelaslah di sini bahawa bahasa merupakan sebuah sistem.

Pada pandangan saya, linguistik amat penting dipelajari oleh guru Bahasa Melayu

tanpa mengira tahap atau aliran. Pengetahuan yang kukuh dapat membantu seseorang guru

menyebarkan ilmu pengetahuan tentang bahasa tanpa had atau mengikut silibus yang telah

ditetapkan. Ini kerana bahasa adalah sesuatu yang sentiasa berkembang dan mengalami

perubahan mengikut peredaran masa. Contohnya, pada era teknologi maklumat bahasa

Melayu mengalami kekurangan kosa kata untuk mentafsirkan istilah-istilah dalam teknologi

dan komunikasi. Namun, bidang lingusitik yang mantap di Malaysia yang dirintis oleh DBP

telah memperkenalkan dan mewujudkan istilah-istilah baru yang bertepatan dengan konsep

teknologi dan komunikasi. Contohnya, istilah notebook diterjemahkan kepada komputer riba,

software kepada perisian, broadband kepada jalur lebar dan pelbagai lagi. Terbukti, tanpa

pengetahuan lingusitik maka seseorang guru bahasa Melayu tidak dapat menterjemahkan dan

menggunakan bahasa Melayu 100% dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah.

Saya kerap menggalakkan murid menggunakan dan merujuk Kamus Dewan setiap

kali dalam pengajaran dan pembelajara dalam bilik darjah. Ada segelintir murid yang tidak

mahir menggunakan kamus untuk mencari definisi dan saya menggunakan pengetahuan saya

dalam leksikografi untuk membantu mereka. Leksikografi merupakan salah satu cabang

dalam bidang ilmu lingusitik. Di sini terbukti bahawa guru bahasa Melayu memerlukan ilmu

linguistik untuk memantapkan diri dan anak didiknya.

Page 2: Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik

GURU A

Menurut Guru A yang juga merupakan penanda kertas UPSR sependapat dengan saya

di mana bidang lingusitik perlu dipelajari oleh semua guru bahasa Melayu. Walaupun beliau

menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar dalam bilik darjah namun beliau

masih menerapkan pelbagai kosa kata yang jarang ditemui oleh murid-murid. Menurut beliau

lagi, guru yang komited akan sentiasa mencabar diri sendiri sebelum mencabar murid dengan

ilmuan pengetahuan yang lebih luas. Contohnya, apabila membuat latihan tatabahasa di

dalam bilik darjah, beliau akan menggalakkan murid merujuk kepada Kamus Dewan untuk

mendapatkan makna yang paling tepat. Selain daripada itu, beliau juga tidak membenarkan

murid-muridnya menggunakan istilah bahasa Inggeris walaupun ditulis dalam simbol

pembuka dan penutup kata (“”). Contohnya, murid menulis “e-mail” dalam karangan dan

beliau membuat pembetulan kepada e-mel.

Menurut Guru A lagi, linguistik tidak akan merosakkan bahasa Melayu melalui

kaedah pinjaman atau penterjemahan. Malah hendaklah dilihat dari aspek yang lebih positif

iaitu pengkayaan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu memandangkan ia belum

mencapai bahasa stabil dunia seperti Bahasa Inggeris. Untuk mengelakkan murid

menggunakan bahasa pasar, Guru A akan memastikan semua muridnya menulis dan bertutur

dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam

kalangan muridnya, beliau juga akan menggunakan peribahasa, simpulan bahasa,

perumpamaan, bidalan dan pepatah moden. Misalnya, Bagai Kumbang Putus Tali, Nasi Tak

Dingin Pinggan Tak retak atau Zaman atom yang jarang-jarang didengar dan diaplikasikan

murid di sekolah. Jelas di sini tanpa pengetahun lingusitik yang luas seseorang guru tidak

dapat mendidik anak muridnya dengan pengetahuan yang baru kerana salah satu daripada

sifat bahasa ialah sentiasa menerima pengaruh daripada persekitarannya dan berkembang.

Menurut Guru A, salah satu bidang linguistik ialah psikolinguistik iaitu ilmu yang

mengkaji hubungan antara bahasa dengan peri laku dan akal budi manusia. Ini menunjukkan

bahasa bahasa bukan sahaja dibicarakan di bibir malah turut digayakan menerusi tingkah laku

manusia. Contohnya, Guru A mendapati apabila beliau memarahi murid yang tidak

menyiapkan kerja rumah, tingkah laku murid berkenaan telah berubah seperti diam dan

menundukkan mukanya. Ternyata, bahasa memainkan peranan dan memberi impak terhadap

perlakuan individu. Dalam konteks sekolah, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang

Page 3: Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik

penting kerana medium komunikasi di sekolah adalah bahasa Melayu. Oleh itu, segala

sebutan dan pertuturan yang dilafazkan oleh guru akan disemat dan diingati oleh murid dalam

minda mereka. Pengetahuan psikolinguistik membantu para guru bahasa Melayu khususnya

supaya bijak menangani sesuatu situasi melalui penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan

betul.

Guru A berpendapat bahawa linguistik dalam abad ke-20 lebih mencabar. Beliau

menyatakan bahawa linguistik tatabahasa dalam abad ke-20 adalah lebih rumit kerana mesti

dibezakan antara mikrolinguistik, makrolinguistik dan sejarah linguistik itu sendiri. Secara

peribadi, Guru A amat bersetuju dengan pernyataan bahawa guru bahasa Melayu memerlukan

pengetahuan linguistik untuk mempersiapkan diri dengan globalisasi dan ledakan pendidikan

dunia yang semakin mencabar dan berkualiti. Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar

semua guru bahasa Melayu sentiasa peka dengan perkembangan bahasa Melayu dan bersedia

mempelajari bahasa Melayu untuk memantapkan diri sendiri dan anak didik pada masa akan

datang.

Beliau turut menambah, bagaimana seseorang guru ingin mencurah ilmu kepada anak

didiknya jika ilmu tentangnya (linguistik) tidak ada? Apa tah lagi, murid tahap 2,

memerlukan

penekanan terhadap sistem bahasa seperti ejaan, pengistilahan, kosa kata, sintaksis dan

morfologi. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa pengetahuan ilmu lingusitik setiap guru

bahasa amat mustahak. Guru haruslah sentiasa melengkapkan diri dan sentiasa bersedia untuk

menimba ilmu.

GURU B

Guru B yang merupakan guru KSSR berpendapat pengetahuan linguistik amat penting

walaupun seseorang guru bahasa Melayu mengajar murid di Tahap 1. Linguistik adalah satu

bidang amat luas di mana ia mengkaji bahasa Melayu sama ada dari aspek, sebutan, ejaan,

morfem, frasa, kata, ayat dan pelbagai lagi. Seseorang guru yang dedikasi akan sentiasa

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tanpa mengira faktor murid yang diajar sama

ada di tahap 1 atau 2. Ada segelintir yang berpendapat guru bahasa Melayu KSSR tidak perlu

mendalami ilmu linguistik kerana semua dikumen standard dan evidens telah lengkap dan

disediakan oleh KPM dan BPK.

Page 4: Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik

Menurut Guru B, salah satu cabang linguistik ialah ilmu fonetik iaitu ilmu yang

mempelajari dan mendalami bunyi seperti anatomi serta ia amat penting kerana berkaitan

dengan bunyi bahasa. Dengan pengetahuan fonetik, guru bahasa Melayu dapat menbantu

muridnya menyebut abjad dan suku kata dengan betul sekaligus dapat mengeja perkataan

dengan tepat dan cepat. Contohnya, dalam Tahun 1: Band 1, Deskriptor B2DT1, Evidens E1,

murid dikehendaki mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata,

perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Dalam subtopik ini, pengetahuan fonetik guru amat

berguna dan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pengetahuan fonetik amat berguna kepada guru pemulihan bahasa Melayu kerana ia amat

membantu murid-murid yang masih buta huruf.

Guru B menambah, sosiolingusitik merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang

linguistik di mana ia mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat. Ini menunjukkan

bahawa bahasa Melayu tidak terhad dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah di

mana guru perlu mengikuti silibus yang telah ditetapkan. Malah, pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu meliputi semua aspek dan mencakupi semua skop kehidupan.

Misalnya, ketika guru bahasa Melayu mengajar cara membina dan menulis perkataan, frasa

dan ayat dengan betul dalam Band 2: SP 3.3.3, Desktriptor B2DT1, Evidens E1, beliau boleh

mengaplikasikannya dengan aktiviti harian murid. Contohnya, guru boleh meminta murid

menyenaraikan perkataan yang berkaitan dengan kedai runcit, klinik, stesen minyak dan

restoren. Secara tidak langsung murid dapat menyenaraikan perkataan-perkataan yang

berkaitan dengan tempat-tempat yang pernah mereka kunjungi di mana ia tidak terhad kepada

penggunaan buku teks semata-mata.

Pengetahuan ilmu linguistik bagi guru-guru terutamanya guru Bahasa Melayu amat

penting, kerana ianya memberi pengetahuan tentang unit tertentu seperti fomen, morfem,

tagmen dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, guru-guru tahun 1 khususnya akan

memperkenalkan sesuatu unsur fonem kepada murid-murid.

Menurut Guru B lagi, pengetahuan ilmu linguistik amat penting kepada diri guru itu

sendiri. Contohnya, ilmu leksikografi merujuk kepada cara atau kaedah penyusunan kamus.

Sekiranya, seseorang guru bahasa Melayu dapat mendalami teknik penggunaan kamus

dengan betul ia dapat membantu guru itu sendiri dalam mencari makna, imbuhan atau

Page 5: Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik

sebutan sesuatu perkataan dengan cepat dan tepat. Sekaligus, ilmu ini diajar dan diaplikasikan

kepada murid kelak.

Selain itu, menurut Guru B lingusitik moden menekankan bahasa lisan lebih penting

daripada bahasa tulisan di mana tulisan adalah sarana kepada ujaran. Oleh yang demikian,

guru bahasa Melayu mestilah menitiberatkan penggunaan bahasa lisan dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu dalam bilik darjah. Bagi murid-murid tahap 1, mereka lebih

meminati bahasa lisan kerana seiring dengan faktor usia mereka yang suka bercakap dan

berbual sesama rakan. Oleh itu, guru bahasa Melayu berperanan mengajar supaya murid-

murid tahap 1 dapat bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu yang betul, lancar dan

sopan. Pendedahan dan didikan dari peringkat awal amat penting supaya murid-murid di

tahap 1 ini telah terbiasa bertutur dengan bahasa Melayu yang betul dan fasih.

Walaupun guru B, mengajar Tahap 1, pada pendangan beliau, pengetahuan ilmu

linguistik amat diperlukan oleh guru-guru. Terutamanya apabila guru menyentuh aspek

tatabahasa .Ini bertujuan, untuk memastikan pengajaran yang disampaikan benar-benar

berkesan dan berkualiti.

Kesimpulannya, Guru B amat bersetuju dengan pernyataan bahawa guru bahasa

Melayu memerlukan pengetahuan linguistik sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan melalui KPM iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan

negara.

RUMUSAN

Berdasarkan hujah dan pendapat di atas, jelas lah bahawa guru bahasa Melayu

memerlukan pengetahuan linguistik untuk meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang guru

dan sekaligus memberi sumbangan kepada anak-anak didik di sekolah. Bidang linguistik

amat luas dan mencakupi semua aspek bahasa Melayu. Oleh yang demikian, menjadi

tanggungjawab guru bahasa Melayu mempelajari seberapa banyak cabang linguistik supaya

dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah. Pada

pendapat saya, guru-guru perlu sentiasa menimba ilmu terutamanya dalam bidang linguistik .

Page 6: Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik

Sebagai guru Bahasa Melayu, yang telah mengajar hampir 18 tahun, tidak pernah jemu dan

sentiasa bertanya kepada guru yang lebih arif dalam bidang bahasa bagi meningkatkan

pemahaman dan pengetahuan saya sebelum saya menyampaikan sesuatu ilmu contohnya

bidang morfologi kepda anak didik saya.

Oleh yang demikian, guru bahasa Melayu sebenarnya mempunyai

tanggungjawab yang amat besar kerana bukan sahaja mengajar tentang bahasa malah tentang

budaya Melayu di Malaysia. Saya sependapat dengan pernyataan dua orang guru bahasa

Melayu di atas di mana ilmu linguistik perlu dipelajari dari semasa ke semasa kerana antara

fungsi bahasa ialah boleh menerima, meminjam dan berubah-ubah contohnya dari segi ejaan

mengikut perkembangan ilmu dunia pada masa kini. Menurut satu sumber yang saya petik

dari laman sesawang, http///www.pelangicintapelangiblogspot.com/2011/11/psikolinguistik-

semamtik, Arbak Othman:2009 “Dalam konteks kehidupan umum, manusia menggunakan

bahasa untuk tujuan tertentu. Hal ini bermakna keperluan bahasa dalam kehidupan manusia

sangat besar.” Pernyataan beliau menjelaskan bahawa ilmu linguistik penting dalam sesebuah

masyarakat. Ilmu linguistik merupakan cabang untuk semua bidang ilmu seperti matematik,

sejarah, serta sains dan teknologi.